-
KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
LARANGAN JUALAN PRODUK MAKANAN YANG DIKESAN
MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL DAN MEMAPARKAN
MAKLUMAT PALSU PADA LABEL
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan
dan Kualiti Makanan (BKKM) sentiasa memantau produk-produk makanan
di pasaran termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun
berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.
Hasil pemantauan yang dijalankan oleh BKKM sepanjang tahun 2019
hingga Ogos 2020, didapati sebanyak 21 produk makanan membabitkan
16 jenama daripada sejumlah 849 produk makanan yang dianalisis
didapati mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya
dalam makanan.
Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana
orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam
atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya
memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM
-
100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-
duanya.
Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar 4
daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang
tersebut. Walau bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12
jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat
adalah palsu atau tidak lengkap. Maklumat semua produk makanan
tersebut adalah seperti di lampiran.
Sehubungan itu, KKM memberi amaran dan melarang penjualan semua
produk makanan tersebut. Semua peniaga termasuk peniaga atas talian
yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk
menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan
menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan
penyitaan.
Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini adalah disarankan
supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli
profesional kesihatan. Orang ramai diingatkan untuk sentiasa
menggunakan kebijaksanaan dan berhati-hati dalam membeli produk
makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang.
KKM ingin menegaskan supaya semua makanan yang dijual di negara ini
perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang,
-
pembungkus, pengedar, ejen pemasaran dan penjual untuk memastikan
produk makanan yang dijual mematuhi perundangan makanan.
KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh
mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai
sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan,
pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan
Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang
http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti
Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
5 November 2020
http://www.facebook.com/bkkmhq
-
LAMPIRAN : SENARAI PRODUK MAKANAN YANG DIADUK DENGAN RACUN BERJADUAL DAN MEMAPARKAN
MAKLUMAT PALSU PADA LABEL
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
1 MINUMAN KESIHATAN TONIK TUAN HAJI 1921
Rimbunan Herbs (Pengedar), Langkawi, Kedah
Mengandungi Dexamethasone & Prednisolone:
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
2 CANDY B+ COMPLEX CALIFORNIA PURE
My Own Brand Sdn Bhd, No. 6, Jalan PJU 3/43, Sunway Damansara Teknologi Park, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Mengandungi Tadalafil
3 ORANGE + TIADA
My Own Brand Sdn Bhd, No. 6, Jalan PJU 3/43, Sunway Damansara Teknologi Park, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Mengandungi Tadalafil
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
4 KOPI PANGGUNG AL AMBIAK
NATURAL HERBS COFFEE
Syed Fadil Al Yahya, Belakang Masjid, Pekan Teroi Guar
Sildenafil 1255 mg/kg
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
5 KOPI JANTAN TRADISIONAL
NATURAL HERBS COFFEE
Worldgate Vision, 95 Jalan Enggan, Kawasan Perusahaan Sg Tukang, 08000 Sg Petani, Kedah
Tadalafil1161 mg/kg
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
6 KOPI JANTAN TRADITIONAL 7A
AAAAAAA NIL Sildenafil 3384 mg/kg
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
7 KOPI PRA CAMPURAN WM COFFEE WM Coffee Marketing Tadalafil 4184 mg/kg
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
8 KOPI HARIMAU KOPI HARIMAU Max Mur Trading, NO 59, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
Mengandungi Tadalafil
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
9 KOPI MUTIARA MUTIARA Iman Mutiara, Jalan Besar Pendang 06700 Pendang Kedah
Mengandungi Tadalafil 1736 mg/kg
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
10 JUS KESIHATAN TRADISIONAL
JUS SAIDINA Sinar Mega Sdn Bhd Mengandungi Dexamethasone
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
11 MIRACLE ENERGY COFFEE
SABAH BRANDS Jaya Niaga Enterprise (Sabah) P.O. Box 40, 89727 Membakut, Sabah
Mengandungi Tadalafil
-
BIL. NAMA PRODUK JENAMA SYARIKAT DAN ALAMAT PENGELUAR / PENGEDAR (Didapati Palsu)
KESALAHAN GAMBAR PRODUK
12 KOPI STRONG MAN PLUS
NATURAL HERBS COFFEE
TIADA Mengandungi Sildenafil 2054.54 mg/kg