Download - KOMSAS TINGKATAN 2 ( KETENANGAN )
KETENANGANOLEH:NOR RASIDAH MOHD
NAMA AHLI KUMPULAN:*Nurul Nurjannah Bt Zaini Kamal*Nur Shahirah Bt Nor Azmi
Maksud Rangkap
Rangkap 1:Penyajak berusaha mencari tetapi pada permulaannya dia gagal
Rangkap2:Kemudian penyajak menemui ketenangan.
Rangkap 3:Penyajak mulai sedar bahawa ketenangan bukannya bertitik tolak daripada kehidupan yang senang, dan mewah.
Rangkap 4:Ketenangan sebenarnya akan berada dalam jiwa jika seseorang itu beriman, iaitu sentiasa mendekati ALLAH.
TEMAKetabahan hati
seseorang mencari ketenangan
PERSOALAN
Ketenangan hendaklah dicari.Seseorang akan merasa lega
jika tenang.Penentu ketenangan dalam
kehidupan.Ketenangan berkait rapat
dengan keimanan
NADA
Melankolik(Berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita
BENTUKSajak ini terdiri daripada 4 rangkap.Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama,iaitu
rangkap pertama mempunyai 7 baris,rangkap kedua dan rangkap keempat mempunyai 4 baris,manakala rangkap ketiga mempunyai 5 baris.
panjang pendek barisnya tidak sama,iaitu antara 1 hingga 4 patah kata atau 4 hingga 11 suku kata sebaris.Contohnya:A) Ketenangan ( 1 patah kata/4 suku kata)B) Kini ku temui mu ( 2 patah kata/7 suku kata)
Sajak ini berbentuk bebas.
Unsur-Unsur Bunyi
Asonansi: Contohnya, bahawa ketenangan (pengulangan vokal a) Aliterasi:Contohnya, kekayaan dan kemewahan (pengulangan konsonan k)Rima akhirnya bebas. Contohnya: a) Rangkap 1: aabcddd b) Rangkap 2: abcc c) Rangkap 3: abcbb d) Rangkap 4: abcd
Gaya Bahasaa)Sinkope:Contohnya, mu,ku.b) Personifikasi: Contohnya, jiwaku meraba,hatiku terseksa.(rangkap pertama)c) Anafora: Contohnya, suasana sepi menjadi riang, suasana gelap menjadi riang. (rangkap kedua)d)Perlambangan: Contohnya, gelap
NilaiKetabahan.Contohnya,Penyajak tabah menghadapi cabaran dalam hidupnya.Keazaman yang kuat.Contohnya, penyajak berazam untuk mencari ketenangan dalam hidupnya.Kebijaksanaan. Contohnya,Penyajak bijak mencari kemewahan dan kesenangan.Keimanan. Contohnya,Penyajak berusaha meningkatkan keimanan demi mendapatkan ketenangan jiwa.Berfikiran rasional. Contohnya, Penyajak berusaha mencari ketenangan jiwa dengan cara mendekatkan dirinya dengan ALLAH.
PengajaranKita janganlah melayani perasaan yang negatif.Kita hendaklah berusaha mencari ketenangan.Kita hendaklah sedar bahawa harta benda
tidak semestinya dapat memberi ketenangan kepada kita.
Kita hendaklah berusaha meningkatkan iman
SOALAN
1)Apakah nada bagi sajak ini?
2)Berikan rima akhir rangkap pertama.
3)Berikan contoh gaya bahasa personifikasi yang terdapat dalam rangkap pertama.