Download - Isi Kandungan

Transcript
Page 1: Isi Kandungan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

NAMA : LOGANAYAKI A/P PUNIACHI @ GANESAN

NOMBOR KP : 700919-10-5498

KUMPULAN : PRA B

NAMA & KOD KURSUS : PERKEMBANGAN BAHASA KANAK- KANAK

(PRA 3104)

NAMA PENSYARAH :PN.NORZAINI BT YANG

TARIKH SERAH TUGASAN :29 SEPTEMBER 2012

ISI KANDUNGAN

Page 2: Isi Kandungan

Penghargaan

Isi Kandungan

Soalan Tugasan

Borang Kolaborasi

1.0 Pengenalan Kebudayaan

2.0 Konsep Kepelbagaian Budaya di Malaysia

2.1.

1

Bahasa

2.1.

2

Agama & Adat Resam

2.1.

3

Adat Resam Kaum Melayu

2.1.

4

Adat Resam Kaum Cina

2.1.

5

Adat Resam Kaum India

3.0 Festival & Perayaan

4.0 Kepelbagaian Sosio-Budaya & Implikasinya dalam

Pengajaran & Pembelajaran

5.0 Implikasi Terhadap Murid

6.0 Implikasi Terhadap Sekolah

7.0 Implikasi Terhadap Guru

8.0 Cara Guru Menangani Implikasi Sosio-Budaya

9.0 Rumusan / Cadangan

10.0 Refleksi Kendiri

Lampiran

Bibliografi

Page 3: Isi Kandungan

PENGHARGAAN

Ketika mula – mula tugasan ini diberi saya berasa tugasan ini amat mencabar dan

sukar untuk saya lakukan. Perkara ini turut ditambah dengan keadaan saya yang cetek

ilmu pengetahuan mengenai tugasan ini. Namun, nasib saya begitu baik sekali, dengan

adanya mata pelajaran ini saya menjadi lebih mahir dalam ilmu berkaitannya. Disini saya

ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn.Norzaini bt. Yang selaku pensyarah

subjek Perkembangan Bahasa Kanak-kanak kerana memberi banyak tunjuk ajar,

bimbingan serta keyakinan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini mengikut

piawaian yang telah ditetapkan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada suami saya yang

banyak memberi sokongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga

tidak dilupakan kepada kawan – kawan yang banyak membantu dan memberi sokongan

serta tunjuk ajar kepada saya sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Sesungguhnya, tanpa kerjasama dari semua pihak, maka kerja kursus ini mungkin

tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Kualiti hasil kerja kursus ini juga

mungkin tidak akan memberangsangkan. Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima

kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Isi Kandungan

1.0 PENDAHULUAN

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah memudahkan pembelajaran para

pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana

pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran

yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat

merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan

pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza

dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan

strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan,

memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan

perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi

memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu

menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat

menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para

pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan

digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta

keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

2.0 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Kajian mengenai bagaimana manusia memperoleh bahasa terangkum dalam

disiplin psikolinguistik. Berdasarkan kajian secara empirikal, terdapat dua teori utama yang

mengutarakan bagaimana manusia memperoleh bahasa. Teori pertama menyatakan

bahawa bahasa diperoleh manusia secara behaviouris atau mekanis sementara teori

yang kedua pula dikenali sebagai teori kognitif atau mentalis. Selain itu, teori

interaksional juga tidak kurang pentingnya serta mempengaruhi pendekatan pengajaran

Page 5: Isi Kandungan

dan pembelajaran bahasa. Justeru, seseorang guru bahasa wajar mengetahui teori-teori

dan proses pemerolehan dan pembelajaran bahasa agar dapat menyampaikan

pengajaran secara berkesan.

Pemerolehan bahasa ditakrifkan sebagai pengusaan bahasa oleh seseorang tanpa

disedari atau dipelajari secara langsung. Seseorang itu tidak mendapat pendidikan secara

formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi menmperolehnya daripada bahasa yang

diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat di persekitarannya. Proses pemerolehan bahasa

berlaku dengan aktifnya pada kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam

tahun. Hasil penyelidikan mendapati bahawa pemerolehan bahasa yang paling kritikal di

kalangan kanak-kanak adalah adalah antara umur satu hingga lima tahun (Awang

Mohamad Amin, 1979). Seandainya jangka masa ini terlangkau, perkembangan bahasa

kanak-kanak akan terhalang. Ahli-ahli psikolinguistik bersependapat bahawa kanak-kanak

akan mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa secara pemerolehan sesudah umur

13 tahun.Sebaliknya, kanak-kanak akan lebih cenderung menguasai bahasa melalui

proses pembelajaran yang berat. Mutu bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak pada

masa itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan kepadanya. Namun, ini

tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih

perlahan berbanding dengan kanak-kanak (Krashen dan Terrell, 1983).

Pemerolehan bahasa pertama berlaku sejak manusia lahir lagi berbanding

pemerolehan bahasa kedua yang berlaku melalui pembelajaran sesuatu bahasa. Bahasa

pertama adalah bahasa kandung atau bahasa ibunda seseorang itu yang mula-mula

didengar, ditutur dan dikuasai oleh kanak-kanak.. Misalnya seseorang yang lahir dalam

sebuah keluarga yang berbangsa Melayu akan memperoleh bahasa pertamanya iaitu

Bahasa Melayu dan berlaku secara tidak sedar serta melibatkan pendedahan terhadap

input linguistik dalam persekitaran alamiah. Proses penguasaan bahasa pertama

terbahagi kepada peringkat fonologi iaitu pengeluaran bunyi dan membiasakan diri

dengan bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Sementara peringkat morfologi pula

menggabungkan unit-unit bunyi agar menjadikan bunyi yang lebih bermakna dan

peringkat sintaksis pula menggabungkan morfem-morfem menjadi frasa dan ayat yang

bermakna.

Bahasa Kedua didefinisikan sebagai bahasa yang kedua yang dipelajari oleh

seseorang itu di samping bahasa kandung yang dia peroleh dan dipelajari untuk tujuan-

Page 6: Isi Kandungan

tujuan tertentu serta berlaku secara formal berbanding pemerolehan bahasa pertama

yang berlaku secara tidak formal.

Brooks (1964), menyatakan bahawa:

‘Setiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya

melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada

analisa, maka adalah wajar sebahagian daripada kebolehan ini akan

menolongnya dalam mempelajari bahasa asing.

(Pedagogi untuk Asas Pendidikan, 2003: 115)

Oleh itu, adalah wajar bagi seseorang untuk memahami bahasa baru yang

dipelajarinya misalnya seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan dengan Bahasa Melayu,

Bahasa Melayu yang diperoleh itu adalah secara semulajadi dengan membuat ajukan dan

analogi tanpa pertolongan daripada analisa. Justeru, keadaan yang sama juga boleh

diaplikasikan ketika mempelajari bahasa baharu sebagaimana cara yang telah digunakan

semasa mempelajari bahasa ibundanya.

Latih tubi menggalakkan kebolehan ini berfungsi. Sementara Chomsky pula

mengatakan ‘Mempelajari bahasa adalah satu proses menguasai dengan cara sedar

akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini

menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur-struktur bahasa asing.’

Kekangan yang sering berlaku kepada bahasa kedua adalah kekurangan masa untuk

mempelajari bahasa tersebut serta bahasa tersebut tidak dapat dipraktikkan dengan

sepenuhnya. Pada masa yang sama, pembelajaran bahasa kedua ini adalah terhad

kepada tujuan-tujuan yang tertentu sahaja dan keinginan belajar bahasa kedua tidak kuat

walau sedar bahasa itu berguna.

Untuk memenuhi keperluan tugasan ini saya telah membuat bacaan tentang

Model pemerolehan pembelajaran iaitu Model Behavioris, Model Nativis dan Model

Konstruktivis supaya saya dapat melakukan banding beza model-model tersebut .

Page 7: Isi Kandungan

3.0 Banding beza antara Model Pemerolehan

3.1 Banding Beza Dari Aspek Tokoh

3.2 Banding Beza Dari Aspek Ciri-Ciri :

Page 8: Isi Kandungan
Page 9: Isi Kandungan

3.3 Banding Beza Dari Aspek Kajian Bahasa

Page 10: Isi Kandungan

3.4 Banding Beza Dari Aspek Teori

Page 11: Isi Kandungan

4.0 KAEDAH BERCERITA

DEFINISI

Kaedah bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk

membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik

minat dan perhatian pelajar.Ia juga meningkatkan latihan pemahaman, perluasan

perbendaharaan kata dan tatabahasa.Kaedah bercerita meningkatkan penguasaan

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.Perkembangan

cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan

kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku

dan kawalan mata.Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal

supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Page 12: Isi Kandungan

4.1 Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

1. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

2. Sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

3. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

4. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

5. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-

kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

6. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

7. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

8. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

4.2 Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan

mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi kanak-kanak.

Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat

memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).

Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk

bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan permainan

alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya menggunakan batil atau

belanga).

Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil

mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya

bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan

batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita

digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita

sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit

dan penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung wayang

kulit).

Page 13: Isi Kandungan

4.3 Sesi Bercerita

Sesi bercerita hendaklah dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik.Ia

mestilah menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan

membantu murid-murid memahami cerita. Guru harus memastikan setiap murid telah

mengambil perhatian secara sepenuhnya.Semasa bercerita guru perlu menyoal untuk

membimbing murid mengikuti perkembangan cerita.

4.4 Aktiviti penutup

Dalam aktiviti ini guru mengemukakan soalan dari masa ke semasa kepada

murid tentang isi cerita yang disampaikan.Pada akhir sesi bercerita guru meminta murid-

murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri. Dalam

menyampaikan cerita, guru sememangnya hendaklah menyelitkan dalam perbincangan

tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita. Disamping itu guru juga

boleh membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.

4.5 Kemahiran Lisan

Dalam sesi bercerita penggunaan bahasa adalah dari mudah ke abstrak agar

mudah untuk pelajar fahami konteksnya. Aduan suara guru juga hendaklah jelas ,lantang

dan bervariasi seperti suara kanak-kanak,orang dewasa,orang tua dan haiwan.Sebutan

perkataan juga perlu dipastikan jelas ,tepat dengan kelajuan yang sesuai.

4.6 Kemahiran bukan lisan

Untuk kemahiran bukan lisan pula, guru hendaklah menunjukkan mimik muka

yang bersesuaian dengan emosi bercerita.Untuk menarik perhatian dan mengekalkan

tumpuan kanak-kanak, hubungan mata dengan kanak-kanak sentiasa dikekalkan. Bahasa

badan ( Body Language) untuk menjelaskan cerita kepada kanak-kanak tidak semestinya

keterlaluan kerana kanak-kanak kurang memahami bahasa badan terlalu kompleks.Guru

mesti peka dengan reaksi pendengaran kanak-kanak agar tidak berlaku gangguan

penumpuan pelajar.

Page 14: Isi Kandungan

4.7 Kriteria Pemilihan Cerita

Dalam pemilihan bercerita ,cerita yang dipilih harus mempunyai mesej,

pengajaran dan nilai-nilai murni untuk diterapkan kepada kanak-kanak.Tema cerita juga

mudah,menarik dan bersesuaian dengan minat kanak-kanak.Plot cerita untuk kanak-

kanak mesti mudah supaya ia mengikut kronologi dan memberi happy ending.Semasa

bercerita guru mempersembahkan penceritaan dalam bahasa yang mudah dengan

pengulangan kata yang mempunyai ayat yang mudah dan pendek.Sisipan kosa kata baru

ditambah supaya kanak-kanak dapat menambhakan tatabahasa mereka. Paling utama

ditekankan dalam bercerita untuk kanak-kanak ialah ia harus melibatkan watak kanak-

kanak supaya penerapan nilai-nilai murni dapat ditonjolkan dengan watak yang boleh

dicontohi.

4.8 Teknik Bercerita

Sesuai dengan:

- Kebolehan kanak-kanak

- Masa (tidak terlalu panjang)

- Ruang dan tempat

- Suasana

- Persekitaran (tiada gangguan bising)

- Peralatan cerita

- Bentuk dan jenis cerita

- Kemampuan pencerita

PERSEKITARAN BERCERITA

-Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita

-Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

CONTOH TEKNIK BERCERITA

-Bercerita tanpa alat

-Bercerita berpandu

-Bercerita berdasarkan gambar bersiri

-Bercerita menggunakan bahan maujud

-Teka-teki

-Teater bercerita

-Boneka

Page 15: Isi Kandungan

4.9 CADANGAN PERALATAN BERCERITA

-Buku besar

-Beg bercerita

-Gambar bersiri

-Boneka

-Kad Cantuman

-Kostum

-Poster

-Topeng

-Alat muzik/audio/vcd dll.

4.10 Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita

-Sesuai dengan cerita dan objektif Pengajaran dan pembelajaran.

-Dibina daripada bahan yang mudah, murah dan tahan lama.

-Warna yang terang, menarik & merangsang deria.

-Melibatkan pelbagai deria

-Tidak membahayakan kanak-kanak

-Penggunaan bahan maujud dan sumber alam

-Boleh dipelbagaikan kegunaan

-Mudah digunakan dan disimpan

Page 16: Isi Kandungan

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Kelas : Prasekolah

Tarikh : 19.09.2012

Masa : 10.15 – 10.45 pagi

Bilangan Murid : 25 orang

Modul : Tema

Tajuk : Haiwan

Tema : Haiwan Jinak

Tunjang Utama : Alam Kehidupan

Standard Kandungan

BM1.1 : Mendengar dengan penuh perhatian

BM2.4 : Menceritakan perkara yang didengar.

Standard Pembelajaran

BM1.1.13 : Mendengar dan memberi respons terhadap

perbualan,permainan,cerita dan lagu.

BM2.4.1 : Menceritakan perkara yang didengar dengan

menggunakan ayat yang mudah.

Kesepaduan Tunjang

BM2.0 : Kemahiran bertutur

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat,

1.Menceritakan cerita yang dilihat dengan ayat yang

mudah.

2.Menyusun gambar mengikut kronologi cerita.

3.Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan di dalam

atau di luar bilik darjah.

Pengetahuan Sedia ada : Murid pernah mendengar cerita berkaitan dengan haiwan.

Kemahiran Berfikir (KB) : Mengingat kembali apa yang dilihat dan dengar.

Penerapan Nilai : Bersifat tamak membawa padah.

Bahan Bantu Belajar : Gambar haiwan,keratan gambar ,CD dan slaid power point.

Fokus MI : Kecerdasan linguistik dan kecerdasan interpersonal.

Kosa kata : Tulang, bayang-bayang, lapar, menyalak, tamak, makanan,

Gembira.

Page 17: Isi Kandungan

Langkah Isi

Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Catatan/

BBBAktiviti guru Aktiviti murid

Set

Induksi

(3 minit)

Gambar

Haiwan

1. Guru mengedarkan keratan

gambar yang tidak

tersusun pada murid-murid.

2.Guru meminta murid-murid

menyusundan menampal

di papan putih.

3.Guru mengutarakan soalan.

a) Apakah gambar ini?

b) Bagaimanakah anjing

menyalak?

c) Apakah makanan

kegemaran anjing ?

4. Dengan ini,guru

memulakan pengajaran

hari ini .

1.Murid menyusun

keratan gambar

yang diberi dan

menampal di papan

putih.

2.Murid menjawab

soalan.

Keratan

gambar

-Anjing.

Langkah 1

( 5 minit)

Tayangan

Slaid

- cerita

1.Guru menayangkan klip

video cerita bertajuk

‘Anjing dengan

bayang-bayang’.

2.Murid diarahkan duduk

di hadapan papan putih.

3.Guru memaparkan slaid dan

menceritakan cerita dalam

slaid dengan variasi bahasa

badan itonansi suara yang

pelbagai.

1.Murid melihat dan

mendengar cerita.

CD

Langkah 2

( 10 minit)

Memperke

nalkan

cerita

haiwan.

1.Guru memanggil beberapa

orang murid ke hadapan untuk

bercerita.

- Siapakah yang boleh

menceritakan cerita yang

didengar?

2.Guru memberi pujian kepada

murid yang bercerita.

1.Murid kehadapan

dan cuba

menceritakan

semula dengan ayat

yang mudah

-Gambar

-Nilai murni

( jangan

tamak )

Page 18: Isi Kandungan

3.Guru menekankan nilai murni

yang dipelajari daripada cerita

itu.

Langkah 3

(10 minit)

Keratan

gambar

1.Murid dibahagikan kepada 5

kumpulan.

2.Guru mengedarkan gambar

gambar yang

menunjukkan cerita “Anjing

dengan bayang-

bayang”.

3.Guru meminta murid-murid

dalam setiap kumpulan

menyusun gambar-gambar

berkenaan mengikut

kronologi cerita .

4.Guru memantau serta

membantu murid-murid

agar menyusun gambar-

gambar dalam aktiviti ini

dan melekatkannya pada

kotak-kotak yang

disediakan mengikut cerita

yang diperdengarkan

dari mula hingga akhir.

5.Guru menyemak hasil kerja

murid dengan memainkan

slaid powerpoint.

6.Guru memberi penghargaan

pada setiap kumpulan yang

berjaya menyiapkannya.

1.Murid menyusun

gambar mengikut

kronologi cerita.

2.Ketua kumpulan

membentangkan

hasil kumpulan.

Keratan

gambar

(6 gambar

setiap

kumpulan)

- Slaid

Powerpoint

Penutup

( 2minit)

Kasih

sayang

terhadap

haiwan.

1.Guru merumuskan pelajaran

dengan sebuah lagu.

Anjing Oh Anjing

Kenapa Kamu Tamak

Disebabkan Sikap Tamak

Kamu Sudah Rugi.

1.Murid menyanyi lagu

dengan penuh

bergaya.

Slaid Power

Point.

(lagu)

Page 19: Isi Kandungan

6.0 Refleksi

Kekuatan

Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah

perancangan pengajaran dan pembelajaran saya dapat menimbulkan minat murid untuk belajar.

Semasa saya tunjukkan kertan gambar yang dipotong pelajar berminat untuk mengetahui apakah

kandungan sebenar haiwan yang terdapat dalam gambar keratan itu. Mereka dapat memberikan

nama haiwan dengan betul. Semasa aktiviti kumpulan, saya berasa gembira melihat penglibatan

dan kerjasama mereka yang baik semasa menjalankan aktiviti pencatuman itu. Apabila gambar

dan jawapan mereka betul, saya dapat melihat kepuasan ditunjukkan di air muka mereka. Apabila

saya menanya soalan, mereka dapat menjawab dengan betul juga terbukti mereka memahami

pengajaran yang saya sampaikan. Saya berasa puas hati kerana murid-murid dapat menikmati

pembelajaran mereka dan objektif saya juga tercapai.

Kelebihan kedua adalah penjelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran.

Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan yang

diberi jelas dan ringkas memudahkan murid faham kehendak saya dan bagaimana sesuatu aktiviti

itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah murid dapat

menjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, barulah mereka dapat melakukan aktiviti

berkumpulan dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat mempelajari ilmu

yang baru yang diajar pada hari itu.

Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang lantang,

murid dapat mendengar apa yang disampaikan oleh saya dengan jelas dan seterusnya membantu

pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam

menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara saya dapat menarik tumpuan murid supaya fokus

kepada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Apabila saya

menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta menjawab dengan betul

menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan adalah terkandung

dalam kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran. Ini membuatkan murid-murid lebih

hormat kepada guru.

Kelemahan

Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan

pengajaran saya ialah penggunaann bahasa baku yang salah. Semasa saya meneliti rakaman

pengajaran dan pembelajaran, didapati saya menyebut salah perkataan “tulang” dan “jambatan l”

di depan murid saya. Semasa saya mengajar sebutan, saya mengeja dalam bahasa baku yang

betul tetapi semasa saya memberi penjelasan atau menanya soalan, saya telah menyebut salah

kedua-dua perkataan itu dalam keadaan dimana saya pun tidak perasan. Guru adalah pengajar

Page 20: Isi Kandungan

murid yang pertama. Jika guru sendiri juga baca salah, bagaimana hendak ajar anak murid kita.

Dari perkara ini, saya dapati tanpa sedar saya telah dipengaruhi oleh bacaan bahasa Inggeris. Hal

ini saya akan ambil secara serius dan akan lebih berhati-hati dalam kemahiran membunyikan kosa

kata kelak .

Kelemahan yang kedua ialah pemantauan kelas. Semasa saya jalankan pengajaran, saya

asyik berdiri di hadapan kelas sahaja kerana saya menggunakan slaid Powerpoint. Saya perlu

berdiri dekat dengan laptop untuk menguruskan slaid saya. Ini menyebabkan saya tidak dapat

memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Murid saya mula berbual-bual dan bermain-main

di belakang semasa pengajaran sedang dijalankan. Maka, saya perlu meluangkan sedikit masa

untuk memberi teguran kepada murid-murid yang nakal itu dan seluruh perjalanan pengajaran

saya terjejas. Jika guru tidak dapat menguruskan atau menjaga tatatertib muridnya di dalam kelas

dengan baik, maka murid tidak akan menumpukan perhatian mendengar pelajaran yang

disampaikan.

 

Kelemahan yang ketiga ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa

penting bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan

rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang

digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan

terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil

untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu

terjejas dan dapat dijalankan dengan baik.

Langkah Mengatasi

Untuk masalah saya yang pertama, saya hendaklah membuat persiapan awal yang

mencukupi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. Saya hendaklah lebih

berwaspada dan menumpukan perhatian semasa menjalankan pengajaran. Bacaan adalah

penting kerana ia adalah langkah pertama bagi murid mengenali apa nama bagi objek berkenaan

terutama bagi murid-murid Tahun 1 yang baru mula belajar. Semua benda di dunia ini ada nama

dan bunyinya yang tersendiri. Semasa memperkenalkan kosa kata yang baru, jika guru baca

salah, kesalahahan bacaan perkataan itu akan berterusan hingga dia ke menengah atau

pengajian tinggi. Murid itu mungkin akan ditertawakan oleh rakannya kerana salah menyebut

perkataan itu. Sebagai seorang guru, pengajaran bahasa baku yang betul adalah tanggungjawab

kita. Jika guru salah baca, dia kenalah memberi pembetulan kepada muridnya dengan serta

merta. Dengan ini, kesalahan itu tidak akan berterusan dan bahasa Malaysia tidak akan tercemar

atas kesilapan guru itu..

Page 21: Isi Kandungan

Untuk kelemahan saya yang kedua, saya seharusnya berjalan dan memantau setiap

aktiviti murid. Jika saya tidak silap, setiap LCD Projektor mesti ada alat remote controlnya. Dengan

adanya bahan itu, guru tidak perlu berdiri di depan kelas sahaja. Guru hanya perlu tekan butang

pada control itu sambil berjalan-jalan memantau aktiviti murid di belakang. Slaid Powerpoint akan

tukar dengan sendiri apabila butang ditekan. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan

suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu, guru dapat membantu murid secara dekat semasa

mereka jalankan aktiviti dan lebih mudah mengenalpasti kelemahan murid-murid melalui

pemerhatian. Guru boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lemah dan murid juga boleh

berinteraksi dengan guru dengan mudah.

Bagi kelemahan yang ketiga, masa p&p yang ditetapkan adalah supaya kita tidak terguna

masa guru lain yang masuk ke kelas pada waktu yang seterusnya. Masa adalah salah satu

elemen yang perlu dikira dalam setiap p&p. Dengan mengambilkira masa yang ada, guru perlu

fikirkan apa jenis ABM, bahan pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai dengan tahap

penguasaan muridnya. Walaupun saya menetapkan lima minit diluangkan ke atas langkah set

induksi, tetapi saya hanya guna 2 minit menghabiskannya. Yang 3 minit yang lebih saya telah

menggunakannya ke langkah pengajaran yang perlukan masa yang lebih. Pada akhir pengajaran,

saya telah gunakan 29 minit 30 saat. Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan

oleh guru sendiri secara fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat

capai objektif pda hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang p&p supaya murid dapat

menguasai kemahiran dalam masa yang ditentukan.

Page 22: Isi Kandungan

BIBLIOGRAFI

Dokumen Standard Prasekolah kebangsaan ,Bahagian Pembangunan Kurikulum ,2010

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nordin Mamat.(2005).Asas Sosial Kanak-kanak.Kuala Lumpur :

Pustaka Salam SdnBhd

Rancangan Pelajaran Tahunan Prasekolah (KSPK) , 2009,

Jabatan Pelajaran Selangor.

Rohizani Yaakub dan Hazri Jamil 2009, Panduan Bercerita Untuk Prasekolah ,

PTS Profesional.

Najeemah Mohd Yusof 2009, Prasekolah dan Komuniti ,

Pts Profesional.

Dimuat turun pada Mac 23,2012 daripada

http://gurupraafzan.blogspot.com/2009/10/rph-tema-bunga.html


Top Related