Download - Makanan Malaysia

Transcript
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    1/13

    Makanan Malaysia

    MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

    Malaysia merupakan sebuah Negara yang penuh dengan keunikan.Terdapat pelbagaijenis tempat menarik di Negara ini bagi memenuhi kehendak pelancong tempatan

    mahupun luar Negara.Malaysia bukan hanya terkenal dengan destinasi pelanconganmenarik malah turut terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisonal.Apa yang lebihmenarik makanan tradisional di Malaysia berlainan jenis mengikut negeri-negeri serta

    perbezaan suku kaum.Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak

    beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah salingmempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yangunik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Negeri

    Sabah dan Sarawak juga mempunyai pelbagai kumpulan etnik peribumi, masing-

    masing dengan budaya serta warisan yang unik dan tersendiri.

    Hari ini, kaum Melayu, kumpulan etnik terbesar di Malaysia iaitu merangkumi lebih 50peratus penduduk negara ini. Di Malaysia, jika merujuk kepada orang Melayu

    menunjukkan orang itu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu,berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu. Pada asalnya mereka penganut

    Theravada Buddha dan Hindu pada kurun ke 1400-an, dan dengan pengaruh IstanaMelaka ketika itu mereka menganut Islam. Orang Melayu terkenal kerana peramah dan

    budaya seni mereka yang sangat kaya.

    Makanan tradisonal melayuBelacan

  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    2/13

    Ia merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang

    dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap danberkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikitsebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. Mahupun begitu, sekiranya

    dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat. Belacan juga merupakan salahsatu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk

    lumat dengan menggunakan lesung tangan.Botok-botok

    http://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5S98Sw1_I/AAAAAAAAAEI/xjMgYh_E68M/s1600/20090122_092717_5389_%20Botok-botok%20Ikan.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5ScyWXmTI/AAAAAAAAAEA/CDjCEVMH5F0/s1600/belacan3.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5S98Sw1_I/AAAAAAAAAEI/xjMgYh_E68M/s1600/20090122_092717_5389_%20Botok-botok%20Ikan.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5ScyWXmTI/AAAAAAAAAEA/CDjCEVMH5F0/s1600/belacan3.jpg
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    3/13

    Botok- botok sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang

    hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianyaberbungkus didalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potongikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk

    masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnyaterdiri dari berbagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.Cencalok

    Masyarakat Melayu di Melaka memang terkenal dengan pelbagai makanantradisionalnya, yang memang cukup popular, bukan sahaja di tempat asalnya, malahansudah melangkaui sempadan Malaysia. Selera Melaka sudah menjadi santapan lazim

    masyarakat Malaysia. Salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakatMelayu Melaka ialah cencalok. Cencalok ialah sejenis lauk dalam hidangan makanan

    nasi. Cencaluk dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udanggeragau. Udang geragau akan dicampurkan dengan air dan akan dicampurkan dengan

    sedikit nasi. Setelah ketiga-tiga bahan tadi sudah menjadi sebati, seterusnya akandimasukkan ke dalam sebuah bekas iaitu pasu atau tempayan kecil dan ditutup rapat-rapat dengan menggunakan kain bersih untuk diperam dan disimpan selama 3 hari.Untuk menyedapkan rasanya lagi bolehlah dimasukkan sedikit air didih nasi. Untuk

    menyedapkan lagi apabila dimakan dengan nasi, hendaklah dicampurkan dengan ladabasah dan bawang besar yang dihiris kemudian diperahkan dengan limau nipis ataulimau kasturi atau juga dicampurkan sedikit lada basah dan sehiris halia kemudian

    digoreng dengan telur.Gula Melaka

    http://3.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5TaDHGc-I/AAAAAAAAAEQ/wdWzlWys8_g/s1600/2256411911_1c37e573e8.jpg
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    4/13

    Gula Melaka atau dikenali juga dengan nama Gula Tuak banyak terdapat di Melaka.

    Gula Melaka diperbuat daripada air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan GulaMelaka ini berbeza dengan gula tiruan yang berada di pasaran kini.

    Proses membuat Gula Melaka bukanlah satu pekerjaan yang mudah kerana ia terpaksamelalui tiga peringkat pemprosesan. Seseorag yang pakar dalam membuat Gula

    Melaka dapat mengenal pasti kelapa yang dapat menghasilkan air nira yang baik. Inipenting bagi mendapatkan Gula Melaka yang bermutu tinggi.

    Peringkat pertama dalam menghasilkan Gula Melaka ialah dengan menggunakan buluhdan pengikatnya serta pisau yang dikenali sebagai penyadap untuk mengambil nira

    kelapa. Setelah itu, mayang kelapa dilenturkan dengan membalutnya pada daun kelapamuda. Ianya dilenturkan sedikit demi sedikit dan proses ini berterusan sehingga

    seminggu bagi mengelakkan tangkai mayang itu patah. Mayang yang dilentur dibuangseludangnya dan dihiris sedikit demi sedikit dan air nira ditakung ke dalam buluh yang

    sepanjang 1 kaki. Di dalam tabung tersebut diletakkan sedikit kapur untuk mencegah airnira daripda menjadi masam. Air nira ini dikenali sebagai air tuak.

    Pada peringkat kedua proses memasak Gula Melaka selama empat jam. Pada

    peringkat ini pengawasan dan pengalaman penting bagi mneghasilkan gula yang baik.Tempat memasak gula Melaka dikenali sebagai sebagai sabak. Api sabak mesti dijaga

    agar tidak terlalu besar ketika gula mulai pekat dan mengeluarkan buih yang berwappanas. Nyalaan api tidak boleh dibesarkan lagi di peringkat bunga sena di manakeadaan gula telah menjadi agak pekat dan mengeluarkan banyak buih dan muladikacau perlahan-lahan. Beberapa minit kemudian, kancah diturunkan dan terus

    dikacau bagi menghasilkan gula yang halus.

    http://3.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5TtOpmiJI/AAAAAAAAAEY/7qQDlZxPx-U/s1600/DSC01291.JPG
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    5/13

    Peringkat terakhir ialah bagi memastikan setelah cukup ukuran kepekatannya dan gulamasih panas dituangkan ke dalam acuan yang diperbuat daripada buluh setinggi 3 inci,

    tidak tertutup di kedua-dua hujungnya dan tabung tersebut diletakkan di atas lantaikhas. Setelah beku, gula tersebut dikeluarkan daripada bekas tersebut.

    Dodol

    Ia sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis(atau manisan/penganan). Dodol sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh

    dikatakan amat rumit. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidaksemua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang

    mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia.Untukmembuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali

    yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhanabesar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan

    hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasadikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan

    masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam,dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol

    akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidihdan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodolhendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah

    sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.

    http://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5T881UJmI/AAAAAAAAAEg/nzFklPxMxQw/s1600/212342334_51ea0d890f.jpg
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    6/13

    Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untukmendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua,

    berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan.Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-

    hari perayaan dan majlis kenduri.

    Otak-otak

    Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannyadimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Terdapat dua jenis otak-otak di

    Malaysia iaitu Otak-otak Terengganu dan Otak-otak Johor.Pada lazimnya ia dibungkus dengan daun kelapa atau daun nipah tetapi kini ianya

    boleh dibungkus dengan kulit popia dan dikenali sebagai spring roll. Kebiasaan otak-otak diperbuat daripada isi ikan laut. Bagi ikan air tawar yang sesuai untuk dibuat otak-

    otak ialah ikan tilapia merah, patin dan keli. Otak-otak yang dibungkus dengan daunkelapa atau daun nipah perlu dibakar di atas dapur arang atau dapur biasa. Ia lebih

    enak dimakan ketika masih panas.

    Tapai

    http://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5UNmNdWWI/AAAAAAAAAEo/AakW9OBj0mc/s1600/2068315337_37fd3b3c35.jpg
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    7/13

    Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitutapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan

    tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap kerana itulah tapai ubi tidak dapatmenandingi tapai pulut.

    Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukanbahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkansehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakandaun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin

    sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang.Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan

    tapai yang dibungkus dengan daun pisangTapai yang telah siap dibungkus dimasukkan ke dalam pasu tempayan yang besar danditutup dengan kain. Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak

    dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangatmanis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat

    tradisional.Orang tua zaman dahulu juga mempunyai pantang larang apabila hendakmembuat tapai. Apabila tapai sedang dibungkus, seseorang itu tidak boleh memakan

    sirih atau mendekatkan dengan benda-benda yang berwarna merah. Jika pantang

    larang ini dilanggar, tapai tersebut akan berwarna merah dan rasanya tidak sedap.Seseorang itu juga tidak boleh memakan benda yang masam ketika membungkus tapaikerana ia akan menyebabkan tapai menjadi masam.Tapai yang telah masak juga tidak

    boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan keranarasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai

    pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu bolehdicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais.

    http://3.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5WA9CzB0I/AAAAAAAAAFA/YX4vC8KkNF4/s1600/TAPAI_UBI.jpg
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    8/13

    Makanan tradisional kaum Cina

    Kebiasaannya, Bagi kaum Cina pula bahan utama dalam masakan mereka ialah bahansoya (tahu, taucu, kicap soya) cendawan, biji-bijian dan lain-lain. Biasanya bahan-

    bahan ini akan diolah bersama rempah seperti biji ketumbar, kayu manis, jintan dansebagainya. Kebanyakan masakan Cina di negara kita ini, kebanyakan resipinya

    berasal dari Negeri China, contohnya: yong tau foo, char koay teow, dim sum dan lain-lain. Ramai masyarakat melayu juga gemar makanan seperti ini.Selain itu, Makanan

    tradisional kaum Cina yang lain adalah seperti Lok lok atau dikenali dengan sate celupmerupakan makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Jiaozi ialah salah

    satu lagi jenis makanan yang sangat popular bagi orang Cina. Jiaozi diperbuat daripadatepung gandum dan intinya diperbuat dari pelbagai jenis termasuk inti daging, teripang,udang segar dan sebagainya seperti kucai atau sayur-sayuran yang dicampur dengan

    daging.Minuman yang biasa diamalkan oleh masyarakat Cina ialah teh Cina danmanisan kegemaran mereka ialah buah-buahan segar dan manisan berasaskan

    kekacang.Sup mee suah

    http://3.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5VEHRmEII/AAAAAAAAAEw/9Fjdlk2-tR4/s1600/MEE_SUAH_2.JPG
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    9/13

    Jiaozi

    Makanan tradisional kaum IndiaMakanan kaum india ialah makanan yang di masak dengan kepelbagaian rempah-

    rempah.Antaranya ialah thosay,capati,nan,mutton steak,muruku,tandoori chicken dansebagainya.Boleh dikatakan kebanyakan makanan kaum India menggunakan rempah-

    rempah.Capati

    http://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5Vdz14srI/AAAAAAAAAE4/cqZ8A_l8qyc/s1600/jiaozi2.jpg
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    10/13

    Ayam tanduri

    Muruku

    http://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5W6icBweI/AAAAAAAAAFQ/r16gnptSUbs/s1600/Ayam-tandoori-gorengs-3.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5Wle3URzI/AAAAAAAAAFI/DJzBgjJ84bk/s1600/2115525422_75528ca0dc.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5W6icBweI/AAAAAAAAAFQ/r16gnptSUbs/s1600/Ayam-tandoori-gorengs-3.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5Wle3URzI/AAAAAAAAAFI/DJzBgjJ84bk/s1600/2115525422_75528ca0dc.jpg
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    11/13

    Makanan tradisional SabahKaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah.

    Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal,Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas,

    Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun

    Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava,Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini

    dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaumKadazan-Dusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini

    amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat,sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.Masyarakat Sabahtelah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan

    semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    12/13

    http://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5XqHCnpGI/AAAAAAAAAFg/mvGoS8cG6VQ/s1600/ambuyat010.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5X-4T7LkI/AAAAAAAAAGA/qS20K04s5lw/s1600/100_6370.jpghttp://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5XqHCnpGI/AAAAAAAAAFg/mvGoS8cG6VQ/s1600/ambuyat010.jpghttp://3.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5X-4T7LkI/AAAAAAAAAGA/qS20K04s5lw/s1600/100_6370.jpg
  • 8/3/2019 Makanan Malaysia

    13/13

    Konklusinya terdapat pelbagai makanan tradisional di Malaysia.Ini melambangkan

    bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unik serta berpotensi menjadi

    sebuah Negara yang akan di pandang tinggi oleh negara maju yang lain.Kepelbagaian

    kaum yang mendiami Malaysia membuatkan negara ini mempunyai aneka makanan

    dan sudah pastinya akan menarik minat pelancong untuk melancong ke negara ini.Hal

    ini sekaligus akan meningkatkan ekonomi negara serta mampu menambahkanpendapatan penjual tempatan.Oleh itu,sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai kaum

    kita mestilah mengekalkan makanan tradisional kaum masing-masing agar makanan

    tradisional ini dapat di rasai dan di kenali oleh generasi yang akan datang.

    http://2.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5Xy2AKlEI/AAAAAAAAAFw/yBIngOa5W20/s1600/IMGP6649.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5X2XYmgVI/AAAAAAAAAF4/IH-ArgRaNRg/s1600/bosou.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5Xy2AKlEI/AAAAAAAAAFw/yBIngOa5W20/s1600/IMGP6649.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_u5RSXKSaf6Y/TG5X2XYmgVI/AAAAAAAAAF4/IH-ArgRaNRg/s1600/bosou.jpg

Top Related