Download - Kerja kursus Gurindam
PENGENALAN
Puisi adalah sebuah bentuk karya sastra singkat untuk menuangkan apa yang ada
di fikiran kita, apa yang ada di hati kita, dan apa yang ada di jiwa kita. Dikatakan singkat
keranana puisi adalah bentuk karya sastra yang paling pendek jika dibandingkan cerpen
atau novel.
Sastra Melayu Klasik bermula pada abad ke-16 Masehi. Semenjak itu sampai
sekarang gaya bahasanya tidak banyak berubah. Dokumen pertama yang ditulis dalam
bahasa Melayu klasik adalah sepucuk surat dari raja Ternate, Sultan Abu Hayat kepada
raja João III di Portugal dan bertarikhkan tahun 1521 Masehi.
Berikut adalah pendapat beberapa sarjana mengenai definisi puisi;
i) Edgar Allan Poe
Puisi adalah adalah ciptaan tentang sesuatu keindahan dalam bentuk berirama.
Citarasa adalah unsur yang diutamakan. Hubungan dengan budaya intelek atau dengan
suara hati hanya merupakan hubungan yang selintas. Jika bukan secara kebetulan, ia tidak
akan mengena langsung dengan fungsi utamanya atau dengan kebenaran.
ii) Muhammad Hj. Salleh
Puisi adalah bentuk sastra yang kental dengan musik bahasa serta kebijaksanaan
penyair dan tradisinya. Dalam segala kekentalan itu, maka puisi setelah dibaca akan
menjadikan kita lebih bijaksana.
1
iii) Usman Awang
Puisi bukanlah nyanyian orang putus asa yang mencari ketenangan dan kepuasan
dalam puisi yang ditulisnya. Tapi puisi ialah satu pernyataan sikap terhadap sesuatu atau
salah satu atau keseluruhan kehidupan manusia.
iv) A. Samad Said
Puisi pada hakikatnya adalah satu pernyataan perasaan dan pandangan hidup
seorang penyair yang memandang sesuatu peristiwa alam dengan ketajaman perasaannya.
Perasaan yang tajam inilah yang menggetar rasa hatinya, yang menimbulkan semacam
gerak dalam daya rasanya. Lalu ketajaman tanggapan ini berpadu dengan sikap hidupnya
mengalir melalui bahasa, menjadilah ia sebuah puisi, satu pengucapan seorang penyair.
Gurindam juga adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri dari dua baris
kalimat dengan irama akhir yang sama, yang merupakan satu kesatuan yang utuh. Antara
gurindam yang mahsyur ialah ‘Gurindam 12 Raja Ali Haji’. Baris pertama berisikan
semacam soal, masalah atau perjanjian dan baris kedua berisikan jawabannya atau akibat
dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi.
Gurindam Lama
Contoh : Pabila banyak mencela orang
Itulah tanda dirinya kurang
Dengan ibu hendaknya hormat
Supaya badan dapat selamat
2
Gurindam adalah salah satu puisi Melayu lama. Gurindam dikatakan berasal dari
perkataan India dan dibaca dengan lagu tersendiri, dan berbeza jika dibandingkan dengan
lagu syair Melayu. Puisi gurindam mempunyai kata-kata nasihat dan kebiasaannya
mempunyai rima akhir yang sama.
Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu
bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada
dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya
mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau
serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang
berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan
keseluruhan idea.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau
tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan
beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.
Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong
sebagai gurindam karena isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza
dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir,dan berbeda dengan teromba,
ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat.
Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis
tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya.
Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk
dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima,
rentak an unsur-unsur estetik yang lain.
3
DEFINISI GURINDAM
Gurindam mempunyai definisi yang berbagai mengikut pandangan tokoh
masing- masing. Misalnya menurut pendapat Ismail Hamid, istilah gurindam berasal
daripada bahasa Sanskrit. Beliau berpendapat walaupun istilah gurindam ini berasal dari
Sanskrit, namun gurindam melayu dengan gurindam melayu adalah berbeza dari segi
bahasanya, persoalan, rima akhir, rangkap dan sebagainya.
Pada pandangan Raja Ali Haji pula menjelaskan pembentukan gurindam
dibahagi menjadi 2 baris yang bersajak. Setiap baris adalah kalimat dan hubungan antara
kalimat itu biasanya disebut samada anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku
katanya adalah berbeza. Namun dijelaskan ada gurindam yang mempunyai lebih dari 2
baris dan berlapis-lapis.
Pendeta Za’ba pula mengatakan bahasa gurindam adalah padat dan bernas. Ianya
dihasilkan bertujuan sebagai bahan nyanyian, jenaka, gurau senda dan sindiran. Menurut
Za'ba,1962 di dalam karyanya Ilmu Mengarang Melayu, perkataan gurindam itu berasal
daripada bahasa Sanskrit menerusi bahasa Tamil. Ertinya biasa difahamkan rangkap yang
telah menjadi bidalan atau sebutan biasa pada orang ramai ataupun sesuatu pepatah
berangkap yang disebutkan berpadanan dengan tempatnya. Selain itu menurutnya lagi,
gurindam itu adalah padat dan bernas. Ianya dihasilkan sebagai bahan nyanyian, jenaka,
gurau senda dan sindiran.
Manakala Harun Mat Piah mendefinisikan gurindam adalah sejenis karya klasik
melayu lama yang tak tentu bentuknya samada terikat ataupun tidak. Gurindam
mempunyai fungsi dan peranannya dalam masyarakat melayu iaitu sebagai tujuan
4
didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan digunakan dalam majlis-majlis
formal.
Mas Adeki yang merupakan nama pena bagi Mohd Sidek bin Mohd Dollah
dalam bukunya Seuntai Kasih Secebis Harapan, menerangkan bahawa Gurindam
Bentuk Terikat terdiri daripada dua baris yang berpasangan dan rima setiap baris
kebanyakannya adalah sama. Baris pertama sebagai syarat dan baris kedua sebagai
jawapan. Isi kandungannya tersurat dan tersirat nasihat serta pengajaran.
CIRI-CIRI GURINDAM
Ciri – Ciri gurindam pada pendapat pendeta Za’ba (1962) adalah seperti yang
berikut :
‡ Bahasanya seperti menyanyi atau sekurang-kurangnya membawa imbas-imbas nyanyi,
serta menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka-
nyukakn hati.
‡ Perkataan banyak menggambarkan keindahan alam dan mengambil perbandingan
daripada keindahan itu seolah-olah untuk melukiskan isinya dengan warna yang cantik.
‡ Perasaan di dalamnya kebanyakan perasaan suka dan terkadang perasaan bermain-
main dan jenaka
‡ Isinya dan maksudnya terus-menerus sahaja seperti syair, tidak ada apa-apa yang boleh
dikatakan pembayang maksud.
‡ Gurindam tua-tua yang telah tetap tersusun semenjak beberapa lama telah jadi seolah-
olah bidalan iaitu diketahui dan lancar di mulut orang ramai
‡ Gurindam mengandungi dua baris ayat atau lebih bagi serangkap.
5
JENIS – JENIS GURINDAM
Gurindam merupakan puisi
1) Terikat
Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai
syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam
atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap
merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa
baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea
2)Bebas atau tidak terikat.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau
tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan
beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.
Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap. Setiap
baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-
baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap. Isinya
mengandungi kias, ibarat, pengajaran dan nasihat.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”.
Baris pertama “syarat” tersebut menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris
kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh
baris atau ayat pertama tadi.
Penggunaan perkataan dalam penghasilan gurindam tidak tertakluk kepada
sesuatu jumlah yang tertentu. Jumlah sukukata dalam setiap pemilihan perkataan sebaris
6
juga tidak tetap. Rima pada gurindam juga agak berbeza berbanding dengan pantun iaitu
bergantung kepada jenis gurindam tersebut yang dibahagikan kepada tiga jenis:
i. Gurindam serangkap dua baris
Gurindam ini mempunyai ciri – ciri seperti yang berikut iaitu:
berbentuk asli
Baris pertama menjadi buah fikiran kepada buah fikiran seterusnya dalam baris
kedua.
Nasihat yang baik dan indah terbentuk daripada irama akhir sama.
ii. Gurindam Serangkap Empat Baris
Gurindam ini pula mempunyai ciri – ciri seperti yang berikut iaitu :
Empat baris kalimat atau ayat
Rima akhir seperti puisi pantun abab
Isinya tentang nasihat
Contoh gurindam serangkap empat baris
Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,
Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.
Jangan takut dan gentar,
Mati hanya sekali,
Jangan bertukar berkisar,
Tetap di lapangan mengendali.
7
Iii. Gurindam Bebas
Gurindam jenis bebas bercirikan :
Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad
Persamaan akhir tidak dipentingkan
Isinya tetap mempunyai nasihat
Contoh Gurindam Bebas
Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,
Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.
8
DEFINISI ANTOLOGI
Berikut adalah definisi dewan pelajar menurut Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kata Takrif Sumber
antologi Kumpulan cerita (karangan, puisi dsb).
Kamus Pelajar
antologi
Kumpulan cerita (karangan, puisi dsb) yg dihasilkan oleh pengarang
yangg berlainan. Mengantologikan mengumpulkan atau menyusun
karya, seperti cerpen, puisi dan sebaginya untuk dijadikan sebagai
antologi: Karya-karya yg menarik itu diantologikan utk tatapan para
pembaca.
Kamus Pelajar
Edisi Kedua
antologi Kumpulan karya prosa (spt cerpen) atau sajak atau kedua-duanya yg
dihasilkan oleh berlainan pengarang, kumpulan karangan pilihan
seseorang pengarang, bunga rampai; mengantologikan
menghimpunkan atau menyusun sesuatu karya spt cerpen utk
dijadikan sbg antologi: karya-karya mereka telah pun diantologikan
oleh penerbit utk tatapan umum.
Kamus Pelajar
Edisi Empat
9
OBJEKTIF KERTAS KERJA
Objektif kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk menilai pengajaran moral yang
terkandung dalam Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan karya Mas
Adeki. Pengajaran moral yang disertakan bersama beberapa contoh ini, diharapkan dapat
dijadikan sebagai panduan untuk lebih memahami nilai karya hebat Mas Adeki. Hasil
penelitian ini juga diharapkan mampu menjadi sumber informasi dan tambahan ilmu
pengetahuan khususnya bidang puisi lama tentang gurindam.
PEMBATASAN KAJIAN
Gurindam mempunyai berbagai jenis seperti yang telah disenaraikan dalam
jenis – jenis gurindam sebelumnya, iaitu seperti :
i. Gurindam Terikat
ii Gurindam Bebas (sama ada terikat atau tidak)
Walaubagaimanapun kertas kerja ini hanya akan menumpukan pengajaran moral
yang terdapat dalam beberapa tajuk terpilih sahaja daripada 40 buah tajuk yang tersenarai
dalam Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan iaitu
1) Gurindam Tonggak Dua Belas
2) Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan
Penghasilan kertas kerja ini menggunakan kaedah keperpustakaan. Rujukan telah
dibuat di perpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu rujukan turut dibuat berdasarkan
jurnal Dewan sastera dan Dewan Bahasa. Rujukan dalam talian maya turut menyumbang
dalam proses penghasilan kertas kerja ini dilaksanakan.
10
ISI KANDUNGAN
1) Pengajaran Moral Dalam Gurindam Tonggak Dua Belas Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan Karya Mas Adeki.
GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
Hendak pandai mengahargai masa,Jangan dinanti esok lusa.
Ketekunan akan membawa kejayaan,Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
Wajah ceria keseronokan bekerja,Usah berduka bermuram durja.Hidup alam kemuliaan kesederhanaan,Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.
Ketinggian peribadi jadi amalam,Ketelusan hati jadi bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,Bertimbang rasa dan bersimpati.
Pengaruh kepeimpinan melalui teladan,Baik buruk jadikan sempadan.
Menjadi kewajipan menjalan tugas,Walaupun sederhana tetapi tegas.
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,Tidak membazir teliti saksama.
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,Perkara susah menajdi senang.
Peningkatan bakat diberi sokongan,Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.
Nikmat mencipta budaya kreatif,Kembangkan bakat semoga aktif.
Ciri Dalam Gurindam Gurindam Tonggak Dua Belas
11
MAS ADEKI 15 Ogos 1999
1. Mempunyai 12 rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya : Hendak pandai menghargai masa
Jangan dinanti esok lusa
3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris
Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif:
4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata
Contohnya ;
Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa 9 sukukata sebaris
Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an ke/se/der/ha/na/an 14 sukukata sebaris
5. Rima akhir aa
Contohnya :
Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif
Maksud Dalam Gurindam Gurindam Tonggak Dua Belas
12
( RANGKAP 1 )
Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan
masa dengan tidak menghargainya.
( RANGKAP 2 )
Kejayaan pasti dapat dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.
( RANGKAP 3 )
Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.
( RANGKAP 4 )
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan
bijaksana.
( RANGKAP 5 )
Peribadi yang baik dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan .
( RANGKAP 6 )
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jika jadikan amalan dapat membawa
kebaikan.
( RANGKAP 7 )
Pemimpin yang baik menjadi ikutan.
( RANGKAP 8 )
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna.
( RANGKAP 9 )
Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja.
( RANGKAP 10 )
Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi.
( RANGKAP 11 )
Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi
( RANGKAP 12 )
Pemikiran kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif.
Pengjaran Moral dalam Gurindam Tonggak Dua Belas
13
Nilai-nilai murni dalam kehidupan
Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam
diri seseorang. Ia diungkapkan dengan begitu jelas sekali dalam setiap rangkap demi
rangkap. Penulis memberikan beberapa contoh persoalan utama yang penting sebagai
panduan kehidupan kepada para pembaca. Antaranya adalah seperti yang berikut :
1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1)
2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)
3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7)
4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)
5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)
Selain daripada itu penulis tidak lupa menerapkan nilai – nilai murni yang perlu
dihayati oleh pembaca sepanjang pembacaan gurindam ini. Begitu banyak nilai yang
boleh dipegang dan dijadikan panduan dalam setiap rangkap gurindam ini. Antaranya
yang paling jelas adalah seperti nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja
diberikan seawal rangkap yang kedua. Nilai kebijaksanaan seperti kebijaksanaan dalam
melaksanakan tanggungjawab dan nilai kesederhanaan dalam kehidupan dapat dikesan
dalam rangkap keempat.
Nilai kesabaran, seperti kesabaran menghadapi cabaran. Dengan kesabaran fikiran
pasti lebih tenang dan segala kesukaran dapat dihadapi. Nilai ini jelas dibangkitakan pada
rangkap ke 10.
Gurindam ini menyelitkan lebih banyak panduan yang boleh kita sebagai para
pembaca jadikan sebagai pegangan iaitu antaranya adalah seperti yang berikut :
14
1. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.
2. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana.
3. Kita hendaklah menghargai masa.
4. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik.
5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan.
6. Kita hendaklah tekun dan gigih bekerja.
7. Kita perlu ada perasaan suka bekerja agar sentiasa ceria di temapat kerja.
8. Hendaklah mengamalkan kesedehanaan dalam hiudp.
9. Hendaklah bijak membuat keputusan.
10. Sentiasa ada perasaan baik hati, bertimbang rasa.
11. Kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja.
12. Kita hendaklah sabar dan sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan masalah.
13. Jangan menyembunyikan bakat dan kebolehan yang ada.
14. Kita hendaklah berani menonjolkan kebolehan diri.
15. Kita perlu kreatif agar kebolehan terserlah kebolehan diri.
16. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.
17. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana.
18. Kita hendaklah menghargai masa
19. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik.
20. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan
2) Pengajaran Moral Dalam Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan dalam
Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan Karya Mas Adeki.
15
Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan
Kami tak mahu keadaan begini,
Azab sengsara di abad ini.
Kami kehausan kami kelaparan,
Di medan perang mayat berkaparan.
Mengapalah perang terus meletus,
Suara kedamaian sering diutus.
Memohon kasih mengharap sayang,
Aman bahagia sukar ditayang.
Tolonglah kami bantulah kami,
Semoga simpati terus bersemi.
Hulurlah bantuan berilah harapan,
Demi kebahagiaan masa hadapan.
Kasihan kanak – kanak menjadi mangsa,
Susah derita hidup terseksa.
Mereka mahu beg, pensel dan buku,
Agar otak mereka cerdas tidak beku.
Wahai teman bantulah mereka,
Berilah setulus hati merawat duka.
Kalau bukan kita siapa lagi,
Membuat amalan tidaklah rugi.
16
Seuntai kasih secebis harapan,
Berhati bersih berbudi bersopan.
Kepada para pemimpin yang berkuasa,
Pastikan penghuni alam aman sentosa.
Suara bergema demi keamanan,
Melorek damai bersendi keimanan.
Anak-anak kecil mengharap kasih,
Hatinya masih suci dan bersih.
Wahai insan yang baik hati,
Hulurkan bantuan berilah simpati.
Wahai pemimpin yang bijaksana,
Wujudkan kedamaian walau di mana-mana.
Peperangan pasti mencetus huru-hara,
Negeri musnah rakyat sengsara.
Semarak sayang salam sejahtera,
Tangan dihulur senyuman mesra.
MAS ADEKI 2 Februari 2004
Ciri Dalam Gurindam Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan
1. Mempunyai 18 rangkap.
17
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya : Seuntai kasih secebis harapan,
Berhati bersih berbudi bersopan.
3. Mengandungi 4 hingga 6 patah perkataan dalam satu baris
Contohnya ; * Nikmat mencipta budaya kreatif
* Wujudkan kedamaian walau di mana-mana.
4. Suku kata antara 10 hingga 14 suku kata
Contohnya ;
Wa/hai pe/mim/pin yang bi/jak/sa/na 10 sukukata sebaris
Wu/jud/kan ke/da/ma/ian wa/lau di ma/na-ma/na 14 sukukata sebaris
5. Rima akhir aa
Contohnya :
Suara bergema demi keamanan,
Melorek damai bersendi keimanan.
Pengjaran Moral dalam Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan
18
Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan menggambarkan rintihan hati insan-
insan yang tertindas dan memerlukan pembelaan. Pembaca dapat menghayati
kesengsaraan ini pada rangkap kedua iaitu
Kami kehausan kami kelaparan,
Di medan perang mayat berkaparan.
Kesengsaraan para penduduk yang terlibat menyebabkan mereka merayu simpati
dari seluruh segenap penjuru, daripada insan individu mahupun organisasi untuk
membantu mereka. Ini kerana begitu jelas dalam isi gurindam ini bahawa yang banyak
meletus dalam mana-mana negara hanya akan menyebabkan kemusnahan negara tersebut
serta penderitaan rakyatnya.
Gurindam ini menekankan beberapa contoh kemudaratan peperangan yang perlu
dijadikan iktibar agar dapat dielakkan daripada terus berlakunya peperangan tidak kira di
negara mana sekalipun. Antaranya adalah seperti yang berikut :
1. Rakyat masih sengsara meskipun zaman yang serba maju telah menguasai dunia.
( Rangkap 1).
2. Ramai rakyat yang kebuluran dan mayat berkaparan disebabkan peperangan.
( Rangkap 2).
3. Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa penderitaan kerana peperangan
( Rangkap 7).
4. Kerana peperangan ini kanak-kanak yang terlibat tidak mendapat pendidikan yang
mereka perlukan. ( Rangkap 8).
5. Peperangan menyebabkan mana-mana negara yang terlibat mengalami kemusnahan
dan menyebabkan rakyatnya sengsara semata-mata.( Rangkap 7)
19
Gurindam ini juga menyelitkan beberapa pengajaran dan nilai murni yang tinggi
kepada kita untuk direnungi bersama. antaranya adalah seperti yang berikut :
1. Kita hendaklah bersyukur kerana negara kita tidak mengalami peperangan dan
rakyat sentiasa terlindung daripada azab sengsara kesan daripada peperangan
yang meletus.
2. Kita perlu memahami bahawa peperangan tidak membawa sebarang kebaikan
malah lebih banyak keburukannya seperti menyebabkan rakyat menderita
kebuluran, kanak-kanak teraniaya dan tidak mendapat pendidikan yang
sewajarnya.
3. Jika kita mampu, kita perlulah membantu mereka yang terlibat dalam kemelut
peperangan ini seperti menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-
masing. Ini kerana jika kita tidak memulakan langkah membantu mereka, pada
siapa lagi mereka dapat mengharapkannya.
4. Sebagai pemimpin yang telah diberi amanah, mereka perlulah berusaha untuk
memastikan rakyat dibawah pimpinan mereka mampu menikmati hidup yang
lebih aman tanpa sebarang penderitaan peperangan.
Kesimpulan Pengajaran Moral dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan.
20
Berdasarkan daripada dua tajuk yang dipilih daripada senarai gurindam yang
terkandung dalam Antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan, iaitu
1) Gurindam Tonggak Dua Belas
2) Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan
dapatlah kita lihat begitu banyak pengajaran moral yang boleh kita ambil sebagai
pegangan dan pengajaran dalam kita meniti kehidupan di dunia ini. Bak pendapat Shelley
yang yakin menyatakan bahawa ” Puisi memperkuat organ moral manusia sama seperti
pendidikan jasmani yang memperkuat urat-urat dalam badan, dan puisi juga bisa
membawa kita untuk melihat apa yang kita tidak pernah kita lihat, untuk mendengar apa
yang tak pernah kita dengar. ”
Diharapkan dengan penghasilan kertas kerja ini, dapatlah direnungi bahawa
penghasilan gurindam bukan satu usaha yang sia-sia namun dapat menyebarkan
pengajaran moral di dalamnya kerana pendapat Waldo Emerson iaitu ”Puisi mengajar
sebanyak mungkin dengan kata-kata sedikit mungkin” turut menyokong di atas.
Shahnon Ahmad pernah menyatakan antara fungsi puisi adalah untuk
menyemarakkan kesedaran. Umtuk memanusiakan kembali manusia itu, meninggikan
budi pekerti, membentuk perwatakan dan juga membangkitkan semangat untuk
bertindak. Pendapat beliau ini dapat menilai penghasilan gurindam yang bertajuk Secebis
Kasih Seuntai Harapan yang mengisahkan peperangan yang banyak meragut nyawa
manusia dengan sia-sia tanpa perikemanusiaan. Diharapkan dengan penghayatan
terhadap gurindam tersebut dapatlah disedari bahawa peperangan hanya satu jalan singkat
yang membawa kemusnahan dan keperitan hidup kepada rakyat yang terlibat.
21
Pendapat Usman Awang ” Puisi adalah untuk menimbulkan kesedaran atau
keinsafan dalam diri dan hati” dan pandangan Aristotle ” Puisi yang bersifat tragis
berupaya membersihkan kerohanian manusia melalui rasa simpati atau belas kasihan”
juga dapat menilai penghasilan gurindam tersebut.
BIBLIOGRAFI
22
1) Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki) ( 2005 ), Seuntai Kasih Secebis
Harapan, Akam print.
2) Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki) ( 2005 ), Seuntai Kasih Secebis
Harapan, Akam print.
3) Zurina Hassan.Memoir Zurina Hassan menjejak puisi: penerbitan UKM, Bangi,
2003.
4) Henry Guntur Tarigan. 1988. Prinsip-prinsip dasar sastera. Bandung: Penerbitan
Angkasa. Rahman Shaari. 1988. Penilaian dan penghayatan sastera. Selangor:
Marwilis Publisher.
———. 1989. Penggunaan peribahasa dalam penulisan. Pelita Bahasa 1(1): 38.
———. 1990. Metafora dan personafikasi. Pelita Bahasa 2(5): 35–36.
5) Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=antologi
7) sumber: http://forum.wgaul.com
23
24
2
LAMPIRAN
BIODATA
Mas Adeki ialah nama pena Mohd Sidek Bin Mohd Dollah. Dilahirkan pada 15
Ogos 1950 di Simpang Rengam, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sk. Simpang
Rengam dan Sekolah Menengah SES Kluang Johor. Berkhidmat sebagai anggota Polis,
Skuad 69 PDRM, Pasukan Polis Hutan, Briged Tengah, tahun 1969 hingga 1975. Beliau
pernah bertugas di perbatasan Malaysia - Thailand dan Sabah Sarawak.
Beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Bahasa (MPB/LI) Kuala
Lumpur. Seterusnya menjadi guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun
1986 beliau memperolehi kelulusan Ijazah Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Pertama dan Kesusasteraan Melayu dari Universiti Pertanian
Malaysia (UPM).
Mohd Sidek Bin Mohd Dollah pernah menjadi anggota polis, guru, penyelia
petang, penolong kanan kemudian menjawat jawatan pengetua sekolah. Di samping itu,
beliau sering dijemput memberi ceramah motivasi yang bertemakan Kecemerlangan
Pelajar, Keibubapaan dan Profesion Perguruan.
Antologi Gurindam Seuntai Kasih Secebis Harapan ini memuatkan 40 koleksi
gurindam dengan sebahagiannya mengangkat pengorbanan warga pendidik dalam
pembelajaran dan pendidikan ke arah insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Ia juga
mengetengahkan tema kekeluargaan, pendidikan dan kecemerlangan serta unsur
patriotisme mahupun manusia sejagat.
Beliau sesungguhnya telah dianugerahi bakat dalam bidang penulisan puisi untuk
merakamkan catatan dan pengalaman hidup merentasi kemanusiaan sejagat terutamanya
dalam genre penulisan puisi gurindam. Gurindam-gurindam beliau mengandungi nasihat
dan pengajaran melalui bait-bait kata yang indah untuk dihayati oleh pembaca.
Buku ini amat sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat terutamanya
golongan remaja, warga pendidik, para pelajar dan individu yang ingin berjaya. Buku ini
juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan, motivasi dan pencetus semangat dalam
mencari kekuatan diri.
25
Judul :Seuntai Kasih Secebis HarapanPengarang : Mohd Sidek B. Mohd Dolah (Mas Adeki) Penerbit : Akam PrintGenre : Puisi KlasikMukasurat : 180 halamanCetakan Pertama : 2005ISBN : 9834300107
KANDUNGAN
26
1. Gurindam Pelajar 2. Gurindam Pelajar II 3. Aminuddin Baki 4. Anak Muda5. Zero Defect6. Tonggak Dua Belas7. Lapangkan Masa Anda8. Siapalah Guru 9. Gurindam Pekerja 10. Marilah Ketawa Menangani Tekanan 11. Tekanan Membuat Kita Lebih Matang 12. JikaOrang 13. Seuntai Kasih Secebis Harapan 14. Antara 1 dengan 10 15. KitaMinta 16. Pengetua Bestari 17. Insan Istimewa 18. Peminangan Puteri Gunung Ledang 19. Ramai Yang Suka20. Kecelakaan Jalan Raya 21. Panglima Salleh Selempang Merah22. Guru Sejati23. 15 Sifat Terpuji24. Skuad 69 PDRM Tetap Unggul25. Melayu Hidup Biar Bermartabat26. Guru Bestari27. Dadah Oh Dadah28. Masalah29. Jaga Mulut Jangan Kalut30. Pemimpin Cemerlang31. Rokok Mengundang Padah32. Tragedi Tsunami 26 Disember 200433. Keunggulan Peribadi34. Anak Disayang Jangan Dimanja35. Hijrah36. Nur Amalina 17A137. Rukun Islam38. Rukun Iman39. Siti Nurhaliza40. Keranamu Guru
27