KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR TERHADAP
MATEMATIK DENGAN TAHAP KEMAHIRAN METAKOGNITIF DALAM
MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK
NUR WAHIDA BINTI ZAKARIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MAL CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan
BORANG PENGESAHAN STA
JUDUL: KAJIAN TERHADAP HUBUNGA
PELAJAR TERHADAP MATEMA
KEMAHIRAN METAKOGNITIF
MENYELESAIKAN MASALAH M
SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya NUR WAHIDA BINTI ZAKARIA
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimp Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat s pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan p pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT
(Mengandungi maklumat yang bkepentingan Malaysia seperti yanRAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHorganisasi / badan di mana penye
TIDAK TERHAD Disah
_____________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : PT 548, KG PALOH TENDONG 17030, PASIR MAS KELANTAN. Tarikh : 3 APRIL 2006
_________________
(TANDATA
DR. ZAIDANAM
Tarikh: 3 A
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila laberkuasa/organisasi berkenaan dengan mentesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT at
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazasecara penyelidikan, atau disertasi bagi penpenyelidikan atau Laporan Projek Sarjana M
AYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/06)
TUS TESIS N ANTARA PERSEPSI
TIK DENGAN TAHAP
DALAM
ATEMATIK
an di Perpustakaan Universiti
alinan untuk
ertukaran antara institusi
erdarjah keselamatan atau g termaktub di dalam AKTA
AD yang telah ditentukan oleh lidikan dijalankan
kan oleh
____________________ NGAN PENYELIA)
TUN BINTI TASIR A PENYELIA
PRIL 2006
mpirkan surat daripada pihak yatakan sekali sebab dan tempoh au TERHAD h Doktor Falsafah dan Sarjana gajian secara kerja kursus dan,
uda (PSM)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ………………………….
Nama Penyelia : Dr. Zaidatun Binti Tasir
Tarikh : 3 APRIL 2006
i
KAJIAN TERHADAP HUBUNGAN ANTARA PERSEPSI PELAJAR
TERHADAP MATEMATIK DENGAN TAHAP KEMAHIRAN
METAKOGNITIF DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
MATEMATIK
NUR WAHIDA BINTI ZAKARIA
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .................................................
Nama Penulis : NUR WAHIDA BINTI ZAKARIA
Tarikh : .................................................
iii
DEDIKASI
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani
Buat insan yang disayangi
Papa dan mama
Tuan Haji Zakaria Bin Yusof
Puan Hajjah Nur Hayati binti Jaafar
Terima kasih atas doa dan sokongan.
Sekalung budi atas kesabaran dan pengorbanan dalam mendidik dan membesarkan ku
Adik beradikku
Mohd Zaiham Zakaria, Nur Izzati bt Abdul Rahman, Mohd Zulhilmi bin Zakaria, Mohd
Zulhifzi bin Zakaria dan Nur Fakhira bt Zakaria
Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan
Penyeliaku
Dr. Zaidatun Tasir
Terima kasih atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan
mulia Rasulullah S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Zaidatun Tasir
yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu
dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan sekalung terima kasih juga kepada pelajar tahun
satu Fakulti Pendidikan yang sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama yang baik
dalam menjawab soal selidik ini.
Sekalung terima kasih juga buat yang teristimewa di hati dan sahabat handai
yang banyak membantu dan memberi idea serta membakar semangat untuk terus
berjuang ketika menyiapkan kajian ini terutamanyan saudara Mazli bin Bidu. Akhir
sekali, sekalung penghargaan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung
atau tidak dalam menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Penyelesaian Matematik merupakan bidang kajian Pendidikan Matematik yang
sentiasa mendapat perhatian. Pelbagai faktor cuba dikaji bagi mendapatkan satu hasil
kajian yang membantu pelajar meningkatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah
Matematik. Dalam kajian ini faktor yang dikaji adalah kemahiran metakognitif yang
terdiri daripada kemahiran memantau, kemahiran menilai dan kemahiran
mengawalatur(Jousovec, 1994;Namsoo, 1998;Vos, 2001). Seramai 153 pelajar tahun
satu Fakulti Pendidikan diberikan soal selidik berkaitan persepsi mereka terhadap
Matematik (10 soalan) dan kemahiran metakognitif yang terdiri daripada 24 item
berskala likert-4 mata. Kaedah yang digunakan ialah kuantitatif dan kualitatif. Hasil
daripada kajian mendapati pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap Matematik
(min=3.25) dan tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah
Matematik pula adalah agak tinggi (min= 3.29). Manakala min bagi ketiga-tiga
kemahiran memantau, menilai dan mengawalatur ialah 3.35, 3.30 dan 3.27. Kajian ini
juga bertujuan untuk melihat hubungan antara persepsi pelajar terhadap Matematik
dengan tahap kemahiran metakognitif mereka dalam menyelesaikan masalah Matematik.
Keputusan kajian menunjukkan bahawa wujudnya hubungan yang kuat antara persepsi
pelajar terhadap Matematik dengan tahap kemahiran metakognitif mereka dalam
menyelesaikan masalah Matematik. Nilai pekali korelasi yang diperolehi ialah 0.779
pada α=0.01(p=0.00). Daripada ujian-T(independent sample T-Test) pula menunjukkan
tiada perbezaan yang signifikan tahap kemahiran metakognitif merentas jantina pada α=
0.05 (p= 0.368). Manakala perbezaan kursus yang diikuti didapati tidak mempengaruhi
tahap kemahiran metakognitif seseorang pelajar pada α=0.05 (p=0.233). Analisis data
kualitatif melalui 2 soalan Matematik dilakukan terhadap 20 orang responden bagi
mengenalpasti kemahiran metakognitif yang terlibat dalam menyelesaikan masalah
Matematik. Keputusan kajian ini mendapati kemahiran mengawalatur banyak
ditunjukkan oleh pelajar diikuti kemahiran menilai dan kemahiran memantau.
vi
ABSTRACT
Problem solving in Mathematics has always been one of the research fields that
attract the interest and attention of educational researchers. Several of potential factors
influencing problem solving have been investigated through a number of researchs in
order to increase the ability of the students in solving Mathematical problem. In this
research, metacognition skills which include the monitoring skills, evaluating skills and
regulating skills(Jousovec, 1994;Namsoo, 1998;Vos, 2001) are identified as factors that
can influence the problem solving in Mathematics. There are 153 students from year
one of Educational Faculty were participating this survey research. The methods that
were used in this research are quantitative and qualitative. A set of questionnaire which
consisted of 34 likert-4-point-scale items were given. Finding from this research
showed that students have a positive perception towards Mathematics(mean=3.25) while
students’ metacognition skill level is quiet high (mean=3.29) where mean for that three
metacognitive skills which are monitoring, evaluating and regulating are 3.35, 3.30 and
3.27. The purpose of this research is also to investigate the relationship between
student’s perception towards Mathematics and metacognition skills level in Mathematics
problem solving. The results of this research shows that there is a significant
relationship between perception towards Mathematics and metacognition skill level.
The pearson coefficient is 0.779 at α=0.01 (p=0.00). Further, the result shows there is
no significant difference in metacognition skill level between male and female students
at α=0.5 (p=0.368) and different course does not affect the metacognition skill level in
Mathematics problem solving at α=0.05 (p=0.233). The qualitative analysis of the two
given Mathematic problem shows that students demonstrate more regulating skill
compared to the other two metacognitive skills in solving the problem.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SIMBOL xvi
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Definisi istilah 9
viii
1.7 Skop Kajian 12
1.8 Kepentingan Kajian 13
1.9 Penutup 15
II SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kepentingan Penyelesaian Masalah 16
2.3 Proses Penyelesaian Masalah Matematik 18
2.4 Apa Itu Metakognitif 20
2.4.1 Pemikiran Tentang Pemikiran 21
2.4.2 Metakognitif Merupakan Pengetahuan Dan 24
Pemikiran Tentang Fenomena Pemikiran
2.5 Kemahiran Metakognitif Melibatkan Kemahiran 26
Memantau, Kemahiran Menilai,dan Kemahiran
Mengawalatur
2.6 Kajian Lepas Mengenai Sikap, Minat dan 30
Persepsi Terhadap Matematik dan Prestasi Dalam
Menyelesaikan Masalah Matematik
2.7 Kajian Lepas Tahap Metakognitif Dalam 32
Menyelesaikan Masalah Matematik
2.8 Perbezaan Jantina dalam Penyelesaian Masalah dan 34
Metakognitif
2.9 Kemahiran Metakognitif dalam Pembelajaran 36
2.10 Metakognitif Sebagai Pembelajaran Berdasarkan 38
Pendekatan Konstruktivisme
2.11 Kemahiran Metakognitif dalam Penyelesaian 39
Masalah Matematik
2.12 Penutup 41
ix
III METODOLOGI KAJIAN 43
3.1 Pengenalan 43
3.2 Rekabentuk Kajian 43
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 44
3.4 Instrumen Kajian 46
3.5 Prosedur Kajian 49
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 50
3.7 Kajian Rintis 50
3.8 Analisis Data 51
3.9 Penutup 53
IV ANALISIS DATA 54
4.1 Pengenalan 54
4.2 Analisis Maklumat Diri Responden 55
4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Bangsa 55
4.2.2 Taburan Jantina Responden 56
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 56
yang Diikuti
4.2.4 Gred Matematik Yang Diperolehi 57
Dalam SPM
4.3 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Matematik 57
4.4 Analisis Tahap Kemahiran Metakognitif 59
4.4.1 Analisis Terhadap Kemahiran Memantau 60
4.4.2 Analisis Terhadap Kemahiran Menilai 62
4.4.3 Analisis Terhadap Kemahiran Mengawalatur 63
4.5 Analisis Hubungan Antara Persepsi Terhadap 66
Matematik Dengan Tahap Kemahiran Metakognitif
4.6 Analisis Terhadap Perbezaan Tahap 67
x
Kemahiran Metakognitif Merentas Jantina
4.7 Analisis Terhadap Tahap Kemahiran 68
Metakognitif Pelajar Dari Kursus Berbeza
4.8 Analisis Kualitatif Terhadap 69
Kemahiran Metakognitif
4.9 Penutup 72
V PEBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 73
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan 73
5.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap Matematik 74
5.2.2 Tahap Kemahiran Metakognitif Dalam 76
Menyelesaikan Masalah Matematik
5.2.2.1 Tahap Kemahiran Memantau 76
5.2.2.2 Tahap Kemahiran Menilai 78
5.2.2.3 Tahap Kemahiran Mengawalatur 79
5.2.3 Hubungan Diantara Persepsi Terhadap Matematik 82
Dengan Tahap Kemahiran Metakognitif Pelajar
Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik
5.2.4 Perbezaan Tahap Kemahiran Metakognitif 83
Merentas Jantina
5.2.5 Perbezaan Dalam Kemahiran Metakognitif 83
diantara Pelajar Berlainan Kursus
5.2.6 Kemahiran Metakognitif yang Diaplikasikan 84
dalam Menyelesaikan Masalah Matematik
5.3 Kesimpulan 85
5.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Matematik 85
5.3.2 Tahap Kemahiran Metakognitif 86
5.3.3 Hubungan Antara Persepsi Terhadap 88
xi
Matematik Dengan Tahap Kemahiran Metakognitif
5.3.4 Tahap Kemahiran Metakognitif 88
Merentas Jantina
5.3.5 Tahap Kemahiran Metakognitif Diantara 88
Pelajar daru Kursus Berlainan
5.3.6 Komponen Kemahiran Metakognitif Yang 89
Terlibat Dalam Penyelesaian Masalah Matematik
5.4 Cadangan Kajian 89
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 91
5.6 Penutup 93
RUJUKAN 94
LAMPIRAN 99
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jadual Populasi Dan Sampel Kajian 45
3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 47
3.3 Kemahiran Metakognitif Mengikut Item Dalam 47
Soal Selidik
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 48
3.5 Kaedah Analisis Data Mengikut Pembahagian 52
Persoalan Kajian
3.6 Senarai Kekuatan Korelasi 52
3.7 Kemahiran Metakognitif yang Terlibat dalam 53
Penyelesaian Masalah Matematik
4.1 Analisis Bangsa Responden 55
4.2 Taburan Jantina Responden 56
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 56
4.4 Taburan Gred Matematik Yang Diperolehi Dalam SPM 57
4.5 Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Matematik 58
4.6 Analisis Terhadap Kemahiran Memantau 60
4.7 Analisis Terhadap Kemahiran Menilai 62
4.8 Analisis Terhadap Kemahiran Mengawalatur 64
4.9 Min Keseluruhan bagi Konstruk Kemahiran 65
Metakognitif
4.10 Analisis Terhadap Hubungan Diantara Persepsi Pelajar 67
Terhadap Matematik Dengan Tahap
xiii
Kemahiran Metakognitif
4.11 Perbezaan Tahap Kemahiran Metakognitif 68
Merentas Jantina
4.12 Analisis Tahap Kemahiran Metakognitif Pelajar 69
Dari Kursus Berlainan
4.13 Komponen Kemahiran Metakognitif Dalam 69
Menyelesaikan Masalah Matematik
xiv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Pemikiran Metakognitif Merupakan 25
Pemikiran Aras Tinggi
2.2 Model Pembelajaran Regulasi Kenditi 37
(Zimmerman, 2000)
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
1 Soalan Matematik 99
2 Soal selidik 100
3 Skrip Jawapan 1 107
4 Skrip Jawapan 2 108
5 Skrip Jawapan 3 109
6 Skrip Jawapan 4 110
7 Surat permohonan 111
8 Senarai Bilangan Pelajar 112
9 Kajian Rintis 113
10 Kemahiran-Kemahiran Metakognitif 114
xvi
SENARAI SIMBOL
SPM - Sijil pelajaran Malaysia
NCTM - National Council Of Teacher Of Mathematics
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SPSS - Statistical Package For Social Science
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPG - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Biologi)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan )Pengajian Islam)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
SPK - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Tesl)
SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPP - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPS - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPT - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
SPZ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka
bumi ini mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan
makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia
dikurniakan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara
manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual
knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan
pentaakulan minda (akal). Akal adalah tempat bersemadinya kearifan dan
kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan kurniaan Allah S.W.T. yang sangat
berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia boleh memberi rasional
(rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat memahami (comprehend)
dan sebagainya.
Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’ atau
hati manusia. Hati adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui
ilham, taufiq dan hidayah. Hati mempunyai keupayaan pentaakulan dan daya faham
seperti kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui kebenaran. Pengetahuan
2
yang diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang benar dari yang palsu,
yang betul dari yang salah,.
Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas
sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Nabi;
“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama tujuh puluh
tahun” (Ghazali et al.,2000). Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi
tuntutan dan seharusnya dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak
tanduk yang dilakukan. Namun bagitu, tidak ramai antara kita yang memahami
pengertian serta selok-belok berfikir yang sewajarnya.
Bertolak dari konsep Kemahiran berfikir seperti yang diutarakan oleh
beberapa ahli fikir dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain maka Kemahiran
berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif, ini
dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan
konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan menilai informasi yang
terkumpul atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan,
atau komunikasi – sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan
tindakan (Ghazali et al.,2000). Ini adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr.
Richard Paul, Pengasas dan pengarah kepada ‘The Center for Critical Thinking’, satu
badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis di Amerika
Syarikat. Menurutnya antara elemen-elemen yang penting dalam kemahiran berfikir
antaranya ialah domain kognitif, afektif, metakognitif, dan reflektif (Ghazali et
al.,2000).
Metakognitif merupakan suatu istilah yang telah mula mendapat tempat di
kalangan ahli psikologi pendidikan mutakhir ini. Namun apakah sebenarnya yang
dimaksudkan dengan metakognitif itu? Bermula dengan suatu pemikiran,
metakognitif telah menjadi paradigma dan prinsip yang amat penting dalam teori
pembelajaran kearah mempertingkatkan penguasaan pembelajaran pelajar. Istilah ini
dilahirkan hasil kegagalan teori pemprosesan maklumat untuk menerangkan proses
3
pemikiran yang mengawal penyimpanan dan pencarian maklumat dalam ruang
ingatan jangka panjang dan jangka pendek( Flavell, 1979). Menurutnya lagi Keadaan
ini telah melahirkan suatu konstruk baru di kalangan ahli psikologi kognitif untuk
memperihalkan ‘pemikiran tentang pemikiran’ yang dikenali sebagai metaingatan
(metamemory) atau metakognitif. Bermula dengan sesuatu yang kabur istilah ini
telah berkembang menjadi suatu prinsip dalam teori pembelajaran yang amat
bermakna melalui sumbangan para pengkaji yang mendalami makna sebenar
metakognitif.
Metakognitif dapatlah ditafsirkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan
rapat dengan kesedaran seseorang tentang proses yang dilakukan semasa berfikir
Brown (1980). Menurut beliau, metakognitif adalah merupakan ilmu pengetahuan
atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang membolehkannya, sebagai
pelajar, mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya.
Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah
dipengaruhi oleh umur dan pengalaman seseorang. Seseorang pelajar yang lebih tua
dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan
mengamalkan strategi berfikir berhubung dengan satu-satu masalah lebih baik
daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya.
Beyer (1992) dalam model ‘Functional Thinking’nya menyatakan dengan
lebih jelas bahawa metakognitif’ adalah merangkumi kebolehan seseorang,
merancang (planning), memantau (monitoring), dan menilai (assessing) satu
keputusan atau idea yang hendak diutarakan. Beyer menjelaskan bahawa
Metakognitif terletak diluar kebolehan berfikir (‘cognition’) itu sendiri. Menurutnya;
“Metacognitive operations are applied to the strategies and skills used to
produce meaning rather than directly to data and experience. Metacognition seeks to
control these meaning-making operations – to guide, to correct, to adjust and direct
the selecting, sequencing, and executing of the cognitive operations by which one
seeks to make meaning”.
4
Dengan ini metakognitif dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang
dalam mengaplikasikan strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi
bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikir itu sendiri.
Seseorang yang ingin menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami
proses merancang, memantau dan menilai keputusan yang akan dibuat. Proses
merancang, memantau dan menilai ini tidak ada kaitan lansung dengan keputusan
yang akan dibuat atau diambil dalam penyelesaian masalah tersebut.(Ghazali et
al.,2000).
1.2 Latar belakang masalah
Dalam Pendidikan Matematik, proses penyelesaian masalah masih kurang
didedahkan kepada pelajar di Negara kita (Poon, 2003). Dalam kajiannya mendapati
kebanyakan guru masih masih menggunakan pendekatan tradisional dalam pengajaran
dan pembelajaran Matematik dan hanya mengutamakan penyelesaian masalah rutin,
iaitu hanya melibatkan kemahiran algoritma. Ini telah banyak mengabaikan
perkembangan kognitif terutama pemikiran Matematik.
Di luar negara pula persperktif guru terhadap penyelesaian masalah Matematik
masih kabur. Ia masih perlu digalakkan dan diperkembangkan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kenyataan ini dapat disokong oleh kajian Chapman (1997), Huderson
dan Holton (1997), Lee (2001) dan Foog et al.(2001) yang menyatakan bahawa guru
masih kurang menumpukan perhatian dalam menyelesaikan masalah. Pelajar juga
didapati kurang mampu menyelesaikan masalah Matematik dengan baik, malah mereka
menganggap ianya merupakan sesuatu yang sukar dan mereka tidak berasa yakin untuk
menghadapinya (Heng, 1995; Schurter, 2002).
5
Menurut Abd Rahim bin Abd Rasyid ( 1996 ), punca pelajar lemah Matematik
ialah tidak faham dan tidak dapat menyelesaikan serta mengaplikasikan sesuatu
kemahiran Matematik kerana konsep Matematik adalah bersifat abstrak yang
memerlukan daya taakulan pemikiran asas yang tinggi. Apa yang berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran sekarang adalah pelajar menghafal segala sesuatu yang
disampaikan oleh guru dan kemudiannya meluahkan segala yang telah dihafal itu
apabila disoal. Sikap pembelajaran yang pasif ini menerangkan mengapa sebahagian
besar pelajar-pelajar sekarang menghadapi masalah terhadap mata pelajaran Matematik
terutamanya dalam menyelesaikan masalah Matematik berperkataan.
Laporan Nasional Science Foundation, (1983) pula ialah sebahagian besar
pelajar yang gagal untuk menguasai konsep sesuatu topik Matematik yang disampaikan
oleh guru akan cuba mengatasi kelemahannya dengan menghafal segala formula serta
jalan kerja yang terlibat dalam menyelesaikan masalah. Justeru itu pelajar itu merasakan
Matematik itu membebankan dan sangat rumit untuk mengawalnya.
Metakognitif adalah satu aspek yang penting untuk menentukan kejayaan atau
kegagalan penyelesaian masalah. Akan tetapi terdapat banyak kajian yang menyatakan
pelajar masih kurang didedahkan dan lemah dalam Kemahiran Metakognitif ini. Zan
(2000) Desoete et al,(2001). Menurutnya kelemahan dalam kemahiran metakognitif
akan mempengaruhi pencapaian dalam Matematik terutama dalam penyelesaian masalah
Matematik, walaupun pelajar tersebut mempunyai keupayaan dan potensi dalam bidang
ini.
Kebanyakan daripada kita telah berhadapan dengan pelajar-pelajar yang sentiasa
mengikut perintah atau arahan dan melakukan tugas tanpa mengetahui mengapa mereka
perlu berbuat demikian dan apa yang yang mereka lakukan. Mereka jarang bertanya
tentang pilihan mereka dalam strategi pembelajaran atau menilai samada strategi
pembelajaran yang mereka pilih efektif atau tidak. Pelajar seperti ini didapati tidak
dapat menyelesaikan sesuatu masalah atau menerangkan bagaimana mereka
memperolehi sesuatu jawapan kepada sesuatu permasalahan (Sternberg and Wagner,
6
1982). Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pelajar yang
menunjukkan prestasi yang tinggi dalam menyelesaikan tugas yang rumit dan komplek,
bersunguh-sungguh dalam melakukan suatu tugas dan sedar akan kegunaan kemahiran
intelektual adalah pelajar yang mempunyai kebolehan metakognitif. Pelajar yang
berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah didapati bukan kerana kurang kemahiran
kognitif tetapi adalah kerana mereka kurang kemahiran metakognitif (Agnes, 2002).
Pernyataan National Council Teachers of Mathematics (NCTM)
(1989,1991,2000) sangat menekankan konsep penyelesaian masalah dalam Kurikulum
Matematk. Untuk mengikut perkembangan ini, matlamat pendidikan Matematik di
Malaysia mulai menuju kearah ini (PPK, 2001). Maka perlulah kita meninjau mengapa
penyelesaian masalah sangat dipentingkan dan apakah peranan Metakognitif dalam
penyelesaian masalah ini dan apakah masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar
semasa mengaplikasikan kemahiran metakognitif dalam proses penyelesaian masalah.
Schoenfeld (1985,1987,1992), Silver (1985), Desoete et al,(2001), Lee(2001)
dan ramai penyelidik lagi telah menjelaskan bahawa metakognitif merupakan satu unsur
penting dalam penyelesaian masalah. Pelajar perlu menilai kemampuan mereka dalam
melaksanakan tugas yang kompleks dan memikirkan cara kerja alternatif atau berkesan.
Daripada hasil kajian penyelidik di atas dapat dirumuskan bahawa jika seseorang
pelajar mahir dalam aspek metakognitif, secara umumnya dia akan dapat menjalankan
beberapa kemahiran metakognitif dalam proses penyelesaian masalah yang diberi iaitu;
i. Mengenalpasti dan menakrifkan masalah.
ii. Mewakilkan masalah dalam perwakilan mental.
iii. Membuat perancangan yang strategik.
iv. Menetapkan matlamat yang jelas.
v. Memilih dan melaksanakan strategi.
vi. Mengawasi proses perlaksanaan
vii. Menggunakan maklum balas
7
viii. Menilai hasil kerja secara sistematik
Dengan adanya langkah-langkah ini, seseorang akan dapat melaksanakan proses
penyelesaian masalah dengan terkawal dan berkesan. Seperti mana yang dinyatakan
oleh Norita (2002) yang telah dibincangan, kejayaan atau kegagalan penyelesaian
masalah pelajar yang bergantung kepada kecerdasan kemahiran metakognitif seseorang
itu. Seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian prestasi pelajar samada dalam
bidang Matematik atau bidang yang lain.
1.3 Pernyataan Masalah
Matematik adalah sesuatu yang abstrak dan bukan konkrit, maka pembentukan
sesuatu konsep Matematik tidak akan berjaya dengan penghafalan. Kebanyakkan
masalah Matematik adalah soalan yang terdiri daripada aras yang tinggi. Oleh itu soalan
ini tidak dapat diselesaikn dengan kaedah penghafalan sahaja, dan memerlukan daya
penaakulan yang tinggi.
Menurut kenyataan Schoenfeld (1987) dimana kelemahan pelajar dalam
penyelesaian masalah adalah disebabkan mereka kurang mahir dalam mengatur strategi.
Ini bukanlah bermakna bahawa pelajar adalah lemah. Schoenfeld (1987) juga mendapati
bahawa pelajar mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah
tetapi gagal menggunakannya dengan betul. Penyelidik menjangkakan ini adalah kerana
aspek metakognitif kurang diberi perhatian di kalangan pelajar.
Silver (1985), Schoenfeld, (1994), Schurter (2002)), berpendapat bahawa
metakognitif adalah merupakan suatu aspek yang penting untuk meningkatkan prestasi,
terutama dalam pencapaian penyelesaian masalah Matematik. Sejak kebelakangan ini
8
aspek Metakognitif telah semakin diberi perhatian dan dapat dikaji oleh penyelidik-
penyelidik tertentu.
Berdasarkan fenomena-fenomena dan dapatan-dapatan tersebut, pengkaji telah
membuat kajian untuk mengenalpasti kemahiran metakognitif yang ditunjukkan oleh
pelajar semasa mereka menyelesaikan masalah. Ini bukan sahaja dapat membimbing
pelajar kearah menyelesaikan masalah sendiri, tetapi juga dapat memberi pendedahan
yang berguna kepada guru-guru terhadap kewujudan dan kepentingan metakognitif
dalam proses penyelesaian masalah pelajar. Kajian ini juga telah mengkaji persepsi
pelajar terhadap Matematik dan hubungannya dengan kemahiran metakognitif mereka.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai enam objektif utama iaitu:
i. Mengkaji persepsi pelajar terhadap Matematik.
ii. Mengkaji tahap Kemahiran Metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah
Matematik.
iii. Melihat hubungan diantara persepsi pelajar terhadap Matematik dengan tahap
kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik.
iv. Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran
metakognitif dalam menyelesaikan masalah Matematik antara pelajar lelaki dan
perempuan.
v. Menentukan samada terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran
metakognitif diantara pelajar yang berlainan kursus.
vi. Mengenalpasti samada kemahiran metakognitif digunakan atau tidak dalam
menyelesaikan masalah Matematik.
9
1.5 Persoalan kajian
Dalam penyelidikan ini penyelidik berminat untuk mengkaji dan mengumpul
maklumat tentang apakah kemahiran metakognitif yang terlibat semasa pelajar
menyelesaikan masalah Matematik. Diantara persoalan kajian ialah:
i. Apakah persepsi pelajar terhadap Matematik.
ii. Apakah tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah
Matematik.
iii. Adakah terdapat hubungan diantara persepsi pelajar terhadap Matematik dengan
tahap Kemahiran Metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik.
iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kemahiran metakognitif
dalam menyelesaikan masalah Matematik antara pelajar lelaki dan perempuan.
v. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kemahiran metakognitif
dalam menyelesaikan masalah Matematik diantara pelajar yang berlainan kursus.
vi. Adakah kemahiran metakognitif digunakan oleh pelajar dalam menyelesaikan
masalah Matematik yang diberi.
1.6 Definisi Istilah
Kajian ini telah menggunakan beberapa istilah seperti :
i. Kognitif
Aktiviti mental yang merangkumi proses memeperolehi, menyimpan,
memperoleh semula dan menggunakan ilmu pengetahuan (Matlin, 1994).