Download - Kepupusan Flora Dan Fauna
KEPUPUSAN
FLORA DAN
FAUNA
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 1
Pengenalan
Pada waktu ini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yang
berlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup. Tetapi harga yang perlu
dibayar untuk mencapai semua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah bumi
terpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu manusia kini. Kealpaan manusia telah
menjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang pupus semakin
meningkat. Kepupusan flora dan fauna telah berada dalam zon kritikal dan ia perlu
diambil serius selagi masih ada masa.
Definisi
Menurut Kamus Bahasa Melayu edisi kedua (1996), flora membawa maksud
‘tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa”
manakala fauna pula bermaksud ‘seluruh binatang yang hidup di suatu tempat”.
Kepupusan pula menurut Kamus Bahasa Melayu ialah ‘habis lenyap’. Kepupusan
flora dan fauna boleh didefinisikan sebagai kebinasaan atau kelenyapan tumbuhan
dan haiwan semulajadi dari muka bumi.
Folio ini akan membincangkan tentang punca-punca kepupusan flora dan
fauna, kesan-kesan kepupusannya dan langkah-langkah yang dianggap sesuai
untuk mengatasi masalah ini. Kebanyakan contoh-contoh yang diselitkan melibatkan
negara kita sendiri, Malaysia.
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 2
Punca-Punca Kepupusan Flora dan Fauna
Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada kepupusan flora dan
fauna sama ada secara langsung atau tidak langsung.
1. Pembalakan Haram
embalakan haram
merupakan salah satu punca
utama kepupusan flora dan fauna.
Pembalak-pembalak haram giat
membuat aktiviti pembalakan
secara meluas di kawasan yang
tidak sepatutnya. Pokok-poko
balak tumbang menghempas
tumbuhan-tumbuhan kecil yang
berada di bawahnya. Keadaan ini boleh menyebabkan tumbuhan renek ini
mengalami kepupusan. Apabila hutan yang sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat
yang tinggal untuk flora dan fauna.
P
2. Pembakaran Hutan
embakaran hutan yang
dilakukan secara terbuka dan
tidak terkawal juga boleh
menyebabkan kepupusan flora dan
fauna. Menurut satu laporan di
dalam akhbar Utusan Malaysia pada
bulan Mac 2005 yang lalu,
kebakaran hutan di Berjuntai Bestari,
P
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 3
Batang Berjuntai hampir meragut sejumlah besar hutan di kawasan tersebut. Apabila
kebakaran hutan terjadi, fauna akan kehilangan tempat tinggal dan flora akan turut
terbakar sama. Mohd Kdir (2009) di dalam blognya menyatakan kebanyakan pihak di
negara membangun lebih gemar megambil jalan mudah dan singkat seperti
mengamal kan konsep “tebas dan bakar” (slash and burn). Pembakaran yang tidak
dikawal dengan baik boleh menyebabkan api merebak dan meningkatkan peratus
kepupusan flora dan fauna.
3. Pembukaan Tanah Baru / Pembangunan
ntara keperluan yang sering
menjadi masalah adalah tempat
tinggal. Manusia memerlukan tempat
tinggal. Oleh itu, untuk memenuhi
permintaan yang semakin tinggi,
banyak kawasan baru perlu diterokai
untuk membina penempatan baru.
Kawasan yang dahulunya hutan
belantara telah dijadikan kawasan
perumahan oleh pemaju-pemaju. Pembukaan tanah baru juga acap kali dilakukan
untuk dijadikan kawasan pertanian dan perindustrian. Habitat flora dan fauna
digantikan dengan besi konkrit, menara dan sebagainya. Keratan akhbar di bawah
merupakan salah satu contoh punca Sungai Kelantan menjadi cetek. Ini
mendatangkan impak kepada hidupan akuatik di sungai tersebut.
A
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 4
4. Pemburu Haram
asyarakat sering disajikan
dengan
dokumentari atau berita tentang
haiwan-haiwan dibunuh oleh
pemburu haram untuk
keuntungan sendiri.
Dokumentari tentang perkara ini
sering dipaparkan di rancangan
Discovery Channel atau National Geography. Malaysia juga tidak terkecuali. Mohd
Kdir (2009) menyatakan permintaan yang tinggi dalam bidang perubatan
menyebabkan pelbagai spesis haiwan diburu.
M
Antara haiwan-haiwan yang menjadi buruan adalah:
gajah untuk gadingnya
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 5
Sumber dari Berita Harian
badak sumbu diburu untuk tanduknya yang
dikatakan mujarab untuk perubatan tradisional
telur penyu untuk tenaga batin dan
harimau untuk tujuan perubatan.
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 6
5. Aktiviti Perikanan
ktiviti menangkap ikan
merupakan salah satu punca
rezeki bagi nelayan-nelayan di
pesisiran pantai. Tangkapan
menggunakan jala,
pancing,bubu dan apa juga cara
tradisional tidak menjejaskan habitat
atau bilangan hidupan akuatik di sungai
atau laut. Apa yang menjadi ancaman kepada hidupan akuatik ialah tangkapan yang
melibatkan bot-bot yang besar, menggunakan kemudahan teknologi moden. Apabila
pukat tunda dilabuh dan dinaikkan, ia turut mengaut segala hidupan di dasar laut
seperti terumbu karang, tapak sulaiman, ikan-ikan kecil dan sebagainya. Terumbu
karang merupakan tempat tinggal bagi sesetengah ikan. Apabila terumbu karang itu
sendiri telah dikaut, tiada lagi habitat ikan.
A
6. Peningkatan Suhu Dunia
unia semakin panas. Cuaca semakin
tidak menentu dan ini semua adalah
kesan dari rumah hijau. Peningkatan suhu dunia (global
warming) menunjukkan lapisan ozon semakin
nipis. Tidak semua flora dan fauna mampu
bertahan dengan suhu panas
membahang. Kawasan yang dahulunya sejuk
mungkin akan berakhir seperti kawasan gurun yang
panas. Apabila hutan itu sendiri mengalami
kepanasan global, haiwan-haiwan akan turut merasai keperitannya.
D
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 7
Harimau
Rusa, kijang dan lain-lain
Pemburu Haram
Kesan-Kesan Kepupusan Flora dan Fauna
1. Kitaran kehidupan terjejas
pabila haiwan-haiwan
dan tumbuhan
mengalami kepupusan
yang serius, ia turut
menjejaskan kitaran
kehidupan semua
hidupan. Contohnya,
harimau yang diburu boleh
menyebabkan kepupusan. Apabila tiada lagi harimau untuk mengawal
populasi rusa dan kijang, haiwan-haiwan ini akan terus membiak dan mampu
merosakkan kawasan rumput di sekelilingnya.
A
2. Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh
kibat dari pembalakan yang tidak
terkawal dan pembukaan tanah
baru mampu mendorong tanah runtuh
berlaku. Akar-akar pokok secara tidak
langsung mencengkam tanah daripada
A
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 8
runtuh. Akar-akar ini akan memastikan tanah sentiasa berada dalam kedudukan
yang semulajadi. Tetapi, apabila perkara di atas berlaku, di mana hutan dan pokok-
pokok digondol, tiada lagi akar-akar mencengkam tanah. Apabila tiada lagi sokongan
pada tanah, tanah tidak mampu lagi untuk menampung segala benda di atasnya.
Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh berlaku. Dahulu negara digemparkan
dengan tragedi tanah runtuh di Genting Highlands dan Highland Towers. Jika
diperhatikan, kawasan sekelilingnya tidak mempunyai banyak pokok.
3. Mencacatkan Pemandangan Alam
pabila flora dan fauna yang sebelum ni
menyerikan alam semulajadi mengalami
kepupusan, yang terbentang di depan mata
hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti
gurun. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis
spesis tumbuhan dan haiwan serta hutan hujan
tropika bertukar menjadi padang jarak padang
terkukur. Sudah tentu keadaan ini mencacatkan
pemandangan alam semulajadi.
A
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 9
Langkah-Langkah Mengatasi
Ada beberapa cadangan bagi mengatasi masalah kepupusan flora dan fauna
di Malaysia.
1. Mewujudkan sistem pengurusan hutan yang boleh menjamin dan
melindungi flora dan fauna.
Menjalankan penanaman semula; contohnya seperti menanam
semula pokok kayu balak yang telah ditebang bagi
menggantikannya.
Menghadkan kapasiti hasilan hutan; untuk mengelakkan tumbuhan
dan pokok-pokok sering ditebang dan sebagainya.
2. Memperketatkan undang-undang tentang pembalakan dan pemburuan
haram
Sentiasa peka dengan setiap pergerakan yang dilakukan oleh
pembalak dan pemburu haram kerana kewujudan mereka bakal
menghancurkan flora dan fauna
3. Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan sebagai Taman Negara, taman
rekreasi, taman laut dan sebagainya dengan keluasan mencukupi.
Dengan kewujudan kawasan sebegini, habitat flora dan fauna boleh
terpelihara.
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 10
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum melakukan
suatu perkara. Dalam hal membangunkan negara menerusi perindustrian, alam
semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi ini tidak dijaga dengan sebaik-
baiknya, tiada apa lagi yang tinggal untuk generasi akan datang.
Dunia ini hanyalah pinjaman, Manusia tidak berhak untuk merampas atau
meragut kekayaan dunia dengan sewenang-wenangnya Segala perkara yang ingin
dilakukan, perlu melalui pelbagai fasa untuk mengelakkan sebarang ancaman
terhadap alam semulajadi.
Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua jika
tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan ini.
Hasil kerjaHafizatulfadilla binti Muhamad AminCopyright 2009 Page 11