Download - lampiran orkid
Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.)- orkid spesis
Orkid spesis Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.) yang tahan lasak mempunyai dua helai
daun ini agak mudah ditemui di kawasan hutan yang mempunyai cuaca kering, tumbuh dari
ketinggan aras laut hingga sekurang-kurangnya 800 meter. Ia mempunyai umbi semu atau
pseudobulb yang sederhana besar, agak tebal dan berbentuk bersegi empat serta daunnya juga
agak tebal serta tahan hidup dalam masa musim kering yang panjang. Tangkai
perbungaannya panjang menghasilakan kudup bunga yang banyak di bahagian hujung
tangkainya; satu hingga 3 kuntum bunga akan mekar serentak untuk beberapa hari.
Orkid Ekor Tikus (Orkid spesis)
Paraphalaenopsis Labukensis adalah merupakan satu spesies dalam genus
Paraphalaenopsis..Ia juga dikenali dengan nama Orkid Ekor Tikus kerana daunnya yang
boleh tumbuh panjang hingga 2 meter. Orkid ini berbunga pada musim bunga dengan saiz
bunga kira-kira 6.2 cm lebar. Bunganya berbau harum. Daunnya boleh tumbuh sehingga
lebih 2 meter panjang. Tumbuhan ini boleh ditemui tumbuh di atas pokok dan batu-batu di
kawasan lembah di Sabah, Borneo pada ketinggian 500 hingga 1000 meter.
Orkid ini biasanya sesuai ditanam dalam bakul dan digantung dan biasanya memerlukan
cahaya matahari penuh dan suhu di antara suam dan panas. Jika ia digantung atau dipasang
pada gabus, akar nya mesti disiram dengan kerap dan jika ia ditanam dalam pasu, ia harus
disiram 1 hingga 2 kali seminggu. Orkid ini perlu ditanam dalam media yang sentiasa lembap
tetapi tidak basah seperti beberapa keping medium sphagnum lumut. Pastikan orkid ini
ditempatkan di kawasan dengan kelembapan yang tinggi
Bunga Orkid Telinga Gajah atau Orkid Borneo
Terdapat orkid spesis yang dipanggil Orkid Telinga Gajah atau Orkid Borneo. Ia berbunga 2
kali setahun dan harga sepokok boleh mencecah RM10,000.00 !. Bagi pencinta orkid, anda
boleh lah ke Taman Bukit Tawau kerana ia menyimpan kira-kira 700 spesis orkid di Taman
Botani yang terletak di Taman Bukit Tawau.
Dendrobium leporinum
Bulbophyllum auricomum (Lindl.) – Orkid spesis
Bulbophyllum auricomum berada dalam sekumpulan kecil spesis Bulbophyllum yang mana
mempunyai dua daun yang akan jatuh pada permulaan musim kemarau, hanya sebelum
perbungaan bermula. Ia hanya tumbuh di kawasan yang mana terdapat satu musim kering
yang berbeza, jadi ia adalah agak biasa dijumpai di selatan Myanmar dan telah direkodkan
dari satu kawasan di Sumatera. Dalam sebahagian Myanmar, spesis yang menarik ini dijual
di pasaran tempatan, ia tumbuh biak di laman dan dinding rumah.
Aroma bunganya yang manis itu mempunyai perbungaan yang bertangkai panjang
melengkung dan bertahan sehingga kira-kira 10 hari sahaja. Saiz sekuntum bunga ialah 5
mm.
Umbi semu (pseudobulbs) berbentuk bujur-panjang yang hanya mempunyai 2 hingga 3 helai
daun agak tipis. Di negara Myanmar, orkid spesis ini di panggil Tha Zin (Royal Flower) atau
‘bunga di raja’. Ia tumbuh secara semulajadi di Myanmar, Thailand, Sumatera dan Jawa. Ia
adalah sinonim dengan Bulbophyllum foenisecii C.S.P.Parish ex Rchb.f. 1865; Bulbophyllum
tripetaloides (Roxb.) Schltr. 1914; Dendrobium tripetaloides Roxb. 1832; Phyllorchis
auricoma (Lindl.) Kuntze 1891.
Dendrobium indragiriense Schltr. (Orkid Spesis)
Orkid spesis ini hidup di tempat yang mempunyai teduhan yang sikit atau pun kawasan panas
di atas pokok dengan ketinggian dari aras laut hingga kira-kira 300 meter altitud. Ia
mempunyai batang pokok dan daun yang tirus; kelihatan seperti pokok rumput/ buluh. Suhu
yang jatuh mendadak akibat hujan lebat menggalakkan pengeluaran bunganya yang unik itu
iaitu berkembar pada setiap tangkai bunganya yang pendek. Setiap bunganya yang bersaiz
kecil ini bertahan selama satu hari.
Grammatophyllum speciosum Bl. (Orkid Harimau spesis)
Nama-nama lamanya ialah :
Grammatophyllum fatuosum Lindl.
G. macranthum Reichb.f.
G. wallisii Reichb.f.
G. giganteum Bl.
G. sanderianum Hort. -
POKOK : dipercayai ia adalah orkid spesis yang terbesar sekali di dalam genusnya. Saiz dan
ketinggian pseudobulbnya yang tumbuh seperti pokok tebu (2.5 m). Holttum mencatitkan dua
bentuk pokok ini yang berlainan, namun kedua-duanya menghasilkan bunga yang sama :
Pokok yang mempunyai pseudobulb yang panjang serta berisi dan berdaun banyak
Pokok yang mempunyaipseudobulb yang agak pendek dan lebih tebal.
Pokok Anggerik Harimau ini boleh membentuk satu gugusan yang besar di mana beratnya
mencapai dari beberapa ratus kilogram hingga ke satu tan !
DAUN : adalah panjang, agak tirus dan tebal.
PERBUNGAAN : keluar dari dasar rumpun seperti pucuk buluh (rebung). Panjangnya
mencapai sehingga 2 meter dan menghasilkan bunga yang banyak. Kuntuman bunga yang di
sebelah bawah biasanya tidak sempurna. Contoh; bunganya hanya ada sepal dan petal tanpa
mempunyai lidah dan column serta jarak di antara bunganya adalah jauh tetapi di bahagian
apeks pula bunganya akan tersusun cantik dan rapi . Tangkai bunganya adalah panjang dan
tebal.
BUNGA : Setiap bunganya adalah serupa dengan Cymbidium kecuali ada sedikit kelainan di
bahagian lidah. Pendebungaan bagi kedua-duanya adalah tidak sama. Saiz bagi sepal dan
petal yang berwarna kuning kehijauan bagi anggerik harimau adalah agak sama serta
mempunyai tompokan/bintik perang pekat .
Panjang lidahnya pula adalah kira-kira separuh daripada panjang sepal.Ia memiliki tanda
perang-kemerahan dan berambut halus. Bahagian tengah ada tiga bentuk sampan. Bahagian
tepi adalah tegak dan memiliki banyak jalur perang .
Column berwarna hijau pucat, bawahnya putih dengan tompokan ungu. Kedua-dua belah
dasar column bercantum dengan dasar lidah untuk membentuk seperti mangkuk .
Secara semulajadinya, G. speciosum adalah tumbuhan epifit. Batang pokok boleh kelihatan
berjuntaian ke bawah dari dahan pokok atau palma sepanjang anak air atau sungai di kawasan
tanah-rendah.
Akar aerial boleh kelihatan menjalar di pokok yang ditumpanginya, bagi menyokong berat
bagi keseluruhan pokok anggerik hutan tersebut. Spesis ini boleh di temui di Thailand hingga
ke Malaysia, Indonesia dan juga di Kepulauan Filipina. Ada sesetengah yang mengatakan G.
papuanum dari New Guinea, dikatakan spesis yang belum begitu jelas lagi tetapi ia adalah
variasi kepada G. speciosum.
PENANAMAN
Anggerik harimau ini boleh ditanam seperti orkid terestrial yang lain. Oleh kerana saiznya
yang agak besar, adalah lebih baik sekiranya ia ditanam di atas tanah, daripada dalam pasu
atau bekas; boleh juga ditanam di tempat binaan sendiri seperti batu atau batu bata dan
sebagainya. Ini adalah untuk memastikan pengairan yang baik. Akarnya haruslah ditutup
dengan tanah kompos atau peroi. Baja dari haiwan hendaklah di pupuk sekali sekala.
Anggerik ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi.
G. Speciosum dikenali sebagai “Orkid Harimau” di tempat kita manakala di Filipina ia
dikenali sebagai Orkid Gergasi (Giant Orchid), Orkid Permaisuri (Queen Orchid ) atau
Orkid Tebu (Sugar-cane Orchid). Nama spesifikasinya berasal dari perkataan speciosum;
bermaksud tampan atau menyerlah. Bryan melapurkan dalam American Orchid Society
Bulletin (1947) bahawa anggerik ini yang ditanam di dalam tamannya di Hawaii telah
tumbuh hingga membentuk rumpun kira-kira 9 kaki lebarnya (diameter) 10 – 12 kaki tinggi
setelah 16 tahun menanamnya. Ia telah menghasilkan lebih 10,000 bunga pada musim
bunganya yang pertama. Ia tidaklah semudah itu di mana bukan semua penanam orkid akan
dapat menghasilkan seperti ini di mana G. speciosum bukan sentiasa mengeluarkan bunga.
Anggerik ini tidak akan menghasilkan bunganya yang pertama sehinggalah mencapai tahun
ke 7 – 9 selepas penanamannya.
Anggerik Merpati (Dendrobium crumenatum) – Orkid Spesis
PENGENALAN
Anggerik merpati (Pigeon Orchid) merupakan antara orkid liar dalam keluarga Orchidaceae
yang paling mudah dijumpai di Malaysia. Ia merupakan sejenis tumbuhan epifit , iaitu pokok
penumpang yang tidak akan menyerap makanan daripada pokok yang ditumpangnya kerana
ia mampu membuat makanannya sendiri. Pokok orkid ini kelihatan seperti berserabut dan
mudah kelihatan di pohon-pohon yang besar seperti pokok durian , pokok getah,pokok
rambutan dan pokok kelapa sawit serta paling mudah dijumpai tumbuh pada dahan kayu yang
telah tua. Nama lain bagi orkid spesis ini ialah Anggerik desa, orkid merpati, sepulih
anggerik, sakat harum, tokmaisi, orkid desa, Pigeon orchid, white dove orchid, daun seputih
tulang, angerek bawang, bunga angin.
Kelebihan orkid ini ialah bunganya yang berwarna putih mempunyai bau yang sangat harum.
Sayangnya keharuman kuntuman orkid ini hanya boleh bertahan dalam masa sehari sahaja. Ia
akan mengeluarkan bunga yang banyak selalunya selepas hujan lebat yang turun diikuti cuaca
panas yang berpanjangan.
KHASIAT DAN KEGUNAAN
Walaupun anggerik ini mempunyai bunga yang cantik dan berbau wangi, ia jarang dijadikan
tumbuhan hiasan kerana bunganya yang hanya dapat bertahan selama 1 hingga 2 hari
sahaja.Tumbuhan ini tergolong antara tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan. Antara
kegunaannya dalam perubatan ialah air yang dikeluarkan daripada batangnya untuk
mengubati sakit telinga.