1
KANDUNGAN
PENGENALAN ...................................................................................................................................... 2
OBJEKTIF .............................................................................................................................................. 2
1. TAHAP PENSIJILAN ........................................................................................................................ 2
1.1 BIM Coordinator Arkitek .............................................................................................................. 3
1.2 BIM Coordinator Struktur ............................................................................................................. 3
1.3 BIM Coordinator Mekanikal ......................................................................................................... 3
1.4 BIM Coordinator Elektrik ............................................................................................................. 3
1.5 BIM Coordinator Sivil ................................................................................................................... 3
2. KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN & PENGALAMAN .......................................................... 3
2.1 BIM Coordinator ........................................................................................................................... 3
2.1.1 Pensijilan Tahap 1 - Basic ...................................................................................................... 3
2.1.2 Pensijilan Tahap 2 – Intermediate .......................................................................................... 4
2.1.3 Pensijilan Tahap 3 – Competent ............................................................................................. 4
3. SYARAT PERMOHONAN PENSIJILAN BIM ................................................................................ 4
3.1 BIM Coordinator ........................................................................................................................... 4
3.1.1 Pensijilan Tahap 1 - Basic ...................................................................................................... 4
3.1.2 Pensijilan Tahap 2 – Intermediate .......................................................................................... 4
3.1.3 Pensijilan Tahap 3 – Competent ............................................................................................. 5
4. CARA MEMOHON KURSUS DAN UJIAN APLIKASI PERISIAN ............................................... 5
4.1 Kursus E-Pembelajaran Pengenalan BIM ..................................................................................... 5
4.2 Kursus BIM Pelan Operasi Latihan (POL) CREaTE .................................................................... 5
4.3 Ujian Aplikasi Perisian BIM ......................................................................................................... 5
5. PENILAIAN ........................................................................................................................................ 5
5.1 Kaedah Penilaian ........................................................................................................................... 6
5.1.1 Pensijilan Tahap 1 - Basic ...................................................................................................... 6
5.1.2 Pensijilan Tahap 2 – Intermediate .......................................................................................... 6
5.1.3 Pensijilan Tahap 3 – Competent ............................................................................................. 6
LAMPIRAN A ....................................................................................................................................... 7
LAMPIRAN B ....................................................................................................................................... 8
LAMPIRAN C ....................................................................................................................................... 1
LAMPIRAN D ....................................................................................................................................... 3
LAMPIRAN E ....................................................................................................................................... 1
2
PENGENALAN
Program Pensijilan BIM Coordinator ini merupakan satu program di mana para pegawai diberi
pentauliahan berdasarkan pengalaman dan kemahiran/kepakaran tertentu dalam bidang
Building Information Modeling (BIM) serta menepati kriteria dan syarat pensijilan. Sejajar
dengan pemilihan Autodesk sebagai platform utama BIM di Jabatan Kerja Raya (JKR),
program pensijilan ini akan menggunakan perisian Revit, Civil 3D dan Navisworks sebagai
medium aktiviti pensijilan.
BIM Coordinator yang bertauliah adalah para pegawai yang telah berjaya melalui asas latihan
merangkumi aplikasi penyediaan dan penggunaan model menggunakan perisian Revit, Civil
3D dan Navisworks mengikut Garis Panduan dan Piawaian BIM JKR seterusnya menjadikan
mereka berpengetahuan, berkemahiran dan berkualiti. Para pegawai yang menerima
pentauliahan ini adalah BIM Coordinator yang telah mendapat kemahiran/kepakaran khusus
dalam bidang BIM di JKR. Pencapaian ini membolehkan para pegawai memainkan peranan
yang lebih profesional dan optimum demi membantu mencapai matlamat organisasi. Program
ini dilihat dapat menjadikan organisasi ini sebagai peneraju dan pusat rujukan BIM di peringkat
kebangsaan.
OBJEKTIF
a) Meningkatkan kompetensi BIM Coordinator
b) Memastikan setiap BIM Coordinator mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan
c) Mengiktiraf pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam bidang BIM yang diperolehi
melalui pengalaman di peringkat jabatan
d) Melahirkan pakar dalam bidang BIM secara berperingkat dan sistematik yang
berkompetensi melaksanakan perkara-perkara berikut :
- Menyemak kualiti dan integriti model mengikut keperluan Garis Panduan dan Piawaian
JKR yang ditetapkan
- Menyelaras dan memantau proses penyediaan dan penggunaan model BIM
- Mengenalpasti isu dan menyelesaikan masalah berkaitan proses koordinasi model BIM
- Memberi idea dan pandangan mengenai isu model BIM yang berkaitan di antara
pelbagai disiplin
- Berkebolehan menjalankan tugas tanpa pengawasan
1. TAHAP PENSIJILAN
Selaras dengan MODEL COMPETENCY & DICTIONARY JKR 29300-0006-11, program
pensijilan ini terbahagi kepada TIGA (3) tahap pengkelasan. Tahap pengkelasan adalah terdiri
daripada Tahap 1-Basic, Tahap 2-Intermediate dan Tahap 3-Competent. Pensijilan Tahap 3
secara tidak langsung mentauliahkan seseorang BIM Coordinator itu sebagai pakar (Subject
Matter Expert) dalam proses penyelarasan model BIM. Pensijilan akan diberikan mengikut
tahap pengkelasan tertentu seperti berikut :
3
1.1 BIM Coordinator Arkitek
i) Sijil Architecture BIM Coordinator Competency Level 1 – ABCCL1
ii) Sijil Architecture BIM Coordinator Competency Level 2 – ABCCL2
iii) Sijil Architecture BIM Coordinator Competency Level 3 – ABCCL3
1.2 BIM Coordinator Struktur
i) Sijil Structure BIM Coordinator Competency Level 1 – SBCCL1
ii) Sijil Structure BIM Coordinator Competency Level 2 – SBCCL2
iii) Sijil Structure BIM Coordinator Competency Level 3 – SBCCL3
1.3 BIM Coordinator Mekanikal
i) Sijil Mechanical BIM Coordinator Competency Level 1 – MBCCL1
ii) Sijil Mechanical BIM Coordinator Competency Level 2 – MBCCL2
iii) Sijil Mechanical BIM Coordinator Competency Level 3 – MBCCL3
1.4 BIM Coordinator Elektrik
i) Sijil Electrical BIM Coordinator Competency Level 1 – EBCCL1
ii) Sijil Electrical BIM Coordinator Competency Level 2 – EBCCL2
iii) Sijil Electrical BIM Coordinator Competency Level 3 – EBCCL3
1.5 BIM Coordinator Sivil
i) Sijil Civil BIM Coordinator Competency Level 1 – CBCCL1
ii) Sijil Civil BIM Coordinator Competency Level 2 – CBCCL2
iii) Sijil Civil BIM Coordinator Competency Level 3 – CBCCL3
2. KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN & PENGALAMAN
Secara amnya, calon hendaklah memahami :
a) Prinsip asas, definisi dan takrifan BIM
b) Kegunaan BIM (BIM Uses)
c) Proses kerja BIM yang berkaitan
d) Kebolehan, fungsi dan kemampuan perisian BIM yang berkaitan
e) Jenis fail perisian BIM yang berkaitan
Skop pengetahuan yang diukur bagi setiap tahap pensiijlan mengikut kategori disiplin dan
perisian yang berkaitan adalah seperti di bawah :
2.1 BIM Coordinator
2.1.1 Pensijilan Tahap 1 - Basic
Calon mempunyai kefahaman dan pengetahuan asas penggunaan perisian seperti berikut:
a) Ciri-ciri perisian dan format fail
b) Penetapan asas bagi pembangunan model
c) Kaedah pembangunan dan penggunaan model
d) Navigasi model dengan menggunakan pelbagai perisian Navisworks
e) Kaedah penyediaan dokumentasi model dan lukisan
4
2.1.2 Pensijilan Tahap 2 – Intermediate
Calon telah LULUS Pensijilan Tahap 1 dan berkemampuan melaksanakan penyelarasan model
mengikut disiplin masing-masing berpandukan dokumen rujukan BIM JKR. Calon juga perlu
mempunyai kefahaman dan pengetahuan seperti berikut :
a) Memahami isi kandungan BIM Project Execution Plan
b) Mempunyai kefahaman terhadap aplikasi perisian
c) Memahami proses kerja BIM di peringkat disiplin masing-masing
d) Menetapkan pembahagian/pecahan struktur dan informasi model disiplin masing-
masing
e) Menetapkan konvensyen penamaan fail komponen dan model
f) Menyesuaikan penggunaan templat perisian mengikut keperluan projek
g) Memahami konsep worksharing di dalam perisian
h) Semakan kualiti model dan komponen
i) Semakan integriti informasi model dan komponen
j) Memahami proses koordinasi model
2.1.3 Pensijilan Tahap 3 – Competent
Calon telah LULUS Pensijilan Tahap 2 dan menguasai proses kolaborasi BIM dalam sesebuah
projek berpandukan dokumen rujukan BIM JKR. Calon juga berkemahiran mengaplikasi
perkara berikut :
a) Proses kerja BIM dalam sesebuah projek meliputi semua disiplin
b) Proses pengurusan informasi model
c) Proses pengurusan perkongsian, penyimpanan dan pemindahan model
d) Proses koordinasi model di antara setiap disiplin
e) Platform perkongsian model
f) Proses pengurusan dokumentasi
3. SYARAT PERMOHONAN PENSIJILAN BIM
Calon yang berminat boleh memohon mana-mana tahap pensijilan yang telah dinyatakan di atas
dengan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
3.1 BIM Coordinator
3.1.1 Pensijilan Tahap 1 - Basic
Calon terdiri daripada pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama DUA (2)
tahun di JKR serta memenuhi kriteria-kriteria berikut:
a) Minimum Pegawai Gred JA29 ke atas
b) Telah mengikuti kursus E-Pembelajaran Pengenalan BIM
c) Telah menghadiri kursus yang ditetapkan (Rujuk LAMPIRAN B)
d) Telah lulus ujian aplikasi perisian Tahap 1
3.1.2 Pensijilan Tahap 2 – Intermediate
Calon terdiri daripada pegawai yang telah LULUS Pensijilan Tahap 1 dan telah berkhidmat
sekurang-kurangnya selama LIMA (5) tahun di JKR serta memenuhi kriteria-kriteria berikut:
a) Minimum Pegawai Gred J44 ke atas
b) Telah menghadiri kursus yang ditetapkan (Rujuk LAMPIRAN B)
c) Telah lulus ujian aplikasi perisian Tahap 2
5
d) Mempunyai pengalaman dalam proses penyelarasan model
e) Mempunyai asas pengetahuan konsep analisis dan rekabentuk serta aplikasi perisian
rekabentuk (Jika berkaitan)
3.1.3 Pensijilan Tahap 3 – Competent
Calon terdiri daripada pegawai yang telah LULUS Pensijilan Tahap 2 dan telah berkhidmat
sekurang-kurangnya selama TUJUH (7) tahun di JKR serta memenuhi kriteria berikut:
a) Minimum Pegawai Gred J48 ke atas
b) Telah menghadiri kursus yang ditetapkan (Rujuk LAMPIRAN B)
c) Telah lulus ujian aplikasi perisian Tahap 3
d) Mempunyai pengalaman dalam mengendalikan proses penyelarasan model sekurang-
kurangnya dalam SATU (1) projek
e) Mempunyai pengalaman menyemak kualiti dan integriti sekurang-kurangnya SATU (1)
model
f) Terlibat dalam sekurang-kurangnya SATU (1) Bengkel Penyediaan Pelan Pelaksanaan
Projek BIM dalam mana-mana projek
4. CARA MEMOHON KURSUS DAN UJIAN APLIKASI PERISIAN
4.1 Kursus E-Pembelajaran Pengenalan BIM
Calon perlu memohon kursus ini melalui laman web E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
4.2 Kursus BIM Pelan Operasi Latihan (POL) CREaTE
Calon perlu memohon kursus ini melalui laman web Sistem Latihan JKR atau dicalonkan oleh
cawangan masing-masing.
4.3 Ujian Aplikasi Perisian BIM
Sesi ujian ini akan diumumkan melaui Laman Web Rasmi JKR atau emel rasmi kepada calon
melalui wakil Jawatankuasa BIM Cawangan masing-masing.
Calon yang telah memiliki sijil Autodesk Certified Professional dan/atau Program Pensijilan
BIM CIDB akan diberi pertimbangan sewajarnya bagi memperolehi pensijilan tahap 1 seperti
pengecualian menduduki ujian aplikasi perisian BIM.
5. PENILAIAN
Sesi ini akan diumumkan melaui Laman Web Rasmi JKR atau surat/emel rasmi kepada calon
melalui Ketua Jabatan. Sebarang pertanyaan dan borang permohonan yang telah lengkap diisi
hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Program Pensijilan BIM beralamat seperti berikut :
Urusetia Program Pensijilan JKR Malaysia
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR CREaTE,
Jalan Kemus, Simpang Ampat,
78000 Alor Gajah, Melaka
No Tel: 05-5512298/2433/2282
Emel: [email protected]
6
Penilaian akan dijalankan terhadap aktiviti yang telah ditetapkan mengikut tahap pengkelasan
seperti berikut:
5.1 Kaedah Penilaian
5.1.1 Pensijilan Tahap 1 - Basic
Tiada sesi penilaian
5.1.2 Pensijilan Tahap 2 – Intermediate
Penilaian model yang telah dikoordinasi mengikut disiplin
a) Semakan kualiti dan integriti model
b) Demonstrasi penyediaan dan penggunaan model
5.1.3 Pensijilan Tahap 3 – Competent
Penilaian model yang telah dikoordinasi dalam sesebuah projek
a) Semakan kualiti dan integriti model
b) Demonstrasi penyediaan dan penggunaan model
c) Laporan Penyelarasan Model
8
LAMPIRAN B
Bil Senarai Kursus BIM Pelan Operasi Latihan CREaTE Tempoh
(Hari)
Tahap
1 2 3
1. Autodesk Navisworks Manage – Fundamental 3 ̸ ̸ ̸
2. BIM Model Management – Building 2 / ̸ ̸
3. BIM Model Management – Site 2 / ̸ ̸
4. Autodesk Navisworks Manage – Design Coordination 3 - ̸ ̸
5. BIM Design Management 3 - - ̸
*Senarai Kursus di atas adalah tertakluk kepada pindaan
LAMPIRAN C
BORANG PERMOHONAN
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
BORANG PERMOHONAN
PROGRAM PENSIJILAN BIM JKR
BIM COORDINATOR (A) MAKLUMAT PERIBADI & PERKHIDMATAN
1. NAMA :
2. NO. K.P :
3. CAWANGAN/JKR NEGERI /DAERAH : 4. NO. TEL PEJABAT & TEL. BIMBIT : 5. FAKSIMILI : 6. E-MEL : 7. NAMA JAWATAN & GRED : 8. KELAYAKAN AKADEMIK : 9. KELAYAKAN PROFESIONAL : 10. TARIKH LANTIKAN PERTAMA : 11. TEMPOH PERKHIDMATAN DI JKR
(Sehingga tarikh memohon)
:
(B) KATEGORI PENSIJILAN DIMOHON
Tandakan [/] tahap pensijilan yang ingin dimohon dalam petak yang disediakan.
BIM COORDINATOR:
ARKITEK SIVIL STRUKTUR MEKANIKAL ELEKTRIK
TAHAP:
TAHAP 1 TAHAP 2 TAHAP 3
SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA KENYATAAN YANG DIBERIKAN ADALAH
BENAR DAN SAYA TELAH MENEPATI SEMUA SYARAT KELAYAKAN YANG
DITETAPKAN BAGI PENSIJILAN YANG DIMOHON.
TARIKH
TANDATANGAN
PEMOHON
(C) ULASAN KETUA JABATAN
1. SAYA MENYOKONG / TIDAK MENYOKONG PERMOHONAN PEGAWAI INI.
2. PEGAWAI INI LAYAK / TIDAK LAYAK UNTUK PERTIMBANGAN PERMOHONAN
PENSIJILAN DI ATAS.
TARIKH
TANDATANGAN KETUA
JABATAN & COP RASMI
JABATAN
(D) PENGALAMAN KERJA (Dari mula bertugas hingga kini)
*Untuk Tahap 2 dan 3 sahaja
TAHUN
BERKHIDMAT
TEMPAT
BERTUGAS PERANAN & TANGGUNGJAWAB
LAMPIRAN D
FORMAT LAPORAN KOORDINASI MODEL (TAHAP 2 DAN 3 SAHAJA)
MAKLUMAT PROJEK
1. Nama Projek
(Sila isi nama projek mengikut SKALA)
2. Kos Projek
(Sila isi kos projek mengikut SKALA)
3. Pelanggan
(Sila isi nama pelanggan projek tersebut)
4. Carta Organisasi Pasukan Rekabentuk
(Sila sediakan Carta Organisasi Pasukan Rekabentuk. Jadikan sebagai lampiran
sekiranya ruang yang disediakan kecil)
5. Skop Penyelarasan Model
(Sila senaraikan model BIM yang terdapat di dalam projek ini)
MAKLUMAT MODEL
1. Nama Fail Model
(Isi nama fail model mengikut konvensyen penamaan)
2. Pecahan Struktur Model
(Isi jadual di bawah kaedah struktur model tersebut. Jadual boleh diubahsuai mengikut
kesesuaian pemohon)
Nama
Bangunan/Skop
Kerja
Struktur Model
Keseluruhan Zon Sistem Aras
Makmal (Contoh) √
Retikulasi Air Luaran
(Contoh) √
3. Lokasi Penyimpanan Fail
(Nyatakan lokasi penyimpanan fail model)
4. Senarai Laporan
SAYA MENGESAHKAN BAHAWA LAPORAN YANG DISEDIAKAN ADALAH BENAR DAN
MODEL YANG DIKEMUKAKAN TELAH DISEDIAKAN OLEH SAYA SENDIRI.
TARIKH
TANDATANGAN
PEMOHON
LAMPIRAN E
SENARAI SEMAK
Tandakan [/] tahap pensijilan yang ingin dimohon dalam petak yang disediakan.
BIM COORDINATOR TAHAP 1
1. Borang Permohonan (Lampiran C)
2. Salinan sijil kehadiran kursus E-Pembelajaran - Pengenalan BIM EPSA (softcopy)
3. Salinan sijil kehadiran kursus BIM POL CREaTE (softcopy)
BIM COORDINATOR TAHAP 2
1. Borang Permohonan (Lampiran C)
2. Salinan sijil kehadiran kursus E-Pembelajaran - Pengenalan BIM EPSA (softcopy)
3. Salinan sijil kehadiran kursus BIM POL CREaTE (softcopy)
4. Fail model BIM dalam format *.rvt/dwg bagi perisian Revit/Civil 3D
5. Fail model BIM dalam format *.nwd bagi perisian Navisworks
BIM COORDINATOR TAHAP 3
1. Borang Permohonan (Lampiran C)
2. Salinan sijil kehadiran kursus E-Pembelajaran - Pengenalan BIM EPSA (softcopy)
3. Salinan sijil kehadiran kursus BIM POL CREaTE (softcopy)
4. Fail model BIM dalam format *.rvt/dwg bagi perisian Revit/Civil 3D
5. Fail model BIM dalam format *.nwd bagi perisian Navisworks
6. Laporan Penyelarasan Model