Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011
INTERAKTIF: PORTAL WEB SUMBER DIGITAL DAN PERKHIDMATAN ON-LINE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA
Mahbob Yusof Perpustakaan Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
ABSTRAK
interaktif adalah sistem portal maklumat pacuan pengguna yang dibangun dan dihoskan sendiri oleh Perpustakaan UM yang berfungsi sebagai gerbang akses setempat kepada sumber digital dan perkhidmatan on-linenya. Aplikasi client-server dengan antaramuka Web ini telah dilancarkan pada bulan Ogos 2002 dan Perpustakaan UM adalah yang pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan portal Web seumpamanya. interaktif mengindeks lebih 70 ribu sumber digital on-line yang dilanggan termasuk lebih 20 ribu judul e-jurnal dan 50 ribu judul e-book. interaktif seterusnya menyusun, mempakej dan memaparkannya secara dinamik kepada pengguna berdasarkan enjin pengesyor (recommendation) dan personalisasi (personalization). Enjin pengesyor menapis kandungan dan memadankannya dengan profil pengguna sementara enjin personalisasi membolehkan pengguna membina myLibrary untuk dimuatkan sendiri dengan sumber pilihan mereka. interaktif juga adalah portal kepada perkhidmatan Perpustakaan termasuk pembekalan penerbitan yang membolehkan pemohon menyemak status permohonan real-time. Dari aspek pengurusan, interaktif menyediakan pelbagai analisa statistik berkaitan akses kepada sumber digital terutama untuk justifikasi kos langganannya yang tinggi dan merancang strategi promosi dan pendidikan pengguna. Dengan interaktif, Perpustakaan mengorak selangkah ke hadapan dalam memajukan perkhidmatan dengan inovasi sumber digital dan perkhidmatannya untuk meluaskan lagi akses, fungsi dan keberkesanannya.
Katakunci: portal, personalisasi, e-journal, sumber digital, perkhidmatan on-line, statistik, pangkalan data, akses
Mahbob Yusof
2/31
1.0 PENGENALAN
Teknologi Web yang berkembang pesat memberi banyak manfaat kepada perpustakaan dalam penawaran perkhidmatannya. Perpustakaan serata dunia memberi respon positif kepada teknologi Web dengan pelbagai inisiatif dan inovasi berasaskan teknologi ini. Kemajuannya yang pesat lanjutan daripada paparan maklumat yang hanya statik (HTML) yang hanya untuk dibaca sahaja hinggalah kepada paparan kandungan yang dinamik dan responsif kepada profil dan lakuan pengguna.
Mengikuti perkembangan teknologi ini yang berupaya berinteraksi dengan pengguna, Perpustakaan UM (PUM) telah berusaha mengaplikasikannya dalam perkhidmatan dengan suatu inovasi membangunkan sebuah portal Perpustakaan yang akan menjadi platform kepada semua perkhidmatan on-linenya. Portal ini akan mempunyai ciri personalisasi dan akan ditambahbaik dari masa ke semasa dengan lain-lain fungsi produktiviti. Portal ini dipanggil “interaktif” kerana sifatnya yang responsif, berinteraksi dengan pengguna dan memperkasakan pengguna menentu dan menguruskan sendiri maklumat yang berkaitan dengan mereka.
interaktif adalah sebuah sistem portal maklumat pacuan pengguna (user driven) yang menjadi gerbang akses setempat kepada sumber digital dan perkhidmatan on-line PUM. Aplikasi client-server dengan antara muka Web ini dilancarkan pada bulan Ogos 2002 dan PUM adalah yang pertama di Malaysia pada ketika itu yang menawarkan perkhidmatan portal Web seumpamanya.
interaktif mengindeks lebih 70 ribu sumber digital on-line yang dilanggan termasuk lebih 20 ribu judul e-jurnal dan 50 ribu judul e-book. interaktif seterusnya menyusun, mempakejkannya dan memaparkannya secara dinamik kepada pengguna berdasarkan enjin pengesyor (recommendation) dan personalisasi (personalization). Enjin pengesyor menapis kandungan dan memadankannya dengan profil pengguna sementara enjin personalisasi membolehkan pengguna membina myLibrary untuk dimuatkan sendiri dengan sumber pilihan mereka. Penjimatan masa pencarian dan masa akses pengguna adalah salah satu wawasan interaktif selain menjadi medium komunikasi, hebahan dan makluman mengenai perkembangan Perpustakaan. Penyediaan pautan terus kepada sumber diperkukuhkan lagi dengan ciri dan fungsi produktiviti lain seperti myLibrary, personalisasi, pengesyoran, pencarian dan sebagainya terbukti memudah, menjimatkan masa dan seterusnya meningkatkan produktiviti pengguna.
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
3/31
interaktif merupakan salah satu inovasi dan kreativiti penting oleh PUM dalam permodenan penawaran perkhidmatan maklumat kepada penggunanya. Kertas kerja ini diharapkan dapat berkongsi pengalaman PUM menggunakan inisiatif dan pendekatan portal Web sebagai gerbang kepada sumber digital on-line dan perkhidmatannya sejak tahun 2002.
2.0 KANDUNGAN INTERAKTIF
Berikut adalah kandungan dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui Portal interaktif. Beberapa perkhidmatan ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di bahagian seterusnya.
2.1. Pautan hyperlink kepada sumber digital
Penyediaan pautan kepada sumber digital adalah di antara fungsi utama interaktif. Berikut adalah sumber digital utama yang dipautkan melalui interaktif.
2.1.1. Pangkalan data on-line
PUM melanggan lebih 80 pangkalan data on-line yang sebahagian besarnya menyediakan kandungan teks-penuh. Paparan entri indeks pangkalan data ini ditunjukkan dalam Gambarajah 1 di bawah.
Mahbob Yusof
4/31
Gambarajah 1: Paparan entri pangkalan data. Maklumat berkenaan akses, kandungan dan statusnya juga ditunjukkan sementara pautan untuk mendapatkan perincian lanjut (Details) juga disediakan.
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
5/31
2.1.2. e-Journal
Indeks e-Journal adalah kandungan utama interaktif. Lebih 20 ribu judul langganan dan akses terbuka (Open Access) diindeks daripada lebih 25 pangkalan data on-line terkemuka. Setiap judul ini dipautkan terus kepada halamannya tanpa perlu mencarinya semula di laman hos atau penerbitnya.
Gambarajah 2: Paparan entri indeks e-journal. Entri diperkayakan dengan beberapa maklumat lain termasuk gambar kulit, singkatan, ISSN dan hos serta holding. Maklumat lanjut boleh didapatkan melalui pautan “Details”.
Mahbob Yusof
6/31
2.1.3. e-Book
Lebih 50 ribu judul e-book daripada penerbit dan hos terkemuka termasuk ebrary, Springer dan NetLibrary diindeks dan disediakan pautan terus kepada setiap judul tersebut.
Gambarajah 3: Paparan entri judul terbaru e-book.
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
7/31
2.1.4. Buku terbaru di Perpustakaan
Perpustakaan menghebahkan perolehan terbaru buku bercetak secara berkala. Maklumat ini dipakejkan mengikut subjek dan menjadi paparan utama kepada pengguna dalam subjek berkaitan. Hebahan ini juga menunjukkan pembangunan koleksi cetak yang juga diberi keutamaan dan sentiasa dinamik.
Gambarajah 4: Paparan entri buku terbaru di Perpustakaan. Entri ini menyediakan pautan terus kepada judul berkenaan di dalam katalog PUM dan juga ditambah dengan Google Book Preview.
Mahbob Yusof
8/31
2.1.5. Sumber Web terpilih
Lebih 1000 sumber web dipilih dan berterusan diindeks oleh pustakawan berdasarkan kriteria yang berkaitan dengan akademik seperti organisasi, persatuan dan institusi.
Gambarajah 5: Paparan entri sumber Web terpilih.
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
9/31
2.2. Perkhidmatan interaktif
Berikut adalah beberapa perkhidmatan yang ditawarkan melalui Portal interaktif.
2.2.1. Pembekalan penerbitan
Perkhidmatan yang dahulunya diuruskan secara manual kini telah dielektronikkan dan ditawarkan melalui interaktif untuk meningkatkan keberkesanannya. Terdiri daripada siri pengisian beberapa borang on-line berkenaan bahan yang dipohon yang kemudiannya diproses dan statusnya dimaklumkan secara real-time dari masa ke semasa. Perkhidmatan ini terhad kepada pengguna dalam kategori yang dibenarkan sahaja.
2.2.2. Pendaftaran sesi kemahiran maklumat
Sesi dalam pelbagai topik kemahiran maklumat khusus untuk lepasan ijazah dan staf ini dijalankan secara berjadual dan pendaftarannya adalah melalui Portal interaktif (lihat 5.2).
2.2.3. Ask Us!
Melalui portal ini pengguna berkomunikasi dengan pustakawan dalam berbagai perkara dan mendapat respon melalui portal dan juga e-mel.
2.2.4. Kaji selidik (survey)
PUM sentiasa mendapatkan respon pengguna kepada pelbagai isu berkaitan Perpustakaan. Kaji selidik melalui Portal interaktif (lihat 5.3) ini boleh difokuskan untuk responden dalam kategori tertentu dan keputusan umumnya dipaparkan secara real-time.
2.2.5. Penilaian pangkalan data percubaan
Penilaian oleh pengguna adalah amalan biasa dalam proses melanggan pangkalan data. Pengguna boleh mengakses dan seterusnya menilai pangkalan data tersebut melalui interaktif (lihat paparan pautannya dalam Gambarajah 1). Keputusan penilaian ini membantu Perpustakaan membuat keputusan langganan.
2.2.6. EZproxy®
Hampir semua hos pangkalan data memberikan kebenaran akses berdasarkan alamat IP sesebuah institusi. Integrasi dengan EZproxy® membolehkan interaktif menentukan akses luar-kampus secara automatik diproksikan sementara akses dalam kampus tidak perlu.
Mahbob Yusof
10/31
2.2.7. myLibrary
Pengguna mengalami kesukaran untuk mencari sumber yang sama untuk diakses berulangkali. Menyedari kesukaran ini Portal interaktif menyediakan kemudahan myLibrary (lihat Gambarajah 11 dan Gambarajah 12) untuk membolehkan pengguna menanda dan menyimpannya supaya mudah dan pantas diakses tanpa perlu mencarinya semula.
2.3. Mengapa interaktif?
Ujaan utama yang membawa kepada inovasi interaktif adalah keperluan Sistem Pengurusan Kualiti UM yang memerlukan Perpustakaan menganalisa akses sebagai justifikasi kos langganan sumber digital on-line yang tinggi. Pada tahun 2002, UM telah mendapat pensijilan kualiti MS-ISO 9000:2000.
PUM juga berhasrat untuk memodenkan penawaran perkhidmatannya dengan memanfaatkan teknologi Web yang berkembang pesat ketika itu. interaktif kini menjadi platform untuk pelbagai perkhidmatan yang bersifat interaktif termasuk perkhidmatan pembekalan penerbitan, pendaftaran sesi kemahiran maklumat dan cadangan buku untuk perolehan.
Era 90-an menyaksikan pertambahan drastik sumber perpustakaan dalam format digital dan on-line. Bilangan pelajar berdaftar juga meningkat. Walau bagaimanapun, peningkatan sumber manusia sangat minima. Kekangan ini menimbulkan kemerosotan kepada perkhidmatan berasaskan face-to-face dan PUM perlu mencari pendekatan lain untuk terus menawarkan perkhidmatan yang menepati kualiti yang ditetapkan. interaktif adalah salah satu inisiatif Web PUM yang diharapkan dapat membantu menangani kekangan ini.
3.0 BEBERAPA KONSEP PENTING
interaktif dibangunkan berpandukan beberapa konsep asas kepustakawanan dan pengurusan maklumat seperti di bawah.
3.1. Portal Web
Mengikut Wikipedia, Portal Web adalah “laman Web yang berfungsi sebagai titik akses kepada maklumat dalam World Wide Web. Sebuah portal menyediakan maklumat dari pelbagai sumber yang disatukan” (bacaan lanjut di http://en.wikipedia.org/wiki/Web_portal). interaktif adalah domain-specific portal iaitu sebuah portal spesifik yang menawarkan akses kepada sumber dan perkhidmatan dalam domain perpustakaan.
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
11/31
3.2. Personalisasi (personalization)
Mengikut TechTarget, personalisasi dalam kontek laman Web, adalah suatu proses menyesuaikan halaman menurut ciri dan keutamaan (preferences) seseorang individu pengguna tersebut. Personalisasi adalah satu kaedah untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih efektif dan berkesan, menjadikan interaksi lebih mudah dan pantas, meningkatkan kepuasan pelanggan dan kebarangkalian mereka akan mengulangi kunjungan ke sesebuah laman Web (bacaan lanjut di http://searchcrm.techtarget.com/definition/personalization). interaktif menggunakan teknik personalisasi ini terutamanya untuk membolehkan pengguna memilih kandungan dan sumber yang sesuai untuk diakses berulangkali. Justeru kandungan yang dipaparkan adalah berbeza-beza bagi setiap individu bergantung kepada profail masing-masing.
3.3. Pengesyoran (recommendation)
Enjin pengesyoran adalah merupakan sistem penapisan maklumat (information filtering system) yang terlebih dahulu menapis maklumat yang tidak berkaitan atau yang tidak diperlukan oleh seseorang pengguna secara semi automatik atau automatik, sebelum maklumat tersebut disyorkan kepada pengguna tersebut. Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan bebanan maklumat (information overload) pengguna.
Sistem pengesyoran interaktif adalah berdasarkan pempakejan sumber yang dipadankan dengan profail pengguna.
3.4. Selective Dissemination of Information (SDI)
SDI dalam konteks sains perpustakaan merujuk kepada peralatan dan sumber yang digunakan untuk memastikan pengguna mendapat maklum dan kemaskini berkaitan sumber terbaru dalam sesuatu topik yang mereka ikuti.
Interaktif menggunakan konsep ini antaranya untuk memaparkan isu terbaru e-journal dan sumber terbaru dalam sesuatu subjek.
3.5. Penjejakan klik (clickthrough tracking)
Penjejakan klik adalah proses menjejak klik yang dilakukan oleh pengguna bilamana mereka mengakses sesuatu sumber melalui pautan yang diberikan. Teknik ini memboleh interaktif mengumpul data berkaitan dengan akses kepada sumber (lihat 6.0 Beberapa Analisa Statistik di bawah).
Mahbob Yusof
12/31
3.6. Polisi kerahsiaan data pengguna (Privacy)
Sistem merekodkan semua akses melalui interaktif untuk pencernaan statistik penggunaan dan pelbagai statistik untuk pengurusan Perpustakaan. Maklumat akses ini adalah SULIT dan dilindungi sepenuhnya. Perpustakaan tidak sama sekali mendedahkan rekod akses individu pengguna kepada sebarang sumber, maklumat dan perkhidmatan kecuali yang dikehendaki oleh undang-undang.
4.0 BEBERAPA CIRI DAN FUNGSI MENARIK
Berikut adalah beberapa ciri dan fungsi menarik Portal interaktif yang disertakan dengan rakaman skrin untuk ilustrasi dan menjelaskan lagi ciri dan fungsi tersebut.
4.1. Pautan terus kepada sumber elektronik
interaktif berterusan mengindeks sumber dan terkini mengandungi lebih 70 ribu entri. Setiap entrinya disertakan dengan pautan hyperlink terus kepada sumber yang berkenaan. Pautan terus ini memudah dan menjimatkan masa pengguna tanpa perlu lagi membuat pencarian di laman Web hos atau penerbit. Pengindeksan ini juga memboleh Perpustakaan mengetahui judul sumber (terutama e-journal dan e-book) yang terkandung di dalam pangkalan data yang dilanggan dan membuka lebih banyak titik akses kepada sumber tersebut. Selain itu, pengindeksan ini membolehkan Perpustakaan melakukan pelbagai manipulasi data seterusnya seperti mempakej sumber mengikut jenis, subjek, kategori pengguna dan lain-lain kategori yang bersesuaian.
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
13/31
Gambarajah 6: Paparan entri e-journal yang diindeks dan ditambah dengan lebih maklumat seperti pautan kepada katalog untuk menyemak pegangan versi cetak dan analisa impaknya oleh JCR.
Pengindeksan dan pakej ini adalah asas kepada personalisasi dan pengesyoran kandungan kepada pengguna yang akan dibincang seterusnya.
Mahbob Yusof
14/31
4.2. Kandungan mengikut profail pengguna
Pengindeksan sumber membolehkannya dikategori dan dipakejkan mengikut subjek. Paparan sumber terbaru adalah berdasarkan subjek yang dipilih oleh pengguna dan pakej sumber yang disediakan oleh interaktif.
Gambarajah 7: Senarai e-book terbaru yang dipaparkan mengikut subjek pilihan pengguna (lihat kotak mySubjects) adalah antara kandungan terbaru yang disyorkan selepas login.
Dengan adanya fungsi ini pengguna dapat mengetahui sumber terbaru yang berkaitan dengan subjek pilihan mereka. Antara muka pemilihan subjek adalah seperti Gambarajah 8 di bawah yang juga menunjukkan paparan sumber terbaru yang dinamik berdasarkan subjek pilihan pengguna.
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
15/31
Gambarajah 8: Menunjukkan paparan skrin memilih subjek yang sangat mudah digunakan. Satu klik sahaja diperlukan untuk menambah dan memadam subjek pilihan.
Mahbob Yusof
16/31
Penggunaan fungsi ini ditunjukkan dengan Geraf 1 di bawah.
Geraf 1: 20 subjek teratas pilihan pengguna.
Subjek adalah mengikut Pengkelasan Library of Congress dan National Library of Medicine. Sehingga 2010, sebanyak 20,852 pengguna telah memilih sebanyak 246 subjek yang didahului dengan subjek Q (~6.5 peratus; n=1,353).
4.3. Mencari dan browse sumber
Semua sumber di dalam interaktif boleh didapatkan melalui mod pencarian dan juga browse.
1,353860
779751
601562
529495
465464463
448346
332291
272267263261
249
0 200 400 600 800 1,000 1,200 1,400 1,600
QTLR
QAKH
QDACHFLBWBFBPAEANLCPEQCRK
Bilangan pengguna
Subj
ek
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
17/31
Gambarajah 9: Paparan mod Pencarian dan Browse untuk mendapatkan sumber merupakan elemen antara muka asas dalam semua halaman.
Skrin utama hasil pencarian (lihat contoh dalam Gambarajah 10 di bawah) diringkaskan mengikut jenis sumber dan dipaparkan beberapa keputusan teratas. Perkataan atau ayat yang sama dengan pencarian diwarnakan merah untuk membantu pengguna menilai ketepatan pencarian tersebut.
4.4. Syor pencarian berkaitan
interaktif merakamkan pencarian pengguna dan menggunakannya semula sebagai cadangan kepada pengguna lain yang berkemungkinan ingin mencari sumber yang sama. Pengguna terutamanya yang mencari menggunakan sesuatu perkataan yang umum akan dicadangkan dengan pencarian yang lebih spesifik dan juga sebaliknya. Sistem hanya akan mencadangkan pencarian yang berhasil iaitu yang mendapat bilangan hits yang munasabah.
Mahbob Yusof
18/31
Geraf 2: Analisa pencarian pengguna pada tahun 2010
Analisa 153,460 pencarian pada tahun 2010 mendapati lebih 54 peratus (n=83,432) tidak berhasil (zero-hit) sementara 11 peratus mendapat hits melebihi 50 dan dianggap menjangkaui keupayaan pengguna untuk menyemaknya. Pencarian yang dianggap berhasil adalah di antara 1 hingga 50 iaitu sebanyak 34 peratus (n=52,476) dan pencarian ini disyorkan di dalam kotak “Related searches” (lihat Gambarajah 10 di bawah) kepada pengguna lain apabila terdapat persamaan.
83,432
38,591
5,882
8,003
4,566
12,986
0 10,000 20,000 30,000 40,000 50,000 60,000 70,000 80,000 90,000
0
1-10
11-20
21-50
51-100
Lebih 100
Bilangan pencarian
Bila
ngan
hit
s
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
19/31
Gambarajah 10: Cadangan “Related searches” adalah hasil pencarian pengguna lain yang dianggap berkaitan dengan pencarian pengguna.
Mahbob Yusof
20/31
4.5. myLibrary
myLibrary adalah salah satu fungsi personalisasi Portal interaktif. Jumlah sumber diindeks yang melebihi 70 ribu ini memerlukan satu mekanisma penandaan supaya sumber tersebut boleh didapatkan dengan segera tanpa mengulangi proses pencariannya setiap kali diperlukan.
Gambarajah 11: Menu utama interaktif yang menyediakan pautan kepada myLibrary dan juga untuk menguruskan kandungannya.
Sehingga tahun 2010, sebanyak 18,080 pengguna telah membangunkan myLibrary masing-masing dan memuatkan sebanyak 80,276 sumber. Walau bagaimanapun lebih 90 peratus pengguna (n=16,327) hanya memuatkan sebanyak kurang daripada 10 sumber ke dalam myLibrary masing-masing.
Geraf 3: Bilangan sumber dalam myLibrary.
16,327
1,066
335
149
76
88
39
0 2,000 4,000 6,000 8,000 10,000 12,000 14,000 16,000 18,000
0 - 10
10 – 20
20 – 30
30 – 40
40 – 50
50 - 100
Melebihi 100
Bilangan pengguna
Bila
ngan
ent
ri
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
21/31
Gambarajah 12: Paparan kandungan myE-Journal. Pengguna boleh mengakses terus kepada sumber seperti biasa dan memadamkannya apabila tidak diperlukan lagi.
4.6. Pautan terus kepada analisa JCR®
Analisa Journal Citation Reports® membantu penyelidik meneliti pengukuran impak sesuatu jurnal dalam bidang penyelidikan mereka. interaktif menyediakan pautan terus kepada analisa seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 6 di atas. Pautan ini menjimatkan masa penyelidik tanpa perlu lagi mencari lagi dalam laman Web JCR®. Akses kepada JCR® direkodkan meningkat sejak pautan ini disediakan bersebelahan dengan judul e-journal dan ini menunjukkan pendedahan pengguna kepada analisa impak jurnal juga meningkat.
Mahbob Yusof
22/31
4.7. Integrasi dengan EZproxy®
interaktif diintegrasikan dengan kemudahan proksi EZproxy® authentication and access software (bacaan lanjut di http://www.oclc.org/ezproxy/) untuk membolehkan pengguna yang tidak menggunakan rangkaian internet UM terutama yang berada di luar kampus mendapat kemudahan akses yang sama sebagaimana juga semasa berada di dalam kampus. Pengguna hanya perlu login dan interaktif akan menentukan laluan aksesnya.
4.8. Antara muka dwibahasa
interaktif mempunyai antara muka dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Gambarajah 13: Halaman utama interaktif dalam Bahasa Malaysia.
Sebanyak 662,277 login direkodkan sepanjang tahun 2010. Statistik menunjukkan 75.3 peratus login (n=498,398) memilih antara muka dalam Bahasa Inggeris manakala selebihnya (24.7 peratus;n=163,879) memilih Bahasa Malaysia.
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
23/31
5.0 BEBERAPA PERKHIDMATAN ON-LINE
5.1. Pembekalan Penerbitan
Perkhidmatan pembekalan perkhidmatan termasuk pinjaman antara perpustakaan adalah rutin sistem yang paling rumit kerana melibatkan beberapa proses pentadbiran terutama proses pembekalan yang mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi. interaktif merekodkan setiap proses ini dan memaklumkan statusnya secara real-time kepada pengguna. Pengguna boleh sentiasa memantau perkembangannya dengan menyemak status permohonan sehinggalah tibanya pembekalan dan boleh diambil di pejabat yang dinyatakan.
Gambarajah 14: Borang permohonan pembekalan penerbitan. Empat format penerbitan iaitu artikel jurnal, buku, bab buku dan kertaskerja persidangan.
Mahbob Yusof
24/31
Permohonan ini memerlukan pengguna mengisi borang dengan tepat dan dikawal oleh sistem untuk memastikan semua maklumat yang diperlukan untuk sesuatu bahan telah dilengkapkan.
Gambarajah 15: Paparan status permohonan dan peringatan untuk diambil oleh pengguna.
Geraf 4: Bilangan permohonan pembekalan penerbitan yang dibuat melalui interaktif.
0
1,000
2,000
3,000
4,000
20062007
20082009
2010
3,2783,183
2,920 3,0683,543
Bila
ngan
per
moh
onan
Tahun
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
25/31
5.2. Pendaftaran Sesi Kemahiran Maklumat
Pada tahun 2010 sebanyak 159 sesi dalam lima topik telah dijadualkan dengan jumlah pendaftaran melalui interaktif adalah sebanyak 1,429. Topik EndNote adalah yang paling popular mencatatkan sebanyak 627 pendaftaran (~44 peratus). Had bilangan peserta setiap kelas adalah seramai 15 orang.
Gambarajah 16: Rakaman skrin menunjukkan penjadualan sesi, perinciannya dan peringatan mengenai sesi yang telah didaftarkan. Pengguna boleh mendaftar dan membatalkan pendaftaran pada bila-bila masa sebelum sesi bermula.
Geraf 5: Bilangan pendaftaran kepada topik kemahiran maklumat dan bilangan sesi yang diadakan pada tahun 2010.
223
395
41
627
143
37
43
8
53
18
0 100 200 300 400 500 600 700
Pendeta (English)
Online Databases
Pendeta (BM)
EndNote RMS
Pendeta & Databases
Bilangan pendaftaran
Topi
k &
Bila
ngan
ses
i
Bil Sesi Pendaftaran
Mahbob Yusof
26/31
5.3. Kaji selidik (survey)
interaktif memuatkan kaji selidik ringkas secara berkala.
Gambarajah 17: Kaji selidik ringkas, keputusannya dan analisa respon.
Kaji selidik ini boleh dianalisa dengan lebih lanjut seperti di bawah.
Geraf 6: Analisa respon oleh tiga kategori pelajar kepada kaji selidik “Which time would you prefer to use the library?”.
12 noon to 4 PM
4 PM to 8 PM
9 AM to 12 noon
After 8 PM
0
20
40
60
80
100
120
140
SISWASISWAZAH
SISWAZAHP
85
72
6
3861
11
67
99
9
100
135
16
12 noon to 4 PM 4 PM to 8 PM 9 AM to 12 noon After 8 PM
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
27/31
Melalui interaktif, kaji selidik ini boleh disasarkan untuk mendapatkan respon daripada kategori pengguna tertentu sahaja.
6.0 BEBERAPA ANALISA STATISTIK
Perpustakaan secara berterusan akan melanggan lebih e-journal untuk memenuhi permintaan komuniti UM. Perpustakaan terus berdepan dengan soalan asas seperti 1) Siapa yang menggunakan e-journal; 2) Bagaimana e-journal digunakan; dan 3) Bagaimanakah e-journal diakses? interaktif membantu menyediakan statistik berkaitan akses (lihat konsep 3.5 di atas) dan pelbagai analisa lain yang diperlukan seperti di bawah. Analisa ini membantu Perpustakaan membuat keputusan berkaitan berdasarkan statistik.
6.1. Frekuensi akses
Statistik akses adalah asas dan sangat biasa dilaporkan.
Geraf 7: Frekuensi akses beberapa pangkalan data terkemuka pada tahun 2009 dan 2010 yang menunjukkan peningkatan.
Geraf 8 di bawah pula menunjukkan analisa lanjut mengenai kategori pengguna yang mengakses pangkalan data ABI/INFORM @ProQuest® pada tahun 2010. Daripada geraf ini didapati seramai 2,710 pengguna dalam kategori SISWAZAH telah mengakses pangakalan data tersebut sebanyak 27,372 kali pada tahun 2010.
55,711
36,895
23,372
24,815
17,578
13,881
58,757
34,753
40,283
27,265
21,312
23,503
0 10,000 20,000 30,000 40,000 50,000 60,000 70,000
ABI/INFORM @ProQuest®
Journals@Ovid Full Text
SpringerLink
Ebrary e-Books
Emerald
JSTOR Archive
Frekuensi akses
Pang
kala
n da
ta
2010 2009
Mahbob Yusof
28/31
Geraf 8: Lima kategori pengguna teratas yang mengakses ABI/INFORM @ProQuest® pada tahun 2010.
6.2. Analisa arah aliran (trend)
Analisa arah aliran biasanya digunakan untuk membuat ramalan masa depan dengan melihat corak atau arah aliran sesuatu perkara pada masa lalu. Contohnya Geraf 9 yang menunjukkan corak akses bulanan e-book dalam ebrary dan Geraf 10 menunjukkan corak bulanan login bagi pelajar ijazah dasar (kategori SISWA).
4,379
2,710
385
443
76
19,374
27,372
1,513
3,333
340
0 5,000 10,000 15,000 20,000 25,000 30,000
SISWA
SISWAZAH
SISWAZAHP
AKADEMIK
PENGAJAR
Frekuensi akses
Kate
gori
pen
ggun
a
Frekuensi Bilangan
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
29/31
Geraf 9: Arah aliran akses bulanan e-book dalam hos ebrary bagi tahun 2009 dan 2010.
Geraf 10: Arah aliran login oleh pelajar ijazah dasar (kategori SISWA) pada tahun 2009 dan 2010.
1,822
2,8962,603
1,5991,399 1,457
1,9992,308
3,178
2,659
1,5211,374
2,696 2,614
3,332
2,197
1,6181,417
1,986
2,998
2,523
3,574
1,2311,079
0
500
1,000
1,500
2,000
2,500
3,000
3,500
4,000
Janu
ary
Febr
uary
Mar
ch
Apr
il
May
June July
Aug
ust
Sept
embe
r
Oct
ober
Nov
embe
r
Dec
embe
r
Frek
uens
i aks
es
Bulan
2009 2010 Linear (2009) Linear (2010)
4,612
6,651
7,337
5,172
2,987 2,977
5,424
7,043 6,8667,418
6,934
3,360
6,5606,303
7,4297,721
4,237
3,498
5,772
8,058
6,197
8,355
6,916
4,739R² = 0.0082
R² = 0.0002
0
1,000
2,000
3,000
4,000
5,000
6,000
7,000
8,000
9,000
Jan
Feb
Mar
Apr
May Jun Jul
Aug Se
p
Oct
Nov Dec
Frek
uens
i log
in
Bulan
2009 2010 Linear (2009) Linear (2010)
Mahbob Yusof
30/31
6.3. Analisa penggunaan oleh Google Analytics
Sepanjang tahun 2010, berdasarkan analisa Google Analytics (lihat Gambarajah 18 di bawah), interaktif dikunjungi sebanyak lebih 500 ribu kali oleh lebih 180 ribu pengunjung dan mencatatkan lebih 2.2 juta pageviews. Secara puratanya setiap kunjungan mengakses 4 halaman dan purata tempoh setiap kunjungan adalah selama hampir 5 minit. Berdasarkan analisa ini, interaktif dianggap sebagai sebuah laman Web yang sangat aktif.
Gambarajah 18: Analisa penggunaan Portal interaktif menunjukkan lebih 2 juta pageviews telah direkodkan pada tahun 2010.
7.0 KESIMPULAN
interaktif secara berterusan ditambahbaik berdasarkan maklumbalas, kaji selidik dan kumpulan fokus pengguna. Beberapa penambahbaikan termasuk antara muka (web dan aplikasi front-end), rekabentuk pangkalan data, pengaturcaraan, keselamatan sistem dan perkakasan telah dilakukan sepanjang interaktif beroperasi sejak tahun 2002.
Antara kelebihan interaktif adalah keupayaan personalisasi yang boleh menghadkan akses sumber dan perkhidmatan tertentu kepada kategori pengguna tertentu. Sebagai contoh, platform ini difikirkan sesuai sebagai e-reserves buku teks kursus dalam format digital dan edaran terhad kepada salinan digital bahan.
interaktif: Portal Web Sumber Digital dan Perkhidmatan On-line Perpustakaan Universiti Malaya
31/31
interaktif perlu bertindakbalas dengan perkembangan pesat dan arah aliran teknologi semasa. Terkini dicadangkan usaha mengindeks kandungan media sosial termasuk blog, podcast, video dan audio untuk meningkatkan kepelbagaian sumber interaktif. Perpustakaan juga sedang mengkaji untuk menyediakan antara muka versi mobile yang sangat popular ketika ini. Beberapa teknologi media sosial seperti RSS (Really Simple Syndication), antara muka dengan pengaturcaraan AJAX (seperti Facebook http://www.facebook.com/) akan meningkatkan keupayaan dan keseronokan berinteraksi oleh pengguna. interaktif juga boleh dijadikan sebagai platform kolaborasi dan perkongsian sumber dengan konsep terkini “content curation” yang mana pengguna berterusan mencari, mengumpul, menyusun dan berkongsi kandungan terbaik dan yang paling relevan kepada sesuatu isu spesifik secara on-line.
BACAAN LANJUT
1) Borrego, Àngel, Lluís Anglada, Maite Barrios, and Núria Comellas. "Use and Users of Electronic Journals at Catalan Universities: The Results of a Survey." The Journal of Academic Librarianship 33, no. 1 (2007): 67-75. http://www.recercat.net/handle/2072/3692
2) Emrani, Ebrahim, Amin Moradi-Salari, and Hamid R. Jamali. "Usage Data, E-journal Selection, and Negotiations: An Iranian Consortium Experience." Serials Review 36, no. 2 (2010): 86-92.
3) Guruprasad, R., and Khaiser Nikam. "E-journals and Their Usage Patterns amongst the Indian Aerospace Scientists and Engineers in Bengaluru." DESIDOC Journal of Library & Information Technology 30, no. 6 (2010): 31-38. http://publications.drdo.gov.in/ojs/index.php/djlit/article/view/674
4) Jamali, Hamid R., David Nicholas, and Paul Huntington. "The Use and Users of Scholarly E-journals: A Review of Log Analysis Studies." Aslib Proceedings: New Information Perspectives 57, no. 6 (2006): 554-571.
5) Luther, Judy. "White Paper on Electronic Journal Usage Statistics." The Serials Librarian 41, no. 2 (2001): 119-148.