Download - Kerja Kursus Geografi 2009 by Black White
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ANDERSON IPOH
K E R J A K U R S U S G E O G R A F IP E N I L A I A N M E N E N G A H R E N D A H 2 0 0 9
Tema
PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA
Tajuk Kajian
PETEMPATAN DI KAWASAN
BANDAR BERCHAM, IPOH, PERAK
DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PETEMPATAN
DI TOKYO, JEPUN
Nama Calon : MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHAMED ISA
Tingkatan : TINGKATAN 3A
No. K/P : 940209086547
Guru Penilai :
PETEMPATAN DI KAWASAN
BERCHAM, IPOH, PERAK,
MALAYSIA
DAN PERBANDINGANNYA DENGAN
PETEMPATAN
DI TOKYO, JEPUN
SENARAI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN HALAMAN01 Penghargaan02 Pendahuluan03 Objektif Kajian04 Kawasan Kajian05 Kaedah Kajian06 Dapatan Kajian07 Rumusan08 Lampiran09 Rujukan
PENGHARGAAN
Saya dapat melaksanakan kajian saya dengan sempurna kerana bantuan dan kerjasama daripada
beberapa pihak.Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada pengetua
sekolah, Tuan Hj. Mustaffa bin Hj. Shaari yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan
kajian ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada
guru geografi saya,En. Vikneswaran kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam
menjalankan Kerja Kursus Geografi.
Saya amat terhutang budi kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan
dan semangat sepanjang kajian ini dibuat.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada semua rakan-
rakan saya yang telah memberikan tunjuk ajar,cadangan dan bantuan kepada saya yang telah
dikongsikan bersama.Selain itu, saya juga ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada pihak
responden yang telah sedikit sebanyak memberi maklumat di kawasan kajian saya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan kerja kursus ini.
PENDAHULUAN
Nama saya Muhammad Syamil bin Mohamed Isa. Saya belajar di tingkatan 3A di
Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Sebagai memenuhi keperluan
mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja kursus iaitu Kajian Goegrafi Tempatan.
Saya telah memilih tajuk petempatan di kawasan Bercham, Ipoh, Perak
dan perbandingannya dengan petempatan Di Tokyo,Jepun.Sebab- sebab pemilihan adalah
kerana terdapat pelbagai perbandingan petempatan antara Bercham, di Perak dengan Bandar Tokyo di
Jepun. Kedudukan Bercham yang tidak jauh dari sekolah saya memudahkan saya untuk menjalankan
kajian. Di Bercham juga terdapat banyak aktiviti yang dijalankan. Saya telah menjalankan aktiviti ini
selama lima minggu dari 28 Mac hingga 1 Mei.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti jenis dan pola petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta jenis
dan pola petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.
2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan yang terdapat di
kawasan Bercham, Ipoh serta faktor-faktor yang mempengaruhi jenis dan pola petempatan
yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di Negara Jepun.
3. Mengenalpasti fungsi petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta fungsi
petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negara Jepun.
4. Mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan Bercham, Ipoh serta
masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan bandar Tokyo di negar Jepun.
5. Mengenalpasti langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di kawasan
Bercham, Ipoh serta langkah-langkah mengatasi masalah petempatan yang terdapat di
kawasan bandar Tokyo, Jepun
6. Menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotisme terhadap kawasan Bercham di daerah
Kinta, Negeri Perak, Malaysia.
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya adalah Bercham. Bercham merupakan kawasan petempatan pinggir bandar raya
Ipoh, Negeri Perak. Bercham berasal dari kawasan perlombongan bijih timah yang berhampiran
dengan Sungai Kinta. Bercham terletak di kawasan tanah pamah. Kawasan ini lebih rata berbanding
dengan Ipoh. Di kelilingnya ada bukit-bukit batu kapur. Keluasan kawasan Bercham adalah lebih
kurang 6km persegi.
Pekan Bercham terletak lebih kurang 8km dari bandaraya Ipoh. Antara kawasan lain yang berhampiran
dengan Bercham adalah pekan Tambun, Kampung Tasek, Tasek, Kawasan Perindustrian Tasek
Kampung Tawas, Kampung Simee, Tiger Lane, Taman Cempaka dan Ampang.
Bercham dapat dikatakan sebagai lokasi Ipoh yang baru. Ini kerana pasar raya yang besar-besar
terdapat di sini. Antaranya ialah Jusco, Tesco, Tesco Extra, Plaza Kinta dan lain-lain. Bercham juga
hanya bersebelahan dengan Sunway Tambun 'The Lost World'. Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) juga berhampiran dengan kawasan ini.
Lebuhraya Utara-Selatan ada susur keluar di sini iaitu di bahagian Ipoh Selatan. Jadi Bercham menjadi
titik masuk dan keluar ke Lebuh raya Utara Selatan.
Peta-peta yang berikut adalah peta Malaysia, kedudukan negeri Perak di dalam peta Malaysia, peta
negeri Perak, Bercaham di dalam peta daerah Kinta, peta perbandingan kawasan saya iaitu bandar
Tokyo, Jepun, dan peta lakar kawasan kajian saya iaitu Bercham.
Peta Malaysia
Negeri Perak di dalam Peta Malaysia
Peta Negeri Perak
Perak
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN21,005 KM2
Bercham di Dalam Peta Daerah Kinta
PETUNJUK :
KAWASAN KAJIAN
Perletakan bandar Tokyo di Jepun
Peta Lakar Kawasan Bercham
Kaedah Kajian
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencari dan
mengumpul maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Antara kaedah yang telah saya
gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah rujukan, kaedah soal selidik serta kaedah temu bual.
Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian yang telah saya jalankan adalah dengan melawat tempat kawasan kajian
saya iaitu Bercham. Saya telah mengumpul beberapa data dari pemerhatian saya. Saya juga
telah memerhati dengan teliti dan melukis peta lakaran kawasan kajian dengan betul dan tepat
di dalam kajian ini.
Kaedah Rujukan
Bagi mendapatkan maklumat tentang kawasan kajian saya, saya telah menggunakan kaedah
rujukan iaitu dengan merujuk ke laman web di internet dan rujukan ke perpustakaan. Saya
memperoleh maklumat yang dikehendaki seperti maklumat tentang kawasan kajian saya serta
perbandingannya iaitu bandar di negara luar yang saya pilih serta maklumat tambahan.
Kaedah Soal Selidik
Untuk mendapatkan maklumat tentang jenis-jenis petempatan dan masalahnya, saya telah
menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menyediakan satu set soalan dan memberikannya
kepada 20 orang responden di sekitar kawasan kajian saya untuk mendapatkan maklumat.
Kaedah Temu Bual
Saya telah pergi ke tempat kawasan kajian saya dan menemu bual 10 orang penduduk di situ.
Dengan ini telah memudahkan lagi kajian saya.
DAPATAN KAJIAN
8.1 : Jenis dan Pola Petempatan
Jenis dan Pola Petempatan
Bercham adalah sebuah petempatan bandar yang terdapat di Malaysia dan padat dengan
penduduk. Ini kerana Bercham mempunyai pelbagai kemudahan seperti rumah, pusat membeli-belah
dan aliran pengangkutan yang baik. Manakala pola petempatan yang terdapat di Bercham ialah
berpusat, berkelompok dan terancang. Pola petempatan terancang dapat dibuktikan melalaui
Rancangan Briggs iaitu petempatan semula. Jadual dan carta pai di bawah mewakili pola petempatan
yang terdapat di Bercham.
Pola Petemapatan di Kawasan Bercham Berpusat Berkelompok Terancang
Peratusan % 80 15 5
Bandaraya Tokyo juga merupakan petempatan bandar seperti Bercham. Walaubagaimanapun,
Bercham tidak sepesat bandaraya Tokyo. Tokyo dikatakan lebih padat berbanding Bercham kerana
Tokyo merupakan ibu negara bagi Jepun dan merupakan daerah metropolitan terbesar di dunia
berdasarkan jumlah penduduknya sebanyak 33,750,000 di bandaraya tersebut dan sekitarnya.
Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana mempunyai petempatan pelbagai
jenis dan rakyat yang berbilang kaum. Ini akan menjadikan kita lebih cinta akan tanah air yang aman
dan makmur.
8.2 : Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan
Sejarah
Bercham merupakan sebuah bandar bijih timah dahulunya. Ini telah mempengaruhi faktor
petempatan di kawasan Bercham. Penduduk di kawasan Bercham ini terdiri penduduk yang berbilang
kaum. Tetapi kebanyakan penduduknya adalah orang Cina. Orang Melayu dan orang India mula
menduduki kawasan ini setelah terbinanya kawasan perumahan. Jadual dan graf di bawah ini mewakili
peratusan penduduk di kawasan Bercham.
Penduduk di Kawasan Bercham Melayu Cina India Lain-LainPeratusan 71% 17% 10% 2%
Bandar Tokyo di Jepun pula merupakan bandar Feudalisme. Bandar Tokyo merupakan sebuah
perindustrian tercanggih di dunia. Ianya masih lagi mengamalkan kuasa tentera. Pada tahun 2002,
dicatatkan bahawa 12% penduduk di Tokyo adalah kanak-kanak, 71.4% pula merupakan golongan
yang bekerja dan selebihnya adalah penduduk senior.
Bentuk Muka Bumi
80% daripada kawasan Bercham adalah tanah pamah. Manakala 20% lagi merupakan kawasan
tanah tinggi. Bercham merupakan kawasan yang rata dan dikelilingi oleh bukit batu kapur. Di Tokyo
pula, hanya terdapat sebahagian kecil sahaja yang merupakan tanah pamah. Manakala, sebahagian
besarnya pula adalah tanah tinggi.
Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi yang terdapat di Bercham adalah perniagaan. Hampir 99% rumah kedai dan
perniagaan dikuasai oleh orang Cina. Selain itu, terdapat juga pekilangan yang dijalankan. Tetapi
perkilangan yang dijalankan adalah pekilangan kecil sahaja. Di Bercham juga, dahulunya dijalankan
perlombongan bijih timah. Perlancongan juga merupakan kegiatan ekonomi di Bercham. Tampat yang
boleh dilawati di sini adalah seperti gua batu kapur. Bercham juga merupakan sebuah pusat
perkhidmatan. Antara perkhidmatan yang terdapat di sini adalah seperti perbankan dan perhubungan.
Tokyo pula merupakan metropolitan ekonomi terbesar di dunia. Tokyo merupakan satu pusat
kewangan, pusat operasi kepada pelbagai syarikat perbankan dan insuran, dan menjadi pusat
perhubungan, industri cetakan dan industri penyiaran. Tokyo juga merupakan sebuah pusat
perlancongan kerana di sana juga terdapat pulau-pulau.
Darjah Ketersampaian
Di Bercham, terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan. Sebahagian besar penduduk
memiliki kenderaan sendiri untuk memudahkan mereka bergerak. Di sini juga terdapat pengangkutan
awam yang baik. Pengangkutan awam seperti bas dan teksi telah memudahkan penduduk untuk ulang-
alik ke tampat kerja serta keluar ke bandaraya Ipoh. Manakala di Tokyo pula, penduduk penduduknya
terlalau padat. Jadi, kemudahan awam seperti keretapi telah dibina. Ini telah memudahkan penduduk
Tokyo untuk bergerak ke mana-mana.
Sosial/Budaya
Di Bercham, penduduknya terdiri daripada penduduk yang berbilang kaum. Oleh itu, wujudnya
tempat beribadat yang banyak. Masjid didirikan bagi penduduk muslim manakala kuil didirikan
penduduknya yang beragama hindu. Terdapat banyak tokong sebagai tempat beribadat orang Cina
yang beragama budha kerana pada dahulunya, Bercham merupakan petempatan orang cina. Di Tokyo,
terdapat banyak muzium yang didirikan. Muzium ini memaparkan kepelbagaian lukisan traditional
Jepun. Ia juga memaparkan budaya yang dahulunya wujud di Jepun.
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai bentuk muka bumi
yang cantik dan kegiatan ekonominya yang tidak kurang seperti negara lain. Selain itu, kita juga
mempunyai jalan raya yang baik dan berturap.
8.3 : Fungsi Petempatan
Terdapat banyak fungsi petempatan yang dibuat terhadap pembangunan kawasan bandar
Bercham serta penduduk di bandar Bercham.Antara salah satu fungsi petempatan yang terdapat di
kawasan Bercham adalah sistem pendidikan.Banyak sekolah di Bercham telah dinaiktaraf
pendidikannya.
Contohnya ialah pembukaan sekolah baru di kawasan Bercham seperti Sek. Ren. Perpaduan
Jaya,Bercham yang akan dibuka pada tahun 2010.Sekolah tersebut mempunyai banyak kemudahan
yang lengkap dan kawasannya yang lebih luas berbanding sekolah lain yang ada di Bercham.Secara
tidak langsung terdapat juga peningkatan taraf hidup yang berlaku di sini.Ini termasuklah taraf
kesihatan dan pendidikan penduduk di Bercham yang semakin baik dan selesa.Kemudahan
infrastruktur yang lengkap untuk kemudahan dan keselesaan penduduk seperti bekalan elektrik,jalan
bertar dan juga sekolah yang dinyatakan di atas.
Fungsi petempatan di negara perbandingannya iaitu Tokyo,Jepun pula adalah sebagai kawasan
perindustrian. Ini kerana di Tokyo terdapat begitu banyak kilang. Disamping itu, Tokyo juga
mempunyai pelbagai fungsi sampingannya dan antaranya ialah menanam padi di kawasan tanah tinggi.
Ini adalah disebabkan mereka tidak mempunyai kawasan yang mencukupi untuk menjalankan kegiatan
menanam padi di kawasan tanah pamah.
Kita mestilah mempunyai sikap cinta akan negara dan tempat tinggal kita.Ini kerana kita
bertuah dapat tinggal di sebuah negara yang aman dan makmur.Kita juga seharusnya berusaha
mengekalkan keamanan tempat tinggal kita dan negara yang tercinta dan kita juga perlulah menjaga
segala kemudahan yang telah disediakan.
8.4 : Masalah Petempatan
Bersdasarkan kajian yang telah saya buat melalui kaedah kajian soal selidik,beberapa masalah
telah dinyatakan oleh 20 responden,antaranya ialah kesesakan lalu lintas dan jugapencemaran alam
sekitar.Pencemaran alam terjadi akibat sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduk kawasan
Bercham.
Selain itu,Bercham juga tidak terkecuali daripada pencemaran udara kerana ia terletak
berhampiran dengan bandar yang semakin pesat membangun dengan arus pemodenan yang terdiri
daripada pelbagai kemudahan.Pencemaran udara juga terjadi disebabkan oleh pelepasan asap daripada
kenderaan bermotor ke udara.Pencemaran tanih pula berlaku disebabkan oleh sampah-sarap yang
dibuang di merata-rata tempat.Kesan daripada pembuangan sampah yang tidak teratur menyebabkan
sampah mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan mencacatkan permandangan sekeliling.
Kejadian hujan asid juga berlaku di Bercham berikutan pelepasan gas bercun daripada kenderaan-
kenderaan bermotor dan kilang-kilang.
Oleh disebabkan petempatan yang padat di kawasan kajian,pertambahan bilangan kenderaan
juga turut menyumbang kepada kesan negatif.Kesesakan lalu lintas sering berlaku di Jalan Sunway.Ini
disebabkan oleh kerana jalan tersebut menghala ke Bandaraya Ipoh.Jalan tersebut juga berdekatan
dengan kawasan perumahan dan laluan utama menuju ke sekolah.
Bandar Tokyo di negara Jepun juga tidak lari dari mengalami masalah seperti yang berlaku di
Bercham.Bandar Tokyo juga mengalami masalah pencemaran udara.Ini berikutan dengan
pembangunan pusat-pusat industri baru dan penggunaan kenderaan-kenderaan bermotor yang
melepaskan gas nitrogen dioksida dan sulfur yang boleh menghasilkan hujan asid.
Keesakan lalulintas yang sama berlaku ni bandar Tokyo kerana penduduknya amat
padat.Bandar Tokyo juga mengalami masalah kekurangan pelabuhan berikutan barang dagangannya
yang amat padat kerana punca ekonominya juga bergantung kepada kegiatan pelabuhannya.
Kita seharusnya peka kapada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita.Kita juga
mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan dan tidak melakukan sesuatu
perkara yang menyalahi undang-undang sewenang-wenangnya.Bagi mengelakkan berlakunya
keadaan-keadaan di atas,sebagai penduduk Bercham,kita hendaklah saling bantu-membantu dan
bekerjasama antara satu sama lain untuk menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan
sebagainya.Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan
dan berusaha untuk menjaga dan mengekalkannya.
8.5 : Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan
Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah petempatan yang berlaku
di Bercham dan Bandar Tokyo di negara Jepun ialah melebarkan jalan raya,menguatkuasakan undang-
undang,mengitar semula,menyediakan tapak pelupusan dan membuka kawasan baru.Untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas,kerajaan daripada kedua-dua buah kawasan ini telah mengambil
inisiatif untuk melebarkan jalan raya.
Contohnya,di Bercham pelebaran jalan raya telah dilakukan di sekitar kawasan bandar Sunway
untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menambah baik darjah ketersampaian.Selain itu,untuk
mengurangkan kesesakan lalu lintas,kerajaan juga telah meggalakkan pengeluaran kenderaan awam
dan penduduk juga memberi kerjasama dengan menaiki kenderaan awam untuk mengatasi masalah ini.
Selain daripada mengurangkan kesesakan lalulintas, langkah ini juga telah mengurangkan
pencemaran udara.Usaha menanam pokok-pokok juga dapat mengurangkan pencemaran.Pokok-pokok
ini telah di tanam di sepanjang jalan raya.Selain daripada mengurangkan pencemaran,ia juga boleh
mencantikkan kawasan.Tambahan pula,kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih
ketat lagi untuk mengatasi masalah pembakaran terbuka yang berlaku.
.Penyediaan tong sampah kitar semula juga telah dipertingkatkan oleh Majlis
Pembandaran.Pembukaan tapak pelupusan sampah juga telah dibuat oleh kerajaan untuk mengatasi
masalah ini. Pembukaan pusat pelabuhan baru di Tokyo telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan negara
Jepun untuk mengatasi masalah kekurangan pelabuhan dan pertambahan barang dagangan. Di Nagoya,
penggunaan petroleum tanpa plumbum juga telah lama dijalankan di samping langkah-langkah yang
telah diambil oleh kerajaanya untuk menanam lebih banyak pokok-pokok .Penggunaan kenderaan
berkuasa elektrik seperti MRT yang beroperasi di bawah tanah dapat mengurangkan pencemaran udara
dan pencemaran bunyi.
Saya amat bersyukur kerana pihak kerajaan Malaysia telah berusaha mengambil langkah-langkah
untuk mengatasi masalah-masalah ini dari semasa ke semasa.Namun begitu,para penduduk juga perlu
bekerjasama dengan kerajaan supaya program-program dan langkah yang dilancarkan berhasil
disamping saling bantu-membantu serta melahirkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga kawasan
masing-masing.
RUMUSAN
Kajian yang telah saya jalankan di kawasan bandar Bercham, Ipoh, Perak ini telah memberi
banyak pengalaman yang sangat berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti
pola petempatan yang terdapat di kawasan kajian.
Selain itu, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi petempatan seperti bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Berdasarkan
kepada kajian yang saya jalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang fungsi
petempatan di kawasan kajian yang telah saya pilih dan juga negara bandingan iaitu Jepun di bandar
Tokyo seperti menigkatkan tahap ketersampaian, memendekkan masa perjalanan dan mobiliti
penduduk. Saya juga dapat mengenalpasti masalah-masalah petempatan yang terdapat di kawasan
kajian dan kawasan bandingan iaitu Tokyo serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan terus memantau dan mengenalpasti masalah-
masalah yang terdapat di kawasan Bercham serta mencari jalan untuk menyelesaikannya bagi memberi
keselesaan kepada para penduduk. Pada pendapat saya bukan sahaja pihak kerajaan yang perlu
melakukan perkara ini, malah para penduduk juga perlu mengambil inisiatif untuk terus menjaga
kawasan persekitaran dengan baik.
Kita sepatutnya bersyukur kepada Tuhan kerana menganugerahkan nagara yang aman dan
merdeka dengan pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk jaringan sistem yang baik.
Akhir kata, marilah sama-sama kita sebagai penduduk Malaysia supaya bekerjasama menjaga
kemudahan dan petempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan sebaik mungkin agar kita semua tidak
menghadapi masalah-masalah yang boleh menjejaskan taraf hidup kita akibat perbuatan kita sendiri.
SURAT
PENGENALAN DIRI
MURID
SURAT KEBENARAN
MEMBUAT KAJIAN
SURAT MAKLUMAN
KEPADA IBUBAPA
S e k o l a h M e n e n g a h K e b a n g s a a n A n d e r s o nJ a l a n H o s p i t a l3 0 4 5 0 I p o h , P e r a k D a r u l R i d z u a nT e l : 0 5 - 2 4 9 4 9 0 0
__________________________________________________________________________
BORANG SOAL SELIDIKKAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN TINGKATAN 3 (PMR) 2009
Makluman kepada responden:Soal selidik ini adalah untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan kajian geografi sahaja. Segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan dan ianya hanya untuk kepentingan kajian sahaja. Adalah diharapkan para responden dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang dikemukakan. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih.
TEMA KAJIAN : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA
SOAL SELIDIK UNTUK MENGENALPASTI MASALAH PETEMPATAN YANG BERLAKU DI KAWASAN
BANDAR BERCAHAM
JENIS MASALAH PETEMPATAN YANG BERLAKU
TANDAKAN ( √ ) JIKA BERLAKU
KAWASAN TERLIBAT CADANGAN LANGKAH MENGATASI
Peluang Pekrjaan
Kekurangan Infrastruktur
Kesesakan Lalulintas
Sekurangan Tempat Tinggal
Pencemaran
Darjah Ketersampaian
No. Responden
Banjir
RUJUKAN
Buku teks
Khaw Ah Seng, Habibah binti Haji Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku teks Geografi
Tingkatan 3, Pahang Darul Makmur, PTS Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Internet
Ipoh, Perak : http://ms.wikipedia.org/wiki/Ipoh
Tokyo, Jepun : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo
Orang sumber
Rosliza bt Boni, 42 tahun, No 5, Jalan Dinding, Taman Lim, 30100 Ipoh, Perak.