Laporan Lawatan Sambil Belajar Rekreasi Cinta Sayang Resort Lawatan rekreasi ke Karnival Cinta Sayang Resort telah berjaya diadakan pada 27 Oktober 2014. Lawatan ini disertai oleh 59 orang murid dan 8 orang guru.Bas sekolah bertolak ke karnival ini pada pukul 10.30pagi. Perjalanan dari ke sekolah ke Karnival Cinta Sayang mengambil masa 15 minit.Setelah sampai di sana murid-murid masuk ke dalam karnival cinta sayang bersama dengan guru-guru pengiring.Pihak pengurus telah mengadakan pelbagai permainan dalam kawasan carnival dan bergembira.Dengan adanya permainan murid-murid bekerjasama dengan di antara satu sama lain bagi memenangi tempat pertama dalam permainan dalam air.Sejurus itu,murid-murid bermain dalam air mengikut guru pengiring masing-masing yang diagihkan kepada 8 kumpulan dan mereka bergembira bersama rakan sekelas.Pada pukul 1.00 petang,murid-murid diberi makan petang iaitu nasi goreng dan air jus oren.Selepas makan ,murid-murid dibawa mengelilingi kawasan karnival dan masuk semula bermain dalam air.Pada pukul 4.30 petang ,murid-murid bertukar pakaian untuk pulang ke sekolah dan keluar dari kawasan karnival.Pada pukul 5.00petang bas sekolah sampai ke sekolah dan murid-murid pulang ke rumah dengan gembira.
Disediakan Oleh,
_______________(Pn.G.Kowsalya )Penyelaras Kelas tahun 6
Gambar-gambar Karnival Cinta Sayang
SJK (T) MAHAJOTHITaman Sutera Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman Tel & Fax : 04-4230016Email: [email protected]
Perbelanjaan lawatan sambil belajar ke karnival cinta sayang
Tarikh : 27.10.2014Masa :10.30 pagi 5.00 petang
Jumlah Murid:59 X 18=RM 1062.00Jumlah Guru:8 X 13=RM 104.00JumlahRM1166.00
LAPORAN PSS DI SEKOLAH