PETEMPATAN DI KAWASAN
BERCHAM,IPOH,PERAK,MALAYSIA
DAN PEBANDINGANNYA
DENGAN PETEMPATAN
DI NAGOYA,JEPUN
SENARAI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. PENGHARGAAAN2. PENDAHULUAN3. OBJEKTIF KAJIAN4. KAWASAN KAJIAN5. KAEDAH KAJIAN6. DAPATAN KAJIAN7. RUMUSAN8. LAMPIRAN9. RUJUKAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan setinggi-tingi penghargaan kepada pihak sekolah
dan pengetua,Tn. Hj. Mustaffa Bin Hj. Shaari yang telah memberi kebenaran
telah memberi kebenaran kepada saya untuk menyiapkan folio KERJA KURSUS
GEOGRAFI ini. Selain itu,tidak lupa juga kepada guru mata pelajaran geografi saya,Puan
Noraini yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk membuat
folio ini.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu bapa saya yang telah
banyak memberi dorongan,sokongan serta bantuan kewangan kepada saya bagi
menyiapkan keja kursus ini. Selain itu,saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-
rakan saya yang telah banyak memberi maklumat dan sanggup meluangkan masa
untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Seterusnya,saya juga terhutang budi kepada kepada jiran saya dan penduduk-
penduduk sekitar Bandar Bercham yang telah memberi kerjasama kepada saya
dan banyak memberi maklumat tentang kawasan kajian yang telah saya pilih
seterusnya memudahkan lagi proses untuk membuat folio ini.
Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sapanjang saya menyiapkan
kerja kursus ini.
PENDAHULUAN
Nama saya Muhammad Zulhamizan Bin Samsudin.Saya belajar di tingkatan 3RK
DEDIKASI di Sekolah Menengah Anderson Ipoh,Perak Darul Ridzuan.Sebagai salah
satu perkara yang memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi,saya diwajibkan
membuat satu kerja kursus iaitu Kajian Geografi Tempatan.
Tajuk yang telah saya pilih untuk menjalankan kajian ini ialah petempatan di
kawasan Bercham,Ipoh,Perak dan perbandingannya dengan kawasan bandar
Nagoya di negara Jepun.Saya telah memilih kawasan ini untuk menjalankan kajian saya
kerana terdapat banyak maklumat yang dapat saya perolehi daripada kawasan tersebut.
Antaranya ialah,terdapat pelbagai perbandingan di antara petempatan di
kawasan Bercham,Perak dengan bandar Nagoya di negara Jepun.Kedudukan
bandar Bercham yang tidak jauh dari rumah saya dan memudahkan saya untuk
menjalankan kajian ini juga merupakan salah satu faktor saya memilih kawasan
ini.
Di Bercham juga terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekitarnya.
Saya telah berjaya menjalankan aktiviti ini selama 8 minggu berdasarkan segala
maklumat yang diperoleh sepanjang aktiviti ini.
OBJEKTIF KAJIAN
1.Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan
Bercham,Ipoh serta jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan
bandar Nagoya di negara Jepun.
2.Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan di
kawasan Bercham,Ipoh serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan
pola petempatan di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.
3.Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Bercham,Ipoh serta
fungsi petempatan yang terdapat di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.
4.Mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat di kawasan Bercham,Ipoh serta
masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Nagoya di negara
Jepun.
5.Mengenalpasti langkah-langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan
masalah petempatan di kawasan Bercham,Ipoh serta langkah-langkah yang
dilaksanakan untuk mengurangkan masalah petempatan di kawasan bandar
Nagoya di negara Jepun.
6.Menerapkan rasa cinta,nilai-nilai murni serta nilai patriotisme terhadap kawasan
Bercham di daerah Kinta negeri Perak,Malaysia.
Kawasan Kajian
Dalam kajian ini , saya telah memilih kawasan petempatan di Bercham,Ipoh
sebagai kawasan kajianKawasan ini terletak kira-kira 7 kilometer berdekatan dengan
Bandar Raya Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Kawasan ini lebih
rata berbanding dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur.Petempatan yang
ingin saya kaji ini merangkumi kawasan perumahan saya sendiri.Hal ini memudahkan
lagi proses kajian untuk dilakukan dan dijalankan.
Pekan Bercham juga dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana
pasar raya yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco, Plaza Kinta
dan lain-lain yang berfungsi sebagai pusat membeli-belah.Selain itu,Bercham terletak
berhampiran dengan pejabat untuk jabatan-jabatan tertentu seperti Pejabat Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) .Sebuah hotel telah dibina iaitu Hotel Sunn Inn yang mampu
menarik ramai pelancong tempatan mahupun asing untuk melawat berikutan
kedudukannya yang bersebelahan dengan taman tema air 'The Lost World of Tambun' .
Klinik-klinik swasta yang terdapat di kawasan kajian ini merupakan salah satu
kemudahan yang menyebabkan ramai orang memilih kawasan ini sebagai kawasan
kediaman mereka.Kemudahan ini menjadi faktor penarik yang utama , ramai orang
memilih kawasan ini sebagai kawasan kediaman. Bercham menjadi titik masuk dan
keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina. Setelah
terbinanya kawasan perumahan, orang Melayu dan India juga menghuni di sini.
Peta Kajian
Peta Daerah Kinta
Peta petempatan bandar Nagoya di negara Jepun.
Peta Kawasan Kajian (di lukis)
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kerja
kursus ini.Antaranya ialah-:
1.Kaedah Pemerhatian
2.Kaedah Rujukan
3.Kaedah Soal Selidik
4.Kaedah Temu Bual
5.Kaedah Perbincangan
1.Pemerhatian
Saya telah melawat ke tempat kajian untuk membuat pemerhatian dan
membuat kajian untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang saya
perlukan .
2.Temu bual
Saya telah mencari beberapa orang penduduk di sekitar kawasan kajian yang
saya pilih untuk di temu bual bagi mendapatkan maklumat-maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekitar kawasan Bercham,Ipoh.
3.Soal selidik
Melalui kaedah kajian ini,saya telah membuat soal selidik kepada seramai 20
orang responden yang sanggup bekerjasama dengan saya untuk memberi
maklumat
4.Rujukan
Untuk menyiapkan kerja kursus ini,saya telah membuat rujukan dengan
menelaah buku-buku,majalah,jurnal dan artikel yang mengandungi sebarang
maklumat mengenai petempatan di kawasan Bercham dan petempatan di
kawasan bandar Nagoya di negara Jepun.Saya juga telah melayari internet
untuk mencari peta kawasan kajian saya.
5.Kaedah Perbincangan
Saya berbincang dengan guru penilai , guru-guru sejarah yang lain dan rakan
sekelas agar dapat menyiapkan hasil kerja kursus yang baik dan mantap.
DAPATAN KAJIAN
Jenis dan pola petempatan
Berdasarkan kaedah kajian yang telah dibuat oleh saya dan rakan-rakan serta rujukan
yang telah dibuat dengan melayari internet,kawasan,Bercham,Perak dan kawasan bandar
Nagoya di negara Jepun terletak di kawasan yang berdekatan dengan bandar.Ini adalah
disebabkan oleh dasar kerajaan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memajukan kawasan
Bercham dan perkara yang sama juga terjadi di bandar Nagoya,Jepun.Berdasarkan kajian
melalui pemerhatian pula,saya dapati kebanyakan rumah di kawasan Bercham dibina
dengan tersusun dan rapat antara satu sama lain.Susun atur ini dikenali sebagai pola
terancang.
Di kawasan bandar Nagoya di negara Jepun pula,rumah-rumah di sana juga
dibina rapat-rapat dan tidak tersusun serta terdapat banyak bangunan tinggi untuk
menampung penduduk seperti yang berlaku di sekitar kawasan Eikincho.Ini kerana
penduduk di bandar Nagoya amat padat dan ramai serta terdapat banyak kegiatan
ekonomi yang dijalankan di sekitarnya.Susun atur di kawasan ini pula dikenali sebagai
pola berselerak.
Saya amat bersyukur dan selesa tinggal di kawasan Bercham kejadian
yang berlaku di bandar Nagoya tidak berlaku di kawasan Bercham.Semua ini adalah
berikutan negara kita yang mampu menampung jumlah penduduknya yang
sekata.Kerajaan selalu memainkan peranan mereka untuk memajukan kawasan ini.
Faktor yang mempengaruhi petempatan
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan Bercham.Antara
faktor-faktor yang mempengaruhi kawasan ini ialah ;
Bentuk muka bumi
Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya Ipoh, Negeri
Perak. Bercham juga berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran
dengan Sungai Kinta. Kawasan ini lebih rata berbanding dengan Ipoh.Selain itu,di
kelilingnya terdapat gunung-gunung batu kapur.
Kegiatan ekonomi
Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya
yang besar-besar terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco, Macro, Plaza Kinta dan
lain-lain. Bercham juga hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'.
Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini.
Ekonomi penduduk di sini ialah perniagaan dan perindustrian. Hampir 99 %
rumah kedai dan perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Ini dapat dikenalpasti dari nama-
nama Cina dan tulisan Cina.
Bandingannya dengan kawasan bandar Nagoya di negara Jepun
Bentuk muka bumi
Kawasan bandar Nagoya merupakan kawasan petempatan yang terletak di
tengah-tengah negara Jepun dan berhampiran dengan pinggir laut.Keadaan bentuk muka
buminya juga banyak terdapat kawasan yang terdiri daripada tanah pamah.Oleh sebab itu
kawasan-kawasan ini telah dibangunkan untuk dijadikan sebagai kawasan yang terdapat
banyak sekto-sektor perindustrian.
Kegiatan ekonomi
Kegiatan ekonomi utama yang terdapat di bandar Nagoya ialah pelabuhan dan
perindustrian.Oleh kerana negara Jepun mengalami masalah sumber yang terhad,kegiatan
industri dan kehidupan seharian bergantung dengan mengimport bahan mentah dari
negara luar dan mengeksport bahan yang telah siap. Bahan mentah yang telah diimport
digunakan oleh sektor industri bagi menghasilkan barangan siap.
Fungsi petempatan
Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan
bandar Bercham serta penduduk di bandar Bercham.Antara salah satu fungsi petempatan
yang terdapat di kawasan Bercham adalah sistem pendidikan.Banyak sekolah di Bercham
telah dinaiktaraf pendidikannya.
Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Bercham seperti Sek. Ren.
Perpaduan Jaya,Bercham yang akan dibuka pada tahun 2010.Sekolah tersebut
mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas
berbanding sekolah lain yang ada di Bercham.Secara tidak langsung terdapat juga
peningkatan taraf hidup yang berlaku di sini.Ini termasuklah taraf kesihatan dan
pendidikan penduduk di Bercham yang semakin baik dan selesa.Kemudahan infrastruktur
yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan elektrik,jalan
bertar dan juga sekolah yang dinyatakan di atas.
Manakala di bandar Nagoya di negara Jepun pula,fungsi petempatannya ialah
sebagai sebuah kawasan perdagangan yang luas dan bersistematik.Perkembangan
ekonomi yang pesat menyebabkan banyak jalan raya baru di bina untuk memudahkan
barang dagangan di bawa dari satu tempat ke tempat yang lain.Bersesuaian dengan
kegiatan yang melibatkan pelabuhan naik mendadak,pembaharuan telah dilakukan
dengan membuka banyak pelabuhan-pelabuhan yang baru yang lebih luas di Nagoya.
Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini
kerana kita bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga
seharusnya berusaha mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta
dan kita juga perlulah menjaga segala kemudahan yang telah disediakan.
Masalah petempatan
Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal
selidik,beberapa masalah telah dinyatakan oleh 20 responden,antaranya ialah kesesakan
lalu lintas dan jugapencemaran alam sekitar.Pencemaran terjadi akibat sikap tidak
bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan Bercham.
Selain itu,Bercham juga tidak terkecuali daripada pencemaran kerana ia terletak
berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan
yang terdiri daripada pelbagai kemudahan.Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh
pelepasan asap daripada kenderaan bermotor ke udara.Pencemaran tanih pula berlaku
disebabkan oleh sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat.Kesan daripada
pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan sampah mengeluarkan bau yang
tidak menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling. Kejadian hujan asid
juga berlaku di Bercham berikutan pelepasan gas bercun daripada kenderaan-kenderaan
bermotor dan kilang-kilang.
Bandar Nagoya di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti
yang berlaku di Bercham.Bandar Nagoya juga mengalami masalah pencemaran udara.Ini
berikutan dengan pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan kenderaan-
kenderaa bermotor yang melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh
menghasilkan hujan asid.
Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan kajian,pertambahan bilangan
kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif.Kesesakan lalu lintas sering
berlaku di Jalan Sunway.Ini disebabkan oleh keran jalan tersebut menghala ke Bandaraya
Ipoh.Jalan tersebut juga berdekatan dengan kawasan perumahan dan laluan utama
menuju ke sekolah.
Keadaan ini juga sama dengan fenomena yang berlaku ni bandar Nagoya kerana
penduduknya amat padat.Bandar Nagoya juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan
berikutan barang dagangannya yang amat padat kerana punca ekonomi utama Nagoya
ialah daripada kegiatannya pelabuhannya.
Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran
kita.Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan
tidak melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang sewenang-
wenangnya.Bagi mengelakkan berlakunya keadaan-keadaan di atas,sebagai penduduk
Bercham,kita hendaklah saling bantu-membantu dan bekerjasama antara satu sama lain
untuk menjaga al;am sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya.Kita seharusnya
bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan berusaha
untu menjaga dan mengekalkannya.
Langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan.
Antara langkah-langkah ynag diambil untuk mengatasi masalah petempatan ynag
berlaku Bercham dan bandar Nagoya di negara Jepun ialah melebarkan jalan
raya,menguatkuasakan undang-undang,mengitar semula,menyediakan tapak pelupusan
dan membuka kawasan baru.Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas,kerajaan daripada
kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil inisiatif untuk melebarkan jalan raya.
Contohnya,di Bercham pelebaran jalan raya telah dilakukan di sekitar kawasan
bandar Sunway untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tahap ketersampaian
bertambah baik.Selain itu,untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas,kerajaan juga telah
meggalakkan pengeluaran kenderaan awam dan penduduk juga memberi kerjasama
dengan menaiki kenderaan awam untuk mengatasi masalah ini.
Selain daripada mengurangkan kesesakan,langkah ini juga telah mengurangkan
pencemaran udara.Usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan
pencemaran.Pokok-pokok ini telah di tanam di sepanjang jalan raya.Selain daripada
mengurangkan pencemaran,ia juga boleh mencantikkan kawasan.Tambahan
pula,kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi untuk
mengatasi masalah pembakaran terbuka yang berlaku.
.Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah dipertingkatkan oleh Majlis
Pembandaran.Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah ini.Pembukaan pusat pelabuhan baru di Nagoya telah dilaksanakan
oleh pihak kerajaan negara Jepun untuk mengatasi masalah kekurangan pelabuhan dan
pertambahan barang dagangan.Di Nagoya,penggunaan petroleum tanpa plumbum juga
telah lama dijalankan di samping langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaanya
untuk menanam lebih banyak pokok-pokok .Penggunaan kenderaan berkuasa elektrik
seperti MRT yang beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan pencemaran udara dan
pencemaran bunyi.
Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil
langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun
begitu,para penduduk juga perlu bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program
dan langkah yang dilancarkan berhasil disamping saling bantu-membantu serta
melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan masing-masing.
RUMUSAN
Kajian yang telah dijalankan di kawasan bandar Bercham ,Ipoh,Perak ini telah
memberi banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya dan juga rakan-
rakan.Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti pola petempatan yang terdapat di
kawasan kajian.
Selain itu,saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor
yang mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi,kegiatan ekonomi dan
sebagainya.Berdasarkan kepada kajian ynag dijalankan,saya juga dapat mengetahui
dengan lebih jelas tentang fungsi petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan
juga negara bandingan iaitu Jepun di bandar Nagoya seperti menigkatkan tahap
ketersampaian,memendekkan masa perjalanan dan mobiliti penduduk.Saya juga dapat
mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan kajian dan negara
bandingan iaitu Jepun serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan
masalah-masalah tersebut.
Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti
masalah-masalah yang terdapat di kawasan kajian saya serta mencari jalan untuk
menyelesaikannya bagi memberi keselesaan kepada para penduduk.Pada pendapat saya
bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu melakukan perkara ini,malah para penduduk juga
perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga kawasan persekitaran dengan baik.
Kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah nagara yang aman dan
merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang
baik.
Akhir kata,marilah sama-sama kita sebagai penduduk Bercham khasnya dan
Malaysia amnya supaya bekerjasama menjaga kemudahan dan petempatan yang
disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi
masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat perbuatan kita sendiri.