KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI SEKOLAH-
SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU
ZURIYATI BINTI BIDIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEBERKESANAN PENGURUSAN PANITIA BIOLOGI DI SEKOLAH-
SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BHARU
ZURIYATI BINTI BIDIM
Laporan projek ini di kemukakan
sebagai syarat memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Biologi )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
iii
DEDIKASI
Teristimewa Buat,
Ibu Tersayang, Fatimah Bt. Mohd Noor,
Ayah Yang Dihormati Bidim Muhamad,
Terima kasih atas segala pengorbananmu,
penat lelah mendidikku dan kasih sayangmu,
Doa dan restumu ku pohon selalu.
Buat abang dan adik-adik,
Abang Ezul,
Lina,
Ayu,
Nadhirah,
Terima kasih kerana memahami diriku,
Semoga kalian semua dapat menjejakkan kaki ke menara gading.
Rakan-rakan seperjuangan,
Ayu, Jyd, Hani, Liza, Sub, Sha dan Zu,
Persahabatan yang kita jalinkan akan terpahat dalam sanubariku,
dan amat bermakna buatku.
Terima kasih atas segalanya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur kepada
Ilahi yang telah memberi limpah rahmatNya. Dengan izinNya kajian ini berjaya
disempurnakan.
Saya merakamkan setinggi penghargaan ikhlas dan terima kasih yang tak
terhingga kepada Tn. Haji. Mohd. Anuar B. Abdul Rahman selaku pensyarah
penyelia yang telah bersungguh-sungguh memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang
kajian ini dijalankan. Semoga bertambah rahmatnya ke atas usaha beliau selama ini.
Segala nasihat dan tunjuk ajar dan segala ilmu yang dicurahkan tidak akan saya lupakan.
Terima kasih juga kepada semua guru Biologi yang terlibat dalam kajian ini yang
sudi memberi kerjasama dengan sepenuhnya.
Akhir sekali, diucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sehingga
terhasilnya laporan ini. Segala usaha, kerjasama dan penglibatan mereka semua amat
saya hargai dan saya ingati.
Hanya Allah jua yang dapat membalas segalanya.
v
ABSTRAK
Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan
pengurusan Panitia Biologi di Sekolah Menengah di sekitar Daerah Johor Bharu. Kajian
ini berbentuk deskriptif dan melibatkan aspek kurikulum, perkembangan staf,
peperiksaan dan penilaian serta pengurusan makmal. Selain daripada itu kajian ini
dilihat berdasarkan model pengurusan POLC ( planning, organization, leading
&controlling ). Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat kajian di mana
kebolehpercayaan adalah 0.8657. Persampelan dilakukan secara rawak bertujuan di
mana seramai 35 orang responden yang mengajar matapelajaran Biologi di Daerah Johor
Bharu dipilih sebagai sampel kajian. Hasil kajian di analisis menggunakan perisian
SPSS ( Statistical Packages for The Social Science) versi 11.5 for Windows bagi
mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Kajian mendapati keberkesanan pengurusan
Panitia Biologi berada pada tahap yang tinggi. Aspek pengurusan yang paling dominan
diamalkan oleh Panitia Biologi ialah dalam aspek peperiksaan dan penilaian begitu juga
dalam pengurusan POLC. Sehubungan dengan itu, di cadangkan bahawa pihak sekolah
memberi tumpuan dalam aspek pengurusan makmal, perkembangan staf dan kurikulum
agar keberkesanan pengurusan Panitia Biologi dapat dipertingkatkan dan dapat
dikekalkan demi menjamin kecemerlangan sekolah.
vi
ABSTRACT
The aim of this study is to look into the effectiveness Biology Panitia
management for secondary schools in the district of Johor Bharu. This is a descriptive
research. Four aspects regarding effectiveness were used. These are curriculum,
developing staff, examination and evaluation also laboratory management. Besides that,
this research involved POLC (planning, organization, leading, controlling) management
model. The reability of instrument is 0.8657 using the Alpha Cronbanch Scale. Data
collections were made via questionnaire and using SPSS program version 11.5 to get
percentage, mean and frequency processed these data. The sample of this study consists
of 35 respondents who are teaching Biology subject at Johor Bharu. The result of the
research shows that this effectiveness of Biology is at high level. In addition, suggestion
is also given to improve and to upgrade the present situation and further research should
be conducted.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Kajian 9
1.9 Penutup 10
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Keberkesanan Sekolah 11
2.3 Panitia Sebagai Sebuah Organisasi Di Sekolah 13
2.3.1 Carta organisasi sekolah 15
2.3.2 Tujuan Penubuhan Panitia Matapelajaran 17
2.3.3 Peranan Panitia Matapelajaran 17
2.4 Peranan Panitia Berdasarkan Model
Pengurusan POLC 19
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 22
3.3 Persampelan 23
3.4 Instrumen Kajian 24
3.5 Kajian Rintis 27
3.6 Prosedur Kajian 29
3.7 Kaedah Penganalisisan Data 29
3.8 Penutup 32
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 33
4.2 Latar Belakang Responden 34
4.3 Tahap Keberkesanan Pengurusan Panitia Biologi 38
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.4 Fungsi Panitia Biologi Yang Paling Dominan
Diamalkan Oleh Panitia Biologi Berdasarkan
Aspek Kurikulum, Perkembangan Staf,
Peperiksaan Dan Penilaian Serta Dalam
Pengurusan Makmal 40
4.5 Penganalisisan Menentukan Model Pengurusan
POLC Yang Paling Dominan di lakukan dalam
aspek Kurikulum, Perkembangan Staf,
Peperiksaan Dan Penilaian Serta Dalam
Pengurusan Makmal oleh Panitia Biologi 48
4.6 Masalah Pengurusan Panitia Biologi Dalam
Keberkesanan Pengurusan Sekolah. 56
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan Kajian 59
5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 62
5.4 Cadangan Kajian 68
5.5 Penutup 70
SENARAI RUJUKAN 71
LAMPIRAN 75
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan item soal selidik berdasarkan
fokus kajian 26
3.2 Pekali Alpha Cronbach 28
3.3 Penilaian terhadap responden 31
4.1 Taburan responden mengikut jantina 34
4.2 Taburan responden mengikut kumpulan umur 35
4.3 Taburan responden mengikut kelulusan akademik
tertinggi 35
4.4 Taburan responden mengikut pengalaman mengajar
Biologi 36
4.5 Taburan responden mengikut opsyen 37
4.6 Taburan responden mengikut jenis sekolah yang diajar 37
4.7 Taburan responden mengikut jantina Ketua Panitia 38
4.8 Taburan kekerapan responden terhadap keberkesanan
pengurusan Panitia Biologi 39
4.9 Min keseluruhan bagi keempat-empat aspek 40
4.10 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan aspek kurikulum 41
4.11 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan aspek
perkembangan staf 43
4.12 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan aspek
peperiksaan dan penilaian 45
xi
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.13 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan aspek
pengurusan makmal 46
4.14 Model pengurusan POLC yang dominan dalam empat aspek 48
4.15 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan POLC dalam
aspek kurikulum 49
4.16 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan POLC dalam
aspek perkembangan staf 51
4.17 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan POLC dalam
aspek peperiksaan dan penilaian 52
4.18 Fungsi Panitia Biologi berdasarkan POLC dalam
aspek pengurusan makmal 54
xii
SENARAI LAMPIRAN
A. Borang soal selidik
B. Surat kebenaran menjalankan kajian dari bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
C. Surat kebenaran menjalankan kajian dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
D. Surat pengakuan dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sekolah merupakan sebuah organisasi pendidikan yang diselenggarakan oleh
golongan pendidik yang berperanan besar dalam mencapai hasrat dan Falsafah
Pendidikan Negara. Melalui pendidikan ia dapat menghasilkan individu yang akan
menikmati gaya hidup lebih selesa dan memuaskan. Ini hanya dapat diperolehi sekiranya
sesebuah sekolah dapat diuruskan dengan baik. Blau dan Scot (1952) dalam Omardin
Ashaari berpendapat sebagai sebuah organisasi pendidikan, sekolah merupakan sistem
sosial yang amat peka dengan hasrat dan cita-cita masyarakat. Menurut Nigro Etal
(1965) yang dipetik dalam buku Pengurusan Sekolah (Omardin Ashaari), para pelajar
menerima pelajaran, sistem sosial, kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai yang dibentuk
oleh sekolah melalui proses pendidikan yang diperoleh dari kurikulum dan ko-
kurikulum yang telah ditetapkan dan menggunakannya dalam kehidupan mereka.
Mengikut Morphet, John dan Reller (1982) pula, matlamat sesebuah organisasi
itu bukan untuk mengadakan keadaan yang mempertingkatkan kecekapan pengurusan
dan pentadbiran tetapi mengadakan keadaan yang dapat mempertingkatkan organisasi
bagi mencapai matlamatnya. Dalam organisasi sekolah, ada beberapa buah unit sosial
kecil yang berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain. Tiap-tiap sistem unit
memberi sumbangan dan mempengaruhi pencapaian matlamat keseluruhan organisasi
2
sekolah. Unit-unit ini dikatakan wujud dalam bentuk formal seperti Panitia Mata
Pelajaran, Lembaga Pengawas, Jawatankuasa Disiplin, Jawatankuasa Sukan, Olahraga
dan sebagainya. Pengurusan yang baik merupakan nadi yang menghidup dan
menggerakkan sesebuah organisasi itu. Ini dapat dibentuk sekiranya setiap individu yang
terlibat di dalamnya dapat memahami ruang lingkup tugas masing-masing. Antara lain
tugas pengurusan sesebuah sekolah itu termasuk juga kegiatan yang memperlihatkan
perancangan, kepimpinan dan usaha-usaha perubahan yang berlaku dalam mengesan,
menyusun dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah.
Mortimore (1991) dalam Justin Rumpod mendefinisikan sekolah berkesan
sebagai satu keadaan di mana pelajar-pelajarnya mengecapi perkembangan dan
kemajuannya. Reynold dan Creemer (1990) dalam Justin Rumpod pula membuat
rumusan bahawa sekolah yang berkesan bererti sekolah yang memberi suatu kesan ke
atas perkembangan pelajar.
Menurut Lezotte (1990), ukuran sekolah berkesan yang telah digunakan oleh
kebanyakan penyelidik ialah pencapaian dalam mata pelajaran tertentu seperti
matematik, sains atau bahasa, kehadiran sekolah dan kepuasan pelajar.
Chester Barnard (1984) mengutarakan bahawa kecekapan dan keberkesanan
sesebuah sekolah dapat diukur berdasarkan kriteria keberkesanan adalah berkaitan
dengan matlamat sesebuah organisasi sekolah itu. Kecekapan adalah berhubung dengan
peringkat kepuasan bekerja individu dan kumpulan individu dalam sesebuah organisasi
sekolah itu. Untuk mencapai matlamat sekolah dan dalam meningkat kualiti yang
maksimum, setiap guru dan kakitangan sekolah harus menyedari kedua-dua unsur,
keberkesanan dan kecekapan dalam menguruskan sekolah.
Thierauf (1977) dan Stoner (1984) telah mengutarakan empat aktiviti utama
dalam bidang pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan.
Dengan itu semua proses ini perlu diperkembang dan diintegrasikan bagi membentuk
dan mewujudkan pengurusan di sekolah supaya menjadi lebih berkesan lagi.
3
Beberapa buah panitia matapelajaran juga telah dibentuk untuk keberkesanan
pengajaran pelbagai bidang matapelajaran. Dengan tugas dan tanggungjawab yang berat
ini, ketua panitia pelajaran patut berdiri daripada guru kanan yang berpengalaman. Ketua
panitia akan mengetuai kumpulan guru yang mengajar sesuatu matapelajaran ke sekolah.
Mesyuarat-mesyuarat diadakan dari masa kesemasa untuk menentukan pelaksanaan dan
perjalanan aktiviti yang dirancangkan itu bekerja dengan lancar dan berkesan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matapelajaran Sains dan Matematik merupakan suatu pelajaran yang amat
penting dalam pendidikan dewasa ini. Salah satu subjek yang dititikberatkan dalam sains
dan teknologi di zaman ini ialah matapelajaran Biologi. Seperti yang kita sedia maklum,
Biologi merupakan salah satu pelajaran yang amat penting dalam kehidupan. Secara
tidak di sedari kita telah mempelajari Biologi secara tidak formal dan secara formal
sejak dilahirkan lagi. Bidang Biologi telah banyak membantu manusia hidup selesa.
Pendidikan Biologi memberi peluang kepada pelajar mengkaji tentang kehidupan dan
bertujuan untuk menyediakan pelajar yang lebih cenderung minatnya dan berupaya
dalam bidang sains untuk menceburkan diri dalam kerjaya sains dan teknologi yang
khusus dan professional. Golongan pelajar ini akan menjadi sumber manusia dalam
bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan
negara.
Pada mata masyarakat dunia umumnya, tugas seorang guru dikatakan suatu tugas
yang murni dan dihormati masyarakat. Namun begitu tugas atau profesion guru tidaklah
semudah yang dijangkakan. Jika hari ini golongan doktor memulihkan orang sakit,
jurutera bertanggungjawab membangunkan fizikal negara dengan membina bangunan
atau jalan raya, peguam menyelamatkan anak guamnya daripada hukumannya tetapi
guru melaksanakan tanggungjawabnya membentuk dan mendidik manusia supaya
menjadi doktor jurutera dan lain-lain profesion (Esah, 2002).
4
Mutu pendidikan guru dianggap nadi sistem pendidikan. Secara universal mutu
pendidikan ditentukan sebahagian besarnya oleh mutu guru yang terlatih. Pendidik perlu
sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan umum, tugas penyeliaan dan ilmu pendidikan
profesional ke suatu tahap yang selari dengan segala jenis perkembangan kemajuan dan
inovasi dalam masyarakat dunia. Menentukan kualiti perkhidmatan dalam profesion
keguruan pada abad ke 21 ini merupakan satu cabaran.(Wan Mohd. Zahid, 1993)
Penubuhan panitia di setiap sekolah adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Matapelajaran. Ini menunujukkan bahawa betapa pentingnya
panitia dalam menjurus kepada pengurusan sekolah yang berkesan selain daripada
tanggungjawab yang dipikul oleh pihak pengetua. Panitia matapelajaran dibentuk
dengan diketuai oleh seorang ketua panitia yang dipilih daripada guru kanan yang
berpengalaman di setiap sudut pengetahuan pendidikan. Ketua panitia mengetuai satu
pasukan kerja yag dianggotai oleh guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama.
Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas tersebut, objektif penubuhan panitia adalah
seperti berikut:
a. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran
b. Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran
c. Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan
awam) dalam matapelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi/ target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah
d. Mewujudkan semangat kerjasama di antara matapelajaran dengan persatuan
kelab akademik
5
Keberkesanan sekolah bergantung kepada pencapaian akademik, kepuasan
bekerja dan kepimpinan pengetua (Drucker, 1985). Pendapat ini selaras dengan Geltner
(1981) dan Sweeney (1982) dalam Esah Sulaiman (1999) yang mengatakan sekolah
berkesan ada kaitan dengan pengetua sekolah. Maka jika dikaitkan panitia merupakan
salah seorang daripada pemimpin yang bertanggungjawab dalam membentuk sekolah
yang berkesan.
Pengurusan pula tidak hanya tertumpu kepada sesuatu organisasi yang
menumpukan kepada ekonomi atau pentadbiran, malah diberi perhatian berat dalam
organisasi pendidikan. Setiap urusan sesebuah organisasi memerlukan pengurusan yang
baik, cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi (Esah, 2002). Pengurusan
yang dimaksudkan yang lebih tepat merupakan suatu proses merancang,
mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota-anggota organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat-matlamat yang
telah ditetapkan (James Stoner, 1985).
Sesebuah panitia yang berkesan amat bergantung kepada sumbernya yang
produktif. Dalam membincangkan keberkesanan Panitia Biologi dalam pengurusan
sekolah, Panitia Biologi dilihat melalui peranannya dalam menjalankan tanggungjawab
serta model pengurusan yang telah di amalkan oleh mereka dalam sesebuah sekolah.
Persoalannya, sejauh manakah tahap keberkesan pengurusan Panitia
Matapelajaran Biologi dalam pengurusan di sesebuah sekolah? Apakah peranan atau
fungsi-fungsi Panitia Biologi yang paling dominan dilakukan dalam pengurusan Panitia
Biologi? Adakah Panitia Biologi mampu mengamalkan pengurusan yang berkesan di
sekolah? Bagaimanakah pengurusan Panitia Biologi dalam aspek kurikulum,
meningkatkan perkembangan staf, menguruskan peperiksaan dan penilaian terhadap
ahli-ahli panitia dan pelajar serta dalam pengurusan makmal Biologi sekolah. Wujudkah
masalah yang dihadapi oleh Panitia Biologi dalam mewujudkan pengurusan yang
berkesan?
6
1.3 Penyataan Masalah
Biologi merupakan suatu kajian meliputi dalam bidang fisiologi, anatomi,
ekologi, genetik, biologi sel, mikrobiologi, biologi molekul, biologi perkembangan,
botani, zoologi, taksonomi, biologi persekitaran dan sebagainya. Ianya merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,
pembentukan nilai-nilai murni dan amalan. Oleh sebab itu Biologi merupakan suatu
bidang kajian yang amat penting yang menyumbang ke arah kemajuan dan kesejahteraan
hidup khusus di dalam sains dan teknologi. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai
masalah dalam pengurusan biologi bagi mewujudkan pelajar yang cemerlang. Keadaan
ini telah menyebabkan tahap pencapaian Biologi dikalangan pelajar adalah rendah.
Panitia Biologi dan guru biologi terutamanya akan menghadapi pelbagai kekangan
dalam pengajaranya seperti kekurangan persediaan semasa mengajar, kekurangan alat
radas dan alat bantu mengajar, pertukaran silibus, kompetensi guru terhadap subjek,
bilangan pelajar yang begitu ramai dalam sebuah kelas menyukarkan guru untuk
memberi perhatian sepenuhnya dan sebagainya. Tidak dinafikan juga terdapat pelajar
yang kurang berminat terhadap Biologi yang menjadi salah satu masalah dalam
pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu penubuhan panitia di sekolah adalah
bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengajaran di sekolah dapat dipertingkatkan.
Selain daripada itu perhubungan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak yang
membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi. Namun begitu sejauh
manakah keberkesanan dan fungsi panitia dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh
pihak sekolah dalam matapelajaran Biologi.
Memandangkan pengurusan panitia Biologi dalam meningkatkan prestasi
Biologi amatlah penting. Maka kajian yang akan dijalankan ini adalah bertujuan untuk
mengetahui keberkesanan Panitia Biologi di sekolah menengah khususnya. Selain
daripada itu, strategi pengurusan panitia Biologi dari segi perancangan,
pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan (POLC) bagi mewujudkan keberkesanan
pengurusan panitia sekolah turut di selidiki.
7
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pengurusan
panitia. Antaranya ialah:
1. Mengenalpasti tahap keberkesanan pengurusan Panitia Matapelajaran Biologi,
2. Mengenalpasti fungsi-fungsi Panitia Biologi yang paling dominan diamalkan
oleh panitia Biologi berdasarkan aspek kurikulum, perkembangan staf,
peperiksaan dan penilaian serta pengurusan makmal,
3. Mengenalpasti fungsi pengurusan POLC yang paling dominan dilakukan dalam
aspek kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan dan penilaian serta
pengurusan makmal oleh Panitia Biologi dan,
4. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Panitia Biologi dalam
mewujudkan keberkesanan pengurusan sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah tahap keberkesanan pengurusan Panitia Matapelajaran Biologi?
2. Apakah fungsi-fungsi Panitia Biologi yang paling dominan diamalkan oleh
panitia Biologi berdasarkan aspek kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan
dan penilaian serta pengurusan makmal?,
3. Apakah fungsi pengurusan POLC yang paling dominan dilakukan dalam aspek
kurikulum, perkembangan staf, peperiksaan dan penilaian serta pengurusan
makmal oleh Panitia Biologi dan,
4. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Panitia Biologi dalam mewujudkan
keberkesanan pengurusan sekolah?
8
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian melalui dapatan soal selidik ini penting khusus bagi pihak Kementerian
Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan sekolah itu sendiri untuk merangka satu tindakan
bagi meningkatkan lagi aspek pengurusan, kemahiran sikap dan tanggungjawab terhadap
aktiviti pengurusan. Hasil kajian ini amatlah penting dalam pendidikan kerana ia boleh
meningkatkan keberkesanan pengurusan panitia dalam sesebuah sekolah. Melalui
maklumat yang diperolehi, pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan
Negeri dapat memperolehi maklumbalas. Selanjutnya langkah-langkah
dalam membantu ke arah sekolah berkesan dapat dijalankan melalui pengurusan panitia.
Setelah mengenalpasti fungsi- fungsi panitia melalui model pengurusan POLC
atau tanpa penglibatan sebarang model, dalam pengurusan panitia yang berkesan, warga
pendidik khususnya pendidik matapelajaran Biologi dan pentadbiran di semua peringkat
seperti sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak
Kementerian harus membuat satu tindakan atau langkah bagi membantu pihak panitia
dalam aspek pengurusan khususnya dalam mewujudkan pengurusan berkesan.
Kecekapan pengurusan yang rendah dikalangan panitia khususnya Panitia Biologi boleh
mendatangkan kesan yang kurang baik dalam suatu pengurusan sekolah.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian kes. Fokus kajian ini ialah keberkesanan
pengurusan Panitia Biologi di sekolah-sekolah terpilih di sekitar Johor Bahru. Kajian
juga melihat sejauh manakah pengurusan Panitia Biologi berdasarkan model pengurusan
POLC. Model pengurusan POLC pula akan dilihat dari segi kurikulum, perkembangan
staf, peperiksaan dan penilaian serta dalam pengurusan makmal Biologi. Seterusya
kajian akan mengenalpasti fungsi panitia yang paling dominan dalam aspek pengurusan.
9
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dan melibatkan Panitia Biologi dan guru-
guru yang mengajar matapelajaran Biologi dalam panitia masing-masing. Pihak
pengurusan atasan seperti pengetua, penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang
tidak terlibat. Diandaikan responden memberikan maklumbalas dengan ikhlas dan jujur
kerana kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini sangat bergantung kepada mereka.
1.8 Definisi Kajian
Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang akan digunakan oleh pengkaji
yang membawa erti yang tersendiri bagi menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh
pengkaji. Definisi istilah adalah penting bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan
salah tanggapan di kalangan pembaca. Di bawah ini dihuraikan beberapa istilah penting
berdasarkan tajuk kajian yang dirasakan perlu untuk ditakrifkan oleh pengkaji dan di
antaranya
a. Pengurusan
Proses bagaimana satu kumpulan bekerjasama menghala ke arah matlamat yang
dikongsi bersama. Ia merupakan satu proses yang berterusan, memfokuskan pencapaian
matlamat dan melibatkan penyelarasan sumber dan aktiviti untuk memenuhi
tanggungjawab tertentu. Pengurusan yang dimaksudkan melibatkan proses perancangan,
pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Kajian
dalam pengurusan ini adalah melibatkan pengurusan Panitia Biologi disekitar daerah
Johor Bharu.
10
b. Panitia dan Ketua Panitia Biologi
Satu jawatankuasa yang dibentuk dan diketuai oleh seorang ketua. Panitia
merupakan satu pasukan kerja yang dianggotai oleh guru-guru yang mengajar
matapelajaran Biologi tanpa mengira sama ada mereka dari opsyen Biologi atau tidak.
Ketua Panitia merupakan seorang guru yang dipilih dari kalangan guru-guru kanan yang
berpengalaman mengajar matapelajaran Biologi di sekolah menengah di Daerah Johor
Bharu.
c. Sekolah
Sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah sebuah institusi pendidikan
formal yang dikategorikan sebagai Gred A oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang
berada di sekitar bandar Johor Bharu.
1.9 Penutup
Kajian ini membincangkan mengenai peranan Panitia biologi dari perspektif
pengurusan berdasarkan model pengurusan POLC. Di dalam usaha untuk mewujudkan
sekolah berkesan disetiap sekolah maka peranan dari pelbagai pihak amatlah penting.
Selain dari pengetua yang bertindak sebagai tunjang kepada sesebuah sekolah, peranan
panitia dalam menguruskan sekolah juga penting. Ini kerana kerjasama yang diberikan
amat penting bak kata pepatah ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.