Download - Ketamine
Ketamin
Penyalahgunaan suatu ubat anestetik
Sejarah Mula-mula disintesis pada 1962 oleh Calvin Stevens di Makmal Parke Davis
semasa mencari suatu anestetik pengganti yang lebih selamat daripada PCP. Beliau menamakannya CI581.
Digunakan pada 1960an sebagai anestetik dalam Peperangan Vietnam, tetapi dielakkan kini sebab ia menyebabkan kesan-kesan yang tidak diingini seperti pengalaman out-of-body.
Kesan-kesan sampingan yang tidak diingini inilah yang memulakan penggunaan psikedelik pada 1965.
In 1969 Ketalar (ketamine hidroklorida) dapat diperolehi melalui preskripsi.
Kini ketamin menjadi popular di kalangan remaja dalam senario dadah; ia digunakan dalam kombinasi dengan lain-lain dadah dalam tarian di rave parties.
Nama Biasa / Istilah Slanga K
Special-K
Vitamin K
Cat Valiam
Kit Kat
Purple
K-hole
K-land
God
Jet
Super acid
Green
Klasifikasi
Klasifikasi farmakologi – anestetik untuk prosedur pembedahan kecil pada manusia dan haiwan
Klasifikasi perundangan – dadah merbahaya
Apa itu Ketamin?
Suatu anestetik yang bertindak-cepat dan mempunyai ciri-ciri memisahkan fungsi otak daripada badan (dissociative).
Oleh kerana otak tidak lagi memproses maklumat dari sistem saraf, daya kesedaran akan berkembang dan mengakibatkan kesan halusinogenik.
Bentuk Ketamin Terdapat dalam 3 jenis
Serbuk putih yang disedut; seakan-akan kokain tetapi mempunyai tekstur yang lebih licin dan tidak berketul ketika basah. Kebanyakan pengguna ketamin mula menggunakannya dalam bentuk serbuk.
Pil atau kapsul dilabelkan dengan jenama Ecstasy. Bentuk pil sangat cair dan memberi kesan sederhana.
Cecair – ketamin hidroklorida digunakan sebagai anestetik di hospital di bawah jenama Ketaset, Ketavet, Ketalar.
Mekanisme Tindakan
Menghalang tindakan reseptor NMDA
Mengakibatkan keadaan anestesia
yang memisahkan (dissociative anaesthesia)
Membawa kepada kehilangan Membawa kepada kehilangan deria, analgesia, amnesia deria, analgesia, amnesia tetapi pengguna tidak tetapi pengguna tidak hilang kesedaran diri hilang kesedaran diri
(consciousness)(consciousness)
Mekanisme Tindakan…sambungKetamin ialah antagonis glutamate yang tidak berlawanan (terikat pada reseptor NMDA).
Menyekat reseptor itu melalui 2 cara:
Menutup saluran terbuka dengan menduduki suatu tapak di reseptor protin dalam saluran itu.
Mengurangkan frekuensi pembukaan saluran NMDA melalui pengikatan dadah kepada suatu tapak lain di luar reseptor protin.
Terikat dengan reseptor opioid – antagonis Mu dan Kappa.
Mungkin menhalang pengambilan semula DA di nucleus akumbens.
Bagaimana Ketamin Digunakan
Sebagai tranquilizer pada haiwan
Berbentuk cecair; disuntik, dicampur dalam minuman atau ditambah pada bahan yang dihisap seperti rokok
Serbuk boleh dilarutkan untuk suntikan
Juga boleh disuntik melalui otot (intra-muscular)
Kegunaan Dalam Rawatan
Graf kulit (skin grafting) untuk mangsa terbakar
Prosedur pembedahan di kulit, telinga, mata dan mulut (pencabutan gigi)
Pakar obstetrik menggunakannya untuk membantu proses membesar (dilation)
Menembusi kesakitan pada pesakit kanser
Merawat gangguan personaliti pada pesakit alkoholik
Merawat ketagihan heroin
Mengkaji masalah skizofrenia
Kini Digunakan
Sedang Dikaji
Kesan-kesan
Pada dos rendah – kesan sederhana, bertindak sebagai stimulan yang luar biasa (weird).
Pada dos sederhana dan tinggi – menjadi suatu dadah psikedelik yang sangat kuat dan melumpuhkan. Kesan-kesannya menyerupai kombinasi kokain, kanabis, candu, nitrous oksida dan alkohol. Menghasilkan kesan-kesan yang dipanggil K-Hole, out-of-body atau pengalaman hampir-mati.
Kesan Awal (onset)
Tindakbalas sangat cepat
Pengguna tidak boleh bergerak dalam masa 10-20 minit
Pada dos yang tinggi – mengalami keadaan out-of-body dan hampir mati
Waktu Puncak (peak)
Pengguna berkebolehan melihat sesuatu yang mengkagumkan, halusinasi dan merasa boleh berkomunikasi dengan kuasa yang tidak pernah disedari sebelum ini.
Menjadi bersawai (fall into a trance)
Kesan Penurunan (comedown)
Keadaan ‘high’ bertahan sehingga 45-90 minit tanpa mengira jumlah dos.
Lebih singkat sekiranya pengguna mempunyai tolerans yang tinggi.
Kesan-kesannya cepat hilang.
Kesan Kemudian (after-effects)
Berasa lesu
Rasa sakit
Hilang orientasi
Terkejut
Penagih tegar boleh memasuki alam fantasi (dipanggil K-world)
Kesanya pada Otak
Terikat pada dan menghalang receptor glutamate. Glutamate memainkan peranan penting dalam proses pemikiran, ingatan, pergerakan, pertuturan, sesasi dan persepsi.
Glutamate ialah penghantar neuro yang menjalankan aktiviti sel-sel dan juga sebahagian daripada mekanisme on-off seperti komputer yang wujud dalam semua aktiviti/fungsi otak.
Kesannya pada Otak…sambung
Dengan menghalang aktiviti glutamate, seluruh aktiviti sel tidak berjalan lagi atau mengubah cara bagaiman kluster sel itu mentafsirkan data yang diterima. Keputusannya ialah kesan K-hole di mana beberapa bahagian otak akan mengalami keadaan berhibernasi, terutamanya deria dan sensai fizikal, manakala daya imaginasi dan persepsi minda akan diperbesarkan.
Dos (mengikut berat badan - mg/lb)
Mempunyai keluk dos-respons yang sangat curam
Dos Nasal Oral Rektum I.M.
Had 0.1 0.3 0.3 0.1
Ringan 0.15 0.6 0.6 0.15
Lazim 0.3 0.75 - 2 0.75 - 2 0.2
Kuat 0.5 - 0.75 1.5 – 2.5 1.5 – 2.5 0.5
K-hole 1 3 - 4 3 - 4 0.75
Anestetik 1
Kesan Lazim untuk Dos yang Disedut
Dos rendah (10 – 75mg)
Euforia sederhana; menyebabkan ketamin digunakan sebagai alternatif kepada Ecstasy
Mengurangkan deria bau dan rasa
Menguatkan persepsi visual dan sentuhan
Kesan Lazim untuk Dos yang Disedut …sambung
Dos sederhana (60 – 125mg)
Membayangkan semua benda dalam pergerakan perlahan
Berdengung di telinga
Terpisah daripada persekitaran
Hilang daya kordinasi
Langsung tidak boleh bergerak dalam masa kurang daripada 10 minit
Kesan Lazim untuk Dos yang Disedut …sambung
Dos besar (100 – 250 mg)
Berada dalam keadaan k-hole di mana pengguna tidak berupaya membuat apa pun; berada dalam keadaan hampir-mati dengan hanya merenung pada siling.
Dos mega ( 250+ mg)
Tidak sedar diri
Dos yang disedut boleh mengakibatkan lebih banyak kesan out-of-body berbanding dos oral.
Dos Oral
Dadah itu terus bertindak dihati dan diproses kepada norketamin
Norketamin lebih keupayaan untuk mengebaskan, menenangkan atau mengurangkan kesakitan
Lebih susah untuk berjalan atau bergerak
Kesan-kesan psikedelik bermula dengan lebih perlahan dan bertahan lebih lama sehingga 4 jam
Ketamin yang Disuntik
Bertindak lebih cepat dan memberi kesan yang lebih kuat.
Bermula selepas 30 saat dan bertahan selama 10 minit.
Untuk suntikan dalam otot kesannya bermula selepas 2 – 4 minit dan bertahan sehingga sejam.
Bahaya Ketamin
Agak selamat berbanding kebanyakan dadah rekreasi.
Tidak mungkin mengambil dos berlebihan secara sendiri memandangkan marjin keselamatan yang luas dan pengguna akan hilang kesedaran sebelum mencapai dos maut.
Bahaya fizikal – ketidakmampuan atau melumpuhkan.
Bahaya jangka-panjang – mengakibatkan kerosakan otak dalam bentuk ‘Olney’s lesions’ atau ‘vacuoles’.
Penagihan
Tidak menagih secara fizikal tetapi secara psikologikal yang boleh menyebabkan ketagihan memandangkan kesan yang diingini dalam tempoh yang pendek.
Tolerans
Tolerans cepat meningkat dengan penggunaan kerap.
Memerlukan dos yang menambah dan pengguna mengalami high yang berkurangan.
Penagih kronik yang menyuntik akan mendapat tolerans yang kekal.
Selepas beberapa bulan penggunaan, mereka tidak lagi mengalami kesan-kesan psikedelik.
Pergantungan
Ketamin menghasilkan keadaan yang memisahkan. Pengguna akan berada dalam khayalan, melihat imej yang sangat jelas, mengalami halusinasi dan keracauan.
Pergantungan adalah terhad.
Penghentian selepas penggunaan berterusan mungkin memberi simptom tarikan yang melibatkan ciri-ciri psikotik.
Simptom Tarikan
∆ Tidak memberi simptom tarikan pada pengguna kronik.
∆ Ketegangan, bergerak-gerak (twitch), hilang daya tumpuan.
∆ Penagih berterusan yang mengekang diri daripada ketamin akan menjadi gelisah disebabkan ciri-ciri penenang norketamin yang memanjang (linger) dalam aliran darah.
Mencampurkan dengan Lain-lain Dadah
Ketamin bukan satu campuran yang baik.
Ubat penenang pernafasan seperti alkohol dan valium memberi risiko yang tinggi.
Tiada kajian saintifik tentang kesan campuran ketamin dengan lain-lain dadah. Kesan-kesan yang tersenarai di bawah adalah seperti yang dilaporkan oleh penagih.
Alkohol
Menyebabkan rasa loya dan muntah
Menyekat pernafasan pada dos tinggi
Amfetamin
Memberi kesan MDMA/kokain dan kesan dadah psikedelik
Amyl nitrate
Kesan keseronokan
Kanabis
Memperkuatkan kesan kanabis terutamanya imejan tutup-mata (closed-eye imagery)
Ecstasy
Memanjangkan kesan psikedelik Ecstasy
Heroin
Berlawanan dengan kesan psikedelik ketamin
Menyekat sistem pernafasan
LSD
Menyebabkan pengalaman ketamin menjadi lebih luar biasa (weird)
Meningkatkan keupayaan ketamin untuk mencetuskan pengalaman out-of-body
Cendawan ajaib
Masa berpanjangan (time slows down)
Tiada masalah kesihatan dilaporkan
Tembakau
Dalam situasi pemikiran yang kabur akibat kesan ketamin, penagih boleh mengakibatkan kebakaran!
Valium
Ubat penenang adalah bahaya jika dicampur dengan ketamin
Mencampurkan dengan Lain-lain Dadah …sambung
Kesan Psikedelik
Pengguna merasa mereka telah bergabung dengan orang lain dan telah menjadi benda yang tidak bernyawa seperti dinding, permaidani dsb.
Mengalami perasaan out-of-body.
Mengatasi masa (transcedence of time)
Mengalami evolusi
Perkembangan kesedaran.
Psikedelik bererti membuka minda.
Kesan Psikedelik …sambung
Ketamin akan mengasingkan fungsi otak daripada badan, minda akan berkembang dengan imaginasi yang sangat kuat; keadaan ini boleh dibandingkan dengan khayalan (waking dream).
Kesan Sampingan
Kesan teruk: merosakkan semua deria khususnya penglihatan, pengimbangan, jangka waktu
Kardiovaskular: penindas separuh
Gastro-usus: meloya
Musculoskeletal: penenang
Neurologikal: analgesia
Pernafasan: menindas sebahagian
Rujukan
National Institute on Drug Abuse
Wikipedia, the free encyclopedia.htm
Project GHB.org
U.S. Drug Enforcement Administration
Kenneth KC Lee, Pharmacology of MDMA, Ketamine and Methamphetamine
Erowid Ketamine Vault Basics.htm
Ketamine Index – The Good Drugs Guide.htm
Dr. Andy Tomlinson, Ketamine Update in Anaesthesia, Practical Procedures, Issue 4, 1994
Karl Jansen, Ketamine and the people.htm
DK Lim, Ketamine Associated Psychedelic Effects and Dependence, Singapore Med J 2003 Vol 44(1): 031-034
Cynthia Hall, Hallucinogens, Implications for Treatment and Therapy, 2004