Download - Kata Pemeri

Transcript

Kata pemeri

Kata pemeri

Kesilapan PenggunaanadalahdanialahKata pemeriialahdanadalahmerupakan kata tugas yang tergolong sebagai kata prafrasa. Kata pemeriialahdigunakan untuk menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalahmenunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh-contoh :

1) Kesilapan penggunaan kataadalahdi tempatialahAnakadalahanugerah Allah. (Salah)Anakialahanugerah Allah. (Betul)

Pak Matadalahorang yang pertama menerpka kawasan itu. (Salah)Pak Matialahorang yang pertama meneroka kawasan itu. (Betul)

Matlamat AMANadalahpembinaan masyarakat sejahtera. (Salah)Matlamat AMAN ialah pembinaan masyarakat sejahtera. (Betul

2) Kesilapan penggunaan kataialahdi tempatadalahMajalah iniialahuntuk kaum wanita sahaja. (Salah)Majalah iniadalahuntuk kaum wanita sahaja. (Betul)

Persembahan ituialahbaik. (Salah)Persembahan ituadalahbaik. (Betul)

3) Kesilapan penggunaan kataadalahdi hadapan kata kerja.Matlamat utama syarikat iniadalahmembantu para golongan muda. (Salah )Usaha yang dijalankanadalahmenerbitkan risalah. (Salah )

Matlamat utama syarikat iniadalahuntuk membantu para golongan muda. (Betul)Usaha yang dijalankanadalahdengan menerbitkan risalah. (Betul)

4) Kesilapan penggunaan kataadalahpada awal ayat.Adalahdengan ini diisytiharkan bahawa... (Salah )Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul )

Adalahdimaklumkan bahawa... (Salah )Dengan ini dimaklumkan bahawa... (Betul)

5) Kesilapan penggunaan kataadalahdan kata kerjaKeputusan ini diambiladalahberdasarkan... (Salah)Keputusan ini diambil berdasarkan... (Betul)

Para pelajaradalahdipelawa memohon... (Salah)Para pelajar dipelawa memohon... (Betul)


Top Related