Download - LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP MURAL.docx
-
8/11/2019 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP MURAL.docx
1/4
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : NUR LAILAM BINTI MUSTAFFA
NO. KAD PENGENALAN : 910522-14-5948
PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2011
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN DAMANSARA JAYA 2
NAMA PROJEK/ AKTIVITI : PROJEK MURAL
TEMPOH PELAKSANAAN : 1 MINGGU
Objektif projek mural ini pula adalah seperti berikut:
i) Untuk menjadikan sekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi guru-
guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh
pihak sekolah.
iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah.
iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani
internship di sekolah ini.
v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan
keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila berkhidmat sebagai
guru sebenar pada masa akan datang.
Manakala, strategi pelaksanaan pula adalah seperti berikut:
Bil. Aktiviti
1. Perbincangan mengenai idea mural
2. Pembinaan kertas kerja
3. Perbincangan dan pemilihan bersama pihak pentadbiran untuk khidmat
nasihat bagi mendapat kelulusan daripada Guru Besar
4. Penyediaan lakaran mural
5. Projek dimulakan
6. Refleksi dan dokumentasi
-
8/11/2019 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP MURAL.docx
2/4
Refleksi:
Proseskeceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua
pihak sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi
kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta
kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada
merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah.
Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah.
Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan
inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan
taman-taman yang bermotifkan pembelajaran.
inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh
mempertingkatkan sesuatu amalan Glosari Teknologi Pendidikan (1995)
Projek yang dijalankan pada internship kali ini pada dasarnya boleh
dibahagikan kepada beberapa aspek seperti aspek keceriaan menaiktaraf
prasarana, kesedaran tentang alam sekitar termasuklah aspek gaya hidup sihat.
Merujuk kepada petikan di atas, saya dan rakan-rakan memandang serius aspek
keceriaan sekolah dan mengambil peluang ini untuk memastikan agar kami dapatmeninggalkan suatu hasilan atau tinggalan yang akan kekal bersama warga sekolah
setiap hari. Ianya kami rangka menjadi satu cadangan projek yang bertunjangkan
objektif yang jelas. Salah satu projek yang dijalankan adalah Mural. Lukisan mural
yang dihasilkan terdiri daripada lukisan berkonsepkan haiwan yang diyakini dapat
menceriakan lagi bilik SPBT sekolah. Rasional projek ini dijalankan adalah
mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah
satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan
mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan
sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru,
sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah
mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya
diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.
Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana
persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra.
Secara tidak langsung tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-
-
8/11/2019 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP MURAL.docx
3/4
kata hikmah serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga
dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.
1.0 KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI :
Kekuatan projek ini dapat dilihat pada keceriaan yang wujud dalam bilik SPBT
yang selama ini suram dan tidak ceria. Malah, projek ini juga memberi pengalaman
baharu pada kami untuk mencuba sesuatu yang baharu kerana pengkhususan
major kami adalah Bahasa Melayu dan Pemulihan. Oleh itu, melalui projek mural ini,
kami dapat mempelajari sesuatu yang baharu mengenai seni dan lukisan. Secara
tidak langsung, kami juga berpeluang untuk menimba ilmu tentang selok-belok
lukisan, teknik mewarna, teknik campuran warna dan lain-lainnya.
Tidak cukup dengan itu, projek mural ini juga menjadikan bilik SPBT sebagai
tempat yang kondusif bagi guru-guru SPBT menjalankan tugas mereka. Malah,
murid-murid yang bertugas sebagai murid SPBT juga berasa gembira dengan
perubahan yang kami lakukan.
2.0 KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI :
Antara masalah yang dihadapi sepanjang menyiapkan mural ini ialah aspek
kawalan terhadap murid yang kerap datang melihat secara dekat kerja-kerja
mengecat dan melukis mural ini. Semasa menyiapkan mural, ramai murid datang
dan suasana menjadi agak bising. Hal ini mengganggu perjalanan kerja-kerja
mengecat mural serta menjadikan tempoh yang diambil bagi menyiapkanya lebih
panjang atau lama. Cabaran lain adalah kualiti berus dan cat yang menyukarkan
proses pojek mural kami. Berkat kesabaran dan usaha kami, masalah ini selesai dan
hasilannya amat memuaskan. Selain itu, saiz mural yang dihasilkan adalah besar.
Hal ini menyebabkan kami terpaksa menggunakan tangga ketika mewarna dan
mengecat. Kami harus berhati-hati ketika menaiki tangga agar tidak berlaku perkara
yang tidak diingini. Selain itu, bilik SPBT yang agak kedap udara menyebabkan bau
cat dan pelaka terlalu kuat dan agak meloyakan kami.
3.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
-
8/11/2019 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP MURAL.docx
4/4
Berdasarkan pengamatan saya, projek ini dianggap berjaya malah ianya siap
meskipun terdapat perubahan tempat yang bercanggah dengan kertas cadangan.
Namun, beberapa penambahbaikan perlu dijalankan seperti kami harus memulakan
kerja lebih awal dan menyediakan jadual tugasan projek agar perjalanan projek lebih
tersusun. Hal ini perlu kerana tanpa perancangan dan pengurusan masa yang baik,
perjalanan kerja menjadi agak kelam kabut dan tidak efektif. Ianya boleh
menyebabkan kadangkala kami bekerja dalam keadaan stress dan ini memberi
kesan kepada hasil kerja kami iaitu mural tersebut. Kami berharap semoga hasilan
ini memuaskan hati semua pihak dan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat
kepada warga Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya 2.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, projek mural ini sedikit sebanyak telah dapat mengindahkan
lagi bilik SPBT sekolah. Pada masa yang sama, ianya telah dapat memberi suasan
yang kondusif, menarik dan selesa kepada guru SPBT atau sesiapa sahaja yang
memasuki bilik tersebut. Saya berharap agar mural yang dihasilkan ini dapat
menjadi tinggalan yang bermanfaat kepada seluruh warga sekolah SKDJ 2.