Download - Kaedah Gabungan Bunyi Kata
13/04/2023mazriabdrahman 1
KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATAKGBK
MAZRI BIN ABD RAHMANIPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
012-9875170/0139818018
13/04/2023mazriabdrahman 2
WAJIB TAYANG
13/04/2023mazriabdrahman 3
Dapatan Kajian
Mengapa murid tidak menguasai kemahiran berbahasa?
Murid tidak bersedia untuk ke sekolah Ibu bapa tidak buat persediaan anak untuk ke
sekolah Guru yang tidak kreatif dalam pengajaran Penggunaan kaedah yang tidak sesuai dengan
tahap murid Protokol dan birokrasi pihak JPN dan PPD Terlalu mengikut panduan guru yang
disediakan oleh JPN dan PPD
13/04/2023mazriabdrahman 4
KENAPA KANAK-KANAK BELAJAR MEMBACA DAN MENULIS? 2M asas untuk belajar pelajaran yang lain Mengurang dan menghapuskan kelemahan
bertimbun dalam pendidikan Mengikut teori kelemahan bertimbun atau
cumulative defisit, segala kelemahan pembelajaran termasuk kelemahan membaca dan menulis hendaklah di atasi daripada peringkat awal lagi iaitu peringkat prasekolah dan Tahun 1.
Kelemahan asas 2M hendaklah dikuasai oleh murid sebelum berakhir Tahun 3 persekolahan rendah.
13/04/2023mazriabdrahman 5
PENGENALAN KGBK
Mula diperkenalkan semasa KONPEN 1979 di Kuantan.
Diperkenalkan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr Isahak Haron.
Sebagai alternatif mengajar bahasa Melayu kerana ciri-ciri istimewa bahasa Melayu itu sendiri.
Sebagai satu usaha mengatasi masalah ramai murid di sekolah rendah terutama di SK tidak boleh membaca.
13/04/2023mazriabdrahman 6
KEDUDUKAN KGBK
Kaedah pilihan ke-4 dalam buku Panduan Am KBSR.
Kaedah utama buku Panduan Guru bahasa Malaysia KBSR 1981 SRJK
Aras dalam KGBK dijadikan asas pembinaan konstruk LINUS.
13/04/2023mazriabdrahman 7
KONSTRUK LITERASI ARAS DIAGNOSTIK KGBK
1.Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.2.Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka3.Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.4.Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup5.Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.6.Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi perkataan suku kata tertutup.
i. Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah
ii. Membunyikan sukukata mudah
iii. Membaca perkataan suku kata terbuka
iv. Membaca suku kata tertutup
v. Membaca perkataan suku kata tertutup
vi. Membaca perkataan membezakan bunyi e taling dan e pepet dan o
13/04/2023mazriabdrahman 8
KONSTRUK LITERASI VS ARAS DIAGNOSTIK KGBKKONSTRUK LITERASI ARAS DIAGNOSTIK KGBK
7.Keupayaan membaca dan menulis perkataan diftong8.Keupayaan membaca dan menulis perkataan vokal berganding.9.Keupayaan membaca dan menulis digraf dan konsonan bergabung.10.Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.11.Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.12.Keupayaan memahami ayat berdasarkan bahan rangsangan.
vii. Membaca perkataan suku kata tertutup ng
viii. Membaca perkataan suku kata geluncuran dan diftong
ix . Membaca perkataan dengan suku kata nga dan nya
x. Membaca perkataan dengan penambahan me, mem dan ber
xi. Membaca ayat pendek
xii. Membaca ayat dan cerita.
13/04/2023mazriabdrahman 9
DASAR KERAJAAN
Membolehkan murid tahap 1 menguasai kemahiran 3M pada akhir tahun 2012 (LINUS)
Meningkatkan peratus kanak-kanak 6 tahun mendapat pendidikan prasekolah dari 67% (2009) kepada 85% (2012)
13/04/2023mazriabdrahman 10
APLIKASI PRAKTIKAL KGBK
Boleh digunakan oleh guru untuk mengajar kanak-kanak 5 – 6 tahun di prasekolah
Boleh digunakan oleh guru sekolah rendah tahun 1
Boleh digunkan oleh guru pemulihan Boleh dilatih dan disebarkan oleh
guru-guru berkenaan dan kepada ibu bapa
13/04/2023mazriabdrahman 11
Kebanyakan murid di sekolah rendah yang tidak boleh membaca atau lemah membaca adalah disebabkan mereka tertinggal sedikit semasa di Tahun 1. Mereka tercicir semasa di Tahun 2 dan 3.
13/04/2023mazriabdrahman 12
PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA & MENULIS1. DARI PERSPEKTIF ILMU FONETIK LINGUISTIK Semua bahasa terdiri daripada bunyi asas
dan daripada itu menjadi perkataan. Kanak-kanak hendaklah diajar simbol-
simbol yang mewakili bunyi asas dan kemudian mengeja perkataan
Murid harus kenal terlebih dahulu semua abjad dan bunyi abjad.
Selagi murid belum kenal huruf, murid dianggap belum boleh diajar membaca perkataan dan ayat.
13/04/2023mazriabdrahman 13
Murid diajar mengenal nama huruf secara teratur dalam abjad dan bunyinya.
Guru mengaitkan gambar dengan huruf.
Murid menulis setiap huruf, kadang-kadang satu muka surat untuk satu huruf.
Murid menulis huruf besar dan huruf kecil.
Menghafal a hingga z adalah penting sebelum murid diajar membaca.
13/04/2023mazriabdrahman 14
2. DARIPADA TEORI PSIKOLOGI PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Kanak-kanak belajar bahasa melalui pengalaman yang bermakna termasuk mendengar dan bertutur perkataan, ayat dan cerita yang bermakna daripada ibu bapa dan orang-orang di sekeliling kita.
Kebolehan kanak-kanak membaca dan menulis menjelma akibat daripada interaksi dengan orang-orang di sekeliling mereka. (Marie Clay:1966 menggunakan istilah the emergent literacy)
Dikenali sebagai kaedah seluruh kata.
13/04/2023mazriabdrahman 15
Kaedah yang biasa digunakan berkaitan teori psikologi kognitif kanak-kanak
kaedah pandang dan sebut kaedah cerakin KBSR 1980-an kaedah cerita Marie Clay kaedah berdasarkan gambar (PWIM/
picture word inductive model yang dipopularkan oleh Emily Calhoun)
kaedah tema
13/04/2023mazriabdrahman 16
KAEDAH CERITA MARIE CLAY
Memperkenalkan kaedah graded books – kanak-kanak dibimbing membaca buku cerita yang dianggap sesuai dengan kebolehannya. Guru membantu secara individu membaca perkataan/frasa yang sukar.
Kaedah membaca kuat sebuah buku cerita dari the big book. Murid akan melihat dahulu tulisan sesuatu cerita yang dibaca kuat dan guru akan ambil beberapa perkataan untuk mengajar murid.
13/04/2023mazriabdrahman 17
Sesuaikah kaedah ini?
13/04/2023mazriabdrahman 18
KAEDAH KGBK
Menggabungkan kaedah fonik dan kaedah seluruh kata dalam satu kaedah yang sepadu, sistematik berasaskan ciri-ciri yang terdapapt dalam sistem ejaan bahasa Melayu, suku kata yang jelas dan tatabahasa BM yang lebih mudah daripada bahasa Inggeris.
13/04/2023mazriabdrahman 19
Kaedah ini berasaskan gabungan kaedah fonik (bunyi huruf), membina suku kata dan kaedah seluruh perkataan untuk dibaca.
Dalam 1 atau 2 pelajaran sahaja, murid boleh memeahami beberapa patah perkataan dan hasilkan frasa yang mudah.
13/04/2023mazriabdrahman 20
KAEDAH KGBK
Berasaskan ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa lain.
Mengambil kira sistem ejaan bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik – setiap huruf mewakili satu bunyi kecuali huruf e.
Suku kata bahasa Melayu jelas Tatabahasa Melayu lebih mudah daripada
bahasa Inggeris dan Arab kerana tidak ada perbezaan bentuk gender (lelaki perempuan), sedikit atau banyak (plural), dan perbezaan waktu (past tense, present tense)
13/04/2023mazriabdrahman 21
KAEDAH KGBK
Dalam KGBK; Murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal
semua huruf abjad secara berturutan dari a sampai z. Ia mengambil masa panjang.
Murid tidak perlu diajar semua suku kata terbuka seperti ba bi bu be be bo dan sebagainya yang mengambil masa panjang juga.
Murid tidak perlu diajar mengecam seluruh perkataan (pandang sebut) dan menghafal bentuknya, kemudian cerakin untuk mengenal huruf dan bunyi huruf (kaedah seluruh kata)
Dalam KGBK, murid terus membina dan membaca perkataan berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam satu pembelajaran.
13/04/2023mazriabdrahman 22
PERINGATAN…………
KGBK adalah fasa pertama umtuk memudahkan murid mula belajar membaca.
dalam KGBK, yang dipentingkan ialah huruf kecil. Huruf besar disisipkan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kekeliruan murid.
Latihan mengeja dilakukan sebagai pengukuhan setelah murid boleh membaca.
Setelah asas ini dikuasai, murid boleh membaca sendiriayat dan cerita mudah.
Fasa kedua, murid diberi peluang dan dorongan membaca pelbagai bahan bacaan seperti puisi, cerita dan buku pilihan supaya mereka terus minat membaca.
13/04/2023mazriabdrahman 23
Program Linus di Hulu Kelantan
Ceramah Pedagogi Literasi di PPD Pasir Mas, Kelantan
13/04/2023 24
Ceramah Pedagogi Literasi di PPD Bachok Kelantan Pembinaan BBM
mazriabdrahman
13/04/2023mazriabdrahman 25
LANGKAH ASAS DALAM KGBK: MEMBACA DAN MENULIS. Perkenalkan bunyi vokal mudah a, i dan u dan
cara menulisnya. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b
dan cara menulisnya. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya
menjadi ba bi bu dan cara menulisnya. Bina perkataan daripada suku kata (kv + kv)
seperti baba bibi bubu babu ibu. Bina rangkai kata atau ayat seperti
u bi i bu a bu Murid menyalin apa yang mereka baca.
13/04/2023mazriabdrahman 26
JADIKAN PENGAJARAN LEBIH MENARIK DAN MENYERONOKKAN Gunakan semua panca indera, terutama dengar,
lihat dan lakukan. Buat cerita rekaan, meramal cerita seterusnya
(anekdot)ipgktar\anekdot\Power point Anekdot (1).pptx
Baca cerita kepada murid dan baca bersama murid buku yang menarik. Beri peluang murid membaca (Teater membaca)ipgktar\mbmsriamanapril2012\teater pembaca.wmv
Adakan pelbagai permainan seperti membina perkataan daripada suku kata, melengkapkan perkataan dengan huruf, cari gambar
Teater bercerita, didik hibur, boneka.
13/04/2023mazriabdrahman 27
Aras 1 ; Membunyikan huruf vokal dan konsonan mudah
i. Murid diperkenalkan dengan bunyi vokal a, i dan u.ii. Latih tubi menyebut bunyi dan menulis vokal agar
murid dapat mengingat bunyi dan mengenal vokal tersebut.
iii. Memperkenalkan bunyi huruf konsonan b, c dan k.iv. Latih tubi menyebut bunyi dan menulis konsonan agar
murid dapat mengingat bunyi dan mengenal konsonan tersebut.
* Dalam pendekatan KGBK, murid tidak perlu kenal, ketahui dan menyebut semua nama dan bunyi huruf dalam abjad sebelum diajar membina suku kata dan membaca perkataan. dalam KGBK, memadai murid mengenal dan boleh membunyi huruf vokal a, i, u dan huruf konsonan b,c dan k.
13/04/2023mazriabdrahman 28
Aras 2; Membunyikan suku kata mudah. Menggabungkan konsonan b dengan vokal a, i dan
u;i. ba bi bu Menggabungkan konsonan c dengan vokal a, i dan
ui. ca ci cu Menggabungkan konsonan k dengan vokal a, i dan
u:i. ka ki ku Menambahkan vokal a, i dan u di hadapan suku
katai. abi abu aci acu ucu aki aku Menyalin untuk mengingat suku kata yang dibina.
13/04/2023mazriabdrahman 29
Aras 3: Membaca perkataan suku kata terbuka.
Cantumkan suku kata terbuka ba, bi,bu , ka, ki dan ku serta vokal a, i dan u membentuk perkataan suku kata terbuka seperti;
i. baba, bibi, bubu, babuii. abi, abu, ibuiii. kaki, kuku, kaku,iv. aki, akuv. baki, buku, baku, baka, bukavi. bubu abu, kaki ibu, buku aku
13/04/2023mazriabdrahman 30
Murid boleh melakukan aktiviti membina perkataan berdasarkan suku kata yang dipelajari.
Guru boleh mencipta ayat untuk dibaca oleh murid seperti;
i. ibu baca bukuii. kuku kaki ibu kaku Seterusnya guru memperkenalkan
konsonan lain seperti t, s dan m. Pola pengajarannya adalah sama seperti sebelumnya.
13/04/2023mazriabdrahman 31
Aras 4: Membaca suku kata tertutup.
Guru memperkenalkan suku kata tertutup dan cara menyebutnya.
Contohnya;i. ka=kat ki=kit ku=kut sa=sat si= sit
su=sutii. la=lat/lam li= lit/lim dll
* Suku kata tertutup seperti kan, bas, mak, jam dan sebagainya lebih sukar sedikit daripada suku kata terbuka. Kemahiran mengecam dan membunyikan suku kata tertutup menjadi asas untuk murid membaca banyak perkataan suku kata tertutup seperti ikan, bukit, lampu dan lain-lain.
13/04/2023mazriabdrahman 32
Aras 5: Membaca perkataan suku kata tertutup
Guru mencantumkan suku kata terbuka dengan suku kata tertutup (kv + kvk) yang telah dipelajari.
bu + kit ka + sut ka + kak ku + lat ma + kan
* Murid akan boleh membaca perkataan suku kata tertutup setelah mereka belajar mencantum suku kata tertutup dengan suku kata lain(terbuka) supaya menjadi perkataan. Jika mereka sukar membaca perkataan-perkataan ini, guru perlu mengajar dan melatih murid mengecam dan menyebut suku kata tertutup, membina perkataan dan membacanya.
13/04/2023mazriabdrahman 33
Guru kemudiannya memperkenalkan beberapa konsonan lain, r, p dan n dan melaksanakan pengajaran seperti pola sebelumnya
Bermula dengan suku kata terbuka, kemudiannya suku kata tertutup dan membentuk perkataan suku kata.
13/04/2023mazriabdrahman 34
Aras 6: Membaca perkataan membezakan vokal e taling dan e pepet dan o.
Guru memperkenalkan vokal e yang bunyi vokal tersebut. Harus diingat, bunyi e pepet dan e taling diperkenalkan
serentak. Contoh; esok emak elok oren bebas betik ekor lembu• Dalam ejaan bahasa melayu rumi, hanya vokal e mempunyai 2 bunyi
yang berlainan yang melambangkan 2 fonem. itu sebabnya huruf e dikemudiankan sedikit dalam pengajaran awal membaca. Murid akan keliru dengan 2 bunyi e jika diajar pada peringkat awal. Huruf vokal o dikemudiankan juga kerana hampir sama bunyinya dengan vokal u .Lagi pun huruf o tidaklah sekerap diguna berbanding vokal u.
• Guru mengembangkan kemahiran murid dengan memperkenalkan bunyi huruf l,d, g, j, dan lain-lain mengikut kesesuaian.
13/04/2023mazriabdrahman 35
Emak Elok
Enam Esok
Emas Ekor
Kera Kelok
Beli Belon
Besar Beca
Tebu Desa
13/04/2023mazriabdrahman 36
Aras 7: Membaca perkataan suku kata tertutup ng
Guru memperkenalkan bunyi ng kepada murid. Menggabungkan perkataan suku kata dengan ng
membentuk perkataan yang berakhir dengan ng. Contohnya; sayang kering payung lorong pusing
kambing kambing longkangmusang makan pisang.
* Perkataan suku kata tertutup yang dieja dengan ng pada hujungnya tidak begitu sukar untuk murid membaca dan menyebutnya setelah mereka boleh membaca perkataan suku kata tertutup. Lagi pun banyak perkataan yang dieja begini boleh diajar secara perkataan berima seperti datang petang, cincang kacang, cacing kucing bayang layang-layang.
13/04/2023mazriabdrahman 37
Aras 8: Membaca perkataan suku kata VOKAL BERGANDING dan diftong
* Ada perkataan bahasa melayu seperti buah, baik,
kuih dieja dengan gabungan dua vokal di tengah perkataan. Ini dipanggil geluncuran. Ada perkataan yang dieja dengan gabungan dua vokal pada suku kata akhir perkataan seperti bau, amboi, sungai. ini dipanggil diftong.Daripada kajian, didapati murid sukar sedikit mengecam dan membaca perkataan jenis ini berbanding perkataan suku kata terbuka dan tertutup. Guru boleh mengajar dan latih murid menyebutnya. perkataan seperti sungai boleh dipecah menjadi su ngai, amboi menjadi am boi, tetapi perkataan yang mengandungi geluncur seperti baik, buah, naik harus disebut terus, tidak dipecah suku katanya.
13/04/2023mazriabdrahman 38
Guru memperkenalkan perkataan ada geluncuran dan diftong seperti:bau pantaidua naikbuah amboibangau baik
anak harimaubuaya ganas
13/04/2023mazriabdrahman 39
Aras 9: Membaca perkataan dengan suku kata nga dan nya
Memperkenalkan bunyi suku kata nga, ngi, ngu, nya, nyi dan nyu.
Membentuk perkataan suku kata di atas. Contohnya:i. nganga wangi bunyi penyuii. nyanyi ungu nyonya nyaring.
Harus diingat, dalam KGBK, latihan menulis perlu dan dianggap sebagai pengukuhan sesuai dengan konsep show, say and write.
• Aras suku kata nga, ngi, ngu, nya, nyi dan nyu dikemudiankan kerana lebih sukar sedikit berbanding suku kata lain. Lagi pun tidak begitu banyak perkataan yang menggunakan suku kata ini.
13/04/2023mazriabdrahman 40
Aras 10; Membaca perkataan dengan penambahan me, mem dan ber
Guru menambahkan imbuhan kepada perkataan suku kata yang pernah murid pelajari.
Contohnya; melayang membuat berkelahmencari berjalan memberi
menghantar surat
* Imbuhan me, mem dan ber dipilih kerana kerap diguna dalam bahasa melayu. Ini sebagai satu pengenalan tentang penggunaan imbuhan supaya murid sedar dalam proses mereka membaca perkataan dalam buku, mereka akan bertemu perkataan yang menggunakan imbuhan ini.
13/04/2023mazriabdrahman 41
Aras 11; Membaca ayat pendek* Kebolehan murid membaca ayat
pendek dan memahaminya adalah aras kebolehan membaca yang lebih tinggi daripada aras sebelumnya. Walaupun sebelum ini murid sudah boleh membaca frasa, ayat yang diuji pada aras ini lebih beragam dan pelbagai. Setelah murid membaca ayat, guru hendaklan bertanya murid maksud ayat itu untuk menguji kefahamannya.
13/04/2023mazriabdrahman 42
Contoh ayat
Musa membaca buku Ani naik kereta Itu kedai buku Pak Jamil Sekolah Zaki di bandar Ipoh Cikgu Lili mengajar kami menulis dan menyanyi.• Untuk menguji kefahaman murid, guru bertanya
murid soalan tentang apa yang telah mereka baca seperti;
- Musa baca apa?- Ani naik apa?- Di manakah sekolah Zaki?
13/04/2023mazriabdrahman 43
Aras 12: Membaca ayat dan cerita
* Ini adalah aras tertinggi dalam kebolehan awal membaca iaitu kebolehan membaca cerita ringkas dan memahaminya. Jika murid membaca cerita ringkas ini dengan lancar dasn memahami apa yang dibaca, maka murid ini boleh dianggap telah mencapai kebolehan membaca secukupnya. Murid akan boleh membaca kebanyakan buku teks dan bahan cetak lain pada tahap sekolah rendah. Apa yang diperlukan ialah guru menggalakkan murid meminjam buku bagi mengukuhkan kelancaran mereka membaca.
13/04/2023mazriabdrahman 44
Fizi pergi ke rumah neneknyaRumah neneknya di tepi sungaiDi dalam sungai banyak ikanFizi dan abangnya suka menangkap ikan.• Ke manakah Fizi pergi• Rumah nenek Fizi di mana?• Apakah yang ada di dalam sungai?• Dengan siapakah Fizi menangkap ikan?
13/04/2023mazriabdrahman 45
13/04/2023mazriabdrahman 46
Sekian, terima kasih