Download - Isu Falsafah Barat Menurut Islam
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
1/24
ISU ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM
NURF
ARAHEEN BINTI
MOHD
NASIR
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian
Sains Kognitif)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA
S R
W K
2011)
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
2/24
PENGH RG N
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji
bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad SA
W
Saya amat bersyukur ke hadrat Allah SWT yang memberi
kekuatan kepada saya bagi menyiapkan projek ini.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan ucapan
terima kasih terutamanya kepada penyelia projek Dr. Zaimuariffudin Shukri b
Nordin di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar beliau bagi menyiapkan projek
ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada kedua ibu bapa saya En. Mohd
Nasir dan Pn. Saliha yang sentiasa menjadi sumber inspirasi dan memberi
sokongan sepanjang menyiapkan projek ini. Terima kasih juga diucapkan kepada
rakan-rakan baik yang sentiasa sedia membantu dan memberi semangat sepanjang
melaksanakan projek ini.
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
3/24
lSI K NDUNG N
Penghargaan
lsi
Kandungan
Senarai
Gambarajah
Abstrak
Abstract
BABI PENDAHULUAN
1 0
Pengenalan
1 1 Falsafah
1 2
Falsafah Islam
1 3
Latar Belakang Kajian
1 4
Objektif Kajian
1 5
Gambarajah
1 6
Kesimpulan
B B
2
SOROT N K JI N LEP S
2 0
Pengenalan
2 1
Agama Islam
2 2
Falsafah
2 2 1 Ciri F alsafah
2.2.2
Persoalan Falsafah
2 2 3
Kategori Falsafah
2.2.4
Sejarah Falsafah di Tanah Melayu
2 3
Falsafah
menurut
Islam
2 3 1 Ciri Khas Falsafah Islam
2.3.2
Tokoh tooh
Falsafah Islam
2 4 Falsafah menurut Pandangan Barat
2 5 Materialisme
2 6
Dualisme
2 7
Naturalisme
2 8 Kesimpulan
Muka surat
IV
VI
1
1
2
6
8
8
9
10
10
11
12
13
14
15
16
18
19
21
21
23
24
25
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
4/24
BAB 3 KAEDAH KAJIAN
3.0
Pengenalan 26
3.1
Bentuk Kajian 27
3.2 Bahan Kajian
28
3.3
Kaedah Kajian
28
3.4
Limitasi Kajian
29
3.5
Kesimpulan
29
BAB 4 PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan 30
4.1 N aturalisme
30
4.1.1 Konsep Manusia 30
4.1.2 Kejadian Manusia Berdasarkan Sumber AI-Quran
31
4.1.3 Kejadian Manusia Pertama 39
4.
1.4 Ciri-Ciri Keistimewaan Manusia
40
4.1.5 Kejadian Manusia mengikut Falsafah Barat
40
4.1.6 Teori Evolusi
41
4.2
Materialisme
43
4.2.1 Fahaman Materialisme menurut Barat
43
4.2.2 Fahaman Materialisme berdasarkan Islam 43
4.3 Dualisme
46
4.3.1 Fahaman Dualisme menurut Barat
46
4.3.2 Fahaman Dualisme menurut Islam
47
4.4 Kesimpulan
48
BAB 5 - KESIMPULAN
5.0
Pengenalan 49
5.1
Perbezaan di antara Falsafah Islam
dan
Falsafah Barat 49
5.2 Isu-isu yang bertentangan antara Falsafah Islam
dah
Falsafah Barat 50
5.2.1 Isu Ketuhanan 50
5.2.2 Isu Kebendaan 52
5.2.3 Isu kejadian Manusia 54
5.3
Persamaan antara Falsafah Islam dan Falsafah Barat 55
5.4
Limitasi Kajian 57
5.5
Cadangan
57
5.6
Kesimpulan 57
RUJUKAN
59
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
5/24
SENARAIGAMBARAJAH
Gambarajah
1:
Fa1safah Islam
d n
Cabangnya
Gambarajah 2: Model Interaktif Analisis Data Kualitatif
SENARAI AYAT-AYAT AL-QURAN
Muka surat
28
BABI PENDAHULUAN
Surah an-Nahl
Surah al-Baqarah
BAB 4 PERBINCANGAN
Surah an-Nahl
Surah al-Qiyamah
Surah al-Mukminun
Surah al-Insan
Surah as-Sajdah
Surah aI-Hajj
Surah a1 A1aq
Surah al-Mukminun
Surah as-Sajdah
Surah an-Najm
Surah an-Nisa
Surah as-Sajdah
Surah al-Hijr
Surah an-An am
Surah al-Qaaf
Surah al- Ankabut
BAB 5 KESIMPULAN
Surah an-An am
Surah al-Waqiah
Surah
a1
Humazah
Surah at -T aubah
Surah at-Tiin
Surah al-A la
Surah as-Sajdah
16:125
2:269
16:4
75:37
23:13
76:2
32:8
22:5
96:2
23:14
32:9
53:45
4:1
32:7
15:29
6:106
50:16
29:46
6:162
56:1
104:1-4
9:103
95:4
87:2
32:9
4
5
33
33
34
34
35
35
36
37
37
38
39
39
30
44
45
45
51
52
53
54
54
55
56
iv
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
6/24
BSTR K
ISU-ISU FALSAFAH BARAT MENURUT PANDANGAN ISLAM
NURF ARAHEEN
MOH
NASIR
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan antara isu-isu yang terdapat di dalam
falsafah terutama yang berkaitan dengan falsafah minda. Ia juga akan mengkaji
mengenai falsafah perbandingan sesuatu isu itu
dan
sudut pandangan Islam dan barat.
Perbandingan antara kedua ini akan menghasilkan persamaan dan perbezaan
mengenai sesuatu isu itu. eon yang dikemukakan di dalam isu ini adalah mengenai
dualisme materialisme dan Darwin. Huraian mengenai teori menunjukkan
sebahagiannya boleh diterima dan ada sebahagian lagi yang bertentangan dengan
Islam. Kajian ini adalah kajian yang berpaksikan Islam sebagai penanda aras. Isi-isi
yang berkenaan dan sesuai dengan Islam diterima di dalam kajian ini walaupun ianya
adalah dari falsafah barat. Teori dualisme adalah bersesuaian dengan Islam dan juga
barat sementara teon materialisme bertentangan dengan Islam kerana lebih
mementingkan aspek material tanpa ada nilai roh atau kerohanian.
v
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
7/24
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
8/24
BABI
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Bab ini mempunyai dua bahagian yang membincangkan secara umum
mengenm falsafah Islam dan falsafah barat. Di dalam bahagian ini Juga
membincangkan permasalahan yang berkaitan antara kedua-dua falsafah.
1.1 Falsafah
Perkataan "falsafah" berasal dari bahasa Greek (Y unani) mengandungi dua
sukukata, iaitu philo yang membawa maksud cinta, dan sophia membawa maksud
hikmat (Abdul Jalil, 1979). Apabila kedua-dua sukukata ini dicanturnkan akan
menjadi Philosophia yang membawa erti cintakan hikmat. Perkataan ini te1ah
digunakan secara meluas oleh orang Arab dan Islam dengan mengubah sedikit
pada bunyinya sehingga menjadi falsafah, dan ahli-ahli yang terlibat dalam bidang
ini digelar failasuf Dalam bahasa Inggeris perkataan Philo sophia ini disebut
Philosophy dan individu yang mahir dalam ilmu ini disebut Philosopher (Abdul
Jalil, 1979).
Menurut pakar-pakar bahasa, perkataan philosophia mula digunakan kira
kira dalam abad ketujuh sebelum Masihi. Individu yang mula-mula menggunakan
1
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
9/24
perkataan ini ialah seorang ahli falsafah berbangsa Greek bernama ythagoras
yang dilahirkan dalam 588 sebelum Masihi (Abdul Jalil, 1979). Perkataan
Philo sophia ini wujud disebabkan peningkatan kegiatan-kegiatan yang melibatkan
pemikiran yang begitu pesat pada mas a itu, menyelidik dan membahaskan rahsia
rahsia kejadian alam, persoalan metafisika dan masalah-masalah yang berhubung
dengan persoalan etika.
Falsafah adalah bidang ilmu yang te ah wujud bersamaan dengan
kewujudan manusia ke dunia ini, namun falsafah sebagai satu ilmu hanya bermula
pada zaman permulaan Yunani Kuno di Eropah pada permulaan abad. Bidang
perbahasan falsafah adalah sangat luas, ia meliputi perbahasan dan perbicaraan
tentang segala benda hidup yang wujud di alam ini, sarna ada berkaitan manusia,
binatang ataupun alam sekitar serta makhluk hidup yang lain. Perbahasan falsafah
akan kembali kepada pertanyaan yang penuh keraguan seperti 'Siapakah pencipta
alam
in
iT , 'Siapakah yang menggerakkan tangan?' atau 'Siapakah tuan punya
keindahan alam ini?'. Semua pertanyaan ini menembusi ruang metafizik yang
tidak dapat ditembusi oleh lima pancaindera yang lain, hanya pancaindera keenam
yang dapat menembusi ruang tersebut iaitu dengan cara berfikir dan menggunakan
akal sebaik-baiknya.
Falsafah merupakan induk kepada segala ilmu, kerana itulah para tokoh
Yunani yang terkenal sebagai filosuf agung, seperti Socrates, Aristotle dan Plato
terus diikuti dan banyak buku-buku karangan mereka menjadi rujukan oleh para
mahasiswa sehingga kini.
1 2 alsafah Islam
Sebelum kelahiran Islam, tiada istilah falsafah di Tanah Arab. AI-Ghazali,
seorang tokoh fldsafah Islam menegaskan ilmu kalam tidak dapat menghasilkan
kesan pernik iran falsafah Islam yang sebenar walaupun para ahli ilmu kalam cuba
menyakinkan peranan akal, namun mereka sendiri tidak terdaya untuk mencapai
kebebasan akal yang sebenar (Mahmud Hamdi, 1993). Falsafah Yunani yang
2
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
10/24
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai pengaruh yang besar terhadap
pemikiran Islam. Pada ketika itu, falsafah dilihat sebagai salah satu cara yang
dapat membuka pandangan baru kepada pemikiran yang lebih kritis dan logik
tetapi disalahgunakan terhadap kepercayaan yang salah khususnya dalam bidang
ketuhanan.
Dalam bidang ketuhanan mereka telah membuat keputusan, kesimpulan dan
rumusan hanya mengikut sangkaan dan andaian sahaja. Al-Ghazali menolak
sekeras-kerasnya aliran falsafah sezaman beliau dan telah membuat kritikan yang
keras dan hebat (Mahmud Hamdi, 1993). Di sebalik motifkritikan beliau itu yang
bukan sahaja berusaha untuk membasmi ajaran falsafah yang merosakkan akidah,
malah kritikan beliau juga mempunyai motif atau dorongan yang bersifat falsafah.
Beliau merasakan bahawa ahli falsafah yang lain tidak dapat memelihara kesucian
akal kerana mereka tidak dapat mewujudkan syarat-syarat sebenar yang
diperlukan dalam bidang falsafah menerusi bidang ketuhanan. Mereka memaksa
akal manusia supaya menguasai sepenuhnya ke atas segala sesuatu kejadian
walaupun ianya mengorbankan akidah dan mengubah ajaran falsafah yang tidak
adil untuk kepentingan akidah. Namun, Al-Ghazali telah menjelaskan bahawa
huraian yang benar-benar tepat tentang falsafah Aristotle di kalangan bangsa Arab
hanya dapat diungkapkan oleh Al-Farabi dan Ibnu Sina (Mahmud Hamdi, 1993).
Hasil terjemahan daripada falsafah Aristotle oleh pemikir lain tidak sempurna dan
tidak tepat serta mengelirukan pembaca.
Menurut pemahaman Islam yang sebenar, falsafah merupakan satu usaha
untuk mencari kebenaran. Pencarian kebenaran maksud disebalik hakikat hidup
juga merujuk kepada falsafah dalam Islam. Hakikat hidup yang sebenar hanya
Allah sahaja yang mengetahuinya. Segala yang difikirkan menggunakan akal
fikiran sendiri merupakan falsafah individu itu sendiri dan jika tidak bersandarkan
kepada kitab Allah, adalah tidak benar, tidak mutlak dan hanya bersifat relatif
maka, timbullah pelbagai falsafah hasil pemikiran manusia seperti liberalisme,
idealisme dan kapitalisme. Jika sesuatu falsafah itu datangnya dari Allah, prinsip
dan matlamatnya adalah sarna (Mahmud Hamdi, 1993).
3
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
11/24
Falsafah Islam ialah falsafah yang mencintai hikmat atau kebenaran
berteraskan wahyu, iaitu AI-Quran dan As-Sunnah. Maka apabila seseorang Islam
yang faham Islam memb incangkan mengenai falsafah, tidak kira sarna ada
falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya
tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat
slam
Sebaliknya, seorang Islam
yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami
falsafah lain daripada Islam, menjadikannya sangat susah untuk menerima
falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal
bertentangan dengan kehendak Islam.
Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam AI-Quran dengan maksud
yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Menurut surah An-Nahl ayat 125,
hikmah dapat membezakan antara yang hak dan yang batii.
Maksudnya:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang
baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.
(Surah an-NahI16:125)
Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "hikmah itu ialah
memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya". Ilmu diperlukan kerana ilmulah
penyuluh untuk mengenal dan memahami sesuatu perkara (Muhammad Nasir,
1978). Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Menurut versi yang lain
4
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
12/24
Muhammad Abduh mengatakan bahawa "hikmah itu ilmu yang benar yang
menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah."
Orang yang mempunyai hikmah ini digelar 'Hakeem'. Ia bermaksud orang
yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus
(Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu
yang tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah:
Maksudnya:
Dia memberikan hikmah kepada siapa yang Dia kehendaki. Barang siapa diberi
hikmah, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak. Dan tidak ada yang
dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang mempunyai aka sihat.
(Surah al-Baqarah 2:269)
Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan
setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini
jelas seperti cerita Luqman aI-Hake em di dalam AI-Quran. Falsafah Islam cuba
mencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha mencari dan
berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan
oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka
akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan amanah yang
diberikan oleh Allah. lni adalah berdasarkan kepada ayat-ayat
55
surah Az
Zariyat, 30 AI-Baqarah,
72
AI-Ahzab, 72 Al-A
r f
dan lain-lain.
5
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
13/24
1 3 Latar belakang kajian
Para pemikir falsafah Barat tidak sepakat dalam memberikan definisi
agama. Mereka menyifatkan agama dari sudut yang berbeza. Hal ini
menyebabkan kefahaman mereka terhadap agama cetek dan tidak adil terhadap
Islam. Ahli falsafah terkenal memberikan definisi masing-masing, ada yang
mengatakan agama itu tidak lebih daripada konsep akhlak, ada juga yang
mengatakan agama itu sesuatu yang menyentuh hal-hal rohaniah sahaja, ada pula
yang mendefmisikan agama dengan upacara penyembahan. Pendapat-pendapat
tersebut bertentangan dengan agama Islam Mohd Sulaiman, 1982).
Falsafah moden pada hari ini lebih menyerupai kepada falsafah barat
semasa zaman kebangkitan ahli-ahli falsafah seperti Socrates, Plato, AristotIes
dan Descartes. Terdapat banyak pertentangan atau perbezaan dalam perdebatan
yang berlaku antara falsafah Islam dan falsafah barat. Perbezaan ini telah
didedahkan sendiri oleh beberapa penulis sejarah falsafah dari Barat sendiri
seperti Oswal
Ku1pe
profesor di beberapa Universiti Jerman dalam buku yang
bertajuk Penghantar Ilmu Falsafah, 1895 Mohd Sulaiman, 1982);
J. Dewey
da1am
bukunya yang bertajuk Mencari Keyakinan Mohd Sulaiman, 1982),
demikian juga daripada beberapa penulis sejarah falsafah Islam seperti
rof
Dr.
Ahmad Amin,
Dr.
Naguib Mahfuz, Dr. Taufiq Tawil dan
rof
Yusof Karam
dalam buku yang bertajuk Sejarah Falsafah Moden Mohd Sulaiman, 1982).
rof Yusof Karam Mohd Sulaiman, 1982) merupakan seorang yang
berpengetahuan luas samada dalam ilmu pengetahuan atau pengalamannya, di
samping tegas dan mendalam dalam penyelidikannya telah men cat atkan:
Kurun ke-16 merupakan satu kurun y ng penuh
d st
dengan
perlentangan, percanggahan, dan kesimpang-siuran dalam pemikiran.
hilang peraturan dan disiplin, putus ikatan agama dan pertalian
keluarga serta perhubungan sosial; fanatik kesllkuan dan perkauman
yang menjadi punca peperangan kerana menjaga kepentingan
6
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
14/24
kepentingan golongan agama dan politik. Perkara yang menjadi
tegahan bias a telah menjadi harus dan halal demi keselamatan raja
dan pemerintah. Inilah di antara keistimewaan falsafah zaman
kebangkitan yang
juga menjadi keistimewaan falsafah moden yang
dapat dikembalikan kepada dua sebab. Pertama, sikap egoisme yang
melampaui batas sarna ada dalam bidang kesusasteraan, agama atau
dalam bidang politik. Kedua, pemusatan yang berlebihan kepada
sains atau ilmu alat serta usaha untuk mempraktikkannya untuk
menambah keseronokan atau kemewahan hidup. Kesemuanya ini
telah mengesani falsafah yang dipisahkan dari agama. i samping
itu, ada
juga
yang mencampur-adukkan beberapa aliran falsafah
yang berlainan dan bertentangan ke dalam satu acuan. Tetapi
generasi manusia masih tetap dalam kebimbangan dan hilang tempat
pegangan. Jikalau ada yang mempunyai pegangan tetapi kerap dan
cepat mengubah pegangan tersebut. (m.sl?)
Prof
Yusof
Karam (Mohd Sulaiman, 1982) mengakhiri penulisannya
dengan satu hukuman yang tepat dengan kedudukan falsafah barat atau moden.
"Zaman sekarang sangat memerlukan kepada pembinaan falsafah
yang menjamin atau dijamin oleh agama dan akhlaq, te tap i
malangnya zaman sekarang tidak mempunyai syarat dan asas yang
cukup mengenai ilmu falsafah. memang tidak dinafikan segala usaha
telah dicurahkan sehabis-habisan te tap i binaan falsafah itu tidak
dapat berdiri dengan teguh dan kukuh selagi tidak didirikan atas asas
yang konkrit iaitu asas keimanan dan keprcayaan kepada aka .
Falsafah moden sekarang terumbang-ambing antara penepian dan
keingkaran pada aka
I
sebaliknya tunduk kepada kecetekan dan
kesulitan yang lahir dari kebendaan semata-mata.
"
(m.s18
7
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
15/24
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
16/24
Berdasarkan falsafah menurut prmSlp agama Islam, falsafah diistilahkan
sebagai cintakan hikmat. Meurut Islam, hikmat terbahagi kepada dua iaitu
berdasarkan Ma rifatu Llah (haqiqat ketuhanan) dan juga Ma rifatu l-Khayr
(haqiqat kebaikan). Oleh kerana hikmat itu hanya kepunyaan dan kekuasaan pada
Allah S.W.T sahaja, maka manusia yang inginkan hikmat itu perlu mencintai dan
mempercayai kewujudan hikmat tersebut. Cinta di sini mempunyai pengertian
yang positif sebagai pemyataan dari rasa cinta iaitu daya usaha atau percubaan
manusia untuk mendapatkan hikmat. Hikmat atau nama lain ialah Ghayah atau
matlamat manakala falsafah pula dikenali sebagai nama Wasilah. Ertinya di sini,
Wasilah atau falsafah merupakan jalan atau asas manusia untuk mencintai,
mencari dan memburu Ghayah atau Hikmat. Falsafah berdasarkan prinsip agama
Islam (Mohd Sulaiman, 1982).
1 6 Kesimpulan
Bidang falsafah yang sebenar adalah bidang metafizik. Dalam bidang ini,
Islam menekankan akidah ketuhanan sebagai asas dalam intisarinya. Falsafah
yang menyisihkan unsur ketuhanan dan akhlaq, atau menyisihkan unsur
kebenaran adalah falsafah yang telah ke1uar dari keadaan falsafah itu sendiri. Ia
akan menjadi falsafah kebendaan yang akan me1ahirkan pertentangan atau
percanggahan dan kemudiannya akan menghasilkan perbalahan antara manusia.
Kesimpulan ini adalah selaras dengan falsafah berdasarkan prinsip agama Islam.
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
17/24
BAB2
SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0 Pengenalan
Bab ini mengandungi tiga bahagian yang menerangkan mengenai sorotan
kajian lepas yang berkaitan dengan falsafah barat serta teori-teori yang berkaitan
iaitu materialisme, dualisme serta naturalisme, falsafah Islam dan sedikit
penerangan mengenai Agama Islam.
2.1 Agama Islam
Perkataan agama, ugama atau igama, berasal dari bahasa Sanskrit yang
memberi maksud kepercayaan dan pegangan berkenaan ibadat dan perkara
perkara ghaib seperti Tuhan dan hari kiamat (Abdul Jalil, 1979). Dalam bahasa
Inggeris, agama disebut sebagai religion yang berasal dari bahasa Latin iaitu
religio yang membawa maksud kepercayaan tentang Tuhan serta rendah diri.
Menurut Endang Saifuddin Anshari di dalam bukunya yang bertajuk
Sains
Falsafah dan Agama menerangkan agama secara umumnya membawa maksud
suatu sistem kepercayaan terhadap adanya sesuatu yang mutlak di luar
kemampuan manusia. Menurut bahasa Arab, perkataan agama diterjemahkan
10
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
18/24
kepada Ad-Din yang bermaksud satu cara hidup yang ditentukan oleh Allah
S.W.T.
Agama Islam menurut Endang Saifuddin Anshari, ialah agama yang
diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasul-Nya untuk disampaikan kepada
manusia setiap masa. Agama Islam juga merupakan suatu sistem keyakinan dan
tata ketentuan Ilahi yang mengatur segala kehidupan manusia dalam pelbagai
hubungan, baik hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama
manusia, atau hubungan manusia dengan alam lain. Agama Islam bersumberkan
kitab suci Al-Quran sebagai penyempurnaan wahyu-wahyu Allah S.W.T yang
ingin disampaikan kepada manusia. Menurut bahasa Arab, Islam bermaksud
tunduk atau patuh. Agama Islam merupakan agama yang tunduk dan patuh kepada
Allah S.W.T. Islam telah lahir dalam suasana Semenanjung Tanah Arab dipenuhi
dengan pelbagai corak agama.
Definisi Islam juga dapat difahami ketika Jibril dtg bertanya Rasulullah
tentang Islam: Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam Rasulullah
menjawab Engkau mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi
Muhammmad ialah pesuruh-Nya, mendirikan solat, mengeluarjkan zakat, puasa
bulan ramadhan dan menunaikan haji ke baitullah jika engkau mampu .
2 2 Falsafah
Menurut Al-Farabi seorang tokoh falsafah muslim terkenal sebagai penafsir
Aristotles mengatakan bahawa falsafah berasal dari bahasa Greek (Yunani) yang
dipinjam oleh bahasa Arab, iaitu berasal dari kata philo sophia. Philo bererti cinta
dan sophia bererti hikmah, dan oleh kerana itu philo sophia bererti cintakan
hikmah atau cintakan kebenaran. AI-Farabi (Ahmad Rafaai, 1994) juga
merumuskan, falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud dan
bertujuan meyelidiki hakikatnya yang sebenar. Ahli-ahli falsafah membuat
banyak rumusan mengenai kandungan makna falsafah. Antaranya adalah seperti
(Ahmad Rafaai, 1994):
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
19/24
0
Plato 427sm-348sm)
Seorang ahli falsafah Yunani yang menyatakan falsafah tidaklah lain
daripada segala yang ada. Falsafah adalah ilmu pengetahuan yang berminat
mencapai kebenaran yang asH.
0
Aristotles 382sm-322sm)
Falsafah menyelidiki sebab dan as as segala benda.
0 Immanuel Kant 1724sm-1804sm) menyatakan bahawa falsafah ialah
ilmu pokok pangkal segala pengetahuan yang melibatkan empat persoalan
iaitu Endang Saifuddin Anshari,1982):
,, Apakah yang dapat kita ketahui?
Jawapan: Metafisika
,, Apakah yang boleh kita lakukan?
Jawapan: Etika
,,
Sampai dimanakah pengharapan kita?
J awapan: Agama
,,
Apakah sebenarnya yang dinamakan sebagai manusia?
Jawapan: Antropologi
Drs. H Hasbullah Bakry membuat rumusan bahawa ilmu falsafah adalah
ilmu yang menyelidiki sesuatu dengan mendalam mengenai ketuhanan, alam
semesta dan manusia sehingga dapat menghasilkan pengetahuan tentang
bagaimana hakikatnya sejauh yang yang dapat dicapai akal manusia dan
bagaimana sikap manusia itu seharusnya setelah mencapai pengetahuan itu
Ahmad Rafaai, 1994).
2 2 1 Ciri Falsafah
Berfalsafah ertinya berfikir. T etapi tidak semua orang yang berfikir digelar
ahli falsafah atau filsuf Berfalsafah adalah berfikir secara bersungguh-sungguh
12
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
20/24
dengan ketentuan batas atau aturan. BerfIkir secara falsafah rnengandungi tiga
ciri, iaitu (Ahmad Rafaai, 1994):
Radikal
Radikal berasal daripada perkataan bahasa Yunani iaitu radix yang bererti
akar. Falsafah rnernerlukan corak pernikiran yang tajarn supaya dapat
berfIkir sedalarn-dalamnya kepada akar sesuatu rnasalah dan
rnenyelesaikannya dengan penuh tanggungjawab.
Sisternatik
BerfIkiran secara sisternatik bererti berfIkiran secara logik rnengikut
langkah atau susunan yang betul dan saling berhubung dengan teratuf.
Sejagat
Sejagat berrnaksud urnurn atau rnenyeluruh. Dalarn corak pernik iran ini,
pernikiran tidak terbatas pada bahagian-bahagian tertentu, tetapi
rnerangkurni keseluruhan persoalan. BerfIkir rnengenai
rnanUSla
bukan
sahaja rnengetahui rnasyarakat Melayu, tetapi jug rnerangkurni rnasyarakat
benua Afrika, Eropah, India dan lain-lain.
2 2 2 Persoalan Falsafah
Persoalan atau rnasalah falsafah rnerupakan topik yang sering diperdebatkan
dalarn bidang falsafah. Persoalan falsafah sentiasa disifatkan sebagai soalan yang
sangat rurnit, dan rnernerlukan pernikiran yang bersungguh-sungguh untuk
rnenyelesaikannya. Sesuatu persoalan akan rnenjadi soalan falsafah apabila so alan
itu tidak dapat diselesaikan rnelalui kaedah kajian atau kaedah sains. Biasanya,
persoalan falsafah rnelibatkan persoalan yang berkaitan konsep, ideologi, dan
jug
perkara-perkara lain yang abstrak. Contoh soalan falsafah adalah seperti:
Apakah kehidupan?
Apakah cantik?
3
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
21/24
", Apakah yang dimaksudkan dengan kepandaian?
", Apakah ilmu pengetahuan?
Bidang falsafah memberikan nilai yang tinggi kepada so alan yang baik
ataupun nilai yang mempunyai nilai falsafah kerana soalan yang baik menjanjikan
jawapan yang baik. lni bermaksud soalan-soalan epistemologi yang ditanyakan
pada zaman dahulu seperti, "Apakah kebenaran? Apakah ilmu pengetahuan?"
sebenarnya pada zaman kini telah memajukan bidang sains dan tekno logi dimana
untuk mencari kebenaran, bidang sains dan teknologi perlu membuat kajian yang
teliti.
2.2.3 Kategori alsafah
Falsafah dapat dikategorikan kepada lima bidang berdasarkan persoalannya,
iaitu (Mohd Sulaiman, 1982):
", Metafizik
Bidang falsafah
lll
memikirkan tentang kewujudan sesuatu.
Soalannya berbentuk.
../ Apakah jenis benda yang wujud?
../ Apakah sifat semulajadi(nature) benda tersebut?
../ Apakah yang dikatakan sedar?
../ Adakah Tuhan wujud?
", Epistemologi
Bidang falsafah ini memikirkan tentang ilmu pengetahuan. Contoh
soalannya adalah seperti:
../ Apa itu pengetahuan?
../ Adakah ilmu pengetahuan benar-benar wujud?
../ Bagaimana kita tahu apa yang kita tahu?
../ Bagaimana kita tahu terdapat minda yang lain?
4
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
22/24
- Etika
Bidang falsafah ini memikirkan tentang kemoralan manusia. Antara
soalannya adalah:
/
Adakah terdapat perbezaan antara tindakan bermoral dan
tindakan yang salah? Jika ada, apakah perbezaannya? Tindakan
yang mana adalah betul dan tindakan mana yang salah? Adakah
nilai tersebut mutlak atau perbandingan semata-mata?
)-
Logik
Logik merupakan satu bidang falsafah yang mengkaji penaakulan
manusIa.
)- Estetika
Bidang falsafah yang memikirkan tentang keindahan sesuatu. Contoh
soalannya adalah seperti:
/ Apakah itu indah?
/
Apakah cantik?
2 2 4 Sejarah Falsafah di Tanah Melayu
Kira-kira 450 tahun dahulu, ilmu falsafah telah sampai ke Tanah Melayu
melalui perantaraan orang Melayu yang pergi menuntut ke Mekah dan
mempelajari ilmu agama Islam. Sebelum itu, ilmu ini telah dipelajari di sebuah
sekolah tinggi di Palembang pada zaman kerajaan Sriwijaya. Kebanyakan
penuntut Melayu yang pergi ke Mekah menjadi ulama besar dan mufti di Mekah.
Selebihnya pulang ke tempat asal di kepulauan Melayu bagi mengembangkan
ajaran falsafah di samping ilmu-ilmu agama.
2 3 Falsafah menurut Islam
Apabila membicarakan mengenai falsafah Islam, persoalan apakah yang
dimaksudkan dengan falsafah Islam dan apakah falsafah Islam adalah falsafah
15
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
23/24
Arab. Pada dasarnya, para ahli tidak sependapat dalam memberikan nama
terhadap falsafah Islam, ada yang menamakannya falsafah Arab dan ada pula
yang menamakannya sebagai falsafah Islam kerana perbezaan sudut pandangan.
Kebanyakan tokoh sarjana ketimuran lebih cenderung dengan nama falsafah
Arab. Pendapat mereka berdasarkan dua alasan iaitu Ahmad Rafaai, 1994):
1.
Jika menamakannya falsafah Islam, bererti sumbangan atau pendapat
orang-orang Arab yang bukan Islam dalam falsafah diketepikan dan
disingkirkan sama sekali. Sedangkan mereka berjasa dalam banyak bidang
terutamanya dalam bidang perubatan, fizik, kimia dan matematik.
11
Jika dinamakan falsafah Islam, buku-buku yang dicetak dalam bahasa
lain seperti Parsi dan Turki harus diasingkan.
Oleh kerana dua alasan ini, mereka sependapat menamakan Falsafah Arab
dan bukan Falsafah Islam. Sementara itu, golongan yang lebih cenderung untuk
menamakannya sebagai falsafah Islam mempunyai sebab-sebab dan hujah-hujah
yang tersendiri. Di antara penulis yang menyokong Falsafah Islam adalah Ahmad
Rafaai,1994):
a Shaykh Mustafa Abdul Raziq
alsafah ini telah diberikan oleh para ahlinya suatu
nama yang telah merupakan istilah di kalangan mereka,
sehingga kita tidak boleh lagi meninggalkannya dan
memperdebatkannya. (
m s24)
Falsafah Islam ini adalah nama asal yang diberikan oleh para Filosuf,
malah falsafah ini juga berkembang di dalam negara Islam, di kalangan
orang Islam tanpa mengira darjat dan keagamaannya, kerana perbicaraan
falsafah adalah perbicaraan yang berasaskan pemikiran dan tidak hanya
difokuskan kepada bangsa Arab sahaja.
16
-
8/10/2019 Isu Falsafah Barat Menurut Islam
24/24
b.
Prof. Tara Cand
Beliau adalah Naib Canselor di salah satu Universiti di India. Menurut
beliau, istilah falsafah Arab adalah tidak tepat di atas alasan-alasan berikut.
./
Orang-orang yang menyumbang dalam pelbagai bidang falsafah
di dunia Islam bukan semuanya berbangsa Arab. Meskipun
sumber-sumber dalam falsafah ini ditulis dalam bahasa Arab,
tetapi bahasa-bahasa lain turut digunakan seperti bahasa Parsi
./
Falsafah ini lahir dari keperluan Islam dan perdebatan
keagamaan yang pada dasarnya lahir berlandaskan akidah dan
tidak dianggap bebas kerana berkisar mengenai keagamaan.
Jika diperhatikan pendapat-pendapat para ahli di atas, maka perbezaan di
antara mereka hanyalah perbezaan daripada segi istilah sahaja, kerana
perkembangan pemikiran falsafah
i l l
semasa pemerintahan Islam dan berkait
rapat dengan pemikiran Islam.
Seandainya falsafah Islam yang dimaksudkan tersebut adalah merupakan
hasil pemikiran filsuf Arab semata-mata, maka pendapat ini tidak benar kerana
kenyataan telah menunjukkan bahawa Islam telah memberikan pedoman utama
berdasarkan al-Quran dan al-Hadis bahawa Islam adalah agama universal tidak
mengira kaum, bangsa dan keturunan, kesemua mereka turut memberikan
sumbangan yang berkesan terhadap perkembangan falsafah Islam Ahmad
Rafaai, 1994).
Jika diperkatakan falsafah Islam adalah falsafah yang merupakan hasil
pemikiran kaum muslimin semata-mata, pendapat ini juga berlawanan dengan
sejarah, kerana sejarah telah mencatat bahawa ahli falsafah Islam juga telah
berguru dan mengambil maklumat dari falsafah barat seperti
AI-
Kindi yang
banyak dipengaruhi oleh Aristotles, Plato dan Neo-Platonisme.