Download - Masalah Murid Pemulihan
MASALAH MURID PEMULIHAN
Murid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.
Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.
Antara ciri-ciri murid pemulihan khas adalah seperti berikut:a. 1) Emosi dan Tingkahlaku
Mempunyai perasaan rendah diri dan risau. Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.
Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.
Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.
Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
Bersikap pasif.
Malas
2) Sosial Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta
mengganggu kawan-kawan. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
Hyper aktif.
3) Kesihatan Tidak bertenaga serta kurang zat makanan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
Lemah gerakan motor-kasar dan halus.
Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
Kurang menjaga kebersihan diri.
4) Kesediaan Belajar Belum bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata kurang.
Lemah pemahaman.
Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.
5) Pengamatan Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.
Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
Lambat mengelaskan benda atau nombor.
Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
Tidak dapat menyelesaikan masalah.
Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.
Lemah pergerakan dan perbuatan.
Lemah daya pemikiran/ingatan.
Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.
Sukar untuk membuat kenyataan am
Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2009*
Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan Khas. Para guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun ‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas.
Murid-murid pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.
Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS
Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
A.E. Tansley dan Gulliford Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.
M.F. Clough Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak.
Sharifah Rahmah AliPendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana.
Brennan (1974)Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Koh (1984)
Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.
Johnson (1963) Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya.
Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana atau rencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.
Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’.
SEORANG MURID PEMULIHAN KHAS... Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task) Murid perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya murid
belajar bersabar
Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya
Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka
Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.
CIRI-CIRI MURID SLOW LEARNERS
Secara umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan di sekolah.
Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru
Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau menguasai peraturan mengeja
Tidak dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan semasa.
Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan
Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif.
Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan
Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
Bersikap egosentrik
Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process.
A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.
Terima kasih atas kunjungan anda ke Blog Cikgu Hijau. Tekan "LIKE" kalau suka...
MASALAH MEMBACA DI KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS
Masalah dalam Membaca
Tidak Kenal Huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanak-kanak gagal
membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak akan menyebut
sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu
tidak bermakna atau berlainan
makna.
Meninggalkan Huruf
Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya ”buah” disebut
’uah”, ”kering” disebut ”kerin”, ”mengandungi” disebut ”mengandung” dan sebagainya.
Meninggalkan Perkataan
Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;
”Buku itu sangat tebal ” dibaca sebagai ”Buku itu tebal”.
Tidak Memahami Apa yang dibaca
i) Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan sebagainya.
ii) Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya dalam ayat “Panjatlah lagi pokok itu” yang bermaksud melarang seseorang daripada memanjat pokok.
iii) Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta menceritakan semula petikan yang dibaca.
iv) Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami arahan yang dibaca.
v) Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang dibaca.
vi) Tidak dapat mengenal pasti perkara yang tidak munasabah (absurdities) dalam bahan yang dibaca.
vii) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan sebagainya dalam buku.
Teragak-agak
Teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak sebelum
menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan kanak-kanak tidak pasti
akan bacaannya.
Salah Sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak tahu
membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak bermakna lagi dalam
konteks ayat berkenaan.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat yang dibaca
dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu
memerhati tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca yang boleh
menunjukkan murid itu bermasalah dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap
ditunjukkan adalah yang berikut:
a) membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut seluruh perkataan,
b) bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak lancar,
c) membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda bacaan,
e) membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,
f) menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,
g) tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata,
mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya,
h) Suara terlalu perlahan dan tidak jelas atau ”blurring”,
i) kedudukan mata terlalu dekat dengan bahan bacaan,
j) cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan
k) tidak boleh membaca langsung.
Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid-muridnya kerana tingkah laku tersebut menunjukkan murid berkenaan
menghadapi masalah dalam bacaan.
Lemah Daya Ingatan
Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel pada otak tidak
dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan oleh kecederaan yang
pernah dialami oleh pesakit sama ada kemalangan ataupun kecederaan akibat
terhantuk benda yang keras.
Simptom:
a. Semakin lemah daya ingatan/ lupa
b. Gagal mengenal pasti objek
c. Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi
d. Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati
e. Hilang kemampuan jasmani
f. Tidak mengendahkan kebersihan diri
g. Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan
Menambah Perkataan
Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti ’bulan-bulan’
disebut ’bulang-bulang’, ’ikan-ikan’ disebut ’ikang-ikang’ dan seumpamanya.
Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
Mengeja Semasa Membaca
a. Teragak-agak semasa membaca
b. Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca
c. Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan
kurang yakin salah atau betul.
d. Kemajuan pembacaan yang lemah
Posted by cikgu cam at 12:54 PM
Pengayaan dan Pemulihan dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM Sekolah Rendah
Definisi Pemulihan
i. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan
memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan
merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran
pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau
memperbetul sesuatu.
ii. Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak
yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat
diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.
iii. O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam
kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan,
dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
iv. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat
khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran
pembelajaran biasa.
v. Ishak Harun dan Koh Boh Boon (1983)
Pemulihan merupakan perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang
menghadapi pembelajaran di sekolah biasa.
vi. Tansley (1967) :
‘ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan
sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.’
vii. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):
‘..satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan bagi murid-
murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-murid di sekolah-
sekolah biasa.’
viii. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (1984):
‘...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah
pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira...hendaklah
dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.’
ix. Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986):
‘...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di
sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam
bidang ini’.
1.4.2 Konsep
Program Pemulihan ialah satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid
yang menghadapi kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan
mengira yang menjadi fokus utama Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Program ini
dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas.
Rumusan
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program
pemulihan ini bertujuan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan
dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di
dalam kelas biasa
1.4.3 Program Pemulihan
“... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah...”
(Buku Panduan Am KBSR, 1982)
Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai
kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan
program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.
Ab. Rahman et. al. (1997) menjelaskan lagi, bahawa program pemulihan perlu dilaksanakan
kepada murid yang menghadapi masalah pembelajaran, iaitu mereka yang memperoleh
pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid seumpama ini ada di semua
peringkat persekolahan, baik di luar bandar mahupun di bandar. Masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid-murid ini mungkin berupa masalah yang ringan, dan pemulihan boleh
dilakukan oleh guru kelas biasa. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah yang berat dan
kompleks, mereka akan dikelolakan oleh guru khas pemulihan di kelas khas.
Sebaik-baik sahaja kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau konsep dipulihkan, murid-murid
yang diajar oleh guru pemulihan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik di kelas
khas akan dihantar semula ke kelas biasa. Sementara murid-murid pemulihan di kelas biasa,
akan diubahsuai kedudukan di dalam kelas ke kumpulan mengikut kebolehan berdasarkan
prestasi dari semasa ke semasa.
1.4.4 Rasionali. Dari sudut Falsafah, program pemulihan memenuhi keperluan setiap
murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Ini selaras
dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”.
ii. Dari sudut Teori, Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”, “Precision
Teaching”, dan Clinical Teaching” telah terbukti berjaya yang merupakan asas kepada
pelaksanaan program ini.
Dari sudut Pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.
DIkirimkan oleh Cikgu Min Pada Saturday, August 11, 2012
masalah membaca murid pemulihan
JENIS MASALAH MEMBACA
Untuk mengenalpasti jenis masalah membaca, beberapa aktiviti tertentu boleh
dilakukan oleh guru. Terdapat beberapa jenis masalah membaca yang kerap dihadapi
oleh murid-murid.
i. Membuang atau meninggalkan huruf atau perkataan.
Jenis masalah ini ketara apabila murid tidak membunyikan atau meninggalkan
bunyi huruf, perkataan dan imbuhan. Contohnya “kuah” disebut “uah”, “sering” disebut
“serin”. Perkataan tertentu di dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca.
Contohnya, “ Meja itu sangat berat”, dibaca sebagai “Meja itu berat:” Adakalanya murid
meninggalkan imbuhan tertentu contohnya dalam perkataan “melindungi” disebut
sebagai “melindung”
ii. Mengulang perkataan
Murid yang berhadapan dengan masalah membaca kerap mengulang-
mengulang perkataan atau suku kata tertentu semasa membaca. Perbuatan
mengulang ini mungkin disebabkan murid tidak tahu untuk membunyikan perkataan
seterusnya selepas sesuatu perkataan tertentu dibaca.
iii. Menggantikan huruf atau perkataan
Kadangkala, murid yang belum menguasai kemahiran menggantikan huruf atau
perkataan dalam ayat yang dibaca. Contohnya “ladang” disebut “lalang”. Kadangkala,
terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga mengubah maksud
ayat tersebut.
iv. Menambah huruf atau perkataan
Bunyi huruf atau perkataan ditambah semasa membaca. Contohnya perkataan “
buah” akan dibaca sebagai “buwah”. Perkataan tertentu juga ditambah dalam ayat.
Contohnya “ Saya suka makan roti” dibaca sebagai “ Saya sangat suka makan roti”
v. Huruf atau perkataan dibaca terbalik
Contohnya perkataan “bala” dibaca sebagai “laba”. Contoh ayat yang dibaca
terbalik ialah “ Dia makan nasi” dibaca sebagai “Dia nasi makan”
vi. Tidak kenal huruf
Ini merupakan masalah utama dalam membaca. Kanak- kanak yang tidak
mengenal huruf akan gagal untuk membaca dengan baik. Murid akan menyebut
sesuatu huruf sesuka hati atau meneka sahaja huruf tersebut.
vii. Salah sebutan
Apabila murid tidak mengenal huruf atau tidak tahu membunyikan sesuatu huruf,
mereka akan cenderung untuk melakukan kesalahan dalam menyebut huruf atau
perkataan tersebut. Ini menyebabkan perkataan tersebut tidak bermakna dalam
konteks ayat berkenaan.
viii. Masalah memahami bahan bacaan
Antara masalah dalam memahami bahan bacaan ialah gagal memahami maksud
perkataan dan frasa, gagal membuat urutan idea atau peristiwa yang terdapat dalam
teks, lambat memberi tindak balas kerana tidak memahami arahan yang dibaca, gagal
menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan seterusnya tidak dapat
mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah dan lain-lain dalam bahan bacaan.
PUNCA ATAU FAKTOR MASALAH MEMBACA
Menurut Guy L.B dan rakan-rakan (1994), punca masalah membaca boleh boleh
dibahagikan kepada tiga faktor utama iaitu faktor fizikal, faktor kognitif dan bahasa serta
faktor emosi, persekitaran dan pendidikan.
Faktor Fizikal
Antara faktor fizikal yang boleh mempengaruhi masalah membaca ialah masalah
penglihatan, masalah pendengaran, masalah pertuturan dan masalah neurologikal iaitu
kerosakan otak seperti serebral palsi, aphasia, terencat akal dan lain- lain.
Selain dari itu, faktor fizikal juga melibatkan masalah kesihatan. Contohnya
seperti berikut:
i. Kekurangan makanan berzat akan merosakkan kesihatan murid
seterusnya mempengaruhi kesediaan murid untuk belajar. Mereka tidak boleh
menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru, kurang bersemangat untuk
menyiapkan kerja dan cepat letih.
ii. Murid yang kurang sihat mudah diserang pelbagai penyakit dan
menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.
Faktor Kognitif dan bahasa
Murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang rendah dan terencat akal akan
menghadapi masalah serius dalam menguasai kemahiran membaca. Ia berkait rapat
dengan keupayaan mental murid tersebut. Selari dengan masalah ini ialah tahap
kognitif yang rendah sehingga menyebabkan proses memperolehi kemahiran membaca
menjdai sangat sukar. Antara simtom-simtom murid yang berhadapan dengan masalah
ini ialah lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami sesuatu, lemah pengamatan dan
lain-lain.
Faktor bahasa pula melibatkan bahasa penerimaan yang melibatkan keupayaan
semantik dan sintaksis.
Faktor emosi, persekitaran dan pendidikan
Masalah membaca selalunya wujud seiring dengan faktor-faktor emosi yang
memberi kesan yang besar terhadap penyesuaian individu dan sosial kanak-kanak. Ia
juga berkait rapat dengan masalah psikologi. Masalah penyesuaian mungkin berpunca
daripada faktor-faktor fizikal atau perawakan dan persekitaran yang boleh
menyebabkan kegagalan membaca. Kegagalan membaca menjadikan murid kecewa
dan menjejas emosi mereka.
Faktor persekitaran bagi murid yang kurang beruntung seperti tidak mendapat
kasih sayang keluarga, kurang zat makanan, tiada galakan keluarga dan lain-lain akan
menjejaskan pencapaian mereka dalam pelajaran termasuk keupayaan membaca.
Faktor pendidikan adalah seperti tidak menyediakan peluang pengajaran secara
individu, tidak memberi perhatian terhadap kesediaan membaca kanak-kanak,
mengabaikan kemahiran membaca dalam kebanyakan aktiviti sekolah, penggunaan
teknik pengajaran yang kurang berkesan dan lain-lain.
Posted by roxarap at 06:37 Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook
Thursday, October 21, 2010
Bahasa murid-murid pemulihan khas
Apabila berbicara soal bahasa terbayang di benak kita tentang sesuatu pengucapan yang sering kita
ucapkan apabila bertemu dengan orang lain.Sebagai manusia kita sentiasa menggunakan bahasa untuk
berinteraksi sesama sendiri. Keupayaan kita menguasai bahasa akan membolehkan kita menyampaikan
pendapat atau perasaan dengan lebih baik lagi kepada orang lain. Kita sering menyebut perkataan
”bahasa”, tapi apakah makna bahasa sebenarnya? Bagaimanakah bahasa itu diperolehi? Apakah yang
ada dalam bahasa itu sendiri? Justeru, kita mestilah mengetahui bagaimana bahasa itu wujud.
Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri.
Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka.
Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan
berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Kanak-kanak
keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran
berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi
dengan rakan sebaya mereka. Menurut Jabatan Pendidikan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
kanak-kanak masalah pembelajaran ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif
(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Mengikut
tulisan Mohd. Sharani dalam bukunya yang bertajuk, Mengurus kanak-kanak yang susah belajar (2006)
menyatakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah mereka yang mempunyai masalah
neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir,
membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Mereka tidak mempunyai kebolehan bagi mengikuti
pelajaran secara formal seperti pelajar lain yang seusia dengan mereka. Kebanyak mereka dikenalpasti
mengalami masalah pembelajaran sejak di tahun pertama persekolahan mereka lagi. Terdapat dua
petunjuk utama untuk mengenali masalah pembelajaran mereka iaitu:
Pertama: Walalupun pelajar berupaya belajar, kadar pembelajaran mereka sangat perlahan dan lemah.
Ini disebabkan tahap perkembangan mereka menyerupai kanak-kanak yang lebih muda beberapa tahun
daripada mereka.
Kedua: Perkembangan mereka tertunda. Ini disebabkan mereka gagal setanding dengan mereka yang
membangun dalam intelektual dan bahasa, pencapaian akademik, kecekapan sosial dan kemahiran
vokasional mereka. Ciri-ciri kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran ialah seperti berikut:
Lemah dalam penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M)
Keliru dengan nombor 13 dan 31, p dengan q, dan tidak dapat mengingat turutan angka ataupun huruf.
Sukar mengikut arahan.
Gangguan emosi.
mempunyai darjah kecerdasan di antara 70 hingga 80.
Tidak ada motivasi, pemalu, penakut, mudah terganggu.
Selalu gagal dalam latihan dan ujian, dan lain-lain lagi.
Dalam kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) terdapat beberapa kategori kanak-kanak
berkeperluan khas seperti Down Syndrom, autisme, kurang upaya dalam pembelajaran (LD), kanak-
kanak ADHD, kanak-kanak pintar cerdas, disleksia dan lain-lain lagi. Dalam tugasan yang diberikan ini,
saya memilih kanak-kanak masalah pembelajaran Disleksia dan Autisme.
2.0 Kanak-kanan Disleksia
Dalam tugasan ini penulis memilih Nur Akmal Bin Abu murid bermasalah pembelajaran yang sedang
belajar di kelas pendidikan khas Integrasi yang sekarang berusia 9 tahun. Beliau dikesan mengalami
disleksia ketika berusia 6 tahun ketika berada di kelas tadika. Untuk mendapatkan butiran dan maklumat
murid ini, penulis telah membuat satu kajian kes dengan menemu duga ibu bapa dan gurunya di sebuah
sekolah kebangsaan integrasi yang mempunyai kelas pendidikan khas. Segala butir-butir diri tentang
murid ini adalah mendapat kebenaran guru dan ibu bapanya. Nama Nur Akmal Bin Abu adalah nama
samaran sahaja
Semasa lahir ke dunia ini Nur Akmal tidak menunjukkan sebarang keganjilan samada dari segi fizikal mau
pun mental. Beliau telah melalui tahap-tahap perkembangan yang normal semasa usia 0 hingga 4 tahun.
Menurut ibunya, beliau mengalami sedikit kemunduran dalam berinteraksi dan pergerakan motornya
juga agak mundur berbanding rakan seusianya ketika berusia 5 tahun, contohnya beliau sukar
menganyuh basikal seperti rakan-rakan yang seusia dengannya, atau berlari pantas seperti mereka.
Beliau juga kelihatan lemah dalam kemahiran gerakan kasar, contohnya. sentiasa melanggar barang di
kawasan sekitar, begitu juga sukar membaling atau menangkap bola apabila bermain dengan rakan-
rakan sebayanya
Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran” dan “lexia”
bermaksud “perkataan”. Terjemahannya membawa maksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”.
Menurut definisi Senders dan Myers (1996) kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai
kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis, dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini
termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik
atau simbol matematik. Melibatkan campuran beberapa kesukaran yang berhubungkait. Cantuman
kesukaran berbeza-beza contoh. kekeliruan bunyi, susah mengingati turutan, lemah kemahiran kawalan
otot. Lemah daya ingatan dan/atau kemahiran susunan.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Dr. Galaburda, dalam buku ’apa itu Disleksia’ menyatakan
susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah berbeza daripada otak orang biasa. Apabila dilahirkan,
manusia mewarisi gen daripada ibu bapanya. Oleh itu dapat dikatakan masalah disleksia ialah masalah
keturunan. Sesungguhnya kehadiran kanak-kanak ini biasanya tidak disedari oleh guru sekiranya guru itu
tidak mempunyai pengetahuan mengenai ciri-ciri disleksia. Kanak-kanak disleksia ini tidak mengalami
sebarang kecacatan lain dan tahap kecerdasan mereka juga adalah pada tahap normal. Program
disleksia mula diberi perhatian dalam pendidikan di Malaysia. Malah Jabatan Pendidikan Khas telah
berusaha mewujudkan Unit Disleksia bagi membantu kanak-kanak Disleksia.
2.2 Masalah yang dihadapi murid Diklesia.
Muhd. Nur Ikmal mempunyai masalah seperti di bawah:
Keciciran huruf
Dalam kes ini huruf-huruf dicicirkan secara rawak dan hanya perkataan yang penting yang tinggal,
contohnya mandi akan jadi madi.
Keciciran Perkataan Penting
Dalam kes ini pula perkataan-perkataan penting dicicirkan, contohnya saya mahu makan nasi, akan jadi
saya mahu nasi.
Terbalik atas bawah (Inversion)
Perkataan-perkataan yang ditulis kelihatan terbalik tunggang –langgang.
Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Galaburda, susunan sel-sel otak seorang disleksia adalah
berbeza daripada otak orang biasa seperti contoh di bawah.
(sumber:
• Orang disleksia lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. Cara berfikir dan belajar mereka
berlainan
• lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur
• Membawa kesan yang berbeza, pada darjah/tahap yang berbeza, kepada individu yang berbeza
• 10-15% mengalami masalah tahap ringan 4% mengalami masalah yang teruk Lebih ramai kanak-kanak
lelaki, berbanding perempuan, lebih kurang dengan nisbah 3:1
Kunci utama untuk mengecam kanak-kanak disleksia ialah kepincangan dari segi:
☺ fahaman lisan baik tetapi lemah dalam bacaan
☺ bertutur dengan fasih, boleh bercerita, tetapi kerja tulisan lemah
☺ pencapaian yang jauh berbeza dalam mata pelajaran yang berlainan
2.3 Tahap perkembangan kanak-kanak yang dikaji (Disleksia) .
Penulis ingin menghuraikan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak disleksia antara usia 6 hingga
12 tahun seperti yang dibuat melalui pengumpulan data melalui kajian kes yang dijalankan ke atasnya
melalui temubual dan pemerhatian secara berstruktur.
Pada peringkat ini seseorang kanak-kanak boleh memakai bajunya sendiri, mengenal huruf-
huruf a hingga z, boleh mengira 1 hingga 10, mempunyai kemahiran untuk menulis dan melakar dengan
baik. Semasa kanak-kanak mulai masuk ke alam persekolahan, otot mata dan tangan mencapai
koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, membaca, mengira dan melakukan aktiviti
permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil
bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, seperti
menulis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna.
Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak
menjadi semakin halus dan lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka
sudah boleh menunggang basikal, memanjat, berlari, menari dan bersukan. Tetapi berbeza dengan Nur
Akmal ini, kerana menurut ibu bapanya, hasil pemerhatian mereka mendapati beliau tidak dapat
mengingat huruf-huruf a hingga z walaupun diajarnya setiap hari. Beliau menjadi mudah lupa, walaupun
ia kelihatan seperti murid yang pintar. Begitu juga dalam berbahasa mereka kelihatan lambat, atau
menghadapi kesukaran, dalam kemajuan bertutur dengan jelas atau cenderung salah guna perkataan
dan tidak memahami arahan walaupun di terang berkali-kali. Hasil temuduga dengan gurunya pula,
beliau menyatakan bahawa anak muridnya mempunyai tahap perkembangan bahasa dan kognitif yang
lambat berbanding dengan rakan sebayanya. Di antara ciri-ciri yang ada pada Nur Akmal yang dapat
dikesan semasa beliau berada di pra sekolah semasa berusia 5-6 tahun sehinggalah sekarang beliau
berusia 9 tahun ialah dari segi:
a) bahasa
Sering mencampur-adukkan bunyi suku kata dalam perkataan yang panjang contohnya ’hostipal’
apabila ingin menyebut hospital.
Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir yang sama, contohnya apabila diminta
memberikan perkataan yang sama bunyi akhirannya dengan ’topi’ seperti ’ api ’ mereka akan memberi
jawapan yang salah seperti ’ baju.’
Mengalami kesukaran yang ektrim dalam mempelajari tulisan bersambung
Bacaan yang lambat dan terputus-putus dan sebutan tidak tepat
Selalu suka meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya
Mencirikan ataupun salah baca kata penghubung seperi di , pada
Mengabaikan kata awalan semasa membaca
Tidak dapat membaca ataupun membunyikan perkataan yang tidak pernah dijumpainya.
Kesukaran menggunakan bahasa yang tepat semasa bertutur seperti menggunakan ’eer... apa tu...
Keliru dengan huruf d dan b
lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan
kekeliruan b/d, p/q, m/w, n/u
meninggalkan huruf-huruf tertentu seperti ‘ makan ‘ ditulis ‘makn’
menambah huruf seperti ’ ikan’ ditulis ’ iekan’
menulis dengan susunan yang terbalik seperti ’dan’ ditulis ’ nad ’
keliru dengan huruf-huruf vokal seperti ’ a, e, i, o, u.
Membalikkan suku kata seperti ’sama ’ ditulis ’ masa’
3.0 Kanak-kanak Autisme
Kanak-kanakAutisme merupakan kanak-kanak yang ganjil, boleh didefinasikan sebagai kanak-kanak yang
berada dalam dunianya sendiri. Leo Kanner (1943) telah mengkaji tentang kanak-kanak Autisme pada
tahun tersebut sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal
dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan
maksud Autisme seperti berikut: “Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan
kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah
terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai
masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka
menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik,
‘rote memory’ dan lain-lain”. Kanak-kanak Autisme yang dipilih merupakan murid tahun 4 di sebuah
sekolah integrasi di daerah Bukit Mertajam.Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian
yang serius
oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan
Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20
orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak
peringkat bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan amat sukar
untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya. Ramai di antara mereka melukakan diri sendiri
atau melakukan perbuatan yang
sama secara berulang-ulang selama berjam-jam. Secara tradisional, situasi
ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada perkataan Greek,
Autus bererti diri). Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup dan
memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk
membantu anaknya. Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan autistik. Antaranya adalah
ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak autistik menghadapi masalah
untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.
Hasil temubual dengan ibu bapanya mendapati anak mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat
bayi, anak autistik tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal
kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang,
disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit,
luka atau duka, anak autistik tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini
bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka
menjalinkan hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Hampir 50 peratus
daripada anak autistik tidak dapat menguasai teknik pertuturan. Anak-anak ini mempunyai suatu corak
komunikasi yang digelar 'echolalia', iaitu mengulangi perkataan orang lain.
3.1 Masalah bahasa murid Autisme
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut:
• Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.
• Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
• Jarang menggunakan bahasa.
• Sukar diajak bercakap.
• Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.
• Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.
• Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.
• Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya.
• Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.
3.2 Tingkah Laku
Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:
• Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif.
• Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang
seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-
nepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.
• Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).
• Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang
reaksi.
4.0 Kemahiran Bahasa Melayu (membaca)
5.0 Rancangan Pengajaran Harian
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil
daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil
daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan
pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Perancangan perlu dilakukan untuk
memenuhi masa yang diperuntukan
menepati kehendak objektif/matlamat
berkesan sepanjang waktu pengajaran
menarik perhatian dan tidak membosankan
Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan ini dibuat berdasarkan rancangan Tahunan
Butiran yang perlu ada ialah :
o Hari dan tarikh
o Mata pelajaran dan tingkatan
o Masa
o Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai
o Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi
Di bawah ialah Rancangan Pengajaran Harian untuk murid Disleksia.
Kelas: 3 Maju
Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Tarikh: 25 Februari 2010
Masa: 8.40 – 9.40 pagi
Bilangan murid: 6 orang (3 orang Disleksia, 2 orang Slow learner,
Seorang Down Sindrom)
Tajuk: Membina suku kata terbuka (KV)
Kemahiran: 4.0 membaca suku kata (KV)
4.1 membina dan membaca suku kata terbuka (KV)
Penggabungjalinan isi kandungan: 4.1.1 Suku kata
3.3.1 Bentuk dan bunyi suku kata
Langkah Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1. Guru menunjukkan sebuah kotak ajaib kepada murid-murid. 2. Kemudian, guru menyuruh murid untuk duduk dalam bentuk semi bulatan. 3. Guru menyuruh enam orang murid dan setiap orang mengambil satu kad daripada kotak ajaib tersebut
1.Guru menyuruh salah seorang daripada murid tersebut ke hadapan untuk membuka kad tersebut dan menunjukkannya kepada rakan-rakan yang lain. 2. Guru meminta murid-murid untuk mengenalpastikan huruf yang ditunjukkan. .
4.Kemudian, guru meminta semua murid
membunyikan huruf-huruf tersebut (Cth:
“ma” ”ta” lo” ku”)
Teknik: simulasi
Terapi:
Pertuturan
Nilai:
Yakin diri
berani
BBB
Kad huruf
Suku kata
Langkah 1
(10 minit)
i) Gambar kaku:
kuku
ii) soalan guru:
Apakah nama benda ini?
iii) memadankan suku kata
membentuk perkataan
contoh:
ku ------ ku
kuku
1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka‚ “ ku, ma, ba, ta, te, ko”. 2. Kemudian, murid mengeja suku kata bersama guru. 3. Murid juga mengeja suku kata secara individu. 4. Murid membaca suku kata tersebut secara beramai-ramai.
5. Akhir sekali, murid mencantumkan suku
kata menjadi perkataan bermakna
Teknik:
Latih tubi
Terapi:
Pertuturan
Nilai:
Mendengar
arahan
BBB
Carta gambar
Langkah 2 i. Gambar kaku:
mata
ii. Guru soal murid
1. Murid ditunjukkan suku kata terbuka‚ “ lo, ri, ba, yi, te, ko, to, pi, ba, ju, fo dan to“. 2. Kemudian, murid mengeja suku kata bersama guru. 3. Murid juga mengeja suku kata secara individu. 4. Murid membaca suku kata tersebut
Teknik:
Sumbangsaran
Apakah nama benda ini?
iii. murid membuat padanan
suku kata tersebut.
Contoh:
ma-------- ta
mata
secara beramai-ramai. 5. Akhir sekali, murid mencantumkan suku kata menjadi perkataan bermakna
Terapi:
cara kerja
Nilai:
Yakin diri
BBB
Kad suku kata
Langkah 3 Kumpulan 1:
Mencantum 5 suku kata
Contoh:
ba ------- ju
mu-------ka
lo --------ri
ci--------ku
ra--------ga
Kumpulan 2:
(1) membunyikan suku kata
(2) memadankan suku kata berpandukan
gambar.
Kumpulan 1:
Guru mengedarkan kad suku
kata dan membimbing murid
menyusun dan memadan suku
kata tersebut.
Kumpulan 2:
(i) Guru memberi kad suku kata
dan membimbing mereka
mengeja suku kata tersebut
(ii) Guru menunjukkan kad
gambar dan meminta murid
memadankan suku kata
Teknik:
Latih tubi
sumbangsaran
Terapi:
Cara kerja
Pertuturan
Nilai:
Yakin
berpandukan gambar
tersebut
(iii) Murid diminta mengeja
dan menyebutnya secara
ramai.
Berani
BBB
Kad carta
Langkah 4 Kumpulan 1
Contoh kad perkataan:
Kumpulan 2
Contoh kad
gambar
Kumpulan 1Murid diberi kad perkataan dan mengisi suku kata yang sesuai.
Kumpulan 2Murid diberi kad gambar dan meminta murid mengisi suku kata yang tertinggalMurid melengkapakan suku kata tersebut.
Teknik:
Cuba jaya
Terapi:
Cara kerja
Nilai:
Yakin
BBB
Kad perkataan
Kad gambar
pa _ _
t a
Penutup Guru mengedarkan lembaran kerja
yang mengandungi kad gambar dengan
suku kata.
Murid dikehendaki melengkapkan 6
suku kata tersebut.
Guru membuat rumusan dan meminta murid melengkapkan suku kata tersebut dengan bantuan guru.
Teknik:
Soal jawab
Terapi:
Cara kerja
Nilai:
Berusaha
BBB:
Lembaran kerja
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid
dapat:
Kumpulan 1 (Autisme, Slow learner)
i Membina dan membaca 5 suku kata terbuka ‘kv’.
ii. Menyalin dan menulis 5 suku kata terbuka
dengan betul berdasarkan gambar
Kumpulan 2 (Disleksia, Down Sindrom) i Membina dan membaca 6 suku kata
terbuka ‘kv’.
ii. Menyalin dan menulis 6 suku kata terbuka
dengan betul berdasarkan gambar
Pengetahuan Sedia Ada: Murid pernah menyebut dan membunyikan
perkataan dengan suku kata terbuka seperti: topi .
Perentasan Kurikulum: Sains
Penerapan Nilai: mendengar arahan, yakin diri, berani
Unsur Terapi : pertuturan, cara kerja
Bahan Bantu Mengajar: Kad huruf, carta suku kata, komputer riba,
Posted by salam ukhuwah at