1 | P a g e
LAPORAN
TAHUNAN
2018 UNIT PERSEKITARAN,
KESELAMATAN & KESIHATAN
PEKERJAAN (OSHE)
2018
UNIT OSHE, UTM JOHOR
2018
2 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Fungsi Unit OSHE 3
Objektif Unit OSHE 4
Latarbelakang Unit OSHE
Carta Organisasi OSHE 2018
Polisi KKP Terbaharu
5 – 6
7 – 8
9 – 10
Pencapaian Unit OSHE 11
Aktiviti 2018
- Mesyuarat JKKP Induk
- Kursus & Latihan KKP
- Audit AKKP 2018
- Latihan Pengungsian Bangunan
- Perlindungan Sinaran
12 – 18
Laporan Keinstitusian Biokeselamatan (IBC) UTM 19 – 24
Laporan Higien Industri UTM 25 – 27
Laporan Program SoHELP 28 – 30
Laporan Pelupusan Sisa Terjadual UTM 31
Pemeriksaan Tempat Kerja 2018 32
Statistik Insiden KKP 2018 33– 34
3 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN Membuat perancangan dan melaksanakan program serta aktiviti berkaitan ke arah menwujudkan satu tempat kerja yang selamat dan sihat untuk warga UTM dan orang lain.
PENGAUDITAN DAN PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA Melaksana audit dan pemeriksaan tempat kerja di semua ruang bangunan dan kemudahan yang terdapat di UTM.
SIASATAN KEMALANGAN & ADUAN PEKERJAAN Membuat penyiasatan ke atas aduan yang diterima, insiden-insiden termasuklah kemalangan nyaris, kemalangan dan penyakit pekerjaan serta keracunan pekerjaan. PEMANTAUAN & PEMONITORAN Melaksanakan pemantauan dan pemonitoran terhadap keselamatan & kesihatan di tempat kerja berpunca dari aktiviti kerja yang dijalankan
PENYEBARAN, LATIHAN & PROMOSI Mengada dan menganjurkan program latihan, promosi dan galakan, ceramah dan kempen yang berkaitan dengan persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
4 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran
kerja yang selamat bagi semua warga kampus UTM.
Merancang pemeriksaan berkala terhadap standard kemudahan fizikal
dan keselamatan pekerjaan serta merancang pengauditan terhadap
tempat, sistem dan prosedur perkerjaan yang selamat.
Menyiasat dan melaporkan semua insiden di tempat kerja samaada
melibatkan kecederaan atau kerosakan pada harta serta merancang
langkah-langkah pengawalan serta pencegahan.
Memastikan setiap PTJ telah menyedia dan mengekalkan persekitaran
kerja, peralatan dan kemudahan yang selamat bagi mengurangkan risiko
kemalangan serta keselamatan dan kesihatan pekerja.
Menyediakan maklumat terkini kepada pekerja, mencadangkan latihan
serta mempromosikan keselamatan dan kesihatan kepada pekerja
Menyemak dan menambahbaikkan polisi KKP dari masa ke semasa.
5 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Unit Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM telah ditubuhkan
pada Jun 2001 bagi memenuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514)
yang telah dikuatkuasakan pada 25 Februari 1994.
Unit OSHE berada di bawah pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Yg Bhg Prof. Dr Azlan b. Abdul
Rahman. Manakala Unit OSHE pula diketuai oleh seorang Pengarah, dibantu oleh tiga orang
Timbalan Pengarah, iaitu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Sinaran & Biokeselamatan
dan Alam Sekitar. Bagi melancarkan pengurusannya, Unit ini mempunyai beberapa staf
profesional dan sokongan yang terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains,
Penolong Jurutera dan empat orang staf pentadbiran pejabat.
Pada tahun 2016, Unit OSHE UTM KL telah ditubuhkan melalui mesyuarat Jawatankuasa
Pengurusan Universiti pada 22 Disember 2015. Unit ini telah mula beroperasi pada 22
Februari 2016 dan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah, seorang staf berjawatan
Penolong Pegawai Latihan Vokasional untuk kerja-kerja lapangan, pentadbiran dan
seorang Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi untuk kerja-kerja pejabat.
LATAR BELAKANG UNIT OSHE
6 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Unit OSHE dipertanggungjawab bagi memastikan semua staf, pelajar dan pelawat
mematuhi kehendak perundangan Malaysia. Disenaraikan beberapa akta yang berkenaan.
Akta KKP 1994 (Akta 514)
Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139)
Akta Alam Sekeliling 1974 (Akta 127)
Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 (Akta 302)
Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304)
Akta Biokeselamatan 2007 (Akta 678)
Akta Racun 1952 (Akta 336)
Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)
Akta Bekalan Elektrik1990 (Akta 447)
7 | P a g e
CARTA ORGANISASI UNIT OSHE 2018
PENGARAH (DS54)
Prof. Dr. Maketab bin Mohamed
TIMB. PENGARAH
(DS54)
PM Dr. Jafariah bt.
Jaafar
TIMB. PENGARAH
(DS52)
PM Dr. Yahya b.
Mohamad Yatim
ALAM SEKITAR
PEM. SETIAUSAHA PEJABAT (NA19)
Raja Nurdahliana binti Raja Dahland
TIMB. PENGARAH
(DS54)
PM Dr. Suhairul bin
Hashim
SINARAN & BIOKESELAMATAN KKP
JURUTEKNIK KOM. (FT22)
En. Abdul Aziz b. Abdul Latiff
PEGAWAI SAINS (C41)
En. Ab Hanan bin Md Basri
PEN. PEG. SAINS (C29) En. Mohd Azri b. Mohd
Amin
PEN. PEG. SAINS (C29) Pn. Intan Nordiana bt.
Ahmad
PEN. JURUTERA (J29)
En. Mohd Hanif b. Amir
PEM. TADBIR (P/O) (NA19) Pn. Nor Izyawaty bt. Ithnin
PEM. OPERASI (N11) En. Nazrullah Farihaz b. Nasir
PENTADBIRAN UTM KL
PEN. PEG. LATIHAN VOKASIONAL (DV30)
En. Ahmad Redzuan bin Mohd. Hanapiah
TIMB. PENGARAH
(DS52)
Dr. Mohamad Syazli
Fathi
PEM. TADBIR (P/O) (NA19) Pn. Zarina binti Usuldin
PEM. OPERASI (N11) En. Mohd Zaidi bin Basir
8 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
9 | P a g e
POLISI
PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN PERSEKITARAN PEKERJAAN
Universiti Teknologi Malaysia komited menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat
serta menjaga kebajikan untuk seluruh staf, pelajar dan orang awam selaras dengan kehendak
perundangan.
Bagi menjayakan polisi ini, Universiti Teknologi Malaysia akan;
Melaksanakan Sistem Pengurusan Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
yang berkesan;
Menyediakan sumber dan latihan berterusan bagi memastikan semua aktiviti yang
melibatkan persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerjaan dijalankan dengan
kondusif, selamat dan sihat;
Memupuk budaya kerja selamat sebagai amalan di Universiti Teknologi Malaysia
berpandukan kefahaman, tanggungjawab dan pengaturan kendiri;
Menyiasat dan melaksanakan tindakan pembaikan ke atas kemalangan, kejadian
berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan;
Menyemak Polisi Persekitaran, Keselamatan dan Kesiahatan Pekerjaan apabila perlu.
10 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
POLICY
OCCUPATIONAL SAFETY, HEALTH AND ENVIRONTMENT
Universiti Teknologi Malaysia is commited to provide a safe and healthy environment and be
responsible to the welfare of all staff, student and the public in accordance the legal
requirements.
To execute the policy successfully, Universiti Teknologi Malaysia shall:
Implement an effective Occupational Safety, Health and Environment Management
System;
Provide resources and continuous training for occupational safety, health and
environment activities to be carried out in conducive, safe and healthy workplaces;
Nurture a safe work culture as a practice in Universiti Teknologi Malaysia guided by
understanding, responsibility and self-regulation;
Conduct investigations and implement corrective actions on accidents, dangerous
occurrences. Occupational poisoning and diseases; and
Review this Occupational Safety, Health and Environment as required.
11 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
PENGURUSAN KKP
CEMERLANG PERINGKAT
NEGERI JOHOR
ANUGERAH CEMERLANG
KESELAMATAN & KESIHATAN
PEKERJAAN KEBANGSAAN 2017
SYSTEMATIC OCCUPATIONAL
HEALTH ENHANCEMENT LEVEL
PROGRAMME (SoHELP)
Unit OSHE telah dianugerahkan Pengurusan KKP Cemerlang
Peringkat Negeri Johor 2016 Kategori IPT sempena Sambutan
Hari Sedunia KKP Di Tempat Kerja 2017.
UTM dianugerahkan Anugerah Cemerlang Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan (KKP) Peringkat Kebangsaan 2017
bagi Kategori IPT.
UTM dianugerahkan Level 4 (Advanced) dalam program
SoHELP pada 2018. PTJ terlibat: SKT (Chemical), SKM (Noise),
BPO (Ergonomic).
12 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk memberi peluang kepada pihak
pengurusan dan pekerja untuk berjumpa dengan lebih kerap bagi mebincangkan isu keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja. Ianya adalah satu cara yang penting untuk membimbing pekerja dalam pengetahuan
praktikal dan gambaran pihak pengurusan ke atas tempat kerja dan organisasi kerja.
Unit OSHE UTM merupakan Sekretariat dan Penyelaras kepada Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk.
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Induk:
Sepanjang tahun 2018, sebanyak empat siri Mesyuarat JKKP Induk telah diadakan dan dipengerusikan oleh
Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof. Dr Azlan bin Abdul Rahman.
Disamping mesyuarat JKKP Induk, turut juga diadakan mesyuarat JKKP Khas bagi kes kemalangan yang
memerlukan tindakan penambahbaikan yang segera. Bagi tahun 2018 sebanyak empat (4) kes kemalangan
telah diambil tindakan khas seperti di dalam Jadual 2.
Bil. Mesyuarat Tarikh Tempat
1 27 Mac 2018 Bilik Mesyuarat Utama, CICT
2 28 Mei 2018 Dewan Senat, Bangunan Canseleri.
3 18 September 2018 Bilik Mesyuarat Utama, CICT
4 21 November 2018 Bilik Perbincangan Utama, Sekolah Komputeran, Fakulti Kejuruteraan.
Jadual 1: Mesyuarat JKKP Induk pada tahun 2018
MESYUARAT JKKP INDUK
13 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Bil. Mesyuarat
Tarikh Kes Kemalangan
Pekerjaan Tempat
1 13 Mac 2018 Kebakaran Dewan Senat, Bangunan Canseleri.
2 2 Mei 2018 Lab Fire & FESKO-60 Bilik Mesyuarat CSNano, Ibnu Sina
Institute.
3 8 Mei 2018 Isu Bacillus
thurengensis (B.t) & Kebakaran DB
Bilik Mesyuarat Utama N01a, Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan
Tenaga, Fakulti Kejuruteraan.
4 7 November 2018 Boom Crane tumbang di
Makmal HEC
Bilik Mesyuarat Utama N01a, Sekolah Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan
Tenaga, Fakulti Kejuruteraan. Jadual 2: Mesyuarat Khas JKKP Induk pada tahun 2018
Rajah 1: Gambar Kemalangan Pekerjaan
14 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Bagi tujuan meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta kompentensi staf UTM umumnya terhadap KKP,
maka pelbagai bentuk kursus dan latihan telah dirancang untuk dilaksanakan. Dengan kerjasama pihak UTM
Talent Transformation Centre (UTM TTC) yang dahulunya dikenali HCD, kursus dan latihan KKP berikut secara
umumnya telah berjaya dianjurkan sepanjang tahun 2018.
Jadual 3: Senarai kursus/latihan KKP 2018
Kursus Kompetensi Staf Unit OSHE
Dua orang staf Unit OSHE telah dipilih dan ditaja untuk mengikuti kursus kompetensi oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) melalui peruntukan tambahan bagi inisiatif Pelan Global Universiti (PGU) 3 telah mengikuti kursus anjuran institusi luar bagi meningkatkan pengetahuan dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Program Tempat Tarikh Penyertaan
Kursus Pegawai Keselamatan &
Kesihatan (SHO) NIOSH Senai, Johor 10 Nov – 10 Dis 2018 Mohd Hanif bin Amir
Radiation Protection Course 2018
Meritus Pelangi Resort and Spa, Langkawi
27 – 28 Nov 2018 PM. Dr. Suhairul Hashim
Jadual 4: Senarai kursus/latihan KKP 2018
KURSUS & LATIHAN KKP
Bengkel Audit
Dalaman Pemantapan
dan Penyelarasan
Kriteria AKKP
16 Januari
2018
Kursus Pertolongan Cemas dan
Cardiopulmonary Resusitation
(CPR)
4 – 5 Mac 2018
Kursus PPE & Chemical Handling
21 - 22 Mei
2018
Ceramah “Never Give
Fire a Chance”
27 Ogos
2018
Kursus Pemantapan
Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan
24 – 25 Oktober 2018
15 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Aktiviti pengauditan untuk Anugerah Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 2017 (AKKP 2017)
bersempena Anugerah Citra Karisma 2018 ( Feb – April 2018)
Audit KKP yang dijalankan oleh Unit OSHE adalah bertujuan untuk memeriksa dan menilai bagi memperolehi
gambaran keseluruhan pelaksanaan proses pengurusan KKP berlandaskan terma sistem perundangan dan
sistem pengurusan KKP yang diterimapakai. Ianya meliputi aspek:
- Polisi, objektif, prosedur dan lain-lain keperluan yang berkaitan;
- Kepatuhan (compliance), kaedah-kaedah kawalan dan penyelenggaraan;
- Kesesuaian, ketepatan dan keberkesanan.
Rajah 2: Gambar Aktiviti Pengauditan AKKP 2017
AUDIT AKKP 2017
16 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Dalam usaha untuk melatih para penghuni bangunan samada bangunan pejabat atau kolej kediaman bertindak
semasa situasi kecemasan, latihan pengungsian bangunan dijalankan bagi latihan persiapan untuk bertindak.
Rajah 3: Statistik Pengungsian Bangunan 2013 – 2018
Rajah 4: Gambar Aktiviti Pengungsian Bangunan 2018
LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN
(Kerjasama Bahagian Keselamatan, PHB & PKU)
17 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Semua punca sinaran mengion perlu dilesenkan dengan Lembaga Perlesenan Tenaga Arom (LPTA) mengikut
Kehendak Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 termasuk pendaftaran pekerja sinaran. Mulai tahun 2011,
semua aspek berkaitan dengan keperluan perlesenan sinaran mengion yang digunakan di PTJ diselaras dan
diuruskan oleh Unit OSHE.
Statistik program perlindungan sinaran dan pekerja sinaran yang didaftarkan mengikut PTJ seperti di Jadual 4:
PTJ PEMILIKAN
BAHAN RADIOAKTIF
PEMILIKAN
RADAS PENYINARAN
PEKERJA SINARAN
YANG DIIKTIRAF
Fakulti Sains 76 7 5
CSNano - 3 -
Pusat Kesihatan Universiti
- - 9
Sekolah Kejuruteraan Mekanikal
- 3 -
Bangunan UIRL, Unit Pengurusan Makmal Universiti
25 8 1
Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTMKL
1 3 1
Unit OSHE - - 1
UPMU UTMKL - 2 1
SKT - - 1
JUMLAH 102 26 19
Jadual 5: Statistik Program Perlindungan Sinaran Dan Pekerja Sinaran 2018
PERLINDUNGAN SINARAN
18 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Manakala keperluan mematuhi syarat pelesenan yang diselaras dan diuruskan secara pusat oleh Unit OSHE
seperti berikut :
PTJ
Fa
ku
lti
Sa
ins
CS
Na
no
PK
U
Un
it O
SH
E
SK
M
UIR
L, U
PM
U
SK
T
UT
MK
L
JUM
LA
H
Tentukuran Meter Tinjau di Agensi Nuklear Malaysia
11 - - - - - - 11
Tentukuran Dosimeter Peribadi di Agensi Nuklear Malaysia
3 - - - - - - 3
Bekalan dan Penilaian Dos Lencana Filem Untuk Pekerja Sinaran dan Kawasan (Setiap Bulan)
15 - 9 1 - 1 1 2 29
Pengiktirafan Baru Pekerja Sinaran 1 - - - - 2 - - 3
Pemberhentian Pekerja Sinaran - - - - - - - 1 1
Meminda Lesen Bahan Radioaktif (Penambahan)
1 - - - - - - - 1
Melupus Bahan Radioaktif dengan LPTA (Secara Dokumentasi)
21 - - - - - - - 21
Meminda Lesen Radas Penyinaran (Penambahan)
1 - - - - - - 1 1
Pengiktirafan Pengamal Perubatan Berdaftar Yang Diluluskan (ARMP) bagi UTM Johor Bahru
- - 1 - - - - - 1
Jadual 6: Perlesenan Perlindungan Sinaran Dan Pekerja Sinaran 2018
19 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Akta Biokeselamatan 2007 yang telah berkuat kuasa mulai 1 Disember 2009 bertujuan untuk mengawal selia
pelepasan, pengimportan, pengeksportan dan kegunaan terkawal organism diubah suai yang hidup[living
organism/genetically modified organisms(LMO/GMO)], dan pelepasan hasilan organisma dengan tujuan
melindungi manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi. Di antara
peruntukan penting dalam peraturan tersebut ialah penubuhan Jawatankuasa Keinstitusian Biokeselamatan
(IBC) atau Institutional Biosafety Committee (IBC).
Sehubungan itu, dalam mewujudkan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan yang teratur serta
memenuhi Akta Biokeselamatan 2007, Universiti telah menubuhkan Jawatankuasa Keinstitusian
Biokeselamatan (IBC) sebagai memenuhi pra-syarat yang dikenakan ke atas semua organisasi dan institusi
yang sedang atau ingin menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang melibatkan
bioteknologi moden.
UTM komited memastikan aktiviti biologi di laksanakan dalam persekitaran yang selamat dan sihat untuk staf,
pelajar dan orang awam serta persekitarannya.
Perlaksanaan dan keberkesanan polisi ini berlandaskan kepada:
Kepimpinan oleh pihak eksekutif dengan kerjasama dan penglibatan secara aktif daripada seluruh
kakitangan UTM;
Kefahaman dan kepatuhan terhadap keperluan perundangan berpandukan Akta Biokeselamatan
Malaysia 2007 dan piawaian antarabangsa;
Menyediakan pelan tindakan yang efektif dan efisien;
Memupuk budaya kerja yang selamat melalui pendidikan dan latihan yang berterusan;
Menyemak polisi apabila perlu.
KEINSTITUSIAN BIOKESELAMATAN (IBC) UTM
20 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
(Sah sehingga 31 Ogos 2020)
Rajah 5: Carta Organisasi Jawatankuasa IBC 2018
Pelaporan Kepada Agensi Kerajaan Tahun 2018
Tarikh Jenis Pelaporan Agensi Ringkasan Laporan
15 Feb
Laporan Pertama Confidence
Building Measures (CBM),
BWC
STRIDE, Mindef
Mempunyai prasarana dan melakukan aktiviti
menggunakan Risk Group 2
(RG-2),
Bagaimanapun, aktiviti tidak berkaitan dengan
Bioweapon/Toxin Convention (BWC)”
31 Mac
Laporan Tahunan aktiviti
bioteknologi moden
(LMOs/GMO)
Department of
Biosafety
Ministry of Water,
Land
and Natural
Resources (KATS)
Aktiviti bioteknologi moden dilaksanakan di premis
UTM,
Bagaimanapun tiada yang dilaporkan sebagai aktiviti
kategori Notifikasi / Approval.
Jadual 7: Pelaporan IBC UTM 2018
21 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Latihan/Kursus/Audit Dianjurkan Tahun 2018
Tarikh Latihan/Bengkel/Audit Anjuran Peserta
Feb & Mac Jerayawara Penerangan Pengurusan
Aktiviti Biologi & Bioteknologi Moden IBC
1. FBME & FTI (26 orang)
2. FKT & IBD (43 orang)
3. FKA & FS (10 orang)
4. MJIIT (3)
3 Mei Lawatan Audit Tapak IBD, UTM bersama
AJK JKKP UTM AJK JKKP UTM Pengerusi, BSO, OSHE
20 Dis Bengkel Pengurusan Sisa Biologi dan
Pengurusan Tumpahan Sisa Biologi IBC
1. FS (8 orang)
2. IBD (1 orang)
Jadual 8: Senarai Latihan/Kursus/Audit IBC UTM 2018
Program Jerayawara 2018
Rajah 6: Program Jerayawara 2018
22 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Latihan/Kursus/Bengkel Disertai Tahun 2018
Tarikh Program Tempat Penglibatan
9 April 2018
Seminar on Confidence Building Measures
(CBMs) of the Biological Weapon Convention
(BWC)
STRIDE, Mindef,
Kajang 3 orang ahli IBC
9-11 April 2018 Workshop on Laboratory Biosecurity
Assessment, Inspection and Monitoring
STRIDE, Mindef,
Kajang BSO
19-23 Nov 2018
A-PBA NSF Biosafety Cabinet Certification
Workshop
(National University of Singapore, NUS)
Temasik Life Science
Laboratory,
Singapore
Dr. Saleha binti Shahar (BSO)
En. Nazirul Mubin bin
Normansyah (J29, FS)
Jadual 9: Senarai Latihan/Kursus/Bengkel Disertai IBC UTM 2018
Rajah 7: Latihan Disertai Sepanjang 2018
23 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Pengurusan Sisa Biologi UTM
Tujuh (7) sumber sisa biologi, enam (6) pusat pengumpulan :
Sumber Blok Pusat Pengumpulan
FS-cluster T02, T05 T02
IBD N22, T03 N22
SK (Tenaga) N18 N18
SK (Bioperubatan) V01 V01
FS-centre C10, C17, C19
C10 SK (Awam) C08
MJIIT (KL) MJIIT MJIIT
Jadual 10: Pengurusan Sisa Biologi 2018
• Had sisa biologi/pusat: 175 kg (peruntukan bagi 2018).
Aktiviti Pelupusan Sisa Biologi
Rajah 8: Aktiviti Pelupusan Sisa Biologi 2018
24 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Statistik Pelupusan Sisa Biologi Ogos – November 2018 (Mengikut PTJ)
Rajah 9: Statistik Pelupusan Sisa Biologi Mengikut PTJ
Statistik Pelupusan Sisa Biologi (Bulanan) Ogos – November 2018 (UTM)
Rajah 10: Statistik Pelupusan Sisa Biologi UTM
• Kos perlupusan termasuk kos pengangkutan @MYR69 per pusat.
• Jumlah dibelanjakan sehingga Nov, 2018 (MYR3, 591.98) adalah 5.1% daripada peruntukan.
25 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Rajah 11: Sejarah Penubuhan Higien Industri UTM
HIGIEN INDUSTRI UTM
2014
Penguatkuasaan Pematuhan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan
Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) (USECHH) 2000) oleh pihak
JKKP Johor pada tahun 2014 di UTM.
2015
Mesyuarat JPU Bil.10/2015 telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM69,880.00 bagi Permohonan Peruntukan Untuk Kursus-Kursus Kompetensi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi Pematuhan Perundangan OSHA 1994 (Akta 514) .
KOS
Membiayai kos merangkumi yuran kursus & peperiksaan, pembelian PPE & peralatan permonitoran (pihak UPMU membiayai separuh pembelian peralatan IHT1 dan IHT2), kos analisis sampel, kalibrasi peralatan dan sebagainya.
VOT
Peruntukan tersebut telah disalurkan ke Vot Mengurus Pejabat TNC (P):
• 2015: B21000 • 2016: B21000 & B27000 • 2017: B29000
26 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Bil Industrial Hygienist USECHH 2000
1. Pengapit (Chemical Health Risk Assessor, CHRA)
Penaksiran risiko kepada kesihatan.
Peraturan 9 & 11
2. Juruteknik Higien I (Industrial Hygiene Technician 1-
Chemical Monitoring, IHT 1)
Pemantauan pendedahan bahan kimia berbahaya kepada
kesihatan di tempat kerja.
Peraturan 26
3. Juruteknik Higien II (Industrial Hygiene Technician 2-
Inspection, Testing & Examination of Engineering
Control Equipment, IHT 2)
Pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kelengkapan
kawalan kejuruteraan.
Peraturan 17
4. Doktor Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health
Doctor, OHD)
Program pengawasan kesihatan.
Peraturan 27
Jadual 11: Higien Industri
AHLI HIGIEN INDUSTRI UTM
Rajah 12: Ahli Higien Industri UTM
OHD
CHRA
IHT1
IHT2
MNE
Prof. Madya Dr. Jafariah binti Jaafar (Unit OSHE JB) En. Mohd Ferdaus bin Md. Nor (UPM KL) Pn. Nor’ain binti Abdul Rahman (UPMU JB)
Dr. Rozana binti Hisham (PKU JB)
Pn. Nursyazwani binti Aznan (UPMU JB) Pn. Intan Nordiana binti Ahmad (Unit OSHE JB)
En. Iskandar bin Abdul Aziz (UPMU JB) En. Mohd Azri bin Mohd Amin (OSHE)
Dr. Zair Asrar bin Ahmad (FKM)
27 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
AKTIVITI HIGIEN INDUSTRI UTM 2018
Rajah 13: Aktiviti CHRA di Bengkel Kayu, SKA
Penaksiran Risiko Bahan Kimia Kepada Kesihatan (CHRA) di Bengkel
Kayu, Makmal Bahan Blok D04, Sekolah Kejuruteraan Awam.
Pengapit: Prof. Madya Dr. Jafariah binti Jaafar
Competency Registration Number: HQ/12/ASS/00/312
Report Reference Number: HQ/12/ASS/00/312-2018/001
28 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Program intervensi yang sistematik: Untuk membantu industri meningkatkan piawaian industri higien di tempat kerja. Memenuhi keperluan peraturan mengenai peraturan industri higien.
Perkongsian antara:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) (SoHELP Verifier). Pengamal OSH (SoHELP Enabler). Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan. Majikan. Pekerja.
UTM telah terpilih untuk menyertai program SoHELP anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(JKKP) Johor bagi sesi 2017/2018. Unit OSHE menjadi sekretariat bagi pasukan SoHELP UTM yang terdiri
daripada Sekolah Kejuruteraan Kimia (elemen Bahan Kimia), Sekolah Kejuruteraan Mekanikal (elemen Bunyi
Bising) dan Pejabat Bahagian Pengurusan Organisasi (elemen Ergonomik).
Pada Julai 2018, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor mengesahkan UTM telah
melaksanakan program SoHELP dengan mendapat aras keseluruhan 4 (Tinggi).
PROGRAM SoHELP
29 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Rajah 13: Methdologi SoHELP
Rajah 14: SoHELP Implementation Levels
30 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Rajah 15: Gambar Aktiviti dan Sijil SoHELP
31 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Buangan Terjadual adalah apa-apa buangan yang termasuk dalam kategori buangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Pelupusan sisa terjadual di UTM diuruskan oleh pihak Pusat Pengurusan Bahan Kimia (CMC) UTM sebanyak dua (2) kali setahun. Berikut adalah statistik bagi kuantiti dan perbelanjaan bagi pelupusan sisa terjadual pada tahun 2018.
Rajah 16: Statistik Pelupusan Tahun 2010 – 2018
PELUPUSAN SISA TERJADUAL UTM
32 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
BIL PERKARA TARIKH
1 Pemeriksaan keselamatan aktiviti pelupusan kebuk wasap di FS 3 – 4 Januari 2018 5 Februari 2018
2 Pemeriksaan keselamatan di Cafe Kontena, Wakaf UTM 15 Mac 2018
3 Pemeriksaan keselamatan di Makmal Aeronautik, SKM 26 April 2018
4 Pemeriksaan keselamatan pemantauan suhu di Tapak FESKO-60 29 April 2018
5 Pemeriksaan keselamatan di Rumah Alumni UTM. 28 Mei 2018
6 Pemeriksaan keselamatan di Studio Senibina, FAB 31 Mei 2018
7 Pemeriksaan keselamatan di Perumahan Desa Bakti 3 Jun 2018
8 Pemeriksaan keselamatan aktiviti pemasangan serta ujilari kebuk wasap di SKT
24 Jun 2018
9 Pemeriksaan keselamatan di UTM Pagoh 14 Ogos 2018
10 Pemeriksaan keselamatan di MJIIT UTM KL. 14 Ogos 2018
11 Pemeriksaan keselamatan aktiviti pembakaran terbuka di SP, SKT, SKM, SKE dan FAB.
16 Ogos 2018
12 Pemeriksaan keselamatan di Bangunan T02, FS. 19 September 2018
Jadual 12: Senarai Pemeriksaan Tempat Kerja 2018
PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA
33 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Setiap kemalangan KKP yang dilaporkan perlu disiasat bagi mengenalpasti punca-punca kemalangan tersebut
dan seterusnya mencadangkan langkah pencegahan bagi mengelakkan kemalangan yang serupa daripada
berulang. Mengikut Akta KKP 1994, setiap kemalangan/aduan hendaklah disiasat oleh JKKP dan diambil
tindakan pembetulan.
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) telah diwartakan pada tahun 2004 di bawah Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Melalui Peraturan – Peraturan ini, Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan dikehendaki:
Untuk menyiasat aduan, laporan atau apa-apa perkara di tempat kerja yang dianggap tidak selamat atau
sihat kepada majikan.
Melaksanakan kajian terhadap trend dan statistik kemalangan, penyakit dan keracunan pekerjaan, dan
kajadian berbahaya, dan seterusnya mengenalpasti langkah-langkah pengawalan.
Mengkaji semula dasar dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang diambil di tempat kerja,
dan mengemukakan cadangan kepada majikan mengenai semakan semula sekiranya perlu.
Menjalankan Siasatan
Aduan atau laporan yang diterima oleh Unit Persekitaran, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHE) UTM
akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Induk Universiti.
Jawatankuasa akan menjalankan siasatan berhubung kejadian/aduan tersebut sebaik sahaja menerima
aduan atau laporan tersebut dan seterusnya langkah susulan serta tindakan akan diambil.
Jawatankuasa juga akan merakam gambar-gambar dan mengambil bahan-bahan bukti di tempat
kejadian untuk diteliti.
Maklumat serta keterangan daripada mangsa kemalangan, saksi kemalangan, Ketua Jabatan/Ketua
Bahagian/Ketua Unit atau mereka yang berkenaan akan diambil dan direkod ke dalam Borang Laporan
Kemalangan.
Hasil penyiasatan kemudian akan dilapor dan dibincangkan pada Mesyuarat JKKP Induk Universiti yang
akan datang untuk tindakan selanjutnya.
Laporan penyiasatan akan dihantar kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Johor (DOSH).
STATISTIK INSIDEN DI UTM SEPANJANG TAHUN 2018
(BERDASARKAN ADUAN)
34 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Rajah 17: Statistik Insiden Di UTM Sepanjang 2018
Rajah 18: Data Kemalangan Pekerjaan Yang Dilaporkan ke JKKP 2009 – 2018
35 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE
Unit OSHE UTM JB
http://www.utm.my/oshe/
07-5531886
36 | P a g e
Laporan Tahunan 2018 Unit OSHE