Download - LATIHAN 1
LATIHAN 1
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1) Puan Hidayah____________ kari ayam dan rendang daging untuk hidangan makan malam.
A menggoreng C menjerang
B memasak D memotong
2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 10.45 malam.
A berlepas C bertolak
B berangkat D berjalan
3) Kami________terbahak-bahak apabila menonton rancangan ‘Maharaja Lawak’.
A menangis C ketawa
B menjerit D melompat
4) Encik Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali.
A membakar C menconteng
B membersihkan D menghiasi
5) Mangsa-mangsa kebakaran itu telah_____ke tempat yang telah disediakan.
A berpindah C berlari
B bermain D berdiri
6) Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak sulungnya.
A meminta C mengangkut
B menjemput D menghantar
7) Kami sekeluarga ______di tepi pantai sambil melihat kanak-kanak bermain layang-layang.
A berpindah C berehat
B beradu D berlatih
8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan para penumpang.
A membawa C mengangkut
B memandu D menunggang
9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak seekor anjing berlari ke arah mereka.
A duduk C tidur
B turun D lari
10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Mak Limah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
A membunuh C mengulung
B mematuk D memakan
LATIHAN KATA KERJA
A. Gariskan kata kerja yang sesuai.
1. Habibah ( mencuci , menggosok ) giginya sehingga bersih.
2. Ranjit dan Siva ( menonton , memancing ) ikan di tepi sungai.
3. Jehan ( mengutip , memijak ) kaca-kaca itu lalu memasukkannya ke dalam tong sampah.
4. Anis ( membawa , mncampak ) buah tangan semasa menziarahi sahabatnya.
5. Ibu ( memberus , menyimpan ) baju di dalam laci.
6. Puan Chan ( membelah , memotong ) sayur dangan sebilah pisau.
7. Nana (menangis , menunggu ) ibunya di luar kedai Ah Seng.
8. Budak nakal itu ( memanjat , menolak ) tiang bendera.
9. Kucing itu sedang ( mengejar , menolak ) seekor tikus.
10.Amir ( menonton , mengulang kaji ) pelajarannya dengan tekun.
B. Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
terlanggar menyusun mencari mencuci menggantung terjatuh menambat
menangis
1. Rajesh ____________ sekaut-kuat hatinya kerana ketakutan.
2. Fauzan ____________ di tengah padang.
3. Puan Mahesh _____________ sayur bayam itu hingga bersih.
4. Kereta abang Haris remuk kerana ___________ pokok.
5. Zuhairi _____________ kambingnya pada sebatang pokok.
6. Ayah sedang _____________ surat khabar lama di dalam stor.
7. Aizat ___________ seluar sukannya di tepi dinding.
8. Jalilah ____________ anak kucingnya di belakang rumahnya.