Download - kertas kerja bijak sifir
KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK SIFIR
TARIKH 18 JULAI HINGGA 12 OGOS 2011
TEMA SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK
TEMPAT SEKOLAH KEBANGSAAN JELEMPOK
ANJURAN BERSAMA PANITIA MATEMATIK SKJ
KERTAS KERJA PROGRAM BIJAK SIFIR
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Firman Allah SWT di dalam surah An-Nahl:125, mafhumnya:-
Ajaklah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh teladan yang terbaik dan berhujah lah dengan kata-kata yang baik.
1.0
PENGENALAN
Alhamdulillah, segala pujian dan syukur buat al-Khaliq yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di atas segala rahmat. Selawat dan salam kasih untuk junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat seterusnya mata rantai agama Allah yang mengikut sunnah Baginda S.A.W sehingga hari Qiamat. Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Program ini akan diadakan selama empat minggu, di mana muridmurid yang terlibat akan diberi satu buku Bijak Sifir yang memerlukan mereka untuk mendapatkan tandatangan guru, ibu atau bapa dan juga rakan sebaya. Bagi mendapatkan tandatangan tersebut,murid-murid perlu
membaca sifir tanpa melihat buku sifir di hadapan guru, ibu atau bapa dan juga rakan mereka. Sasaran sifir yang ditetapkan ialah sifir 1, sifir 2, sifir 3, sifir 4, sifir 5, sifir 6 sifir 7, sifir 8, sifir 9, sifir 10, sifir 11 dan sifir 12. Ini bermakna, murid-murid perlu mendapatkan sebanyak 36 tandatangan. Murid-murid yang berjaya mendapatkan semua tandatangan dalam tempoh yang diberi akan diberi cenderamata.
2.0
MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir. Di samping itu, ia mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek Matematik.
3.0
OBJEKTIF
1. Menguasai kemahiran mengingati sifir. 2. Memberi kehidupan. 3. Persediaan menghadapi ujian-ujian akademik. 4. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab, berdedikasi dan berbudi pekerti mulia. 5. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam
4.0
NAMA PROGRAM
PROGRAM BIJAK SIFIR
5.0
TEMA
SIFIR, MEMPERKASA MATEMATIK
6.0
ANJURAN
Panitia Matematik SKJ
7.0
TARIKH
18 Julai hingga 12 Ogos 2011
8.0
TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Jelempok (SKJ)
9.0
KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5
10.0
AHLI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA
PENAUNG
: En. Mohd Noor Bin Ismail Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jelempok.
PENGERUSI
: En. Wan Nizar Bin Wan Yusof Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Kebangsaan Jelempok.
NAIB PENGERUSI
: En. Ridzuan Bin Ramli Ketua Panitia Matematik, Sekolah Kebangsaan Jelempok
SETIAUSAHA
: Cik Noor Farhana Binti Adnan
PENYEDIAAN BOOKLET
: Cik Siti Sarah Binti Mohd Nasir
PAMPLET & DOKUMENTASI
: En. Md Sori Bin Md Nor
CENDERAMATA
: Pn. Rogayah Binti Abdullah
12.0
KOS PROGRAM
Bil 1 2
Perkara Alat Tulis Hadiah Jumlah
Kos RM50.00 220 X RM5.00 = RM75.00 RM125.00
13.0
PENUTUP
InsyaAllah,
kami
amat
mengharapkan
agar
program
ini
dapat
dilaksanakan seperti yang dicita-citakan. Semoga Allah memberkati niat murni kami ini dan seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakannya. Wassalam.
Disediakan oleh,
----------------------------(NOOR FARHANA BINTI ADNAN) Setiausaha Program Bijak Sifir, Sekolah Kebangsaan Jelempok.
Disokong oleh,
----------------------------(EN. RIDZUAN BIN RAMLI) Naib Pengerusi Program Bijak Sifir, Sekolah Kebangsaan Jelempok
Diluluskan oleh,
----------------------------(EN. MOHD NOOR BIN ISMAIL) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jelempok