-
482
Konsep Tatacara Penahanan Pra Perbicaraan Suspek Jenayah Menurut Islam
Wafaa Binti Yusof & Anita Abdul Rahim
Universiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Kedudukan tatacara penahanan pra perbicaraan suspek jenayah sering dipertikaikan
penguatkuasaan dan pelaksanaannya di kebanyakan bidang kuasa jenayah Islam.
Malahan sesetengah bidang kuasa ini tidak memperuntukkan undang-undang berkaitan
tatacara penahanan pra perbicaraan termasuk bidang kuasa undang-undang tatacara
jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia. Oleh itu, penulisan ini dikemukakan dengan
tujuan untuk menganalisis konsep yang mendasari pembentukan undang-undang
berkaitan tatacara penahanan pra perbicaraan suspek jenayah dan penguatkuasaan serta
pelaksanaannya menurut Islam. Pengertian tatacara ini menurut perbahasan para fuqaha
dan peruntukan undang-undang beberapa negara Islam berkaitannya diketengahkan
dalam penulisan. Dalil dari himpunan nas-nas al-Quran serta sunnah Rasulullah dan
sunnah Sahabah dianalisis untuk melihat sejauh mana tatacara penahanan suspek jenayah
diterima dan bukan suatu yang disanggah pelaksanaannya menurut hukum syarak.
Kata kunci : tatacara pra perbicaraan, tatacara penahanan, suspek jenayah, undang-
undang jenayah Islam
Pengenalan
Penahanan pra perbicaraan membentuk sebahagian dari tatacara siasatan awal yang
khusus dan merupakan salah satu langkah awal untuk melaksanakan siasatan dalam kes
jenayah yang melibatkan penahanan tertuduh atau suspek. Tatacara penahanan pra
perbicaraan menyusul selepas satu tangkapan yang terhasil dari maklumat yang diterima
atau tangkapan berasaskan flagrante delicto selain dari pengumpulan bukti serta
keterangan untuk membuktikan pertuduhan atau menafikannya. Fuqaha Islam walaupun
tidak pernah menyatakan keperluan kepada tatacara tangkapan sebelum penahanan
dikuatkuasakan tetapi pada masa yang sama mereka tidak menafikannya. Keadaan ini
disebabkan perkaitan rapat antara penangkapan dan penahanan. Tanpa penangkapan tiada
penahanan. Malahan penahanan ini menurut fiqh dianggap sebagai satu tatacara berjaga-
jaga terhadap suspek atau tertuduh.
Sesetengah ulama Islam bertegas menolak penguatkuasaan dan pelaksanaan penahanan
pra perbicaraan. Ibn Hazm contohnya, tidak bersetuju dengan amalan ini dan menjadikan
riwayat dari cAbdullah ibn Abi cAmar (r.a.) sebagai sandaran hujah beliau. Riwayat
tersebut menjelaskan bahawa Sayidina cUmar (r.a.) enggan merantai seseorang tanpa ada
bukti yang menunjukkan dia bersalah (Ibn Hazm, 1993). Penahanan orang yang dituduh
-
483
menurut mereka, berdasarkan kepada syak wasangka atau al-zann sedangkan hukum
tidak boleh berasaskan al-zann sebagaimana firman Allah bahawa sesungguhnya
sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran
(iktikad) (Surah al-Najm 27 : 28). Rasulullah juga memberi ingatan agar berhati-hati
dengan al-zann kerana ia merupakan sebohong-bohong percakapan. Sabda Baginda :-
(al-Bukhari, 1976).
Kenyataan Al-Shacrawiy yang menafikan kewujudan penjara pada zaman Rasulullah
sekali gus menunjukkan penafian terhadap kewujudan penahanan pra perbicaraan kerana
kepentingan kewujudan penjara adalah melebihi kepentingan kewujudan penahanan pra
perbicaraan tertuduh yang belum diputuskan bersalah. Menurut al-Shacrawiy penjara
sebagaimana yang ada sekarang tidak ada pada zaman tersebut. Mereka yang bersalah
kebiasaannya dipulaukan atau ditahan di rumah sahaja. Rasulullah pernah menahan
seorang pesalah dan dia tidak dibenarkan bercakap dengan sesiapa dan begitu juga orang
ramai tidak dibenarkan bercakap dengannya. Contohnya dalam kes Abu Lababah yang
dikatakan menahan dirinya apabila diikat dirinya di satu tiang dan ditahan di rumahnya.
Dia tidak melepaskan dirinya sehinggalah Rasulullah datang dan melepaskannya (Al-
Shacrawiy, 1983 : 57).
Namun tidak dinafikan perbincangan para fuqaha dan cendekiawan Islam berkaitan
penahanan pra perbicaraan dalam penulisan dan kajian mereka telah membuktikan
penerimaan penahanan pra perbicaraan dalam sistem keadilan jenayah Islam. Walaupun
pelbagai pendekatan perbincangan dikemukakan dan tidak sepenuhnya terfokus kepada
penahanan pra perbicaraan dalam kes jenayah dan hakikatnya menguatkan hujah
kewujudan dan penerimaan penahanan ini. Muscab Aiman al-Ruwaishad dalam kajian
beliau contohnya, membahagikan penahanan kepada dua iaitu penahanan takzir dengan
tujuan hukuman ( ) dan keduanya penahanan al-istithaqi ( Penahanan yang kedua membentuk penahanan sementara dan hanya .(dikuatkuasakan atas tiga sebab sahaja iaitu disebabkan ada pertuduhan, sebagai langkah
berjaga-jaga (al-habs li al-ihtirazi)1 dan penahanan dalam usaha melaksanakan hukuman
(Muscab Aiman al-Ruwaishad, 2007 : 29). Sebab penahanan yang pertama sahaja dilihat
menepati penahanan pra perbicaraan yang dimaksudkan oleh penulis.
Percanggahan pendapat di kalangan para fuqaha dan ulama kontemporari ini mendesak
penulis untuk meneliti dan mengkaji apakah konsep yang mendasari pengaplikasian
tatacara penahanan pra perbicaraan dalam kes jenayah Islam dan juga penguatkuasaan
undang-undang berkaitan tatacara ini di beberapa negara Islam.
1 Pelaksanaan penahanan ini bertujuan untuk menjaga maslahat orang awam dari kemudaratan
yang disebabkan oleh individu atau kelompok individu jika dibiarkan bebas dan penahanan ini tidak
memerlukan satu pertuduhan atau pendakwaan. Contohnya penahanan pemberontak wanita dan anak-
anaknya untuk menjaga mereka dari berterusan melibatkan diri dalam pemberontakan (Muscab Aiman al-
Ruwaishad, 2007).
-
484
Pengertian Penahanan Pra Perbicaraan Menurut Islam
Penahanan pra perbicaraan atau dipanggil juga sebagai penahanan reman, penahanan
sementara atau penahanan penyiasatan merupakan satu tatacara jenayah yang sama dan
kebanyakan kitab-kitab fiqh menggunakan istilah al-habs atau al-sijn. Terdapat beberapa
istilah lagi dari sudut bahasa yang bermaksud penahanan dan penggunaannya bersilih
ganti seperti al-tauqif () al-hasr (), al-icitiqal (), al-imsak (), al-ithbat (), al-asru () dan al-hijz (). Penggunaan istilah-istilah ini mungkin tidak mengelirukan jika dirujuk dari sudut bahasa tetapi ia agak berbeza jika dilihat dari
sudut terminologi. Ternyata penggunaan istilah-istilah ini termasuk al-habs, lebih
cenderung kepada maksud penahanan punitif terutama apabila berbicara tentang
hukuman jenayah takzir (Joseph Schacht, 1964 : 175 & 197), hukuman gantian dan juga
sebahagian hukuman jenayah hudud yang juga melibatkan pelaku wanita dan kanak-
kanak. Namun terdapat beberapa penulisan fiqh jenayah oleh ulama kontemporari dan
undang-undang tatacara jenayah negara-negara Islam menggunakan pelbagai istilah yang
lebih khusus merujuk kepada penahanan pra perbicaraan. Istilah Al-habs al-ihtiatiy
,( )al-sijn al-ihtiatiy ,( ) al-tauqif al-ihtiatiy ,( )al-hijz al-muaqqat ( ), al-habs lil istithaqi ( ) atau al-habs al-istizhar ( ) (Muscab Aiman al-Ruwaishad, 2007 : 29) merupakan antara istilah-istilah yang sering diguna pakai dan dikaitkan dengan pelaksanaan siasatan.
Istilah-istilah ini menurut al-Qurtubiy, tidak dikenali dalam penulisan fiqh lama. Para
fuqaha lebih cenderung menyebutnya dalam bentuk penghuraian seperti penahanan
untuk mensahihkan dakwaan ( ) atau penahanan dalam dakwaan atau penahanan untuk mendedahkan apa yang berlaku di sebaliknya ( )( )(al-Qurtubiy, 1372H : 353) .
Penggunaan istilah merujuk kepada penahanan pra perbicaraan adalah berbeza-beza
antara negara Islam. Contohnya, penahanan pra perbicaraan dikenali sebagai al-habs al-
ihtiatiy di Mesir dan al-tauqif di Jordan. Perkara 134, Qanun al-Ijraat al-Jazaiyyat al-
Misriy, 2006 memperuntukkan:
dan Perkara 114(1) Qanun Usul al-Muhakamat al-Jaziyyat, 1961 Jordan pula
memperuntukkan:
-
485
Sementara di Palestin kedua-dua istilah ini diguna pakai dalam sistem perundangan
tatacara jenayah mereka kerana kedua-duanya adalah sama dari semua aspek dan
disebabkan wujud pelbagai istilah yang menunjukkan makna yang sama. Namun
kejelasan teks memerlukan ketepatan istilah untuk mengelak kekeliruan
pengaplikasiannya. Contohnya penulisan Ahmad Sacadiy Sacid al-Ahmad telah
mengguna istilah al-tauqif () yang lebih tepat maknanya dengan penahanan pra perbicaraan berbanding dengan istilah al-habs () yang lebih bertaut dengan hukuman. Beliau cenderung untuk menggunakan istilah al-tauqif () bagi mengelak kekeliruan dan keraguan terhadap penggunaan al-habs al-ihtiatiy ( ) yang dianggap sebahagian dari mekanisme hukuman (Ahmad Sacadiy Sacid al-Ahmad, 2009 :
72).
Oleh itu, istilah al-habs tidak diguna kerana ia bertentangan dengan pengaplikasian
tatacara penahanan pra perbicaraan itu sendiri. Malahan kebanyakan perundangan lebih
gemar menggunakan istilah al-tauqif berbanding dengan al-habs yang lebih eksklusif
penggunaannya sebagai satu hukuman jenayah dan mengaplikasikan kedua-duanya dalam
skop mereka yang tersendiri. Penggunaan istilah al-tauqif merupakan satu pilihan yang
terbaik dalam menyelaraskan penggunaan istilah berbahasa Arab (Hasan Bashit
Khuwaini, 1998 : 13; Ahmad Sacadiy Sacid al-Ahmad, 2009 : 72) dan pilihan ini
disandarkan kepada firman Allah dalam surah Saba ayat 31:-
....
Dan (sungguh ngeri) kalau engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu
dibawa berdiri di hadapan Tuhan mereka (untuk dihisab)....
Sesetengah perundangan memilih dan mengguna istilah al-habs al-ihtiatiy yang dianggap
berbeza dengan istilah al-habs. Perkataan al-ihtiatiy menunjukkan penahanan itu adalah
dalam bentuk sementara dan berbeza dengan hukuman. Berbeza dengan penggunaan
istilah al-tauqif yang tidak disebut sebagai al-tauqif al-ihtiatiy kerana al-tauqif ini hanya
bermula pada peringkat siasatan dan sebelum satu hukuman diputuskan dalam
pendakwaan jenayah (Wisam Mohamed Nasr, 2010 : 18).
Sementara dari sudut terminologi pelbagai takrif telah dikemukakan oleh para ulama dan
fuqaha dan antaranya ialah :-
-
486
(1) penghantaran tertuduh ke penjara sepanjang proses penyiasatan atau sebahagiannya sehinggalah proses perbicaraan di mahkamah selesai (Ahmad
Fathi Surur, 1985 : 623).
(2) satu tatacara yang diperlukan demi maslahat penyiasatan untuk menghindari tertuduh dari mengganggu saksi-saksi atau memanipulasikan bukti-bukti dan
untuk menghalang tertuduh melarikan diri sementara menunggu keputusan
kehakiman diputuskan terhadapnya (cUmar Sacid Ramadhan, 1993: 40).
(3) halangan terhadap orang yang disyaki untuk berurusan sendiri sehinggalah jelas dakwaan ke atasnya sama ada yang melibatkan hak Allah atau hak manusia (Ibn
Qayyim, 1985 : 148).
(4) penafian terhadap kebebasan tertuduh yang melakukan jenayah untuk sementara waktu menurut peraturan undang-undang yang ditetapkan (Ibrahim Hamid al-
Tantawiy, t.th : 4).
(5) perampasan kebebasan tertuduh dalam tempoh tertentu yang diperlukan dan berkepentingan dalam penyiasatan menurut undang-undang yang ditetapkan
(Muhammad cAbdullah bin Muhammad al-Mursafawiy, 2006 : 47).
(6) penahanan seseorang di tempat tertentu atau tertutup, wujud pengawasan dan menghalangnya daripada meninggalkan tempat terbabit. Penahanan adalah
berbentuk pencegahan (Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad Ibn Mukarram Ibn
Manzur, 1992 : 19).
Perincian definisi dari sudut terminologi ini dapat mengelak kekeliruan dan membezakan
peranan penahanan sebelum dan selepas suatu penghakiman. Ahmad Sacadiy Sacid al-
Ahmad merumuskan dari pencerakinan pentakrifan penahanan yang dikemukakan oleh
para ulama tersebut bahawa (2008 : 74) :-
(1) penangkapan dan penghantaran tertuduh ke penjara menyekat kebebasan tertuduh. (2) sekatan kebebasan ini adalah berbentuk sementara dan dihubungkaitkan dengan
tempoh masa yang tertentu.
(3) sekatan ini berkepentingan dalam penyiasatan. (4) sekatan dalam penahanan ini dikendalikan dan dikawal oleh kawalan undang-
undang tertentu.
Nuzar Raja Sabatai Sabra dalam kajian beliau menambah bahawa :-
(1) penahanan ini tidak seharusnya melibatkan semua jenis pertuduhan jenayah. Ia mungkin hanya melibatkan jenayah tertentu sahaja,
(2) tujuan penahanan ini dikuatkuasakan adalah untuk mendedahkan sama ada orang yang disyaki bersalah atau tidak dan bukannya suatu hukuman, dan setiap
perincian ini hendaklah disebut dalam takrif penahanan pra perbicaraan agar ia
tidak disalahertikan (2006 : 88).
Musacid ibn Hamd ibn cAbdullah al-Sharidai pula merumuskan dalam kajian beliau
bahawa tidak ada satu definisi yang menyeluruh bagi menjelaskan maksud penahanan pra
perbicaraan. Beliau justeru itu mendefinisikan penahanan ini sebagai satu tatacara
terkecuali dari tatacara penyiasatan yang melibatkan satu perintah dari pihak berkuasa
yang kompeten untuk menghantar seseorang ke suatu tempat tertentu disebabkan jenayah
yang telah dilakukan olehnya. Ini bagi menjamin integriti penyiasatan serta maklumat
sehinggalah sama ada dia disabitkan atau dibebaskan berdasarkan pendapat pihak yang
-
487
berbidang kuasa, atau tiada justifikasi yang mencukupi untuk menahannya demi
kepentingan awam (1426H ). Beliau juga menegaskan konsep penahanan pra perbicaraan
adalah berbeza dengan konsep al-hijz (), al-icitiqal al-idariy ( ), al-qabd () dan al-istaiqaf ( ).
Sedemikian juga Wisam Mohamed Nasr dalam kajian beliau pada tahun 2010
merumuskan bahawa setiap definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha memfokuskan
kepada satu aspek atau beberapa aspek tertentu berkaitan penahanan. Pencabulan
terhadap kebebasan suspek atau tertuduh, satu keperluan kepada tatacara penyiasatan,
tempoh penahanan, pihak berkuasa yang berbidang kuasa melaksanakan tatacara
penahanan dan keperluan keterangan yang diambil kira merupakan antara elemen-elemen
yang membentuk pelbagai definisi penahanan pra perbicaraan. Walaupun begitu, beliau
merumuskan bahawa penahanan pra perbicaraan ini adalah satu ketetapan yang sentiasa
dikaitkan dengan perintah yang dikeluarkan oleh kuasa kehakiman yang kompeten dan
mandat yang diserahkan kepada pegawai penguat kuasa atau pegawai penyiasat untuk
menguatkuasakan penahanan ini. Seterusnya ia akan melibatkan perampasan hak
kebebasan suspek atau tertuduh apabila mereka diletakkan di suatu tempat yang khusus
untuk tahanan dalam suatu tempoh yang tertentu setakat mana yang diperlukan untuk
siasatan mengikut norma-norma yang ditetapkan oleh undang-undang (2010 :16).
Penahanan pra perbicaraan dianggap salah satu tatacara penyiasatan yang bertujuan untuk
menjamin tatacara siasatan awal dengan meletakkan suspek atau tertuduh di bawah
pengawalan pegawai penyiasat, mempermudah soal siasat terhadapnya atau
membawanya ke hadapan apabila diperlukan untuk siasatan, mampu menghalangnya dari
melarikan diri, mengubah keterangan dan bukti pendakwaan, mempengaruhi saksi dan
mengancam mangsa, menghalang potensi tindak balas suspek atau tertuduh terhadap
keamanan awam dan memberi ketenangan kepada orang awam dari graviti kesalahan
yang dilakukan.
Dalil Al-Quran Sebagai Sandaran Hujah
Para ulama dan fuqaha sebulat suara bersetuju dengan tatacara penahanan melalui nas-
nas serta fakta yang terkandung di dalamnya walaupun sebahagian kecil dari mereka
menafikan perkara tersebut berdasarkan hujah bahawa Rasulullah tidak pernah
memenjarakan sesiapa. Mazahib al-arbacah mengharuskan penahanan tertuduh dalam
kes jenayah dan menganggap tatacara ini sebahagian dari siyasah yang adil tetapi dengan
syarat tindakan tersebut disokong oleh kewujudan qarinah yang kuat atau penzahiran
tanda-tanda syak wasangka terhadap tertuduh.
Al-Quran lebih banyak menyebut tentang al-sijn yang juga difahami sebagai salah satu
bentuk penahanan seperti mana firman Allah dalam surah Yusof (12 : 33-35). Tiada satu
pun dari kalimah tersebut menjelaskan pengaplikasian al-sijn menurut kefahaman Islam.
Malahan apa yang dibuktikan dari sunnah Rasulullah dan Sahabah, al-sijn tersebut tidak
di dalam bentuk yang rasmi pada mulanya dan hanya selepas pemerintahan Sayidina Abu
Bakar barulah al-sijn ini dikatakan lebih tersusun. Contohnya pesalah jenayah
kebiasaannya ditahan di masjid tanpa diikat ataupun dirantai. Terpulang kepada orang
-
488
ramai untuk mengawasinya, ditahan di ruangan hadapan rumah ataupun di ruangan bilik
bawah tanah rumah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan dan
ditahan di rumah-rumah yang khusus untuk pesalah wanita. Sayidina cUmar pula
dikatakan pernah membeli sebuah rumah dari Safwan bin Umaiyyah, salah seorang
pemimpin Mekah untuk dijadikan penjara atau tempat tahanan dan Sayidina cAli telah
membina penjara di Kufah.
Kaedah-kaedah penahanan suspek atau tertuduh dalam kes-kes jenayah yang
dikemukakan oleh para fuqaha Islam adalah berdasarkan kepada Al-Quran, hadith, dan
sumber-sumber lain. Walau bagaimanapun al-Quran tidak membicarakan secara khusus
mengenai penangkapan dan penahanan orang-orang yang dituduh melakukan jenayah.
Perkataan habasa iaitu menahan dalam surah al-Maidah contohnya, adalah berkaitan
dengan wasiat dan tiada kena mengena dengan penahanan dalam kes jenayah:-
(Al-Maidah, 6 : 106.)
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir
mati, ketika (dia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua
orang yang adil di antara kamu atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan
kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit
yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu (tentang kejujuran kedua saksi itu,
hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang......
Sementara dalam surah al-Nisa Allah berfirman:-
(Al-Nisa, 4 : 15)
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-
perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi
saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi
itu mengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang
berzina itu) dalam rumah hingga mereka sampai ajal matinya atau hingga Allah
mengadakan untuk mereka jalan keluar (dari hukuman itu).
Perkataan () di dalam ayat ini bermaksud () iaitu maka tahanlah mereka. Ayat ini diaplikasikan pada awal kedatangan Islam di mana wanita yang berzina
hendaklah ditahan di dalam rumah sehinggalah dia meninggal. Ibn Jabir pula menyatakan
wanita yang berzina dipenjarakan dan bukannya ditahan di dalam rumah. Jelasnya kedua-
dua perkara ini dikatakan berlaku di awal kedatangan Islam dan setiap tindakan mereka
-
489
sama ada dilakukan berdasarkan ijtihad atau masih mengikut adat Jahiliyyah kerana
tindakan mereka ketika itu tidak terikat dengan mana-mana nas. Bahkan tidak ada
pendapat yang jelas membuktikan bahawa ayat ini diturunkan di awal kedatangan Islam
dan apa yang boleh dijelaskan ayat ini merupakan ayat madaniyyah diturunkan selepas
peperangan Uhud di akhir tahun tiga hijrah (Muhammad Rashid Redha, 1990 : 357) Ibn
Furq al-Asbahaniy ada menyebut bahawa penahanan sedemikian dikuatkuasakan pada
awal kedatangan Islam disebabkan jenayah jarang berlaku ketika itu. Sistem penjara
kemudiannya digunakan setelah kejadian jenayah mula meningkat dan merisaukan dalam
pemerintahan Islam (Muhammad bin Ahmad al-Ansariy al-Qurtubiy, 2004 : 75).
Sebilangan ulama mengatakan bahawa ayat dari surah al-Nur (24 : 18) menasakhkan
surah al-Nisa ini. Namun bagi ulama yang bersandar kepada hadis Rasulullah :-
: (Riwayat Imam Muslim, t.th. : 1316)
menjelaskan bahawa hadis tersebut menerangkan tentang langkah-langkah () dan bukannya menasakhkan ayat terbabit. Manakala bagi ulama yang membenarkan al-Quran
dinasakhkan dengan hadis sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam penulisan
beliau, menyatakan bahawa yang dinasakhkan di sini ialah ayat ( ) (Ibn Kathir, 2002 : 234). Malah menurut Ibn Kathir, Ibn cAbbas ada meriwayatkan:-
. :
Sabda Rasulullah ini merujuk kepada kedudukan hukuman terhadap pesalah zina yang
sebelum ini berbentuk penahanan yang diganti dengan sebat dan rejam sebagaimana yang
dijelaskan dalam hadis di atas (Ibn Kathir, 1988 : 235).
Sesetengah ulama pula berpendapat bahawa penahanan hanya dinasakh dalam ayat
berkaitan zina ini sahaja tetapi tidak dalam ayat-ayat lain yang masih mensyariatkan
penahanan seperti firman Allah dalam surah al-Maidah (5 :33) yang bermaksud ..atau
dibuang negeri kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum..dan yang
bermaksud ..kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka
(disuruh) bersumpah dengan nama Allah..(6 :106). Ayat ini tidak dinasakhkan kerana ia terbukti masih diamalkan oleh Abu Musa al-cAsyhari ketika di Kufah. Sementara istilah
al-hasr () di dalam firman Allah SWT yang bermaksud ..dan tawanlah mereka, dan juga kepunglah mereka.. (al Taubah, 9 : 5) sinonim dengan firman al-habs atau
penahanan (Raed Ahmed Hassan & Medhat al-Mahmood al-Muhtaram, 2009).
Walau bagaimanapun penahanan yang dimaksudkan di dalam surah al-Nisa tersebut
lebih membayangkan penahanan selepas sabitan disebabkan susulan ayat selepas itu telah
ditafsirkan oleh kebanyakan ulama tafsir bahawa pesalah zina tersebut hendaklah ditahan
dan tidak boleh bercampur atau menemui orang ramai sehinggalah dia menemui maut
atau jalan keluar selain dari penahanan ini (Muhammad Rashid Redha, 1990 : 357). Ayat
ini sekadar membuktikan penahanan berlaku sejak dari zaman Rasulullah lagi dan
-
490
penahanan ini bukanlah suatu penahanan pra perbicaraan sebelum sabitan tetapi
penahanan pemenjaraan yang berbentuk hukuman. Muhamad Rashid Redha menyatakan
bahawa penahanan yang dimaksudkan tersebut merupakan satu hukuman bertempoh
(1990).
Hadis Dan Sunnah Sebagai Sandaran Hujah
Berbeza pula dengan hadis, sunnah Rasulullah dan sunnah Sahabah yang lebih banyak
menjadi asas autoriti kepada tatacara ini. Namun pada masa yang sama ia menimbulkan
ketidakselesaan pengaplikasian penahanan pra perbicaraan ini dan keperluan untuk
membatasi tempoh serta kekerapan pelaksanaannya. Tertuduh tidak harus ditahan
sebelum disabitkan bersalah kerana asal manusia itu bebas melainkan jika kemudaratan
yang dihadapi melebihi potensi kemudaratan penahanan yang dikuatkuasakan. Oleh itu
penahanan adalah penting dalam keadaan yang memerlukan dan dikuatkuasakan sekadar
yang perlu sebagaimana yang dinyatakan dalam beberapa riwayat hadis Rasulullah.
Kajian dan perbahasan kebanyakan muhaddithin dalam kitab-kitab penulisan mereka
telah membuktikan penahanan merupakan sebahagian dari hukum syarak atau yang
disyariatkan dalam Islam (cAli bin Sultan Muhammad al-Qariy, 2001: 245).
Satu riwayat yang paling relevan menyatakan bahawa Rasulullah pernah menahan
tertuduh lelaki dan kemudiannya melepaskannya:-
(al-Tarmidhi, t.th)
Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah pernah menahan seorang tertuduh sehari
semalaman. Riwayat ini merupakan landasan hujah para ulama dan fuqaha ketika
membicarakan tentang penahanan yang disyariatkan dalam Islam. Islam jelas
mengharuskan penahanan tertuduh dan penguatkuasaan serta pelaksanaannya merupakan
antara polisi keadilan dan tindakan yang tidak menyalahi hukum syarak. Setiap
penahanan yang dikuatkuasakan dan dilaksanakan hendaklah sama ada disokong oleh
satu andaian yang kuat terhadap penglibatan tertuduh dalam jenayah, atau jelas tanda-
tanda keraguan dan syak wasangka terhadap tertuduh, atau tertuduh mempunyai rekod
atau sejarah penglibatan jenayah sebelum ini. Rasulullah contohnya pernah menahan
seseorang yang memberi penyaksian dusta atau seseorang yang dituduh melakukan
kejahatan ataupun berhutang. Penahanan tersebut bertujuan untuk mengetahui kebenaran
setiap pertuduhan dengan keterangan dan bukti-bukti yang diperoleh. Jika keterangan
atau bukti gagal diperoleh tertuduh akan dilepaskan. Sunnah ini menunjukkan penahanan
merupakan salah satu dari hukum syarak(cAli bin Sultan Muhammad al-Qariy, 2001:
245).
Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Saidina cAli bin Abi Talib (r.a.) (Al-Nucman
bin Muhammad al-Maghribiy, 1969 : 539) :-
-
491
Riwayat ini menegaskan bahawa tiada penahanan dalam satu pertuduhan kecuali
pertuduhan membunuh dan ia hanya dilaksanakan setelah mengetahui kezaliman telah
dilakukan terhadap orang lain. Amir Mukminin telah berkata bahawa beliau tidak akan
menahan orang yang dituduh, tidak akan menghukum berasaskan syak wasangka dan
tidak akan membunuh melainkan seseorang itu menentang, melawan dan menunjukkan
permusuhan kepadanya (cAbdul Hameed ibn Haibat Allah Ibn Abi al-Hadid, 1965 :148):-
Suatu tempat yang khusus untuk penjara sememangnya dibuktikan tidak pernah wujud
pada zaman pemerintahan Rasulullah(s.a.w.) dan Sayidina Abu Bakar(r.a.) tetapi ini
bukannya bermakna penahanan sama ada dalam bentuk penahanan sementara atau
pemenjaraan tidak pernah dilaksanakan oleh mereka. Sebagaimana yang dinyatakan
sebelum ini masjid-masjid, rumah, ruangan hadapan bangunan, ruangan bawah rumah
dan khemah pernah dijadikan tempat penahanan atau pemenjaraan. Contohnya Abi
Lababah ibn Rafacah bin Munzir pernah ditahan di masjid Rasulullah selama enam
malam, Thamamah bin Athal al-Hanafiy pula ditahan selama tiga hari dan pernah juga
beberapa orang menahan diri mereka sendiri setelah mengikat diri mereka di tiang kerana
kesilapan mereka semasa perang bersama Rasulullah (cAbdullah cAbdul cAziz al-Yusof,
2003 : 41).
Kesimpulan
Perbahasan para fuqaha berkaitan pengertian penahanan, dalil al-Quran dan sunnah
Rasulullah (s.a.w) dan sunnah Sahabah menunjukkan kewujudan penahanan dan
pengiktirafan kepada pelaksanaannya dalam Islam. Namun perbahasan dan penulisan
para fuqaha ini lebih tertumpu kepada alasan penguatkuasaan penahanan dan tempoh
masa yang terlibat serta dibenarkan. Kebanyakan literatur Islam klasik banyak
menyentuh tentang penahanan penghutang dan juga penahanan dalam keadilan jenayah
sebagaimana yang dinyatakan dalam sunnah Rasulullah dan sunnah Sahabah. Sunnah-
sunnah ini membentuk duluan (precedent) bagi penahanan suspek atau tertuduh dalam
kes jenayah Islam. Kefahaman tentang konsep penahanan ini mempermudah
pembentukan, penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang tatacara penahanan di
bawah bidang kuasa jenayah syariah negeri-negeri di Malaysia.
Rujukan
Al Quran
Ahmad Fathi Surur. 1985. al-Wasit fi qanun al-ijraat al-jazaiyyat. Darr al-Nahdhah al-
cArabiyyah : al-Qaherah.
-
492
Ahmed Hassan, Raed & al-Muhtaram, Medhat al-Mahmood. 2009. al-Tauqif fi al-fiqh
al-islamiy wa al-qanun.Iraq. http://www.iraqja.org/judicalsheet4/...fraadahmad.
htm,2009, http://www.omanlegal.net/vb/ showthread.php?t = 936.[15 Jun 2012].
al-Ahmad, Ahmad Sacadiy Sacid. 2009. al-Muttahimu dhamanatuhu wa huququhu fi al-
istijwabi wa al-tawqifi al-habsu al-ihtiatiy fi qanuni al-ijraat al-jazaiyyat al-
falastiniy dirasatun muqaranatun. Jamiacah al-Najah al-Wataniyyah : Nablus.
Al-Bukhari. 1993. Sahih al-bukhari.Juz.5. Dar Ibn Kathir. Beirut. https://library.islam
web .net/newlibrary /BooksCover/big/Doc000.jpg.
Hasan Bashit Khuwaini. 1998. Dhamanat al-muttahim fi al-dacwa al-jazaiyyah khilal
marhalati al-tahqiq al-ibtidai. Jil.1. Maktabah Darr al-Thaqafah Li al-Nashar wa
al-Tawzic : Jordan.
Ibn Hazm. 1996. al-Mahalla. Jil.11. Darr al Jil : Beirut.
Ibn Kathir, Ismacil ibn cUmar. 1988. Tafsir al-Quran al-cazim. Juz.2. Darr al-Hadis : Al-
Qaherah.
Ibn Qayyim. 1985. al-Turuq al-hukmiyyah fi siyasah al sharciyyah. Matbacah al
Madani : Kaherah.
Ibn Manzur, Abu al-Fadl Jamal al-Din Muhammad Ibn Mukarram. 1992. Lisan al-carab.
Jil.4. Muassasah al-Tarikhi al-cArabiy : Beirut.
Ibrahim Hamid al-Tantawiy. (t.th.). al-Habs al-ihtiati. Darr al-Fikr : Iskandariah.
Joseph Schach. 1964. An introduction to Islamic law. Clarendon Press : Oxford.
Mohamed Nasr, Wisam. 2010. al-Ifraju bi al-kafalah fi al-tashric al-falastiniy dirasatun
muqaranatun. Jamiacat al-Azhar : Gaza.
Al-Mubarakfuriy, Muhammad cAbdul al-Rahman ibn cAbdul al-Rahim. t.th. Tuhfah al-
ahwaziy bi sharhi jamic al-tarmidhi. Juz.6. Dar al-Kutub al-cAlamiyyah : Beirut.
Muhammad, Al-Nucman. 1969. Dacaimu al-islam: wa zikru al-halal wa al-haram wa al-
qadaya wa al-ahkam. Jil.2. Dar al- Macrif : Mesir. http://lfile.ir/hadith-
library/23.pdf.
Al Mursafawiy, Muhammad cAbdullah bin Muhammad. 2006. al-Habs al-ihtiati. Dar al-
Fikr al-Jamiciy : Iskandariah.
Qanun al-Ijraat al-Jazaiyyat al-Misriy. 2006 : Mesir.
http://www.iraqja.org/judicalsheet4/...fraadahmad.%20htm,2009http://www.iraqja.org/judicalsheet4/...fraadahmad.%20htm,2009http://www.omanlegal.net/vb/%20showthread.php?thttps://library.islam/http://lfile.ir/hadith-library/23.pdfhttp://lfile.ir/hadith-library/23.pdf
-
493
Qanun Usul al-Muhakamat al-Jaziyyat, 1961 : Jordan.
Al-Qariy, cAli bin Sultan Muhammad. 2002. Mirqatun al-mafatih sharhu mishkatun al-
masabih. Juz.6. Dar al-Fikr : Beirut.
al-Qurtubiy, Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farah Abu cAbdullah. 1372H. al-
Jamic li ahkam al-Quran al-mubin lamma tadmanahu min al-sanah waayyu al-
furqan. Jil.6. Dar al-Shacbi : al-Qaherah.
Redha, Muhammad Rashid. 1990. Tafsir al-manar. Juz.4. Dar al-Kutub cIlmiyyah :
Beirut.
al-Ruwaishad, Muscab Aiman. 2007. al-Habs fi al-shariati wa al-qanun. Kuwait Institute
For Judicial & Legal Studies : Kuwait City.
Sacid Ramadhan, cUmar, Mabadi qanun al-ijraat al-janaiyyat. 1993. Juz 1. Darr al-
Nahdhah al-cArabiyyah : al-Qaherah.
Sabatai Sabra, Nuzar Raja. 2006. Ahkam al-muttahim fi al-fiqh al-islamiy muqaranah bi
al-qanun al-wadciy. Jamicah al-Najjah al-Wataniyyah : Nablus.
al-Sharidai, Musacid ibn Hamd ibn cAbdullah. 1426. al-Habs al-ihtiatiy fi nizami al-
ijraat al-jazaiyyat dirasatun muqaranatun. Jamiacah al-Imam Muhammad bin
Sacud al-Islamiyyah : Arab Saudi.
Al-Shacrawi, al-Fatawa, Juz.3, Darr al cAwdah, Beirut, 1983, hlm.57.
al-Tabari, Muhammad Ibn al-Jarir. 1954. Tafsir al-tabari jamica al-bayan can tawil ai
al-Quran. Jil.6. Dar al-Macrifah : al-Qahirah.
Al-Tirmiziy. Sunan al-Tirmiziy. t.th. Kitab al-Diyat. Bab Ma Jaa fi al-Habsi fi al-
Tuhmah.http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=2636&
idto=2637&bk_no=56&D= 974. [12 June 2013]
al-Tusi, Muhammad bin al-Hasan. 1970. Tahzib al-ahkam fi sharh al-maqniati li al-shikh
al-mufid. Jil.10. Dar al-Kutub al-Islamiyyah : Tehran.
al-Yusof, cAbdullah cAbdul cAziz. 2003. al-Tadabir al-mujtamaciyyah ka badaili lil al-
cuqubati al-salibati lil al-hurriyati. Akademiyyah Naif lil al-cArabiyyah lil al-
cUlum al- Amaniyyah : Riyadh.
http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=2636&idto=2637&bk_no=56&D=%20974.%20%5b12http://library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=2636&idto=2637&bk_no=56&D=%20974.%20%5b12