Transcript
Page 1: Majalah Bina Insan V1
Page 2: Majalah Bina Insan V1
Page 3: Majalah Bina Insan V1

BinaInsan

3 - 4 GST : FAEDAH vs RUGI

5 - 6 TIPS MENGHADAPI GST

7 - 8 PERGELUTAN SYARIKAT MEREKRUT PEKERJA SECARA GLOBAL

9 - 11 Q & A

12 INFOGRAFIK

13 - 14 WARNA PENUNDUK PADA PENAMPILAN DI PEJABAT

15 - 16 BULETIN, MUSUH JADI KAWAN?

17 MBPJ TINGKAT KEMAHIRAN KOMUNIKASI LEBIH BERKESAN

18 SEMINAR FINE DAPAT SAMBUTAN HEBAT

19 - 20 KOMENTAR

13 - 14

9 - 11

15 - 16

April 2015 | BinaInsan | 1

Page 4: Majalah Bina Insan V1

BinaInsanAssalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya, e-majalah Bina Insan ini dapat diterbitkan. Bina Insan diinspirasikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fine Academy Sdn. Bhd. Majalah ini bertujuan bagi memberi input dan maklumat dunia Sumber Manusia kepada agensi-agensi kerajaan, swasta dan juga individu.

Untuk edisi pertama ini, kami cuba mengupas topik yang paling hangat pada masa kini iaitu mengenai GST. Apakah dengan terlaksananya GST ini akan memberi impak kepada prestasi pekerja ataupun organisasi itu sendiri? Bagaimana organisasi bertindak dalam menyelesaikan sebarang masalah atau kesan yang berlaku disebabkan perlaksanaan GST?

Edisi pertama ini memberikan tips bagaimana kita perlu berbelanja dalam menghadapi GST, membincangkan apakah faedah dan apakah kerugian yang berlaku semasa GST dan soal jawab bersama Tuan Fauzul Na’im Ishak dalam membincangkan perkara ini.

Tokoh kulit depan kali ini adalah Puan Farah Lina Abdul Rahim, seorang Konsultan Imej Persendirian Bertauliah (CPIC) yang kerap menerima undangan daripada agensi kerajaan dan swasta untuk Bengkel Penampilan Diri, Protokal dan Etiket Sosial.

Beliau adalah pakar dalam membentuk perwatakan seseorang dengan menggunakan warna yang sesuai.

Untuk kolum penulisan, kami memperkenalkan Tuan Zamri Mohamad, penulis prolifik yang giat menulis dan menganjurkan bengkel penulisan. Beliau juga bertindak selaku literari agen yang menguruskan manuskrip alumni kursuspenulisan.com dan bekerjasama dengan penerbit-penerbit di Malaysia. Beliau menerangkan kepentingan buletin organisasi dalam jabatan.

Semoga anda mendapat manfaat daripada setiap artikel yang dimuatkan di dalam majalah ini. Sebarang komen dan penambahbaikan amat kami alu-alukan. Emelkan surat anda ke [email protected].

Salam Bina Insan,

……………………..Mazniza Mohd NorKetua Pegawai EksekutifAkademi Penulis Sdn. Bhd.

Ketua PengarangMazniza Mohd Nor

EditorTuan Nur Aini Tuan Jusoh

WartawanNurhartini Mohd Nasir

FotograferNoor Azlina kamarudin

DesignerNur Annisa

Penyumbang ArtikelNur Liyana Shamsul KamalNurul Atthirah Abdul Wahab

Demelture Don

Diterbitkan Oleh :AKADEMI PENULIS SDN. BHD.

(849277-U)9-2 Jalan Wangsa Setia 3

Wangsa Melawati53300 Kuala Lumpur

MALAYSIA

Handphone Number: (+6) 016 661 1473Office Number: (+6) 03 2035 6966

Fax Number: (+6) 03 2035 6965Web: www.fineacademy.com.my

E-mail: [email protected]

Dari Meja Ketua Pengarang

BinaInsan | April 2015 | 2

Page 5: Majalah Bina Insan V1

FAEDAH vs RUGISejak kebelakangan ini,

isu Goods and Services Tax atau GST menjadi

topik perbualan yang sedang hangat diperkatakan. Bukan sahaja dalam kalangan pekerja, malah peniaga dan orang awam juga turut membincangkan perihal yang sama. Bahang perlaksanaan GST yang diumumkan pada 1 April tahun ini, benar-benar memberi impak yang besar kepada masyarakat.

Laman sosial seperti Facebook dan Twitter telah dijadikan tempat berdiskusi tanpa noktah. Hal ini secara tidak langsung, rakyat menjadi wartawan yang tidak

berbayar, tanpa mengetahui kesahihan maklumat yang mereka dapat dan terus menyebarkannya. Namun, apabila ditanya berhubung dengan perihal GST, tidak semua yang mampu menjawab dengan tepat dan tidak kurang juga yang mahu pelaksanaannya dilakukan terlebih dahulu, sebelum mereka berani mengeluarkan hujah mereka sendiri.

Melalui buku kecil Jabatan Penerangan Malaysia 2014, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, dalam pembentangan Bajet 2014 yang berlangsung di Parlimen pada 25 Oktober 2013, telah mengumumkan pelaksanaan GST atau Cukai Barang dan Perkhidmatan yang

akan dilaksanakan mulai 1 April 2015. GST mula dilaksanakan di Perancis seawal tahun 1950an. Kini, lebih 160 buah negara telah melaksanakan GST. Di ASEAN, hanya Malaysia, Myanmar dan Brunei sahaja yang masih belum melaksanakannya.

Sebagai rakyat yang prihatin, mereka harus tahu bahawa GST ini sebenarnya adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan atas nilai ditambah bagi setiap peringkat pengagihan dan pengedaran. GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) iaitu cukai tidak langsung dan peniaga dibenarkan menuntut kembali cukai yang dibayar atas input perniagaan.

April 2015 | BinaInsan | 3

Page 6: Majalah Bina Insan V1

GST akan menggantikan cukai kepenggunaan yang sedia ada, iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dengan kadar GST sebanyak 6% berbanding dengan, kadar SST iaitu 5%, 10% dan kadar spesifik bagi cukai jualan. Manakala, cukai perkhidmatan adalah pada kadar 6% dan kadar spesifik.

Untuk pengetahuan, tidak semua barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai. Dalam buku kecil GST Jabatan Penerangan Malaysia turut menerangkan, barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, daging ternakan, telur dan beberapa makanan. Selain itu, kemudahan asas seperti bekalan air paip dan 200 unit pertama penggunaan elektrik sebulan (bagi pengguna domestik), perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, pengeluaran passport dan lesen, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta tanah pertanian juga tidak akan dikenakan GST.

Namun begitu, untuk menjadi pemimpin yang hebat dan berkaliber, keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat tidak boleh dipandang enteng. Hal ini kerana, ia melibatkan produktiviti pekerja, pemimpin tidak boleh leka kerana pekerja-pekerja inilah yang banyak membantu dalam menggerakkan negara kerana mereka penyumbang utama tenaga kerja kepada pembangunan negara.

Dalam kebaikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ini, terdapat juga beberapa permasalahan yang timbul. Antaranya, kebajikan pekerja terabai dan kadar gaji pekerja adalah minima. Selain itu, harga

barangan dan perkhidmatan yang meningkat akibat kadar inflasi yang tinggi, turut mendorong kepada gangguan kelangsungan hidup pekerja yang berpendapatan rendah.

Hal ini mendapat campur tangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada suatu masa dulu. Mereka pernah menggesa golongan pekerja supaya mengambil bahagian dalam himpunan membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), seperti yang dilaporkan dalam keadilandaily.com.

Kemudiannya kerajaan mengadakan pengecualian ke atas pelbagai jenis barangan daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Hal ini, menambahkan lagi beban kepada pekerja Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana. Golongan yang paling terasa adalah peniaga, kerana mereka terpaksa memisahkan beberapa akaun perniagaan mereka yang disenarai sebagai cukai GST berkadar sifar.

Melalui pengecualian cukai ini juga, golongan peniaga mula mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang perniagaan mereka. Malahan, terdapat segelintir daripada peniaga-peniaga meletakkan kadar cukai lebih awal, atas alasan sebagai langkah-langkah persediaan dalam menghadapi GST walaupun ia belum diumumkan secara rasmi.

Berdasarkan kenyataan bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia MTUC, Tan Sri Zainal Rampak, beliau mencadangkan supaya kerajaan mengarahkan peniaga melekatkan tanda tertentu, bagi menunjukkan barangan

yang tidak dikenakan GST. Hal ini dicadangkan supaya rakyat biasa dan golongan pekerja, mengetahui perbezaan antara barangan yang dikenakan GST dan yang tidak dikenakan GST. Hal ini akan memudahkan para pengguna, untuk merancang perbelanjaan harian mereka pada masa hadapan.

Bagi golongan yang berpendapatan rendah, hal ini sangat meresahkan mereka. Terutamanya mereka yang tinggal di kawasan kos sara hidup yang tinggi seperti di kawasan bandar-bandar besar. Dengan gaji sekadar cukup makan, pasti sukar mereka merancang perbelanjaan bulanan.

Kos hidup yang tinggi, tanggungan yang ramai dengan perbelanjaan harian yang perlu disediakan, menyebabkan mereka perlu mengatur semula perbelanjaan. Jika tiada tindakan yang diambil bagi meringankan beban mereka. Jika tidak, mereka terpaksa bekerja lebih masa dan melakukan pelbagai kerja dalam sehari, bagi menampung keperluan harian mereka. Akibatnya, produktiviti kerja mereka akan terjejas.

Sehingga kini kita masih lagi tidak dapat memastikan sepenuhnya, sama ada GST ini memberikan impak yang baik atau buruk kepada rakyat Malaysia. Oleh sebab itu, marilah kita sama-sama nantikan 1 April ini untuk melihat dan merasainya sendiri. Sejauh manakah GST ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai, terutamanya kepada golongan pekerja.

Disediakan oleh: Nurhartini Mohd Nasir

BinaInsan | April 2015 | 4

Page 7: Majalah Bina Insan V1

Kerajaan pastinya sedar bahawa rakyat Malaysia bergantung harap kepada kerajaan mengenai isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Dalam persiapan bagi menghadapi GST, kerajaan perlu memberi perhatian khusus kepada para peniaga, supaya mereka tidak mengambil

kesempatan pada pengguna dengan menaikkan harga barangan.

Penguatkuasaan yang efektif perlu dijalankan oleh pihak kerajaan, supaya peniaga patuh dengan pemansuhan eleman Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan, yang berkenaan dengan harga barang, dan perkhidmatan di seluruh peringkat kitaran pembekalan (supply chain). Dengan langkah penguatkuasaan yang tegas, peniaga tidak boleh berselindung di sebalik GST untuk menaikkan harga barangan yang tidak wajar kepada pengguna.

Berikut panduan ringkas untuk anda, sebagai pengguna ketika menghadapi GST

1Sediakan Perbelanjaan Bulanan

Senaraikan perbelanjaan tetap yang berulang setiap bulan, seperti bayaran ansuran kereta,

rumah, insuran, bil-bil utiliti, yuran pendidikan, barangan keperluan dapur, perbelanjaan peribadi dan sebagainya. Bahagikan senarai perbelanjaan tadi kepada dua bahagian, iaitu bahagian yang tidak tertakluk kepada GST, dan bahagian yang tertakluk kepada GST. Pastikan lokasi wang untuk perbelanjaan tetap anda didahulukan. Kawal baki pendapatan anda, ini bagi mengelakkan perbelanjaan kepada barangan ataupun perkhidmatan yang bukan keperluan, yang tertakluk kepada GST.

2Berbelanja di kedai yang berdaftar GST

Pengguna digalakkan berbelanja di kedai-kedai yang berdaftar sebagai kedai GST. Terutamanya di pasaraya-pasaraya besar yang setiap hari bersaing harga dengan pesaing mereka. Selain mendapat manfaat harga rendah, pengguna juga dapat belajar membiasakan diri dengan sistem, dan mekanisme sebenar GST. Saranan ini bagi melindungi pengguna daripada peniaga yang tidak bertanggungjawab, yang menaikkan harga barangan ketika bermulanya era GST.

3 Berbelanja semasa musim promosi potongan harga

Di Malaysia, seringkali promosi potongan harga seperti “Jualan Mega” dan “Hari Untuk Ahli” dilakukan oleh para peniaga, sama ada untuk promosi harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan. Pengguna harus mengambil peluang ini dengan berbelanja pada musim promosi, kerana harganya yang lebih murah dan menjimatkan.

T IPS MENGHADAPI

GST

April 2015 | BinaInsan | 5

Page 8: Majalah Bina Insan V1

4 Membuat simpanan untuk pelaburan

Setiap individu digalakkan membuat simpanan lebihan pendapatan sekiranya ada. Simpanan boleh dibuat di bank, melabur dalam amanah saham ataupun membeli skim perlindungan insuran. Simpanan untuk pelaburan mampu meminimumkan kesan GST, atas pendapatan individu di samping memberikan pulangan positif jangka panjang, seperti memperoleh keuntungan simpanan, gandaan dividen dan perbelanjaan kesihatan yang terjamin.

5 Aktifkan persatuan pengguna

Para pengguna disarankan bersatu dan memberikan sokongan kepada persatuan-

persatuan pengguna, supaya aktif membela dan mempertahankan hak setiap pengguna, di seluruh pelusuk daerah di Malaysia. Semasa era GST kelak, persatuan pengguna perlu dijadikan sebagai one-stop centre, dalam menyebarkan maklumat kepenggunaan, serta menzahirkan “Kuasa Pengguna” (Consumer Power). Dengan cara ini, peniaga akan lebih bertanggungjawab tidak menaikkan harga barangan mereka sesuka hati kerana adanya persatuan pengguna yang sentiasa mengawal ketidakseimbangan harga barangan di luar sana.

6 Membuat aduan mengenai manipulasi harga Pengguna yang mempunyai maklumat

mengenai aktiviti manipulasi harga, oleh peniaga semasa era GST, disarankan supaya membuat aduan kepada pihak berkuasa, supaya tindakan penguatkuasaan undang-undang dapat dilakukan pada peniaga tersebut. Langkah membuat aduan mengenai aktiviti penipuan ini, merupakan tanggungjawab kepada setiap pengguna, supaya tiada peniaga yang mengambil kesempatan atas

pengguna semasa pelaksanaan GST dijalankan.

7 Memanfaatkan bantuan dan inisiatif kepenggunaan yang disediakan oleh kerajaan

Terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif kepenggunaan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada rakyat. Contohnya seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M), Klinik 1 Malaysia, Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M), Komputer Satu Malaysia, Bantuan Khas Awal persekolahan, Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA), Pasar Bergerak 1 Malaysia, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Program 1 AZAM, Coop 1Malaysia (Coop1M), Pakej Komunikasi Belia dan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M). Kerajaan dijangka akan menyediakan lebih banyak bantuan tambahan untuk rakyat, selepas pelaksanaan GST. Golongan rakyat yang layak menerima bantuan dan inisiatif ini, digalakkan bagi memanfaatkannya.

8 Merujuk “Panduan Pembeli” yang dikeluarkan oleh pihak Kastam

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dijangka akan menerbitkan risalah, “Panduan Pembeli” pada tiga bulan sebelum pelaksanaan GST April ini. Pengguna boleh merujuk risalah ini bagi mengetahui maklumat, serta membuat perbandingan harga barang dan perkhidmatan, sebelum dan selepas era GST.

Secara ringkasnya, para pengguna harus bijak dalam membelanjakan perbelanjaan harian mereka, supaya lebihan perbelanjaan tidak berlaku semasa era GST dilaksanakan. Moga semua pengguna dapat manfaat dari apa yang dikongsikan ini.

Disediakan oleh:

Nurul Atthirah Abdul Wahab

BinaInsan | April 2015 | 6

Page 9: Majalah Bina Insan V1

Pergelutan Syarikat Merekrut Pekerja

Secara Global

Tahun lepas, CH2M Hill, Englewood, syarikat kejuruteraan global yang

berpusat di Colorado telah mengambil 400 orang pekerja dari Timur Tengah.

Syarikat ini telah berkembang kukuh di seluruh dunia. Kebanyakan perkembangan syarikat ini adalah daripada menceburi pasaran-pasaran baru. Syarikat kejuruteraan global yang bernilai $6.4billion ini mempunyai 30,000 pekerja dan telah menguruskan projek di 149 negara.

“Bagi mencapai matlamat syarikat, ‘team’ pengurusan sumber manusia perlu mencari pekerja-pekerja yang berpotensi secepat mungkin, tetapi, ia bukannya mudah,” kata Nicole Guiet, pengarah sumber manusia syarikat.

Guiet menyelia usaha-usaha pengambilan pekerja berpotensi dari Alaska hingga ke Argentina, dan mendapati bahawa setiap

pelosok dunia mempunyai budaya yang tersendiri. “Kekurangan pekerja itu ada di mana-mana,” katanya. “Teknik-teknik pengambilan pekerja di A.S tidak semestinya sesuai digunakan di seluruh dunia.”

Ketidakserasian teknik pengambilan pekerja tempatan dan antarabangsa membuatkan keadaan menjadi sukar untuk eksekutif-eksekutif HR bersaing bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat mereka bagi memperoleh pekerja yang berpotensi dalam dunia global membuatkan eksekutif sedikit kecewa.

Menurut satu kajian oleh Economist Intelligence Unit bagi pihak KPMG bertajuk “Rethinking Human Resource” di Changing World, tiga daripada empat eksekutif mengatakan bahawa tenaga kerja mereka adalah global, manakala hanya satu daripada empat percaya bahawa pengurusan sumber manusia mereka dengan cemerlang

mengumpulkan pekerja-pekerja antarabangsa yang berpotensi dalam dunia global.

Lebih 80 peratus eksekutif mengatakan bahawa dengan meletakkan pekerja berpotensi itu di kawasan yang betul adalah strategi utama yang menentukan kejayaan mereka, manakala hanya 24 peratus percaya bahawa pasukan HR mereka mampu menyokong strategi globalisasi mereka.

“Eksekutif mula sedar bahawa bakat yang mendalam itu tidak dapat diklonkan,” kata Tim Payne, rakan kongsi dan pengarah HR Eropah untuk KPMG di London.

Profesional-profesional HR mempunyai peranan yang penting dalam pengambilan pekerja yang berbakat dalam dunia global, tetapi mereka perlu melihat dengan lebih jauh, bahawa teknik pengurusan sumber manusia tempatan merekrut tenaga kerja itu berbeza bagi setiap tempat untuk mencapai

April 2015 | BinaInsan | 7

Page 10: Majalah Bina Insan V1

jangkaan eksekutif. Ini bermakna mereka perlu memikirkan bagaimana menguruskan sistem pendidikan yang tidak konsisten di pelbagai negara, bakat-bakat yang terhad dan juga persaingan yang sengit di peringkat global juga tempatan bagi mencari tenaga kerja yang betul-betul berpotensi.

Mereka perlu mengenalpasti tentang adakah mereka memahami fungsi pengambilan tenaga kerja mengikut budaya tempatan, Payne berkata, “Salah satu sebab kenapa sukar untuk jabatan HR menyokong perniagaan secara global, kerana polisi global yang mudah tidak dapat membantu ianya untuk berjaya.”

KPMG mengalami masalah ini apabila ia melancarkan Pusat KPMG di India, di mana persaingan mencari tenaga kerja yang berbakat adalah berterusan.

Berdasarkan “London Recruiting Strategy”, KPMG telah mengadakan pusat penilaian selama dua hari di Delhi, tetapi peserta tidak memberi kerjasama yang berterusan dalam menghadirkan diri.

“Proses ini mengambil masa yang lama dan kami telah kehilangan calon-calon yang bagus kepada pesaing,” kata Payne. Apabila kami mula mendengar pendapat pakar tempatan, kami mengubah strategi kami untuk diselaraskan dengan budaya tempatan, dan ianya berkesan.”

“Menggunakan pakar tempatan adalah strategi terbaik dalam persaingan ini bagi memperbaiki pengambilan tenaga kerja global,” kata Gueit.

CH2M Hill, pasukan Gueit mencipta strategi laporan untuk setiap negara atau kawasan yang melambangkan maklumat

Disediakan oleh: Nur Liyana Shamsul Kamal

demografi, termasuk cabaran pengambilan pekerja tempatan, tenaga kerja berbakat yang sedia ada, pesaing tempatan dan antarabangsa, faktor tarikan tenaga kerja yang berbakat dan jangkaan nilai gaji.

Kemudian mereka bekerjasama dengan perekrut tempatan membina pelan media bagi mengambil kesempatan dengan kelebihan strategi perekrut tempatan.

“Kuncinya adalah dengan mengakui anda tidak mempunyai semua jawapan dan bersedia mendengar mereka yang ada jawapannya,” katanya lagi. “Ia tentang bergerak perlahan sekarang supaya anda boleh bergerak pantas kemudian.”

Diterjemahkan daripada artikel “Companies Struggle To Recruit Internationally” oleh Sarah

Fister Gale. Beliau adalah penulis dari Chicago.

Sumber artikel asal:http ://www.workforce.com/art ic les/c o m p a n i e s - s t r u g g l e - t o - r e c r u i t -internationally

BinaInsan | April 2015 | 8

Page 11: Majalah Bina Insan V1

April 2015 | BinaInsan | 9

QApakah pandangan Tuan mengenai Government and Service Tax (GST)?

Pada pandangan saya, Government and Service Tax atau GST ini, secara umumnya adalah penstrukturan semula cukai, dan tindakan ini baik sebenarnya kerana GST berfungsi bagi melupuskan SST yang digunakan sebelum ini. SST merupakan cukai terdahulu sepertimana yang kita sedia maklum, cukai perkhidmatan ini sekiranya mengikut pada kadar yang lepas, memang lebih tinggi. Apabila penghapusan SST ditukar kepada GST, kadarnya menjadi lebih rendah berbanding dahulu iaitu kadar sebanyak enam peratus. Namun, kadar ini GST ini sebenarnya tidak memberikan kesan kepada penurunan harga. Berdasarkan pengalaman, syarikat FINE mengendalikan GST dari sudut set up iaitu mengatur cara semula semua sistem yang mengambil kos yang tinggi atau kami

(Q & A Tokoh) Fauzul Na'im Ishak

RUANGAN VIP

Fauzul Na’im Bin Ishak merupakan pengasas dan jurulatih bertauliah di Fine Training Academy.

Beliau berkelayakan dalam Kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Malaya.

Beliau pernah menjadi Editor Perolehan sebelum dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Penerbitan, dan akhirnya, mengendalikan sebuah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia Sdn Bhd.

Pada tahun 2009, beliau dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Besar Penerbitan dan kemudiannya, mewujudkan Fauzul Na’im Sdn Bhd.

Atas permintaan ramai, beliau rebrand semula Fauzul Na’im Sdn Bhd menjadi Fine Training Academy pada tahun 2012.

Antara agensi yang mendapatkan khidmat Fine Training Academy ialah agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pelajaran hinggalah ke Jabatan Perdana Menteri dan juga agensi korporat.

Page 12: Majalah Bina Insan V1

perubahan perlu dilakukan kepada gaji atau sebagainya, ia perlu dipertimbangkan kerana hal ini bukan melibatkan pekerja sahaja, malah syarikat juga turut terlibat. Oleh itu, bagi syarikat, hal ini perlu diambil kira faktor kerana melibatkan isu kebajikan pekerja.

QApakah langkah-langkah yang boleh diambil bagi menarik orang ramai untuk

terus mendapatkan khidmat daripada organisasi Tuan selepas GST dilancarkan?

Organisasi tidak mengalami impak besar dari sudut permintaan pelanggan kerana pemintaan sentiasa ada. Persoalannya kini, apakah kesan GST ini kepada pelanggan? Sekarang ini, syarikat FINE mempunyai banyak pelanggan dalam kalangan agensi kerajaan dan korporat. Impak ini mungkin akan dirasai oleh pelanggan-pelanggan yang berbentuk persendirian, iaitu mereka yang membayar secara persendirian dengan menggunakan wang mereka. Cuma di peringkat FINE, program-program berbentuk umum ini masih di peringkat

perancangan. Impak ini dapat

dilihat setelah

rekod, paling cepat pembayaran daripada agensi kerajaan adalah 5 hari, dan paling lambat hampir 5 bulan, baru dibayar. GST ini tidak mengira, sama ada pembayaran itu dibayar ataupun tidak tetapi ia wajib dibayar sebelum tarikh akhir. Sekiranya pelanggan tidak membayar sebelum tarikhnya, maka pihak syarikat wajib membayar dan hal ini memberikan kesan kepada aliran tunai syarikat. Dalam isu perbelanjaan, pihak syarikat perlu berhati-hati kerana isu ini mengambil kira faktor pengurusan kos-kos tambahan selepas GST ini dilancarkan.

QSelepas pelancaran GST, adakah ia memberikan kesan kepada gaji pekerja?

Berhubung gaji pekerja, buat masa ini, syarikat masih tidak mendapat apa-apa kesan lagi kerana, kesannya paling cepat dapat dilihat dalam tempoh masa enam bulan, iaitu selepas GST dilancarkan. Pihak syarikat boleh mengesan kesan GST ini melalui reaksi para pekerja, sama ada mereka mengeluh ataupun tidak, mampu merancang ataupun tidak dan ini merupakan perkara berbangkit yang kami jangka akan berlaku. Selepas enam bulan, kita pasti akan mendengar bukan sahaja syarikat FINE, malah syarikat-syarikat lain juga turut akan mendengar keluhan-keluhan pekerja dan sebagainya. Hal ini akan memberi impak yang besar kepada syarikat. Oleh itu, perkara ini perlu dilihat terlebih dahulu dalam masa enam bulan atau mungkin dalam masa setahun, bagi mengetahui kesan langsung dan tidak langsung kepada syarikat dan pekerja-pekerja syarikat. Sekiranya sebarang

akan melihat juga pada pasaran semasa. Hal ini disebabkan oleh berlakunya peningkatan mendadak pada harga-harga barang sebelum belaku GST kerana pertimbangan peniaga mengatakan bahawa apabila berlakunya GST, mereka tidak boleh menaikkan harga dan perkara ini sangat memberi kesan kepada perniagaan terutamanya dari segi kenaikan operasi yang dijangka lima peratus hingga sepuluh peratus kepada operasi semasa.

QBagaimanakah GST ini mampu memberikan perubahan kepada

organisasi Tuan?

GST ini mampu memberikan perubahan paling besar iaitu, dari sudut sistem kerana selama ini, kita hanya mengambil kira faktor pembayaran cukai selepas audit sahaja. Namun, selepas sahaja berlakunya GST, hal ini akan memberikan kesan kepada syarikat. Kita perlu lebih terancang dalam mengawal aliran tunai yang berlaku kerana setiap tiga bulan, pihak syarikat perlu mengeluarkan pembayaran sekurangnya enam peratus daripada harga invois yang keluar tiga bulan sebelumnya. Sebagai contoh, sebarang jualan invois yang keluar daripada syarikat bermula pada 1 April hinggalah 30 Jun, pada 31 Julai, pihak syarikat perlu keluarkan enam peratus jumlah keseluruhan daripada tiga bulan tersebut.

QApakah kesan bakal dihadapi oleh organisasi Tuan dari aspek kewangan

dan profil syarikat?

Antara kesan yang bakal dihadapi oleh FINE adalah dari segi pembayaran. Pembayaran daripada pelanggan selalunya tidaklah secepat yang disangka. Dalam

BinaInsan | April 2015 | 10

Page 13: Majalah Bina Insan V1

April 2015 | BinaInsan | 11

menjalankan projek program tersebut. Program terakhir dilakukan adalah pada bulan enam, tahun lepas. Dalam tempoh masa kurang lebih lapan bulan ini, tidak ada sebarang program umum dijalankan. Oleh itu agak sukar untuk dikenalpasti kesannya tetapi kami menjangkakan, ia akan memberikan kesan kepada orang persendirian, individu, dan keluarga. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan memastikan walaupun kita masih baru dalam kendalian program-program umum, tetapi kita akan carikan kadar yang paling minimum, untuk dikenakan kepada pelanggan dengan mengambil kira faktor GST dan kadar yuran yang berpatutan, dan murah berbanding tahun sebelumnya. Bagi saya, ini lebih memberi ruang kepada mana-mana pelanggan perseorangan untuk turut serta dalam program kami di Fine Training Academy, tanpa mengambil kira faktor kewangan pada masa ini.

QApakah persediaan awal yang telah Tuan lakukan bagi menghadapi GST?

Bagi persediaan awal, perspektif yang dilihat adalah di peringkat Jabatan Kewangan iaitu dari aspek smart spending, smart selling dan smart marketing. Ketiga-tiga konsep ini sedang diperkenalkan kepada kakitangan kami. Isu smart ini bermaksud sebarang perbelanjaan, sebarang jualan dan sebarang pemasaran yang dilakukan itu adalah dalam keadaan betul-betul smart iaitu tidak dibuat secara berlebihan atau berkurangan, ia dirancang lebih awal supaya tidak berlaku sebarang pembaziran kelak. Perkara ini yang akan diminimumkan. Dari sudut perbelanjaan, perkara-perkara yang sekadar suka dilihat, akan

dikurangkan kerana perbelanjaan sebegini, ada yang suka dilihat dan ada juga perbelanjaan yang wajib dibuat. Maka fokus utama adalah perbelanjaan-perbelanjaan wajib dibuat, yang suka dilihat akan diletakkan kemungkinan yang terakhir kerana bagi FINE sendiri, apa yang ada sekarang ini akan dibelanjakan. Selagi mana boleh digunakan, kita akan guna tapi kalau rasa ada keperluan, contohnya, seperti memerlukan pertambahan atau mencantikkan lagi, itu kita perlu tengok pada keperluan yang amat terdesak, kalau tidak, kita akan berhati-hati dalam isu perbelanjaan.

QAdakah Tuan menyokong tindakan kerajaan untuk melaksanakan GST ini?

Kalau dilihat kepada situasi kerajaan sekarang, kerajaan memang perlu melaksanakan GST ini kerana dua perspektif iaitu pertama, dari sudut perbelanjaan. Perbelanjaan kerajaan sekarang dalam keadaan yang amat terdesak terutamanya kalau melihat kepada laporan kewangan semasa pembentangan bajet, setiap tahun bajet kerajaan defisit. Dari sudut jumlah hutang kerajaan, hutang luar dan hutang dalam negara adalah amat membimbangkan ketika ini dan relevanlah kerajaan memperkenalkan GST. Namun, sebagai pembayar cukai, kita mengharapkan dengan mewujudkan GST dan sebagainya, perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak patut dibelanjakan turut tiada. Hal ini kerajaan perlu ambil tahu kerana ia melibatkan duit GST iaitu duit cukai pengguna. Maka, apabila membelanjakan duit cukai pengguna sepatutnya duit cukai itu dibelanja untuk dikembalikan kepada pengguna, bukanlah bermewah-mewah. Inilah

peringkat-peringkat usahawan bimbang, kerana usahawan adalah pembayar cukai yang terbesar kepada kerajaan. Persoalannya, adakah apa yang dibayar itu berbaloi ataupun tidak dengan apa yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan? Impak paling besar adalah kepada golongan yang paling bawah, golongan yang lain kurang terasa, kerana mereka mempunyai sumber pendapatan yang kukuh. Golongan pertengahan juga turut terasa, cuma mereka sudah bersedia awal untuk menghadapi situasi ini dan ada juga golongan yang tidak bersedia.

QApakah saranan atau nasihat Tuan kepada organisasi-organisasi lain

yang turut menghadapi masalah yang sama?

Kepada organisasi-organisasi lain di luar sana, saya sarankan supaya perbelanjaan secara tidak langsung ini perlu difikirkan semula, dan mereka perlu mengenalpasti sumber-sumber tambahan yang boleh dijana bagi menghadapi situasi ini. Paling penting, kurangkan mengeluh, banyakkan bertindak kerana sejak kerajaan mengumumkan pelancaran GST pada 1 April ini, banyak orang mula mengeluh dan setakat ini, tidak nampak lagi tindakan susulan yang diambil bagi menghadapi GST. Rakyat, usahawan dan agensi akan terkena impak yang paling besar. Oleh itu, mereka perlu melakukan sesuatu.

Disediakan oleh: Nurhartini Mohd Nasir

Page 14: Majalah Bina Insan V1

BinaInsan | April 2015 | 12

Page 15: Majalah Bina Insan V1

keyakinan diri individu dan organisasi melalui pembangunan imej dan etika. Beliau juga pernah mengendalikan program-program imej dan keterampilan anjuran agensi kerajaan, swasta, IPT dan lain-lain.

Bagi beliau yang mempunyai kepakaran dalam Dress Sense for Men and Women, Colour Analysis, Style Personality, Social and Business Etiquette, Dining Etiquette dan Make up and Skin Care mengatakan, warna memainkan peranan yang sangat penting kepada penampilan seseorang. Warna bukan sahaja boleh membuat kita kelihatan cantik malah warna juga mampu memberi tenaga. Tambahnya lagi, setiap warna juga mempunyai maksudnya yang tersendiri.

Sebagai contoh, warna merah. Mengikut psikologi warna, merah membawa aura kemenangan,

Cuba berhenti sejenak dan lihat disekeliling anda. Hayati warna-

warna disekeliling anda. Lihat hiasan dan warna pada dinding, siling, atau papan tanda dan iklan di tempat awam. Apakah perasaan anda? Adakah anda rasa tenang dan selesa ataupun sebaliknya? Kemudian, lihat pula kepada diri anda. Lihat pada warna pakaian yang anda pakai sekarang ini? Apa pula perasaan anda sepanjang hari ini? Bagaimanakah pula dengan urusan kerja anda tadi? Lancar? Apakah warna pakaian anda membantu urusan anda hari ini? Apakah warna pakaian anda ada kaitan dengan urusan anda?

Pelbagai persoalan bermukim dihati juga fikiran yang meminta jawapan segera. Itulah pendekatan yang dilakukan oleh Farlina Rahim @ Farah Lina Abdul Rahim, seorang Perunding Imej Profesional, ketika berkongsi mengenai imej dan personaliti seseorang. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Komunikasi dan Pengajian Media (Perhubungan Awam), memilih menjadi perunding imej kerana minatnya yang mendalam dalam pembangunan imej dan personaliti.

Beliau diiktiraf sebagai Perunding Imej Profesional oleh Training Cube International Sdn Bhd di bawah naugan Master Trainer, Mary Anni setelah mendapat kursus intensif. Kelayakan menjadi perunding imej ini, membuka peluang kepada beliau untuk berkongsi ilmu dan membantu, dalam menaikkan

Warna ‘Penunduk’ pada Penampilan di Pejabat

Fa r a h L I n aA b d u l R a h i m

April 2015 | BinaInsan | 13

Page 16: Majalah Bina Insan V1

semangat bersungguh-sungguh, berani dan sebagainya. Ini adalah di antara impak warna dalam kehidupan seharian. Jika dilihat di tadika atau taska, mereka akan menghiasi mural dinding dengan pelbagai corak dan warna. Hal ini kerana warna-warna ini akan menimbulkan perasaan gembira.

Jabri Ibnu Samurah meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah s.a.w pada suatu malam terang. Benderang memakai baju berwarna merah, Aku menatap baginda dan memandang bulan. Sungguh, menurutku, baginda lebih indah daripada bulan.”

Warna kegemaran Rasulullah adalah warna putih dan kebanyakkan pakaiannya berwarna putih. Warna putih diibaratkan sebagai kebersihan dan kesucian. Kena dengan peribadi baginda yang berhati suci dan bersih. Para sahabat juga pernah melihat baginda memakai baju berwarna seperti hijau, hitam, kelabu dan merah.

Berbalik kepada warna sebagai penunduk pada penampilan seseorang di pejabat, sebenarnya banyak kriteria yang perlu diambil kira. Dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki, segalanya harus diteliti. Anda tidak boleh sebarangan mix and match pakaian kerana adakalanya, kesalahan dalam pemilihan penampilan boleh menyebabkan penampilan seseorang menjadi pelik dan tidak selesa untuk digayakan.

Oleh itu, antara pemilihan pakaian dan warna ke pejabat yang sesuai digayakan oleh wanita ialah kasut jenis pump shoes berwarna hitam, biru gelap ataupun coklat gelap. Elakkan pemilihan kasut yang terlalu tinggi, menampakkan jari kaki dan terlalu berwarna-

warni. Bagi tudung pula, elakkan memilih tudung fesyen turban, bermanik atau hana tajima kerana stail sebegini adalah lebih sesuai digayakan ke majlis santai atau kenduri. Pemilihan aksesori (brooch) yang sesuai juga perlu iaitu tidak melebihi tiga jari dan tidak lebih daripada tiga.

Selain dari pemilihan warna, pemilihan pakaian yang bersesuaian juga harus dititikberatkan. Antara tips dalam pemilihan penampilan ialah anda harus kenali diri anda sendiri. Pertama, anda perlu mengenalpasti bentuk badan anda. Wanita mahupun lelaki, harus tahu apakah jenis bentuk badan mereka. Kemudian, pastikan pakaian dan aksesori yang dipilih harus padan dan tidak mencederakan personaliti anda.

Kedua, kenal bentuk muka anda. Pastikan tudung dan gaya rambut yang dipilih bersesuaian dengan diri anda. Penggayaan yang

salah akan memberikan bentuk muka yang bulat kelihatan lebih bulat. Selain daripada penggayaan tudung dan rambut yang sesuai, pastikan juga pemilihan kaca mata dan kolar atau leher baju yang tepat.

Ketiga, kenali ton kulit anda. Pemilihan warna yang tepat adalah kenali warna atau ton kulit anda. Ia bukan sahaja membantu anda untuk memilih warna yang sesuai dengan pakaian, bahkan dapat membantu anda memilih warna gincu yang sesuai.

Oleh itu, untuk ke pejabat, gunakanlah warna-warna yang ceria untuk menaikkan mood dan tenaga yang ceria. Elakkan menggunakan warna kusam (muted) kerana warna ini akan menjadikan anda kelihatan letih, tua dan tidak penting. Pemilihan pakaian yang sesuai juga membantu menaikkan keyakinan anda dan berpenampilan kemas di pejabat.

BinaInsan | April 2015 | 14

Page 17: Majalah Bina Insan V1

Saya bermula dengan satu cerita. Bagaimana perkataan-perkataan

dalam buletin menjadikan setiap orang menoleh dan mahu membacanya.

Ini merupakan cerita Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau di Negeri Sembilan.

Sebuah kolej yang dikelilingi rumah-rumah kampung. Majoriti penduduk setempat berpendidikan sederhana. Sebahagian bekerja kampung, sebahagian lagi bekerja makan gaji

Mengapa mereka memperuntukan sejumlah bajet bagi menghasilkan buletin?

Ideanya mudah. Kumpulan pensyarah ini dilatih bagi menulis tiga perkara yang berkaitan kolej mereka ke dalam buletin. Ia mesti memenuhi prinsip kerja, manusia dan sahut agar buletin itu benar-benar mengikat fikiran pembaca.

Kerja Pertama, mereka menulis berkenaan senarai pengajian yang ditawarkan kepada para pelajar yang memilih memasuki kolej ini. Satu persatu subjek kemahiran

diceritakan dalam bahasa mudah agar ibu-bapa di kampung dapat memahaminya. Apabila sudah faham, mudah mendapat sokongan mereka.

ManusiaKedua, buletin ini menceritakan kehidupan di dalam kolej. Proses pembelajaran berasaskan hidup yang dilalui mereka diceritakan. Mereka menulis mengenai kreativiti hidup kerana anak-anak muda ini mahu belajar dan melakukan sesuatu.

SahutKetiga, buletin diterbitkan bagi mengurangkan penolakan dari luar yang melihat tawaran kemahiran yang disenaraikan di kolej ini sebagai pembelajaran kelas kedua. Satu demi satu berita pencapaian pelajar ditulis dan dipalu gendang kejayaan merata ceruk kampung.

Mari kita letakkan situasi jabatan kita dalam cerita yang sama.

Adakah kita berhadapan dengan situasi orang luar tidak memahami apa yang sedang berlaku di dalam?

BULETINMusuh Jadi Kawan?

Oleh: Zamri Mohamad

April 2015 | BinaInsan | 15

Page 18: Majalah Bina Insan V1

Aduan mengenai kakitangan tidak cekap, lewat memberi respon dan pada satu tahap ayat kurang enak dilemparkan.

Benarkah jawapan lisan dan emel berkali-kali merupakan cara paling berkesan menangani karenah pelanggan yang berbeza? Jika ya, berapa lama pegawai yang melalui situasi ini dapat bertahan secara emosi sepanjang tempoh perkhidmatan.

Buletin, Peguam Bisu BerbisaBuletin organisasi bertindak menjadi peguam bela memberi respon terhadap salah sangka orang luar terhadap proses kerja organisasi. Meskipun buletin sekadar empat halaman bercetak, fungsinya meluruskan andaian bengkok merupakan pemudah tugas dan mengurus stress kita.

Fungsi sahut digunakan dalam situasi ini melalui penghasilan buletin. Dalam diam-diam, di mana buletin kita berada, ia sudah siap siaga menyahut andaian di luar dinding bangunan kita.

Kekerapan pertukaran pegawai kerana peraturan yang menetapkan pegawai bagi sesuatu jabatan diubah ke jabatan lain adalah normal. Tetapi berlaku situasi reset yang melambatkan kerja-kerja sebelumnya.

Buletin, Pembimbing Pagi Dan MalamBuletin jabatan bertindak sebagai bahan latihan berterusan kepada kakitangan. Fungsi kerja

dihidupkan ke dalam penerbitan. Kerana itu sesetengah buletin yang efektif mempunyai ruangan yang menceritakan fungsi unit-unit dalam jabatan.

Semakin kerap diterbitkan, para pegawai didedahkan secara berperingkat. Kos masa melatih kakitangan baru yang beralih jabatan dapat dikawal apabila buletin menjadi dokumentasi yang dapat diakses sama ada dalam bentuk cetak atau digital.

Satu mitos yang berlegar ialah jabatan kerajaan merupakan dunia tanpa kehidupan. Mitos ini timbul kerana ramai tidak tahu apa yang berlaku di sebalik dinding bangunan kita.

Mitos ini menjadi sindiran yang ditunjukkan dalam kartun dengan menunjukkan manusia-manusia bertali leher duduk tanpa emosi, memegang cop dan mengecop segala macam borang di atas meja.

Lebih jauh lagi sindiran itu diangkat dalam bentuk dialog, "Jika kamu bercakap dengan mereka, setiap jawapan ada perkataan borang, isi dan tulis."

Buletin, Penglipur Lara Kerjaya KitaBuletin yang diterbitkan memainkan peranan membidas mitos. Sesetengah jabatan akan memperuntukkan beberapa ruangan yang menceritakan sisi peribadi pegawai dan aktiviti komuniti yang menjadi tumpuan mereka.

Dalam situasi ini, fungsi manusia diaktifkan agar mesej itu sampai kepada pembaca. Ia meretakkan mitos dan

mengembalikan hormat komuniti terhadap jabatan.

Buletin bersama-sama elemen manusia, kerja dan sahut merupakan rencah resipi wajib agar setiap perkataan yang dibaca mencetuskan keghairahan pembaca membaca ayat seterusnya.

Selepas itu, dia akan berkata, "Saudara betul. Saya berpuas hati."

Zamri Mohamad merupakan jurulatih senior yang melatih majoriti agensi kerajaan dan swasta dalam penulisan rencana buletin, kempen dan kreativiti. Pengalaman selama 18 tahun dalam dunia majalah akhbar dan majalah menjadi kekuatan modul beliau. Kini beliau melatih komuniti di Singapura, Australia, Mesir melalui bengkel-bengkel penulisan.

BinaInsan | April 2015 | 16

Page 19: Majalah Bina Insan V1

MBPJ Tingkat Kemahiran Komunikasi Lebih Berkesan Banting, Selangor: Komunikasi ditakrifkan sebagai penyampaian mesej atau komunikasi secara dua hala dan peta bercakap. Ia juga boleh dikatakan bagaimana cara kita berfikir, supaya dapat berkomunikasi secara berkesan dan menyampaikan mesej dengan tepat, agar tidak berlaku percanggahan mesej.

Ini bersesuaian dengan Kursus Komunikator Super yang telah diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2015, bertempat di Hotel Impian Morib, Banting Selangor. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MBPJ Selangor ini, telah berlangsung selama tiga hari dua malam.

Program ini bertujuan mendedahkan tentang cara kita, mengaplikasikan rukun komunikator dalam komunikasi seharian. Selain itu, kaedah komunikasi yang betul dapat mengeratkan hubungan kita, kepada sesiapa sahaja dengan menggabungkan eleman psikologi dan fisiologi, serta meyakinkan kita untuk berkomunikasi.

Beberapa modul telah digunakan oleh Jurulatih Puan Farah Lina, bagi mencapai tujuan program tersebut. Antaranya, Rukun Komunikator Super, Komponen Komunikator Interaktif, Membuka Kekunci Gaya Berfikir Individu, Membina Hubungan Baik, Hierarki Idea, Apakah Yang Memotivasikan Manusia Melakukan Sesuatu, Apakah Yang Mempengaruhi

Gaya Kerja Manusia, dan Fisiologi Kecemerlangan untuk Komunikasi Efektif.

“Program ini dapat membaiki cara saya berkomunikasi dengan ilmu yang diajarkan dan diberikan. Saya juga berpeluang untuk berkomunikasi dengan lebih baik, dengan ilmu yang diajarkan. Selain itu, saya terkejut dengan cara penyampaian dan taklimat yang diberikan, kerana tidak membosankan dan saya berusaha menggunakan ilmu yang diajarkan dengan sebaik-baiknya dengan lebih bermanfaat.” kata Ismail Abdullah.

Seorang lagi peserta, Saiful Nizam Jaharudin berkata,“Program ini membuatkan saya lebih mengetahui dan teruja untuk memahami apa itu komunikasi super. Saya suka dengan kaedah dan latihan yang diterapkan oleh penceramah.” Tambahnya lagi, “Saya akan mengaplikasikan apa yang saya belajar dengan lebih baik untuk komunikasi yang lebih berkesan. Saya berharap supaya kursus ini dapat diteruskan lagi untuk siri yang akan datang.”

Program yang diperkenalkan oleh FINE Academy Sdn. Bhd. ini telah mencapai matlamat dan mendapat reaksi yang positif daripada peserta, dan mereka berharap agar program ini dapat diteruskan lagi untuk siri yang seterusnya.

April 2015 | BinaInsan |17

Page 20: Majalah Bina Insan V1

Seminar FINE Dapat Sambutan Hebat

Kuala Lumpur : FINE Training Academy Sdn. Bhd. melalui Divisyen Corporate@FINEAcademy telah menganjurkan seminar FINE pada 12 Februari 2015 bertempat di Auditorium 1,Kompleks Kejiranan Presint 16, Perbadanan Putrajaya. Program ini dihadiri oleh 37 agensi daripada pelbagai sektor awam mahupun swasta dalam kumpulan pengurusan sumber manusia.

Antara objektif pelaksanaan seminar ini adalah, memperkenalkan FINE Training Academy Sdn. Bhd. dan menerangkan modul-modul kursus yang dirancang untuk tahun 2015. Selain itu, program ini diadakan bagi mencapai kepuasan pelanggan terhadap program yang dikendalikan serta membawa imej yang baik kepada pelanggan.

Tuan Fauzul Na’im selaku CEO kumpulan FINE Academy mengendalikan slot berkenaan sistem Profiling DiSC. Selepas itu,

Puan Farah Lina, Perunding CPIC menerangkan kepada peserta berkenaan personaliti mengikut warna. Ternyata peserta berpuas hati dengan kedua-dua slot tersebut.

“Program ini membuat saya dapat mengenali siapa diri saya yang sebenar. Saya suka seminar yang ada pembaharuan,” kata Ismayda binti Zainudin, peserta seminar FINE. Tambahnya lagi, “Seminar ini bagus untuk menjana masa depan gemilang.”

Selain itu, menurut salah seorang peserta seminar, Mohamad Fadzil Abd Rahman berkata, “Saya suka pendekatan yang digunakan kerana program ini, membuat saya mengenali diri saya melalui potensi dan karisma diri.” Beliau berharap beliau dapat memanfaatkan profiling DiSC dan mempunyai imej yang berkarisma kelak.

Disediakan oleh: Demelture Don

BinaInsan | April 2015 | 18

Page 21: Majalah Bina Insan V1

“GST tidaklah membebankan kerana GST akan mengurangkan cukai. GST hanya melalui satu peringkat cukai yang perlu dibayar berbanding SST yang setiap peringkat dikenakan cukai. Sebagai contoh, pengeluar mempunyai cukai, pembekal dan pemborong juga meletakkan cukai dan kita sebagai pembeli pun dikenakan cukai tetapi GST, cukai diletakkan hanya di peringkat akhir. Apabila GST disalahertikan, masyarakat menjadi panik, akibatnya harga bertambah. Bukan itu sahaja, hasil daripada GST akan menjadi pendapatan negara dan kerajaan gunakan cukai tersebut untuk kebajikan masyarakat. Buat masa ini, memang akan jadi inflasi yang tinggi dan akan membebankan masyarakat. GST ada baik dan buruknya apabila ilmu untuk melaksanakan GST tidak cekap sepenuhnya.” –Zalila, Pelajar UNIMAS.

“Kalau mempunyai bantuan lain dari kerajaan untuk mereka yang bergaji bawah RM1000, rasanya tiada masalah. Kalau tiada bantuan, itu yang susah sedikit. Soal membebankan ataupun tidak, itu pasti ada, cuma kena faham betul-betul konsep GST ini, baru kita nampak jelas mengenai GST. Jika membebankan rakyat, mungkin dari segi barang keperluan kerana harga barang akan naik. Itu yang saya faham, selebihnya, kita tunggulah 1 April ini. Kalau dengan cara ini dapat menyelamatkan negara kita dari terus berhutan dengan negara luar, kita sebagai rakyat kenalah fikir positif dan berbelanja mengikut keperluan.” –Maisarah, Guru Tadika

KOMENTAR

April 2015 | BinaInsan | 19

Page 22: Majalah Bina Insan V1

“GST ini seperti yang kita sedia maklum ialah cukai barangan dan perkhidmatan. Jumlah yang dikenakan cuma sebanyak 6%. Sebenarnya GST ini bagus untuk pengguna sebab tiada caj tersembunyi dalam transaksi pembelian selepas ini. Cuma 20% sahaja barangan yang naik harga, selebihnya akan turun atau sama sahaja harganya. Masyarakat kita yang panik sekarang ini sebab harga barang naik. Memang harga barang naik tapi tidaklah semua. Jumlah 6% yang dikenakan itu amat rendah kalau nak dibandingkan dengan negara lain yang mengamalkan GST. Memang orang akan cakap kita tidak sama dengan negara lain sebab kita negara membangun bukannya maju. Cuba tengok Singapura, mereka juga negara membangun tetapi bagaimana nasib rakyat mereka? Kalau nak diikutkan, jumlah harga barang yang turun peratusnya tinggi tapi situasi ini dimanipulasikan oleh syarikat-syarikat barangan. Apa yang dimanipulasikan? Kerajaan tetapkan jumlah GST 6% tetapi syarikat-syarikat ini dengan sengaja menambah 4% lagi. Tambahan ini digunakan untuk menaikkan harga barang dan keuntungan akan masuk dalam syarikat ini. Oleh sebab itu, kastam mewajibkan setiap syarikat mendaftar untuk memantau transaksi sembunyi ini tapi masih ada lagi syarikat yang belum mendaftar.” –Lokman, Pelajar UM

“GST ini bagus untuk rakyat Malaysia. Orang yang tidak tahu aka berasa terbeban tetapi sebenarnya GST ini sebenarnya hendak menolong kita pada masa hadapan. Sedikit sebanyak GST membantu kita.” –Fatin, Pelajar UNITAR

BinaInsan | April 2015 | 19

Page 23: Majalah Bina Insan V1

Terima kasih kerana membaca e-majalah ini.

Kami bersedia menerima sebarang cadangan, pandangan dan pertanyaan.

Layari:www.binainsan.com

“Perkasa Diri & Organisasi”

BinaInsan

April 2015 | BinaInsan | 20


Top Related