KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
ANJURAN :Sekolah dan
Persatuan Ibubapa & Guru (PIBG)
TARIKH :18 – 19 Julai 2009
HARI : Sabtu - ahad
TEMPAT :PADANG BOLA SEPAK KG Terusan Baru
PENGENALAN
Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah (Piala ADUN) anjuran PIBG SK Terusan Baru merupakan acara tahunan yang mempunyai matlamat dan sasaran yang tertentu bagi mengeratkan hubungan yang lebih erat antara para peserta.
MATLAMAT
1. Memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan interaksi yang sihat di kalangan peserta.
2. Membentuk sikap dan amalan positif dikalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi.
OBJEKTIF
I . Mengumpul dana untuk mengisi tabung PIBG Sk Terusan Baru.
ii. Mengumpul dana untuk membaiki Jeti sekolah yang telah rosak dan membina
Papan Tanda Sekolah (Gerbang Sekolah).
iii. Mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak sekolah dengan penduduk
kampung dan juga masyarakat setempat serta wakil Rakyat Zon Sekong.
iv. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan masyarakat setempat.
SASARAN
Masyarakat setempat.
TARIKH
18 Julai 2009 – 19 Julai 2009
AHLI JAWATANKUASA
1. Pengerusi :
EN. HUSIN ABDULLAH
Guru besar
2. Penganjur :
EN . LATIFF IBRAHIM BIN KARIM
Yang Di-Pertua PIBG Sk Terusan baru
3 Penyelaras :
EN. Huszarudin Bin Haji Hussin
4. Setiausaha :
EN. MOHD ZAINI BIN SAID
5. Bendahari :
CIK. HAISA ABD HAKIM
6. AJK Sukan ;
EN. JULKPLI BIN ANDUL
EN. AHMAD KHUZAIRI BIN NAWANG
ADAM BIN ABDULLAH
MOHD. ZAMRI BIN ABD GHANI
7. Peralatan dan P.A Sistem
EN. SYED MOHD KHAIRUDIN SYED OMAR
8. Juruhebah :
EN. SUFIAN BIN SHAH ARIFFIN
9. AJK Hadiah :
CIK SUGIYATI HJ SALIM SELAMAT
10. AJK Makanan ;
PN. HAISA ABD HAKIM
ANGGARAN PERBELANJAAN SUKAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
PIALA MERDEKA
BIL SENARAI BARANG KUANTITI JUMLAH HARGA
01 BAJU JERSI BERSAMA NOMBOR 15 RM500.00
02 BOLA SEPAK 2 RM120.00
03 PIALA PUSINGAN 1 RM600.00
04 PIALA UNTUK JOHAN 1 RM300.00
05 PIALA NAIB JOHAN 1 RM200.00
06 PIALA TEMPAT KE-3 1 RM180.00
07 TROPIJOHAN = 12N.JOHAN = 12KE-3 = 12
RM144.00
08 PENJARING TERBANYAK 1 RM20.00
09 PENJAGA GOL TERBAIK 1 RM20.00
10 PASUKAN TERBAIK 1 RM30.00
11 JUMLAH RM2,114.00
Disediakan oleh Disahkan oleh
………………………………. ……………………………………….
(HUSZARUDIN BIN HAJI HUSSIN) (HUSIN ABDULLAH)
Penyelaras BS9 Guru Besar
Sk Terusan Baru Sk Terusan Baru
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
1. PENGANJUR KEJOHANAN
Kejohanan ini dianjurkan oleh guru-guru Sk Terusan Baru bersama PIBG sekolah.
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang (FIFA), FAM, Peraturan Am Bola Sepak 9 Sebelah dan mengikut Perubahan Daripada Penganjur.
3. PEMBENTUKAN PASUKAN
Tiap-tiap pasukan mestilah mengandungi tidak lebih daripada 12 orang pemain iaitu 9 orang pemain utama dan 3 orang pemain simpanan.
4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem Pertandingan dijalankan secara “Double Knockout” dan Penalti “Sudden Death” diberikan apabila keputusan “Seri”
5. MASA PERMAINAN
Tempoh masa ialah 10 minit bagi setiap separuh masa perlawanan (20 minit perlawanan).
6. PAKAIAN
Semua pemain dimestikan memakai Pakaian yang lengkap dan jersi mestilah bernombor.
7. KELEWATAN
Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15 minit lebih awal sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut.
Hanya 5 minit masa diberikan kepada pasukan yang lewat . Selepas tamat masa yang diberikan, pasukan itu dikira kalah dengan jaringan 2-0.
Tidak boleh kurang daripada 7 orang pemain di dalam padang. Jika kurang, pasukan itu dikara kalah.
8. KETENTERAMAN PEMAIN
Tiap-tiap pasukan yang ramai penyokong hendaklah menjaga ketenteraman penyokong mereka. Jika didapati sama ada pengurus, pemain dan penyokong mereka menimbulkan pergaduhan, maka secara automatik pasukan berkenaan disingkirkan dari pertandingan.
Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian sama ada sebelum, semasa atau selepas pertandingan.
9. PERUBAHAN TARIKH PERLAWANAN
Jawatankuasa penganjur berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh perlawanan yang telah
ditetapkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.
10. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Bagi perkara yang tidak dinyatakan pihak penganjur berhak untuk membuat
keputusan dan keputusan adalah muktamad (Penganjur dan Pengadil).
Sebarang bantahan hendaklah membayar RM100.00 dan jika bantahan tidak munasabah wang tidak akan
dikembalikan.
11. TEMPAT DAN TARIKH PERLAWANAN
Sepanjang perlawanan diadakan di Padang Kg Terusan Baru Sandakan
Kejohanan diadakan pada 18 - 19 Julai 2009 (Sabtu-Ahad)
12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN CABUTAN UNDI
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Julai 2009 (Khamis)
Cabutan undi dijalankan pada 17 Julai 2009 (Jumaat) jam 4.00 petang di
Sk Terusan Baru Sandakan
13. YURAN PENYERTAAN
Yuran penyertaan ialah sebanyak RM70.00 sahaja bagi satu pasukan dan borang penyertaan perlu diserahkan bersama.
14. HADIAH
JOHAN : PIALA PUSINGAN, PIALA JOHAN DAN 12 TROPI & JERSI 1 SET
N. JOHAN : SEBUAH PIALA DAN 12 TROPI & SEBIJI BOLA
KETIGA : SEBUAH PIALA DAN 12 TROPI
KEEMPAT : HAMPER
PASUKAN TERBAIK PENJARING TERBANYAK PENJAGA GOL TERBAIK
15. BORANG PENYERTAAN
Borang Penyertaan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :1. EN HUSIN BIN ABDULLAH 01985896042. EN HUSZARUDIN BIN HAJI HUSSIN 01371444383. EN MOHD ZAINI SAID 0198718759
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
NAMA PASUKAN : _________________________________________________
PENGURUS : _________________________________________________
NO. TELEFON ; _________________________________________________
SENARAI PEMAIN NO JERSI
1. _____________________________________________ ____________________
2. _____________________________________________ ____________________
3. _____________________________________________ ____________________
4. _____________________________________________ ____________________
5. _____________________________________________ ____________________
6. _____________________________________________ ____________________
7. _____________________________________________ ____________________
8. _____________________________________________ ____________________
9. _____________________________________________ ____________________
10. _____________________________________________ ____________________
11. _____________________________________________ ____________________
12. _____________________________________________ ____________________
Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM70.00. kami adalah bersetuju dengan syarat-syarat kejohanan yang telah ditetapkan. Kami juga tidak akan membuat sebarang tuntutan ganti rugi kepada pihak penganjur di atas kecederaan, kemalangan mahupun kematian sebelum, semasa mahupun selepas pertandingan dijalankan.
Tandatangan Pengurus
.…………………………………………… Tarikh ; ……………………………………
( )