LAPORAN PENGEMBARAAN USIM GISO 2017:
FINDING ISLAMIC CULTURE AT XI’AN, CHINA
TARIKH:
30 OCTOBER – 4 NOVEMBER 2017
TEMPAT:
XI’AN, CHINA
FAKULTI/BADAN PELAJAR
FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH
BILANGAN PELAJAR:
29 ORANG
PENGARAH PROGRAM:
MOHAMAD HASSANUDIN BIN ABU JAMIL
019 671 2579
PEGAWAI PENGIRING:
EN. WALID BIN MOHD. SAID
012 663 4892
1.0 LAPORAN PROGRAM CHINA, 30 OKTOBER – Seramai 29 orang mahasiswa tahun empat Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia melaksanakan program mereka dalam mempromosikan Universiti Sains Islam Malaysia selain berusaha untuk memahami dan mendalami budaya masyarakat Islam di Xi’an, China. Kembara GISO Xi’an, China berlangsung selama enam hari bermula pada 30 Oktober diketuai oleh saudara Mohamad Hassanudin bin Abu Jamil.
Populasi penduduk di negara China sehingga tahun 2017 adalah sebanyak 18.8% daripada penduduk Benua Asia, sehingga meletakkan China antara 10 buah negara yang mempunyai penduduk teramai. Bagi penduduk yang beragama Islam, jumlahnya adalah sedikit dan meletakkannya sebagai penduduk minoriti. Melihat kepada bilangan ini, menjadi penggerak kepada mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia untuk menjejaki penduduk minoriti ini, memahami budaya dan amalan mereka di samping merasai pengalaman berada dalam kelompok minoriti ini.
Antara matlamat utama pengembaraan GISO ini adalah untuk memperkenalkan Program Pengajian Quran dengan Multimedia dan prinsip Universiti Sains Islam Malaysia yang berlandaskan integrasi Aqli dan Naqli dalam setiap program pengajian yang ditawarkan. Misi GISO ini juga turut membantu membuka minda masyarakat terhadap konsep pengajian dalam Islam, tidak terhad hanya kepada aspek kerohanian, malah bidang pengajiannya merangkumi segala aspek kehidupan manusia tidak terkecuali pengetahuan berkaitan bidang sains dan teknologi.
Kembara GISO Xi’an, China bermula ketika dalam penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur Internenational Airport 2 (KLIA 2). Sesi pertukaran budaya berlaku apabila mahasiswa USIM belajar bahasa atau dialek Xi’an daripada penumpang yang berbangsa China, begitu juga sebaliknya. Segelintir kecil daripada penumpang juga telah mencuba pakaian tradisional yang dibawa. Selain itu, beberapa orang daripada mahasiswa tahun 4 Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia turut berkongsi pengetahuan mengenai USIM kepada salah seorang mahasiswa daripada Universiti Xia Jiaotong.
Kembara ini telah membuka peluang kepada mahasiswa yang menyertainya untuk mendalami budaya masyarakat Islam di China yang merupakan masyarakat minoriti dan persepsi masyarakat majoritinya terhadap Islam melalui aktiviti ”Halal Food” dan ”Cultural Walk”. Aktiviti ini membawa konsep yang sama seperti aktiviti ”Street Dakwah” namun, pelaksanaannya sedikit berbeza dengan bertemakan tradisional. Mahasiswa mengedarkan makanan tradisonal seperti dodol dan mengenakan pakaian tradisional lengkap, baju kurung dan baju melayu berserta sampin, songkok dan tengkolok sepanjang perjalanan. Di samping mempromosikan USIM, mahasiswa turut mempromosi dan memperkenalkan makanan ringan dan pakaian tradisional Melayu Malaysia. Penduduk setempat mengambil bahagian dalam aktiviti ini dengan mencuba makanan tradisi dan mengenakan sebahagian pakaian tradisional seperti tengkolok walaupun mengalami sedikit kesukaran dalam berkomunikasi disebabkan oleh perbezaan bahasa. Sedikit sebanyak ia memberi kesan positif kepada mahasiswa dan penduduk setempat untuk mengenali budaya yang berlainan dan menerima perbezaan antara kedua-dua belah pihak.
Misi ini diteruskan apabila diberi kesempatan untuk bertemu Imam Masjid Besar Xi’an yang dikenali sebagai Imam Yahya. Imam Yahya berkongsi tentang sejarah perkembangan Islam di Xi’an, China. Beliau turut berkongsi perihal kehidupan masyarakat Muslim di Xia’an, China yang kebanyakannya berniaga termasuklah beliau sendiri. Majlis di akhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Imam Yahya sebelum kami di bawa melawat ke kedai khat dan cenderamata yang dimiliki oleh Imam Besar itu. Sebagai kenangan, setiap mahasiswa diberi tulisan khat hasil kerja tangan Imam Yahya itu sendiri.
Semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa diterapkan dan diperkasakan dengan nilai-nilai Islam menerusi program bersama orang-orang tua di Young Volunteer Activity Base Lianhu Qu, pusat kebajikan orang-orang tua Muslim. Mahsiswa dapat meluangkan masa dengan berkongsi lagu-lagu Malaysia, lagu klasik China, pertukaran seni pertahanan diri yang dipersembahkan oleh mahasiswa Malaysia seperti silat dan kungfu serta taichi oleh warga emas di situ. Dalam pada masa yang sama, sebahagian pelajar berpeluang mempelajari masakan China seperti membuat dumpling. Perkongsian diteruskan lagi bacaan al-Quran seperti perdengarkan tarannum, bacaan al-Fatihah dan surah-surah pendek seperti surah al-Ahad, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Sepanjang perkongsian dalam program ini, segelintir warga emas menitiskan air mata terutama ketika perkongsian bacaan al-Quran. Aktiviti di situ diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh pihak nursing home dengan bantuan sebahagian mahasiswa USIM dan sesi penyampaian cenderahati kepada mereka.
Matlamat Kembara GISO China ini disempurnakan oleh aktiviti perkongsian daripada sebuah madrasah yang ditubuhkan di bawah pentadbiran Masjid DongJiao. Pihak madrasah menyambut baik kehadiran mahasiswa kembara GISO China ke pusat pengajian mereka. Di situ, mahasiswa diberi pendedahan dan pencerahan keadaan sebenar masyarakat Islam di Xi’an, China. Berbeza di Malaysia, penyebaran dakwah di Xi’an, China perlu dilakukan secara tertutup, terhad kepada masjid dan pusat-pusat pengajian Islam, tidak seperti di Malaysia. Pusat-pusat pengajian Islam juga adalah terhad dan tenaga pengajarnya dalam kalangan rakyatnya sendiri. Perkongsian ini memberi impak positif kepada mahasiswa dan melahirkan rasa syukur kerana Islam mudah diamalkan di Malaysia berbanding negara asing.
Sebagai penutup kembara GISO Xi’an, China, sebuah majlis makan malam antara mahasiswa tahun empat Pengajian Quran dengan Multimedia dan mahasiswa tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Alam Bina telah diaturkan bersama Konsulat Malaysia di China oleh wakil mahasiswa Universiti Xia Jiaotong. Para pelajar dapat beramah mesra dengan pihak Konsulat Malaysia di China, En. Amran bin Md. Ali di samping persembahan dari wakil mahasiswa daripda kedua-dua fakulti, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Fakulti Kejuruteraan Alam Bina bagi memeriahkan majlis. Kembara ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata yang berbentuk tanjak kepada Konsulat Umum Malaysia, En. Tan Li Liung, bersama-sama dengan En. Amran bin Md. Ali.
Oleh yang demikian, diharapkan bahawa misi Kembara GISO mahasiswa Pengajian Quran dengan Multimedia serta semua yang terlibat dalam menjayakan pengembaraan ini dapat memperoleh kebaikan dan berkongsi manfaat tersebut kepada pelbagai pihak organisasi dan masyarakat yang seterusnya akan disambung oleh generasi akan datang.
2.0 LAPORAN KEWANGAN
2.1 LAPORAN PENDAPATAN
2.2 LAPORAN PERBELANJAAN
2.3 LAPORAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN
2.1 LAPORAN PENDAPATAN
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Peruntukan dari HEP RM 4,000.00
2 Yuran Antarabangsa RM 450.00 x 27 orang RM 12,150.00
3 Kutipan daripada Peserta
RM 1,070.00 x 29 orang RM 32,430.00
RM 1,400.00 x 1 orang
4 Sumbangan dan Penajaan RM 9,249.50
5 Aktiviti Luar dan Program RM 5,403.66
JUMLAH BESAR RM 63,233.16
2.2 LAPORAN PERBELANJAAN
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Pengangkutan , Penginapan & Lawatan RM 10,756.15
2 Tiket Penerbangan RM 1,192.95 x 30 orang RM 35,788.62
3 VISA RM 105.00 x 27 orang
RM 3,450.00 RM 205.00 x 3 orang
4 Agen RM 5,100.00
5
Elaun Peserta
RM 4,868.00 - Penajaan RM 350 - Bendahari USIM - Duit Poket
RM 50 x 14 orang
RM 120 x 27 orang
RM 32 x 29 orang
6 Sumbangan RM 382.50
7 Makanan & Jamuan RM 2,164.00
8 Aktiviti & Lain-Lain RM 723.89
JUMLAH BESAR RM 63,233.16
2.3 LAPORAN AKTIVITI KEUSAHAWANAN
Bil Perkara Modal Keuntungan
1 Jualan FPQS & Sekitar USIM RM1,516.00 RM 401.66
2 Kem Smart Caliph RM 300.00 RM1,660.00
3 Booth
Digi
Mudah.my RM600.00 RM1,400.00
4 Aktiviti Mengaji - RM 250.00
5 Program DKP (This Is My War oleh MTAS ) RM 250.00 RM 452.00
6 Servis Design dan Komputer - RM 1,240.00
HASIL PENJANAAN RM 5,403.66
3.0 RAKAMAN SOFTCOPY FOTO
4.0 RINGKASAN AKTIVITI
Program Berunsur Akademik
Bil. Tarikh & Tempoh
(jam) Tempat
Jenis Program
(Libatsama Masyarakat,
Khidmat Masyarakat
dan Kelestarian
Alam)
Tajuk Program
1. 1 November
2.00pm-5.00pm (2 jam)
Great Mosque Libatsama
Masyarakat
”Meet and Greet with
Imam Yahya”
2. 1 November
7.00pm-11.00pm (4 jam)
Madrasah Masjid DongJiao
Libatsama Masyarakat
“Sharing Moment”
3. 2 November
8.00pm-11.00pm (3 jam)
Indian Restaurant Libatsama
Masyarakat ”A Bridge of Friendship”
Program Berunsur Libatsama Komuniti
Bil. Tarikh & Tempoh
(jam) Tempat
Jenis Program
Tajuk Program
1. 31 Oktober
7.00am-5.00pm (5 jam)
Tempat Lawatan: -Terracotta Army
Museum -Dazuexi Mosque
Libatsama Masyarakat
”Halal Food”
2. 1 November
7.00am-12.30pm (5 jam)
Tempat Lawatan: -City Wall
-South Ancient Culture Street
-Muslim Quarter -Bell and Drum
Tower -Xiao Up Yuan
Mosque -Luomashi Street
-Datang West Market
Libatsama Masyarakat
”Cultural Walk”
3. 2 November
8.00pm-5.00pm (9 jam)
Young Volunteer Activity Base
Lianhu Qu
Khidmat Masyarakat
”Sharing is Caring”
5.0 SENARAI NAMA PELAJAR
NO. NAMA JAWATAN NO.
MATRIK NOMBOR TELEFON
1 MOHAMAD HASSANUDIN BIN
ABU JAMIL PENGARAH 1141622 0196712579
2 MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD.
YUSOF TIMBALAN PENGARAH I 1141620 0134877655
3 SITI NUR NAJIHAH BINTI
MONARUDIN TIMBALAN PENGARAH II 1141623 0132793604
4 MUHAMAD HISHYAMUDDIN
BIN YAHYA SETIAUSAHA I 1141611 01115123780
5 FATIN AZZAHRA’ BINTI
KHAZINNUDDIN SETIAUSAHA II 1142727 0133384145
6 MOHAMAD SYARIFUDDIN BIN
JUNOH BENDAHARI I 1141608 01129418980
7 NUR KAMILIA NAAIMAH BINTI
NORDIN BENDAHARI II 1141625 0192524736
8 AHMAD AZHARI BIN AHMAD
MAHAMUD UNIT AKTIVITI DAN
PROTOKOL 1141614 0129183275
9 NUR NAJIHAH BINTI KHAIRULDZAMAN
UNIT AKTIVITI DAN PROTOKOL
1141619 01139002604
10 SITI NOR AIN NASUHA BINTI
MOHD RUSLI UNIT AKTIVITI DAN
PROTOKOL 1142730 0179812425
11 NURUL MURSYIDA BINTI HAJI
MOHD NOR UNIT AKTIVITI DAN
PROTOKOL 1142729 0132511833
12 NUR AMMAR NASRIZAL BIN
HERMANSAH UNIT EKONOMI 1141628 0179698497
13 NUR ATHIRAH BINTI MOHD
HANAFI UNIT EKONOMI 1141626 0123422647
14 NUR SURIANA BINTI MOHD
NORIZAN UNIT EKONOMI 1141612 0139744191
15 NUR LIYANA FATIN BINTI MOHD
SHAID UNIT PERHUBUNGAN LUAR
DAN PENGANGKUTAN 1141629 0173827933
16 NURHANISAH BINTI MOHAMAD
TOIP UNIT PERHUBUNGAN LUAR
DAN PENGANGKUTAN 1141610 0177110284
17 NURSYAZWANI BINTI SUPIYAN UNIT PERHUBUNGAN LUAR
DAN PENGANGKUTAN 1142607 0127433048
18 NORUL FADILLAH BINTI
DZAKIYUDDIN UNIT PERHUBUNGAN LUAR
DAN PENGANGKUTAN 1141627 0125802329
19 NOR MOHAMAD SHAPUAN BIN
NOR AZMAN UNIT KEBAJIKAN DAN
KESELAMATAN 1142728 0133312459
20 ISRUN YATIKA BINTI AHMAD
SUHAMI UNIT KEBAJIKAN DAN
KESELAMATAN 1141616 0174916833
21 MUHAMMAD ZUHAIRI BIN MAT
ZAIN UNIT PENAJAAN 1141606 0105120231
22 NUR FATIN IZATY BINTI SAILAN UNIT PENAJAAN 1141017 01123645383
23 MARYA MUSTAFA ABU ZAID UNIT PENAJAAN 1142912 01128866527
24 NUR SAFFAWATI BINTI
MOHAMAD ZIN UNIT PUBLISITI DAN
CENDERAHATI 1142726 0145430189
25 NURHIDAYAH HASNAA BINTI
MAT AMIN UNIT PUBLISITI DAN
CENDERAHATI 1141624 0193753047
26 ASMA SALSABILA BINTI MOHD
SABRI UNIT PUBLISITI DAN
CENDERAHATI 1141618 0196302127
27 SARA MUSTAFA ABU ZAID UNIT PUBLISITI DAN
CENDERAHATI 1142911 0182944522
28 FATHIMA AAMEELA
ALAWUDEEN UNIT PUBLISITI DAN
CENDERAHATI 1142499 01139402040
29 NUR MUHAMMAD FIRAS BIN
MAT SHAH UNIT PUBLISITI DAN
CENDERAHATI 1141617 0135063989
Disediakan oleh,
(FATIN AZZAHRA’ BINTI KHAZINUDDIN) Setiausaha II GISO 2017 : Finding Islamic Culture at Xi’an, China No. Tel : 013 338 4145 Emel : Tarikh : Disemak oleh, (EN. WALID BIN MOHD SAID) Pegawai Pengiring GISO 2017 : Finding Islamic Culture at Xi’an, China No. Tel : 012 663 4892 Emel : Tarikh : Disahkan oleh, (DR. ROBIATUL ADAWIYAH BINTI MOHD@AMAT) Timbalan Dekan (Pembangunan Pelajar & Pengurusan Prestasi) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) Universiti Sains Islam Malaysia