KONSEP TADIKA / PRASEKOLAH DAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Ahmad Fadhirul Fitri Mohd IdrisWan Nor Azura WahabSiti Aisah Abu AmanFauziah Abdul Muin
Rohaida Yusof
Jabatan Kemahiran HidupFakulti Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris
20 Oktober 2010
ABSTRAK
Pendidikan Prasekolah berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Fokus utama adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, penekanan kepada konsep inkuiri penemuan, penggunaan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan pula, digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.
1
1.0 PENGERTIAN TADIKA & PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), “tadika” ertinya mana-
mana tempat di mana pendidikan prasekolah disediakan untuk sepuluh orang
murid atau lebih manakala “pendidikan prasekolah” ertinya program
pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
1.1 Pengenalan
Prasekolah merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-kanak sebelum
memasuki sekolah. Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem
pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan
pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-
kanak daripada golongan berpendapatan rendah.
Pada 18 Disember 1991, Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan
Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.
Manakala pada 27 Januari 1992, Mesyuarat antara Kementerian telah
bersetuju menubuhkan Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM yang
merangkumi 1,131 kelas di seluruh Negara ( Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2003 ).
2
1.2 Matlamat & Konsep Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman
pembelajaran kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun dalam
jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah
formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan
menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi
aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia
ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi
dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan
asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari
( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003 ).
1.3 Objektif
Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang
berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka
dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
3
1.4 Lokasi & Pengurusan
Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak
di kawasan sekolah rendah. Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang
guru dan seorang pembantu yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau DG41
manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf
dengan jawatan Pembantu Tadbir ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003 ).
1.5 Murid & Kurikulum
Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur
lima dan/atau enam tahun. Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira
berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau
bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan.
Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi
keperluan dan tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Mulai tahun 2002, semua pusat pembelajaran
kanak-kanak samada diuruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut sukatan pelajaran
yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
4
2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN 2010
2.1 Matlamat
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK),
pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak
berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan,
kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam
keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak
agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk
menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak ( Bahagian
Pembangunan Kurikulum ).
Empat kata kekunci:-
• Menyuburkan ( Enriching )
• Aktif Penglibatan ( Engaging )
• Selamat ( Safe )
• Seronok ( Fun )
2.2 Objektif
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada murid berumur
empat hingga enam untuk mencapai objektif berikut:-
5
1. Jasmani:
• Mempunyai tubuh badan yang sihat.
• Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas.
• Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.
• Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan.
• Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan
motor kasar.
2. Emosi:
• Mempunyai konsep kendiri yang positif.
• Mempunyai keyakinan diri.
• Mempunyai jati diri.
• Berani mencuba.
• Mempunyai kematangan emosi.
• Menghormati perasaan dan hak orang lain.
• Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.
3. Intelek:
• Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur)
menggunakan bahasa Malaysia.
• Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris.
• Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Cina (untuk yang
berkenaan).
• Berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa Tamil ( untuk yang
berkenaan).
6
• Memperolehi kemahiran proses sains asas.
• Memperolehi kemahiran matematik asas.
• Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul.
• Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam
kehidupan seharian murid.
• Mempunyai daya kreatif dan estetika.
• Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
4. Rohani:
• Mengamalkan nilai murni.
• Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid
beragama Islam.
5. Sosial:
• Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
• Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan
sebaya.
• Menyuarakan pandangan dan perasaan.
• Bekerjasama dengan orang lain.
7
3.0 TUNJANG DALAM KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
3.1 TUNJANG KOMUNIKASI
Menurut Ali Ab. Ghani (2008) tunjang komunikasi memberi penekanan kepada
proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi ini
boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara
yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik
darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa
seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran
menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang
8
pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses
pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang
lain.
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina
dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari
oleh semua kanak-kanak di prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari
oleh kanak-kanak di prasekolah beraliran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa
Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu, manakala Bahasa Inggeris diajar
selama dua jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa
Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan
Bahasa Malaysia (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).
Fokus utama tunjang komunikasi adalah kemahiran bahasa dan seni bahasa.
Kemahiran bahasa merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai
dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni bahasa merujuk kepada
keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian aktiviti dan
permainan bahasa seperti drama dan sajak (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2009).
Jadual 1: Standard Pembelajaran untuk Komunikasi – Bahasa Malaysia
Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:
Kemahiran Mendengar dengan penuh perhatian.
Mendengar Mendengar dan mengencam bunyi perkataan.
Kemahiran Berinteraksi dengan mesra.
Bertutur Merangsang pertuturan melalui soal jawab.
Melafazkan puisi dengan intonasi yang betul.
9
Menceritakan semula apa yang didengari.
Melakonkan watak-watak mengikut situasi.
Kemahiran Mengenal bentuk huruf A – Z.
Membaca Mengenal huruf vokal
Mengenal huruf konsonan.
Membina dan membaca sukukata.
Membaca perkataan.
Membaca frasa.
Membaca ayat tunggal yang mudah.
Membaca ayat dalam konteks.
Memahami bahan-bahan bacaan yang betul.
Membaca buku dengan cara yang betul (prabaca)
Mengamalkan tabiat membaca.
Kemahiran Menguasai kemahiran pratulis.
Menulis Menguasai kemahiran menulis.
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
Jadual 2: Standard Pembelajaran untuk Komunikasi – Bahasa Inggeris
Focus At the end of preschool students are able to:
Listening Listen to and discriminate sounds.
and Listen to and understand meaning of simple words.
Speaking skills Acquire and use simple phrases and statements.
Listen to and follow simple instructions.
Listen to and enjoy nursery rhymes, action songs, poems and
stories.
Sing songs and recite rhymes and poems.
Tell simple stories.
Dramatize familiar situations and stories.
Perform a variety of language and functions in a social context.
Ask simple questions.
Pre reading Understand that printed materials contain meaning.
10
Skills Acquire knowledge of print and ethics in reading.
Reading Identify letters of the alphabet.
Skills Read simple words with understanding.
Read phrases with understanding.
Read simple sentences with understanding.
Develop interest in reading.
Writing Acquire pre-writing.
Skills Acquire writing skills
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
Jadual 3: Standard Pembelajaran untuk Komunikasi – Bahasa Cina
Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:
Kemahiran Mendengar dengan penuh perhatian.
Mendengar
Kemahiran Berinteraksi dengan sopan.
Bertutur Berinteraksi secara soal jawab.
Melakonkan watak-watak dalam cerita yang didengar.
Menceritakan apa yang didengar semula menggunakan ayat
yang mudah.
Kemahiran Mengenal kaitan antara gambar dan perkataan.
Membaca Membuat persediaan membaca.
Mengenal frasa.
Membaca frasa.
Membaca ayat.
Memahami bahan-bahan bacaan yang dibaca.
Membina tabiat membawa.
Kemahiran Menguasai kemahiran pratulis.
Menulis Menulis perkataan.
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
11
Jadual 4: Standard Pembelajaran untuk Komunikasi – Bahasa Tamil
Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:
Kemahiran Mendengar dengan penuh perhatian.
Mendengar Mendengar dan mengencam bunyi perkataan.
dan Menyebut apa yang didengar.
Bertutur Memberi jawapan kepada soalan yang dikemukan.
Bertutur dengan menggunakan perkataan, frasa, ayat yang
sesuai.
Bertanyakan soalan
Melakonkan watak-watak mengikut situasi.
Kemahiran Mengenal dan membaca huruf.
Membaca Membaca perkataan.
Membaca dengan sebutan yang betul.
Mambaca menggunakan pelbagai bahan bacaan.
Menggabungkan huruf supaya menjadi perkataan dan
membaca.
Memahami bahan-bahan yang dibaca.
Kemahiran Menguasai kemahiran pratulis.
Menulis Menguasai kemahiran menulis.
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
3.2 TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), menyatakan bahawa tunjang
kerohanian, sikap dan nilai merangkumi Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu.
Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.
12
3.2.1 Pendidikan Islam
Pendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman,
Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Kanak-kanak prasekolah
belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa
akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang
sama kanak-kanak ini juga mengenal asas bahasa al-Quran, huruf hijaiyah dan jawi
serta menghafal beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi,
menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2009).
Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh :
Aqidah Mengetahui Rukun Iman
Ibadah Mengetahui Rukun Islam
Melafazkan Kalimah Syahadah
Melakukan wuduk
Mendirikan solat
Bersuci dari najis
Sirah Mengetahui Sirah Rasulullah S.A.W.
Akhlak Mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W. iaitu sabar, bercakap
benar, rajin, bijaksana dan amanah.
Melakukan amalan seharian mengikut adab seperti
melafazkan doa.
Asas Bahasa al-
Quran
Mengenal bahasa al-Quran
dan tulisan jawi Mengenal huruf jawi
Menghafal beberapa surah dari juzu’ Amma
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
13
3.2.2 Pendidikan Moral
Pendidikan Moral prasekolah memberi fokus kepada perlakuan moral yang dipupuk
secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral
tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua
aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut, kepercayaan kepada Tuhan, baik
hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih
sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan,
toleransi, berdikari dan berdisiplin (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).
Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh :
Kepercayan kepada
Tuhan
Mengetahui dan menghormati kepercayaan dan pantang
larang pelbagai kaum.
Baik hati Membantu ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain.
Bertanggungjawab Bertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran kelas.
Berterima kasih Mengamalkan sikap berterima kasih
Hemah tinggi Beradab sopan dalam pergaulan seharian
Hormat-
menghormati
Menghormati anggota keluarga
Menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat
setempat.
Kasih sayang Menyayangi diri, keluarga dan orang di sekeliling
Keadilan Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian
Keberanian Berinteraksi dengan yakin di sekolah
Kejujuran Mengamalkan sikap jujur dalam diri dan pergaulan dengan
ahli keluarga, rakan dan guru.
Kerajinan Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan harian.
Kerjasama Mengamalkan sikap kerjasama dengan rakan, jiran dan
masyarakat setempat.
Kesederhanaan Mengamalkan sikap jimat cermat dalam penggunaan barang
14
keperluan
Toleransi Mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan seharian
Mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan sebaya
Berdikari Mengamalkan sikap berdikari dalam pengurusan diri
Berdisiplin Mengamalkan sikap berdisiplin dalam kelas.
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
3.3 TUNJANG KEMANUSIAAN
Tunjang kemanusiaan memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih
memahami diri sendiri, lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga,
rakan, komuniti dan alam sekitar. Kanak-kanak juga akan lebih memahami
tanggungjawab diri dalam perhubungan-perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi
penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia serta
menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum.
Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di
prasekolah. Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-
tema pembelajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).
3.4 TUNJANG KETRAMPILAN DIRI - PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2009), pendidikan prasekolah dapat
memberi penekanan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Kanak-kanak
akan menghadapi masalah di prasekolah dan juga di sekolah rendah kelak jika
sosioemosi mereka kurang stabil dan mantap. Perkembangan sosioemosi
merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian emosi
15
yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran
berinteraksi dan kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang
masa kanak-kanak berada di prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik
tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada aktiviti rutin, semasa rehat, semasa
makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.
Dalam Kurikulum Pendidikan Islam, perkembangan sosioemosi memberi
fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi
dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas
kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi
kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan sosioemosi bermula dengan
kebolehan murid memahami emosi dan menguruskan emosi sendiri, diikuti pula
dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu
membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap
pembelajaran.
Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami
kesepaduan, emosi dan menghormati pandangan orang lain untuk membina
kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk
menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu
tunjang ini perlu disepadukan dengan tunjang lain melalui aktiviti pembelajaran yang
menarik untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada tugas atau
aktiviti dan rasa gembira untuk belajar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).
16
Jadual 6 : Standard Pembelajaran untuk Tunjang Ketrampilan Diri-Perkembangan
Sosioemosi
Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:
Mengenali dan
Mengurus Emosi
Sendiri
Mengenali emosi sendiri.
Mengurus emosi sendiri.
Mengenali emosi orang lain.
Mencapai Emosi
yang Positif
Membina konsep kendiri.
Membina semangat dan sikap yang positif.
Membina keyakinan untuk berkomunikasi.
Membina kebolehan mengawal diri.
Membina Kemahiran
Sosial
Memahami keperluan, perasaan dan pandangan orang lain.
Menggunakan kemahiran sosial dalam interaksi.
Menyelesaikan konflik yang berlaku semasa aktiviti kelas.
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
3.5 TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN ESTETIKA
Di dalam Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik, ia merangkumi Perkembangan
Fizikal dan Penjagaan Kesihatan serta Perkembangan Kreativiti.
3.5.1 Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak memerlukan aktiviti yang boleh
menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting
di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan
menghadapi masalah dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensil atau berus
untuk menulis, melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan
peralatan muzik serta pengendalian peralatan. Pendidikan prasekolah menyediakan
17
peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor halus, kemahiran
motor kasar serta koordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara
yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek,
membaling objek serta postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan
kesihatan fizikal diri, kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat.
Tabiat yang dibina akan memanfaatkan kanak-kanak ini sepanjang usia mereka.
Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang sihat dapat
memberikan tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep
kendiri yang positif. Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada
sumber yang mungkin menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada diri sendiri
mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2009).
Jadual 8 : Standard Pembelajaran untuk Tunjang Fizikal dan Estetika –
Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:
Perkembangan
motor halus
Melakukan kemahiran motor halus.
Melakukan kemahiran kordinasi mata-tangan dalam
perkembangan motor halus.
Perkembangan
motor kasar
Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor.
Melakukan kemahiran motor kasar bukan lokomotor.
Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam
perkembangan motor kasar.
Kesihatan fizikal Menjaga kebersihan diri.
Mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.
Kesihatan
persekitaran
Menjaga kebersihan.
Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan
18
penyakit.
Keselamatan Mengenali sumber yang menyebabkan kemalangan dan
bahaya.
Mengamalkan langkah keselamatan diri.
Menjaga kehormatan diri.
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
3.5.2 Perkembangan Kreativiti
Di dalam dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2009),
perkembangan kreativiti merangkumi seni visual, pendidikan muzik serta drama dan
gerakan kreatif. Tunjang ini lebih menekankan proses daripada produk. Kanak-
kanak diberi peluang untuk menzahirkan idea mereka secara kreatif dan melibatkan
diri dalam aktiviti kreativiti.
Fokus seni visual adalah pada aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi.
Aplikasi seni merujuk kepada proses mengenal dan memilih bahan yang diperlukan
untuk menghasilkan sesuatu karya. Ekspresi kreatif adalah proses penghasilan
sesuatu karya. Apresiasi seni melibatkan proses menceritakan hasil kerja sendiri
dan juga menunjukkan penghargaan terhadap keindahan persekitaran serta hasil
kerja orang lain.
Pendidikan Muzik merangkumi aktiviti menyanyi, pengalaman awal untuk
memainkan perkusi, penghasilan muzik menerusi bahan atau objek improvisasi dan
apresiasi muzik. Drama dan Gerakan Kreatif merangkumi aktiviti drama dan gerakan
kreatif dimana murid diberi peluang untuk main peranan, berlakon, menari dan
membuat gerakan secara kreatif.
19
Aktiviti tunjang ini bukan sahaja digunakan untuk meningkatkan daya kreativiti
tetapi juga digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran tunjang lain. Aktiviti
menyanyi dan pergerakan kreatif sentiasa digunakan semasa pembelajaran bahasa,
matematik dan lain-lain (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).
Jadual 9 : Standard Pembelajaran untuk Tunjang Fizikal dan Estetika – Kreativiti
Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:
Seni visual Mengetahui dan menggunakan pengetahuan tentang bahan
dan teknik dalam menghasilkan karya seni.
Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya.
Menunjukkan apresiasi seni.
Muzik Mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi.
Mengambil bahagian dalam aktiviti bermain perkusi.
Mengambil bahagian dalam aktiviti penerokaan bunyi.
Menunjukkan apresiasi muzik.
Drama dan Gerakan
Kreatif
Mengambil bahagian dalam drama dan gerakan kreatif.
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
20
3.6 TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI – AWAL SAINS DAN AWAL
MATEMATIK
Tunjang sains dan teknologi merangkumi awal sains, awal matematik, aktiviti
pembinaan menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT.
3.6.1 Awal Sains
Menurut Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali (2003)
pengalaman awal kanak-kanak dalam sains lebih kepada penerokaan dan peluang
berinteraksi dengan objek-objek yang terdapat di sekelilingnya. Peluang
pembelajaran diperoleh melalui pemerhatian kanak-kanak ke atas objek dan
fenomena yang terdapat di persekitaran bukan melalui pengajaran konsep-konsep
sains. Pembelajaran sains seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan
kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan
pergerakan.
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam
sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah. Dalam proses
penerokaan ini, sikap saintifik yang positif seperti ingin tahu, sistematik dan teliti
akan terbentuk. Semasa proses penerokaan ini, kemahiran asas proses sains
seperti kemahiran memerhati, mengukur menggunakan unit bukan piawai,
membanding dan mengelas juga akan dikembangkan. Penerokaan dijalankan ke
atas alam hidupan (contoh: tumbuhan dan haiwan), alam bahan (contoh: objek yang
tenggelam dan timbul, air, magnet) dan alam fizikal (contoh: pelangi, cuaca).
Tunjang ini lebih mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan
pengetahuan. Guru perlu bersikap terbuka terhadap pandangan dan dapatan
daripada hasil penerokaan murid.
21
Awal sains menyediakan peluang kepada kanak-kanak empat hingga enam
tahun untuk membuat pembinaan menggunakan objek seperti blok. Aktiviti
pembinaan ini bukan sahaja member peluang kepada kanak-kanak untuk
mempelajari konsep penghubung, lingkungan serta awal matematik tetapi untuk
meningkatkan daya kreativiti murid dan kemahiran motor halus (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2009).
3.6.2 Awal Matematik
Awal matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak
ini. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang
mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari
pada masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran
bertema menggunakan kaedah yang menyeronokkan (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2009).
Dalam pembelajaran awal matematik, kanak-kanak berfikir secara konkrit,
mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan, matematik melalui
manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang mereka boleh
mengira dan menyusun. Menurut Ahmad Zakiyon Ismail (2009), penguasaan konsep
matematik tidak datang daripada buku kerja atau tugasan kertas dan pena; kanak-
kanak membina pengetahuan matematik dan mengembangkan kemahiran
matematik melalui pengalaman hands-on dengan aktiviti real-life. Kanak-kanak perlu
dibiasakan dengan menggunakan pemikiran matematik dalam menyelesaikan
masalah harian yang konkrit membantu mambina keyakinan murid dalam kemahiran
matematik yang amat berguna kepada mereka apabila mereka dewasa kelak.
22
Dalam Dokumen Standard Prasekolah (2009), tunjang sains dan teknologi
juga menyediakan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer untuk
melakukan tugasan tertentu. Penggunaan komputer adalah di tahap kemahiran asas
sahaja.
Jadual 10: Standard Pembelajaran Untuk Tunjang Sains Dan Teknologi
– Awal Sains Dan Awal Matematik.
Fokus Pada akhir prasekolah murid boleh:
Sikap Saintifik Mempamerkan sikap saintifik iaitu sistematik, sikap
ingin tahu dan bertanggungjawab.
Kemahiran Saintifik Membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena
alam di persekitaran.
Membuat pengukuran menggunakan unit bukan piawai.
Membanding dan mengelaskan objek.
Membuat ramalan berdasarkan pengalaman lepas.
Menyelesaikan masalah kehidupan harian secara
hands-on
Menyiasat Alam Memperolehi pengetahuan asas tentang bahagian
badan.
Hidupan Meneroka alam sekitar menggunakan organ deria.
Meneroka bahagian-bahagian tumbuhan iaitu daun,
bunga, buah serta pertumbuhan biji benih.
Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, cara
pergerakan, jenis makanan haiwan jinak yang biasa
dijumpai.
Menyiasat Alam
Bahan
Meneroka sifat bahan seperti timbul dan tenggelam,
pemelarutan serta tarikan boleh magnet.
Menyiasat Alam
Fizikal
Meneroka fenomena alam yang biasa yang dijumpai
iaitu awan, cuaca, pelangi dan baying-bayang.
Pengalaman Memadankan objek 1:1
Pranombor Membandingkan kuantiti objek.
23
Membuat seriasi mengikut satu ciri.
Mengecam corak berulang dan membina pola.
Konsep Nombor Memahami nombor 1-10 (menyebut, membilang,
menulis)
Mengetahui sifar.
Memahami nombor 10-20 (menyebut, membilang,
menulis)
Memahami siri 20, 30, 40 dan 50.
Operasi Nombor Memahami operasi tambah dalam lingkungan 10.
Memahami operasi tolak dalam lingkungan 10.
Nilai Wang Mengecam duit yang berlainan nilai.
Konsep Waktu Memahami waktu dalam konteks kehidupan seharian.
Bentuk Dan Ruang Mengetahui kedudukan objek dalam ruang (depan,
belakang, atas, bawah, luar, dalam, kiri dan kanan).
Pembinaan Membina penghubung antara dua objek.
(Construction) Membina lingkungan.
Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti sendiri.
Penggunaan ICT Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara accountable dan beretika.
Memilih dan mengaplikasikan sumber ICT yang sesuai.
Menggunakan ICT untuk meningkatkan pembelajaran.
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
24
4.0 MODUL ASAS DAN MODUL BERTEMA
4.1 Modul Asas
Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2009 ), modul asas merangkumi Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Matematik dan Permainan Luar. Secara umumnya modul asas
bertujuan untuk penguasaan literasi awal 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan
menaakul. Modul teras juga merangkumi Pendidikan Islam yang perlu diajar oleh
guru agama yang bertauliah. Pendidikan Moral pula diajar semasa kanak-kanak
beragama Islam belajar Pendidikan Islam, maka ia perlu dikelaskan sebagai modul
teras asas. Kanak-kanak pada umur ini perlu diberi waktu khas untuk aktiviti fizikal
diluar, maka Permainan Luar juga dianggap sebagai modul teras asas. Modul asas
diberi masa yang khas dalam jadual waktu prasekolah. Pada awal tahun modul asas
mengambil masa lebih kurang 35% daripada waktu prasekolah, tetapi pada akhir
tahun, peratus masa ini berkurangan jika murid didapati sudah menguasai
kemahiran 4M.
4.2 Modul Bertema
Modul Bertema merupakan modul bersepadu yang merangkumi unsur-unsur dalam
keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema
dibina menggunakan isu kehidupan/peristiwa seharian kanak-kanak. Pada awal
tahun, modul teras tema mengambil masa lebih kurang 35% masa prasekolah tetapi
pada akhir tahun peratus masa perlu dinaikkan. Guru boleh menggunakan tema
pembelajaran mengikut keperluan setempat dan keperluan semasa.
25
Walaubagaimanapun, adalah dicadangkan tema-tema ini dibina berdasarkan
kategori berikut iaitu Diri saya, Negara saya, Alam Hidupan, Alam Bahan, Alam
Fizikal dan Alam Semulajadi ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009 ).
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010.
4.2.1 Peruntukan Masa
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
26
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
27
Sumber : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010
5.0 ULASAN UMUM BERKAITAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) telah dilaksanakan pada tahun 2003
sehingga 2009. Namun pada 2008/2009 KPK telah disemak semula untuk
memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan tidak terlalu
membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada kesinambungan dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
Pada tahun 2010 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan telah
dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat prasekolah. Justeru itu, sistem
pendidikan Negara perlu memberi penekanan terhadap perubahan yang berlaku
28
kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda serta
pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat .
Antara perubahan yang telah dilakukan melalui Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan adalah memastikan Kurikulum yang holistik dan sentiasa
relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran
semasa dan masa depan. Kurikulum baru ini juga boleh memperkukuhkan
kemahiran berfikir, berkomunikasi, inovasi, kreativiti dan keusahawanan. Selain itu,
murid dipastikan mempunyai nilai tambah seperti penguasaan pelbagai bahasa,
beretika, yakin diri, jati diri, daya kepimpinan, semangat patriotik, pegangan teguh
kepada ajaran agama.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan juga memastikan kanak-kanak
Malaysia mendapat early start dalam pendidikan melalui program prasekolah. Dalam
perubahan ini juga guru memainkan peranan penting dalam p & p bagi menjadikan
pengalaman pembelajaran di prasekolah lebih bermakna dan menyeronokkan serta
memastikan kesinambungan antara prasekolah dengan Tahun 1 ( Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2009).
Perubahan-perubahan yang telah dilakukan adalah merangkumi
perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan di semua sekolah.
Penambahan masa pengajaran dan pembelajaran di prasekolah telah ditingkatkan
menjadi 4 jam sehari bermula jam 7.30 pagi sehingga 11.30 tengahari. Menurut
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong, penambahan waktu
pembelajaran berbanding dua hingga tiga jam sebelum ini kepada empat jam dapat
memastikan kanak-kanak mendapat pembelajaran secukupnya selaras dengan
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
29
Perubahan ini bakal menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak
( Bernama ).
Selain itu, penggunaan bahasa pengantar semasa pengajaran dan
pembejaran adalah menggunakan bahasa Malaysia (50%) dan bahasa Inggeris
(50%). Ini menunjukkan berlakunya perubahan didalam proses pengajaran dan
pembelajaran prasekolah. Langkah yang telah diambil oleh kementerian merupakan
satu anjakan yang positif kepada kanak-kanak prasekolah untuk masa hadapan.
30
RUJUKAN
Ahmad Zakiyon Ismail (2009). Konsep pengajaran dan pembelajaran awal kanak-
kanak (Online). Diperoleh pada 1 September 2010 daripada World Wide Web
zakiyon09.files.wordpress.com/.../awal-sains-dan-matematik-pbk.ppt
Akta Pendidikan 199enam (Online). Diperolehi pada 1 september 2010 daripada
World Wide Web: http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan
%201996.pdf
Ali Abdul Ghani (2008). Konvokesyen Nasional PIPP Kedua : Membangun Modal
Insan. Bahagian Pembangunan Kurikulum( Online ): Kementerian Pelajaran
Malaysia. Diperolehi pada 2 September 2010 daripada World Wide Web :
http://sppkkedah.blogspot.com/2009/10/membangun-modal-insan.html
Bernama. Waktu Belajar di prasekolah ditambah jadi empat jam (Online). Diperoleh
pada 3 September 2010 daripada World Wide Web: http://prasekolah-
kpm.blogspot.com/com/2010_01_01_archive.html
Kementerian Pelajaran Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum (Online).
Diperolehi pada 1 September 2010 daripada World Wide Web:
http://praskseafield.blogspot.com/2009/12/kurikulum-standard/prasekolah.htm
l
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
(Online). Diperolehi pada 2 September 2010 daripada World Wide Web:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Kurikulum Standard
PrasekolahKebangsaan:
31
Dokumen Standard Prasekolah.
Kurikulum Pendidikan Islam (Online). Diperoleh pada 1 september 2010 daripada
World Wide Web: http://www.ppdbd.edu.my/index.php?
view=article&catid=19%3Apra-sekolah&id=5enam%3Akurikulum-pendidikan-
islam&option=com_content&Itemid= 72
Perkembangan Kreativiti (Online). Diperoleh pada 2 September 2010 daripada World
Wide Web : http://ppdbd.edu.my/index.php?view=article&catid=19%3Apra-
sekolah&id=5empat%3Aperkembangan
kreativiti&option=com_content&Itemid=81
Prasekolah (Online). Diperolehi pada 3 September 2010 daripada World Wide Web:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasekolah.
Bernama. Waktu Belajar di prasekolah ditambah jadi empat jam (Online). Diperoleh
pada 3 September 2010 daripada World Wide Web: http://prasekolah-
kpm.blogspot.com/com/2010_01_01_archive.html
Zurida Ismail, Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah Ali (2003). Pendidikan
Sains Prasekolah. PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd: Pahang.
32