Download - Kaitan Akhlak Dan Moral
Akhlak dan Moral
Kita kadang-‐kadang juga gagal membezakan apakah sebenarnya moral itu menurut penger:an Islam dan penger:annya dari sudut pandangan orang-‐orang Barat dan bukan Islam. Sebenarnya di antara kedua-‐dua pandangan itu mempunyai perbezaan yang bersifat mendasar terhadap persoalan tersebut.
Ahli-‐ahli sosiologi Barat memperkatakan moral itu adalah sesuatu yang rela:f sifatnya. Sesuatu kelakuan atau perbuatan boleh dianggap bermoral mengikut situasi dalam sesuatu masyarakat, di samping mengambil kira soal tempat dan di zaman mana perbuatan itu berlaku. v Misalnya upacara minum air tapai dan seterusnya meniduri salah seorang anak gadis Iban adalah suatu penghormatan terhadap tetamu dari luar. Perkara itu dianggap bermoral oleh ahli-‐ahli sosiologi Barat kerana ia merupakan adat resam orang Iban dan :dak seorang pun dari masyarakat itu memperkatakan perbuatan sedemikian :dak bermoral. v Tetapi apabila perkara tersebut misalnya berlaku dalam masyarakat Melayu, hal itu menyebabkan pelakunya akan dituduh :dak bermoral, kerana ia adalah melanggar tatasusila dan peraturan hidup orang-‐orang Melayu.
v Moral mengikut sarjana-‐sarjana Sains Kemasyarakatan adalah berubah nilainya mengikut keadaan masa dan tempat.
v Sesuatu perkara yang :dak dianggap bermoral dalam
sesuatu masyarakat mungkin dianggap bermoral menurut masyarakat lain. Begitu juga soal tempat dan masa.
PERBEZAAN ANTARA AKHLAK DAN MORAL: i) Akhlak merupakan satu sistem yang menilai :ndakan zahir dan ba:n manusia manakala moral ialah satu sistem yang menilai :ndakan zahir manusia sahaja. ii) Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di ha: manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain manakala moral mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di ha: manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja. iii) Nilai-‐nilai akhlak ditentukan oleh Allah swt melalui al-‐Quran dan tunjuk ajar oleh Rasulullah saw manakala moral ditentukan oleh manusia. iv) Nilai-‐nilai akhlak bersifat mutlak, sempurna dan tetap manakala nilai-‐nilai moral bersifat rela:f, subjek:f dan sementara.