Download - Lesson 4.7
Lesson 4.7
Kaedah Penulenan Bahan
Disediakan Oleh:NUR SUHAIDAH SUKOR
SMK SANDAKAN, SABAH
Bahan Tulen
Bahan tulen terdiri daripada satu jenis atom atau molekul sahaja.
Emas tulen 24 karat. Air suling (molekul air sahaja) adalah tulen
berbanding air laut (garam terlarut).
Ciri Bahan Tulen
Takat lebur tetap.- ais melebur pada 0’C.
Bendasing mengurangkan takat lebur.- Penambahan garam pada ais.
Takat didih tetap.- air mendidih pada suhu 100’C.
Bendasing menambahkan takat didih.- Penambahan garam pada air menyebabkan pendidihan berlaku pada suhu 110’C.
Proses Penulenan
Definisi: pengasingan campuran kepada bahan tulen.
Jenis-jenis proses Penurasan Penghabluran Penyulingan
Proses Penurasan
- bahan larut dan tidak larut air.- contoh campuran garam dan pasir.- Pasir (baki turasan) akan tertinggal pada kertas turas.- Larutan garam menjadi hasil turasan.
Baki turasan
Hasil turasan
Aktiviti (1): Langkah Proses Penurasan
Susun gambarajah berikut menjadi urutan dalam proses penurasan.
A B C D E
Jawapan (1): Langkah Proses Penurasan
Proses Penghabluran@Crystallisation
Larutan garam dipanaskan sehingga tepu. Larutan garam dituras, disejat dan dikeringkan
untuk membentuk hablur.
Proses Penghabluran@Crystallisation
Bentuk hablur yang dihasilkan menyerupai kristal.
Proses Penyulingan
- Air laut adalah campuran garam dan air.
- Air laut dipanaskan sehingga mendidih.
- Serpihan porselin diletakkan untuk elakkan buih.
- Wap terkondensasi dalam kondenser Liebig.
- Air terkondensasi menjadi hasil sulingan.
- Bersifat tulen dan boleh diminum.
Jenis-jenis Kaedah Penulenan
Kaedah Penulenan
Jenis Campuran Contoh
Penurasan Mengasingkan benda larut dan tidak larut
Garam dan pasir
Penyejatan Mengasingkan pepejal larut
Garam daripada larutan garam
Penyulingan Mengasingkan cecair daripada larutan
Air tulen daripada laut
Penghabluran Mengasingkan bahan larut daripada larutan tepu
Garam daripada larutan garam tepu
Penyulingan Berperingkat
Mengasingkan campuran cecair yang terlarut
Alkohol dan air
Aplikasi Kaedah Penulenan: Penyulingan minyak mentah
Aplikasi Kaedah Penulenan: Proses Rawatan Air
Ringkasan Pembelajaran