-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
1/21
KONSEP TABU DALAM BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU. [oleh Rozali Rajab]
PENDAHULUAN
Pengenalan
Sebelum mengorak langkah untuk membicarakan Konsep Tabu Dalam Bahasa dan pemikiran Melayu,
penulis ingin mengajak sekalian dahulu berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato Awang Had
Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan bahawa
bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan Melayu. Jadi, perkara 152
Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan
dan hendaklah digunakan dalam urusan rasmi bagi semua bidang. Oleh itu, bahasa Melayu telah
menjadi bahasa rasmi untuk semua rakyat di negara ini dalam konteks perhubungan antara satu sama
lain. Jadi, penggunaan bahasa, istilah kata, perkataan dan sebagainya sama ada sebelum merdeka dan
selepas merdeka sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, berlakulahpertambahan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Jadi, bahasa merupakan jambatan yang
menyalurkan maklumat dalam interaksi harian manusia. Bahasa dapat dimanipulasikan mengikut
keperluan dan fungsi dalam komunikasi sosial. Justeru, biasanya bahasa yang kita gunakan untuk
menyatakan maksud. Namun, kita menggunakan bahasa juga untuk mengelak daripada menyatakan
sesuatu maklumat yang sebenar.
97
Manakala, tabu pula ialah sesuatu yang dilarang, pantang larang, pemali; iaitu yang terlarang, yangdiharamkan atau ditegah daripada. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Manakala S.Nathesan (2008;06)
memberi maksud tabu ialah pada umumnya sebagai
larangan. Larangan ini kebiasaanya merujuk kepada sesuatu amalan, perbuatan, pakaian dan yang
seumpamanya. Demikian juga terdapat larangan terhadap penggunaan bahasa yang dipertuturkan oleh
masyarakat di negara ini. Apabila ada larangan dalam penggunaan bahasa, maka kata atau ungkapan
yang digunakan dalam bahasa untuk merujuk kepada sesuatu yang kurang manis, yang membawa unsur
negatif, lucah dan yang tidak sopan terus tidak digunakan atau dielakkan dalam pertuturan.
Hal ini bermakna, dalam pemikiran Melayu menjelaskan bahawa tabu atau larangan dalam penggunaan
bahasa sudah diamalkan sejak zaman terdahulu. Jadi, penggunaan bahasa tersebut amat sesuai pada
masa itu dan tidak memberi impak kepda pihak yang lain. Namun, apabila penggunaan bahasa
dipertuturkan pada masa ini, maka perkataan tersebut membawa maksud yang berlainan sama ada
dalam bentuk lucah atau yang kurang sopan.
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
2/21
Objektif Kajian
a) Menjelaskan asal-usul tabu.
b) Membincangkan sebab-sebab tabu diperkenalkan dalam masyarakat.
c) Membincangkan kesan atau impak penggunaan tabu dalam kehidupan masyarakat.
Batasan Kajian
Skop pebincangan kertas kerja ini menumpukan kepada konsep tabu alam bahasa dan pemikiran
Melayu. Penulisan kertas kerja ini menggunakan kaedah analisa kandungan yang merujuk kepada
beberapa buak buku, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan rujukan semasa menyusun
atur tugasan yang diberikan ini. Di samping itu, membuat rujukan internet melalui computer. Segala
bahan yang diperoleh daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian.
Justeru, penulis membataskan tugasan ini konsep tabu dalam bahasa dan pemikiran Melayu.
SEJARAH ATAU ASAL-USUL KATA TABU
Hakikatnya, terdapat pelbagai pendapat dan pandangan berkenaan asal-usul kata tabu. Kalau dikaji
secara mandalam, hampir keseluruhannya kata tabu mempunyai persamaan . Oleh itu, S. Nathesan
(2008;61) memperjelaskan bahawa kata tabu berasal daripada bahasa Polinesia. Namun, tabu atau
dalam bahasa Polinesia dipanggil sebagai tapu. Jadi, perkataan tapu memberi pengertian iaitu sesuatu
yang dilarang untuk digunakan dan sesuatu yang kudus.
98
Oleh itu, perkataan tapu menurut Ullamann (1962) memperjelaskan bahawa perkataan ini
diperkenalkan atau mula-mula digunakan oleh Kapten Cook ketika beliau mengenal kata ini apabila
digunakan oleh orang Polinesia di Kepulauan Polinesia. Kemudian, perkataan ini tersebar luas dan telah
meresap masuk ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan bahasa-bahasa lain sehinggalah masuk ke dalam
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
3/21
bahasa Melayu. Jadi, perkataan tabu ini telah menjadi sebahagian daripada perkataan dalam bahasa
Melayu dan diamalkan dalam kehidupan masyatrakat di negara ini.
SEBAB-SEBAB TABU DIPERKENALKAN DALAM MASYARAKAT
Sedia maklum, tabu pada umunya merupakan sebagai bahasa larangan iaitu ungkapan yang lebih
berunsur negatif, lucah dan yang tidak sopan. Jadi, tabu boleh
dibahagikan kepada dua iaitu bahasa kasar dan bahasa kesat (2010). Oleh itu, Indah Budi Kerana
Bahasa(2010;5) menyatakan bahawa bahasa kasar ialah bahasa yang tidak sopan dan tidak manis
dituturkan atau digunakan, apatah lagi dalam situasi rasmi. Bahasa ini hanya boleh digunakan dalam
situasi tertentu dan dengan orang yang tertentu, seperti semasa berhubungan antara dua atau lebih
teman karib dan setaraf, serta dalam suasana tidak rasmi, bersifat peribadi dan tanpa kehadiran pihak
atau orang ketiga. Contoh bahsa kasar seperti bangang,bodoh,tak berotak dan sebagainya.
Manakala bahasa kesat ialah tingkatan bahasa yang paling rendah yang tidak boleh digunakan sama
sekali, baik dalam situasi yang tidak rasmi ataupun rasmi. Bahasa ini apabila digunakan, sangatlah
menyakitkan hati apabila mendengarnya. Biasanya, bahasa ini digunakan oleh orang yang sedang marah
dan tidak dapat mengawal perasannya, serta untuk menghina seseorang. Contoh perkataannya ialah
ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina.
Tabu, pada umumnya, menandakan sesutu yang dilarang atau sesuatu yang tidak dibenarkan. Larangan
itu berlaku kerana beberapa sebab, iaitu kekudusan atau kesucian dan berbahaya, menyeramkan atau
yang dilarang, ataupun kerana perkara itu tidak bersih. Sebab-sebab tabu atau larangan diperkenalkan
ialah:
Masyarakat Melayu dipengaruhi oleh unsur-unsur ghaib dan magis
Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu mempunyai kepercayaan animisme yang begitu kuat, malahan
kepercayaan ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat. Oleh itu, tanpa disedari
tabu sememangnya telah lama wujud dalam masyarakat Melayu. Jadi, dengan kepercayaan tersebut,
amalan larangan mula dikenakan atau diperkenalkan terhadap masyarakatnya. Masyarakat Melayu pada
masa itu amat mempercayai larangan-larangan tersebut. Seandainya larangan atau tabu ini tidak
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
4/21
dipatuhi, maka individu atau kelompok masyarakat akan mennerima kesan yang buruk. Untuk
mengelakkan kecelakaan
99
atau perkara buruk berlaku, individu atau kelompok masyarakat akan mematuhi segala larangan atau
tabu tersebut. Tujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa
kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Contoh tabu atau larangan itu
ialah:
Pantang Larang Sebab pantang larang wujud
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
5/21
=>Jangan memukul,mendera atau
mencederakan mana-mana binatang ,
dikhuatiri anak yang bakal lahir
mengalami kecacatan.
=>Jangan mencaci atau menceritakankecacatan, dikhuatiri anak yang bakal
lahir juga akan cacat.
=>Jangan bergaduh dengan ibu
mertua, dikhuatiri mengalami
kesulitan ketika melahirkan anak.
=>Ibu hamil tidak boleh melintas
bawah ampaian, nanti anak gagap.
=>Dilarang (orang lelaki) kencing atas
busut, dikatakan buruk kemaluan.
=>Jangan duduk di atas bantal kerana
dipercayai boleh naik bisul.
=>Jangan bergendang dalam rumah,
nanti harta habis dicuri oleh orang.
=>Jangan menjahit pada waktu senja,
nanti mata akan buta.
=>Kalau makan nasi kene habiskan,
kalau tidak nasi akan menangis.
=>Anak dara jangan menyanyi di
- bagi mengelakkan penganiayaan kepada
haiwan.
-agar menjaga pertuturan agar tidak
melukakan hati orang lain.
-bagi menjaga ketenteraman keluarga,
terutamanya apabila tinggal bersama mertua
selepas melahirkan anak.
-disebabkan penyidai biasa rendah,dikhuatiri
ibu hamil akan tersadung dan menyebabkan
keguguran.
-untuk mengelakkan lelaki berkenaan ditegur
makhluk halus ataupun penunggu busut
berkenaan.
-supaya menjaga bantal daripada dipecah
atau dikoyak.
-untuk mengelakkan bising di rumah
,tambahan lagi bergendang
(dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat
dari papan) boleh merosakkan barang-
barang yang bergantung di dinding yang
boleh jatuh dan pecah.
-untuk menjaga kesihatan mata supaya tidak
menjadi kabur dan rosak serta mengelakkan
jarum daripada tercucuk jari.
-untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.
-untuk mengelak masakan hangus kerana
menyanyi.
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
6/21
dapur, nanti kahwin dengan orang tua.
a) Masyarakat Melayu mengutamakan aspek kesopanan dan kehalusan berbahasa.
Pada dasarnya aspek kesopanan dan kehalusan berbahasa ini lebih tertumpu pada tutur kata atau
percakapan. Kebiasaannya, masyarakat Melayu sentiasa berhati-hati
100
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
7/21
semasa bertutur dengan orang lain agar tutur kata atau percakapan tersebut tidak menyakiti orang lain.
Contohnya, perkataan bangang yang membawa maksud bodoh. Jadi, perkataan bangang ini
mempunyai unsure kata yang terlalu kasar apabila dipertuturkan dengan nada yang tinggi. Individu yang
mendengar perkataan tersebut
sudah pasti berasa rendah diri atau marah.
Berbalik kepada tabu atau larangan dalam bahasa adalah untuk merujuk kepada sesuatu yang kurang
manis apabila dipertuturkan, bahasa yang mempunyai unsur-unsur negatif, bahasa berbau lucah atau
tidak sopan dielakkan dalam pertuturan. Sekiranya dipertuturkan, sudah tentu yang mendengarnya akan
berasa kecil hati atau berasa terhina.
Oleh yang demikian, untuk menyampaikan makna yang terkandung dalam kata atau ungkapan yang
dilarang itu, atau yang dikenakan tabu itu, maka perkataan atau tutur kata yang lain perlu dicari agar
dapat menggantikan perkataan tersebut. Tujuan pergantian perkataan tersebut agar perkataan yang
diganti itu lebih halus atau lebih bersopan apabila dipertuturkan yang mempunyai makna yang sama
dengan perkataan asal. Thamsilannya, perkataanjambanmerupakan perkataan yang selalu
dipertuturkan oleh masyarakat zaman dahulu. Pada masa itu, kata jamban sudah menjadi kezaliman dan
tidak sesuai dipertuturkan pada masa ini. Hal ini disebabkan, kata jamban ini tidak sesuai dipertuturkan
pada masa ini. Hal ini disebabkan, kata jamban ini membawa konotasi yang kurang sopan iaitu tempat
membuang kekotoran seperti najis(berak) dan air kecil(kencing). Untuk menggunakan perkataan lain,
maka kata jamban perlu diganti dengan kata yang mempunyai makna yang sama iaitu kata tandas. Jadi,
kata tandas ini lebih halus dan bersopan. Pada masa ini, ada pula perkataan lain yang ditimbulkan olehpemikir-pemikir Melayu. Konsep tandas ditukar kepada katabilik airyang membawa maksud tempat
membuang air besar atau kecil.
Terdapat beberapa kata tabu dalam bahasa Melayu yang perlu kita renung dan dikaji. Kata tabu yang
dipertuturkan ini tidak sesuai dituturkan kerana konotasi yang kurang sesuai,terlalu lucah, betbahaya
atau ada unsur negatif. Jadi, kata tabu ini boleh dibahagikan kepada kata luaran atau kata biasa dan satu
lagi kepada kata tabu yang merujuk kepada tubuh badan.
Antara kata tabu yang merujuk kepada kata luaran atau kata biasa (bukan tubuh badan) ialah:
Bil Kata Kasar (Kata yang kurang sopan) Kata Halus(Kata yang lebih sopan)
1. Jamban Tandas, bilik air
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
8/21
2. Mampus Meninggal dunia
3. Gemuk Orang yang sihat
4. Mati Menghembuskan nafas terakhir
5. Jaga Pengawal Keselamatann
6. Janda Ibu tunggal
101
Kata-kata ini menjadi tabu kerana konotasinya yang tidak sesuai iaitu yang mempunyai unsur-
unsur negatif dan merendahkan imej seseorang. Contohnya katajanda, yang membawa maksud wanitayang tidak mempunyai suami akibat diceraikan. Apabila kata janda ini digunakan, pemikiran masyarakat
menggambarkan bahawa kata janda lebih kepada unsur-unsur negatif seperti miang, gatal dan
merampas suami orang. Oleh itu, kata janda ini mempunyai konotasi yang kurang sopan, maka diganti
dengan kata ibu tunggal. Jadi, kata ibu tunggal lebih sopan dan konotasinya lebih sesuai yang
menggambarkan wanita tersebut hidup tanpa suami.
Antara kata tabu yang merujuk kepada kata tubuh badan ialah:
Bil Kata Kasar (Kata yang kurang sopan) Kata Halus (Kata yang lebih sopan)
1. Tahi Najis
2. Berak Air besar
3. Kencing Air kecil
4. Haid Datang bulan atau uzur
5. Pantat Punggung
6. Tetek Buah dada
7. Kemaluan Alat kelamin lelaki atau perempuan
8. Kentut Buang angin
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
9/21
9. Beranak Bersalin
10. Pelacur Pekerja seks
Seperti kata tabu di atas, kata-kata ini perlu diganti supaya lebih sopan dan tidak memalukan orang lain
terutamanya yang berkaitang dengan wanita yang dianggap tabu. Thamsilannya, untuk menyampaikan
maksud perempuan yang datang haid, masyarakat Melayu telah menukarkan dengan kata yang lain atau
yang lebih sopan iaitu datang bulan atau uzur. Kata ini lebih halus dan dapat diterima oleh masyarakat
Melayu. Manakala kata tetek pula jarang diamalkan atau digunapakai dalam kehidupan masyarakat
Melayu kerana kata tetek ini lebih membawa konotasi yang kurang sopan. Maka kata tetek diganti
dengan kata buah dada yang merujuk kepada anggota badan wanita.
Walau bagaimanapun, dalam bahasa Melayu, Teo Kok Seng(2007;121) menyatakan bahawa beberapa
eufemisme(bahasa halus) dugunakan untuk menggantikan perkataan-perkataan asal yang sudah pun
dikira kasar, lucah dan menganggu. Misalnya, berhubung dengan fungsi badan, kata sopan ialah buang
angin, buang air kecil dan buang air besar digunakan untuk menggantikan kentut, kencing, dan berak
yang sudah pun menjadi tabu.
Namun, terdapat satu fenomena yang menarik tentang tabu dalam bahasa Melayu. Penggunaan
perkataan kencing dan berak misalnya, tidak pula dianggap kasar atau tidak sopan semasa menyebutungkapan yang merujuk kepada penyakit seperti kencing manis, kencing darah, kencing nanah, kencing
malam, item perubatan seperti ujian air kencing dan
102
peribahasa seperti guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Begitu juga halnya dengan penggunaan
perkataan berak pada ungkapan-ungkapan seperti berak darah, berak air dan sebagainya.
Selain itu, ada kata tabu yang tidak sesuai digunakan dalam memanggil nama seseorang atau urutan
kekeluargaan. Kelazimannya, dalam masyarakat Melayu (dalam adik-beradik atau keluarga) tidak
menggalakkan memanggil nama, sebaliknya memanggil kata abang, kakak atau adik. Hal ini disebabkan
perkataan ini lebih sopan berbanding dengan memanggil nama. Ada juga yang memanggil adik-beradik
mengikut peringkat kelahiran. Kata ini diwujudkan untuk menunjukkan rasa hormat dan katanya lebih
bersopan. Thamsilannya, dalam likungan adik-beradik atau sesebuah keluarga iaitu:
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
10/21
Bil Tingkat Kelahiran (anak) Kata yang lebih sopan/hormat
1. Sulung Along
2. Kedua Angah
3. Ketiga Alang
4. Keempat Uda
5. Kelima Ateh
6. Keenam Andak
7. Ketujuh Anjang
8. Kelapan Itam
9. Kesembilan Ucu (yang bongsu)
Demikianlah contoh-contoh kata tabu dan digantikan dengan kata-kata yang lebih sopan. Perkara yang
lebih penting ialah masyarakat Melayu perlu peka dengan kata tabu yang tidak boleh diamalkan dan
digantikan dengan kata yang lebih sopan.
KESAN ATAU IMPAK PENGGUNAAN TABU DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
Hakikatnya, salah satu sebab yang menarik dan boleh dikongsi bersama dalam persoalan tabuialah kewujudan tabu dalam bahasa telah menyebabkan pengguna bahasa termasuk pengguna bahasa
Melayu mencari kata yang sesuai. Oleh itu, kewujudan tabu telah memberi impak atau kesan dalam
perkembangan bahasa Melayu. Antara impaknya ialah:
a) Wujudnya kata ganti atau kata alternative
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
11/21
Kewujudan kosep tabu telah menambahkan lagi istilah atau perkataan untuk menggantikan kata tabu
berkenaan. Kata ganti perlu dilakukan agar kata tabu ini tidak diamalkan kerana mempunyai konotasi
yang kurang sopan. Langkah
103
yang terbaik ialah mencari kata ganti yang sesuai agar bahasanya lebih halus
dan sopan. Berdasarkan kajian di atas, dapatlah disimpulkan kata alternatif yang sesuai untuk
menggantikan kata tabu berkenaan. Penggantian kata tabu ini mempunyai makna yang sama tetapi
konotasi lebih halus dan sopan. Contoh-contohnya ialah (2008;63):
v Kemaluan untuk alat kelamin lelaki atau perempuan
v Datang bulan untuk haid
v Bilik air untuk hadas
v Najis untuk tahi
v Pekerja seks untuk pelacur
v Buang angin untuk kentut
b) Wujudnya perasaan takut
Terdapat satu lagi sebab bagi mewujudkan tabu, iaitu rasa takut. Apabila rasa takut, masyarakat Melayu
mencipta ungkapan-ungkapan seperti pak belang takutkan harimau, akar bagi kata ular, batang hanyut
bagi buaya, datuk bagi kata penunggu dan sebagainya. Bagi masyarakat Melayu, mengujarkan kata
harimau atau ular boleh membawa kecelakaan kepada mereka, terutamanya apabila berada di dalam
hutan belantara. Untuk mengelakkan sebarang kecelakaan, maka ungkapan-ungkapan seperti pak
belalang dan akar digunakan.
KESIMPULAN
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
12/21
Tabu atau larangan dalam bahasa, walaupun mengehadkan penggunaan sesuatu kata yang
dianggap sebagai tabu, namun secara tidak langsung membuka ruang bagi masyarakat Melayu untuk
mencipta banyak kata yang lain sebagai ganti kata yang menjadi tabu itu. Dengan kata yang demekian,
nyatalah bahawa sudah tercipta banyak kata dalam budaya Melayu kerana tabu atau pantang larang.
Oleh yang demikian, tabu merupakan satu perkara yang menarik, bukan sahaja kerana larangan
terhadap penggunaan sesuatu kata yang merujuk nama orang, haiwan dan benda tetapi juga
menyebabkan kata tabu itu hilang daripada penggunaan lalu digantikan oleh kata yang membawa
makna yang sama tetapi mempunyai kanotasi yang halus.
Daripada perbicangan di atas, jelas menunjukkan bahawa kata tabu merupakan faktor penting
bagi perubahan makna dalam sesuatu bahasa. Larangan terhadap penggunaan kata-kata yang tertentu
juga menyebabkan masyarakat mencari alternative yang lain. Secara tidak lansung, mewujudkansinonim bagi kata-kata yang dilarang itu dan
104
ini bermakna kosa kata bahasa Melayu semakin bertambah. Perkara yang lebih penting, pengguna-
pengguna bahasa Melayu mestilah kreatif dalam mencari kata ganti yang sesuai untuk menggantikan
kata tabu. Setiap kata ganti itu pasti mempunyai makna atau semantik yang sama seperti mempunyai
konotasi yang halus dan tidak negatif.
BILIOGRAFI
A.Samad Idris. et.al.(ed),(1994). Adat Merentas Zaman,Seremban. Jawatankuasa Penyelidikan Budaya
Negeri Sembilan Darul Khusus
Asmah Hj Omar(1993). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Hj Omar(2005). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdullah Hassan,Hasnah Ibrahim,Mas Mudi Kader, (1989), Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Anwar Din(diselenggara)(2007), Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu, Bangi,UKM
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
13/21
Hashim Hj Musa,(ed).(2005) Bahasa dan Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur;Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaysia
Othman Sulaiman,(1972) Suloh Bahasa 111, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka
S. Nathesan,(2008), Makna Dalam Bahasa Melayu,Kuala Lumpur; Dewan Bahasa Dan Pustaka
Swettenham, Sir Frank,(2003), Perihal Orang Melayu, Kuala Lumpur;Penerbit Universiti
Malaya(penterjemah Zubaidah Ibrahim)
Zainal Abidin Ahmad(Zaaba),(2000), Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-111,Kuala Lumpur; Dewan Bahasa
dan Pustaka
1.0 Pengenalan
Masyarakat Iban merupakan salah sebuah masyarakat yang mempunyai bahasa dan budaya yang
sangat unik.
Melalui beberapa kajian menunjukkan bahawa bahasa Iban merupakan antara bahasa sekerabat
yang paling dekat dengan Bahasa Melayu.
Bahasa Iban juga kaya dengan kosa kata dan terdapat pelbagai keunikan yang mampu menarik
minat pengkaji bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah pensyarah juga. Buktinya,
terdapat pelbagai jenis kajian telah dilakukan
terhadap bahasa ini dan beberapa buah buku telah dihasilkan. Namun begitu,
masih terdapat banyak kekurangan yang tidak dapat dirungkai oleh pengkaji tentang bahasa ini,terutamanya berkaitan dengan ilmu makna iaitu tentang bahasa pemali atau tabu dan juga eufe
misme dalam masyarakat ini,
terutamanya golongan petani yang mengusahakan pertanian sara diri.
Oleh demikian kajian yang dijalankan berkaitan dengan bahasa tabu atau pemali dan juga eufe
misme dalam masyarakat petani Iban di Sarawak.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk berkongsi dengan masyarakat yang lain tentang bahasa pe
mali dan eufemisme dalam bahasa Iban terutamanya tentang aktiviti pertanian.
Ramai masyarakat tidak tahu tentang bahasa tabu dan eufemisme di dalam bahasa Iban meskip
un ada sesetengahnya pandai menuturkan bahasa Iban. Oleh itu,
dengan kehadiran kajian yang telah dilakukan ini diharap masyarakat lain dapat menambahkan
maklumat dan pengetahuan tentang bahasa dan budaya masyarakat iban di Sarawak.
Di samping dapat memahami serba sedikit tentang kepercayaan masyarakat petani Iban di Sara
wak yang menjalankan aktiviti pertanian sara diri.
Bagi mendapatkan maklumat tentang bahasa tabu dan eufemisme ini cara talian telah digunaka
n dalam kajian ini.
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
14/21
Cara talian ialah menggunakan laman web untuk menngumpulkan maklumat dan data.
Di samping itu juga,
sumber maklumat yang dikumpul diperolehi daripada kaedah temu ramah dengan orang tua-
orang tua petani Iban yang mengamalkan sistem pertanian sara diri,
yang tinggal di pedalaman Sarikei, Sarawak.
1.0 Isi dan Perbincangan
Dalam masyarakat Iban di Sarawak terdapat banyak perkataan tabu di dalam kehidupan termas
uk di dalam kerja seharian. Meskipun begitu,
ada sesetengah masyarakat Iban tidak memahaminya meskipun telah mengamalkannya dalam ke
hidupan seharian hingga ke hari ini. Walaupun terdapat banyak
perubahan yang berlaku seiring dengan permodenan pada masa kini,
namun perkataan tabu ini masih diamalkan sehingga ke hari ini.
Perkataan tabu ini disebut pemali di dalam bahasa Iban di Sarawak,
dan perkataan yang dianggap eufemisme dikenal sebagai Jaku Kelaung atau Jaku Sempama.
Tabu bermaksud perkataan yang tabu berasal dari kata taboo yang dipungut dari bahasa Tonga,
salah satu bahasa dari rumpun bahasa Polinesia. Dalam masyarakat Tonga kata taboo
merujuk pada tindakan yang dilarang atau yang harus dihindari. Bila tindakannya saja dilarang,
maka bahasa/kata-kata yang merupakan simbol dari tindakan itu pun dilarang. Tabu ialah kata-
kata yang tidak boleh digunakan, setidak-tidaknya tidak
dipakai di tengah masyarakat yang beradab atau yang memiliki sesuatu kepercayaan tertentu y
ang harus diamalkan atau dipatuhi bergantung pada pandangan dan nilai yang dianut
masyarakat bahasa serta tradisi kebudayaan setempat. (http://tiennymakrus.blog.friendster.com/)
Kata tabuseperti yang dinyatakan dalamKamus Dewan Edisi Keempatbermaksud sesuatu yang
dilarang, pantang larang, pemali atau yang dilarang atau ditegah daripada dipercakapkan. Apabila
dikaitkan dengan bahasa, tabu ialah suatu keadaan yang menjadi sempadan atau sekatan kepada
anggota masyarakat agar mereka tidak menggunakan bahasa atau perkataan tertentu dengan
sewenang-wenangnya. Walaupun bahasa merupakan sesuatu yang arbitrari, ada sesetengah perkara
yang tidak boleh dibicarakan secara terbuka dan terang-terangan. (Kamus Dewan, Edisi Keempat,
2007 : 1563)
Eufemisme pula berasal dari istilah euphemism; yang berarti kata atau frase yangmenggantikan satu kata tabu, atau yang digunakan sebagai upaya menghindari hal-hal
yang menakutkan dan kurang menyenangkan. Kata eufemisme juga dianggap pemakaian kata atau
bentuk lain untuk menghindari larangan atau tabu. (http://tiennymakrus.blog.friendster.com/)
Masyarakat petani Iban di Sarawak merupakan masyarakat yang mengamalkna pertanian penan
aman padi bukit.
Namun aktiviti pertanian ini bersifat sara diri dan dilakukan secara bergotong royong atau diken
http://tiennymakrus.blog.friendster.com/http://tiennymakrus.blog.friendster.com/http://tiennymakrus.blog.friendster.com/http://tiennymakrus.blog.friendster.com/http://tiennymakrus.blog.friendster.com/http://tiennymakrus.blog.friendster.com/http://tiennymakrus.blog.friendster.com/http://tiennymakrus.blog.friendster.com/ -
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
15/21
ali beduruk dalam bahasa Iban yang bermaksud berbalas-
balas semasa melakukan kerja pertanian antara penduduk dalam rumah panjang.
Satu kelurga akan berkerjasama dengan keluarga yang lain dan saling membalas antara keluarga
untuk mempermudahkan kerja pertanian tersebut di samping merapatkan lagi hubungan antara
penduduk kampung.
Semasa aktiviti pertanian ini dijalankan banyak perkataan dianggap tabu yang tidak boleh digun
akan oleh golongan petani untuk mengelakan kecelakaan dan kemudaratan serta kerosakan hasil
pertanian. Oleh yang demikian wajar untuk menghindari penggunaan kata tabu tersebut.
Masyarakat petani Iban sangat percaya akan roh dan semangat yang jahat sentiasa dekat denga
n kehidupan manusia dan sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan kehidupan manusia dan
merosakkan apa sahaja yang dimiliki oleh manusia. Bagi masyarakat petani Iban di Sarawak,
pekara yang dianggap tabu digantikan dengan perkataan atau frasa alternatif yang dianggap tida
k difahami oleh semangat atau roh jahat tersebut. Perkataan ini disebut jaku kelaung atau jaku
silup dalam masyarakat petani Iban di Sarawak.
Dipercayai bahawa pernah berlaku peristiwa yang menimpa orang yang melangggar bahasa tabuterhadap orang-orang Iban dahulu kerana bagi mereka hantu
merupakan lawan bagi roh yang jahat dan juga penolong bagi roh yang baik.
Perkataan tabu ini masih diamalkan dan diwarisi secara turun temurun selagi masyarakat Iban
masih menjalankan aktiviti pertanian dan melakukan aktiviti lain yang berkaitan dengan hutan.
Selepas aktiviti penanaman biji benih dan pembajaan tanaman dilakukan,
masyarakat petani Iban ini biasanya akan berehat dan menunggu padi masak namun sekali-
sekala kawasan penanaman akan dilawat beberapa kali. Adakalanya mereka akan melakukan akti
viti lain seperti berikan, menorah getah dan sebagainya untuk mengisi masa lapang tersebut.
Semasa melawat kawasan tanaman tersebut masyarakat petani Iban tidak boleh menyebut secara terus bahawa tanaman mereka subur dan baik-baik sahaja.
Mereka biasanya akan menyebut berandau ke pemanah nyumbuh atau kera yang bermaksud be
rbual tentang kebaikan kera dan monyet. Namun, maksud yang ingin disampaikan adalah sebalik
nya iaitu memberitahu tentang padi yang subur dan tidak dirosakkan oleh binatang buas.
Hal ini bertujuan supaya hantu atau semangat yang jahat tidak mendengardan tidak memaham
i maksud tersebut. Sekiranya hantu tersebut mendengar bahawa padi manusia baik-baik sahaja,
maka akan timbul perasaan dengki dan dia berusaha merosakkan tanaman tersebut dengan me
manggil binatang buas untuk merosakkan tanaman padi tersebut.
Oleh itu adalah tabu sekiranya menyebut secara terus tentang
tanaman padi yang subur dan baik-baik sahaja .Contoh pemakaian kata eufemisme tersebut ialah,
sida apai Igat benung berandau ke pemanah nyumbuh bekau ke udah ngabas umai kemari,
bermaksud ayah Igat dan yang lain-
lain sedang berbual tentang kebaikkan monyet atau kera selepas pergi ke kawasan penanaman
padi semalam. Makna sebenar yang ingin disampaikan ialah ayah Igat dan yang lain-
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
16/21
lainnya sedang berbual tentang kesuburan tanaman atau padi selepas melihat kawasan penanam
an padi semalam.
Masyarakat Iban di Sarawak lebih banyak bahasa pemali atau perkataan tabu semasa aktiviti m
enuai dijalankan berbanding dengan aktiviti lain yang berkaitan dengan penanaman padi. Semas
a aktiviti menuai dijalankan,terdapat banyak perkataan tabu yang tidak boleh digunakan untuk mengelakkan pekara buruk b
erlaku atau malaprtaka berlaku. Sebelum memulakan aktiviti penuaian atau pemilihan biji padi,
masyarakat petani Iban akan melakukan pekara-pekara tertentu yang dianggap penting,
antaranya seperti melakukan ikatan atau disebut tanchang dalam bahasa Iban pada permulaan
aktiviti penuaian. Namun begitu, perkataan tanchang ini tidak boleh disebut secara terus.
Perkataan alternatif digunakan untuk menggantikan perkataan ini iaitu temeku bermaksud melip
at dalam bahasa Melayu.
Perkataan ini dianggap tabu kerana masyarakt Iban percaya bahawa pennggunaan perkataan ter
sebut secara terus akan menyebabkan beras cepat kehabisan kerana dianggap golongan hantu ja
hat akan menyertai manusia makan.
Dalam pemilihan biji padi yang telah masak dengan yang masih hijau, iaitu aktiviti permulaan m
enuai bagi masyarakat petani Iban,
pemilihan biji padi yang telah masak tidak boleh menggunakan frasa memilih padi yang masak t
etapi disebut nyumba sintung.Sintung merupakan peralatan seperti bakul namun lebih besar da
n diperbuatan daripada rotan dan dianyam sendiri oleh pemiliknya.
Nyumba sintung merupakan perkataan yang digunakan untuk menggantikan penggunaan frasa m
emilih biji padi yang telah masak.
Hal ini bukanlah untuk memperkatakan peralatan tersebut sebaliknya perbuatan yang dilakukan
meskipun makna yang diutarakan jauh menyimpang dari leksikal yang digunakan dan tidak mengambarkan maksud yang ingin disampaikan atau diperkatakan. Contoh penggunaannya,
Kemaya kita nyumba sintung waey?, Maksudnya,
Bila kamu memilih biji padi yang telah masak?.
Seperti juga penggunaan kata ikatan di atas atau temuku(tanchang) ,
frasa ini dianggap tabu kerana bimbang hantu yang jahat akan mempercepatkan kehabisan beras
pada masa akan datang.
Selain itu semasa aktiviti penuaian dijalankan,
masyarakat Iban tidak boleh menyebut perkataan sintung sudah penuh meskipun pada hakikatn
ya begitu,sebaliknya masyarakat iban akan menyebutnya sintung telah merua.Merua bermaksud melimpa
h atau meruap jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Perkataan ini tidak boleh digunakan untuk mengelakkan sintung tidak mampu penuh ataupun b
eras akan habis dengan cepat kerana sumpahan hantu jahat.
Oleh demikian, perkataan penuh dianggap tabu semasa memperkatakan sintung itu telah penuh
dan sebagai alternatif digantikan dengan perkataan merua. Contoh penggunaanya,
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
17/21
Apai peda nuan, sintung nuan nyau merua, bermaksud ayah cuba ayat lihat, bakul
ayah sudah meruap. Maknaya,
memperkatakan tentang bakul atau sintung ayahnya yang telah penuh.
Di samping itu, semasa tiba musim menuai iaitu biasanya dilakukan pada bulan Mac atau bulan
April masyarakat petani Iban tidak menyebut akan menuai padi atau ngetau kerana dianggap tabu menyebut perkataan menuai secara terus. Sebaliknya,
masyarakat ini menggunakan perkataan ngambi buah rumput yang bermaksud mengambil atau
mengutip buah rumput.
Hal ini juga bertujuan supaya beras tidak cepat habis dan supaya hantu yang jahat tidak mema
nggil binatang buas seperti kera, babi,
landak dan sebagainya untuk merosakkan tanaman mereka.
Oleh itu digunakan frasa tersebut meskipun maksudnya jauh menyimpang dari aktiviti yang ingin
dilakukan dan tidak menggambarkan aktiviti yang dilakukan. Contoh penggunaannya,
Kemaya kitangambi buah rumput?, bermaksud bilakah kamu mengutip buah rumput,
makna yang sebenar yang ingin disampaikan adalah bertanya tentang waktu penuaian yang ingi
n dijalankan.
Selain itu juga makan juga ada tabunya bergantung pada tempat dan situasi makan itu dijalank
an.
Biasanya tabu untuk perkataan makan atau makai di dalam bahasa iban apabila berada di huta
n, diluar rumah ataupun di kawasan penanaman padi.
Biasanya orang iban tidak akan menyebut perkataan tersebut secara terang-
terangan sebaliknya digunakan perkataan alternatif untuk mengantikan perkataan makan tersebu
t. Perkataan makan atau makai ini disebut matah ke lengan, melekuka jari, merarau,
dan juga engkima. Engkima pula merupakan bahasa songsang yang digunakan oleh masyarakat Iban kuno yang melibatkan orang-orang lama dan jarang digunakan.
(http://dayakibanworld.wordpress.com/,http://forum.engkabang.net)
Selain itu juga,
perkataan ini dianggap tabu sekiranya digunakan secara terus di tanah ataupun dihutan kerana s
ekiranya menyebut secara terus bahawa hendak makan akan menyebabkan kempunan.
Apabila berkata bahawa mereka lapar dan ingin makan,
tetapi tidak terus makan akan menyebabkan mereka kempunan.
Apabila berlaku konsep kempunan akan membawa kecelakaan seperti dipatuk ular atau mendap
at gangguan hantu jahat dan sebagainya.Oleh yang demikian dianggap tabu menyebut perkataan makan secara terus semasa di tanah ata
u di hutan. Namun begitu,
sekiranya perkataan ini digunakan hendaklah seseorang atau sekumpulan golongan petani yang
melakukan aktiviti di tanah atau dihutan terus makan dan jangan bertangguh untuk menggelakk
an mereka daripada kempunan dan seterusnya akan membawa kemudaratan kepada mereka.
http://dayakibanworld.wordpress.com/http://dayakibanworld.wordpress.com/http://forum.engkabang.net/http://forum.engkabang.net/http://forum.engkabang.net/http://forum.engkabang.net/http://dayakibanworld.wordpress.com/ -
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
18/21
Namun begitu,
adakalanya perkataan makan atau makai itu dianggap tabu semasa ingin makan di rumah bagi s
esetengah
masyarakat Iban yang masih tidak memiliki agama ataupun mengamalkan agama animisme.
Biasanya masyarakat ini akan menggunakan perkataan merarau untuk mengantikan perkataan m
akai atau makan sekiranya aktiviti makan itu berlangsung dirumah namun ia hanya digunakan p
ada waktu tengah hari sahaja.
Ini bermaksud penggunaan merarau ini hanya merujuk kepada perlakuan makan pada waktu ten
gah hari sahaja. ( http://dayakibanworld.wordpress.com)
Selain itu dalam bentuk pertanyaan ayat songsang akan digunakan sekiranya ingin bertanya tent
ang peristiwa makan kepada yang diajak berbicara sebagai kata eufemisme untuk mengantikan p
erkataan tabu. Namun perkataan ini melibatkan sebaris ayat penuh, contohnya,
dauh engkima anun awey?, jika disusun dengan betul ayatnya ialah,
udah makai nuan waey?.
Ayat ini bermaksud sudah makan kamu?
Waey itu hanyalah nama panggilan yang menunjuk
kan keakraban seperti antara sahabat atau rakan sebaya untuk mengantikan nama yang diajak
berbicara.
Penggunaan frasa songsang tersebut juga bertujuan mengelakkan hantu mengerti maksud yang i
ngin disampaikan dan akan menyebabkan hantu tersebut mendatangkan kecelakaan atau kemud
aratan kepada pembicara atau yang diajak berbicara. Sekiranya kedua-
dua pihak belum makan akan menyebabkan hantu berkongsi makanan dengan mereka sekirany
a mereka makan selepas berlangsungnya peristiwa perbualan tersebut.
Oleh itu perkataan makan tidak boleh disebut secara terus.
Selain dalam aktiviti pertanian,masyarakat petani Iban sangat menjaga semua aspek yang berkaitan dengan ibu dan anak yang
masih kecil atau bayi. Dalam masyarakat Iban,
mereka percaya bahawa hantu sangat suka mengganggu ibu dan anak yang masih kecil dan ada
kalanya akan membawa maut.
Pernah berlaku bahawa terdapat gangguan hantu terhadap ibu yang melahirkan bayi sehingga m
enyebabkan bayi meninggal.
Gangguan ini sama ada dapat dilihat atau didengar seperti bunyi yang yang diangggap dikeluark
an oleh roh jahat tau hantu jahat yang cuba menganggu ibu dan bayi tersebut. Oleh demikian,
sebelum melahirkan anak semau lampu akan dinyalakan di sekeliling rumah dan bomoh diundan
g untuk menjaga keselamtan ibu dan bayi yang bakal dilahirkan.
Perkataan yang berkaitan kelahiran,
bayi dan yang seangkatan dengannya tidak boleh disebut sama sekali.
Hal ini menyebabkan masyarakat Iban sangat mengambil berat akan prihal yang berkaitan deng
an ibu dan anak, lebih-lebih lagi anak kecil yang belum mengerti tentang kehidupan.
Bagi masyarakat Iban,
-
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
19/21
anak kecil perlu diberi perhatian lebih dan harus dijaga rapi supaya dijauhkan daripada sebaran
g kecelakaan atau kesusahan yang dilakukan oleh hantu jahat atau roh atau semangat jahat.
Adakalanya pekara yang dianggap tidak logik pada masa kini,
dianggap tabu, iaitu berkaitan hal yang remeh temeh sebenarnya sangat dipentingkan masyaraka
t Iban. Sekecil-kecil pekara itu mampu mendatangkan malapetaka buruk yang mampu menghancurkan segala ke
gembiraan dan keharmonian manusia.
Oleh itu pekara yang dianggap tabu amatlah dihindari daripada disebut untuk mengelakkan pek
ara buruk berlaku. Dalam masyarakat Iban,
sekiranya mereka ingin memperkatakan tentang bayi yang sihat, gemuk, cantik,
dan sebagainya yang berkaitan tidak boleh disebut secara terus.
Masyarakat Iban akan menggunakan perkataan jai yang bermaksud buruk dalam bahasa Melayu.
Contohnya
jika seseorang ingin memuji kecantikan atau ketampanan anak kepada yang diajak berbicara aka
n berkata, Jai amat gamal anak nuan endu,
yang bermaksud buruk benar muka anak kamu
.
Jika dinilai perkataan ini amat bertentangan dengan maksud yang ingin disampaikan.
Hal ini menandakan masyarakat Iban perlu merendah diri untuk mengelakkan kecelakaan pada
anak itu dan tidak boleh meninggi diri
meskipun pekara itu benar berkaitan dengan pekara yang dibicarakan.
(http://dayakibanworld.wordpress.com/)
Selain itu juga, untuk menilai paras rupa juga tidak boleh disebut secara terus untuk golongan
kanak-kanak. Meskipun jika dilihat sangat kacak ataupun cantik.
Perkataan cantik ataupun kacak diangggap tabu dan tidak boleh digunakan secara terus.Bagi memperkatakan bahawa anak itu kacak atau cantik digunakan perkataan sigat anak chauk
sebagai kata eufemisme.Anak chauk merupakan sejenis binatang yang comel.
Hal ini bertujuan untuk mengelakkan didengar oleh hantu jahat dan seterusnya akan membawa
malapetaka atau kecelakaan kepada anak kecik atau budak tersebut. Oleh itu,
perkataan yang berkaitan dengan binatang yang hampir serupa dengan kecantikan dan kesempu
rnaan manusia akan digunakan agar hantu tidak memahami maksud yang disampaikan di sampi
ng menjaga kesejahteraan kanak-kanak tersebut. Contohnya penggunaanya, anak mit
nya sigat anak chauk yang bermaksud budak ini kacak atau cantik.
(http://forum.engkabang.net)
Selain itu,
dalam masyarakat Iban terdapat perkataan tabu untuk memperkatakan tentang seseorang anak k
ecil ataupun bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir tidak boleh disebut secara terus.
Bayi yang baru lahir dikenali sebagai anak ulat.Anak ulat ini sendiri menggambarkan bahawa ke
kecilan dan sangat lembut.
Mungkin secara nyata hal ini agak tidak logik namun jika dilihat dari segi makna dan sifat-
http://dayakibanworld.wordpress.com/http://dayakibanworld.wordpress.com/http://dayakibanworld.wordpress.com/http://forum.engkabang.net/http://forum.engkabang.net/http://forum.engkabang.net/http://forum.engkabang.net/http://dayakibanworld.wordpress.com/ -
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
20/21
sifatnya ada kaitan antara anak ulat dengan anak yang baru lahir.
Perkataan anak yang baru lahir dianggap tabu untuk menjaga keselamatan,
kesihatan dan kesejahteraan bayi tersebut dari gangguan hantu jahat atau roh jahat yang suka
akan anak yang baru lahir.
Lagipun bayi yang baru lahir memerlukan perhatian yang lebih dan mudah mendapat penyakit d
an gangguan. Contohnya, kami baru pulai ari rumah Dom, meda anak ulat Dom tadi
,
maksudnya kami baru balik dari rumah Dom, menjengok anak Dom yang baru lahir
.
(http://forum.engkabang.net)
Di samping itu juga, terdapat perkataan tabu bagi memperkatakan tentang berat kanak-kanak.
Sekiranya berat kanak-
kanak itu sangat berat tidak boleh sebut secara terus perkataan berat itu. Sebaliknya,
jika berat kanak-
kanak itu ringan sahaja boleh digunakan secara terus perkataan ringan yang menunjukkan berat
tersebut. Perkataan alternatif yang yang digunakan untuk menggantikan perkataan berat ialah p
ait atau bermaksud pahit dalam bahasa Melayu. Biasanya mereka akan menyebut
Pait amat anak nuanyang bermaksud berat sangat anak kamu atau anak kamu bera
t sangat
.
Meskipun pait itu berkaitan rasa namun digunakan perkataan ini untuk menunjukkan kesukaran
untuk mengangkat budak atau kanak-
kanak yang dimaksudkan. Leksikal yang digunakan jauh menyimpang dari makna dan tidak meng
ambarkan tentang sifat-sifat yang ingin ditonjoklan.
Namun itulah yang telah dipersetujui oleh masyarakat Iban untuk memperkatakan tentang berat
kanak-kanak dan semua akan faham bahawa pait itu menunjukkan bahawa kanak-
kanak tersebut memiliki berat badan yang sangat berat.
Hal ini dianggap tabu kerana bimbang roh jahat atau hantu jahat datangkan penyakit atau gang
guan kepada budak tersebut. Hal ini sangat diyakini dan dipercayai oleh masyarakat Iban sehing
ga ke hari ini.
2.0 Kesimpulan
Kesimpulanya,
masyarakat petani Iban sangat berpegang teguh pada kepercayaan dan adat yang telah lama di
praktikan dan dipercayai benar-
benar terjadi di dalam kehidupan meskipun dalam dunia moden pada masa kini.
Berdasarkan kajian yang dijalankan masyarakat petani Iban lebih banyak kepercayaan yang menghasilkan perkataan tabu dan eufemisme semasa musim menuai. Selain itu juga,
masyarakat Petani Iban juga sangat menitik beratkan soal bayi dan budak kecil,
sehingga tabu menggunakan perkataan bayi atau budak kecil dan juga tentang sifat kanak-
kanak.
Oleh yang demikian diharap kajian dan maklumat yang dipaparkan dalam kajian ini dapat memb
antu masyarakat lain memahami dan mengetahui sedikit sebanyak tentang bahasa dan gaya hid
http://forum.engkabang.net/http://forum.engkabang.net/http://forum.engkabang.net/http://forum.engkabang.net/ -
5/19/2018 Konsep Tabu Dalam Bahasa Dan Pemikiran Melayu
21/21
up masyarakat petani Iban khasnya.Sesungguhnya, unsur tabu
yang terdapat dalam masyarakat menyekat seseorang daripada berbahasa dengan sewenang-
wenangnya, tetapi keadaan ini diterima dan dipersetujui oleh anggota masyarakat seluruhnya.