KRITIKAN SASTERA ( TEORI RESEPSI DAN TINDAK
BALAS PEMBACA )
Pensyarah Pembimbing :Puan Che Zainon
Disediakan Oleh :Kumpulan Satu Dan Kumpulan
Dua
• Teori resepsi merupakan teori yang memberi kuasa kepada pembaca seperti pengkritik untuk memberi penilaian terhadap teks-teks sastera.
• Teori ini juga dikenali sebagai teori respon pembaca yang mengandungi banyak teori, pendekatan atau kaedah.
PENDAHULUAN
Pendekatan estetika resepsi :• Dikemukakan oleh Jauss bahawa tanggapan
pembaca itu bercorak historis dan berubah untuk setiap zaman.
Teori penerimaan Iser :• Menekankan kepada kesan pembacaan. Iser
menekankan betapa pentingnya menganalisis reaksi pembaca terhadap teks, yang mungkin memberi pengalaman baru dan seterusnya menentukan kedudukan teks yang dibaca itu.
Teori fenomenologi (Ingarden):• Beliau meminggirkan aspek luaran teks
termasuk pengarang dan sejarahnya. Dalam teori ini pembaca akan mencari makna berdasarkan fenomena teks.
Teori hermeneutik ( Gadamer ) :• Pembaca digerakkan untuk mencari hakikat
teks. Pembaca perlu menyusuri kata demi kata, ayat demi ayat, dan akhirnya mencari makna dan seterusnya pembaca akan memperoleh hakikat teks tersebut. Teks mempunyai makna lahiriah(tersirat) dan batiniah(tersurat).
DEFINISI TEORI RESEPSIResepsi sastera = rezeptionaesthetik = literary response
Teori resepsi bermaksud bagaimana pembaca memberikan makna terhadap karya sastera yang dibaca sehingga memberikan reaksi atau tanggapan.
AKTIF
• Pembaca dapat memahami karya atau dapat melihat estetika di dalam karya
PASIF
• Pembaca merealisasikan pembacaannya sehingga terjelma makna.
TANGGAPAN
Kesimpulan = teori ini berhubung dengan cara dan teknik membaca, meneliti respon, reaksi pembaca, pembaca membentuk makna.
SEJARAH PEMBACAAN - MAKNA
Ingarden :-• Membicarakan teori ini dari sudut konkretisasi dan rekonstruksi.
• Beliau mengatakan bahawa karya sastera terdiri daripada hal-hal yang tidak pasti atau kemungkinan.
• Kemungkinan ini dalam hubungan estetik telah dijadikan sesuatu yang pasti melalui konkretisasi karya sastera itu oleh pembacanya sehingga ia mendapat nilai estetikanya.
• Ketidakpastian pandangan dalam suatu karya sastera dapat dipastikan melalui proses rekonstruksi karya itu.
• Sesebuah karya sastera hanya akan bererti apabila maknanya telah hidup dalam diri pembacanya.
Stanley Fish (1972) :-• Mengatakan bahawa orang ramai dapat
memahami sesuatu karya sastera berdasarkan unsur linguistiknya.
Michael Riffaterre (1978) :-• Mendasarkan kepada analisis stilistiknya kepada
dunia pembaca atau penerima.
• Beliau mengatakan bahawa seorang sarjana stilistik (gaya penulisan) perlu mencuba merekonstruksikan kesan cara penulisan puisi dan memperbaikinya berdasarkan reaksi pembaca moden.
Jauss dan Iser :-• Jauss (1978) menumpukan perhatiannya kepada
bagaimana sesuatu karya diterima pada suatu masa tertentu berdasarkan suatu horizon iaitu yang asalnya ialah “horizon of expectation” iaitu aspek penilaian dalam penerimaan tertentu.
• Konsep ini adalah merupakan penilaian pembaca sewaktu dalam bacaannya.
• Pembaca tersedia dalam fikirannya harapan atau ramalan terhadap apa yang sedang dibacanya dengan apa yang akan terjadi dengan mengaitkan apa yang telah terjadi.
• Pembaca biasanya telah sedia memiliki cara penilaian dalam pembacaannya hasil daripada sejarah pembacaannya yang telah menjadi kelaziman kepadanya.
• Kelaziman itu berbeza dalam menghadapi setiap genre sastera tetapi mempunyai kesamaan dalam membina maksud atau makna sesebuah teks.
PEMBACA = menjadi khalayak kepada sesebuah teks
Pembaca berhak untuk membaca, membuat penilaian dan memberi makna.
Membaca perlukan bakat seperti asas sastera
Proses membaca
Pemahaman
penginterprestasian
Pembaca harus mengalami 2
proses.
SEMIOSIS = memahami apa yang diujarkan
SEMIOTIK = memahami apa yang tersirat oleh persilangan tanda yang terdapat
dalam teks
PERTAMA = bacaan untuk mencari apa yang hendak disampaikan oleh teks
KEDUA = Bacaan untuk menentukan hasrat pengarang
KETIGA = Mencari penanda-penanda teks untuk sampai kepada keseluruhan makna sesebuah teks
Dalam pembacaan E.D HIRSCH (1977) terdapat 3 tahap :
• Makna sementara yang ditanggapi sewaktu membacaLAPISAN
PERTAMA <HEURISTIK>
• Makna kekal setelah habis membaca dan mengalami proses penanggapan
LAPISAN KEDUA<RETROAKTIF>
RIFFATERRE mempunyai 2 lapisan bacaan :
Jika pembaca gagal memahami makna maka pembaca akan mencari makna yang
munasabah
Perasaan @ emosi berperanan dalam pembacaan, kadang-kadang jadi penentu,
namun pembaca yang rasional akan mengurangkan tuntutan emosi tersebut
PRINSIP ASAS – Teori Resepsi dan Tindak Balas Pembaca
• Sejauh mana karya sastera itu akan mudah diterima oleh pembaca.
•Dapatkah karya itu memenuhi harapan pembaca.
•Meneliti reaksi pembaca terhadap makna-makna yang terkandung dalam teks.
•Setiap hasil karya mempunyai fenomena makna dan tugas pembaca untuk mencari rangka atau skema bagi mencari jawapan kepada skema tersebut
Bertolak daripada satu pembicaraan
sama ada penerimaan atau penolakan yang melihat fungsi
hubungan antara karya dan pembaca
•Pengarang membaca sesebuah karya untuk melakukan konkritisasi dan membina semula @ merekonstruksi karya
•Pembaca membuat konkritisasi dan rekonstruksi sama ada secara menerima atau menolak.
Pengarang dan pembaca
melakukan konkritisasi dan
rekonstruksi
•Pembaca akan menghubungi situasi dirinya dan situasi teks tersebut. Jika banyak persamaan akan menarik perhatian pembaca
•Jika ada hubungan yang tidak selari, karya itu tidak akan menarik perhatian pembaca
Sesebuah teks mempunyai skema.
Pembaca mempunyai skema
manakala imaginasi pembaca
cuba mencari keakraban antara skema pembaca dan pengarang
PRINSIP TEORI RESEPSI
TUJUAN TEORI RESPSI
BACAAN BERKELOMPOK UNTUK MELIHAT PENERIMAAN
SESEBUAH GOLONGAN/KUMPULAN TERHADAP SESUATU
KARYA
PENERIMAAN SESEBUAH
KARYA PADA SESUATU ZAMAN
DAN PADA ZAMAN YANG
LAIN
MENGUKUR PERBEZAAN
BACAAN GENDER,
KAUM DAN BANGSA
BACAAN INDIVIDU UNTUK
MEMAHAMI KARYA
Faktor Intelektual- Penerimaan
bergantung kepada kekuatan imaginasi
pembaca- Berkait rapat
dengan penerimaan para intelek
- Bererti pembaca dapat menerima
unsur-unsur kabur dalam sesebuah
karya sastera
Faktor Perasaan- Sewaktu membaca, emosi turut berperanan untuk menentukan
penerimaan dan penolakan- Karya-karya yang menyentuh
perasaan digolongkan sebagai karya yang berkesan
- Faktor emosi berubah mengikut persekitaran tetapi emosi yang
terkawal dapat menjadi nilai karya sastera
Faktor Gender- Lelaki gemar teks keperwiraan, wanita menggemari teks kehibaan
- Lelaki gemar teks luar rumah tangga, wanita lebih ke arah itu.
- Lelaki minat karya-karya bercorak fizikal, wanita minat karya-karya
bercorak emosi
Faktor kolektif- Sesebuah budaya
melahirkan kod nilai budaya
masing-masing- Dalam konteks
hubungan ini, sesebuah karya mempunyai nilai
apabila mempunyai persamaan dengan
kod nilai budaya
FAKTOR PENERIMAAN
TEORI RESEPSI
• Aspek yang diberikan perhatian ialah PEMBACA dan KARYA
• Teori ini bergantung kepada pembaca di mana pembaca yang menentukan mutu sesebuah karya.
• Dalam merealisasi makna sebuah karya, ia bukan bergantung kepada karya semata-mata tetapi juga kepada pembaca hakikat dirinya, keadaan dirinya dan pengaruhnya
• Namun begitu, wujud juga fenomena bertentangan di antara hakikat karya dan hakikat para pembaca.
• Istilah yang paling sesuai digunakan ialah perspektif penerimaan.• Contoh : bagaimana Shahnon Ahmad menerima novel Hari-Hari
Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan
• Shahnon Ahmad menggunakan model penerimaan tertentu yang didasarkan kepada ajaran Islam yang difahaminya sehingga dia dapat mengungkapkan hal-hal yang selama ini mungkin tidak dapat difikirkan individu lain.
PENGAPLIKASIAN TEORI RESEPSI
CERPEN;
1) Nasib Seorang Ibu Tua karya Usman Awang.
PUISI;
1) Kusangka karya Amir Hamzah.
2) Penerimaan karya Chairl Anwar.
CONTOH KRITIKAN PUISI DAN CERPEN
Kusangka cempaka kembang setangkaiRupanya melur telah diseri ….Hatiku remuk mengenangkan iniWasangka dan was-was silih berganti.Kuharap cempaka baharu kembangBelum tahu sinar matahari ….Rupanya teratai patah kelopakDihinggapi kumbang berpuluh kali.Kupohonkan cempakaHarum mula terserak ….Melati yang adaPandai tergelak ….
Karya : Amir Hamzah
PUISI “KUSANGKA”
PENERIMAAN
Jika kau mau, kuterima kau kembaliDengan sepenuh hatiAku masih tetap sendiriKutahu kau bukan yang dulu lagiBak kembang sari sudah terbagiJangan tunduk! Tentang aku dengan beraniJika kau mau, kuterima kau kembaliTapi untukku sendiriSedang dengan cermin aku enggan berbagi.(Maret 1943)
• Sajak ini menunjukkan pandangan realistik.
• ‘Aku’ masih sudi menerima gadis ini yang mungkin sudah berselingkuh dengan lelaki lain.
• ‘Aku’ tidak mencari wanita lain dan masih menanti wanita yang dicintainya.
• Walau si ‘Aku’ tahu gadis yang dicintainya sudah tidak suci, dia masih menerima dan mengharapkan gadis tersebut untuk menemuinya dengan berani – jangan malu.
SAJAK MAKSUD
Mungkin pembaca sudah terpengaruh dengan puisi
‘Kusangka’ yang pernah dibaca sebelumnya.
Hasil daripada pengaruh tadi, mungkin akan ada
pembaca
yang menolak puisi ‘Penerimaan’ kerana
menyetujui Amir
Hamzah yang mempamerkan penolakan pada
gadis yang sudah tidak suci lagi.
Mungkin juga ada yang meminati Amir Hamzah dan
merasakan Chairil Anwar seperti menyindir dan
menafikan
puisi Amir Hamzah (parodi).
Dari segi kaedah bacaan dan
kritikannya;
Dalam aspek keakraban (mengaitkan isi atau maksud puisi
dengan
situasi sendiri), pembaca mungkin akan memberi beberapa
respon;
1) Pembaca yang mengalami situasi seperti penulis
dan
merasakan dirinya turut tidak perlu menerima
wanita yang tidak suci, akan memberi respon
yang baik dan meminati
puisi ‘Kusangka’
2) Pembaca yang masih mencintai gadis yang sama
walaupun
sudah tidak suci, pasti akan meminati puisi
‘penerimaan’.
3) Segalanya bergantung kepada situasi sinkronis
pembaca
pada masa itu (perasaan dan pengalaman yang
dilaluinya
pada masa itu)
Puisi ‘Penerimaan’ oleh Chairil Anwar menggunakan bahasa
yang mudah
difahami namun memerlukan imaginasi yang kuat.
Respon pembaca bergantung kepada imaginasi dan tahap
intelektual
pembaca dalam memahami. Contohnya;
1)
- Sekiranya pembaca tidak memahami apa yang
dimaksudkan
dengan ayat ini, respon yang diberikan pembaca
mungkin tidak
mencapai tahap yang sepatutnya.
- Maksudnya; madu sari (kelopak bunga) sudah dihisap
dengan
kumbang.
- Chairil Anwar menggambarkan gadis sebagai bunga di
mana
sarinya sudah terbagi – wanita yang sudah tidak
murni.
“Bak kembang sari sudah terbagi”
2)
- Penulis menggunakan bahasa mudah namun
ungkapan yang
mendalam.
- Pembaca haruslah memahami dan beimaginasi serta
meletakkan
diri sebagai ‘Aku’ dalam puisi tersebut bagi
mendalami bait ini.
- ‘Aku’ tidak mahu diduakan lagi sekiranya gadis
tersebut kembali padanya. Sedangkan dengan
bayangnya sendiri pun dia tidak
mahu berkongsi.
- Terdapat beberapa respon yang mungkin boleh
pembaca berikan;
1) Penulis terlalu taksub pada cintanya. (pembaca
yang
mungkin tidak berpengalaman seperti
penulis).
2) ‘Aku’ menyayangi gadis tersebut dan masih
ikhlas
memberi kepercayaan kepada gadis tersebut.
“Sedang dengan cermin aku enggan berbagi”
“Penyakit Mak Timah kian berat kerana selain dari ingatan pada anaknya Osman yang ada di tempat tahanan ditambah pula tidak mendapat perubatan dan layanan yang sempurna sekadarkan Rohani sahaja yang sangat-sangat memberi pertolongan dan rawatan seberapa yang dapat. Badan yang kononnya akan memberi lindungan pada nasib rakyat itu belum lagi nampak bayang menghulurkan tangan memberi bantuan. Agaknya mereka takut melawat ke kampung tempat Mak Timah, yang semuanya terpaksa melalui permatang sawah tempat yang selama ini jadi permainan orang-orang kampung, atau pun kalau pergi harus membuang masa yang sesia. Penderitaan orang kampung yang suaminya, bapanya, anaknya, berada di tempat tahanan itu ‘persetan’ sama dia, tak mungkin dia tak makan, sedangkan ulat di celah batu ada rezekinya…. Semuanya ini adalah barangkali fikir mereka yang menyebabkan terbiarnya nasib rakyat.”
PETIKAN TEKS DARIPADA CERPEN ‘NASIB SEORANG IBU TUA’
“Agaknya mereka takut melawat ke kampung tempat Mak Timah, yang semuanya terpaksa melalui permatang sawah tempat yang selama ini
jadi permainan orang-orang kampung, atau pun kalau pergi harus membuang masa yang sesia.”
Analisis;
- Pembaca memahami bahawa penulis menyindir.
- Penulis menggambarkan betapa tidak bersungguhnya badan
tersebut untuk
membantu golongan miskin.
-Sekiranya pembaca merupakan dalam kalangan golongan
berada, mungkin mereka akan memberikan respon yang negatif
pada karya Usman Awang ini.
- Manakala golongan yang merasai keperitan hidup sebegini akan
memahami makna
karya ini dan berasa akrab dengan teks.
Petikan 1
~ Cerpen ini juga menggunakan bahasa yang mudah untuk
difahami.
~ Pembaca masih boleh mengimaginasikan ia walaupun
tidak
berpengalaman.
~ Cuma, pembaca harus memahami setiap bait perkataan
yang
terkandung dalam teks. Misalnya;
“melalui permatang sawah-sawah….”
~ Pembaca harus memahami makna permatang barulah
boleh
mengimaginasikan gambaran yang dimaksudkan oleh
penulis. Oleh itu,
walaupun tidak berpengalaman, pembaca dapat
membayangkan
suasana dan makna teks dan dapat mencapai tahap makna
yang betul.