Download - Kaedah Pengajaran Jawi Latest
Huraikan strategi, kaedah, teknik pengajaran yang digunakan dalam
pengajaran jawi. Pilih satu kaedah dan huraikan cara perlaksanaanya di
dalam kelas.
1. PENGENALAN
Masalah penguasaan jawi di kalangan murid-murid menjadi isu hangat yang
diperkatakan. Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi
amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi murid-murid yang lemah, terutama
dalam mengenal huruf jawi tunggal. Melalui pemerhatian saya, didapati mereka
mengalami masalah dalam banyak perkara. Antara masalah-masalahnya ialah mereka
seringkali sukar mengingat kembali apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan
bunyi dan bentuk-bentuk huruf jawi tunggal. Jadi,persediaan secara teori dan amali
membolehkan sesuatu tugas itu dijalankan secara professional. Sebagai langkah awal,
pembinaan strategi pengajaran dan pembelajaran pemulihan jawi amat penting bagi
mencapai matlamat yang sebenar.
2. OBJEKTIF
2.1 Dapat memulihkan murid yang keciciran jawi dan mewujudkan suasana pembelajaran
yang seronok dan aktif dalam pelajaran.
2.2 Dapat mengenal, menyebut dan menulis huruf-huruf jawi tunggal.
2.3 Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih menarik
dan menyeronokkan.
2.4 Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui Seni dalam Pendidikan
melalui kaedah permainan
1
KELAS PEMULIHAN JAWI MENGIKUT PANDUAN j-QAF
Pengenalan Konsep Pemulihan Jawi
Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas
pemulihan Jawi j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi.
kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.
Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-
kurangnya dapat mengenal,menyebut, dan menulis huruf-huruf tunggal, suku
kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada
suku kata terbuka dan suku kata tertutup
Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat melepasi
ujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Mata
pelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat
murid-murid, mudah dan tidak membebankan. Pendekatan tersebut
hendaklah lebih berkesan dan sesuai dengan tahap kemampuan murid-
murid bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran jawi
serta menarik minat mereka untuk terus belajar sehingga mampu membaca
dan menulis jawi.
2
KAEDAH PENGAJARAN JAWI
Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam
usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk
memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar
perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi
merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran
melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.
KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN
1.
Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan
daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Jawi. Penggunaan aktiviti
permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik
darjah adalah berlandaskan prinsip ' bermain sambil belajar '.
Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan jawi akan menjadi lebih berkesan
sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan
kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar
mempelajari jawi dengan lebih intensif dan menarik.
3
KAEDAH PERMAINAN DAN NYANYIAN
Contoh Pelaksanaan di dalam kelas
Tahun 1 Kreatif & 1 Inovatif
Bilangan Murid 25 orang
Masa 60 minit
Tajuk Membaca dan menulis suku kata terbuka daripada huruf
ba dan ta
Objektif I. Murid boleh membaca suku kata terbuka daripada
hurufl ba dan ta
II. Murid boleh menulis huruf konsonan ba dan ta yang
disambung dengan huruf vokal alif, wa dan ya
Strategi Dari mudah kepada susah
Cadangan aktiviti Langkah 1
1.1Guru memperkenalkan huruf dan bentuk-bentuk
huruf
(a) Menggunakan ‘mounting board’ (kad
imbasan)
(b) Membentuk huruf ba dan ta dengan
menggunakan plastesin
1.2Menyebut huruf secara latih tubi, individu, jantina
dan kumpulan
1.3 Guru memperkenalkan huruf vokal alif, wau dan
ya
1.4 Latih tubi membaca suku kata
Langkah 2
Membina dan menulis perkataan daripada suku kata yang
telah dipelajari. Guru juga boleh menggunakan teknik
2.1 Tunjuk cara- teknik yang digunakan oleh guru
4
sewaktu menjalankan pengajaran yang memerlukan
pelajar menguasai sesuatu kemahiran terlebih dahulu
sebelum aktiviti sebenar dijalankan
Contoh:
بوبو + = بو بو
ابو + = بو ا
باتو + = تو با
2.1 Sumbangsaran-guru meminta murid merekacipta
perkataan daripada suku kata yang telah dipelajari
II.2Penyelesaian masalah- guru menyediakan
beberapa perkataan baru di dalam tulisan rumi.
Pelajar dikehendaki membuat aplikasi berdasarkan
kemahiran yang telah dipelajari tadi.
Langkah 3
Bermain permainan pancing ikan.
Alatan:
Objek ikan dikerat dua
Batang pancing
Kad suku kata
Persediaan
Objek ikan diperbuat daripada polistrin atau kad
manila
Letakkan magnet pada ikan dan tali pancing
5
Cara permainan:
Permainan dijalankan secara berkumpulan
Pelajar dikehendaki mencantumkan kepala dan ekor
ikan bagi membentuk perkataan
Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun
suku kata menjadi perkataan dengan pantas dikira
sebagai pemenang.
Menyanyi lagu vokal dan suku kata berdasarkan suku kata yang dipelajari.
Contohnya :
كات سوكو دان ووكل
مالم : قاسغ اير إيراما
ابو اونتوق ا ، بويي ا
ايبو , اونتوق اي بويى اي
6
اوبي , اونتوق او بويي او
هاتيكو, , سنعغ او اي ا
مغيجا ماري اديق ماريله
كات سوكو سبوت اجر كورو دغر
- باج تك جاغن بتول بتول سبوت
وك كورو تنتو جاوي قنداي بيال
( ) ( أوبي ( ي ب و ا ابو و ب ا
اوجي كيت بارو فهم سوده .بيال
Murid tidak merasa bosan atau jemu
Penglibatan daripada semua murid.
Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.
Guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan/kelemahan
mereka.
Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.
7
KEKUATAN
KELEMAHAN
Murid yang cergas sahaja dapat menerima pengajaran guru.
Sedikit membebankan guru menyediakan BBM.
Tidak semua tajuk mata pelajaran dapat digunakan dalam kaedah
ini.
Memerlukan peruntukan kewangan
2
Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
Semua murid terlibat.
Murid berani mencuba.
Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.
Mengasah potensi di kalangan murid-murid.
Menambah minat membaca Al-Quran.
Melahirkan kepimpinan murid.
8
KAEDAH PANDANG SEBUT
KEKUATAN
KELEMAHAN
Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.
Perancangan dan persediaan yang teliti.
Murid yang lemah rasa rendah diri.
3.
Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
Mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin
kekekalannya.
ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
Keyakinan diri murid bertambah.
Mengasah potensi murid-murid.
Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.
Penglibatan semua murid.
Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.
Menambah minat
Menghadkan kebebasan berfikir murid
9
KAEDAH LATIH TUBI
KEKUATAN
KELEMAHAN
Murid tidak dapat menghasilkan kretiviti sendiri
Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini
semasa mengajar
Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat
perancangan dan persediaan yang teliti.
4)
Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu
sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain.
Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar
dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak
ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau
wacana.
Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.
Penglibatan daripada semua murid.
Mengukuhkan ejaan.
Melatih pendengaran pada sebutan intonasi perkataan dan ayat.
Membantu murid dalam bentuk membuat nota-nota ringkas.
Guru tidak membelakangkan murid semasa proses P & P berjalan.
10
KAEDAH IMLAK
KEKUATAN
KELEMAHAN
Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.
Perancangan dan persediaan yang teliti.
Murid yang mempunyai masalah pendengaran tidak dapat
mengikuti dengan baik.
5.
Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas.
Penglibatan daripada semua murid.
Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.
Murid yang mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan
Murid yang lemah cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri.
11
KAEDAH MENGEJA
KEKUATAN
KELEMAHAN
6.
Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
Keyakinan diri murid bertambah.
Mengasah potensi murid-murid.
Melahirkan sifat kepimpinan di kalangan murid-murid.
Penglibatan semua murid.
Melahirkan sikap berani mencuba di kalangan murid-murid.
Memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kaedah ini
semasa mengajar Jawi ini.
Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat
perancangan dan persediaan yang teliti.
Murid yang lemah rasa rendah diri.
12
KAEDAH KEFAHAMAN
KEKUATAN
KELEMAHAN
7)
Mendapat bimbingan secara langsung daripada guru.
Semua murid terlibat.
Murid berani mencuba.
Keyakinan diri pelajar semakin bertambah.
Mengasah potensi di kalangan murid-murid.
Memerlukan guru yang mahir dalam kaedah ini.
Perancangan dan persediaan yang teliti.
Murid yang lemah rasa rendah diri.
13
KAEDAH HURUF
KEKUATAN
KELEMAHAN
8)
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka.
Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu
atau beberapa kemahiran asas tertentu.
Dapat mengembangkan sifat ingin tahu dalam diri murid.
Mengembangkan semangat berdikari, daya cipta serta bakat
kepimpinan mereka
Murid dapat menggunakan masa lapang untuk memperkembang
minat dan bakat mereka.
Murid yang cerdas sahaja dapat menerima pengajaran guru.
Murid cepat bosan kerana banyak aktiviti yang terpaksa mereka
buat.
14
KAEDAH PENGAYAAN
KEKUATAN
KELEMAHAN
REFLEKSI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN PEMULIHAN JAWI
Konsep kelas pemulihan jawi yang dlaksanakan di bawah j-Qaf adalah satu
alternatif yang harus diberi pujian kerana ia adalah usaha murni untuk
memartabatkan jawi seterusnya dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia.
Ini adalah kerana murid yang celik Jawi dapat menguasai pelajaran Agama
dengan lebih mudah.
Pelaksanaan pemulihan Jawi sedikit sebanyak dapat membantu murid yang
lemah, dengan wujudnya kelas ini dapat memberi peluang kepada guru untuk
menumpukan perhatian kepada proses pengajaran mereka walaubagamanapun
pelaksanaan pengajaran Jawi tidak dapat lari daripada kebaikan dan
kelemahannya.
Sepanjang tempoh saya mengajar atau bertindak sebagai guru pemulihan Jawi
terdapat kelebihannya dari segi proses P & P yang lebih kepada permainan.Ini
dapat menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran. Terdapat pelbagai
teknik yang boleh dlaksanakan seperti yang telah diterangkan dibawah tajuk
kaedah pengajaran Jawi, namun masih ada kelemahan dari segi pelaksanaan
kerana mungkin di sekolah yang saya mengajar terdapat ramai murid pemulihan
kerana kelas kami digabungkan iaitu dua dalam satu. Ini manyebabkan guru
tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kepada mereka yang lemah. Alat-alat
15
permainan juga terhad, jadi tidak semua murid dapat mengambil bahagian .Ini
menimbulkan rasa tidak puas hati mereka. Selain daripada itu peruntukan masa
untuk pemulihan jawi hanya sejam seminggu, pada pendapat saya ia tidak
mencukupi kerana mereka perlu diberi latihan yang banyak terutama dari segi
penulisan.
Sebagai tindakan , sebagai guru pemulihan jawi, teknik yang pelbagai perlu di
aplikasikan agar proses p & p dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Guru
juga tidak seharusnya bergantung kepada ABM yang disediakn oleh jabatan
sebaliknya menggunakan kreativiti sendiri untuk mempelbagaikan teknik dan
strategi. Selain daripada itu kelas pemulihan Jawi memerlukan ramai guru
terutama bagi kelas yang mempunyai ramai murid khasnya seperti sekolah kami
yang menggabungkan dua kelas pada satu masa. Bilangan murid yang ramai
tidak membolehkan kami mengenalpasti masalah murid dengan teliti serta tidak
dapat memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih efektif dan berkesan.
PENUTUP
Alhamdulillah dengan keizinanNya tugasan ini dapat disiapkan. Harapan saya
semoga tugasan ini dapat memberi sedikit panduan untuk pembelajaran jawi
yang dijalankan di sekolah.
16
Dikesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan di atas segala kekurangan
dan cacat cela yang terdapat dalam folio ini.
BIBLIOGRAFI
Che Siah Che Man,( 2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buku Panduan Perlaksanaan Model-Model Pengajaran dan Pembelajaran
dan Kokurikulum,( 2004).Kementerian Pelajaran Malaysia.
17