UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKAFAKULTI KEJURUTERAAN PEMBUATAN
SEMESTER 1 SESI 2009/2010
Falsafah Sains dan Teknologi
(DLHW 1722)
TAJUK:ULASAN DARIPADA BUKU ‘HUKUM MEROKOK DARIPADA
PERSPEKTIF ISLAM’
DISEDIAKAN OLEH:
AUS SAQAFI BIN SULAIMAN(D050910019)
NAMA PENSYARAH:
ENCIK AHMAD RIDZWAN BIN MOHD NOR
Isi Kandungan
Bintang Muka surat
1.1. Pengenalan 11.1.1. Ciri Ciri Fizikal Bintang 11.1.2. Pembahagian 2 1.1.2.1.Penjelasan Bintang 2 1.1.2.2.Jenis Bintang 5 i)Bintang Neutron 5 ii)Bintang Ganda 6 iii)Gergasi Merah 7 iv)Bintang Hipercepat 7
1.2.Kejadian Bintang 8 1.2.1. Hukum al – Quran 8 1.2.2. Kebuktian Sains 10 1.2.2.1.Penemuan Sains 10 1.2.2.2.Evolusi Bintang 11
1.3.Pengakhiran Bintang 12
Big Bang
1.4. Pengenalan 15 1.4.1. Apkah Kosmologi 15 1.4.1.1.Kosmologi mengikuti Islam 16 1.4.2.Kejadian Kosmos 19 1.4.3.Teori teori Kejadian Kosmos 20 1.4.3.1.Keadaan Tunak 20 1.4.3.2.Ledakan Besar 20 1.4.3.3.Lantunan Besar 21 1.4.3.4.Teori Ayunan 22
1.4.4.Pandangan Sarjana terhadap Teori Ledakan Besar 22 1.4.4.1.Paul Davies 22 1.4.4.2.Herman Bondi 23 1.4.4.3.Sir Fred Hoyle 23 1.4.4.4.Narlikar dan Padmanabhan 23 1.4.4.5.Hannes dan Shapley 24
1.5.Teori Big Bang 25 1.5.1.Hukum al – Quran 25 1.5.2.Kebuktian Sains 29
1.6.Selepas Big Bang 31
1.7.Kesimpulan 34
BINTANG
1.1PENGENALAN
1.1.1 CIRI-CIRI FIZIKAL BINTANG
Bintang merupakan bebola jisim gas yang terbentuk disebabkan tarikan graviti mereka
sendiri. Cahaya bintang terhasil dari tindakbalas pelakuran nuklear di bahagian teras, di mana
unsurhidrogen digabungkan untuk menghasilkan unsur helium, gelombang eletromagnetik,
dan tenaga. Permulaan kelahiran bintang dipercayai daripada kepulan gas hidrogen dan debu
angkasa yang membentuk Nebula. Apabila debu dan gas berkumpul, daya gravitinya
meningkat dan menarik lebih banyak debu dan gas daripada Nebula sehingga termampat dan
membentuk bebola gas. Apabila bebola gas mempunyai daya tarikan graviti yang tinggi,
tekanan meningkat menghasilkan suhu tinggi sehingga berlaku pelakuran nuklear gas
hidrogen yang membebaskan helium, haba, dan cahaya. Bintang terdekat dengan
bumi adalah matahari pada jarak purata 149,680,000 kilometer, diikuti oleh Proxima
Centauri dalam constellation Centaurus kira-kira empat tahun cahaya.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Bintang)
“Bintang dikelaskan melalui melalui spektrum cahaya yang dihasilkan yang
menentukan warna nyalaan bintang, suhu, kecerahan, saiz, jisim, ketumpatan, dan komposisi
kimianya.” (ms 62, Quran saintifik, Dr Danil Zainal Abidi, (2007),PTS MILLENNIA,
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur). Kecerahan bintang dibahagi kepada 1 hingga 6, dimana
satu ialah bintang paling cerah, dan 6 sebagai bintang paling malap. Terdapat juga kecerahan
yang diukur secara mutlak yang dikenali sebagai magnitud mutlak antara +26.0 sehingga -
26.5. Saiz bintang menurut turutan kecil ke besar adalah Neutron < Kerdil (0.01 saiz
Matahari) < matahari < Raksaksa < Superraksaksa bersaiz 400 kali matahari).
1.1.2 PEMBAHAGIAN BINTANG
1.1.2(A)PENGELASAN BINTANG
Dalam bidang astronomi, pengelasan najam adalah satu pengelasan bagi bintang-
bintang berdasarkan pada mulanya suhu fotosfera dan ciri-ciri spektrum yang berkaitan, dan
kemudiannya diperhalusi dari segi ciri-ciri lain. Suhu-suhu najam boleh dikelaskan dengan
menggunakan hukum sesaran Wien; tetapi ini mempamerkan kesukaran-kesukaran bagi
bintang-bintang yang jauh. Spektroskopi najam menawarkan satu cara untuk mengelaskan
bintang-bintang menurut garis serapannya; garis serapan tertentu boleh diperhatikan tetapi
hanya untuk suatu julat suhu-suhu yang tertentu kerana hanya dalam julat itu tahap tenaga
atom yang berkaitan adalah terisi. Satu skema awal (daripada abad ke-19) menempatkan
bintang-bintang daripada A ke Q, yang merupakan asal-usul kepada spektrum kelas-kelas
yang digunakan hari ini. “di Yunani kuno, astronomi melangkah maju. Para filsof merenung
di Alam Semesta. Para astronomi meramal gerhana, mengukur bumi dan menyusun katalog
bintang-bintang”.(ms34, ASTRONOMI, Robbin Kerrod, (2005), Pernerbit Erlangga,
Idonesia)
Ketika 1860-an dan 1870-an, perintis spektroskopi najam, Angelo Secchi,mencipta kelas
Secchi untuk mengkelaskan spektrum yang dicerap. Pada 1868, beliau memajukan empat
kelas bintang:
Kelas I: bintang putih dan biru dengan garis hidrogen berat yang lebar (kelas A)
Kelas II: bintang kuning—hidrogen lemah, tapi menunjukkan garis logam (kelas G dan K)
Kelas III: bintang jingga hingga merah dengan jalur spektrum yang rumit (kelas M)
Kelas IV: bintang merah dengan jalur karbon yang ketara (bintang karbon)
Pada 1878, beliau menambah kelas kelima[
Kelas V: garis pancaran (cth., Be, Bf, dll.)
Pada penghujung 1890-an, pengelasan ini ditambah oleh pengelasan Harvard
Skema pengelasan satu dimensi (suhu) Harvard (berdasarkan kekuatan garis Balmer
hidrogen) telah dibuat di Balai Cerap Kolej Harvard pada 1912 oleh Annie Jump
Cannon dan Edward C. Pickering. Kelas yang biasa lazimnya disenaraikan dari yang terpanas
kepada yang tersejuk (dengan jisim, jejari dan kekilauan yang dibandingkan dengan matahari)
dan diberikan seperti dalam jadual berikut.
Kelas
SuhuWarna
konvensyenWarna ketara
Jisim(jisim suria)
Jejari(jejari suria)
KekilauanGaris
hidrogen
% dari semua Bintang
Jujukan Utama [9]
O30,000–60,000 K
Biru biru 64 M☉ 16 R☉ 1,400,000 L☉ Sederhana ~0.00003%
B10,000–30,000 K
biru ke biru keputihan
biru keputihan
18 M☉ 7 R☉ 20,000 L☉ Sederhana 0.13%
A7,500–10,000 K
Putih putih 3.1 M☉ 2.1 R☉ 40 L☉ Kuat 0.6%
F6,000–7,500 K
putih kekuningan
putih 1.7 M☉ 1.4 R☉ 6 L☉ Sederhana 3%
G5,000–6,000 K
Kuningputih kekuningan
1.1 M☉ 1.1 R☉ 1.2 L☉ Lemah 7.6%
K3,500–5,000 K
Jinggakuning jingga
0.8 M☉ 0.9 R☉ 0.4 L☉Sangat lemah
12.1%
M2,000–3,500 K
Merahjingga merah
0.4 M☉ 0.5 R☉ 0.04 L☉Sangat lemah
76.45%
Skema ini dikembangkan pada 1900-an, oleh Annie J. Cannon dan Balai cerap Kolej
Harvard. Gambarajah Hertzsprung-Russellmengaitkan pengelasan najam dengan magnitud
mutlak, kekilauan, dan suhu permukaan. Haruslah diambil perhatian bahawa walaupun
keterangan mengenai warna najam adalah tradisional dalam astronomi, tetapi ia sebenarnya
menggambarkan cahaya setelah ia diselerakkan oleh atmosfera. Matahari sebenarnya bukan
sebuah bintang kuning, tetapi pada asasnya mempunyai suhu warna sebuahjasad
hitam bersuhu 5780K; ini merupakan jenis putih tanpa kesan kuning yang biasanya digunakan
sebagai takrifan putih piawaian.
Sebab kepada penyusunan aneh abjad-abjad ini adalah bersejarah. Apabila orang
pertama kali mengambil spektrum bintang-bintang, mereka menyedari bahawa bintang-
bintang mempunyai kekuatan-kekuatan garis spektrum hidrogen yang sangat berbeza, oleh itu
mereka mengelaskan bintang-bintang berdasarkan kekuatan garis-garis siri balmer hidrogen
daripada A (paling kuat) kepada Q (paling lemah). Garis-garis spesies neutral dan terion
kemudian memainkan peranan (garis-garis H&K kalsium, garis-garis D natrium dan
sebagainya). Ia kemudiannya didapati bahawa setengah-setengah daripada kelas-kelas adalah
sebenarnya ulangan dan kelas-kelas itu telah dimansuhkan. Hanya setelah seberapa lamanya
bahawa kekuatan garis hidrogen didapati ada kaitannya dengan suhu permukaan bagi bintang
itu. Kerja asas telah dilakukan oleh "para wanita" balai cerap Kolej Harvard, terutamanya
Cannon dan Antonia Maury, berdasarkan hasil kerja Williamina Fleming. Kelas-kelas ini
dibahagikan selanjutnya menggunakan angka Arab (0-9). A0 menandakan bintang-bintang
paling panas dalam kelas A dan A9 menandakan yang paling sejuk. Matahari dikelaskan
sebagai G2.
Spektrum O, B, dan A kadang kala dipanggil "spektrum awal", manakala K dan
bintang-bintang M dikatakan memiliki "spektrum lewat", penamaan yang sebenarnya agak
mengelirukan. Ini berpunca daripada satu teori awal abad ke-20, sekarang telah lapuk, bahawa
bintang-bintang memulakan hidupnya sebagai bintang-bintang "jenis awal" paling panas, dan
kemudian beransur-ansur menyejuk, dengan demikian berkembang menjadi bintang-bintang
"jenis lewat". (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengelasan_najam)
1.1.2(B)Jenis bintang
Terdapat banyak bintang-bintang di angkasa raya kita. Namun, ada antara bintang yang
terkenal dan hebat dimata para pengkaji antaranya:
1. Bintang neutron merupakan salah satu daripada beberapa titik
hujung evolusi najam dan dibentukkan daripada sisa-sisa runtuh bintang yang amat
besar seperti supernova Jenis II atauJenis Ib, ataupun Jenis Ic. Bintang ini meligat dan
menghasilkan denyutan gelombang radio dan oleh itu, bintang neutron juga dikenali
sebagai bintang pulsar. Bintang neutron akan beransur menjadi sejuk dan akhirnya
tidak dapat dikesan lagi. Bintang neutron yang tipikal mempunyai jisim antara 1.35
hingga lebih kurang 2.1 jisim suria, dengan jejari sepadan antara 20 dan
10 kilometer (bintang-bintang itu menyusut ketika jisimnya bertambah) — 30,000
hingga 70,000 kali lebih kecil daripada matahari. Oleh itu, bintang-bintang neutron
mempunyai kepadatan antara 8×1013 hingga 2×1015 gram per sentimeter persegi,
iaitu hampir sama dengan kepadatan nukleus atom. Bintang-bintang padat yang
mempunyai kurang daripada 1.44 jisim suria, iaitu had Chandrasekhar, dikenali
sebagaikerdil putih; melebihi tiga hingga lima jisim suria (had Tolman-Oppenheimer-
Volkoff), runtuhan graviti terjadi dan menghasilkan lohong hitam. Disebabkan bintang
neutron mengekalkan kebanyakan momentum sudut bintang induknya, tetapi hanya
mempunayi sebahagian jejari induk yang amat kecil, bintang ini mempunyai kelajuan
putaran yang amat tinggi. Setiap kisaran boleh mengambil masa dari satu pertujuh
ratus saat hingga tiga puluh saat. Kepadatan bintang neutron juga memberikan graviti
permukaan yang amat tinggi, iaitu 2×1011 hingga 3×1012 kali lebih kuat daripada
graviti permukaan Bumi. Salah satu daripada ukuran graviti ialah halaju lepas, iaitu
halaju yang diperlukan oleh sesuatu objek untuk melepaskan diri daripada medan
graviti untuk mencapai jarak infiniti. Halaju lepas yang biasa diperlukan oleh sebuah
bintang neutron adalah antara 150,000 km/s, iaitu lebih kurang setengah
daripada halaju cahaya; sebaliknya, sebuah objek yang jatuh ke permukaan bintang
neutron akan melanggar bintang itu juga pada hal laju 150,000 km/s. “Untuk melihat
perkara ini dari perspektif yang sebenar, jika seorang bertemu dengan sebuah bintang
neutron, dia akan melanggar bintang itu dengan tenaga yang hampir sama
dengan letupan nuklear100 megatan (kuasa yang sama dengan dua butir Bom
Tsar yang merupakan senjata nuklear terbesar yang pernah diletupkan).”(ms22,
Jendela Alam Semesta “Bintang”, Pelangi Sdn. Bhd)
2. Bintang ganda merupakan sebuah sistem bintang yang terdiri daripada
dua bintang yang terikat secara graviti atau ikatan medan graviti kuat antara satu sama
lain di dalam sebuah orbitmengelilingi sebuah titik pusat massa secara bersama.
Penelitian ahli astronomi mendapati bahawa sebahagian besar bintang setidaknya
berada dalam sebuah sistem yang terdiri dari dua bintang. Sistem bintang ganda
memainkan peranan yang amat penting di dalam bidang astrofizik, hal ini disebabkan
dari kaedah pengamatan orbitnya, para ahli astronomi dapat menentukan masanya.
“Massa bintang tunggal kemudian ditentukan melalui hubungan massa-
luminositi yang diturunkan dari pengamatan bintang ganda.”(ms237,Teknologi di
Nusantara Abad ke-20, M.Sahari Besari,(2008), Penerbitan Salemba Teknika, Jakarta,
Indonesia)
3. Gergasi merah merupakan bintang gergasi terang dengan jisim yang rendah atau
sederhana (lebih kurang 0.5–10 jisim suria) yang berada di penghujung
fasa perkembangan najam. Atmosfera luarnya mengembung dan lemah, menyebabkan
jejarinya menjadi amat besar dan suhu permukaannya rendah, lebih kurang 5,000 K
dan ke bawah. Rupa gergasi merah adalah dari jingga kekuningan kepada merah,
melibatkan jenis spektrum K dan M, serta kelas bintang S dan kebanyakan bintang
karbon. Gergasi merah yang biasa adalah yang dipanggil bintang cabang gergasi
merah yang lapisan luarannya masih melakurkan hidrogen kepada helium, manakala
terasnya pula ialah helium yang tidak aktif. Kes lain bagi gergasi merah ialah bintang
cabang gergasi asimptot yang menghasilkan karbon daripada helium dengan proses
alfa ganda tiga. Gergasi merah yang ketara di langit malam
termasuklah Aldebaran (Alpha Tauri), Arcturus (Alpha Bootis), dan Gamma
Crucis (Gacrux), manakala yang lebih besar ialah Antares (Alpha Scorpii)
dan Betelgeuse (Alpha Orionis) iaitu super gergasi merah.
4. Bintang hipercepat (Inggris: hypervelocity star atau HVS) adalah bintang yang
bergerak dengan kecepatan ekstrim (lebih dari 1000 km/detik). Bintang-bintang ini
dihasilkan oleh sebuah perjumpaan (encounter) dinamik antara bintang ganda dekat
dengan lubang hitam di Pusat Galaksi kita. Keberadaan bintang jenis ini pertama kali
diformulasikan oleh Jack Hills (1988) sebagai sebuah simulasi teoritik.
1.2 Kejadian bintang
1.2.1Hukum Al-Quran
Di dalam Al Quran, banyak kita temui ayat yang menggunakan perkataan An-Najmu
(atau An Nujum) yang diterjemahkan sebagai bintang, atau bintang-bintang. Sekiranya kita
menyemak firman-firman Allah S.W.T. di dalam al-Quran maka kita dapati terciptanya
bintang-bintang di langit dan pergerakan-pergerakannya bukan berperanan untuk menentukan
kebaikan atau keburukan perjalanan hidup makhluk Allah S.W.T di atas muka bumi ini.
Peranan bintang-bintang adalah sebagai perhiasan di langit, penunjuk arah perjalanan dan
sebagai pelempar syaitan. Ini adalah sebagaimana yang diperjelaskan oleh Allah S.W.T.
melalui firman-firman-Nya:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan
penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca
rejaman terhadap syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang
menjulang-julang. al-Mulk (67) : 5
Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu
malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. - Al-Nahl (16) : 16
Seorang Tabin yang terkemuka Imam Qatadah r.h telah berpendapat bahawa bagi
sesiapa yang melihat hikmah kejadian bintang itu selain dari tiga perkara di atas termasuk
untuk menetapkan atau meramalkan apa yang bakal berlaku telah menyanggahi syarak.
Katanya:
Penciptaan bintang-bintang ini (oleh Allah S.W.T.) hanya untuk tiga hal; penghias langit,
pelempar syaitan dan tanda bagi orang untuk mengenali arah. Maka barangsiapa menafsirkan
selain dari itu, dia telah salah dan mengsia-siakan bahagiannya dan memaksakan diri dalam
sesuatu yang dia tidak mengetahuinya. Riwayat Imam al-Bukhari secara muallaq di dalam
Shahihnya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala memberitakan bahwa penciptaan bintang-bintang itu
ialah untuk penerang, hiasan langit, penunjuk jalan, dan pelempar syaitan yang mencuri
wahyu yang sedang diucapkan di hadapan para malaikat. Sebagaimana Dia firmankan :
“Dan sungguh, Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan Kami
jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan.” (QS. Al Mulk : 5)
Dalam kitab Shahih Bukhari disebutkan bahwa Allah Subhanahu wa
Ta'ala menciptakan bintang-bintang. Maka barangsiapa mempergunakannya untuk selain
tujuan itu, sungguh terjerumus ke dalam kesalahan, kehilangan bagian akhiratnya, dan
terbebani dengan satu hal yang tak diketahuinya. (Perkataan dalam kitab Shahih Bukhari di
atas adalah ucapan Qatadah rahimahullah).
1.2.2KEBUKTIAN SAINS
1.2.2.1 PENEMUAN SAINS
Penemuan sains pada hari ini mengesahkan pada peringkat awal kejadian alam,
selepas berlaku kejadian big bang, alam semesta dalam keadaan gelap gelita. Selepas itu baru
datang cahaya terang benderang. Hal ini telah terbukti oleh NASA. “Para saintis NASA
berjaya mengesan cahaya yang munkin datang daripada objek pertama yang lahir selepas
berlakunya Bing Bang lebih kurang 13 billion tahaun dahulu. Pertemuan ini berjaya dilakukan
dengan menggunakan Spitzer Space Telescope. Selepas bahang Big Bang reda, alam semesta
berada dalam keadaan gelap gelita berjuta-juta tahun lamanya sebelum lahirnya objek yang
bercahaya ini.” (akhbar NASA, Scientists See Light that May Be From first Objects in
Universe, 2 November 2005).
Ayat ini juga menarik di sudut urutannya kerana ia menunjukkan semasa langit sedang
dibangunkan kegelapan menyelimuti angkasa terlebih dahulu sebelum terbit cahaya yang
menerangi kosmos. “Selepas itu proses kejadian bumi bermula. Urutannya sememangnya
selari dengan penemuan sains dalambidang astronomi dan astrofizik.” (ms 50, Jendela Alam
Semesta “Bintang”, Pelangi Sdn. Bhd). Kajian membuktikan bahawa di alam ini terdapat
jasad yang mengeluarkan tenaga dan cahayanya sendiri yang diberi nama Bintang. Matahari
adalah salah satu bintang di alam ini. Jasad yang tidak mengeluarkan cahayanya sendiri dan
mengelilingi suatu bintang, dinamakan Planet. Jasad yang mengelilingi Planet dinamakan
Satelit. Bulan adalah satelit kepada Bumi. Planet dan satelit hanya boleh dilihat sekiranya
permukaannya yang bercahaya (kesan sinaran cahaya matahari/bintang) menghadap ke arah
Bumi.
Pada hari ini, angkasa sememangnya terang benderang dengan cahaya. Ia adalah
cahaya radiasi yang datang daripada bintang-bintang dan galaksi. Hal ini memang benar
kalam Allah menjelaskan “dia melahirkan gelap gelita malam (di langit)dan mengeluarkan
cahaya terang-benderang daripadanya.”
1.2.2.2 EVOLUSI BINTANG
Ketumpatan bintang bergantung kepada saiz bintang yang memberi kesan kepada
graviti bintang. Kandungan kimia bintang dikenalpasti menggunakan peralatan spektroskop.
Apabila kandungan hidrogen di teras bintang kehabisan, teras bintang mengecut dan
membebaskan banyak haba dan memanaskan lapisan luar bintang. Lapisan luar bintang yang
masih banyak hidrogen mengembang dan bertukar warna merah dan dikenali sebagai bintang
raksasa merah yang boleh mencapai 100 kali saiz matahari sebelum membentuk bintang
kerdil putih. Sekiranya bintang tersebut bersaiz lebih besar daripada matahari, ia akan
membentuk super raksasa merah. Super raksasa merah ini kemudiannya
membentuk Nova atau super nova dan kemudiannya membentuk bintang neutron atau Lohong
gelap. “bintang mempunya 6 evolusi yang terjadi”(ms25, , Quran saintifik, Dr Danil Zainal
Abidi, (2007),PTS MILLENNIA, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur)
Bintang mempunya 6 jenis revolusi bintang ada prototaip bintang:
Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Lohong hitam
Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Supernova dan lohong hitam
Protobintang - Bintang super-raksasa biru - Bintang super-raksasa merah - Supernova
dan bintang neutron
Protobintang - Bintang seperti Matahari - Bintang raksasa merah - Planetari nebula -
Bintang kerdil putih
Protobintang - Bintang kerdil merah - Bintang kerdil putih
Protobintang - Bintang kerdil perang
1.1 PENGAKHIRAN BINTANG
Dari segi kosmologi Islam,kita yakin sepenuhnya bahawa alam ini bersifat
'baru'(hadith) dan 'kena jadi',dari 'tiada kepada ada'(ex nihilo).Ahli-ahli kosmologi Islam yang
membuat penafsiran asal kejadian alam semesta berdasarkan Al-Quran dan Hadis mengatakan
bahawa alam ini berasal dari asap(dukhan). Ini dijelaskan oleh firman Allah s.w.t dalam surah
Fushil ayat 11 yang bermaksud serta menerangkan implikasi penciptaan langit bahawa
"Kemudian Dia (Allah) menuju kepada penciptaan langit,dan langit ketika itu masih
merupakan asap". Ayat dini ditafsirkan dengan kenyataan alam semesta kejadiannya adalah
berbentuk paduan dari satu jisim yang bercantum.Jisim tersebut wujud hasil dari paduan (ratq)
gas-gas dan debu-debu angkasa yang disebut sebagai 'dukhan'. Dukhan ini kemudiannya akan
berputar ligat disebabkan tekanan dari pusat dukhan dan dengan khudrat dan iradat Allah
swt..terhasillah tekanan yang menyebabkan berlakunya letupan sehingga boleh
memisahkan/pecah (fatq).Sudah pasti letupan ini berlaku dalam keadaan kuat dan hebat,lalu
membentuk ala mini yang berupa 'alam benda' yang terdiri dari gugusan pulau-pulau
angkasa(galaksi), bintang-bintang dan planet-planet.
Bintang di langit tak selamanya akan tetap disana. Ia juga akan menjadi tua dan
mati. Ada yang berakhir sebagai katai putih, lubang hitam atau supernova. Tapi ada juga
bintang yang dipaksa mati sebelum waktunya. Ada bintang yang hidupnya berjalan biasa saja
sampai masa tua dan kemudian mati, namun ada juga bintang yang dalam hidupnya berani
menempuh bahaya dan ternyata tak selamat dari bahaya tersebut. Bintang itu adalah mereka
yang berani berdekatan dengan lubang hitam masif.
Bintang-bintang menjadi bercahaya karena perubahan kekuatan daya tarik menjadi
energi panas. Reaksi termonuklir ikut melakukan peran dan karena bercampur maka
terjadilah atom berat yang menggantikan atom ringan. Dengan begitu maka hidrogen,
menjadi helium, kemudian menjadi karbon dan kemudian lagi menjadi oksigen, dan
akhirnya menjadi logam, kemudian menjadi metalloid. Jadi bintang-bintang itu
mempunyai kehidupan dan astronomi modern telah dapat menyusun klasifikasi mengenai
perkembangan bintang tersebut. “Bintang itu juga mengalami kematian. Dalam tahap
perkembangannya yang terakhir terjadi suatu ledakan dalam beberapa bintang dan setelah
itu bintang-bintang itu mati.”(ms10, Membuka Takbir Pintu Langit, IR.Siswo Santoyo,
(2001), PT MIZAN PUBLIKA, Jakarta, Indonesia)
"Apabila matahari hilang cahayanya,dan apabila bintang-bintang berguguran,apabila gunung-
gunung menjadi debu"
(SurahAt-Takwir,ayat1,2,dan3)
Bintang-bintang yang mati akan mewujudkan pula keadaan tidak stabil pada alam
sekelilingnya kerana alam semesta ini wujud berdasarkanj sifat keseimbangan
dinamik(dynamical equilibrium).Maka,kejadian ini akan mengganggu formasi dan klasifikasi
bintang-bintang lain.Inilah di antara fenomena alam yang menakjubkan dan sebagainya masih
merupakan misteri.Bagi bintang-bintang yang saiznya beribu-ribu kali lebih besar daripada
matahari(dinamakan bintang super gergasi),kematiannya adalah mala petaka kepada alam
sekelilingnya.Tenaga yang ditinggalkan selepas daripada kematiannya akan mewujudkan satu
fenomena yang dikenali sebagai 'lohong hitam'(black holes),satu intipati alam yang paling
bertenaga dapat dikesan.Tenaga dari lohong hitam ini akan menarik,mengecutkan lantas
menghancurkan semua objek lain yang berada pada jangkauan gravitinya yang di anggarkan
beribu-ribu juyta kilometer jauhnya.Tarikan gravity yang tidak dapat digambarkan kekuatan
dan halajunya akan menyebabkan semua objek disedut,termasuklah cahaya.Sudah pasti
matahari,bulan,planet-planet dan bumi sendiri akan hancur binasa.Semua ini merupakan
sebahagian dari gambaran berdasarkan ilmu pengetahuan manusia.Allah swt maha
Mengetahui apakah kejadian seumpama itu boleh menimpa planet bumi.Firman Allah swt
dalam Al-Quran yang bermaksud,
"Dan kepunyaan Allah segala apa yang tersembunyi di langit dan di bumi.Tidak ada kejadian
kiamat itu melainkan seperti sekelip mata atau lebih cepat dari itu.Sesungguhnya Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah An-Nahl,ayat 77)
BIG BANG
1.4 PENGENALAN
1.4.1Apakah kosmologi?
1)Kosmos adalah alam semester. Kosmik ialah apa yang berkaitan dengan alam semesta.
(Kamus Dewan,1993,656)
2)Pengajian tentang skala besar struktur dan evolusi alam semester. Kosmogoni pula ialah
kajian asal sistem kelangitan. Ia bermulamdaripada sistem suria kepada bintang bintang,
galaksi dan gugusan galaksi(Zakaria Awang Soh, 1990,182)
3)Blount Glossor mengatakan ia sebagai sains atau teori yang berkaitan alam semesta. Ia juga
berhubung dengan undang-undang yang menguasai alam khususnya pada sistem pengendalian
alam dan pengaturannya(Ramli Awang et al, 1996, 70)
4)Martin Fhilas Gram menyebut sebagai cabang metafizik di mana ia membincangkan yang
berhubung alam dunia mencakupi fenomena ruang, angkasa dan masa.(Ramli Awang et al,
1996, 70)
5)Altaf Gautar(1983) menyatakan sebagai segala apa yang berada di permukaan bumi, langit ,
bintang-bintang dan tenaga yang ada dan lain lain lagi.
6)Sayyed Hossein Nasr (1992:xiv-xxiii) menjelaskan kosmologi ialah kajian yang berkaitan
dengan api, air dan tanah. Sains kosmologi pula adalah berkaitan dengan wahyu. Ia terikat
rapi dengan idea metafizik, agama dan falsafah yang dihubungkankaitkan dengan faham
agama monotistik yang semuanya dikuasai oleh satu kuasa yang wajib wujudnya.
1.4.1.1 Kosmologi mengikut Islam
“Dan apakah orang-orang yang ingkar tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu
kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara kedua-
keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah
mereka tiada juga beriman?”
(Al-Anbiyaa’:30)
Ayat diatas menyatakan dengan jelas tentang keadaan dan kejadian alam semesta ini.
Berdasarkan keterangan ini terdapat tiga perkara penting yang berkaitan kejadian alam
semesta.
Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti tunggal
Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum di dalam satu
unit.
Pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum
fizikal dan pertingkatan jirim.
Perkataan padu dalam bahasa arab ialah ratq (dalam al-quran) membawa makna memadukan,
menyatukan atau menggabungkan unsur-unsur untuk menjadi satu entiti yang homogen.
Dengan ini, jelaslah bahawa asal-mula bahan yang menjadikan alam semesta ini adalah
kamiran yang sudah menjadi sebati. Perkataan Arab yang menjadi akar kepada perkataan ini
ialah istilah yang membawa erti memecah atau memisahkan.
Daripada keterangan ini maka jelaslah bahawa al-quran telah memberitahu manusia
akan permulaan alam semesta dari segi proses dan pernyataanya dengan jelas. Al-quran
menyatakan bahawa bahan yang menyerupai satu entiti itu di pisahkan , dan jika diluaskan
makna pemisahan atau pecahan maka ini akan melibatkan juga proses serakan hamburan
sepertimana kita dapat lihat keadaan taburan bintang-bintang yang terdapat di langit.
Pemisahan atau pecahan ini boleh berlaku dangan berbagai-bagai cara, termasuk dengan
cara lantunan atau ledakan. Hanya proses fatq yang bermatra cukup besar sahaja akan
berupaya menghambur dengan cara yang berkesan. Sekiranya dilihat tentang kedudukan
langit dan bumi seperti yang dapat dilihat sekarang, yang ada pada mulanya adalah satu, maka
hemburan yang berlaku adalah amat kuat dan sudah pasti fatq yang berupaya untuk
mewujudkan hamburan yang sebegini adalah suatu yang amat besar. Adakah fatq ini dalam
bentuk ledakan atau lantunan? Kedua-dua cara ini adalah mungkin.. Dalam hal ini apa yang
disarankan dalam ilmu sains adalah bersesuain dengan apa yang dinyatakan dalam al-Quran.
Tentang sama ada keseluruhan kejadian ini berlaku dengan cara yang sistematik atau
tidak, Allah s.w.t telah berfirman dalam al-Quran:
“Dia yang mempunyai kerajaan langit dan bumi,dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak
ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan, dan Dia telah mencipta segala sesuatu, dan Dia
menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.”
(Al-Furqaan: 25-2)
Hal ini di nyatakan juga dalam surah al-Qamar, ayat 49 dan beberapa ayat lain dalam surah-
surah lain. Ayat di atas jelas menunjukkan sifat kesistematikan ciptaan itu dengan ukuran-
ukuran yang ditentukan dan dalam keadaan serapi-rapinya. Perkara yang diwujudkan dan
ditentukan dalam keadaan yang rapi maka itulah yang bersistematik.
Oleh itu,ayat 30 surah al-anbiyaa’, walaupun ringkas telah memberi suatu gambaran yang
jelas kepada manusia di sepanjang zaman. Ayat ini adlah ssesuai dengan tahap pengetahuan
dan ilmu bangsa Arab di gurun pasir di zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulu dan juga sesuai
bagi manusia di zaman sains dan teknologi sekarang ini, iaitu manusia yang menggunakan
akal dan ilmu yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada mereka untuk memahaminya. Firman
Allah s.w.t dalam al-Quran:
“Dan perumpamaan-perumpamaan ini Kami buatkan untuk manusia dan tiada yang
memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu”.
(Al-Ankabut: 43)
Bahkan (al-Quran) itu adalah ayat-ayat yang jelas di dalam dada mereka yang diberi ilmu;
dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.
(al-Ankabut: 49)
Huraian-huraian di atas telah menunjukkan bahawa hal-hal yang berkait dengan keadaan
permulaan, proses awal pembentukan dan proses selepas pembentukan awal alam semesta
yang telah difahami dalam ilmu sains moden adlah selari dengan apa yang diwahyukan oleh
Allah s.w.t kepada nabi Muhammad s.a.w lebih dari 1400 tahun yang lalu. Dalam hal ini,
manusia sudah mula sampai ke ambang salah satu pintu-pintu kenyataan sebenar. Pencapaian
mereka ini dicapai melalui proses penerokaan yang jauh dan membebankan dan bukan
melalui proses penghayatan wahyu.
1.4.2 Bagaimanakah kosmos terjadi?
Pemikiran tentang cakerawala yang dinamik telah dicetuskan oleh teori kerelatifan umum
yang dipostulat oleh Einstein (1923).Teori ini memperihalkan masa ,ruang ,jisim ,pergerakan
dan graviti telah memberi erti baru kepada idea lama yang mewakili setiap pergerakan ini.
Namum demikian, Einstein sendiri telah terlepas peluang untuk merevolusikan kosmologi ,
kerana seperti mekanik kuantum ,revolusi ini memerlukan penyimpanan daripada
pemikiran tradisional (Mazlan Osman,1996, 8)Sehubungan dengan kenyataan ini terdapat
berbagai-bagai teori yang dikemukan berhubung dengan asal alam semesta ini.Pada awal abad
ini ,kebanyakan ahli astronomi mempercayai bahawa kesemua bintang yang terdapat di alam
semesta ini hanya tergugus dalam satu gugusan besar yang dinamakan pulau alam
semesta .Pandangan ini telah meleset apabila ahli-ahli astronomi telah menemui gugusan
bintang lain yang sama meredai angkasa alam semesta seperti juga gugusan bintang lain yang
dinamakan 'pulau alam semesta' itu tetapi terletak amat jauh di ruang alam ini .Begitulah
fenomena pemikiran kosmos para sarjana apabila menemukakan teori tentang kejadian alam
semesta .Masing-masing berandaian dan berteori mengikut ilmu dan pemahaman
sendiri .Bagaimanapun ,terdapat beberapa teori yang agak dominan dan sering menjadi
perbahasan antara sarjana .Teori-teori tersebut ialah teori keadaan tuana , teori ledakan besar,
teori lantunan besar dan teori ayunan.
1.4.3Teori-teori kejadian kosmos
1)Teori Keadaan Tunak:
Terdapat teori dan konsep yang menganggap alam semesta ini sebagai satu ciptaan
kesinambungan .Berhubung dengan pemikiran ini telah muncul satu teori yang yang bernama
Teori Keadaan Tunak .Teori ini telah diperkenalkan oleh Herman Bondi .Thomas Gold dan
Fred Hoyle dalam tahun 1948 .Hipotesis teori ini ialah alam semesta ini adalah dalam keadaan
terus-menerus mengembang dan jisim baru diciptakan sepanjang masa di semua tempat dalam
ruang alam ini untuk menjadikan keadaan kemampatan puratanya sentiasa sama sepanjang
masa .Teori ini menganggap bahawa alam semesta ini tidak ada permulaan dan tidak akan ada
akhiran ;dengan ini bererti bahawa alam semesta ini adalah azali .Teori ini tidak menerangkan
tentang kejadian alam semesta ,tetapi menghuraikan tentang apayang berlaku selepas
kewujudan alam semesta (Zakaria Awang Soh,120).
2)Teori Ledakan Besar
Setelah itu muncul dan berkembang pula Teori Ledakan Besar .Teori ini dicetuskan oleh
Georges Lemaitre (1984) .Hipotesis teori ini menyatakan lebih kurang 15 hingga 20 ribu juta
(billion) tahun dahulu semua jisim alam semesta tertumpu pada satu ruang yang kecil dan
jisim proto ini meledak dengan letupan yang amat besar dan panas ,sesuatu keadaan yang
tidak pernah terlihat oleh mana mana cerapan dan terhurai oleh mana-mana teori .Teori ini
berpandangan bahawa akibat daripada ledakan itu masih lagi berterusan dan dengan itu alam
semesta ini terus-menerus berkembang .Selepas satu perseratus saat pwetama, ledakan itu
menyejuk secukupnya dan pada ketika itu barulah teori subatom moden mula berfungsi .Sisa
bahangan latar belakang yang dikesan oleh astronomi radio, menunjukkan bahawa haba yang
mengurang daripada ledakan besar itu masih meletakkan suhu alam semesta ini beberapa
darjah di atas suhu mutlak .Teori Ledakan Besar ini juga telah memberi penghuraian yang
memuaskan tentang taburan unsur-unsur yang didapati di alam semesta (zakaria Awang
Soh,120)
3)Teori Lantunan Besar
Berikutlah timbul pula satu teori baru tentang kejadian awal alam semesta ini .Teori ini
dinamakan Lantunan Besar atau Model Bonn .Menurut Hans-Joachim Blome dari Institude of
Theoretical Physics di Universiti Cologne dan Wolfgang Priester dari Institute of
Astrophysics and Extraterrestial Research di Universiti Bonn, iaitu dua orang yang
bertanggungjawab mengemukakan teori ini , ruang dan masa tidak ada permulaan .Ruang
yang pada mulanya tidak mengandungi sebarang jirim memang sentiasa sedia ada .Ruang ini
mengecut kepada suatu keadaan yang tidak dapat dikecutkan lagi dan tidak pula hilang terus
dalam proses pengecutan ini .Dengan kata lain, ruang yang kosong ini kecut tetepi tidak
hilang .Dari kedudukan kecut yang paling kecil inilah ruang melantun kembali seperti bola
getah yang dipamkan oleh angin dan terus berkembang .Dalam peringkat permulaan ciptaan
ini suatu fasa transformasi muncul, sama dengan pemeluwapan titisan air daripada kabus yang
ditepu. Peringkat baru inilah yang menghasilkan jirim asal bagi pembentukan segala jasad
yang ada di alam semesta ini .Berdasarkan kesamaan jisim dan tenaga yang dirumuskam oleh
Einstein , paras tenaga yang amat tinggi ,yang pada masa ini memenuhi ruang angkasa alam
dalam bentuk jisim kosmos ruang nampak dan tidak nampak, telah wujud sebelum Lantunan
Besar ini . Selari dengan ini , maka ruang asal-mula alam semesta tidaklah keseluruhannya
kosong ,tetapi dipenuhi oleh satu substrat tenaga tanpa jisim .Punca asas ciptaan ini ialah
sesuatu yang dikenali dalam fizik sebagai vakum kuantum. Realiti vakum kuantum dapat
ditunjuk secara eksperimen oleh medan elektromagnet(Zakaria Awang Soh ,120)
4)Teori Ayunan
Selain tiga teori yang dinyatakan ini , terdapat satu lagi teori yang dinamakan teori
ayunan .Teori ini , seperti juga teori keadaan tunak lebih merupakan satu teori yang
menumpukan penghuraiannya kepada perlakuan keadaan alam semesta selepas
kewujudannya. Penghuraiannya tigak menyentuh tentang bagaimana alam semesta ini mula
wujud .Teori ini percaya bahawa alam ini selalu berada dalam keadaan kembang-susut .Hal
ini jelas menghuraikan tentang lakuan yang terdapat pada alam semesta ini .Selain tidak
menghuraikan tentang asal kejadian alam ini, teori ini juga tidak memastikan jumlah tertentu
daripada batas kembang-susutnya alam semesta ini .(Zakaria Awang Soh ,1990,120)
1.4.4 Pandangan Sarjana terhadap Teori Ledakan Besar
1) Paul Davies :Banyak idea adalah di sempadan fizik Teoritis moden dan hanya akan
ditentukan kebenaran oleh perkembangan kemudian .Tidak ada persetujuan antara ahli
fizik tentang status keajaiban ruang-masa, atau sekalipun tentang keadaan tepat alam
semesta purba. Konsep ledakan besar adalah tidak ditegakkan dengan begitu secara
ilmu pengetahuan seperti mana dipercayai umumnya. Berkaitan dengan keajaiban
waktu ruang dan keadaan alam purba, Paul Davies, seorang profesor fizik Teoritis di
Universiti Newcastle-upon-Tyne yang bekata demikian. Di samping kejayaan besar
dalam menerangkan permulaan alam semesta ,satu misteri tetap wujud .Bagaimana
alam ini boleh mencapai keadaan vakum palsu pada mulanya?Apakah yang berlaku
sebelum pengembangan?
Bukti-bukti saintifik yang sempurna dan memuaskan tentang penciptaan alam juga
diperlukan bagi menerangkan bagaimana ruang dan masa boleh wujud .Bagaimana
alam ini boleh mencapai keadaan vakum pada mulanya? Apakah yang berlaku
sebelum proses pengembangannya .Kemusykilan ini diulaskan oleh Hannes dan
Shapley.
2) Herman Bondi :Teori ini sudah dinafikan oleh bukti empirikal hari ini.
`Beberapa ahli astrofizik yang terkenal telah menolak teori ledakan
besar ,sebahagiannya pula menyatakan kekhuatiran mereka tentang kesempurnaan
teori ini .
3) Sir Fred Hoyle :Sayatidak ragu-ragu lagi dalam menyatakan bahawa teori ledakan
besar masih tidak dapat difahami keseluruhannya. Seperti yang saya katakan dahulu
apabila satu pola fakta menentang satu teori, pengalaman menunjukkan teori itu akan
terus ditolak.
Ahli astronomi Sir Fred Hoyle yang berkata demikian.
4) Narlikar dan Padmanabhan :Pemeliharaan tenaga-satu daripada prinsip-prinsip yang
paling diberi perhatian-dilanggar dalam model ledakan besar .Apabila sebelah kiri
persamaan Einstein mempunyai penyimpangan sifar .Sementara itu ,ketumpatan
tenaga dalam model ledakan besar adalah nyata positif .Dengan itu ,adalah tidak
mungkin untuk jirim wujwd tanpa melanggar prinsip pemeliharaan tenaga .Sudah
menjadi satu kebiasaan bagi mengurangkan kesusahan ini denan penyataan seperti
hukum fizik gagal pada satu keajaiban tetapi kebenaran hakikat tetap sama. Jayant
Narlikar ,seorang profesor kosmologi berbangsa India, adakah seorang ahli fizik
teoritis yang penting juga mempunyai pandangan yang sama. Dalam satu rencana
Narlikar dan Padmanabhan yang nenyata demikian.
5) Hannes dan Shapley :secara definisinya ,kosmologi merupakan sebahagian pernyataan
agama, ia akan sentiasa tetap berfungsi sebagai suatu sempadan antara sains dengan
falsafah. Situasi perbincangan tentang teori kosmologi ini tidak dapat lari daripada
masalah dan kemusykilan keesahan dan kerelevenan hujah. Kemungkinan besar asal-
usul alam semesta tidak akan terjawab oleh sains .Ini mungkin juga satu persoalan
metafizik .Ini menjadi sebab mengapa Hannes Alven dan Shapley berkata demikian.
Shapley: Dari mana datangnya atom-atom hidrogen ,juga atom-atom yang lain .Apa
yang mendahului kewujudan mereka ,jikalau terdapat sebarang benda?Itu mungkin
satu persoalan metafizik .Bermulanya suatu permulaan adalah di luar batasan
astronomi .Ia juga mungkin di luar lingkup falsafah yang biasanya kita rujuk sebagai
suatu alam yang tidak diketahui .
1.5 TEORI BIG BANG
1.5.1 Hukum al-quran
Apabila ayat-ayat al-Quran berhubung kejadian langit dan bumi ini dikaitkan
dengan penemuan semasa, kita akan mengagumi ayat-ayat ini kerana ia menceritakan tentang
fasa-fasa kejadian langit dan bumi secara sistematik. Justeru, Said Hawa dalam al-Asas fit
Tafsir berkata, “Memang jelas sekali al-Quran menetapkan penciptaan galaksi-galaksi (di
langit) berlaku terlebih dahulu daripada bumi. Ini merupakan sebahagian daripada mukjizat
yang menunjukkan bahawa al-Quran datang daripada Allah.”
Penciptaan alam semesta diterangkan oleh ahli astro-fizik (fizik angkasa) sebagai
satu fenomena yang diterima ramai dan dikenali sebagai “Big Bang”. Ia disokong oleh data
yang diperoleh daripada pemerhatian dan eksperimen oleh ahli astronomi dan ahli astro-fizik
sejak berdekad-dekad lamanya. Menurut ´Big Bang´, seluruh alam semesta pada asalnya ialah
satu jisim yang besar (Nebula Asas). Kemudian terjadi ´Big Bang´ (Pemisahan Kedua) yang
menghasilkan galaksi-galaksi. Ia kemudiannya berpecah-pecah lagi untuk menjadi bintang,
planet, matahari, bulan, dan lain-lain. Asal penciptaan alam semesta ini memang unik dan
kemungkinan untuk ia terjadi secara tidak sengaja adalah sifar. Al-Quran mengandungi ayat
berikut, berkenaan asal kejadian alam semesta:
"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya
langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami
pisahkan antara keduanya?" (surah Al-Anbiyaa´: 30) Persamaan di antara ayat Al-Quran
dengan teori Big Bang tidak dapat dinafikan lagi.
Tidak salah untuk mempercayai bahawa bumi ini diwujudkan oleh Allah hasil dari
letupan dasyat atau dikenali BIG BANG, kerana Allah berkuasa melakukan segala-galanya.
Jadi, maka jadilah. Jika diperhalusi, teras bumi kita masih lagi panas dan cair, menyerupai
lahar gunung berapi atau lebih tepat seperti cairan logam dan gas yang terbakar dipermukaan
matahari.
Dalam Surah Al-Anbiya ayat 30 Allah berfirman:
“Apakah orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya
bercantum satu kemudian Kami pisahkan (letupkan) antara kedua-duanya.”
Menurut teori “big bang”, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah
satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang
dinamakan “big bang”.
Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling )
sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya. Teori ini pada asalnya
diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein
pada tahun 1915. Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar
Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini. Pada tahun 1929, Edwin Hubble
menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori “big bang”. Dengan menggunakan alat
yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.
Dalam Surah Az-Dzariyat, ayat 40 Allah berfirman:
“Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar
meluaskannya.”
Jika bumi dan semesta ini terhasil akibat big bang, ia adalah satu keajaiban ciptaan
Allah yang menguasai seluruhnya. Sekiranya kajian ini berjaya, ia hanya akan mengesahkan
lagi keEsaan Allah SWT yang telah menceritakan kejadian ini di dalam Al-Quran sejak 1400
tahun yang lalu. Ia juga akan meguatkan yang Al-Quran adalah mukjizat Muhammad SAW
yang sentiasa sesuai sepanjang zaman, hinggalah ke hari kiamat.
Sebelum ‘Big Bang’ berlaku, yang ada hanya Allah. Ketika itu ruang belum ada,
tempat belum tercipta, arah tidak wujud, posisi masih dalam fikiran Tuhan dan sempadan
ataupun sisi masih belum menjadi kenyataan. Langit dan bumi belum diwujudkan. Dimensi
dan waktu belum dicipta. Yang ada hanyalah Allah tanpa terpengaruh dengan ruang, tempat,
arah, posisi dan sempadan. Allah juga tidak terpengaruh dengan langit ataupun bumi kerana
kedua-duanya belum wujud. Selepas ‘Big Bang’, Allah masih seperti itu juga, bersifat baqa’
tanpa mengalami sebarang perubahan sampailah bila-bila. Inilah yang dimaksudkan dalam
akidah Ahli Sunnah wal Jamaah sebagai “Allah wujud tanpa bertempat dulu, kini dan
selamanya”.
Walaupun proses pengembangan alam semesta ini dirasakan masih berterusan tetapi
kelajuan luruannya semakin lemah. Tidak seperti pada asal letusan yang kelajuannya sangat
hebat,kini ia menjadi semakin pelahan. Samalah dengan kisah ‘bulu-bulu yang dilastik’. Pada
mulanya meluru bak peluru, kemudiannya semakin perlahan dan akhirnya proses luruan itu
terus berhenti. Samalah dengan bunga api yang ditembakkan ke udara. Pada awal letusannya,
begitu laju api-apinya menerpa ke serata arah tetapi kemudiannya semakin perlahan dan
akhirnya terus berhenti.
Sama juga dengan letusan bom nuklear. Dalam masa sesaat bom itu menghasilkan
letusan yang ruang letupannya menjadi berkali-kali ganda saiz bom. Ketika ia mula-mula
meletus, ledakan dari ‘pusat letupan’nya sangat laju ke serata arah. Apabila semakin menjauh
ia semakin perlahan dan akhirnya berhenti setakat kemampuannya.
Begitulah halnya proses pengembangan alam semesta. Ia adalah letusan raja segala
nuklear namun hari ini kuasa letusannya mungkin sudah terlalu lemah dan boleh jadi juga
sudah terhenti.
Selepas kuasa letusannya habis (terhenti), apa yang berlaku?
Dijangkakan alam semesta akan kembali menguncup. Penguncupannya ini kembali
menuju ke satu titik asal. Ketika itulah segala yang ada di langit ini akan berdekatan sesama
sendiri dan akhirnya bertembung. Bintang-bintang yang dulunya jauh dari bumi seolah-olah
meluru ke bumi. Pada sudut pandangan penduduk bumi, bintang-bintang jatuh. Teori
penguncupan ini dikenali sebagai ‘BIG CRUNCH’.
Al-Quran menceritakan:
“Hari kami menggulung langit seperti menggulung lembaran surat catatan, sebagaimana kami
memulakan kewujudan sesuatu kejadian, Kami ulangi wujudnya lagi sebagai satu janji yang
ditanggung oleh Kami. Sesungguhnya Kami tetap melaksanakannya.”(Al-Anbiaa’: 104)
Pada hari kiamat itu Allah akan menggulung semula alam semesta
(mengembalikannya ke titik asal) sebagaimana Dia membentangkannya ketika alam semesta
dicipta.
1.5.2 Kebuktian sains
Saintis juga meramalkan bahawa pembentukan bumi juga berlaku sedemikian, iaitu
terdapat satu letupan yang kuat yang dikenali sebagai BIG BANG. Letupan yang dasyat itu
menyebabkan berlakunya hentaman unsur-unsur seperti silica (pasir, batu dan lain-lain),
logam (besi, kuprum, emas dan lain-lain) dan segala unsur-unsur kimia yang kedapatan di
bumi pada hari ini beserta dengan gas.
Penerangan terhadap Teori Ledakan Besar
Merujuk kepada teori ledakan besar , alam semesta ini meledak dari satu ruang atau jirim
yang dimampatkan secara tak tertingga, tiada batasannya pada kira-kira 18 ribu juta tahun
dahulu .Ledakan yang menimbulkan rasa gerun bercampur takut inilah yang menyebabkan
letupan itu menjadi cakerawala yang wujud bertaburan . Umumnya ia dikenali sebagai
ledakan besar . Sebab utama yang menyakinkan para saintis adalah berpunca daripada
pertimbangan hukum termodinamik .
Mengikut pendokong teori ini tidak ada apa-apa unsur yang wujud sebelum berlakunya
ledakan besar. Tiada kewujudan masa dan ruang ,apa yang wujud adalah jumlah jirim yang
tidak terkira , dimampat dengan ketumpatan yang tidak terhingga yang sedia wujud pada
permulaannya. Proses ini mengambil masa dan menanti ruang. Para saintis merujuk proses ini
sebagai keajaiban .Pada ledakan besar ,masa dan ruang telah dicipta ;jirim daripada telur sedia
wujud di mana ia tertabur di merata-rata tempat. Dalam ledakan besar ,hanya gas
hidrogen ,deuterium ,helium dan mungkin sedikit litium dibentuk . Unsur yang lebih ringan
dibentuk baik selepas ledakan besar . Unsur yang lebih berat dan jumlah tambahan daripada
kebanyakan unsur ringan dibentuk dalam bintang atau dalam letupan bintang . Sebaik sahaja
pembentukan bintang dan planet diberi perhatian ,berlakunya satu jenis penukaran bahan-
bahan mentah ,iaitu hidrogen, helium kepada bintang dan planet. Bintang ,galaksi dan lain-
lainyang tidak terkira telah dibentuk ,di mana peringkatan pekembangannya berbeza-
beza .Matahari merupakan satu bintang yang dapat dijadikan contoh galaksi ,berumur lebih
kurang 5 rubu juta tahun .Menurut teori nebula ,matahari dan planet memekatkan nebula
matahari purba lebih kurang 5 ribe juta tahun dahulu. Awan gas dan habuk yang lebih kecil
pula mengecut keluar dari ruang antara bintang .Saintis percaya bahawa keruntuhan gas untuk
membenuk sistem solar dicetuskan oleh kawalan bergerak dengan tekanan udara sangat tinggi
disebabkan oleh satu letupan daripada satu bintang berhampiran yang sedang meletup.
Bintang tertua dalam galaksi adalah lebih kurang 10 ribu juta tahun umurnya. Umur bagi
bulan dan aneka batu adalah lebih kurang sama dengan umur bumi .
Berhubung dengan proses berlakunya ledakan besar ,terdapat pula kalangan sarjana yang
menolak teori ini dengan mmengemukakan berbagai-bagai hujah . Antara sarjana yang tidak
setuju dengan teori inilah Paul Davies,Hermon Bondi, Narkilar dan Padmanabhan
(Aminuddin Ruskam Al-Dawamy ,1996 ,125-127)
1.6 SELEPAS BIG BANG
Para saintis pada hari ini sering kali bertanya, “Apakah yang sebenarnya berlaku
selepas ledakan Big Bang?” Justeru sebahagian mereka cuba menyusun satu bentuk kronologi
berhubung perkara ini. Selepas mengkaji pandangan-pandangan mereka, kami mengolah dan
menyusun semula kronologi itu mengikut enam fasa.
Fasa Pertama (Ledakan dan Pengembangan) – Peringkat ini bermula daripada saat
ledakan Big Bang sehingga berlalu masa 0.000000000000000000000000000000001 saat.
Kosmos ketika itu melalui proses pengembangan yang amat laju. Ia berkembang daripada
ukuran sebesar atom kepada ukuran sebiji buah nangka dalam masa yang teramat singkat,
iaitu, kurang daripada satu per sebilion saat dalam keadaan suhu yang mencecah 10 kuasa 27
darjah Celsius. Dalam masa yang singkat angkasa dipenuhi elektron dan quarks.
Fasa Kedua (Penyejukan dan Kelahiran Nukleus) – Di peringkat ini masa berlalu
lebih kurang tiga minit. Suhu, yang di peringkat sebelumnya berada di tahap yang amat tinggi,
melalui proses penyejukan dan turun ke paras 10 kuasa 8 darjah Celsius. Keadaan ini
memungkinkan quarks bercantum sesama sendiri dan bertukar menjadi proton dan neutron.
Percantuman proton dan neutron melahirkan nukleus dan proses kelahiran nukleus ini menjadi
asas kepada kelahiran atom hidrogen dan helium kemudiannya. Oleh kerana atom belum lagi
wujud di peringkat ini kosmos berada dalam keadaan yang gelap gelita.
Fasa Ketiga (Kelahiran Atom) – Fasa ini memakan masa lebih kurang 300,000 tahun.
Di peringkat ini elektron bercantum dengan proton serta neutron dan dengan itu lahirlah atom-
atom, terutamanya, atom-atom hidrogen dan helium. Kelahiran atom-atom ini menjadi titik
permulaan kepada kelahiran cahaya di kosmos. Suhu ketika itu mencecah lebih kurang 10,000
darjah Celsius.
Fasa Keempat (Asap dan Kelahiran Galaksi Serta Bintang) – Fasa ini bermula
300,000 tahun sehingga lebih kurang 1 bilion tahun selepas Big Bang. Di peringkat ini tarikan
graviti menyebabkan gas-gas hidrogen dan helium bercantum sehingga melahirkan gumpalan-
gumpalan asap raksasa. Daripada gumpalan-gumpalan asap ini lahirlah galaksi. Adapun
gumpalan-gumpalan asap yang kecil, ia berperanan melahirkan bintang-bintang.
Fasa Kelima (Percantuman Galaksi, Kelahiran Big Hole, Supernovae dan Matahari)
– Fasa ini memakan masa daripada 1 bilion tahun hingga 9 bilion tahun selepas ledakan Big
Bang. Di peringkat awal fasa ini galaksi-galaksi bercantum antara satu sama lain. Proses
cantuman ini berlaku dengan dahsyat sekali sehingga menyebabkan kemusnahan sebahagian
bintang. Bintang-bintang yang hancur bersama-sama dengan gas yang terhasil terhumban ke
suatu pusat dan dengan itu menghasilkan satu lubang yang teramat padat (very dense) tanpa
mempunyai isi padu (with no volume). Lubang ini mempunyai tarikan graviti yang teramat
kuat dan dikenali sebagai lubang hitam atau black hole. Apa saja yang memasukinya,
termasuk cahaya, tidak mampu keluar daripadanya. Gas-gas yang disedut oleh lubang hitam
ini berada di tahap suhu yang amat tinggi sehingga mengeluarkan cahaya yang terang
benderang yang, pada hari ini, dikenali sebagai quasars. Selepas ia memasuki lubang hitam ia
lenyap selama-lamanya. Di peringkat ini proses kehancuran bintang-bintang berlaku dengan
pesatnya. Proses kehancuran ini melahirkan ledakan yang amat dahsyat yang dikenali
sebagai supernovae. Ledakan ini mengeluarkan elemen-elemen seperti oksigen, karbon,
nitrogen, kalsium dan besi ke angkasa raya. Di samping itu ia juga mengeluarkan elemen-
elemen berat seperti emas, perak, uranium, plumbum (lead) dan yang seumpamanya.
Kesemua ini menjadi asas untuk melahirkan galaksi-galaksi baru. Di penghujung fasa ini
(lebih kurang 5,000 bilion tahun dahulu) lahirlah matahari dan sistem solar.
Fasa Keenam (Kejadian Bumi dan Atmosfera dan Permulaan Hidupan) – Fasa ini
bermula lebih kurang 9 bilion tahun selepas ledakan Big Bang, iaitu 4.5 bilion tahun dahulu.
Di peringkat ini bermulalah kejadian bumi dan atmosfera yang berhubungan dengannya. 1
bilion tahun selepas itu (lebih kurang 3.5 bilion tahun yang lepas) lahirlah hidup-hidupan
yang pertama di atas bumi. (Parker, Barry R., The Vindication of the Big Bang:
Breakthroughs and Barriers, New York: Plenum Press, 1993; NOVA Science Programming
On Air and Online, Public Broadcasting Service (PBS) History of the Universe,
http://www.pbs.org/wgbh/nova/origins/univ-nf.html)
1.7 KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh diolah daripada kajian terhadap kejadian bintang dan teori big
bang ialah mengamati keindahan penciptaan yang maha esa yang tiada nilainya. Kejadian
yang teramat menakjubkan sehingga kajian dilakukan namun masih ada kekurang. Hal ini
menyebabkan meningkatnya intelek pemikiran golongan sekarang untuk meneroka dan
mempelajari ilmu-ilmu falak.
Selain itu, dapat mengetahui kejadian-kejadian angkasa raya yang luas dimana
sebelum ini kita tidak ketahui dengan mendalam. Pengatahan-pengatahuan seperti ini amat
berguna dan mampu membuka pemikiran ke lebih meminati terhadap ilmu pengatahuan
terutamanya terhadap ilmu bidang kosmologi.
Bintang-bintang yang berkedipan di ruang angkasa amat menusuk hati melihat
keindahannya. Namun disebalik yang indah terdapat pelbagai perkara yang banyak kita tidak
ketahui. Antaranya ialah bagaimana terjadinya bintang, jenis-jenis bintang dan yang paling
penting sekali bagaimana dalil yang dikeluarkan daripada al-quran membuktikan kejadian
bintang. Al-quran telah menceritakan terlebih dahulu kejadian bintang-bintang ini dan
akhirnya dapat dibuktikan pada zaman ini.
Bagi teori Big Bang pula, teori-teorinya sudah terbukti kesahihannya dengan
sokongan-sokongan sains dah kebuktian al-quran yang dikeluarkan. Terdapat juga ahli-ahli
sainstis yang terkenal menyokong kejadian Big Bang ini. Kejadian ini berlandaskan kejadian
pemecahan, perkembangan dan pengecutan. Kejadian kiamat juga dapat dibktikan melalui
Big Bang.