Download - Laporan akhir
HHHC9601
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
NAMA PENSYARAH: PN. MAZNAH BINTI HJ IBRAHIM
NAMA PELAJAR: NURADIBA ZARKASYA BINTI MOHD
SALLEH
MATRIKS ID: A146547
FAKULTI: FAKULTI UNDANG-UNDANG
NO.TELEFON: 0173865487
TAJUK: LAPORAN AKHIR PROGRAM PERSEMBAHAN SENAM
SENI 1 MALAYSIA 36 JAM TANPA HENTI BAGI CATATAN
SEJARAH DALAM THE MALAYSIA BOOK OF RECORD
LAPORAN AKHIR
1.0 PENDAHULUAN
Tahun 2013 merupakan tahun di mana negara kita semakin maju dan pesat membangun.
Teknologi semakin berkembang dan sekali gus meningkatkan ekonomi negara. Namun begitu,
Malaysia juga merupakan antara negara yang mempunyai masyarakat yang obesity dan
mempunyai penyakit-penyakit kronik. Masyarakat lebih focus kepada kerjaya, dan
mengumpul aset bagi masa hadapan. Mereka lupa tentang kesihatan diri mereka sendiri
kerana kekangan masa. Oleh yang demikian, terdapat banyak program, kempen yang
dijalankan bagi menyedarkan tentang kepentingan gaya hidup sihat dalam kalangan
masyarakat kita.
Bagi menggalakkan gaya hidup sihat, pada 5 hingga 6 Oktober 2013, Majlis Eksekutif
Pelajar (MEP) Kolej Rahim Kajai telah berkerjasama dengan pihak universiti untuk
menganjurkan sebuah program iaitu Program Senam 1 Malaysia untuk mencatatkan sebuah
rekod baru dalam Malaysia Book of Records.
Program ini telah diadakan selama dua hari dan disertai oleh hampir seribu orang pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bersama-sama melakukan persembahan selama
36 jam tanpa henti bagi melakar sebuah lagi sejarah dan rekod di dalam The Malaysia Book
of Record. Program ini telah dirasmikan oleh TNC HEPA, iaitu Dr. Othman A. Karim dan
juga telah disertai oleh ramai lagi pihak-pihak atasan UKM. Dengan kerjasama oleh semua
pihak, program ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya dan rekod selama 36 jam telah
berjaya dicapai.
2.0 OBJEKTIF
1. Bagi menempa nama di dalam Malaysia Book of Records atas rekod persembahan selama
36 jam tanpa henti.
2. Melahirkan pelajar-pelajar yang boleh seimbangkan hidup dari segi akademik dan
kokurikulum.
3. Membina ukhwah di kalangan pelajar-pelajar UKM dan masyarakat luar yang turut serta.
4. Mengajar para pelajar cara-cara mengendalikan sesebuah program.
5. Menonjolkan kekreatifan dan sifat kerjasama pelajar-pelajar dalam melakukan
persembahan.
6. Menerapkan sifat disiplin di dalam diri para pelajar dalam mengikut etika dan tatatertib
semasa melakukan persembahan.
3.0 HASIL PROJEK
Saya telah memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa projek dan pihak yang
melakukan persembahan pada hari tersebut bagi mewakili kolej saya. Apa yang telah saya
pelajari hasil dari program ini adalah pertama, sepanjang proses untuk menjayakan program
ini, saya telah berjaya mendisiplinkan diri dengan menyusun jadual harian saya di mana saya
menyiapkan segala tugasan kuliah sebelum menjalankan aktiviti ini bagi mengelakkan
membuat kerja pada saat-saat akhir. Kedua, saya yang merupakan pelajar tahun satu di UKM,
telah membina rangkaian persahabatan dengan rakan-rakan lain yang juga menyertai dalam
program ini. Tambahan lagi, program ini mencipta kemahiran kepimpinan di mana saya
merupakan antara pelajar yang mewakili bahagian barisan depan dan secara tidak langsung
memimpin ahli-ahli yang lain di belakang dalam sesi senam tari tersebut. Idea program ini
merupakan suatu program yang tidak pernah lagi dianjurkan oleh mana-mana pihak. Malahan,
program ini juga melibatkan semua pihak sama ada dari dalam universiti ataupun dari luar
universiti daripada pelbagai lapisan masyarakat. Saya sebagai peserta juga telah berjaya
menonjolkan pelbagai elemen kerja berpasukan sepanjang penglibatan saya iaitu aktiviti
bersenam, ahli-ahli perlu bekerjasama bagi mewakili kolej kami iaitu Pendeta Za’ba.
4.0 PENUTUP
Sebagai konklusi, saya amat berharap UKM akan mengadakan lagi pelbagai aktiviti dan
program yang boleh menggalakkan para pelajar untuk menyertai demi mecapai objektif
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Tambahan lagi, para
pelajar sekali gus akan mendapat faedah dan kebaikan selain menimba pengalaman di
peringkat universiti.