Download - Kerja kursus
ALAM BELAJAR
“ Alam belajar atau alam pembelajaran bukan hanya satu proses penambahan
ilmu di mana pembelajaran baru akan dihimpunkan ke atas pengetahuan sedia
ada, bahkan ia adalah satu proses yang aktif dan dinamik di mana perkaitan
seringkali berubah-berubah dan struktur juga sentiasa dibentuk semula “
~ Cross ~
1 ~ Konsep Alam Belajar
Alam belajar ialah persekitaran yang menggalakkan dan mempercepatkan
perkembangan, keupayaan, kebolehan menguasai sesuatu pada akhirnya
membawa kepada perubahan tingkah-laku.
Konsep alam belajar lebih bersifat individu. Keperluan setiap kanak-kanak
adalah berbeza. Keperluan tersebut adalah unik dan perlu
dikenalpasti.Perbezaan antara kanak-kanak adalah nyata dan perbezaan inilah
yang mempengaruhi pengajaran guru. Aras peningkatan kebolehan kanak-
kanak, cara pembelajaran, minat dan latar belakang keluarga mereka adalah
antara faktor yang membantu untuk membentuk pesekitaran pembelajaran.
1
Dalam membincangkan konsep alam belajar ini, ianya tidak dapat lari dari tiga
aspek yang penting dalam pembentukan murid yang menyeluruh iaitu aspek
psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.
1. 1 Aspek Psikososial
Pertama dari aspek psikososial. Dalam perkara ini, ia berkait rapat dengan
perasaan murid-murid sewaktu di sekolah dan seterusnya berhubungan dengan
keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah. Mengikut
kebiasaannya, pembelajaran biasanya akan menjadi lebih berkesan jikalau
mereka diterima dan dilayan dengan baik oleh guru-guru dan rakan-rakan
sekelas.
Dalam aspek psikososial ini, ianya melibatkan kepada empat elemen penting
iaitu nada suara, budi bahasa, tingkahlaku yang diterima dan suasana yang
kondusif.
Nada suara guru yang berkesan biasanya akan diketahui dengan nada suara ke
atas pembelajaran murid-murid mereka. Suara mereka biasanya tegas tetapi
bukan nyaring. Apabila mereka mengubah suara mereka menjadi perlahan atau
bisikan, murid-murid akan menjadi sunyi unuk memberi perhatian yang rapi agar
dapat mendengar maklumat yang disampaikan.
2
Guru perlu menjadi contoh pada muridnya maka budi bahasa perlu diamalkan
selalu dalam waktu pengajaran dan pembelajaran. Maka digalakkan daripada
menggunakan sindiran dan sebagainya. Dengan itu, wujud sifat hormat-
menghormati antara guru dan murid-murid dan sekolah merupakan tempat yang
utama untuk mengamalkan tingkah-laku yang baik ini.
Tingkah-laku pula biasanya akan mempengaruhi persekitaran psikososial biik
darjah. Murid biasanyaa akan meniru segala perbuatan guru untuk dijadikan
sebagai contoh pengamalan harian. Apabila mereka mendapati bilik darjah
adalah selamat dan selesa, adalah lebih mudah untuk mereka menerima
pengajaran yang disampaikan.
Suasana yang kondusif amat mempengaruhi suasana alam belajar. Suasana
susunan fizikal kelas biasanya akan mewujudkan suasana belajar yang
menyegarkan dan stabil. Fizikal dalaman bilik darjah pasti akan mengganggu
pembelajaran sekiranya fizikal kelas agak bermasalah dari segi kemudahan yang
ada.
1. 2 Aspek Fizikal
Susunan fizikal bilik darjah bukan sahaja mempengaruhi faktor psikososial
murid-murid malah mencerminkan gaya pengajaran guru. Bagi menjalankan
pengajaran, beberapa teknik fizikal perlu diubah untuk menjayakan dan
3
mencapai objektif pembelajaran. Antara cara penyusunan bilik darjah adalah
seperti berikut :
i. Gaya Auditorium
Gaya penyusunan tradisional di mana murid-murid duduk menghadap guru.
ii. Gaya Bersemuka
Murid-murid duduk menghadap satu sama lain.
iii. Gaya Off-set
Tiga atau empat orang murid duduk pada meja tetapi tidak menghadap
sesama mereka.
iv. Gaya Seminar
Kumpulan murid-murid yang terdiri darpada 10 atau lebih akan duduk dalam
bulatan, segiempat sama atau berbentuk U.
4
v. Gaya Kluster
Empat hingga lapan orang murid akan duduk dalam kumpulan yang dekat
dan rapat.
Di samping itu, ada beberapa perkara lain yang perlu dikaitkan dengan fizikal
juga. Ini termasuklah pokok-pokok, gambar-gambar, papan kenyataan yang
dipenuhi dengan berbagai bahan, poster-poster, kata-kata hikmah dan sudut
bacaan.
Ahli-ahli teoris berpendapat bahawa persekitaran kelas tersebut boleh
dianggap sebagai ’ guru yang kedua ’. Ini kerana ruang di dalam bilik darjah
digunakan dengan sepenuhnya secara maksimum untuk membolehkan
perjalanan pelbagai aktiviti di dalam kelas akan berlaku. Ini akan mendorong
kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara aktif di dalam bilik
darjah dan seterusnya mengurangkan tingkahlaku bermasalah dalam
kalangan murid-murid.
1. 3 Komuniti Pembelajaran
Konsep komuniti pembelajaran ialah persekitaran yang melibatkan hubungan
kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan
5
tingkahlaku. Komuniti pembelajaran juga melibatkan unsur kerjasama, bantu-
membantu, perkongsian alat dan idea dan juga persaingan yang sihat.
Dalam komuniti pembelajaran, terdapat beberapa ciri suasana pembelajaran
yang menunjukkan bahawa persekitaran tersebut dapat memberi kesan positif
dalam pembinaan diri kanak-kanak. Dengan kata lain dalam konteks pendidikan,
komuniti pembelajaran mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
i. Kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif.
ii. Penglibatan murid-murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama
rakan sebaya mereka.
iii. Sumber jaringan sokongan akademik dan sosial.
iv. Fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran.
Secara ringkasnya, bilik darjah yang beroperasi sebagai komuniti pembelajaran
akan berpegang kepada prinsip-prinsip yang berikut :
Tanggungjawab ke atas pengetahuan dan kawalan terhadap ilmu yang
akan diperoleh, diperkongsikan bersama.
Pembelajaran menitikberatkan pemahaman. Oleh itu amat mustahak
untuk guru memadankan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada
murid.
6
Kolaborasi antara murid-murid dengan guru mereka bagi memikirkan
alternatif-alternatif penyelesaian bagi masalah-masalah disiplin yang
wujud.
Guru menggunakan insentif ekstrinsik bagi mendorong mereka melakukan
sesuatu atas matlamat peribadi dan bukannya ’ apa yang akan saya dapat
’.
Perbezaan antara individi tidak dilihat sebagai satu masalah bahkan dialu-
alukan bagi memaksimumkan sumbangan setiap murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Murid-murid belajar sesama mereka dalam suasana pembelajaran yang
kondusif.
2. Pengalaman Belajar Kanak-kanak
Pengalaman belajar kanak-kanak lebih mudah disebut sebagai pengalaman
secara langsung. Pengalaman langsung juga boleh diimplimentasi secara
meluas merentasi topik dan bahantara yang berbeza-beza. Antaranya
termasuk pendidikan luar, kerja lapangan, amali, projek pembelajaran
berasaskan kumpulan,lawatan sambil belajar dan sebagainya.
7
Pengalaman langsung boleh dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu :
Belajar dengan sendiri. Ia juga dikenali sebagai belajar melalui cara
semulajadi dan mengambil bahagian secara langsung dalam peristiwa-
peristiwa sebenar. ( Pendidikan Informal )
Belajar melalui pengajaran guru. Dalam hal ini, guru
bertanggungjawab untuk mengurus dan memudahcara pengalaman
langsung berhubung dengan peristiwa-peristiwa tertentu. Maka guru
perlu membuat perancangan rapi hasil penilaian kendiri keatas sesi
pengajaran.
3. Peranan Dan Kepentingan Bermain Dalam Proses
Pembelajaran.
8
Dalam proses pembelajaran, main merupakan satu aspek yang penting. Untuk
tujuan perbincangan seterusnya, kita akan kaji main dari segi konsep,
kepentingan bermain, kategori dan jenis-jenis main dan ciri-ciri main.
3.1 Konsep main
Tanggapan main pada kanak-kanak ialah belajar. Naluri kanak-kanak suka
bermain dan pada waktu yang sama , mereka belajar menerusi main. Main
untuk orang dewasa ialah untuk beriadah. Ada pula yang menjadikan main
Sebagai profession seperti main bola sepak, badminton dan golf.
Main pula bagi kanak-kanak dua perkara akan berlaku pada perkembangan
kanak-kanak iaitu perkembangan sosial dan kognektif.
3.2 Kategori dan jenis main
Dalam tajuk ini, main terbahagi kepada dua iaitu main sosial dan main kognitif.
Main Sosial
Main sosial mengikut Mildred Perten (1932 ). Beliau mengkategorikan main
sosial kepada 6 peringkat pembentukan sosial kanak-kanak seperti berikut :
9
Pelakuan tidak menentu ( unoccupied behavior ).
Kanak-kanak bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain sambil memerhati
tetapi tidak bemain.
Main sendirian ( solitary play ).
Kanak-kanak bermain sendirian tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk
berhampiran dengannya.
Main pemerhatian ( on looker play )
Kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak
melibatkan diri dalam permainan.
Main selari ( parallel play )
Kanak-kanak bermain sendirian dan merupakan alat-alat yang sama dengan
kawan-kawannya.
Main asosiatif / gabungan ( associative play )
Kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain dan berkongsi
peralatan permainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti bermain.
Main koperatif ( cooperative play )
10
Kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan
bersama dan berkongsi aktiviti.
Main Kognitif
Menurut Sara Smilansky ( 1968 ) melihat main dari aspek kognitif. Beliau
melihat aspek main dapat membina perkembangan kognitif kanak-kanak.
Main dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak iaitu diukur dari
segi cara kanak-kanak menggunakan bahan atau peralatan itu sendiri.
Pandangan Smilansky yang berbeza dengan Parten dianggap sebagai
pelengkap kepada pengkelasan yang telah dibuat oleh Parten.
Kategori main mengikut Smilansky ialah :
Main berfungsi ( functional play )
Kanak-kanak menggunakan tubuh mereka untuk berlari, melompat atau
memanipulasi objek agar dapat belajar mengenai dunia sekeliling.
Main konstraktif ( consructive play )
Kanak-kanak menggunakan objek-objek untuk mencipta struktur atau bentuk.
Misalnya bermain dengan blok, lego dan sebagainya.
11
Main dramatik ( dramatic play )
Kanak-kanak main peranan, misalnya menjadi orang dewasa ( doktor,
jururawat, guru ) atau haiwan ( harimau, kucing ).
Main fantasi
Kanak-kanak mencipta aktiviti baru yang berada di luar dunia ini berdasarkan
imajinasi dan daya kreativiti mereka.
Main yang berperaturan ( game with rules )
Kanak-kanak ini bermain melibatkan penerimaan pandangan, mengubahsuai
peraturan dalam permainan.
3.3 Ciri-ciri main
Antara ciri-ciri main ialah :
Bermotivasi secara intrisik
Permainan ini tidak bergantung pada ganjaran luaran atau pun pada orang
lain. Kanak-kanak biasanya melibatkan diri dalam satu-satu jenis main kerana
keseronokan.
Berfokus kepada fungsi
12
Permainan ini menitikberatkan pada unsur kegunaan aktiviti main.
Berubah-ubah merentasi situasi dan jenis kanak-kanak yang terlibat.
Satu -satu aktiviti boleh dimainkan dengan menggunakan pelbagai cara
bergantung kepada kreativiti kanak-kanak.
Tidak bermatlamat
Agak sukar bagi kanak-kanak menerangkan apakah tujuan mereka
melibatkan diri dalam satu-satu jenis main.
Mempunyai kesinambungan
Kanak-kanak biasanya khusyuk bermain sehingga lupa diri.
Berlaku di tempat yang selamat dan kondusif
Mewujudkan perasaan selesa, seronok, selamat dan sebagainya.
13
Pilih satu permainan tradisional dan bincangkan
kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi
dan fizikal kanak-kanak. Bentangkan hasil perbincangan.
CONGKAK
Permainan tradisional yang dipilih ailah congkak. Permainan ini dimainkan
oleh semua lapisan masyarakat sebagai permainan dalaman dan sebagaim
pertandingan. Asas permianan ini melibatkan pengiraan dan pergerakan
tangan berupaya menggalakkan perkembangan intelek, sosiaemosi dan
fizikal kanak-kanak.
Dalam permainan congkak, mereka yang cekap mencongak mempunyai
kelebihan untuk mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Kanak-kanak yang gemar nermain congkak dengan sendirinya mereka dapat
menguasai kemahiran matematik iaitu penambahan dan pengurangan.
14
Kajian telah menunjukkan hubungan yang posotif antara main dan
pembelajatan kanak-kanak. ( Kumar & Hurizka, 1998 ), Liebergman, 1977.,
Kreativiti dan Pemikiran dirergent ( Dansky 1980, Holmas & Geiger , 2002 )
jelas menunjukkan bahawa proses bermain yang melibatkan operasi mental
mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Jeane, Ausubel dan Bruner ada
kepentingannya.
Seterusnya permainan ini yang melibatkan dua orang bermain akan
meningkatkan kemahiran berbahasa, meneroka persekitaran, mempelajari
perkara yang baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain congkak adalah pencetus
kepada pembentukan, perkembangan serta kemahirn sosial dan emosi
kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak dari pelbagai umur perlu
bersosialisasi sebagai penyumbang dalam kebudayaan masing-masing.
Kajian ( Rubia & Home 1986 : Creorey, Jarvis & Berk, 1998 ) menunjukkan
bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepadakanak-kanak
untu menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberi
pendapat mereka sendiri. Selainitu, main congkak dikatakan dapat memberi
kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkat kemahiran sosial,
mempunyai setiviti, nilai dan keperluan orang lain. Belajar mengawal emosi
dan belajar mengawal diri sendiri.
15
Permainan congkak juga melibatkan aktiviti fizikal seperti jari digunakan untuk
menggerakkan buah. Oleh itu, kanak-kanak berasa seronok dan lebih
selamat kerana permainan ini tidak memerlukan pergerakan yang kasar dan
bermain ditempat yang selamat.
Rujukan :
1. Murid Dan Alam Belajar, Choong Lean Keow PhD, 2008
2. http//www.mnsu.edu/emuseum/cultural/Applied/zwelihle/
pictures.html
3. http://www.ceo.uga.edu/resorurces/student.html
16
Refleksi
Dalam pembentangan yang telah dibuat oleh kumpulan saya, ianya berkaitan
dengan bab Alam Belajar. Tajuk ini telah dibahagikan kepada tiga topik utama
iaitu Konsep Alam Belajar, Pengalaman Belajar Kanak-kanak dan peranan dan
Kepentingan Bermain Dalam Proses Pembelajaran.
Bila merumuskan dalam bab ini ini, saya dapati bahawa dalam setiap
pembentangan oleh kumpulan saya, saya dapati penglibatan secara langsung
oleh guru dalam perkara ini amat penting agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berjaya dan berkesan.
Sebagai seorang guru, kita perlu menggalakkan penyertaan yang aktif dari
semua murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, kita
sebagai guru perlu berusaha untuk mendekati setiap hari anak murid dengan
mengetahuinlatarbelakangmurid, masalah, kekurangan dan kelebihan murid agar
memudahkan guru mengenalpasti murid yang lebih memerlukan bantuan.
17
Guru juga berperanan sebagai fasalitator bagi memudahcarakan pembelajaran
di dalam kelas. Guru perlu bersedia dengan berbagai kaedah pengajaran bagi
mewujudkan persekitaran yang positif semasa pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Disamping itu, guru terlebih dahulu perlu menunjukkan minat terhadap
perkara yang akan diajarnya agar murid juga akan lebih berminat.
Guru juga dicadangkan dan digalakkan supaya menggunakan permainan
sebagai salah satu kaedah pengajaran. Ia adalah sebagai satu cara untuk
menarik minat murid untuk belajar. Guru dapat menggunakan permainan agar
merangsang perkara-perkara positif di dalam diri murid.
Guru perlu memberikan fokus pada keseluruhan perkembangan diri murid-murid
dari segi perkembangan mental, emosi, sosial dan fizikal. Guru juga sepatutnya
tidak terikat dengan gaya pengajaran lama dan guru juga mestilah sentiasa
kreatif sewaktu pengajaran kepada murid-murid.
Akhir sekali, guru mestilah sentiasa memotivasikan murid agar terus belajar,
bukan sahaja secara langsung di dalam kelas malahan di dalam segala tindakan
seharian mereka.
Disediakan oleh,
Azhar Bin Rethian @ Saad
18
19