KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETAK SIFIR' TERHADAP PENINGKATAN MINAT DAN
PRESTASI PELAJAR DALAM TOPIK BAHAGI
NORIMAH BINTI EDEH
DISERTASIINI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEHI
IJAZAH SARJANA
PfRPUSTAKAAN UlllVSlSJTI MAlAYSIA WAH
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
2013
1
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BORANG PENGESAHAN STATUS DISERTASI
JUDUL : KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETAK SIFIR TERHADAP PENINGKATAN MINAT DAN PRESTASI PELAJAR DALAM TOPIK BAHAGI.
IJAZAH : IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN DENGAN SAINS)
SAYA : NORIMAH BINTI EDEH SESI PENGAJIAN : 201212013
Mengaku membenarkan disertasi ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :-
1. Disertasi ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah.
2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan disertasi ini sebagai bahan
pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. Sila tandakan ( I )
D SULIT
D TERHAD
o TIDAKTERHAD
(Mengandungi maklumat yang berda~ah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi I badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh,
PfRPUSTAKAAN UNtVERSm MALAYSIA SABAH
(NORIMAH BINTI EDEH)
Lot 135, lorong 2, Taman Sri panglima, 89800 Beaufort, Sabah.
Tarikh: 02 JULAI2013
CATATAN:
(DR LAY YOON FAH)
Tarikh:
- Jika disertasi ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa I organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh disertasi ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
11
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah say a jelaskan sumbernya.
Tandatangan Nama No. Matrik Tarikh
: NORIMAH BINTI EDEH : PT20107438C : 02 JULAI 2013
111
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan berkat dan limpah kurnia-Nya, DISERTASI ini telah dapat saya sempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat penyelia saya, Dr Lay Yoon Fah di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sehingga terhasilnya Disertasi ini serta kepada pensyarah-pensyarah UMS yang terlibat dalam penyemakan Disertasi ini.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat keluarga yang sangat memahami; ibu dan ayah tersayang - Puan Norsiah Hj Ibrahim dan Encik Edeh Hj Abdul Rahman; suami tercinta - Encik Ajeme Sarin; serta anak-anak pennata hati - Shyamimi, Sofea, Maheera, Adrieana, Aunee, Irfahn dan Amierah, yang setia memberikan dorongan, pengorbanan, doa, dan kasih sayang yang berterusan. Kepada adik-beradik saya Nored, Norhaidah, Norifed, Syukri, Faizal, dan Seaufi, terima kasih di atas sokongan kalian.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama memberikan idea dalam penghasilan Disertasi ini - Ramesh, Ismail, Yus, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang bersama. Juga kepada mereka yang terlibat sam a ada secara langsung atau tidak langsung, terima kasih di atas budi kalian.
Wassalam.
IV
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran menjadi topik yang sangat penting dalam dunia pendidikan di zaman ini. Stail pembelajaran dan keberkesanannya telah menarik minat ramai para penyelidik dan pengamal. Terdapat banyak saranan yang mengatakan bahawa penggunaan bahan bantu belajar memberikan sumbangan yang besar ke arah peningkatan prestasi pelajar. Penggunaannya boleh memudahkan penguasaan pembelajaran sesuatu topik mahupun subjek dengan cepat. Dalam kajian ini memfokuskan keberkesanan pembelajaran dengan menggunakan bahan bantu Petak Sifir sepenuhnya dalam menyelesaikan operasi Bahagi. Seramai 24 orang pelajar sekolah rendah T ahun 6 daripada sebuah sekolah di daerah Beaufort telah dijadikan sampel rawatan dan 24 orang lagi dijadikan sebagai sam pel kawalan dalam kajian ini. Keputusan analisis telah menunjukkan bahawa penggunaan Petak Sifir ini telah memberikan kesan yang amat positif terhadap hasil pembelajaran topik Bahagi. Secara terperinci, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Petak Sifir dalam pembelajaran mempunyai impak yang signifikan ke atas prestasi pencapaian. Kesannya dapat diperhatikan dengan membandingkan dapatan ujian pra dan ujian pasca. Prestasi keputusan dalam ujian pasca telah meningkat dengan signifikan. Peningkatan prestasi secara keseluruhan juga berlaku seperti yang digambarkan oleh peningkatan nilai min.
v
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
ABSTRACT
THE EFFECTIVENESS OF APPLICATION MULTIPLE CHART IN TEACHING DIVISION TOWARDS STUDENTS INTEREST
AND PERFORMANCE
Teaching and learning become a very important topic in the education world nowadays. Learning style and its effectiveness attract interest of many researchers and practitioners. There are many suggestions confirming that to use teaching aids is able to produce a positive contribute towards the improvement of students performances. That aids is able to simplify the learning process of particular topic or subject with vel}' fast. The main objective of this research is investigating the effectiveness of learning by using the teaching aid which named Multiple Chart in solving of Division. The sample of this study involved 24 students of year six from SK St. John, Beaufort, Sabah as a treatment group and 24 students more as a control group. The results of the analYSis show that the using of Multiple Chart produces a positive impact to the learning output in Division. Particularly, the finding of this research shows that the Multiple Chart has a significant impact to the achievement performance. The effects could be observed through the comparisons of the achievement performances during the pre-test and post-test. Achievements performance during the post-test has been increasing significantly. The performance improvements from various aspects were also noticeable significantly by looking at the increase of it mean value.
VI
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
KATA KUNCI
Membahagi menggunakan Petak Sifir.
Vll
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
151 KANDUNGAN
muka surat TAJUK
PENGESAHAN STATUS DISERTASI ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KATA KUNCI vii
lSI KANDUNGAN viii
SENARAIRAJAH xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI GLOSARI xv
BAB1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pemyataan Masalah 6
1.4 Tujuan Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Soalan Kajian 9
1.7 Hipotesis Kajian 10
1.8 Definisi Operasional 11
1.8.1 Petak Sifir
1.8.2 Minat
1.8.3 Prestasi 12
1.9 Kepentingan Kajian
1.10 Batasan Kajian 13
1.11 Kesimpulan
Vlll
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BAB2 TINJAUAN LlTERATUR
2.1 Pengenalan 14
2.1 Definisi Konsep 15 2.2.1 Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam
Pembelajaran Matematik
2.2.2 Penggunaan Petak Sifir 16 2.2.3 Minat dan Prestasi Terhadap Pembelajaran
Matematik
2.3 Teori 18
2.3.1 Teori Konstruktivisme 19
2.4 Model Pembelajaran 21
2.5 Kerangka Konseptual Kajian 24
2.6 Kajian-Kajian Lepas 25 2.6.1 Kajian Dalam Negeri Berkaitan Penggunaan Petak
Sifir Dalam Pembelajaran Matematik 2.6.2 Kajian Luar Negara Berkaitan Penggunaan Bahan 28
Bantu Dalam Pembelajaran Matematik
2.7 Kesimpulan 29
BAB3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Populasi dan Persampelan 32
3.4 Instrumen Kajian 33
3.4.1 Petak Sifir
3.4.2 Soalan Kajian 43
3.4.3 Borang Soal Selidik 45
3.5 Analisis Data 46
3.6 Fasa Pemungutan Data 48
3.7 Prosedur Kajian 50
3.8 Kesimpulan 51
ix
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BAB4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 52
4.2 Maklumat Responden
4.3 Analisis Data 53 4.3.1 Analisis Markah dan Gred Ujian Pra dan Pasca 54 Kumpulan Kawalan
4.3.2 Analisis Markah dan Gred Ujian Pra dan Pasca 58 Kumpulan Rawatan
4.3.3 Pengujian Hipotesis 60
4.3.3.1 Hipotesisi Pertama 62
4.3.3.2 Hipotesisi Kedua 64
4.3.3.3 Hipotesisi Ketiga 67
4.3.3.4 Hipotesisi Keempat 70
4.3.4 Rumusan Pengujian Hipotesis 72
4.3.5 Analisis Borang Soal Selidik 67 4.3.5.1 Tahap Kebolehpercayaan Item Soal 73
Selidik
4.3.5.2 Analisis Maklumbalas Responden 75
4.4 Kesimpulan 77
BABS PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan 78
5.2 Rumusan Kajian
5.3 Perbincangan 79
5.3.1 Soalan Pertama
5.3.2 Soalan Kedua 80
5.3.3 Soalan Ketiga 81
5.3.4 Soalan Keempat 82
5.4 Batasan Kajian 83
5.5 Implikasi Kajian 84
5.6 Cadangan Kajian
5.7 Kesimpulan 85
5.8 Penutup 86
x
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BIBLIOGRAFI
LAMPI RAN A 1 - Soalan Ujian Pra
LAMPI RAN A2 - Soalan Ujian Pasca
LAMPI RAN B - Borang Soal Selidik
LAMPIRAN C1 - Analisis SPSS Hipotesis 1
LAMPI RAN C2 - Analisis SPSS Hipotesis 2
LAMPIRAN C3 - Analisis SPSS Hipotesis 3
LAMPI RAN C4 - Analisis SPSS Hipotesis 4
LAMPI RAN D - Analisis SPSS Borang Soal Selidik
87
90
92
94
96
97
98
99
100
Xl
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Rajah 2.1
Rajah 2.2
Rajah 3.1
Rajah 3.2
Rajah 3.3
Rajah 3.4
SENARAIRAJAH
Organisasi Semula Model Pengajaran Konstruktivisme Lima Fasa Needham
Kerangka Konsteptual Kajian
Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Kumpulan Kawalan Tidak Setara
Contoh Soalan Bahagi 5-digit dengan 1-digit Berbaki dan Tanpa Baki
Contoh Soalan Bahagi 5-digit dengan 2-digit Berbaki
Carta Alir Prosedur Kajian
muka surat
23
24
31
37
41
50
Xli
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SENARAI JADUAL
muka surat
Jadual3.1 Petak Sifir Kosong 33
Jadual3.2 Proses Pengisian Petak Sifir Sehingga Petak Nombor 34 Lima
Jadual3.3 Petak Sifir 35
Jadual3.4 Hubungan Sifir Darab dan Sifir Bahagi 36
Jadual3.5 Proses Pembinaan Sifir 2-digit 39
Jadual3.6 Ringkasan Pembinaan Sifir 2-digit 40
Jadual3.7 Analisis Konstruk Item Soalan 44
Jadual3.8 Pemarkahan Jawapan Soal Selidik 46
Jadual3.9 Analisis Data Hipotesis 47
Jadual3.10 Fasa Tindakan Pemungutan Data 49
Jadual4.1 Jumlah Responden Mengikut Kumpulan dan Jantina 53
Jadual4.2 Gred dan Skor Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca 54
Jadual4.3 Ujian Pra dan Ujian Pasca 8agi Kumpulan Kawalan 55
Jadual4.4 Analisis Gred dan Bilangan Bagi Ujian Pra dan Ujian 56 Pasca Kumpulan Kawalan
Jadual4.5 Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan 58
Jadual4.6 Analisis Gred dan Bilangan Bagi Ujian Pra dan Ujian 59 Pasca Kumpulan Rawatan
Jadual4.7 Hipotesis dan Alat Statistik Kajian 61
Jadual4.8 Analisis Ujian-t Hipotesis Pertama 62
Jadual4.9 Analisis Ujian-t Hipotesis Kedua 65
Jadual4.10 Analisis Ujian-t Hipotesis Ketiga 68
Jadual4.11 Analisis Ujian-t Hipotesis Keempat 70
Jadual4.12 Rumusan Pengujian Hipotesis 72
Jadual4.13 Tahap Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 73
Jadual4.14 Analisis Maklumbalas Responden Terhadap Item Soal 75 Selidik
xiii
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SENARAI SINGKAT AN
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PROTIM - Program 3M
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for School Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
XlV
u 5 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PMR
PROTIM
SPM
SPSS
STPM
Tahap 1
Tahap 2
UPSR
SENARAI GLOSARI
- Penilaian Menengah Rendah (peperiksaan yang diambil oleh pelajar-pelajar Tingkatan 3 di sekolah menengah).
- Program pemulihan 3M (membaca. menulis dan mengira) yang diperkenalkan kepada pelajar-pelajar pemulihan Tahap 2 di sekolah rendah.
- Sijil Pelajaran Malaysia (peperiksaan yang diambil oleh pelajarpelajar Tingkatan 5 di sekolah menengah).
- Statistical Package for School Science (alat statistik yang digunakan untuk menganalisis data mentah).
- Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (peperiksaan yang diambil oleh pelajar-pelajar Tingkatan 6 di sekolah menengah)
- Pelajar-pelajar Tahun 1, 2 dan 3 di sekolah rendah.
- Pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah menengah.
- Ujian Penilaian Sekolah Rendah (peperiksaan yang diambil oleh pelajar-pelajar Tahun 6 di sekolah rendah).
xv
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BABi
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perubahan dalam alaf baru ini berlaku dengan begitu cepat dan pantas. Semuanya
berlaku mengikut arus perubahan globalisasi yang semakin hebat dan mencabar
dalam semua bidang kehidupan. Dengan terdapatnya perubahan dan pergolakan ini
yang dibawa oleh perubahan masyarakat, pertambahan ilmu serta ledakan maklumat
menyebabkan negara kita menghadapi cabaran dan perlu berubah. Justeru
menyedari hakikat ini, pendidikan dilihat sebagai pemangkin kepada kemajuan
negara. Negara kita mula cenderung kepada peningkatan kualiti sistem pendidikan
ke arah pendidikan yang bertaraf dunia.
Penguasaan pelajar dalam subjek Matematik merupakan salah satu matlamat
utama sistem pendidikan di Malaysia. Maka, tidak hairanlah subjek Matematik telah
dijadikan sebagai salah satu subjek teras yang perlu diajar di setiap peringkat
persekolahan. Berdasarkan ensiklopedia bebas, matematik didefinisikan sebagai
pembelajaran dan kajian mengenai corak struktur, perubahan dan ruang, atau
dengan kata lain, kajian mengenai nombor dan gambarajah. Matematik juga ialah
penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan
simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa
perbualan dan penulisan dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk
menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Perkataan 'matematik' berasal daripada perkataan Yunani, ~aerHJa
(mathema) , yang bermakna 'sains, · ilmu, atau pembelajaran'; lJaerUJaTlK~
1
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
(mathematik6s) bermaksud 'suka belajar' (Wikipedia Bebas, 2008). la berkembang
melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang,
pengiraan, pengukuran dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal.
Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep terse but bertujuan untuk merumuskan
tekaan-tekaan atau kemungkinan baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara
penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.
Kurikulum Matematik di Malaysia berkembang amat pesat sekali. Secara
umum, perubahan kurikulum ini melibatkan beberapa fasa iaitu Matematik bercorak
tradisi, Matematik moden, Matematik dalam kurikulum baru, Matematik dalam
kurikulum bersepadu, dan yang terkini Matematik dalam kurikulum standard.
Perubahan yang berlaku ini selaras dengan tuntutan masyarakat yang bergerak
pantas ke arah persekitaran yang semakin maju dan canggih. Masyarakat hari ini
mengharapkan pendidikan akan menyediakan peluang kepada semua pelajar agar
celik matematik serta menjadi pelajar sepanjang hayat serta mewujudkan
masyarakat yang berupaya memilih maklumat yng berg una (NCTM,1989).
Matlamat Matematik adalah lebih menjurus kepada peningkatan ilmu
pengetahuan serta kebolehan menggunakannya. Berikut adalah matlamat
Matematik:
"Untuk mengembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan
kritis, kemah iran menyelesaikan masalah serta kebolehan
menggunakan ilmu pengetahuan supaya seseorang individu dapat
berfungsi dalam kehidupan sehariannya dengan berkesan dan
bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan. keindahan
matematik." (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000).
2
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Oi samping itu, pendedahan ilmu pengetahuan berkaitan matematik perlu
dimulakan sedari awal kanak-kanak lagi bagi mengasah minda dan menimbulkan
minat mereka terhadap matematik. Ini selaras dengan pandangan (Ee Ah Meng.
1995) yang menyatakan bahawa kedaan sekeliling dan cara-cara pelajar itu diajar,
dibimbing dan didisiplinkan mempengaruhi perkembangan dan pembentukan
personalitinya.
Oalam silibus Matematik sekolah rendah, ada empat fakta asas yang perlu
dikuasai oleh para pelajar iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Operasi bahagi
merupakan operasi yang terakhir yang mereka pelajari pada tahap ini. Sebenamya,
operasi bahagi ini adalah songsangan kepada operasi darab. Oleh itu, adalah tidak
wajar mengembangkan konsep bahagi secara berasjngan daripada konsep operasi
darab.
Pembahagian memerlukan pemahaman konsep yang menyeluruh bagi
memudahkan pelajar menyelesaikan masalah berhubung dengan topik bahagi ini.
Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dalam pendidikan ini memudahkan
pelajar memahami konsep serta membantu guru menyampaikan pengajaran dengan
efektif dan kreatif. Menurut Hj Badrul Hisham Bin Hj Alang Osman (1999),
pengajaran yang efektif dan kreatif mampu menarik minat pelajar terhadap isi
kandungan yang disampaikan oleh guru. Hal ini secara tidak langsung dapat
membantu meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Justeru, kajjan ini cuba untuk menerapkan alat atau bahan bantu yang di-
namakan Petak Sifir sebagai jalan untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi
oleh pelajar berkaitan topik Bahagi dalam subjek Matematik di sekolah rendah, se
terusnya jngin melihat keberkesanan penggunaannya sama ada ianya
mempengaruhi terhadap peningkatan minat dan prestasi pelajar ataupun tidak.
3
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
1.2 latar Belakang Kajlan
Sistem pendidikan sekarang sedang berkembang pesat dan melibatkan perubahan
paradigma. Mohd Uzi Dollah (2006) menjelaskan bahawa guru secara tradisinya
dianggap sebagai penyampai ilmu pengetahuan, manakala pelajar pula dianggap
sebagai penerima pengetahuan sahaja. Pandangan sebegini memperlihatkan
bahawa dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran, guru bertindak sebagai
komponen aktif manakala pelajar pula hanya sebagai komponen pasif. Menyedari
hakikat itu, guru perlu melakukan perubahan paradigma bagi memastikan para
pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang sepatutnya serta mampu melahirkan
go long an celik ilmu.
Oleh yang demikian, bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran maka guru perlu meningkatkan kefahaman pelajar dengan
menggunakan alat atau bahan bantu· yang sesuai dan menarik. Penggunaan alat
bantu mengajar terbukti lebih berkesan dan menampakkan kecekapan guru dalam
mempersembahkan pengajaran mereka. Berdasarkan pencapaian akademik
pelajar, jelas menunjukkan bahawa guru yang menggunakan alat bantu mengajar
lebih baik berbanding dengan guru yang kurang menggunakannya (Omardin
Ashaari , 1999). Hal ini selaras dengan pendapat Mwmwenda (1987) yang
menyatakan dengan penggunaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan
pencapaian pelajar.
Wilkinson (1971) dalam buku Omardin Ashaari (1999) menegaskan bahawa
alat bantu mengajar dapat memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran dan
menjadi lebih menarik serta menggembirakan pelajar. Selain itu, penggunaan alat
bantu mengajar akan melibatkan pelajar yang cergas dalam pembelajaran yang akan
menguatkan mereka memerhati, mentafsir dan menghuraikan isi pelajaran.
4
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
1.2 Latar Belakang Kajlan
Sistem pendidikan sekarang sedang berkembang pesat dan melibatkan perubahan
paradigma. Mohd Uzi Dollah (2006) menjelaskan bahawa guru secara tradisinya
dianggap sebagai penyampai ilmu pengetahuan, manakala pelajar pula dianggap
sebagai penerima pengetahuan sahaja. Pandangan sebegini memperlihatkan
bahawa dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran. guru bertindak sebagai
komponen aktif manakala pelajar pula hanya sebagai komponen pas if. Menyedari
hakikat itu, guru perlu melakukan perubahan paradigma bagi memastikan para
pelajar mendapat ilmu pengetahuan yang sepatutnya serta mampu melahirkan
golongan celik ilmu.
Oleh yang demikian, bagi memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran maka guru perlu meningkatkan kefahaman pelajar dengan
menggunakan alat atau bahan bantu' yang sesuai dan menarik. Penggunaan alat
bantu mengajar terbukti lebih berkesan dan menampakkan kecekapan guru dalam
mempersembahkan pengajaran mereka. Berdasarkan pencapaian akademik
pelajar, jelas menunjukkan bahawa guru yang menggunakan alat bantu mengajar
lebih baik berbanding dengan guru yang kurang menggunakannya (Omardin
Ashaari • 1999). Hal ini selaras dengan pendapat Mwmwenda (1987) yang
menyatakan dengan penggunaan alat bantu mengajar dapat meningkatkan
pencapaian pelajar.
Wilkinson (1971) dalam buku Omardin Ashaari (1999) menegaskan bahawa
alat bantu mengajar dapat memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran dan
menjadi lebih menarik serta menggembirakan pelajar. Selain itu, penggunaan alat
bantu mengajar akan melibatkan pelajar yang cergas dalam pembelajaran yang akan
menguatkan mereka memerhati. mentafsir dan menghuraikan isi pelajaran.
4
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Semuanya akan menjadi lebih mudah untuk meningkatkan kefahaman pelajar
tentang fakta, konsep dan bahan-bahan yang abstrak terhadap pengajaran guru.
Menurut Murally (1989), penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran
akan dapat menambahkan minat pelajar terhadap sesuatu pengajaran. Minat
merupakan suatu perkara yang penting untuk mendorong pelajar agar bergiat cergas
dalam pembelajaran. Selain itu, minat adalah bersifat dalaman iaitu ia wujud dalam
fikiran pelajar hasil daripada kejayaan mereka dalam memahami makna sesuatu
konsep dan menyelesaikan sesuatu masalah, (Noraini Idris, 2002).
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan alat bantu mengajar
yang digunakan iaitu Petak Sifir, adakah ianya berkesan digunakan untuk topik
8ahagi kerana sebelum ini Petak Sifir hanyalah popular digunakan untuk topik Darab.
Pada asasnya, sumber pengajaran dan pembelajaran terdiri daripada tiga kategori
utama iaitu pertama, bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan
mengajar dan buku sumber. Kedua, bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar
yang digunakan oleh guru semasa mengajar. Dan yang ketiga, bahan pengajaran
seperti buku teks dan alat-alat tulis yang digunakan oleh murid.
8agi menghasilkan bahan bantu mengajar yang baik dan berkesan, beberapa
kriteria yang seharusnya diambil perhatian. Antaranya ialah bahan bantu mengajar
haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. lsi
kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.
Rekabentuk bahan bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan.
Dalam pengajaran Matematik pula, sebilangan pelajar didapati mempunyai
perbezaan tahap kecekapan dan pemahaman dalam kemahiran-kemahiran atau
topik-topik yang diajar. Tambahan lagi jika ianya melibatkan topik-topik yang sering
5
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
dianggap susah oleh pelajar. Ini termasuklah topik Bahagi yang sememangnya satu
daripada empat operasi asas yang sukar dikuasai pelajar. Perbezaan ini dikenalpasti
biasanya berkait rapat dengan minda dan latar belakang keluarga pelajar. Oleh yang
demikian, Petak Sifir ini diharap dapat menambahkan pemahaman mereka terhadap
topik Bahagi. Penggunaan alat bantu mengajar ini juga secara tidak langsung
mengubah gaya pembelajaran tradisional kepada cara yang baru yang mungkin lebih
kreatif.
1.3 Pemyataan Masalah
Matlamat wawasan negara dapat dicapai melalui masyarakat yang berilmu
pengetahuan dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik. Antara
usaha ke arah mencapai wawasan ini, perlu memastikan masyarakat
membudayakan matematik dalam kehidupan seharian. Justeru itu, kemahiran
penyelesaian masalah dan berkomunikasi dalam matematik perlu dipupuk supaya
dapat membuat keputusan dengan berkesan. Ramai yang beranggapan bahawa
subjek Matematik ini adalah subjek yang susah dan membosankan. Hal ini demikian
kerana persembahan pengajaran dan bahan bantu mengajar yang digunakan kurang
menarik sehingga menyebabkan seseorang pelajar itu malas untuk berfikir serta tidak
berminat untuk menerokai isi pengajaran.
Sukatan Pelajaran KBSR Matematik menekankan pelajar menguasai
kemahiran yang melibatkan operasi-operasi tambah (+), tolak (-), darab (x), dan
bahagi (+). Operasi-operasi itu merupakan asas kepada penguasaan kemahiran-
kemahiran lain dalam matematik. Namun, ramai pelajar yang masih gaga 1 menguasai
fakta asas ini walaupun sudah berada di tahap dua di sekolah rendah. Sebagai
contoh, laporan PROTIM daerah Beaufort bagi tahun 2009 hingga 2011 mendapati
bahawa pelajar tahap dua sekolah rendah yang didapati tidak melepasi ujian
PROTIM saban tahun sangat tinggi iaitu melebihi 70%.
6
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Melalui Mesyuarat Pengumpulan Data PROTIM Daerah Beaufort yang
dianjurkan oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah Beaufort, maklumbalas daripada
guru-guru terlibat telah mengenalpasti bahawa punca utama kegagalan melepasi
ujian tersebut adalah disebabkan oleh kegagalan pelajar menguasai operasi bahagi.
PROTIM adalah akronim daripada Program 3M (membaca, menulis, dan mengira)
iaitu satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang berfungsi sebagai program
pemulihan khas. PROTIM bertujuan membantu pelajar-pelajar tahap dua (pelajar
Tahun 4, 5, dan 6) yang masih gagal menguasai kemah iran 3M. Ini kerana Program
Pemulihan Khas hanya dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar tahap satu iaitu pelajar
Tahun 1, 2, dan 3 sahaja.
5elain itu, kebanyakan pelajar juga didapati sukar untuk melihat
pengaplikasian matematik dalam kehidupan sebenar. Mereka tidak dapat
mengenalpasti fungsi operasi fakta-fakta asas terutamanya bahagi dalam kehidupan
seharian. Kegagalan pelajar untuk memahami konsep matematik juga menyebabkan
pelajar mengalami kesukaran untuk menjawab soalan matematik. Terdapat juga
guru-guru yang malas untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk
pengajaran. Mereka tidak gemar untuk menghasilkan alat atau bahan bantu
mengajar yang boleh menarik minat murid untuk belajar serta meminati matematik.
1.4 Tujuan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmana keberkesanan
penggunaan Petak 5ifir dalam pengajaran dan pembelajaran topik Bahagi subjek
Matematik bagi murid Tahun 6 di sekolah rendah. Di samping itu, kajian ini juga
bertujuan untuk melihat sama ada alat atau bahan bantu ini dapat membantu
mempertingkatkan minat dan prestasi pelajar ataupun sebaliknya.
7
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada Petak Sifir dapat membantu pelajar
untuk lebih memahami topik 8ahagi seterusnya meningkatkan prestasi mereka
dalam topik tersebut ataupun sebaliknya. Dalam kajian ini terdapat beberapa objektif
yang ingin dicapai iaitu :
1.5.1 Mengenalpasti perbezaan min skor yang signifikan dalam ujian pra bagi topik
8ahagi antara kumpulan kawalan dan rawatan.
1.5.2 Mengenalpasti perbezaan min skor yang signifikan antara ujian pra dan ujian
pasca bagi topik 8ahagi kumpulan kawalan.
1.5.3 Mengenalpasti perbezaan min skor yang signifikan antara ujian pra dan ujian
pasca bagi topik 8ahagi kumpulan rawatan.
1.5.4 Mengenalpasti perbezaan min skor yang signifikan dalam ujian pasca bagi
topik 8ahagi antara kumpulan kawalan dan rawatan.
8
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
BIBLIOGRAFI
Ahmad Khusain Badiozaman, (2002), Permainan Di Da/am Pengajaran dan Pengajaran Matematik. Dalam Koleksi Bahan Inovasi (86-88), Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Am Sukardi (1987), Prinsip-prinsip pembe/ajaran. Diakses pad a 15 Oktober 2008 dari http://www.ut.Ac.ld/o 1-supp/Fkip/Pgsm 38031 Bahasa Pustaka.
Bell F.H (1987), Teaching and Learning Mathematic, Iowa: WBC Bersepadu Seko/ah Menengah: Pandangan dan Maklum Balas. Disunting oleh Adnan Kamis. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Brooks, J.G & Brooks, M.G, (1993), In a Search O( Understanding: The Case For Constructivist Classrooms, Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.
Campbell, J. Kyriakides.L, Muijs, 0.,& Robinson, W. (2004), Developing A Differentiated Model, USA: Routledgefalmer.
Dorin, Demmim dan Gabel (1990). Chemistry: The Study of Matter ( 3rd Ed), Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall & Inc.
Dr. Lay Yoon Fah & Dr. Khoo Chwee Hoon (2009), Pengenalan Kepada Analisis Data Komputer Dengan SPSS 16.0 (or Windows, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Dr. Lay Yoon Fah & Dr. Khoo Chwee Hoon (2008), Pengena/an Kepada Analisis Statistik Da/am Penyelidikan Sains Sosia/ (Siri 1), Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Dr. Lay Yoon Fah & Dr. Khoo Chwee Hoon (2008), Pengenalan Kepada Analisis Statistik Dalam Penyelidikan Sains Sosial (Siri 2), Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Dr. Lay Yoon Fah & Dr. Khoo Chwee Hoon (2010), Pengenalan Kepada Ana/isis Statistik Dalam Penyelidikan Sains Sosial (Siri 3), Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Dr. Lay Yoon Fah & Dr. Khoo Chwee Hoon (2011), Pengenalan Kepada Pendekatan Kuantitatif Da/am Penye/idikan Pendidikan, Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Encylopedia Attic/e MathematicS (2001), diakses pada 10 Oktober 2008 dan http://encarta .msn.com/artcenter-0.5.12/mathematic.htm
Greef/er, M. (1992). Designing & Evaluating Games and Simulations. London: Kogan Page Limited.
Haney. John. B. & Ullmer, Eldan. J. (1980), Educational Communication and Teaching: An Introduction ( 3rt! Ed). Iowa: WM. C. Brown Company Publishers.
87
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Herrington & Nakhleh (2003), Laboratory Instruction? Teaching Assistant and Student Perspectives, Journal of Chemical Education, 80(10): 1211-1236.
Hj Badrul Hisham Bin Hj Alang Osman, (1999), Persediaan Guru Da/am P&P Matematik Berbantukan Komputer, http://motivasiutusan.4mg.comlkerja1.html
Kandek, L & Khan, L.H, (2001), Using Games In Mathematics Classroom. 12 Oktober 2008, htto:llmath.arizona.edu/-bridge/papers/game.html
Kartini Bt Baharun, (2002), Seko/ah Bestari: Pedagogi Abad Ke-21 dan profesionalisme Guru. Jumal Pendidikan.
Khadijah Noordin (2001), Pendekatan Rekreasi Da/am Pengajaran dan Pembelajaran
Matematik Me/alui "Math Shape- Mencabar Minda dan Menduga Aka/,
Konvokesyen Pusat Sumber Sekolah Wilayah Persekutuan, Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.
Khalid Johari. 2003. Penyelidikan Dalam Pendidikan: Kosnep & Prosedur. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Mohd Hamidee B. Mohd Said, (2005), Meningkatkan Kemahiran Tambah Dalam Tajuk Pecahan Da/am Bentuk Menampa/ Pecahan Mengikut Wama. Jumal Kajian Tindakan Guru, Perlis: Maktab Perguruan Perlis.
Mohd. Majid Konting, (2004), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Mok Soon Sang, (2002), Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan (Sem 3), Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Nai'mah Yusoff, (2000), Main Sambil Belajar: Konsep dan Periaksanaan. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Ng Seng Han, (2001), 'Let's Get Started'. Konvokesyen Guru-Guru Sains dan Matematik, Kuching: Jabatan Pelajaran Sarawak.
Oon Boey Lay, (1999), Be/ajar Matematik Seronok, Jumal Penyelidikan Maktab Perguruan Teknik, 2, 20-24.
Pulos S. & Sneider.c, (1994), Designing & Evaluating Effective Games for Teaching Science and Mathematics. An IIlustrastion For Coordinate Geometry Focus An Learning Problems /n Mathematics, 16(3),23-42.
Randell, J. Morris, B. Wetzel, C. & Whitehill, B, 1992. The Effective Mess Of Games For Educational Purposes. A review Of Recent Research,23 (3),261-276.
Rizal Bin Jusoh, (2005), Meningkatkan Kemahiran Mendarab Smr 9 Melatui Teknik Bermain Sambil Be/ajar. Jumal Kajian Tindakan Guru, Perlis: Maktab Perguruan Perlis.
Shahabuddin Hashim, Mahan; Razali & Ramlah Jantan. 2003. Psik%gi Pendidikan. Pahang: PTS Publication.
88
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Sukri Berani & VICtor Jibson, (2007), Penggunaan Kaedah Bahan Maujud & Kaedah Biasa ( Conventional) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menambah Pelajar-Pelajar Tahap 1. Jurnallnstitut Perguruan Rajang (IPERA) 18, 1-13.
Yaakub lsa (1996), Almanak Pendidikan, Kuala Lumpur; Berita Publishing Sdn.Bhd.
laini Mahmood, Sharon Niza Shaari, Rozana Dagang, Junita Baharom & Latipah Harun, (2002),Mastermind Da/am Ko/eksi Bahan Inovasi (98-102), Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
89
UMS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH