Download - Kalkulator dan Komputer.pptx
Apa itu Kalkulator Satu alat elektronik yang menggunakan teknologi
moden untuk mendapatkan jawapan yang pantas dan tepat kepada empat operasi asas matematik dan juga operasi untuk pelbagai fungsi trigonometri, logaritma dan statistik.
Kalkulator pertama dicipta oleh Colmur, seorang Perancis pada tahun 1820.
Pada tahun 1875, Boldwin, seorang Amerika telah mencipta kalkulator yang digunakan untuk menyelesaikan masalah menggunakan empat operasi asas matematik.
Berikutan itu, kalkulator telah diubahsuai kepada yang lebih canggih dan berteknologi tinggi dari semasa ke semasa
Kalkulator Kalkulator asas digunakan sebagai bahan bantu
belajar (BBB) di sekolah rendah Kalkulator saintifik dan kalkulator grafik digunakan
di sekolah menengah Kalkulator asas merupakan BBB yang dapat
menarik dan memotivasikan murid sekolah rendah.
Kalkulator hanya memerlukan beberapa kemahiran asas untuk menggunakannya.
Kemahiran penggunaan kalkulator menjadi semakin penting dan semakin ditekankan apabila pelajar naik ke peringkat persekolahan yang lebih tinggi.
Hal ini kerana, kalkulator dapat menghasilkan output yang maksimum dengan input yang minimum
Ciri-ciri Kalkulator Asas
1. Butang Fungsi Asas- kalkulator mempunyai enam butang
asas:
+ - ×
÷ % √
2. Butang Bersaiz Besar- untuk mengelakkan kesilapan ketika menekannya
3. Susunatur Butang Kalkulator- disusun dalam satu aturan tertentu dan mempunyai saiz yang sama
4. Paparan cecair Kristal- terdiri daripada nombor yang berwarna hitam dengan latarbelakang lutsinar kelabu- paparan seperti ini menjimatkan kuasa
5. Auto off- kebanyakan kalkulator mempunyai ciri
ini.- kalkulator akan dipadamkan secara automatik sekiranya tidak digunakan antara 5 – 10 minit.
Kelebihan Penggunaan Kalkulator• Meningkatkan minat murid terhadap
Matematik• Meningkatkan pencapaian murid• Menunjukkan kesan positif terhadap
kemahiran mengira• Membantu murid memahami konsep
nombor dan operasi pengiraan• Membantu murid untuk mendapatkan
jawapan dengan pantas• Membantu murid dalam proses pengiraan
yang panjang
Kemajuan teknologi membawa kepada kehidupan yang lebih mudah, senang dan produktif
Pendidik menitikberatkan penggunaan komputer daripada kalkulator sedangkan ia sepatutnya seiring dengan kurikulum pendidikan
Penilaian dalam pencapaian matematik harus berubah
Kesesuaian penggunaan kalkulator
Memenuhi keperluan perkembangan dan perubahan matematik
Menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi
Perkembangan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah
Keperluan perubahan dalam pendidikan matematik
Ibu bapa bimbang kanak-kanak akan malas berfikir
Murid-murid akan leka dan tidak bersungguh-sungguh dalam mengikuti isi pelajaran matematik
Murid-murid akan kurang faham penggunaan algoritma dan konsep asas nombor
Kemahiran mengira akan terbantut
CABARAN PENGGUNAAN KALKULATOR DALAM MATEMATIK
Aktiviti 1
Aktiviti ini sesuai untuk murid tahun 1 yang baru mula mengenal nombor 11 hingga 20.
Guru menyebut 15 (lima belas)Murid-murid menekan butang 1 dan 5 atau 5 dan 1 (ditentukan oleh mereka sendiri). Guru semak : sama ada murid menekan butang yang betul, iaitu 15 atau yang salah iaitu 51 dan lain-lain. Ulang pada digit yang lain.
Minta murid-murid meneroka menambah dan menolak pasangan nombor yang menghasilkan jawapan 10.
AKTIVITI MENGGUNAKAN KALKULATOR – SISTEM NOMBOR
Aktiviti 2 Aktiviti ini sesuai untuk murid-murid tahun 3
hingga 6 iaitu nilai digit. Kanak-kanak diminta menekan butang 8491. Kemudian, guru memberi arahan untuk mengosongkan mana-mana nilai. Contohnya,
1. Kosongkan nilai ratus. Maka, kanak-kanak akan mengosongkan nilai
ratus (menolak 400) menjadi 8091.2. Kosongkan nilai terkecil. Maka, kanak-kanak akan menolak 1 menjadi
8490.
Aktiviti 3 Aktiviti sesuai untuk melihat gandaan
nombor.Pilih nombor bulat yang kurang daripada 10. Contonya 5. Tekan +.Sekarang tekan = = sebanyak 5 kali dan catat nombornya (5, 10, 15, 20, 25). Bandingkan nombor anda. Apakah pemerhatian anda? Cuba dengan 2 nombor yang berlainan.
Aktiviti 4 : Guru menulis ayat matematik berikut di papan tulis. 27 o 5 o 63 = 198 · Anda perlu meletakkan simbol +, -, x atau ÷ di dalam o? · Mari cuba letak tanda +, 27 + 5 + 63
= menggunakan kalkulator. Ini memberikan 95. · Kemudian cuba 27 x 5 + 63 = pada kalkulator. · Adakah anda berfikir yang betul? Cuba pada kalkulator. · Sekarang cuba ini bersama-sama dengan kawan
anda dan gunakan kalkulator menyemak siapa yang betul.
24 o 16 o 7 = 3897 13 o 25o 23 = 7475 56 o 64 o 75 = 195 23 o 8 o 18 = 202 12 o 20 o 10 = 2400 45 o 30 o 17 = 58
Pengertian Komputer
Komputer adalah sebuah mesin elektronik untuk menerima data (INPUT).
Ia menyimpan data ini serta melaksanakan sebarang arahan mengenai data ini.
Akhirnya, ia mengeluarkan keputusan (OUTPUT).
Komputer yang pertama dicipta pada masa perang dunia kedua.
Sejak dari itu komputer telah mengalami banyak perubahan.
Ia telah menjadi lebih murah, lebih kecil tetapi lebih berkuasa dari komputer terdahulu.
Secara prinsip, komputer hanyalah merupakan sebuah alat yang biasa digunakan untuk membantu manusia dalam menyelesaikan pekerjaannya.
Sebagai pakar rujuk Sebagai pembimbing atau tutor Sebagai penyimpan rekod akademik Sebagai penyelia dan penyemak peperiksaan
Fungsi komputer dalam pengajaran
Penggunaan Komputer
dalam Pendidikan
Pendidikan Berasaskan Komputer
Pengajaran Berbantukan Komputer
Pengurusan Pengajaran
Berbantukan Komputer
Penilaian Berbantukan Komputer
Penggunaan teknologi terkini dan sistem komputer adalah untuk mencapai hasil pembelajaran melalui aktiviti pengajaran.
Teknologi terkini juga boleh digunakan dalam pengurusan pendidikan dan teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kemahiran ICT dianggap sama pentingnya dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira dan kanak-kanak yang tidak menguasainya akan ketinggalan.
(a) Pendidikan Berasaskan Komputer
Komputer juga boleh membantu guru mengajar sesuatu topik matematik.
Pelajar belajar dengan merujuk kepada modul. Komputer menjadi media pengantara guru dan pengajar.
Kebanyakan modul adalah dalam bentuk pakej pembelajaran formal, latihan murid, bahan pembelajaran individu, penyelesaian masalah serta pemainan berasaskan komputer.
(b) Pengajaran Berbantukan Komputer
Sebilangan besar guru di sekolah kini menggunakan teknologi dan komputer untuk mengumpul data dan seterusnya membuat analisis untuk menilai
(a) keberkesanan pengajaran, (b) penggunaan bahan pembelajaran, (c) proses pengajaran dan pembelajaran, dan (d) interaksi pelajar di dalam bilik darjah. Daripada penilaian,guru dan mengubahsuai
dan memperbaiki rancangan pengajaran hariannya untuk pengajaran akan datang.
(c) Pengurusan Pengajaran Berbantukan Komputer
Guru juga boleh menilai kesan hasil pembelajaran dengan menggunakan teknologi dan komputer.
Terdapat dua jenis penilaian seperti ini : (i) Pelajar menjawab soalan yang diutarakan
melalui komputer. (ii) Pelajar menjawab pelbagai bentuk soalan
dalam bank item yang disimpan dalam komputer. Jawapan akan terus disemak melalui komputer dan pelajar akan mengetahui prestasinya serta merta.
(d) Penilaian Berbantukan Komputer
Kelebihan Penggunaan Komputer• Murid boleh belajar secara kendiri• Murid dapat menggunakan perisian untuk
meneroka• Membantu murid untuk mengukuhkan
konsep• Murid dapat menggunakan perisian secara
interaktif• Murid boleh mengakses laman web untuk
mencari maklumat berkaitan Matematik• Murid boleh menggunakan manipulatif
berbentuk virtual.
Kelemahan Penggunaan Kalkulator dan Komputer• Murid tidak dapat mengamalkan pengiraan
mental dan penganggaran• Murid tidak mempunyai kemahiran mengira• Murid tidak memahami algoritma• Murid tidak dapat menguasai fakta asas
Matematik• Murid cenderung untuk melayar laman web
yang tidak berkaitan• Murid leka dengan permainan interaktif
yang tidak sesuai.
Microsoft Excel
Microsoft Excel
Algebra
Equation Grapher
Cabri Goemetri II
Geometer’s Sketchpad
H M K
L ON
= Luas segi tiga LKN
Membina rumus bagi luas segitigaBIDANG: PERIMETER DAN LUAS
HL = 4.55 cm
KO = 4.55 cm
LN = 7.75 cm
LN = 7.75 cm
Luas segi tiga LKN = 17.64 square cm
Luas Segi empat tepat HMNL = 35.27 square cm
(Luas Segi empat tepat HMNL)2 = 17.64 cm2
Rujukan http://www.slideshare.net/chewankharulram
ly/2-operasi-dan-pengiraan http://penaseorangguru.blogspot.com/2012/
06/aktivii-menggunakan-kalkulator-sistem.html