Download - Isu remaja 1
ISU MORAL REMAJA
Apakah yang dimaksudkan dengan
ISU REMAJA?Segala persoalan dan tingkah laku remaja yang
dianggap menyalahi dan bertentangan dengan nilai-nilai dan pegangan moral.
Masalah sosial, vandalisme, penyalahgunaan dadah, pengaruh budaya kuning/barat, buli, lari dari
rumah, lepak, mencuri/merompak/menyamun, ragut, jenayah seks/rogol/sumbang mahram, seks
rambang/pergaulan bebas/bohjan/homoseksual, keruntuhan akhlak, merokok, lumba haram/mat rempit, gengsterisme, ponteng sekolah dan pembuangan bayi
PUNCA/ FAKTOR/ SEBAB
1. INSTITUSI KEKELUARGAAN YANG GOYAH
☺ Hubungan kekeluargaan yang longgar.
☺ Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang negatif.
☺ Keluarga yang terlalu memberikan kebebasan (bersikap terbuka yang keterlaluan).
☺ Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak.
☺ Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi.
☺ Penceraian ibu bapa.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
☺ Tersalah memilih kawan yang bersikap negatif/ mempunyai masalah disiplin.
☺ Perlakuan negatif disokong oleh rakan.
☺ Menyahut cabaran daripada rakan sebaya.
3. Pegangan agama yang rapuh
☺ Didikan agama yang kurang.
☺ Ibu bapa lalai dengan hal-hal duniawi.
4. Pengaruh media massa (media cetak, elektronik, internet dan lain-lain).
☺ Media elektronik menyiarkan rancangan yang berunsurkan keganasan.
☺ Rancangan dari barat yang memaparkan gaya hidup yang bebas/mewah.
☺ Memaparkan adegan remaja melawan ibu bapa kerana memperjuangkan hak kebebasan mereka
☺ Lambakan bahan picisan yang berunsurkan seks.
☺ Menyalurkan maklumat tentang fesyen-fesyen terkini.
☺ Penyebaran budaya kuning.
5. SIKAP REMAJA ITU SENDIRI
☺ Sikap remaja itu sendiri.
☺ Sikap dahaga akan keseronokan.
☺ Tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa.
☺ Kurang keyakinan pada diri sendiri.
☺ Mangsa penderaan.
6. SIKAP MASYARAKAT
☺ Sebahagian masyarakat bersikap apati, individualistik dan materialistik.
☺ Mementingkan soal kebendaan.
☺ Kebanyakan masalah sosial berlaku di bandar.
☺ Kebanyakan penduduk tidak ambil peduli tentang hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka.
KESAN/ IMPLIKASI/ MASALAH YANG TIMBUL
1. MENGGUGAT KESEJAHTERAAN SOSIAL
☺ Remaja menjadi liar.
☺ Mengganggu ketenteraman awam.
2. Membantutkan pembangunan negara
☺ Remaja tidak berupaya memberikan sumbangan kepada negara.
☺ Menggagalkan usaha kerajaan melaksanakan dasar dasar pembangunan dengan berjaya.
3. MENJEJASKAN IMEJ NEGARA
☺ Negara-negara lain akan memandang rendah kredibiliti negara kita.
☺ Masalah sosial yang membabitkan pelancong asing akan mendapat liputan yang meluas oleh pihak media.
4. MENCEMARKAN MARUAH NEGARA
☺ Masyarakat hilang kepercayaan terhadap keluarga tersebut.
☺ Menjejaskan masa depan adik-beradik yang lain.
☺ Menjejaskan emosi keluarga.
5. MENJEJASKAN MASA DEPAN REMAJA
☺ Terlibat dengan gejala sosial menyebabkan mereka menjadi sampah masyarakat.
☺ Tidak mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas pada masa depan.
☺ Sukar mendapat semula kepercayaan daripada masyarakat.
☺ Hidup terumbang –ambing.
LANGKAH MENGATASI/ MENANGANI/ MEMBENDUNG
1. PERANAN INSTITUSI KEKELUARGAAN
☺ Hubungan kekeluargaan.
☺ Meluangkan masa dengan anak-anak.
☺ Ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak mereka.
☺ Pendidikan agama.
☺ Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak.
☺ Menjadi role model kepada anak-anak.
2. PERANAN MASYARAKAT
☺ Memberikan sokongan yang padu terhadap semua program yang dianjurkan oleh kerajaan.
☺ Membantu membimbing remaja yang tersalah langkah.
☺ Menerima kembali remaja yang tersalah langkah dengan hati yang terbuka.
☺ Mengaktifkan/menubuhkan Rukun Tetangga (RT) di kawasan tempat tinggal.
3. PERANAN SEKOLAH
☺ Pihak sekolah mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah disiplin.
☺ Sentiasa memaklumkan kes salah laku kepada ibu bapa
☺ Pelajar yang bermasalah diberikan hukuman berbentuk kerja amal.
☺ Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
4. PERANAN MEDIA MASSA
☺ Berhati-hati memilih bahan yang ingin disiarkan dan diterbitkan.
☺ Mengutamakan bahan yang bermutu.
☺ Tidak mementingkan keuntungan semata-mata
5. PERANAN KERAJAAN
☺ Melancarkan pelbagai kempen untuk pembangunan masyarakat, keluarga dan remaja.
☺ Kempen dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja.
☺ Menguar-uarkan kempen hingga ke kawasan luar bandar.
Semoga BermanfaatOrang Melayu Orang Putih,Thank You, Terima Kasih