-
JUADAH MINDA JKE 2020
“Empowering Technology Towards IR 4.0”
Diterbitkan Oleh:
POLITEKNIK PORT DICKSON KM14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa, Port Dickson Negeri Sembilan.
Tel: 06-662 2000 / 2111 Fax: 06-662 2026 / 2027
-
KANDUNGAN
Sidang Redaksi i
Kata Aluan ii
Kandungan iii
1 Pandemik COVID-19 (2019-nCov), Norma Baharu Dalam
Pendidikan.
Nur Hidayah binti Moktar, Jumaliah binti Jahuri, Hasnida binti Saari
1
2 Keselamatan Siber Di Politeknik Port Dickson: Mudahkah Sistem
Talian Politeknik Port Dickson Digodam Dari Pihak Luar?
Ong Seng Keong
10
3 Impak Latihan & Sijil Kepakaran Gentian Optik Terhadap
Minat dan Penempatan Latihan Industri Pelajar
Erni Alina Hanim binti Abd Aziz, Mimi Suhana binti Abd Aziz, Munirah
binti Md Nujid
19
4 Penyampaian Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian Bagi
Pembelajaran Berbentuk Kemahiran TVET: Suatu Tinjauan AwaL
Norhanani Abd Rahman, Noor Asilah Yaacob, Mohd Syahrizad Elias
25
5 Smart Energy Socket (Soket Tenaga Pintar)
Norlie Yuzzana Binti Ibrahim. Aqilah Husna Binti Abdul Halim, Ibnul Asiff
Bin Malek
34
6 Sistem IoT Pembuka Pintu Bagi Rumah Inap Desa Menggunakan Kod
QR
Muhaini binti Muhammad, Faezriyoshiwa bin Panjang, Badrul Raihan bin
Zainee
45
7 Stability Test on Energy Harvesting Nanocomposite Stress Driven d33
Mode Generator Device: The Preliminary Study
Elyani Abu Bakar, Mohd Ambri Mohamed
58
8 Smart Gas Leakage System
Azrinawati bt Samaon, Barathgummar A/L Manimaran, Agihlan A/L
Krishnamurty
62
9
Membangunkan Alat Bantu Mengajar (Papan Litar Kawalan 3Fasa-
Motor Elektrik)
Rahayu Binti Jonit, Mohd Zaini Bin Kemon
69
10 Sistem Pemantauan Dan Pengendalian Rumah Hijau Secara Masa
Nyata Berdasarkan IoT
Noremy Bt Che Azemi, Norashida Binti Ismail
79
11 Low Cost Smart Home System
Roselinda bt Samion, Mohd Hafiz bin Hassan, Karthega a/p Shanmugam
94
-
12 Smart Power Meter Socket
Amrah Binti Mat Safri, Nur Amira Natasha Binti Zairol, Norlaila Binti
Ismail
100
13 Pigeon Hole Alert System
Maizun Binti Jamil
108
14 Implementation of Variable Frequency Driver (VFD) for Induction
Motor Acceleration
Thiruchelve a/p Ramasamy, Mohd. Zaini Bin Kemon, Wong Kee Meng
119
15 Courier Safety Box
Siti Zalina Binti Mokhtar, Nursheda Binti Zainudin, Noorhashima Binti
Harun
127
16 Encryption Challenges in Today’s Time
Rabindra A/L Gandhi Thangarajoo, Nurfarhanah Binti Omar
138
17 Plastik Biodegradasi
Azlina Binti Khairi, Nor Juhaliza Binti Nordin
146
18 Exploring Linux Operating System Using VMware
Rozanita Binti Baharudin
151
19 A Review: Constraints of Usage the Renewable Energy Technologies
at Rural Area
Nurul Huda bt Jamil, Nurzaimawani bt Hussin
167
20 Basics of wireless communication
Karthega a/p Shanmugam, Roselinda bt Samion
174
21 Teknologi Ikatan Klip Komponen Separa Pengalir: Analisa Data
Kebarangkalian Punca Kecacatan Klip Terlucut
Mimi Suhana Abd Aziz
183
22 Visual Basic Programming: About Components
Fadilah Mat Assain@Hashim
193
23 Ledakan Revolusi Industri 4.0 Mempengaruhi Proses PdP Masa Kini
Suhaida binti Abdul Halim, Siti Rohani Binti Abu Bakar, Ahmad Fakrul
Zaman Bin Ariffin
209
-
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Page
1
Pandemik COVID-19 (2019-nCov), Norma Baharu
Dalam Pendidikan
Nur Hidayah binti Moktar1, Jumaliah binti Jahuri2, Hasnida binti Saari 3
1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
2Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected] 3Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson; [email protected]
ABSTRAK
Pandemik COVID-19 sehingga ke hari ini terus menular di seluruh dunia. Sistem
pendidikan memainkan peranan yang besar dalam memastikan anak-anak bangsa terus
menguasai ilmu dalam apa jua keadaan sekalipun. Keadaan ini menyebabkan wujudnya
norma baharu dalam pendidikan bagi meneruskan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Para pendidik perlu mendapatkan strategik yang boleh menyebabkan ilmu terus disalurkan
kepada para pelajar. Pembelajaran alaf COVID- 19 seperti Microsoft Teams, big blue
button, cisco webex, telegram, google classroom, learning with zoom, whiteboard maya
akan terus digunakan dalam terus memberi ilmu pendidikan dan pelajar akan terus
menguasai ilmu yang diberi. Bagaimanapun aplikasi pembelajaran yang menjadi pilihan
ketika pandemik COVID-19 bagi pendidik di Malaysia adalah penggunaan platform
Google Classroom. Kelebihan platform Google Classroom adalah ianya terbuka kepada
umum, sangat mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Satu lagi aplikasi yang banyak
juga digunakan ketika berlakunya pandemik Covid-19 ini adalah Google Meet. Dalam
memastikan pembelajaran dan pembelajaran dapat terus dilaksanakan dalam keadaan yang
selesa dan selamat, langkah-langkah pencegahan perlu sentiasa dipatuhi oleh setiap
individu. Pematuhan dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan juga dapat
membendung penularan pandemik Coronavirus (2019-nCov).
Katakunci : COVID-19, Pembelajaran, Pencegahan
1.0 PENDAHULUAN
Coronavirus(CoV) adalah sejenis virus yang mengakibatkan pelbagai penyakit dari
selesema hingga ke penyakit radang paru-paru yang lebih teruk seperti MERS-CoV dan
SAR-CoV. Novel Coronavirus pula adalah merujuk kepada spesis baru yang belum penah
ditemui oleh manusia dan ia pertama kalinya ditemui di China. Kes positif yang pertama
dikesan di Malaysia adalah pada 24 Januari 2020 yang merupakan lelaki berusia 41 tahun
yang mana dikesan menyebarkan jangkitan pertama dari manusia ke manusia pertama
coronavirus novel (2019-nCoV) yang berasal dari Wuhan di Malaysia (Geraldine Tong,
2020). Rajah 1 menunjukkan bahawa Amerika Syarikat merupakan negara dengan jumlah
kes tertinggi di dunia bagi data sehingga 21 Jun 2020 dengan jumlah kes jangkitan melebihi
2 juta orang. Merujuk kepada Rajah 2, Malaysia mempunyai jangkitan kes ke 4 tertinggi di
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
-
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Page
2
ASEAN di mana untuk tempoh 150 hari bilangan jangkitan telah melonjak kepada 8572
kes.
Rajah 1. Negara dengan jumlah kes COVID-19 tertinggi di dunia sehingga 21 Jun 2020
Rajah 2. Negara dengan kes tertinggi di ASEAN sehingga 21 Jun 2020
Pandemik Covid-19 pada ketika ini bukan sahaja memberi kesan pada sektor
kesihatan, sektor ekonomi, sektor pembinaan malahan juga telah menghentikan seketika
dan merubah sistem dan lanskap sistem pendidikan negara. Covid-19 telah menyebabkan
sistem pendidikan negara ditutup sepenuhnya untuk tempoh masa yang agak panjang
mengakibatkan para pendidik perlu mencari alternatif lain dalam terus menyampaikankan
ilmu kepada pelajar. Norma kelaziman baharu turut perlu dilaksanakan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Kualiti pendidikan bergantung sepenuhnya kepada daya usaha para
pendidik dengan mencari jalan keluar daripada kaedah yang telah sebati dengan kaedah
yang sesuai dengan norma kelaziman baharu ini. Pelbagai strategi mengikut kreativiti
-
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Page
3
pendidik perlu dilaksanakan untuk meneruskan kemenjadian pelajar dalam halatuju masa
depan dalam pembangunan negara pada 2025. Para pendidik perlu melakukan anjakan
paradigma untuk menguasai ilmu pengetahuan teknologi maklumat yang terkini untuk terus
merealisasikan halatuju tersebut.
Pembelajaran dalam kelaziman baharu menyebabkan wujudnya pelbagai platform.
Para pendidik perlu lebih bersifat proaktif dengan membiasakan mengajar tanpa bersemuka
masa yang sama perlu mencari jalan supaya dapat menarik minat pelajar. Dengan itu
pelbagai teknologi untuk tujuan pendidikan perlu dipelajari dan digunakan. Pembelajaran
alaf covid 19 seperti Microsoft Teams, big blue button, cisco webex, telegram, google
classroom, learning with zoom, whiteboard maya akan terus digunakan dalam terus
memberi ilmu pendidikan dan pelajar akan terus menguasai ilmu yang diberi.
Bagaimanapun penggunaan e-learning sangat bergantung kepada capaian internet di
sesuatu kawasan. Bagi kawasan capaian internet yang rendah dan kurang stabil sangat
digalakkan menggunakan pembelajaran tidak segerak seperti Google Classroom dan
Edmodo manakala kawasan yang capaian internetnya adalah stabil digalakkan
menggunakan e-pembelajaran seperti Webex, Google Meet, Zoom.
2.0 APLIKASI PEMBELAJARAN KETIKA PANDEMIK COVID-19
Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan pembelajaran dan pengajaran
secara konvensional tertangguh. Keadaan ini telah memberikan cabaran baharu kepada para
pendidik kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu yang mana mereka
perlu meneruskan proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
Google Classroom adalah aplikasi percuma yang dibangunkan oleh Google untuk
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara dalam talian. Melalui
Google Classroom, pengajar boleh menghantar pengumuman, berkongsi bahan
pembelajaran, memberi tugasan serta menggred tugasan yang diberi kepada pelajar.
Menurut laporan satu portal berita, Malaysia tersenarai di tangga pertama di dunia
bagi carian frasa ’Google Classroom’ bagi tempoh Mac 2020 sehingga Jun 2020
(Norhidayah Hairom, 2020). Ini membuktikan terdapat usaha yang tinggi di kalangan para
pendidik di Malaysia untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran tetap dijalankan
walaupun ketika tempoh krisis wabak koronavirus (Covid-19).
-
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Page
4
Rajah 3. Statistik Carian Frasa ‘Google Classroom’
Kelebihan platform Google Classroom adalah ianya terbuka kepada umum, sangat
mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Perisian ini boleh diakses menerusi pelayar web
dan aplikasi pintar pada Chrome OS, iOS serta Android dengan syarat pengguna perlu
memiliki akaun Google untuk mengakses perkhidmatan ini.
Sebuah aplikasi persidangan video yang diasaskan oleh Eric Yuan, Zoom mula
dikenali ketika bermulanya pandemik Covid-19. Seperti mana Google Classroom, aplikasi
ini juga sangat mudah digunakan dan boleh diakses pada mana-mana peranti seperti
komputer riba, komputer meja, iPAD, iPhone mahupun peranti Android. Apa yang perlu
dilakukan oleh pengguna adalah mereka hanya perlu memuat turun dan memasangnya.
Untuk menyertai sebarang persidangan menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu
klik pada pautan Zoom dalam jemputan. Aplikasi ini juga agak menyeronokkan kerana
pengguna boleh menambah latar belakang yang menarik seperti berada di luar negara atau
berada di pantai. Selain menyediakan perkongsian skrin dan ruang Chat, aplikasi
berasaskan panggilan video ini juga menawarkan tempoh masa percuma yang lama iaitu
selama 40 minit dengan paparan kualiti strim yang baik serta boleh disertai sehingga 100
orang dalam 1 masa yang sama.
Walaubagaimanapun, Zoom telah berhadapan dengan isu keselamatan siber yang
menyebabkan akaun bank beberapa pengguna telah dicerobohi. Susulan kes ini, pihak
Cybersecurity Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan Penggunaan
Aplikasi Persidangan Video Dalam Talian. Pihak kerajaan Malaysia juga telah
-
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Page
5
mengeluarkan kenyataan berkaitan penggunaan aplikasi Zoom dan menyarankan agar
menggunakan aplikasi percuma yang lain. Antara aplikasi alternatif yang lain adalah
Google Meet, Microsoft Teams, Jitsi, Webex dan banyak lagi.
Rajah 4. Garis Panduan Keselamatan Penggunaan Aplikasi Persidangan Video Dalam Talian
Satu lagi aplikasi yang banyak digunakan ketika berlakunya pandemik Covid-19 ini
adalah Google Meet yang dulunya dikenali sebagai Hangouts Meet. Persidangan video
yang premium ini, kini telah menjadi percuma kepada semua orang. Aplikasi in mempunyai
fungsi perkongsian skrin, dokumen dan kolaborasi dokumen dalam masa semasa. Di antara
ciri-ciri yang dimiliki oleh Google Meet adalah menyokong video dan audio berdefinisi
tinggi sehingga 250 peserta, kapsyen masa nyata yang dikuasakan oleh Google speech-to-
text technology dan integrasi dengan Google Calendar serta mempunyai kebolehan
merekod terus video panggilan yang dibuat ke dalam Google Drive. Akses ke Google Meet
juga mudah. Pengguna hanya perlu klik pada pautan yang dikongsikan oleh pentadbir.
Google Meet bakal menawarkan ciri menukar latar belakang kepada gambar khas seperti
aplikasi Zoom.
Rajah 5. Logo Google Meet
-
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Page
6
3.0 LANGKAH PENCEGAHAN
Disebabkan dunia telah mencatatkan jumlah kematian yang di luar pemikiran
normal manusia, pelbagai langkah telah digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) bagi membendung penularan pandemik Coronavirus (2019-nCov). Malaysia juga
tidak terkecuali berinteraksi dan menggunapakai garis panduan yang telah ditetapkan oleh
WHO bagi memastikan kemaslahatan rakyat terpelihara. Dengan termaktubnya garis
panduan yang digunapakai mampu menjadi penunjuk aras kepada Malaysia dalam
memastikan tindakan lebih bersepadu dilaksanakan sebagai usaha membendung penularan
pandemik berjangkit ini. Rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana mempunyai pakar
yang berkaliber dalam usaha menentang perang biologi 2019-nCov antaranya ialah Ketua
Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau telah dinobatkan antara
doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) dan merupakan antara tiga
doktor terbaik peringkat global dalam membasmi coronavirus, selain pakar penyakit
berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New
Zealand, Ashley Bloomfield (Khairil Anwar Mohd Amin, 2020).
Terdapat beberapa langkah-langkah pencegahan yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha membendung penularan wabak ini
termasuklah di rumah, di institusi awam dan swasta, di tempat kerja, di tempat-tempat
awam dan lain-lain lagi. Di pejabat contohnya, majikan bertanggungjawab memastikan
pejabat sentiasa bersih dan dinyahkuman. Antara tempat yang perlu disinfeksi ialah
permukaan yang mudah dicemari oleh kuman seperti ruangan kerja, tombol pintu, kaunter
perkhidmatan, papan kekunci berkomputer, di ruangan guna sama dan tempat-tempat lain
yang dikhuatiri bergejala. Majikan juga perlulah sentiasa memastikan kesihatan perkerja
yang hadir bekerja. Sekiranya terdapat pekerja yang bergejala, pekerja tersebut perlulah
diberi kemudahan cuti kuarantin bagi mengelakkan penularan wabak tersebut kepada
individu lain. Kawasan tempat pekerjaan tidak perlu ditutup sebaliknya, proses nyahkuman
secara lebih kerap perlulah dilaksanakan. Tindakan proaktif perlu dilaksanakan bagi
memastikan potensi penularan ‘local trasmission’ dapat dikurangkan. Pemeriksaan suhu
badan, pemakaian penutup mulut dan hidung (mask) dan sanitasi tangan perlu diambilberat
oleh pekerja sebelum memasuki premis bagi menjaga kesihatan diri dan individu lain.
Di samping itu, antara langkah proaktif yang boleh dilaksanakan ialah penjarakan
sosial di antara setiap individu yang hadir bekerja. Majikan perlulah memastikan
penjarakan diri pekerja sekurang-kurangnya satu meter sekiranya bergejala. Aktiviti
berkumpulan seperti mesyuarat di ruangan sempit wajar dihindarkn bagi mengelakkan
berlaku kesesakan pekerja dalm satu-satu masa. Majikan juga boleh menyediakan tempat
untuk pekerja membasuh tangan dengan sabun dan ‘hand sanitizer’ secara kerap. Dengan
mengamalkan kebersihan tangan dan diri, mampu membendung individu dari menjadi
potensi ke arah pandemik berjangkit 2019-nCov ini.
Di dalam institusi pendidikan umumnya, Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Kementerian Pengajian Tinggi telah memberi garis panduan kepada sekolah-sekolah dan
institusi awam dan swasta sebelum pembukaan persekolahan pada 24 Jun 2020. Setiap
institusi perlu memastikan pematuhan garis panduan bagi memastikan keselamatan pelajar
-
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Page
7
dan pendidik terjamin. Antara yang digariskan merangkumi penjarakan sosial satu meter di
dalam bilik kuliah, susun atur di asrama, dewan makan dan makmal. Pemeriksaan kesihatan
para pelajar meliputi suhu badan, pemakaian hand pensanitasi tangan dan pemantauan
seperti gejala demam, sakit tekak dan batuk dan sesak nafas dilaksanakan sebelum
pembelajaran berlangsung. Kementerian juga telah menggariskan untuk menggupakai
kaedah pembelajaran secara atas talian atau e-pembelajaran bagi pelajar yang tidak dapat
mengikuti pembelajaran di bilik darjah/kuliah atas faktor penjarakan sosial. Pelbagai
platform boleh digunapakai oleh para pendidik antaranya termasuk Google Classroom,
Cidos, Edmodo, Kahoot, Skype dan lain-lain yang dirasakan bersesuaian. Para pendidik
boleh menggunakan kreativiti masing-masing bagi merancang teknik yang menarik untuk
melaksanakan proses pembelajaran secara atas talian bersama pelajar.
Selain itu, setiap individu juga perlulah sentiasa cakna dalam usaha membasmi
wabak ini. Di rumah misalnya, individu perlulah memastikan tutup mulut dan hidung
menggunakan tisu sekiranya batuk atau bersin. Tisu yang telah digunakan mestilah dibuang
ke dalam tong sampah dan hendaklah basuh tangan dengan sabun dan mengamalkan
pemakaian ‘hand sanitizer’ sekiranya perlu. Elakkan dari menyentuh mata, hidung dan
mulut dengan kerap sekiranya bergejala bagi mengelakkan penularan wabak. Individu juga
boleh mengelakkan diri dari melawat ke negara-negara yang berwabak seperti Amerika
Syarikat, China dan lain-lain negara yang tersenarai dalam 18 negara yang dijangkiti wabak
(Mohd Iskandar Ibrahim, 2020). Kawalan pergerakan yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan Malaysia antara alternatif yang dianggap berjaya membendung penularan wabak
ini.
Menurut Imam Al-Bukhari, Saidina Usamah bin Zaid RA pernah menceritakan
kepada Sa’d, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu mendengar tentang
(penyebaran) wabak di sesuatu tempat maka janganlah kamu masuk. Dan sekiranya kamu
sudah berada dalam kawasan (penularan wabak) tersebut, maka janganlah kamu keluar
darinya. Al-Imam Ibn al-Qayyim telah menjelaskan beberapa hikmah Rasulullah SAW
menyarankan agar kawalan pergerakan dilaksanakan iaitu antaranya ialah mengutamakan
kesihatan manusia sejagat dimana kesejahtaeraan dan kesihatan manusia merupakan asas
kepada kehidupan. Selain itu, manusia disarankan menjauhi sebab-sebab yang boleh
membinasakan seperti menjauhi udara yang dicemari kerana dibimbangi akan mengjangkiti
orang lain dan menyebabkan ramai yang lebih sakit (Azmi, A . S. ,2020).
Justeru, kita sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara Islam wajib bersatu hati
membendung gejala n-Cov ini bersama-sama. Jangan disebabkan sikap pentingkan diri, kita
menjadi punca kepada kesengsaraan orang lain. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
berjuang bagi memerangi gejala ini. Barisan hadapan Malaysia yang telah bermati-matian
mengeluarkan keringat masa malahan nyawa mereka bagi membendung penularan kuman
ini wajarlah diberi pujian di atas segala penat lelah mereka dalam usaha membendung
penularan n-Cov ini. Memetik kata Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tan
Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, perjuangan seterusnya adalah
tanggungjawab rakyat. Barisan hadapan telah berhempas pulas dan amanah seterusnya
adalah digalas di bahu seluruh rakyat Malaysia bagi membasmi penularan wabak n-Cov ini.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlulah berganding bahu
-
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Page
8
membendung gejala ini sehingga ‘KITA MENANG DALAM PEPERANGAN INI’.
ALLAH HUAKBAR!!!
4.0 PENUTUP
Pastinya penularan pandemik covid-19 ini membuka lembaran dan cabaran baru
kepada seluruh warga pendidik. Warga pendidik perlu mengharungi kebiasaan baharu
dalam proses pengajaran dan pembelajaran PdP. E-learning masa kini bukan lagi pilihan
tetapi sudah menjadi kemestian sebagai alternatif untuk mengajar. Pelbagai platform yag
sesuai boleh terus dikuasai penggunaannya oleh para pendidik dan boleh digunapakai bagi
tujuan sistem pengurusan pembelajaran secara digital.
Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menetapkan arahan yang mana garis
panduan pengurusan operasi IPT serta garis panduan pengendalian pengajaran dan
pembelajaran perlu dipatuhi. Antara garis panduan yang telah ditetapkan adalah berkenaan
dengan keselamatan institusi, pengurusan akademik dan penilaian, pengurusan pendaftaran
serta pengajuran aktiviti pelajar. Garis panduan ini perlulah dipatuhi dari semasa ke semasa
sehingga setiap individu menjadikan norma baharu ini sebagai kebiasaan baharu dalam
meneruskan rutin harian.
REFERENCES
Azmi, A . S. (2020). 40 Hadis tentang Wabak Penyakit, 13-14. Diambil dari
https://www.researchgate.net/publication/340877686_40_HADIS_WABAK_PENY
AKIT_-_DR_SANUSI.html
Geraldine Tong (Feb 2020) Kontak rapat warga Malaysia pertama dijangkiti koronavirus
dikesan. Diambil dari https://www.malaysiakini.com/news/510091
Hakim Zazli(2020, Jun 20). Google Meet ikut Zoom, bakal hadir dengan ciri kaburkan latar
belakang. https://bm.technave.com/google-meet-ikut-zoom-akan-hadir-dengan-ciri-
kabur-dan-latar-belakang-12641
Imran Abdul Jabar (2020). Zoom Aplikasi Mesyuarat Online: Isu Keselamatan dan
Aplikasi Alternatif. https://sifoo.com/zoom-aplikasi-mesyuarat-online-isu-
keselamatan-dan-aplikasi-alternatif/
Jay J. Van Bavel et al. Using social and behavioural science to support COVID-19
pandemic response. May 2020, 460-471
Mohd Iskandar Ibrahim (2020). Diambil dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/651509/who- isytihar-
darurat-perkongsian-maklumat-gerak-kerja-akan-lebih.html
https://www.researchgate.net/publication/340877686_40_HADIS_WABAK_PENYAKIT_-_DR_SANUSI.htmlhttps://www.researchgate.net/publication/340877686_40_HADIS_WABAK_PENYAKIT_-_DR_SANUSI.htmlhttps://www.malaysiakini.com/news/510091https://bm.technave.com/google-meet-ikut-zoom-akan-hadir-dengan-ciri-kabur-dan-latar-belakang-12641https://bm.technave.com/google-meet-ikut-zoom-akan-hadir-dengan-ciri-kabur-dan-latar-belakang-12641https://sifoo.com/zoom-aplikasi-mesyuarat-online-isu-keselamatan-dan-aplikasi-alternatif/https://sifoo.com/zoom-aplikasi-mesyuarat-online-isu-keselamatan-dan-aplikasi-alternatif/
-
JUADAH MINDA JKE 2020 / EMPOWERING TECHNOLOGY TOWARDS IR 4.0
Page
9
Muhammad Yusri Muzamir (2020). Diambil dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653461/malaysia-kongsi-
maklumat-coronavirus-dengan-asean-who.html
Norhidayah Hairom(2020, April 17). Carian 'Google Classroom' di Malaysia tertinggi di
dunia. https://www.sinarharian.com.my/article/79328/BERITA/Nasional/Carian-
Google-Classroom-di-Malaysia-tertinggi-di-dunia
PKP beri peluang guru berjinak dengan pendidik digital(2020, April 22). Diambil dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680093/pkp-beri-peluang-
guru-berjinak-dengan-pendidikan-digital.html
Zailah Zainudin, James Ang Jit Eng (May 2020). Wacana Profesional: Norma Baharu
Dalam PAK21:Pasca Covic-19. Retrieved from
https://www.youtube.com/user/drzailah.
Khairil Anwar Mohd Amin (2020, April 15). Diambil dari
https://www.sinarharian.com.my/article/79092/KHAS/Koronavirus/Noor-Hisham-
antara-tiga-doktor-terbaik-diyakini-di-dunia.html
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653461/malaysia-kongsi-maklumat-coronavirus-dengan-asean-who.htmlhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/653461/malaysia-kongsi-maklumat-coronavirus-dengan-asean-who.htmlhttps://www.sinarharian.com.my/article/79328/BERITA/Nasional/Carian-Google-Classroom-di-Malaysia-tertinggi-di-duniahttps://www.sinarharian.com.my/article/79328/BERITA/Nasional/Carian-Google-Classroom-di-Malaysia-tertinggi-di-duniahttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680093/pkp-beri-peluang-guru-berjinak-dengan-pendidikan-digital.htmlhttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/680093/pkp-beri-peluang-guru-berjinak-dengan-pendidikan-digital.htmlhttps://www.youtube.com/user/drzailahhttps://www.sinarharian.com.my/article/79092/KHAS/Koronavirus/Noor-Hisham-antara-tiga-doktor-terbaik-diyakini-di-duniahttps://www.sinarharian.com.my/article/79092/KHAS/Koronavirus/Noor-Hisham-antara-tiga-doktor-terbaik-diyakini-di-dunia