Download - Makna leksikal
Makna Leksikal
Makna leksikal bermaksud makna yang terdapat dalam kamus atau makna perkataan yang
terlepas daripada hubungannya dengan perkataan lain dalam ayat.
Contohnya, perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian
memiliki makna leksikal, kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Urutan huruf se+,
ber+, ber+...+an, me+ (... +kan), +an, pe+, (pe+...) +an tidak memiliki makna leksikal
melainkan memiliki makna gramatis.
Kelompok kata
Makna dalam kelompok kata adalah jalinan daripada makna satu perkataan dengan perkataan
lain dalam kelompok kata tersebut. Misalnya lima ekor lembu bermakna ada ‘lima ekor
lembu’.
Kata paduan
Kata paduan ialah dua perkataan atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-
masing, tetapi maknanya telah berpadu menjadi satu, misalnya kereta api, kapal api, bunga
api dsb.
Kata gabungan
Kata gabungan ialah dua atau lebih perkataan yang mengandungi satu makna tetapi deretan
perkataan tersebut menyimpang daripada deretan perkataan yang umum dalam bahasa
Melayu. Misalnya mahasiswa, mahaputera, maharaja, bumiputera dan sebagainya.
sumber: Darwis Harahap 1994. Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 95.