Download - Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
1/36
1
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
2/36
2
Perkataan falsafah mempunyai maksudnya tersendiri. Istilah falsafah ini
berasal dari perkataan Yunani iaitu philosophia dimana perkataan ini boleh
dipecahkan kepada dua patah perkataan philos dan sophia; yang membawa
maksud yang berlainan. Perkataan philosmembawa makna mencintaimanakala
sophia bermaksud kebijaksanaan atau ingin tahu sesuatu secara lebih
mendalam. Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa perkataan falsafah
membermaksud perihal mencintai kebijaksanaan atau ingin tahu atau cinta
sesuatu secara lebih mendalam.
Ramai ahli falsafah telah mencari kebenaran yang terselindungi di sebalik
perkataan falsafah dan rumusan yang diperoleh dari ramai ahli falsafah amat
berguna dan bermakna. Rumusan-rumusan tersebut boleh dijadikan sebagai
pedoman kepada orang lain untuk mencari kehidupan yang sempurna atau boleh
juga dijadikan sebagai tunjuk ajar untuk menentukan haluan untuk pembangunan
dan kemajuan negara. Dari aspek tersebut, ahli-ahli falsafah seperti Immanuel Kant,
Russell, Fung Yu-Lan, E.D Miller, Shrifah Alwiah Alsagoff, Hu Jun, Socrates, Plato,Cicero dan ramai lagi telah mengeluarkan pan dangan mereka tentang falsafah.
Mengikut Socrates, falsafah adalah satu usaha melalui penyelidikan bagi
mencapai sesuatu kebajikan. Falsafah juga berpusatkan manusia dan tingkah
lakunya. Dalam konteks falsafah, cara soal jawap Dialog Socrates paling efektif
bagi mendapat pengetahuan yang murni. Menurut Plato, falsafah adalah satu usaha
mencari kearifan melalui proses dialektik (argument) dan usaha mengetahui hal
keadaan jiwa manusia. Konsep falsafah yang dikemukakan oleh Plato selalunya
digunakan dalam politik. Cicero pula menyatakan bahawa falsafah adalah ibu
kepada seni dan seni kehidupan. Menurut pandangan Immanuel Kant (1724 -1804),
seorang ahli falsafah yang paling terkenal di Jerman menyatakan bahawa falsafah
ialah ilmu yang menyelidik dasar-dasar bagi mengetahui sesuatu dan bertindak
mengikutnya. Beliau berpendapat bahawa perkara yang berkaitan dengan falsafah
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
3/36
3
bukan penentuan peraturan, tetapi menganalisis pendapat peribadi t erhadap
penjelasan umum.
Russell (1946) pula mengertikan falsafah sebagai sesuatu fahaman atau
pengertian di antara teologi dan sains. Hal ini disebabkan , teologi mengandungi
perkara-perkara yang belum dapat dibukti manakala sains pula menggunakan
pemikiran logik untuk menbuktikan sesuatu fahaman.
Fung Yu Lan (1966) seorang ahli falsafah China menyatakan bahawa falsafah
ialah pemikiran reflektif yang sistematik terhadap kehidupan. Dengan adanya
pemiran reflektif terhadap kehidupan, boleh wujudnya teori seperti kehidupan dan
semesta.
E.D Miller pula menyatakan falsafah sebagai kemampuan dan inisiatif untuk
berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Dengan
perkataan lain, beliau menyatakan falsafah adalah usaha untuk berfikir secara
rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan.
Seorang lagi ahli falsafah , iaitu Sharifah Alwiah Alsagoff menyatakan falsafah
secara lebih lengkap dan terperinci. Beliau menyatakan bahawa falsafah ialah
pertimbangan asas dan andaian mengenai pertim bangan terhadap perkara yang
penting.Falsafah turutmempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai. Falsafah
juga memberi pendekatan yang rasional terhadap sesuatu masalah atau persoalan.
Selain itu, falsafah juga diertikan sebagai p enyiasatan komprehensif dan logikal
mengenai asas-asas pemikiran atas semua aktiviti manusia, khususnya dalam
bidang sains, seni, agama dan pendidikan.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
4/36
4
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
5/36
5
Seperti yang dikemukakan oleh ahli-ahli falsafah barat, negara kita Malaysia
juga mempunyai falsafah pendidikannya tersendiri. Dalam konteks Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkataan falsafah diertikan sebagai pemikiran atau
pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pengertian ini adalah hasil usaha
daripada kajian ahli falsafah yang berlandaskan saintifik , sistematik dan logikal.
Falsafah ini penting bagi mencari serta membuktikan sesuatu kebenaran dan
petunjuk atau pedomen untuk perkara -perkara yang penting dalam kehidupan.
Secara ringkasnya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh diertikan
sebagai pedomen, petunjuk ajar atau persepsi terhadap perkara -perkara yang
berkaitan dengan pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubalkan
menggunakan fikiran yang kritis dan rasional selaraskan dengan Laporan dan Dasar
Pendidikan Negara dan Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
berperanan sebagai akar tunjang atau tonggak penggerak pendidikan di Malaysia,
termasuk institusi pendidikan dan juga di luar institusi pendidikan. Segala
penggubalan dan pertukaran berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dijalankan secara teliti dan terperinci dengan mengambil kira segala aspek
berkaitan individu, masyarakat dan negara.
Perkataan pendidikan berasal dari perkatan Latin iaitu educareyang
bermaksud memelihara atau mengasuh. Yusuf al-Qardawi (1980) mendefinisikan
Falsafah Pendidikan sebagai ilmu pendidikan yang merangkumi keseluruhan hidup
termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Perkara
perkara ini penting untuk bertujuan menyediakan setiap insan menghadapi kebaikan
dan kejahatan, kemanisan dan kepahit an, kegembiraan dan kedugaan hidup dan
juga segala cabaran hidup. Ini menggambarkan falsafah pendidikan dapat
membentuk insan yang mulia.
Secara umunya, perkataan kebangsaan didefinisikan sebagai universal
dan juga boleh diertikan sebagai negara.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
6/36
6
Falsafah Pendidikan Negara yang digubal dan diumum secara rasmi pada
tahun 1988 adalah seperti berikut,
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara."
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
7/36
7
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
8/36
8
Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamatnya tersendiri.
Matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan insan yang baik
dan sempurna supaya menjadi warganegara yang berguna. Falsafah pendidikan
juga perperanan untuk melahirkan warga negara yang berlandaskan dengan rukun
negara. Falsafah ini turut menekankan kepercayaan kepada Tuhan.
Insan yang luas ilmu pengetahuan juga dibentuk melalui falsafah pendidikan
kebangsaan. Saranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk
membentuk manusia yang berinformasi dan berakhlak tinggi dan mulia.
Sikap bertanggungjawap harus ada pada setiap manusia bagi menentukan
kemajuan individu itu sendiri, bangsa dan negara. Oleh itu, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) turut memainkan peranan dalam menbentuk warganegara yang
bertanggungjawab kepada diri, masyaraka t, agama dan negara. Setiap perkara yang
dilakukan mestilah berfaedah dan progresif supaya dapat melaksanakan tugas
secara produktif serta sempurna demi memberi sumbangan kepada negara.
Warganegara yang dibentuk berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
mestilah seimbang dari semua aspek. Seorang itu harus memiliki sahsiah yang
seimbang dan bersepadu.
Malaysia merupakan negara demokrasi yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Oleh itu, falsafah ini turut menjadi petunjuk bagi membentuk warganegara yan gmemahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita
Demokrasi Perlembagaan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang
kaum. Seperti yang dinyatakan dalam Rukun Negara seseorang rakyat itu harus taat
setia kepada Raja dan cintakan negara serta mematuhi segala prinsip yang terdap at
dalam Rukun Negara bagi mengekalkan perpaduan rakyat berbilang kaum.
Salah satu matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara ialah mengurang kan
jurang perbezaan di antara kaum. Ini dilaksana kan dengan memberi pendidikan asas
kepada golongan yang kurang mampu tanpa mengira kaum. Perkara ini sangat
penting bagi memantapkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan dan
mengamalkan segala istilah, prinsip, pemikiran dan pandangan yang dinyatakan
dalamnya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh juga dikatakan sebagai satu
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
9/36
9
penghantar yang menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan
pendidikan sebagai satu entiti yang tekal, jelas dan logik bagi membina ma sa depan
negara yang begitu unggul.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
10/36
10
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
11/36
11
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan pedomen penting bagi semua
warga pendidik untuk merancang atau mentransformasikan idea dan rancangan
berlandaskan dengan matlamat negara. Seperti mana dinyatakan, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan digubal secara terperinci dan teliti dengan peka kepada
segala aspek yang melibatkan individu, masyarakat dan juga negara. Terdapat
beberapa faktor yang memainkan peranan penting bagi penggubalan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sebenarnya, idea penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tercetus pada tahun 1979 setelah terbitnya Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut memberi penekanan
kepada hala tuju pendidikan dan pembangunan kemanusiaan. Faktor faktor yang
diberi kepentingan ketika penggubalan ialah seperti yang ditunjuk dalam gambar
rajah di bawah.
Seperti yang dinyatakan di atas terdapat beberapa faktor yang diambil kira ketika
penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Salah satu faktor ialah agama. Di
negara Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi tetapi masyarakat tetap
diberi kebebasan untuk menganuti agama-agama lain seperti Agama Kristian,
Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya mengikut undang-undang negara.
Faktor faktor
Penggubalan
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
Agama
Ekonomi
Individu
Sejagat
Sosial
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
12/36
12
Agama Islam dan juga kepentingan agama-agama lain diberi penekanan ketika
membuat penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
Faktor sosial turut mempengaruhi penggubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK). Seperti sedia maklum, negara Malaysia terdiri daripada pelbagai
jenis kaum yang harmonis, aman dan damai. Sikap bekerjsama, toleransi, hormat
menghormati kepercayaan orang lain turut diberi kepentingan bagi menggekalkan
kemakmuran negara. Hal ini akan mewujudkan kestabilan sosial.
Sesebuah negara bergantung kepada kestabi lan politik untuk menghadapi
kemajuan dan juga untuk mengambil sebarang keputusan. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK) berlandaskan Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan
Rukun Negara. Oleh itu, politik memainkan peranan penting dalam memartabatkan
lagi pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum
menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan sesuatu perkara contohnya,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
Faktor ekonomi turut mempengaruhi pengubalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK). Pelbagai kemahiran yang dapat membantu kemajuan ekonomi
negara turut diberikan kepada pelajar ketika bangku sekolah lagi.
Memperkembangkan ekonomi negara juga menjadi satu sasaran dan matlamat
pendidikan negara.
Disamping itu, setiap individu diberi perhatian ketika penggubalan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Sekolah harus mengambil berat dalam melahirkan insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. Manusia yang
seimbang dari semua aspek dapat menjalankan kehidupan yang tenteram dan
bahagia. Ini merupakan hal yang penting ditekankan dalam FPK.
Faktor yang terakhir ialah faktor sejagat. Secara umumnya, pengaruh sistem
pendidikan dalam sistem pendikan kebangsaan adalah sesuatu yang tidak dapat
dipisahkan. Segala perkara seperti pencetusan idea, pendangan dan visi sedunia,
perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi
sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Salah satu
contoh faktor sejagat ialah program pendemokra sian pendidikan dan pendidikan
seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO pada tahun 1980-an.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
13/36
13
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
14/36
1
Elemen elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ialah Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan
Kebangsaan dan empat cabang falsafah iaitu metafizik, aksiologi, epistomologi dan
logik. Kesemua aspek-aspek ini diberi kepentingan kerana kesemua perkara tersebut
dipandang serius.
Rukun Negara
Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 turut dikenali sebagai de
facto Malaysian pledge of allegiance. Tujuan memperkenalkan Rukun Negara ialah
memupuk dan menyatu padukan rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai
etnik dan kaum. Sebenarnya, Rukun Negara mempunyai kandungan seperti
berikut:-
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat;
Memelihara satu cara hidup demokratik ;
Mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi -tradisi kebudayaannya yang kaya
dan berbagai corak; dan
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
Walaupun begitu, kita selalunya hanya melafazkan lima prinsip dimana ia merupakan
sebahagian daripada perkara di atas. Lima prinsip tersebut adalah seperti berikut,
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip -prinsip berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang- Undang
Kesopanan Dan Kesusilaan
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
15/36
15
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan
Negara dengan mengurangkan jurang perbezaan dalam bidang ekonomi , sosial,
kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
Pelbagai strategi perlaksanaan telah diambil, dijalan dan disusun bah kata pepatah
serampang dua mata. Antara strategi yang dilaksanakan ialah
Mengurangkan dan membasmi kemiskinan memperbanyakkan peluang-
peluang pekerjaan bagi semua masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum.
Menyusun semula masyarakat- menghapuskan pengenalan ekonomi
mengikut kaum.
Meninggikan daya pengeluaran meninggikan taraf hidup dan memodenkan
kawasan luar bandar.
Memberi pemilikan modal kepada rakyat negara.
Membentuk perdagangan antara Melayu dan Bumiputera untuk mempesatkan
ekonomi.
Penubuhan persatuan dan agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA),
Amanah Saham Nasional dan sebagainya.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan satu garis panduan bagi semua yang
terlibat dalam bidang pendidikan kerana ia mengandungi penyata an dan strategi
pelaksanaan sesuatu perkara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan salah
satu unsur terpenting dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Elemen-elemen yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah seperti
dalam jadual di bawah.
Elemen elemen FPK Implikasi
pendidikan satu usaha
berterusan
Pendidikan adalah proses pemerolehan dan
pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai -nilai murni
secara berterusan bermula sejak kecil hingga ke
liang lahat.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
16/36
16
Proses pendidikan penting untuk membentuk dan
membantu seseorang individu untuk menyesuaikan
diri mereka dalam pelbagai keadaan.
Pendidikan awal akan membentuk sahsiah kanak-
kanak.
Alam persekolahan sahsiah akan terus dibentuk.
Tamat persekolahan masih meningkatkan ilmu,
kemahiran dan akhlak mereka.
perkembangan potensi
individu
Setiap insan yang diciptai oleh Tuhan mempunyai
bakat dan potensi yang terpendam.
Bakat dan potensi tersebut harus dicungkil dan
diperkembangan. Hal ini dapat dilakukan melalui
interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekitar.
Pendidikan dapat memberi peluang kepada setiap
individu untuk mengembangkan potensi dan bakat
mereka.
perkembangan individu
secara menyeluruh dan
bersepadu
Perkembangan potensi dan bakat tidak dilakukan
secara berasingan dan selalunya dilaksanankan
seiring dengan empat aspek iaitu intelek, rohani,
emosi dan jasmani.
insan yang seimbang
dan harmonis
Sifat sifat seperti intelek, emosi dan sahsiah baik,
peraya kepada Tuhan, rohani dan jasmani yang
baik boleh menghasilkan individu harmonis yang
mampu menghadapi segala cabaran hidup.
unsur intelek Sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran asas
3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Sering berusaha untuk memperoleh ilmu, berfikiran
kreatif, kritikal dan reflektif berserta mempunyai sifat
mengkongsi ilmu.
unsur rohani Menyedari dan percaya akan kewujudan Tuhan dan
bersyukur dengan segala kurnian-Nya.
unsur emosi Individu yang mempunyai emosi yang matang dan
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
17/36
1
stabil mampu menerima dan mencurah kasih
kepada orang lain tanpa mengira kaun serta dapat
menyemai sifat kekitaan dan perpaduan.
unsur jasmani Menyedari akan kepentingan fizikal dan akan
menggunakan keupayaan fizikalnya untuk
memanfaatkan masyarakat.
kepercayaan dan
kepatuhan kepada
Tuhan
Mempercayai dan mengakui tentang kewujudan
Tuhan sebagai pencipta alam segala insan di muka
bumi ini.
Menyedari bahawa Tuhan adalah penggerak utama
dan setiap hukum dan fenomena adalah perbuatan
Tuhan.
Memercayai Tuhan berdasarkan pegangan agama
masing-masing.
rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan
Satu komuniti yang cinta akan ilmu dan berusaha
memupuk budaya berilmu dan budaya membaca.
Mempunyai fikiran yang bernas dan terbuka.
rakyat Malaysia yang
berketerampilan
Mempunyai kecekapan dan kompetensi dalam
melakukan sesuatu tugasan.
Selalu perpandangan jauh dan berinisiatif.
Mengenali cara-cara yang baik untuk membawa
diri.
rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia
Menampilkan perwatakan yang bersahsiah dalam
kehidupan harian dan berpengang teguh kepada
ajaran agama dan nilai nilai moral.
rakyat Malaysia yang
bertanggungjawap
Boleh dipercayai dan berupaya melaksanakan
tugasan yang diberikan dengan penuh amanah dan
bersungguh.
Mematuhi segala peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan termasuk peraturan negara.
Mengambil inisiatif untuk meningkatkan taraf diri,
keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan juga
negara.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
18/36
18
rakyat Malaysia yang
berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan diri.
Mempunyai fikiran yang waras dan jiwa yang
tenang untuk menghadapi segala cabaran hidup.
rakyat Malaysia yang
dapat memberi
sumbangan terhadap
keharmonian dan
kemakmuran
masyarakat dan
Negara.
Mengamalkan sikap bertoleransi, bertimbang rasa,
kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya
untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat
negara.
Berusaha meningkatkan prestasi negara contohnya
dalam ekonomi.
Berusaha menjaga kestabilan ekonomi,
ketenteraman dan juga keamanan negara.
Mematuhi segala peraturan, undang-undang dan
perlembagaan yang ditetapkan oleh negara.
Mampu mempertahankan maruah diri, profession,
agama, bangsa dan negara.
berkeupayaan
mencapai
kesejahteraan diri.
Memiliki daya tahan yang kuat dari fizikal dan
mental untuk mengadapi dan mengharungi liku -liku
hidup.
sumbangan terhadap
keharmonian dan
kemakmuran, keluarga,
masyarakat dan
Negara.
Menjadikan Rukun Negara sebagai pedoman hidup.
Mengamal hubungan persefahaman yang baik di
dalam keluarga.
Memahami pelbagai norma masyarakat dan cinta
akan negara.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
19/36
19
Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut dibahagikan kepada empat cabang
falsafah iaitu metafizik, epistomologi, axiologi dan logik. Gambar rajah di bawah
menjelaskan analisis Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengikut cabang -cabang
falsafah.
Ciri-ciri FPK
Menyeluruh dan bersepadu
Maksud ilmu sejagat yang harus
diajar oleh guru dan mesti dipelajari
oleh pelajar. Implikasi
Kebolehan dan inisiatif seseorang
perlu untuk mengembangkanya
secara menyeluruh dan bersepadu.
Ciri-ciri FPK
Usaha yang berterusan
Maksud ilmu sentiasa berubah dan
tidak ada ilmu yang mutlak.
Implikasi
Dapat menyesuaikan diri mengikut peredaran
masa dan mengikut perkembangan semasa,
contohnya ICT.
Perubahan ilmu mengalakkan seseorang
memiliki pengetahuan yang luas.
Mementingkan pelajaran sepanjang hidup.
Cabang falsafah
Metafizik
Cabang falsafah
Epistomologi
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
20/36
20
Ciri-ciri FPK
Kepercayaan dan kepatuhan kepada TuhanMaksud unsur kewujudan; peranan agama
Berakhlak mulia dan bertanggungjawap
Maksud peranan nilai moral, sahsiah dan etika.
Implikasi
Mengeratkan hubungan :- antara individu dengan
orang lain dan individu dengan alam sekeliling.
Mempercayai dan menerima Tuhan sebagai penciptaalam dan pengeraksegala gala di muka bumi.
Mementingkan pengjaran moral, agama dan
pembinaan modal insan.
Memberi keutamaan kepada pembangunan sahsiah.
Cabang falsafah
Aksiologi
Ciri-ciri FPK
Berketerampilan
Maksud kepentingan pemikiran logik yang sah
dan tidak sah
Implikasi
Melaksanakan sesuatu kerja dengan teratur dan
betul.
Pemupukan kompetansi diri dari segi kelayakan
akademik, ikhtisas dan pengalaman.
Cabang falsafah
Logik
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
21/36
21
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
22/36
22
Sekolah merupakan sesuatu tempat yang mulia yang memberi ilmu dan juga
diaggap sebagai sesuatu tempat yang membina pemimpin dan generasi masa
hadapan. Sekolah juga merupakan institusi formal yang mengajar setiap insan
mengenal huruf dan nombor untuk menempuh masa hadapan. Sekolah memikul
tanggungjawap yang berat untuk merialisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Setiap aspek yang terdapat di sekolah contohnya aspek-aspek
kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin
murid harus diberi perhatian yang sepenuh untuk mencapai segala hasrat yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Aspek Kepemimpinan
Kepimpinan merupakan aspek yang paling penting yang perlu diberi perhatian
di sekolah. Mengikut carta organisasi sekolah guru besar memainkan peranan
penting dalam memajukan sekolah itu sendiri dan juga institusi pelajaran di
Malaysia. Guru harus mengetahui cara mengendalikan pengurusan sekolah dengan
cekap , kreatif dan inovatif untuk memajukan sesebuah sekolah. Disamping itu , guru
besar juga harus mengetahui cara menjaga hubungan baik dengan guru dan juga
murid. Hal ini kerana setiap individu yang terdapat di sekolah memainkan peranan
untuk merialisasikan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, mencapai visi
dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.
Pihak sekolah juga harus memberi perhatian terhadap aspek-aspek seperti
budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid supaya
dapat dapat membantu mencapai hasrat FPK. Setiap kemajuan dan perkembangan
yang berlaku di sekolah bukan sahaja mengharumkan nama sekolah tetapi turut
membawa kebangaan kepada guru besar sekolah yang bertindak sebagai peneraju
utama di sekolah. Sekiranya seorang guru besar itu bertekad, beliau mampu
mengubah sekolah yang berprestasi rendah kepada sekolah yang cemerlang.
Seseorang pemimpin harus menjaga hubungan baik antara semua pihak
untuk mencapai kemajuan. Seseorang pemimpin harus berfikiran terbuka dan dan
rasional supaya dapat menerima pandangan orang lain di samping berfikiran
futurelistik untuk memajukan lagi keadaan yang sedia ada. Pemimpin juga harus
boleh menerima perubahan yang berlaku mengikut peredaran masa. Sifat
kepimpinan harus disemai ketika di bangku sekolah lagi.
Pemimpin sekolah yang cekap dan proaktif mestilah berupaya untuk membimbing
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
23/36
23
guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan. Seorang
pemimpin sekolah digambarkan sebagai pemimpin yang handal sekiranya dapat
membawa perubahan dalam semua aspek selain daripada pengajaran dan
pembelajaran.
Kemajuan sesebuah negara selalunya terletak dalam tangan Perdana Menteri
negara tersebut. Begitu juga dengan sekolah. Segala kejayaan dan kegagalan yang
dihadapi oleh sekolah terletak dalam tangan pihak sekolah tersebut terutamanya
guru besar dan guru-guru. Peranan guru besar mempengaruhi kualiti dan kuantiti
hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya
sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan
perbezaan dalam pencapaian akademik murid. Oleh itu pemimpin sesebuah sekolah
memainkan peranan penting dalam merialisasiakan hasrat FPK.
Aspek Budaya Sekolah
Budaya sekolah atau lebih dikenali sebagai iklim sekolah memainkan peranan
yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sesebuah sekolah membina
sosiolisasi dalam kalangan murid di mana mereka bebas berinteraksi di antara murid
dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
sekolah. Iklim yang kondisif juga perlu kepada guru guru untuk melaksanakan
tugas mereka dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna.
Murid yang lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih
ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya dapat
dibentuk sekiranya sesebuah sekolah mempunyai iklim yang demokratik. Selalunya
budaya sekolah dapat dibahagikan kepada empat aspek iaitu aspek fizikal, aspek
sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Suasana
sekolah yang kondusif dapat membantu membina muird-murid yng seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga emosi.
Aspek Fizikal
Keindahan sekolah
Kebersihan kawasan sekolah
Keselamatan anggota-anggota sekolah
Kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap
Keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
24/36
2
Aspek Sosial
Keharmonian antara anggota-anggota sekolah
Budaya hormat-menghormati
Rasa tanggungjawab
Mengucap salam
Kemesraan
Perpaduan
Kerjasama
Keadilan
Aspek Perkembangan Intelek
Semangat mahu belajar dalam bilik darjah.
Penganjuran program-program akademik - mengembangkan daya
pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif.
Semangat mahu belajar di perpustakaan sekolah.
Program NILAM memupuk aktiviti membaca dalam diri murid-murid.
Aspek Penggunaan Bahasa
Penggunaan bahasa yang betul di dalam bilik darjah atau di luar bilik darj ah.
Dapat dipertingkatkan dengan aktiviti pertandingan, perbahasan,
syarahan dan pidato.
Penggunaan bahsa kedua iaitu bahasa Inggeris harus digalakkan.
Aspek Ko-kurikulum
Ko- kurikulum turut memainkan peranan penting dalam merialisasikan hasrat
FPK. Gerak kerja ko-kurikulum yang dijalankan di luar bilik darjah harus
dilaksanakan di semua sekolah sebagai kesinambungan dengan aktiviti kurikulum
yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Gerak kerja ko-kurikulm yang banyaknya
mengenai aktiviti kumpulan dapat memupuk sifat bekerjasama antara pelajar.
Disamping itu, aktiviti aktiviti yang dijalankan dalam ko-kurikulum juga dapat
menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia
berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti yang bagus dapat dilaksanakan sekiranya ia
dirancang lebih awal. Di samping itu, aktiviti yang yang terancang dapat membina
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
25/36
25
pelajar yang seimbang dari segi perkembangan mental , sosial, jasmani, emosi dan
rohani. Kegiatan ko-kurikulum juga sesuatu tempat di mana dapat mencungkil bakat
yang terpendam dalam diri murid-murid.
Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan dalam kegiatan ko-kurikulum antaranya
ialah pasukan unit beruniform, persatuan atau kelab dan juga sukan. Pihak sekolah
harus memainkan peranan mereka memastikan pengel ibatan kesemua pelajar dalam
kegiatan ko-kurikulum kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada
kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan. Selain itu, pihak harus
memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan merangkumi segala aspek seperti
aspek pendidikan, aspek pembelajaran, dan aspek sosialisasi.
Aspek Pendidikan
Membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid.
Memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini.
Memajukan kemahiran, minat dan bakat murid.
Meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri.
Memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran.
Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
Aspek Pembelajaran
Menggembirakan murid-murid.
Mengeratkan hubungan antara murid dan guru.
Aspek Sosiolisasi
Melahir dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan
dan kewarganegaraan.
Mempunyai rasa tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat.
Memperkembangkan lagi potensi individu.
Membentuk sahsiah.
Memperkembangkan minat dan bakat.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
26/36
26
Aspek Guru
Guru diibaratkan pelita yang mencahayakan minda, intelek dan sahsiah setiap
pelajar. Guru merupakan salah satu golongan terpenting dalam dalam
merealisasikan FPK. Guru memikul tanggungjawap yang berat iaitu membina murid-
murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani. Guru
memainkan pelbagai perwatakkan. Contohnya guru dianggap sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.
Perkembangan prestasi dan segala kemajuan seseorang pelajar bergantung
kepada tunjuk ajar seseorang guru. Guru harus mempunyai potensi untuk menarik
minat pelajar. Untuk menarik minat pelajar guru harus mengunakan pelbagai jenis
alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan
simulasi dan sebagainya. Gru juga harus mengetahui cara mengendalikan sesebuah
kelas. Guru harus bersikap transformer di mana beliau dapat menukar pelbagai
kaedah yang bersesuai dengan murid-murid. Guru juga mestilah mempunyai
perancangan awal supaya dapat mencapai objektif -objektif yang disarankan. Selain
pengajaran yang terancang secara lebih awal juga dapat membawa kepada faedah
yang besar kepada murid-murid.
Guru yang berperanan sebagai fasilitator hendakl ah memastikan bahawasetiap murid memahami apa yang sedang di ajar. Guru juga hendaklah mengait kan
perkara yang diajar dengan kehidupan seharian supaya murid -murid dapat
memahami dengan senang dan mereka dapat mengamalkannya dalam kehidupan
mereka. Penggunaan bahasa seseorang guru memainkan peranan oenting untuk
menyampaikan sesuatu informasi kepada muird-murid. Oleh iut, guru harus
menggunakan bahasa yang mudah supaya dapat difahami oleh semua murid. Guru
juga hendaklah mengajar sesuatu daripada konkrit kepada abstrak. Ujian bulanan
juga boleh diadakan untuk mengesani sejauh manakah objektif pengajaran danpembelajaran telah tercapai. Secara ringkasnya guru berperanan untuk membina
pemimpin-pemimpin dan juga generasi masa depan.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
27/36
2
Aspek disiplin.
Disiplin seseorang murid mestilah dibentuk sejak kecil lagi bak kata melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Sekolah merupakan salah satu institusi yang dapat
membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim sekolah yang
kondisf boleh melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek sejajar dengan FPK. Disiplin adalah satu aspek yang berkaitan dengan
dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan ahklak. Di sekolah dapat membentuk
murid yang hormat menghormati, mempunyai semangat tolong-menolong dan
mematuhi undang-undang.
Guru besar dan guru guru lain harus memberi perhatian yang lebih terhadap
disiplin murid kerana tumpuan mereka terhadap pelajaran terjejas sekiranya mereka
mengalami masalh disiplin. Bantuan dari pelbagai pihak contohnya guru besar, guru
disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa
boleh membanteras masalah disiplin dalam kalangan murid.
Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu mengambil iniasiatif
memantau disiplin murid untuk membentuk murid -murid yang bersopan dan
bersahsiah tinggi. Guru kaunseling di sekolah mesti melaksanakan
tanggungjawapnya untuk membimbing murid yang bermasalah . Pelbagai faedah
dapat dicapai sekiranya masalah disiplin dikawal dengan ketat. Antaranya ialah : -
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara lancar dan berkesan.
Melahirkan murid-murid yang lebih produktif.
Keselamatan murid-muris terjamin.
Prestasi dan nama baik sekolah meningkat.
Oleh itu, masalah disiplin harus di kawal untuk mewujudkan satu persekitaran yang
kondusif bagi murid-murid disamping membina murid ke arah kecemerlangan dankegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha
pembentukan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
28/36
28
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
29/36
29
Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan akar tunjang kepada sistem
pendidikan negara di Malaysia. Segala perlaksanaan dan perancangan berkaitan
dengan pendidikan terkandungan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan membawa implikasi yang banyak terhadap
kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan sama ada ia berhubung manusia dengan
manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu
teologi).
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang pertama ialah terhadap
kurikulum sekolah. Hal ini kerana, segala sukatan pelajaran berorientasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan membawa kepada pembinaan individu yang seimbang,
harmonis dan penyerapan nilai-nilai murni. Sukatan pelajaran umum juga melatih
kemahiran murid dalambidang vokasional dan teknologi.
Selain itu, FPK juga menyarankan warga pendidik untuk menjalankan tugas
selaras dengan dasar FPK untuk mencapai hasratnya. Antara perubahan yang
dibuat melalui FPK ialah menyemai sikap positif dalam diri pendidik untuk mencapai
visi, misi yang ditetapkan. Disamping itu, perubahan cara mengendalikan pengajaran
dan pembelajaran juga satu strategi yang bagus supaya perkara yang diajar dapat
difahami oleh murid-murid.
Pelaksanaan FPK turut memberi implikasi kepada institusi pendidikan. Iklim
sekolah yang demokratik dan kondusif memberi peluang kepada muird-murid untukmengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu disamping membina
nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Situasi dan suasana yang meriah dan penuh
dengan infrastruktur akan melahirkan budaya membaca dalam kalangan murid-
murid.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa FPK menggariskan norma-norma yang
seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang
dihasratkan negara Malaysia.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
30/36
30
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
31/36
31
Secara kesimpulannya, ternyatalah bahawa sekolah merupakan medium yang
digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mencapai segala visi,
misi, matlamat yang disarankan memalui satu nama iaitu Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Sekolah ditekankan untuk mereliasasikan perkara perkara
yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mencapai hasrat
yang diketengahkan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga dijadikan sebagai satu
pedomen asas kepada semua sekolah, guru-guru dan juga bagi semua yang terlibat
dalam bidang pendidikan. Segala panduan dan perlaksanaan yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membantu untuk memajukan lagi pendidikan
negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan diimplikasikan di sekolah mengikut pelbagai
aspek iaitu kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin.
Kesemua aspek ini akan menentukan pembinaan generasi masa hadapan yang
memenuhi hasrat FPK atau tidak. Sekolah yang merialisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan secara tidak langsungnya melahirkan dan menjana warga negara
Malaysia yang berkualiti. Individu yang menerapkan segala aspek yang dinyatakan
dalam FPK mampu menjadi insan yang dapat mengharungi segala liku dalam
kehidupan. Disamping itu, individu yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan, berbakat dan berkemahiran
tinggi , berkemahiran menyelesaikan masalah, berfikiran kreatif dan kritis,berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta
berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering
berubah-ubah dan berpotensi tinggi turut boleh dihasilkan dengan merialisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pihak kerajaan dan pihak sekolah harus berusaha untuk menyediakan segala
kemudahan yang diperlukan oleh murid-murid untuk mencapai hasrat hasrat FPK.
Guru yang berperanan sebagai fasilitator harus memastikan pembinaan murid -murid
yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial. Murid yang
seimbang dalam aspek-aspek tersebut secara tidak langsungnya dapat menjadi
warganegara yang berguna. Oleh itu, sekolah harus menyahut cabaran yang
terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysi a yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
32/36
32
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
33/36
33
www.script.com/2944319-FALSAFAH-PENDIDIKAN-KEBANGSAAN.html
www.script.com/15905601-Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan-Falsafah-
Pendidikan-Negara/html
www.script.com/15905659-Konsep-Dan-Matlamat-Falsafah-Pendidikan
Kebangsaan.html
www.Nota PISMP/ Peranan Sekolah Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan/html
www.blogspot/falsafah pendidikan kebangsaan/htlm
www.cikgunet blogspot.com
CHOONG LEAN KEOW, (2008), FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA,
KUMPULAN BIDUMAN SENDIRIAN BERHAD
MOK SOON SANG, (2008), FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA,
PENERBITAN MULTIMEDIA SDN.BHD
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
34/36
34
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
35/36
35
-
8/8/2019 Konsep Dan Matlamat FPK Asgmen
36/36