Transcript
Page 1: Kepentingan Pendidikan Jasmani Dalam Kurikulum Sekolah

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah.

Pendidikan jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum

sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani,

pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai

contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya

mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-

masing.

Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak

dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya.

Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan

keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui

aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu

seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan

jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid

meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat

beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan

jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka

seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali

dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada

kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas

sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu

mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

http://notapismp.blogspot.com/2010/09/kepentingan-pendidikan-jasmani-dalam.html

Top Related