Download - MASALAH ASAS EKONOMI
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
1ekonomiasassmktp.blogspot.com
Isi rumah, firma dan kerajaan masing-masing menghadapi masalah :
A) KEKURANGANB) PILIHANC) KOS LEPAS
MASALAH ASAS EKONOMI
MAKSUD MASALAH EKONOMI
Bidang sains social yang mengkaji bagaimana manusia memperuntukkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
YANG HENDAK DIKELUARKAN ????
1) APA2) BERAPA3) BAGAIMANA4) UNTUK SIAPA
Wujud secara semulajadi Boleh digunakan oleh semua orang
tanpa bayaran Penawaran tidak terhad Tiada kos lepas Contoh : udara dan air hujan
JENIS
BARANG
BARANG PERCUMA
BARANG AWAM
BARANG EKONOMI
Wujud secara semulajadi Boleh digunakan oleh semua orang tanpa
bayaran Penawaran tidak terhad Tiada kos lepas Contoh : udara dan air hujan Disediakan oleh kerajaan Boleh digunakan oleh semua orang tanpa
bayaran Penawaran adalah terhad Ada kos lepas Contoh : Perkhidmatan tentera Dikeluarkan oleh sector swasta Penggunaannya dikenakan bayaran tetapi
individu boleh dikecualikan penggunaanya Penawaran adalah terhad Ada kos lepas Contoh : Televisyen
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
MASALAH ASAS EKONOMI
Terdapat 4 jenis masalah asas ekonomi iaitu:-- apa barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan- berapa barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan- bagaimana barang dan perkhidmatan hendak dikeluarkan- untuk siapa barang dan perkhidmatan dikeluarkan
Masalah ekonomi
Sumber ekonomi yang terhad Kehendak individu yang tidak terhad
Kekurangan
Pilihan
Kos lepas
- Apa yang hendak dikeluarkan- Berapa yang hendak dikeluarkan- Bagaimana hendak dikeluarkan- Untuk siapa dikeluarkan
Rajah 1: Hubungan antara masalah ekonomi, kekurangan, pilihan, kos lepas dan masalah asas ekonomi.
Apa Barang dan Perkhidmatan yang Hendak Dikeluarkan:Masalah ini timbul kerana kekurangan sumber ekonomi seperti tanah, modal, buruh dan usahawan sedangkan kehendak individu tidak terhad.Kesimpulannya, barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat. Matlamat pengeluar adalah untuk memaksimumkan keuntungan.
2ekonomiasassmktp.blogspot.com
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
Berapa Barang dan Perkhidmatan yang Hendak Dikeluarkan:Jumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh jumlah permintaan masyarakat.
Bagaimana Barang dan Perkhidmatan Hendak dikeluarkan:Kesimpulannya, pengeluar akan memilih cara pengeluaran yang paling cekap, samaada intensif buruh atau intensif modal iaitu cara yang dapat memaksimumkan keuntungan, atau meminimumkan kos.
Untuk Siapa Barang dan Perkhidmatan Dikeluarkan:Secara umumnya, cara barang dan perkhidmatan diagihkan kepada ahli masyarakat berdasarkan corak agihan pendapatan. Golongan yang berpendapatan tinggi akan memperoleh lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah.
SISTEM EKONOMI KAPITALISSistem ekonomi kapitalis juga dikenali sebagai sistem ekonomi pasaran bebas atau sistem ekonomi laissez faire. Keputusan dan penyelesaian masalah ekonomi ditentukan oleh individu dan pihak swasta melalui mekanisme pasaran. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis ialah Amerika Syarikat, Hong Kong dan Switzerland.
SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT Sistem ekonomi perancangan pusat juga dikenali sebagai sistem ekonomi arahan pusat atau sistem ekonomi sosialis. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Sistem ini wujud akibat ketidakstabilan dan ketidakadilan sistem ekonomi kapitalis. Antara negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi ini ialah Cuba dan Korea Selatan.
SISTEM EKONOMI CAMPURANSistem ekonomi campuran adalah suatu sistem ekonomi yang menggabungkan ciri-ciri sistem kapitalis dan sistem ekonomi perancangan pusat. Di dalam sistem ini, individu-individu masih mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan tentang barang dan perkhidmatan yang harus dikeluarkan. Kerajaan pula berperanan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang timbul daripada mekanisme harga. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran ialah Malaysia, Singapura, Jepun, India dan United Kingdom.
SISTEM EKONOMI ISLAM
3ekonomiasassmktp.blogspot.com
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
Sistem ekonomi Islam merupakan suatu sistem ekonomi yang menyelesaikan masalah ekonomi berdasarkan prinsip-prinsip kitab al-Quran. Penyelesaian masalah dalam sistem ekonomi Islam adalah selaras dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.Sistem ekonomi Islam memberi penekanan kepada konsep tauhid. Menurut konsep ini, segala sesuatu yang terdapat di dunia ini merupakan ciptaan dan milik Allah. Individu atau manusia hanya berperanan sebagai pemegang amanah untuk menjalankan kewajipan mereka terhadap Allah.
Jadual 1: CIRI-CIRI SISTEM EKONOMI Sistem ekonomi/ ciri-ciri
Pemilikan sumber
Motif Penentuan harga
Pembuat Keputusan/ Pilihan
Persaingan
Sistem Ekonomi Kapitalis
Individu dan firma bebas memiliki segala faktor pengeluaran.
Matlamat pengguna adalah untuk memaksimumkan kepuasan dan Matlamat pengeluar pula adalah untuk memaksimumkan keuntungan.
Harga ditentukan oleh mekanisme harga, iaitu melalui kuasa permintaan dan penawaran.
Keputusan untuk mengeluarkan jenis barang, kuantiti, cara pengeluaran, serta agihan barang dibuat oleh individu dan swasta melalui mekanisme pasaran.
Wujud persaingan harga dan bukan harga antara firma.
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Kerajaan memiliki semua faktor pengeluaran.
Matlamat kerajaan adalah untuk memaksimumkan kebajikan dan kemakmuran rakyat
Harga ditentukan oleh kerajaan.
Hanya kerajaan yang membuat pilihan & pilihan yang dibuat berdasarkan kebajikan serta keadilan sosial.
tidak wujud persaingan sebab semua keluaran dilakukan oleh kerajaan.
Sistem Ekonomi Campuran
Individu & swasta bebas memiliki faktor pengeluaran tetapi dikawal oleh kerajaan.
Pengeluaran barang oleh firma bermotifkan untung. Pengeluaran barang oleh kerajaan bermotifkan kebajikan maksimum.
Harga ditentukan oleh mekanisme harga. Tetapi sesetengah barang (keperluan asas) harga ditentukan oleh kerajaan.
Individu & swasta bebas membuat keputusan & pilihan tetapi dikawal oleh kerajaan.
Firma bebas bersaing tetapi persaingan yang sihat (tiada unsur penipuan)
Sistem Ekonomi Islam
Milik mutlak Allah. Manusia hanya sebagai pemegang amanah sahaja.
Pentingkan konsep ibadat dn kebajikan masyarakat.
Harga ditentukan oleh mekanisme harga.jika berlaku ketidakadilan, kerajaan campurtangan.
Individu & swasta bebas membuat keputusan & pilihan tetapi tidak bertentangan dengan syariat.
Persaingan antara firma digalakkan tetapi adil dan saksama.
Jadual 2:CARA-CARA MENYELESAIKAN MASALAH ASAS EKONOMI
4ekonomiasassmktp.blogspot.com
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
Masalah asas ekonomi
Sistem Ekonomi Kapitalis
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Sistem Ekonomi Campuran
Sistem Ekonomi Islam
Apa yang hendak dikeluarkan
Penyelesaian melalui mekanisme pasaran. Pengguna membuat pilihan manakala pengeluar bersaing untuk mengeluarkan barangan yang memberi keuntungan maksimum.
Penyelesaian melalui perancangan oleh unit-unit perancangan ekonomi & mementingkan keperluan masyarakat. Pengguna tidak boleh memilih.
Penyelesaian melalui mekanisme pasaran. Kerajaan mengeluarkan barangan awam yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta.
ditentukan oleh pasaran selaras dengan hukum Islam
Berapa yang hendak
dikeluarkan
Penyelesaian melalui mekanisme harga dimana kuantiti barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan ditentukan oleh jumlah permintaan dan penawaran di pasaran.
Masalah ini ditentukan oleh kuasa mutlak kerajaan Berdasarkan keperluan masyarakat dan kemampuan pengeluaran ekonomi.
Masalah ini ditentukan oleh kuasa pasaran melalui penawaran dan permintaan pasaran.
Masalah ini ditentukan oleh kuasa pasaran melalui interaksi antara pengguna dan pengeluaran. Kerajaan boleh campurtangan untuk memastikan barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan mencukupi.
Bagaimana hendak
dikeluarkan
Firma memilih teknik pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan atau meminimumkan kos pengeluaran dengan menggunakan kaedah insentif buruh atau insentif modal.
Keadah pengeluaran barang ditentukan oleh kerajaan. Kerajaan akan memilih cara pengeluaran yang paling sesuai untuk memaksimumkan kebajikan sosial.
Firma swasta akan memilih cara pengeluaran yang paling cekap yang dapat memaksimumkan keuntungan atau meminimumkan kos tetapi dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.
Penyelesaian melalui mekanisme harga di pasaran faktor. Kerajaan boleh campurtangan untuk menjamin keadilan sosial.
Untuk siapa dikeluarkan
Penyelesaian melalui agihan pendapatan serta kuasa beli. Barangan dikeluarkan untuk sesiapa yang sanggup membayar harganya. Golongan kaya mendapat lebih banyak barangan daripada golongan miskin.
Masalah ini diselesaikan oleh kerajaan. Pengguna tiada pilihan. Barang dan perkhidmatan diagihkan oleh kerajaan mengikut keperluan isi rumah melalui sistem catuan, kupon dan kuota. Kerajaan memastikan rakyat dapat menikmati barang secara adil dan saksama.
Masalah ini diselesaikan melalui corak agihan pendapatan dan kuasa beli masyarakat.
Ditentukan oleh agihan pendapatan di mana golongan yang tidak mampu mendapat keperluan asas melalui sistem zakat. Kerajaan boleh campurtangan untuk menjamin keadilan sosial.
MODUL EKONOMI ASAS TINGKATAN 4
5ekonomiasassmktp.blogspot.com
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
BAB 1- PENGENALAN KEPADA EKONOMI
1. Ilmu ekonomi mengkaji mengenai
a) _____________________________________________________
b) _____________________________________________________
2. Sumber ekonomi juga dikenali sebagai ________________________________
Iaitu :
a) _________________________
b) _________________________
c) _________________________
d) _________________________
3. Gariskan unit ekonomi yang terlibat di dalam kes di bawah dan huraikan bagaimana
unit-unit ekonomi tersebut menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapinya.
a) Aiman diberi wang saku sebanyak RM15. Beliau ingin membeli buku rujukan
yang berharga RM12 dan sebatang pen yang berharga RM10.
b) Syarikat Maju Sdn Bhd sangat terkenal di bidang pertanian. Syarikat ini
hanya mempunyai 100 hektar tanah. Untuk mendapat keuntungan
maksimum, syarikat perlu menanam sekurang-kurangnya 80 hektar kelapa
sawit dan 70 hektar getah.
c) Kerajaan negara X mempunyai sumber hasil sebanyak RM3 juta. Kerajaan
berhasrat membina sekolah bestari yang menelan belanja RM2.5 juta dan
sebuah poliklinik yang berharga RM2.8 juta.
6ekonomiasassmktp.blogspot.com
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
4. Lengkapkan jadual di bawah:
Ciri Cahaya Suria Lampu tidur di rumah Lampu jalan
Penawaran
Kos Pengeluaran
Bayaran
Kos Lepas
Pihak yang
Menyediakan
Jenis barang
5. Lengkapkan ciri sistem ekonomi setiap negara di bawah.
Ciri Amerika Syarikat Korea Utara Malaysia Arab Saudi
Sistem
Ekonomi
Pemilikan
faktor
Pembuat
keputusan
ekonomi
7ekonomiasassmktp.blogspot.com
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
Pilihan
pengguna
Penentu harga
Persaingan
Motif
6. Bagaimana negara-negara di bawah menyelesaikan masalah asas ekonominya?
Lengkapkan jadual berikut.
Ciri Amerika Syarikat Korea Utara Malaysia Arab Saudi
Sistem
Ekonomi
Apa yang
hendak
dikeluarkan
Berapa banyak
hendak
dikeluarkan
Bagaimana
hendak
mengeluarkan
Untuk siapa
barang
dikeluarkan
8ekonomiasassmktp.blogspot.com
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
Soalan esei1.
Encik Ahmad bin Ali
a. Huraikan bagaimana unit ekonomi di atas menyelesaikan masalah ekonominya.
Cahaya matahari Lampu bilik tidur Lampu jalan
b. Bezakan barang di tas dari segi ekonomi.
2. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi campuran.
Individu dan firma mempunyai kebebasan membuat keputusan kegiatan ekonomi yang ingin dijalankan
Kerajaan juga membuat keputusan, khususnya dalam pengeluaran barang awam.
Terangkan 4 ciri lain bagi sistem ekonomi tersebut. [8 markah]
3. Huraikan cara sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas ekonomI. [12 markah]
9ekonomiasassmktp.blogspot.com