KERJASAMA RESORTS WORLD BERHAD DENGAN KEMENTERIAN
KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN (KeKKWa) DALAM
MENGEMBANGKAN SENI PERSEMBAHAN KAUM CINA.
KAJIAN KES : PERTANDINGAN TARIAN SINGA ANTARABANGSA KE-7
CHAN MEE CHIN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
Pengurusan Seni
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
ii
PENGHARGAAN
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana usaha Resorts World
Berhad dan KeKKWa dalam mengembangkan seni persembahan kaum Cina
menerusi kerjasama pertama dalam Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7.
Di sini penyelidik ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam menjayakan penyelidikan ini.
Terlebih dahulu, penyelidik ingin mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar
dan nasihat daripada para pensyarah Pengurusan Seni, terutamanya penyelia projek
tahun akhir penyelidik, Puan Noria Anak Tugang. Komen dan cadangan beliau
mendorong penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih bagus. Masa dan
tenaga telah dicurahkan sepanjang penyeliaan beliau untuk meminpin penyelidik
dalam projek tahun akhir ini. Jasa beliau amat dihargai.
Penyelidik juga ingin berterima kasih atas kerjasama daripada pegawai-
pegawai dua organisasi kajian Resorts World Berhad dan KeKKWa, iaitu Encik
Wong Kok Chee, Puan Noorsiah bt. Sabri, Cik Sharlina bt. Alias dan Encik Makhtar
bin Mustapha yang sudi meluangkan masa untuk memberikan maklumat-maklumat
serta pendapat dan cadangan yang membina berkaitan dengan penyelidikan ini.
iii
Akhir sekali, sokongan daripada ibu bapa dan rakan-rakan memberi semangat
kepada penyelidik untuk menghasilkan penyelidikan ini. Tanpa sokongan dan
kerjasama daripada pelbagai pihak tidak mungkin penyelidikan ini dapat dihasilkan
dengan berjaya.
Sekian, terima kasih.
iv
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
PENGAKUAN i
PENGHARGAAN ii -iii
ABSTRAK viii-ix
BAB 1 PENGENALAN
1. 1 Pengenalan 1 - 3
1.1.1 Latarbelakang 4 - 6
Resorts World Berhad
1.1.2 Latarbelakang
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 7 - 9
(KeKKWa)
1.1.3 Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 10-11
1.2 Definisi 12
1.2.1 Kerjasama 12
1.2.2 Mengembangkan 13
1.2.3 Seni Persembahan 13-14
1.2.4 Kaum Cina 15
1.2.5 Tarian Singa 16-19
1.3 Objektif 20-21
1.4 Hipotesis 22
1.5 Skop Kajian 23-24
1.6 Permasalahan Kajian 25-26
1.7 Kepentingan Kajian 27-28
1.8 Rumusan dan Kesimpulan 28
v
BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN 29-69
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 70
3.2 Lokasi Kajian 70-71
3.2.1 Organisasi Kajian 71
3.2.1.1 Resorts World Berhad 72
3.2.2 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 73-74
(KeKKWa)
3.2.2 Perpustakaan 75
3.3 Sumber Data 76
3.3.1 Data Primer 76
3.3.1.1 Kuantitatif 76-77
3.3.1.2 Kualitatif 78-79
3.3.2 Data Sekunder 79
3.4 Populasi 80-81
3.5 Persampelan 82
3.6 Instrumen Kajian 83
3.7 Limitasi Kajian 84-86
3.8 Rumusan dan Kesimpulan 86
vi
BAB 4 ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 87
4.2 Penganalisaan Data 87
4.2.1 Borang Soal Selidik 87
4.2.1.1 Kajian Soal Selidik terhadap 88-104
Penonton Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7
4.2.1.2 Kajian Soal Selidik terhadap Masyarakat Kuala Lumpur 105-129
dan Pengunjung Genting Highlands
4.2.2 Temuramah
4.2.2.1 Encik Wong Kok Chee 130-135
Eksekutif Bahagian Promosi dan Hiburan
4.2.2.2 Puan Noorsiah bt Sabri 136-142
Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara
4.2.2.3 Sharlina bt Alias 136-142
Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Negara
4.2.2.4 Encik Makhtar bin Mustapha 143-146
Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara dan
Perhubungan Awam
4.3 Kesimpulan 147
vii
BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 148
5.2 Rumusan 149-152
5.3 Cadangan 152
5.3.1 Kerjasama kerajaan dengan sektor swasta dalam 153-154
mengembangkan seni persembahan kaum Cina
5.3.2 Memperbanyakkan penganjuran acara kebudayaan Cina 155-156
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
5.3.3 Mempertingkatkan promosi 157-159
5.3.4 Persatuan-persatuan tarian singa di Malaysia 159
5.3.5 Menerapkan tarian singa sebagai ko-kurikulum 160
di peringkat sekolah
5.3.6 Dokumentasi warisan seni persembahan Cina 161
5.4 Cadangan untuk kajian akan datang 162-164
5.5 Kesimpulan 165-166
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
viii
ABSTRAK
Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 merupakan satu acara seni
persembahan tarian Cina dalam Festival Kuala Lumpur 2006. Pertandingan tersebut
merupakan hasil kerjasama pertama kali antara Resorts World Berhad dengan
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa). Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kerjasama antara Resorts World Berhad
dengan KeKKWa dalam usaha mengembangkan seni persembahan kaum Cina.
ix
ABSTRACT
The 7th Genting World Lion Dance Championship is a Chinese dance
performance of the Kuala Lumpur Festival 2006. The purpose of this research is to
study the effectiveness of the first joint effort by Resorts World Berhad and the
Ministry of Culture, Arts and Heritage Malaysia in presenting the 7th
World Lion
Dance Championship and promote the Chinese performing arts.
BAB 1
PENGENALAN
BAB 2
SOROTAN KESUSASTERAAN
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
BAB 4
ANALISA DATA DAN
DAPATAN KAJIAN
BAB 5
CADANGAN DAN
RUMUSAN KAJIAN
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
SOALAN TEMURAMAH
BORANG SOAL SELIDIK
1
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sepanjang bulan Julai, Kuala Lumpur dimeriahkan dengan Festival Kuala
Lumpur 2006 (Festival KL) yang dianjurkan buat julung kalinya atas usaha
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dengan kerjasama
Kementerian Penerangan, Kementerian Pelancongan dan Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur. Penghormatan diberikan kepada sektor seni, budaya dan warisan kita pada
bulan ini. Festival KL 2006 menyemarakan bakat dan daya kreativiti para karyawan
serta pejuang kesenian dan budaya tradisional turun-temurun. Festival ini merupakan
peluang keemasan untuk rakyat Malaysia dan pelancong-pelancong asing menyelami
keindahan warisan negara yang kaya dengan nilai kebudayaan. (Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara, KL Festival 2006 Di Sini Semaraknya Seni!)
Kenyataan Media Pelancaran Awalan Festival Kuala Lumpur 2006 yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara pada 12 Jun 2006
menyatakan bahawa Festival KL merupakan sebahagian dari inisiatif ke arah
menjayakan matlamat Kuala Lumpur sebagai pusat kegiatan kesenian antarabangsa.
Festival yang berlangsung selama sebulan bermula dari 1 sehingga 31 Julai 2006 ini
diserikan dengan pelbagai pengisian aktiviti selari dengan tema program iaitu“ Di
Sini Semaraknya Seni! ”
2
Acara-acara dalam Kalendar Acara Festival KL terbahagi kepada beberapa
kategori iaitu :
Seni Persembahan
Seni Tampak
Warisan
Permainan Tradisional
Bahasa dan Persuratan
Citrarasa Malaysia
Lain-lain acara
( Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,
KL Festival 2006 Di Sini Semaraknya Seni!)
Kemeriahan Festival KL diteruskan hingga ke Kota Keriangan, Arena of
Stars Genting Highlands yang menampilkan Pertandingan Tarian Singa
Antarabangsa ke-7. (Berita Harian, 7 Julai 2006) Acara tersebut merupakan acara
seni persembahan kategori tarian dalam Kalendar Festival KL 2006. Pertandingan
antarabangsa yang melibatkan penyertaan daripada pasukan tarian singa dalam dan
luar negara ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 21 hingga 23 Julai 2006.
Pusingan kelayakan diadakan pada 21 dan 22 Julai manakala pusingan akhir pada 23
Julai 2006.
Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 dipersembahkan oleh Genting
– Kota Keriangan selaku penaja tempat acara dengan usaha sama Pergabungan
Persatuan-persatuan Tarian Naga dan Singa Selangor dan Wilayah Persekutuan
3
sebagai penganjur dan Vitagen sebagai minuman rasmi bagi pertandingan ini.
Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 pada tahun ini turut mendapat
sokongan daripada KeKKWa sejajar dengan usaha untuk mengetengahkan
keindahan dan kepelbagaian unsur-unsur kebudayaan, kesenian dan warisan pelbagai
kaum supaya dihayati oleh seluruh masyarakat setempat dan antarabangsa.
(7th Genting World Lion Dance Championship 2006 Souvenir Programme)
Pengisian Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 sebagai salah satu
acara Festival KL kerana acara tersebut bersesuaian dengan objektif festival ini
seperti yang dinyatakan dalam Kenyataan Media Pelancaran Awalan Festival
Kuala Lumpur 2006 iaitu untuk melaksanakan satu festival kebudayaan, kesenian
dan warisan yang bertaraf antarabangsa di Malaysia. Kedua, menonjolkan keunikan
seni budaya Malaysia dan nama negara kepada dunia luar melalui penglibatan
masyarakat antarabangsa dalam festival ini. Ketiga, menempatkan Festival Seni,
Budaya dan Warisan Malaysia dalam kalendar acara kebudayaan tahunan peringkat
antarabangsa.
Keistimewaan Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa ke-7 antara 40
program yang berlangsung sepanjang bulan Julai ini adalah acara tersebut
merupakan satu-satunya acara kebudayaan Cina yang diterapkan dalam Kalendar
Acara Festival KL 2006. Dalam acara ini menampakkan kerjasama yang
menggalakkan antara sektor swasta dengan kerajaan, iaitu kerjasama antara Resorts
World Berhad dengan KeKKWa dalam usaha mengembangkan tarian singa sebagai
warisan seni persembahan kaum Cina.
4
1.1.1 Latarbelakang
Resorts World Berhad
Menurut catatan dalam The Genting Group, Kumpulan Genting ditubuhkan
pada tahun 1965 dengan usaha pengasas, Tan Sri Dato’Lim Goh Tong
membangunkan satu hotel di tanah tinggi yang kini berkembang menjadi Pusat
Peranginan Genting Highlands, Kota Keriangan “City of Entertainment” dan salah
satu destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.
Genting Berhad ditubuhkan sebagai satu syarikat sendirian berhad pada tahun
1968. Genting Berhad distrukturkan semula pada tahun 1989 untuk menjadi sebuah
syarikat pelaburan dan pengurusan manakala bidang permainan dan hotel serta
operasi yang berkenaan dengan peranginan dipindahkan ke anak syarikat Resorts
World Berhad. Resorts World Berhad merupakan cabang industri peranginan dan
perhotelan di bawah Genting Berhad. Visi Resorts World Berhad adalah untuk
menjadi koperasi peranginan, hiburan dan perhotelan yang utama di dunia.
(Genting Berhad, The Genting Group)
Pencapaian Resorts World Berhad telah mendapat pengiktirafan di peringkat
antarabangsa. Antara anugerah-anugerah yang pernah diterima oleh Resorts World
Berhad adalah sebagai Pusat Peranginan Keluarga atau Taman Tema Mewah Terbaik
dan Pencapaian Terulung dalam Hotel atau Pusat Peranginan oleh Anugerah
5
Hospitaliti Asia Platinum 2003-2004, Syarikat Terbaik Asia 2002 – Sektor Hotel
oleh Majalah Global Finance dan Pusat Peranginan Hiburan dan Keluarga Bertaraf 5
Bintang Terbaik pada World Asia Media Millennium Gold Awards 2001/2002.
(Genting Berhad, The Genting Group)
Menurut Resorts World Berhad Annual Report 1997, pada tahun 1997
Kumpulan Genting terus kekal sebagai destinasi percutian Malaysia yang utama.
Kemudahan hiburan telah diperkembangkan untuk mempromosikan imej baru
Resorts World Berhad sebagai Kota Keriangan “City of Entertainment”. Kini,
Resorts World Berhad mempunyai kemudahan tempat pertunjukan yang berprestij
untuk mengadakan acara-acara tempatan atau antarabangsa. Antaranya terdapat tiga
lokasi pertunjukan yang utama iaitu Arena of Stars, Genting International Showroom
dan The Pavilion.
6
Arena of Stars
Arena of Stars merupakan satu dewan hiburan serbaguna baru yang sebelum
ini adalah sebuah panggung terbuka. Dewan ini terletak di Taman Tema Luar
mempunyai kapasiti untuk menampung 6,000 penonton. Pertunjukan besar pertama
yang diadakan di Arena of Stars adalah “Sally Yeh & George Lam Concert” pada
Januari 1998. Persembahan artis-artis ternama seperti konsert Sir Cliff Richard,
Westlife, Richard Clayderman dan Maksim pernah diadakan di Arena of Stars.
Majlis anugerah berprestij turut diadakan di sini, antaranya termasuk Anugerah Era,
Miss Malaysia Universe Pegeant, International India Film Academy (IIFA) Awards,
Astro Talent Quest dan Pertandingan Tarian Singa Antarabangsa.
(Resorts World Berhad, 1997 : 22)