Transcript
Page 1: KAUNSELING D’PUNCAK - ucs.uitm.edu.my · yang menyatakan Kaunseling hanya untuk pelajar-pelajar yang bermasalah sahaja, perlu diperbetulkan kerana Unit ini turut menyediakan beberapa

Jom Jumpa Kaunselor Sebagai Unit yang berfungsi dalam mem-berikan perkhidmatan kepada pelajar, promosi meluas perlu dibuat agar perkhidmatan yang sedia ada di-manfaatkan oleh semua pelajar. Tanggapan sesetengah pelajar yang menyatakan Kaunseling hanya untuk pelajar-pelajar yang bermasalah sahaja, perlu diperbetulkan kerana Unit ini turut menyediakan beberapa imformasi dan bimbingan untuk pen-ingkatan kerjaya.

Justeru itu, dalam usaha memperkenalkan Unit Kerjaya & Kaun-seling kepada pelajar, satu program yang dikenali sebagai JOM JUMPA KAUNSELOR ataupun Counseling Outreach telah diada-kan. Setiap aktiviti yang dikendalikan mempunyai imput terutama sekali dalam mengenalpasti potensi diri. Di samping itu, aktiviti ini juga dapat memberi pencerahan kepada peserta berkaitan perkhidmatan dan fungsi Unit.

Sambutan amat menggalakkan terutama daripada kalangan pelajar-pelajar Asasi. Lokasi yang strategik turut mempengaruhi

kehadiran para peserta.

Keluaran 1: Ogos 2014

KAUNSELING D’PUNCAK

Tarikh : 13 Ogos 2014

Tempat : Plaza Satelit B

Bilangan: 250 orang

HUBUNGI KAMI:

UNIT KERJAYA & KAUNSELING Bahagian Hal Ehwal Pelajar

UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana

03-32584084/4094/79622326

Sudut illusi bagi merangsang minda pengunjung

Ujian inventori oleh peserta

Alat permainan Psikologi turut disediakan

Penerangan aktiviti kepada pengunjung oleh Kaunselor

Top Related