Download - Masalah pembelajaran di IPT
Masalah pembelajaran masih lagi berleluasa termasuklah di institut
pengajian tinggi sepeti Institut Pendidikaan Guru. IPGM Kampus Tengku
Ampuan Afzan (IPGMKTAA) juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah
ini. Oleh itu, kami telah mengkaji berhubung masalah pembelajaran ke atas
beberapa pelajar dari pelatih PPISMP. Dalam kajian yang kami jalankan,
beberapa cara telah kami guna untuk dapatkan hasil kajian yang memuaskan.
Antara kaedah yang diguna pakai adalah temu bual, pemerhatian, soal selidik,
rujukan, dan melayari internet. Kami juga telah menggunakan pengalaman
kami sendiri agar lebih senang untuk kami mendapatkan gambaran apa bentuk
kaedah yang dapat kami guna.
Kami telah mengklasifikasikan masalah ini dalam beberapa bentuk
kajian seperti dari segi umur, kaum, opsyen dan secara keseluruhan. Sebelum
menjalankan projek ini, kami telah mengkaji apakah masalah pembelajaran
yang sering dihadapi oleh pelatih-pelatih di sini. Kami banyak menemu bual
senior-senior untuk mengetahui apa yang mereka hadapi dan selepas itu
barulah kami membuat rangka kajian kami sendiri. Kami telah menjalankan
kajian kepada pelatih PPISMP semester 1 dan 3 kerana mereka dari kursus
yang sama dan jika kami campurkan dengan TESL contohnya, mungkin ini
akan membuatkan kajian kami kurang menjadi kerana sukatan pelajaran pelatih
PPISMP dan TESL berbeza.
Kami mulakan dengan menyatakan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
pelatih-pelatih PPISMP di IPTAA. Masalah mengantuk, tidak dapat memberi
tumpuan, bosan, beban kerja rumah, lambat menguasai sesuatu topik dan
cepat lupa adalah masalah pembelajaran yang dapat kami kesan. Dalam carta
satu, boleh dilihat statistik pelatih dan masalah utama kebanyakan pelatih
adalah bosan untuk belajar dan masalah minoriti adalah gagal memberi
tumpuan dalam kelas serta pembelajaran. Adakah ini membuktikan
kebanyakan pelatih sebenarnya sudah merasa puas dan bosan untuk belajar
tetapi mereka tidak memikirkan apa-apa cara untuk mengembalikan kemahuan
ingin belajar. Lihat pula pada statistik bagi masalah pembelajaran mengikut
kaum dalam jadual. Dalam konteks ini kami telah bahagikan mengikut kaum
iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Melayu merupakan kaum majoriti dan
keputusan menunjukkan masalah bosan untuk belajar adalah masalah bagi
kaum Melayu dengan bilangan 13 daripada 15 orang yang di soal selidik. Bagi
kaum India masalah yang dihadapi adalah cepat lupa dan bagi yang lain sama
seperti kaum Melayu iaitu masalah bosan. Beralih pula kepada statistik
mengikut jantina seperti yang terdapat dalam graf garis di hakaman lampiran.
Sebelum lihat keseluruhan, lihat dahulu pada graf pelatih lelaki dan di sini
dapat di lihat masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kebanyakan dari
mereka adalah bosan untuk belajar. Namun begitu berbeza pula dengan
pelatih perempuan yang mengalami masalah mengantuk semasa sesi
pembelajaran.
Kami juga mengklasifikasikan masalah pembelajaran ini mengikut semester
iaitu semester satu dan tiga. Mengikut kajian yang kami jalankan, bagi pelatih
semester satu, masalah pembelajaran yang mereka hadapi adalah mengantuk
dan kontra dengan pelatih semester tiga yang rata-rata mereka merasa bosan
untuk belajar. Setelah dikaji semua masalah ini kami telah memikirkan
beberapa cara untuk pelatih menangani masalah ini. Walaubagaimanapun ini
merupakan cadangan sahaja dan mungkin ada yang kami cadangkan boleh di
adaptasi kepada diri pelatih lain. Kami telah membuat pelbagai rujukan dalam
beberapa buku psikologi untuk lebih memahami apa yang dihadapi oleh pelatih-
pelatih yang mempunyai masalah ini.
Bagi kami, setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya termasuklah
masalah pembelajaran oleh pelatih-pelatih di IPG. Kita akan lihat beberapa
cadangan mengikut jenis-jenis masalah yang dihadapi. Kita mulakan dengan
masalah mengantuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah
ini sebenarnya bergantung kepada individu kerana mengantuk bukan perkara
yang boleh dikawal dan kebiasaannya terjadi tanpa boleh dipengaruhi orang
lain. Kemungkinan yang menghadapi masalah ini ialah tidak cukup tidur atau
terlebih tidur. Oleh itu kami mencadangkan kepada tenaga pengajar yang
mempunyai pelatih yang menghadapi masalah ini agar boleh berhenti mengajar
sementara dan buatlah aktiviti supaya pelatih itu kembali segar untuk teruskan
pembelajaran. Antara yang dapat dilakukan ialah permainan kreatif dalam
konteks kreativiti tulisan yang lebih kepada pergerakan tangan dan keupayaan
pemikiran individu. Ia juga melibatkan pancaindera tangan dan mata di
samping akal. Oleh itu apa yang dapat dilihat melalui aktiviti permainan boleh
mengurangkan pelatih daripada menghadapi masalah mengantuk. Seperti
pepatah ‘untuk berjaya dalam hidup kita memerlukan kebolehan kedua-
dua bahagian otak yang logik dan kreatif’ dan inilah yang kami cuba
terapkan dalam diri pelatih yang mengalami masalah mengantuk kerana
mereka hanya menggunakan pemikiran logik tetapi mengabaikan pemikiran
kreatif.
Selain dari mengantuk, masalah bosan untuk belajar turut melanda
pelatih. Ini adalah masalah majoriti bagi pelatih kaum Melayu. Masalah ini
boleh dikatakan berlaku kerana otak memikirkan perkara negative contohnya
“buat apa aku belajar lagi dah lah bosan…tak ada faedah apa pun malahan
rugikan masa aku..” mengapa harus berfikir negatif? Justeru itu kembalikan lah
ion-ion positif dengan membuat jenaka dan ketawa. Tidak semestinya
bergantung kepada pensyarah untuk berjenaka, mungkin pensyarah itu tidak
pandai berjenaka tetapi cari lah altenatif lain seperti bersama rakan di sebelah
atau rakan sebilik. Apabila berjenaka kita akan ketawa dan menjadikan hidup
kita ceria. Melalui keceriaan itulah kita dapat mengembalikan mood untuk
belajar bersungguh-sungguh tanpa merasa bosan atau memikirkan masalah
lain. Berganjak pula kepada masalah cepat lupa apabila belajar dan perkara
inilah yang membawa kepada ulang kaji saat akhir. Adakah itu alasannya yang
konkrit? Masalah ini dapat diselesaikan dengan membuat nota yang
menggunakan semua pancaindera. Nota yang dibuat mestilah ringkas dan
yang penting elemen warna warni. Warna dapat membuatkan kita suka untuk
melihat nota dan cepat mengingati sesuatu. Di samping itu warna dapat
mengembalikan ion-ion positif yang mampu mengaktifkan pemikiran pada
kedua-dua bahagian otak. Selain itu pilih lah masa yang sesuai untuk
menghafal seperti waktu pagi.
Masalah seterusnya adalah gagal memberi tumpuan dalam kelas
semasa proses pembelajaran sedang berjalan. Bagi pensyarah atau pelatih
yang membuat pembentangan bolehlah mengubah cara penyampaian agar
dapat menarik seratus peratus perhatian pendengar,. Ini kerana apabila para
pelatih memberi perhatian maka secara langsung tumpuan yang diberi juga
adalah seratus peratus. Pelatih yang mempunyai masalah ini juga boleh
memancing tumpuan dalam membaca seperti membaca nota yang beranimasi
dan berwarna. Hal ini dapat membuatkan pelatih tertarik dengan nota tersebut
dan memberikan komitmen seratus peratus.
PENUTUP
Sebenarnya, masalah pembelajaran di kalangan guru pelatih haruslah di terima
kerana mereka semua bertaraf pelajar. Lagikan pula yang mengambil falsafah
kedoktoran pun mempunyai masalah belajar inikan pula yang muda-muda.
Apapun tidak usahlah kita persalahkan sesiapa tetapi marilah kita sama-sama
mengurangkan masalah ini agar dapat melahirkan guru pelatih yang berkualiti
dan berketerampilan. Kami juga berharap kepada pelatih yang menghadapi
masalah ini, fikir-fikirkanlah cara untuk menanganinya supaya anda semua
tiada masalah lagi dalam pembelajaran seterusnya mendapat keputusan yang
cemerlang. Di harap juga agar cadangan kami di terima. Sekian terima kasih.
Refleksi
Berdasarkan kajian kami daripada tajuk tugasan ini, masalah belajar wujud
dalam dalam pelbagai aspek. Ianya terbahagi kepada beberapa aspek ataupun
masalah. Antaranya masalah yang paling ketara ialah mengantuk. Masalah
mengantuk adalah masalah utama untuk seseorang pelajar itu hilang tumpuan
terhadap apa yang diterangkan oleh pensyarah. Namun begitu terdapat lagi
beberapa masalah lain yang dapat dikenalpasti dalam kajian ini.
Masalah-masalah lain ialah tidak dapat memberi tumpuan, cepat bosan,
bebanan kerja rumah serta lambat menguasai sesuatu topik juga merupakan
masalah dalam pembelajaran yang dapat dikenalpasti di IPG ini. Sebagai guru
pelatih, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kita agar
dapat menjadi yang terbaik, kerana pada suatu hari nanti kita akan mempunyai
tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjadi seorang guru. Kerjaya sebagai
seorang guru memerlukan disiplin yang tinggi kerana kita bakal menjadi contoh
kepada murid-murid dan jika masalah belajar yang dihadapi di IPG terus
dikekalkan tidak mustahil kita akan digelar sebagai seorang guru yang gagal
mendidik anak muridnya.
Justeru itu kepada setiap guru pelatih, haruslah menurut mana-mana cadangan
agar dapat membuat anjakan paradigma kepada diri sendiri dan juga orang
sekeliling. Tugasan ini amat menyedarkan saya bahawa bukan senang untuk
bergelar pelajar dan juga pengajar.