Download - Kerja Projek PBS sem1 (viva)
PENGAJIAN AM STPM
NAMA : KAYLLY LOURDES JULIUS
GURU MENGAJAR : PN SUANA BINTI JAID
NAMA GURU VIVA : EN MARZUKI BIN ZAINUDDIN
PN RABELINA GANGKOK
NAMA SEKOLAH : SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG
KELAS : PRA-U EKO/PP TAHUN 2
SUBJEK : PENGAJIAN AM
TAJUK KAJIAN & OBJEKTIF KAJIAN
TAJUK: Kecenderungan penggunaan bas kilang dalam kalangan pekerja kilang SFI. OBJEKTIF KAJIAN:
Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pekerja kilang cenderung untuk menggunakan bas kilang
Mengenalpasti masalah pengangkutan bas yang dihadapi oleh pekerja kilang SFI.
SKOP KAJIAN: Tempoh kajian dijalankan selama 3 bulan bermula
7 Januari hingga 13 April 2013 Tempat yang dikaji hanyalah di sekitar kawasan
Sabah Forest Industries (SFI) Kaedah menganalisis data yang digunakan ialah
secara kualitatif dan kuantitatif. Populasi yang dikaji adalah diantara pekerja-
pekerja kilang SFI iaitu lelaki dan wanita yang berumur 20 tahun keatas.
METHODOLOGI
RUJUKAN MEDIAInstrumen kajian yang melibatkan rujukan media ialah:Carian melalui laman web Carian melalui portal rasmiCarian melalui buku di perpustakaan Rujukan kamus Dewan dan Pustaka
METHODOLOGI (KAJI SELIDIK)
Tajuk : Kecenderungan Penggunaan Bas Kilang Dalam Kalangan Pekerja Kilang SFI
Objektif kajian
Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pekerja kilang cenderung untuk menggunakan bas kilang
Lokasi kajian Sabah Forest Industries(SFI)
Jumlah responden 25 orang respondenINSTRUMEN KAJI SELIDIK KERJA
PROJEK (900/4)
FAKTOR-FAKTOR
JUMLAH RESPONDEN
( ORG)
YA TIDAKTapak letak kenderaan terletak jauh dari kilang 17 8Tapak letak kenderaan kecil dan tidak mencukupi 20 5Tapak letak kenderaan tidak berteduh 23 2
Tajuk : Kecenderungan Penggunaan Bas Kilang Dalam Kalangan Pekerja Kilang SFI
Objektif Mengkaji masalah pengangkutan bas kilang yang dihadapi oleh pekerja kilang SFI
Lokasi Kawasan kilang Sabah Forest Industri
Masa 6 pagi, 2 petang, 10 malam (Sabtu)
Objektif pemerhatian
Memerhati bilangan pekerja kilang yang menggunakan perkhidmatan bas kilang mengikut shif kerja
INSTRUMEN PEMERHATIAN KERJA PROJEK (900/4)
WAKTUJADUAL REKOD PELAPORAN
LELAKI WANITA
SHIF A ( 6 pagi ) 27 8
SHIF B ( 2 petang ) 21 6
SHIF C ( 10 malam ) 28 10
JUMLAH 76 24
METHODOLOGI (PEMERHATIAN)
RESPONDEN & PENGUMPULAN
DATA DEMOGRAFIResponden yang terpilih adalah penduduk di kawasan perumahan Sabah Forest Industries (SFI) yang bekerja di kilang kertas SFI
Seramai 25 orang responden telah dipilih secara rawak untuk mendapatkan maklumat berkaitan kajian yang dilakukan
Responden lelaki dan wanita adalah dalam kalangan pekerja kilang SFI yang berumur 20 tahun ke atas
DATA DEMOGRAFI RESPONDEN Jantina UmurStatus perkahwinan
DAPATAN KAJIAN (HASIL KAJI SELIDIK)
Hasil kaji selidik menunjukkan bahawa tapak letak kenderaan yang tidak berteduh adalah faktor utama pekerja kilang menggunakan bas kilang untuk ke tempat kerja. Hal ini boleh dibuktikan apabila terdapat 23 orang responden yang bersetuju dan hanya 2 orang responden tidak bersetuju. Oleh itu, pekerja memilih untuk menggunakan bas kilang daripada menggunakan kenderaan sendiri.
DAPATAN KAJIAN (HASIL PEMERHATIAN)
Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi oleh pekerja kilang adalah bas kilang yang kecil dan sempit. Ramai pekerja kilang yang menggunakan perkhidmatan bas kilang dalam satu tempoh itu sehingga menyebabkan pekerja terpaksa bersempit-sempit dalam satu bas. Daripada pemerhatian juga didapati bahawa terdapat beberapa orang pekerja yang terpaksa berdiri kerana tidak mempunyai tempat duduk.
RUMUSAN KAEDAH & DAPATAN KAJIANRUMUSAN KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian seperti kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data-data untuk dianalisis dalam dapatan kajian. Selain itu, kaedah rujukan media dan bahan-bahan bacaan digunakan untuk menambahkan lagi maklumat serta untuk mendapatkan gambar dan peta lokasi kajian.
RUMUSAN DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan kajian menunjukkan bilangan pekerja lelaki
yang menggunakan perkhidmatan bas kilang adalah lebih ramai daripada pekerja wanita
Faktor utama pekerja kilang cenderung menggunakan perkhidmatan bas kilang adalah disebabkan tapak letak kenderaan yang tidak berteduh yang akan menyebabkan kenderaan terdedah dengan panas matahari dan bahan lepasan dari kilang. Selain itu, faktor yang bukan mempengaruhi kecenderungan pekerja menggunakan perkhidmatan bas kilang ialah faktor tidak pandai memandu. Dapat diketahui bahawa rata-rata pekerja kilang yang menggunakan bas kilang kebanyakannya mempunyai kemahiran memandu
Masalah utama yang sering dihadapi oleh pekerja kilang ialah masalah bas kilang yang tidak dibaiki dengan kerap menyebabkan bas selalu rosak. Kemudian, masalah pemandu tidak memandu dengan berhati-hati bukanlah merupakan masalah yang dihadapi oleh pekerja.
KESIMPULAN HASIL KAJIAN
Kesimpulannya, semua pihak haruslah memanfaatkan kemudahan bas kilang yang disediakan dengan sebaik mungkin. Pihak atasan juga perlu mempertimbangkan kepentingan pekerja dengan menyediakan perkhidmatan bas yang lebih baik dan selesa. Kemudahan yang disediakan perlulah digunakan dengan baik agar semua pihak mendapat faedahnya.
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA
PENSYARAH PENGAJIAN AM
-PN. SUANA JAID-
GURU PENILAI-EN. MARZUKI BIN
ZAINUDDIN--PN. RABELINA
GANGKOK-&&
RAKAN-RAKAN SEKALIAN
ATAS BANTUAN, SOKONGAN DAN
DORONGAN YANG AMAT BERGUNA