Menarik di dalam….
Edisi 3/2011 Julai - September
Aktiviti Jabatan
(2)
Resepi (19)
Edisi 3/2011 Julai – September
Intelek
Integriti
Informasi
Intipati
Ilmiah
Kualiti
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Barat
Daya Pada 21 September 2011 Bertempat Di Perkarangan Pejabat
Daerah Dan Tanah Barat Daya
Majlis Perarakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan
Malaysia Kali Ke-54 Pada 16 September 2011 Bertempat Di
Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth
Tips (15)
Manja…. Sayangku…
(12)
Celik IT (14)
Lebih banyak info di dalam…
Petua Dapur (20)
Info Sihat (21)
Assalamualaikum dan salam
sejahtera.
Tahniah kepada urusetia yang diketuai
oleh unit Pengurusan PDTDBD kerana
berjaya menerbitkan Buletin Sempoi
@PDTDBD Edisi 2/2011 kepada
semua yang terlibat secara lansung
atau tidak langsung.
Untuk menerbitkan Buletin Sempoi
Edisi 2/2011 ini sememangnya
memerlukan komitmen, kerjasama,
kesepakatan serta sokongan daripada
semua pihak. Semoga warga
PDTDBD akan menjadikan buletin ini,
sebagai medan untuk mengasah
bakat, menzahirkan apa yang tersirat,
merehatkan minda dan sebagainya di
samping melaksanakan tugas-tugas
yang diamanahkan dalam kerjaya.
Buletin Sempoi adalah medan
menzahirkan kreativiti yang terpendam
samaada dalam bentuk pendidikan,
pengajaran, nasihat ataupun
pandangan dari semua peringkat umur
warga PDTDBD. Jadikan Buletin
Sempoi sebagai bahan koleksi
kenangan indah sepanjang kita di
PDTDBD.
Harapan saya semoga Buletin Sempoi
akan terus bertambah buletin di
keluaran akan datang, Buletin Sempoi
adalah wajah warga PDTDBD.
Ikhlas dari,
Ketua Penasihat Sidang Pengarang
Penasihat : Tuan Mohamad Daud bin Abdull Hamid
Ketua Pengarang : En. Rosli bin Halim
Ketua Editor : En. Wahi Annuar bin Othman
Pen. Ketua Editor : Pn. Noor Husna bt Sharuddin
Pereka Grafik : P. Noor Husna bt. Sharuddin & Pn. Nadiah bt. Jamaludin
Jurufoto : En. Rossidi bin Osman,
En.Erman Hazlan Faizal bin Sakhaban
Pengarang : Pn. Nadiah bt. Jamaludin, Pn. Wan Haslinda bt. Mydin,
Pn. Salina bt .Suntong, Pn. Suhaila bt. Ismail, En. Rossidi bin Osman,
Cik Ida Akmar bt. Anuar
Penjilidan / Pengedaran : Cik Mawarni bt.Othman, Cik Marthitah bt. Mat
Salam Perkenalan…….
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, akhirnya buah tangan edisi 2/2011 ini berjaya dihasilkan setelah pelbagai rintangan dalam menjayakan keluaran edisi 2/2011. Ia bukan sesuatu yang mudah, memerlukan iltizam serta menuntut komitmen yang tinggi untuk menghasilkannya. Seringkali terganggu dek tuntutan tugas hakiki yang tak pernah putus-putus menjengah dan menuntut disegerakan, namun, demi merealisasikannya digagahkan juga keringat ini untuk menjayakannya.
Hasilnya,lihatlah… Berbekalkan sepenuhnya kemahiran kakitangan PDTDBD sendiri, tidak kalah jika dibandingkan dengan majalah-majalah komersial di luar sana. Mungkin tidak segah nama-nama besar seperti Nona, Mingguan Wanita, Mastika dan lain-lain, tetapi apa yang di banggakan ialah kita sebenarnya mempunyai rakan-rakan yang mempunyai kepakaran setanding.
Buletin Sempoi ini juga adalah sebagai medan untuk kita melahirkan kreativiti yang terpendam selama ini. Diibaratkan sebagai satu ‘album mini’ untuk kita mengimbas kembali apa yang telah berlaku sebelum ini, untuk mengingatkan kembali apa yang telah kita tinggalkan pada hari-hari yang berlalu, untuk kita serlahkan bakat atau nukilan kreatif yang mungkin selama ini hanya tersimpan di dalam diari atau komputer peribadi sendiri atau mungkin telah banyak kali dihantar ke majalah-majalah atau akhbar-akhbar namun tidak pernah atau jarang sekali terpilih, maka lahirlah buletin ini sebagai medium pengantara. Ia dikira sebagai wadah pemangkin nukilan, rasa berkonsepkan imej sempoi…maka sesuailah ia diberi nama, ‘Buletin Sempoi@PDTDBD’.
Berjumpa lagi dikeluaran akan datang dengan paparan yang lebih menarik dan semoga lebih ramai yang akan tampil untuk menyumbangkan karya. Wassalam.
Ketua Pengarang
Ketua Pengarang
DARI MEJA
Penasihat
2
PEJABAT DAERAH DAN TANAH
DAERAH BARAT DAYA
PULAU PINANG
PEJABAT DAERAH DAN TANAH, DAERAH BARAT DAYA, 11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG. NO.TEL : 04-869 1104 NO.FAX : 04-866 1593 (http://dbd.penang.gov.my)
OBJEKTIF JABATAN
•Mewujudkan kepimpinan Peringkat Daerah yang berkesan bagi menjamin keadaan pentadbiran,
pembangunan, keselamatan, kestabilan serta kemakmuran Daerah.
•Menyelaras, menentukan, serta melaksanakan dasar, program dan aktiviti Kerajaan Negeri serta Kerajaan
Persekutuan di Peringkat Daerah dengan kerjasama Jabatan atau Agensi Kerajaan serta orang ramai.
•Melaksanakan kerja-kerja perancangan pembangunan Daerah serta melaksanakan kerja projek-projek kecil
luar bandar demi mempertingkatkan taraf serta kualiti hidup penduduk amnya.
•Mewujudkan pengurusan Pentadbiran Tanah Daerah secara cekap dan berkesan ke arah kemajuan,
kemakmuran, dan keharmonian rakyat selaras dengan matlamat Dasar Pembangunan Kerajaan.
VISI
Ke Arah Pentadbiran Yang Unggul Dan Penggerak Utama
Pembangunan Daerah
mISI
Bagi Mencapai Visi Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya, Seluruh Warga
PDTDBD Akan Sentiasa Mengamalkan Nilai-nilai Teras Yang Diasaskan Kepada
Singkatan Berikut : P : Pelanggan Adalah Tetamu
D : Dinamik Untuk Sentiasa Di
Hadapan T : Telus Bagi Semua Urusan
B : Betul Dalam Peraturan Dan
Tindakan D : Disiplin Tunggak Amalan
3
Majlis Jamuan Teh Sempena Harijadi T.Y.T Yang Di- Pertua Negeri Pulau Pinang Ke-73 Peringkat Daerah Barat Daya Bertempat Di Setia Pearl Island
Country Club, Bayan Lepas Pada 19.7.2011
Majlis Serah Tugas Mantan Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya (Tuan Hj. Jusni Bin Hj. Ismail) kepada Pegawai Daerah Yang Baru (Tuan Mohamad
Daud Bin Abdull Hamid) Bertempat Di Bilik Mesyuarat Bunga Raya, Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya Pada 27 Julai 2011. Majlis Penuh Bermakna Ini Dihadiri
Oleh Pegawai dan Anggota Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya.
3
Aktiviti
Jabatan
Majlis Perpisahan Penasihat dan Pengerusi Puspanita Daerah Barat Daya (Puan Hjh. Fatimah Bt. Abdul Hamid) Di Restoran Bangkok Tom Yam Pada
27.07.2011. Majlis Dihadiri Oleh mantan Tuan Pegawai Daerah Barat Daya (Tuan Hj. Jusni Bin Hj. Ismail)
Lawatan 5S Dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (JKPTG) ke Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya Pada 12.08.2011.
4
Sambutan Hari Kemerdekaan Diadakan Di Padang Dataran Pemuda Merdeka, Butterworth. Raptai Penuh Telah Diadakan Pada 14.09.2011. Manakala Perarakan
Sebenar Berlangsung Pada 16.09.2011.
Rumah Terbuka Aidilfitri Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya Diadakan Pada 21.09.2011. Majlis Dihadiri Oleh Semua Pegawai Dan Anggota PDTBD, dan Para Jemputan yang terdiri daripada ADUN, Ketua-ketua Jabatan, Para Pegawai, Pengerusi
JKKK, serta Orang Ramai.
5
vs MERdEkA !!!
Sidang Pengarang Majalah Sempoi@PDTBD
mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54 dan SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua
warga PDTBD. Semoga Merdeka Raya pada kali ini
membawa seribu rahmat kepada anda semua.
6
SELAMAT MAJU JAYA diucapkan kepada Pegawai-pegawai yang bertukar ke Jabatan lain. Semoga dengan
pertukaran ini akan lebih memberi semangat untuk memajukan diri dan kerjaya di masa-masa yang
akan datang.
Tuan Haji Jusni Bin Haji Ismail Tarikh Pertukaran : 01.08.2011
En. Abdul Kader BinShaik Mohd Tarikh Pertukaran : 01.08.2011
En. Ahmad Bakri Bin Baharom Tarikh Pertukaran : 01.08.2011
Pn. Anisa Shuhair Bt. Munawar Ali Tarikh Pertukaran : 15.08.2011
En. Mohamad Nazrul Bin Aziz Tarikh Pertukaran : 12.09.2011
Cik Siti Sahara Bt Norhikdmi Tarikh Pertukaran : 15.09.2011
Pegawai Bertukar
En. Zerri Bin Abdul Majid Tarikh Pertukaran : 03.10.2011
7
SELAMAT DATANG diucapkan kepada Pegawai-pegawai yang baru melapor diri bertugas di Jabatan ini. Semoga silaturrahim yang terbina ini akan
menjadi lebih erat demi meningkatkan sistem penyampaian
Jabatan.
Pegawai Baru
Tuan Mohamad Daud Bin Abdull Hamid Tarikh Lapor Diri : 08.08.2011
En. Ahmad Musrab Bin Basah Tarikh Lapor Diri : 01.07.2011
En. Moganraj A/L Kamarah Tarikh Lapor Diri : 08.08.2011
En. Qhairul Annas Bin Abdul Gani Tarikh Lapor Diri : 08.08.2011
Pn. Zaiton Bt Abdul Rashid Tarikh Lapor Diri : 02.09.2011
Cik Siti Nabiqhah Bt Abdillah Tarikh Lapor Diri : 23.08.2011
8
Julai 2011
Selamat Hari Lahir
Mohd Aidil Bin Mohd Baharuddin
TARIKH LAHIR : 03.07.1987
Wahi Annuar Bin Othman
TARIKH LAHIR : 10.07.1957
Rizaini Bin Aziz
TARIKH LAHIR : 10.07.1983
Zul Azman Bin Ismail
TARIKH LAHIR : 12.07.1959
Mohd. Farouk Bin Varusai Mohd
TARIKH LAHIR : 12.07.1979
Mohd Salihin Bin Ahmad
TARIKH LAHIR : 13.07.1991
Rosli Bin Harun
TARIKH LAHIR : 16.07.1966
Mohd Kadir Jailani Bin Ahmad
TARIKH LAHIR : 18.07.1982
Ismail Bin Shariff
TARIKH LAHIR : 21.07.1954
Rossidi Bin Osman
TARIKH LAHIR : 23.07.1982
Rameni A/P Vadiveloo
TARIKH LAHIR : 24.07.1985
Nurfarina Aida Bt. Aidarus
TARIKH LAHIR : 24.07.1989
Syawal Mazlan Bin Harun
TARIKH LAHIR : 31.07.1982
9
Ogos 2011
Selamat Hari Lahir
Noor Amran Bin Chik
TARIKH LAHIR : 01.08.1963
Ida Akmar Bt. Anuar
TARIKH LAHIR : 03.08.1985
Norlia Bt Hussin
TARIKH LAHIR : 05.08.1959
Mohamad Azman Bin Kader Burhan
TARIKH LAHIR : 07.08.1963
Luqman Bin Mahfodz
TARIKH LAHIR : 07.08.1984
Muhamad Zailani Bin Osman
TARIKH LAHIR : 08.08.1979
Noor Husna Bt. Sharuddin
TARIKH LAHIR : 08.08.1982
Qhairul Annas Bin Abdul Ghani
TARIKH LAHIR : 08.08.1987
Amiruddin Bin Mohd.Kassim
TARIKH LAHIR : 09.08.1965
Mohammad Nasrun Bin Shari
TARIKH LAHIR : 16.08.1986
Irwan Effendy Bin Bahtiar
TARIKH LAHIR : 20.08.1982
Mohamad Firdaus Bin Mohamad Radzi
TARIKH LAHIR : 29.08.1986
Siti Nabiqhah Bt Abdillah
TARIKH LAHIR : 31.08.1991
10
September 2011
Selamat Hari Lahir
Khatijah Bt Khalid
TARIKH LAHIR : 01.09.1957
Wan Haslinda Bt Mydin
TARIKH LAHIR : 03.09.1978
Nur Radziah Bt Md Kamal
TARIKH LAHIR : 04.09.1984
Moganraj A/L Kamarah
TARIKH LAHIR : 04.09.1986
Hazlina Bt Rahamathulla
TARIKH LAHIR : 07.09.1987
Abdul Hamid Bin Jamaludin
TARIKH LAHIR : 11.09.1959
Syed Ahmad Faizal Bin Syed Le
TARIKH LAHIR : 13.09.1984
Isham Bin Hassan
TARIKH LAHIR : 14.09.1977
Mohd Malindo Putra Bin Sulaiman
TARIKH LAHIR : 14.09.1982
Suhaila Bt Ismail
TARIKH LAHIR : 15.09.1980
Omar Bin Hassan
TARIKH LAHIR : 18.09.1955
Subhani Bt Fazulul Hack
TARIKH LAHIR : 19.09.1980
Ramzi Bin Mohamed
TARIKH LAHIR : 23.09.1973
Mohd Ali Bin Abdul Jabbar
TARIKH LAHIR : 25.09.1985
Samad Bin Mohamed
TARIKH LAHIR : 27.09.1955
Sharipah Bt Kassim
TARIKH LAHIR : 29.09.1957
Wazir Bin Osman
TARIKH LAHIR : 29.09.19
11
40 KESILAPAN MENDIDIK ANAK
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai
zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan
kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang
dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama
di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka
membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman
yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan
anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-
anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-
anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-
anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-
anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama
Manja…
Sayangku… M
oham
ad I
man Z
ulfiq
ar
Bin
Moh
am
ad A
zhari
Mama ku : Nadiah
Bt. Jamaludin
Muham
ma
d H
arith
Rayya
n
Bin
Moh
am
ad F
irdaus
Papa ku : Mohamad
Firdaus Bin Mohamad
Radzi
Muham
ma
d F
ate
h
Bin
Mohd F
aro
uk
Papa ku : Mohd
Farouk Bin Varusai
Mohd
Nure
en H
asya K
hais
ara
Bt. I
shak
Mama ku : Suriada
Bt. Salleh
Kert
han
a A
/P
Mura
li R
aj
Mama ku : Rameni
A/P Vadiveloo
12
Selamat
BaRu Pengantin
Pengantin :
Muhammad Khalili Bin Abu Bakar Pasangan :
Farah Nadia Bt. Shamsudin
Tarikh Perkahwinan : 18.6.2011
Pengantin :
Mohd Nazri Bin Ariff Pasangan :
Rohaina Bt. Muhammad Subari
Tarikh Perkahwinan : 15.10.2011
13
Antara kelebihan Ramadhan yang dipetik daripada Buku Indahnya Hidup Bersyariat karangan
Dato Ismail Kamus ialah:
• Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang selalu taat kepada Allah. Justeru akan lahir pula
ketenangan jiwa dan ketaqwaan
• Puasa itu disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai separuh daripada kesabaran
• Orang yang berpuasa lebih disayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan
dosa-dosa kecil.
• Ketibaan Ramadhan menandakan terbukanya pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka
dan dirantaikan syaitan.
• Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan
menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.
• Sabda Nabi SAW maksudnya: "Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan,
mengharapkan balasan daripada Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu."
Justeru bersama-samalah kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk meningkatkan amalan
dan ketaqwaan kepada Allah di samping berusaha memperbaiki kelemahan diri supaya menjadi muslim @
muslimah yang soleh @ solehah. InsyaAllah. :)
14
JIMAT ELAK POKAI LEPAS RAYA
KEDATANGAN Aidilfitri sememangnya dinanti-nantikan. Bagi meraikan hari mulia ini,
lazimnya pelbagai persiapan berbentuk material seperti membeli pakaian baru, juadah
Hari Raya atau barangan rumah adalah antara senarai keperluan persiapan
Hari Raya yang sebolehnya cuba dipenuhi.
Bagi membantu anda merancang bajet dengan
betul, perunding motivasi bertauliah, Zaid
Mohamad menyatakan adalah lebih baik jika
setiap individu mengambil langkah mengumpul
atau menabung wang sekurang-kurangnya 3
bulan lebih awal sebelum sambutan Hari Raya,
malah, sasaran khas menyimpan wang juga
boleh dilakukan pada bulan Ramadhan kerana
bulan tersebut sebenarnya lebih mudah untuk
berjimat.
Dalam merencana perbelanjaan, setiap individu
khasnya ketua keluarga perlu bijak merancang
bajet kewangan. Dalam waktu yang sama,
mereka juga perlu mematuhi atau nekad dengan
bajet yang telah dilakukan. Apa yang penting,
niat juga perlulah betul kerana niat yang tidak
betul pasti membawa kepada pembaziran.
“Setiap individu perlu kuat untuk berlawan
dengan emosi mereka sendiri. Ia adalah kaedah
‘pendinding’ diri yang terbaik. Dalam waktu yang
sama, mereka juga perlu melakukan senarai
perbelanjaan. Ini penting kerana senarai yang
terlalu penjang atau tiada senarai langsung boleh
menyebabkan sesebuah keluarga itu menjadi
tidak terkawal.
“Untuk berjimat juga sebenarnya tidak sukar.
Caranya adalah dengan melakukan bajet untuk
setiap ahli keluarga. Misalnya, membuat
anggaran dengan menyenaraikan berapa pasang
baju raya yang hendak dibeli. Perlu diingat,
jangan terlalu berbelanja boros sebaliknya beli
mengikut kemampuan. Dalam waktu yang sama,
pastikan pakaian yang dibeli itu boleh dipakai
untuk jangka masa panjang.
STRATEGI BIJAK BERBELANJA
• Beli untuk tahan lama Membeli barang biarlah berbaloi, ibarat kata pepatah, alah membeli menang memakai. • Beli barang berkualiti Sebagai contoh, membeli jam tangan mahal tetapi tahan lama. • Istilah pembaziran jadi musuh Secara tidak langsung mendisiplinkan diri untuk tidak boros berbelanja sehingga membazir. • Beli dengan niat yang betul Dalam hal ini, sebaiknya kurangkan membeli dan lebih banyak membuat sendiri. Contohnya, kuih –muih atau barang-barang lain yang boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu dibeli atau ditempah. • Beli pada masa yang sesuai Misalnya, membeli barang keperluan sewaktu ada promosi kerana harganya lebih murah berbanding biasa.
Tips
15
“Mungkin ramai yang tidak sedar, membeli
pakaian selepas musim perayaan juga
sebenarnya adalah salah satu langkah untuk
berjimat. Ini kerana pakaian yang dijual selepas
musim perayaan biasanya lebih murah
berbanding sebelumnya,” ujarnya yang
berpendapat tidak salah jika membeli pakaian
selepas Hari Raya kerana ia boleh digayakan
pada Hari Raya Aidiladha atau disimpan untuk
dipakai pada Hari Raya Aidilfitri tahun depan.
AMALAN MENABUNG SEJAK KECIL
Sebagai ibu bapa, seharusnya amalan
menabung diterapkan dalam jiwa anak-anak
sejak mereka masih kecil. Ini kerana disiplin
diri yang terbentuk daripada amalan menabung
dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-
harian. Dalam waktu yang sama, jika anak-
anak menerima duti raya, lebih elok jika didik
mereka supaya bijak mengurus wang “durian
runtuh” tersebut dengan sebaik-baiknya. Jika
perlu, gunakan hanya 25 peratus wang
tersebut dan selebihnya disimpan.
Menyentuh mengenai amalan pemberian duit
raya, ia adalah sesuatu yang baik. Namun, nilai
yang diberikan perlulah berpada-pada
mengikut kemampuan si pemberi.
Begitu juga dengan amalan rumah terbuka. Ia
juga adalah budaya yang baik. Apa pun, kena
berbalik pada niat. Jangan sekali-kali berniat
untuk menunjuk-nunjuk sehingga membazir
tidak kena tempat. Langkah terbaik adalah
dengan mengatur strategi dengan mencari
harga yang lebih murah. Malah, kita sendiri
juga perlu bijak mengawalnya.
TIP BELANJA BERHEMAH
• Senaraikan barang keperluan yang ingin dibeli. •Letakkan dalam bajet jumlah barangan yang
dikehendaki. •Lakukan penelitian premis yang hendak dikunjungi
untuk lebih berjimat. • Elak menggunakan kad kredit. •Usah berbelanja keyika perut lapar kerana
mendorong kita berbelanja lebih. •Beli barang keperluan secukupnya dan elak
pembaziran. •Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilai yang
berpatutan. •Elak membeli barang diimport sedangkan ada
barangan buatan tempatan yang berkualiti. •Senaraikan barang keperluan yang hendak dibeli
agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu. • Jangan membawa wang berlebihan. •Lakukan pembelian secara sekali gus, jangan
membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.
• Jangan membawa ahli keluarga yang ramai bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai yang betul-betul diperlukan.
•Gantikan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan makanan segera/sejuk beku. •Gunakan bakul berbanding troli semasa membeli belah.
16
Tips
Kad Kredit
Tips Pengurusan Kad Kredit – Nasihat Dari AKPK
“Pandai gunakan kad kredit?”
Alangkah peliknya soalan ini – takkan saya tak tahu!
Senang sahaja: Apabila membeli, berikan kad kredit kepada
juruwang, kemudian letakkan tandatangan di resit yang
diberikan (kadang-kadang saya tak perlu tandatangan pun,
hanya lambai dan pergi!). Jika saya sentiasa bayarkan amaun
minima bulanan, banyak pula dapati kredit percuma.
Dan saya juga tak perlu risau jika perbelanjaan saya
sudah sampai tahap maksima kad tersebut. Syarikat
pengurusan kad kredit itu tentu akan menambahkan had kredit
saya, dan syarikat-syarikat lain pula pasti akan menawarkan
kad-kad yang lain sehingga saya pun tak terdaya untuk
menggunakan semuanya!
Sering dengar kata-kata begini? Sudah tentu. Ini
perkara yang tidak menghairankan sebab inilah pendekatan
yang diambil oleh berjuta-juta pengguna kad plastik ini,
seolah-olah membeli barang merupakan kegiatan yang
sungguh mudah. Awas! Pengurusan kewangan yang sebegini
telah memudaratkan kebanyakan keluarga. Apatah lagi
dengan kenaikan harga barang-barang yang tidak ditandingi
dengan kenaikan pendapatan. Kebanyakan orang Malaysia
terpaksa berbelanja lebih dari kemampuan masing-masing.
Hutang kad kredit ini mungkin kelihatan seperti isu yang agak
kecil tetapi ia boleh menimbulkan masalah yang jauh lebih
besar.
Fakta Kad Kredit
Pertama, marilah kita betul-betul memahami
bagaimana kad plastik “ajaib” ini berfungsi. Kita diberi talian
kredit, dengan had maksima yang boleh dicaj kepada kad –
“had kredit”. Setiap kali kad ini dicaj melalui sebarang
perbelanjaan (transaksi), kredit kita berkurangan. Penyata
bulanan yang diterima memberi kita pilihan, samada untuk
bayar baki sepenuhnya, atau hanya bayaran minima bulanan
(tidak digalakkan).
Apabila kita membayar bayaran bulanan kepada bank
yang mengeluarkan kad, had kredit maksima dikembalikan.
Walaubagaimanapun, pemegang-pemegang kad kredit
seringkali hanya bayar jumlah faedah dan bayaran minima
baki pokok yang terhutang, dan tidak akan bayar balik baki
yang sepenuhnya.
Perangkap Belanja
Bagaimana agaknya seseorang itu boleh
“terperangkap”? Bagi orang-orang muda, penyakit berhutang
ini mungkin bermula dengan cara yang tidak diduga. Di kolej
pengajian tinggi, sebahagian besar dari mereka diberi kad
plastik tersendiri oleh ibubapa sebagai pemegang kad
tambahan. Amboi! Banyak pula barang-barang yang perlu
dibeli (contohnya, kasut serta pakaian jenama, i-Pod, beg dan
barang fesyen yang “cun” dan paling terkini) dan pesta hiburan
atau aktiviti sosial yang penting untuk dihadhiri! Bukankah
amat leceh dan menyusahkan untuk meminta ibubapa
tersayang setiap kali duit tambahan diperlukan (bukankah
membazir wang untuk bayar kos telefon lagi?). Jadi, cara yang
termudah dan tercepat – Caj sajalah!
Mungkinkah bidang pelajar menceburi dalam dunia
berhutang ini sangat konfiden dan tiada ragu-ragu bahawa
mereka akan bergaji tinggi tidak lama kelak – tentu hutang itu
luput dalam jangkamasa yang singkat – hanya beberapa
tahun selepas graduan. Malangnya, ramai graduan
menghadapi bahawa realiti masa hadapan mereka jauh
berbeza dari apa yang telah dijangkakan. Sekarang mereka
sudah selesa dengan bilangan baki bulanan tersebut dan
sedar bahawa mereka terperangkap: hutang yang terus
meninggi tidak dapat ditandingi oleh kenaikan pendapatan
mereka yang ala kadar.
Bukan orang muda sahaja yang dapati diri mereka
terperangkap di dalam situasi begini. Malah, orang-orang
dewasa yang berfikiran cukup matang juga tergoda dengan
kemudahan kredit ini. Para iklan memaparkan barang-barang
baru dan canggih yang kononnya “ganjaran” bagi kita! Ya,
amat sukar bagi kita menolak kemewahan hidup dengan
barang-barang rekreasi, pakaian dan perkakas-perkakas
termoden, yang sering ditawarkan.
Dalam situasi lain pula, orang yang
tiada pekerjaan juga boleh terbabas dalam
hutang kredit kad – simpanan wang
pun tiada, kredit kad pula dijadikan
kemudahan untuk menyara
keperluan seharian. Akan tetapi,
apabila mereka mula bekerja semula,
mereka sedari bahawa kad kredit mereka
sudah mencapai had maksima;
pembayaran balik pun menjadi satu
bebanan yang besar.
17
Walaupun kita tidak mahu berfikiran negatif, kita tidak
akan mencegah masalah kewangan jika kita selalu
mengendahkan realiti sebenar. Kemerosotan ekonomi
membuatkan ramai orang terdesak dan terjatuh dalam
malapetaka kewangan. Hanya mereka yang telah membuat
persediaan untuk menghadapi situasi yang kurang baik
sebegini akan dapat bertahan di dalam suasana yang sukar.
Apakah harus dibuat untuk mengelakkan diri kita daripada
menjadi sebahagian dari angka statistik yang menyedihkan?
Cara Pembayaran Balik Hutang Kad Kredit
Jika anda hanya membayar jumlah faedah kad kredit
setiap bulan dan ingin memberhentikan hutang sebegini,
langkah pertama adalah untuk menganalisa pendapatan dan
perbelanjaan bulanan anda. Jumlahkan perbelanjaan anda
dan tolakkannya dari pendapatan. Inilah baki pendapatan yang
boleh anda gunakan setiap bulan.
Langkah kedua: Hentikan bertransaksi melalui caj
kredit. Bekukan penggunaan kredit kad anda (ya, betul –
letakkan semua kad-kad kredit ke dalam kotak ais krim, isikan
dengan air dan simpankan kotak itu dalam pembeku di peti
ais!). Bayarlah barang-barang yang perlu dibeli secara tunai.
Kemudian senaraikan hutang kad-kad kredit yang masih ada.
Kenalpastikan kad yang mengenakan caj kewangan yang
paling tinggi. Mungkin anda berpeluang untuk pindahkan baki
dari kad berfaedah tinggi ke kad yang menawarkan kos yang
lebih rendah (tentukan anda membaca semua info yang diberi
supaya tidak dikenakan kos yang tersorok pula).
Seterusnya langkah ketiga, susunkan kad-kad anda
mengikut kadar caj kewangan, gunakan baki pendapatan untuk
membayar balik kad yang paling mahal (kos tertinggi) tersebut.
Setelah hutang kad termahal selesai, tutupkan akaun tersebut
dan musnahkan kad itu. Kemudian ubahkan fokus anda ke kad
yang seterusnya; teruskan langkah-langkah di atas sehingga
kesemua hutang anda sudah habis. Sebaik sahaja hutang kad
kredit anda luput, hanya simpan beberapa kad sahaja – hanya
dua atau tiga untuk penggunaan yang boleh dikawal.
Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Baik
Setelah menyelesaikan semua hutang kad kredit
barulah anda boleh mempertimbangkan cara penggunaan kad-
kad tersebut dengan betul. Kad kredit ini sebenarnya adalah
alat pengurusan wang yang sungguh berkesan, jika digunakan
dengan waras. Kita harus pandang kepada konsumer-
konsumer yang berjaya menguruskan kewangan mereka
dengan kad ini.
Pendekatan terpenting dalam penggunaan kad kredit
adalah tanggungjawab anda untuk membayar jumlah baki
dalam penyata anda setiap bulan. Bayangkan kredit kad itu
sebagai wang tunai yang disimpan setiap bulan bagi barang-
barang yang dicaj. Dengan perumpamaan ini, anda tidak akan
dikenakan kos; kad kredit anda pula akan menjadi kemudahan
kewangan yang amat berguna bagi anda. Kad kita menjadi
seolah-olah pekerja kita dan kita pula bukan lagi
dihambakannya.
Kad kredit juga adalah satu-satunya sekuriti atau
perlindungan tambahan dan kemudahan sewaktu membeli-
belah dan berjalan, dengan syarat kita tidak
menyalahgunakannya. Sebagai contoh, anda mempraktikkan
bayaran hanya 5% atau RM50 minima setiap bulan, yang
mana lebih tinggi. Bagi baki RM10,000 yang mengenakan caj
kewangan sebanyak 18% setahun, anda akan mengambil
masa 7 tahun dan 3 bulan untuk menyelesaikan seluruh baki
hutang anda. Dan ini juga dengan anggapan bahawa anda
tidak lagi menambahkan caj (ingat, kad anda dalam pembeku
peti ais!). Bayangkan betapa lajunya hutang anda akan
meningkatkan jika apa yang dipraktikkan ini melibati banyak
kad kredit lain pada masa yang sama.
Petua-petua tambahan yang boleh membantu:
• Ingat, kad kredit bukan wang percuma
• Hanya simpan satu atau dua kad, jangan sehingga lapan
atau sembilan
• Cajkan hanya untuk barang yang anda mampu membayar –
elakkan berberlanja melibihi pendapatan anda
• Carilah kad yang menawarkan kos, caj tahunan dan yuran
servis yang paling rendah (kalau boleh, yang tiada yuran
sama sekali)
• Bayar kesemua baki setiap bulan; tetapi jika ini juga sukar,
bayar amaun lebih daripada amaun minima bulanan anda
• Masih bermasalah? Tinggalkan kad anda di rumah atau
bekukannnya di dalam peti ais!
• Dan peringatan terakhir – gunakanlah kad kredit sebagai alat
pembayaran dan bukan untuk kredit percuma. Jika anda
tidak dapat menggunakannya dengan waras atau
bertanggungjawab, mungkin lebih baik bagi anda untuk
hentikan penggunnaannya sama sekali.
Sumber artikel dari web www.akpk.org.my
18
Resepi
Bahan-Bahan
• 1 kilogram mee kuning dan dicelur • 300 gram taugeh
• 2 tangkai daun sup dan dihiris
• 2 tangkai daun bawang dan dihiris
• 8 biji cili merah dan dihiris
• 4 keping tauhu goreng dan dihiris
• Sedikit bawang goreng • 6 biji telur dan dibelah
• 6 biji limau kasturi dan dibelah
Bahan Penumis Dikisar
• 2 sudu besar ketumbar
• 8 biji bawang besar
• 6 ulas bawang putih
• 18 tangkai cili kering
• 1 sudu kecil jintan kasar
• 1 sudu kecil jintan manis
Bahan Kuah • 300 gram daging dan dicincang
• 200 gram tetel dan direbus
• 300 gram keledek dan direbus
• 250 gram udang basah
• 5 sudu besar taucu
• 1 cawan kacang tanah dan ditumbuk halus • 1 batang serai dan diketuk
• 2 sentimeter lengkuas dan diketuk
• ½ cawan minyak masak
• Garam, gula dan air secukupnya
Cara Penyediaan 1.Panaskan minyak masak dalam periuk.
2.Tumiskan bahan penumis hingga garing.
3.Masukkan daging cincang, tetel dan udang.
4.Gaulkan supaya bercampur rata.
5.Masukkan kacang tanah, air, garam, gula dan
taucu. Kacau selalu supaya tidak hangit.
Bahan-Bahan
• 4 ketul peha ayam
• 75 gram mentega
• Garam dan serbuk lada sulah • Sebiji lemon (potong menjadi lapan hiris)
• Daun pasli untuk hiasan
Bahan Untuk Sos
• 25 gram mentega
• 1 biji bawang besar (dicincang) • 1 tin jagung manis (toskan)
• 25 gram tepung
• 300 gram susu sejat
• Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaan 1.Bersihkan ayam dan toskan. Gaul serta
lumurkan dengan mentega, garam dan lada
sulah.
2.Grill atau goreng hingga warna keemasan
selama 15-20 minit.
3.Susun di atas pinggan dan tuang sos ke atasnya. Hiasan dengan hirisan lemon dan daun
pasli.
Cara Untuk Sos
1.Cairkan mentega dan g reng bawang cincang
sehingga lembut. Masukkan jagung manis dan
tepung. 2.Kacau perlahan-lahan dan padamkan api.
Masukkan susu sejat.
3.Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat.
Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
19
Petua Membeli Limau Nipis
1. Pilih limau nipis yang baik berdasarkan kulitnya.
Kulit limau yang baik berwarna hijau gelap.
Kulitnya elok, tidak rosak dan keras. Jangan
menekan kulit limau dengan jari kerana kulitnya
nipis sahaja dan limau akan rosak.
2. Ambil sebiji limau dan tinbangkan di atas tapak tangan. Jika terasa berat bererti kandungan airnya
tinggi.
3. Limau nipis yang kulitnya berwarna hijau
kekuningan biasanya tidak mengandungi biji.
4. Limau nipis yang belum dipotong boleh disimpan
di tempat buahan-buahan dalam suhu bilik untuk beberapa hari. Tetapi jika disimpan ditempat salad
di dalam peti ais, ia boleh bertahan sehingga 3
minggu.
5. Limau nipis yang telah dipotong juga boleh
disimpan di dalam peti sejuk dengan
membungkusnya di dalam plastik pembungkus.
Kandungan Zat Pemakanan Limau Nipis
a) Kandungan asidnya sangat tinggi. Oleh itu ia
sering digunakan dalam sajian mentah seperti
untuk daging dan ikan mentah.
b) Ia juga boleh menghilangkan bau hanyir ikan dan boleh digunakan sebagai bahan perasa.
c) Ia mampu membakar lemak-lemak yang boleh
menurunkan berat badan seseorang. Walau
bagaimanapun ia tidak sesuai untuk
perkembangan mental kerana ia akan
menyebabkan seseorang itu mudah lupa.
Petua
Dapur
Petua Untuk Pekatkan Sup
Sup ayam mahupun daging adakalanya menjadi terlalu
cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang
rebus yang telah dilecek ke dalam sup. Biarkan
seketika sehingga sup menjadi pekat.
Petua Untuk Menyimpan Cendawan
Lebih Lama
Cendawan yang dibeli di pasar biasanya
dipaket di dalam plastik. Jika anda hanya
pergi ke pasar seminggu atau 2 minggu
sekali, sukar menyimpannya kerana ia
mudah busuk. Oleh itu, selepas membeli cendawan keluarkan dari plastiknya dan
elakkan ia terkena air. Bungkus cendawan
itu dengan kertas surat khabar dan simpan
di dalam peti sejuk. Jika disimpan di dalam
plastik, cendawan itu akan bernafas dan
mengeluarkan air dan menyebabkan ia membusuk. Jika dibalut dengan kertas
akhbar, cendawan itu gagal bernafas dan ia
akan tahan lebih lama iaitu kira-kira 5
hingga ke 7 hari.
Petua Untuk Mengelakkan
Minyak Masak Berbau Tengik
Untuk mengekalkan rasa minyak
masak walaupun telah
digunakan, masukkan satu sudu
kecil santan ke dalamnya.
Minyak tersebut tidak akan
berbau tengik dan bolehlah
digunakan terutamanya untuk
menggoreng.
Minyak yang telah digoreng
boleh disimpan di dalam botol.
Untuk mewangikannya, letakkan
serai. Kemudian boleh digunakan
semula untuk menggoreng.
20
Info Sihat
Superfruit untuk Wanita
120
92.7
61.8 53.2
47.8 36.4
8.7 4.6
0
20
40
60
80
100
120
140
Jenis Buah
Kandungan Vitamin C Buah
Vit
amin
C (
mg
/10
0g
Ed
ible
Fla
sh)
Sumber : USDA Nutrient
Database Release 23
mum mengetahui tentang keistimewaan buah kiwi yang kaya
dengan Vitamin C. Berasal dari negara China dan dikenali
sebagai Goseberry Cina atau Yangtao. Bagaimanapun, kini
buah kiwi dianggap antara tanaman terpenting di New Zealand.
Buah Kiwi adalah pembekal nutrisi hebat dan
memperolehi status baru iaitu makanan hebat atau
SuperFood. Selain daripada kandungan Vitamin C yang
tinggi, satu hidangan buah kiwi mengandungi jumlah
potasium yang sama dengan pisang serta kandungan
serat yang sama dengan satu hidangan emping bran
(kurang daripada 100 kalori). Buah kiwi juga adalah
sumber folat dan potasium yang baik. Ia bebas sodium
dan sumber Vitamin E yang rendah lemak.
Dengan kehebatan dan keistimewaan ini, buah
kiwi mampu menarik perhatian semua penggemarnya
terutama sekali kaum wanita. Ia juga berita baik untuk
wanita yang ingin mengamalkan cara hidup sihat.
Nutrisi Hebat Buah Kiwi
Kedua-dua Gold Kiwi dan Green Kiwi kaya
dengan nutrien penting dan memberikan perlindungan
menyeluruh secara semulajadi kepada semua
golongan. Buah kiwi yang kecil ini memiliki dua kali
ganda jumlah Vitamin C jika dibandingkan dengan
sebiji buah oren bagi setiap 100g isi yang boleh
dimakan. Hanya satu hidangan memberikan anda lebih
150 peratus kandunagn Vitamin C berdasarkan
Saranan Ambilan Harian (RDI).
Satu kajian terkini yang telah diterbitkan dalan
Jurnal Amerika bagi Nutrisi Klinikal (American Journal
of Clinical Nutrition), mengesahkan bahawa Vitamin C
yang terkandung dalam buah kiwi adalah lima kali
ganda lebih tersedia secara bio berbanding Vitamin C
yang terdapat dalam makanan sihat tambahan Vitamin
C.
Kebaikan Penjagaan Kulit
Satu lagi berita baik untuk kaum wanita
adalah Vitamin C dalam buah kiwi memiliki kebaikan
untuk kulit anda. Vitamin C diperlukan untuk
pertumbuhan dan pembaikan tisu dalam semua
bahagian badan.
Kajian yang dijalankan telah menunjukkan
bahawa Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen
yang amat berguna dalam memberikan kekuatan
kepada struktur kulit.
Bagi mereka yang berusia, Vitamin C amat
berguna terutamanya untuk penjagaan kulit. Ini kerana
kolagen yang dirangsang daripada kehadiran Vitamin C
membalikkan kesan penuaan seperti kedutan pada kulit.
Buah kiwi juga baik terutamanya untuk kulit
kerana ia mengandungi antioksida seperti polifenol,
karotenoid dan fitokimia lain yang berpotensi dan
termasuklah beberapa enzim yang unik.
21
Buah Kiwi Menyihatkan Ibu & Kandungan
Pengambilan vitamin C secukupnya sewaktu
hamil boleh disamakan seperti mendapatkan polisi
insurans bagi anak anda. Vitamin C merupakan salah
satu vitamin paling penting sewaktu hamil bagi
mengekalkan kesihatan anda dan kandungan. Buah
kiwi merupakan sumber vitamin C paling baik
berbanding buah oren. Ia terbukti membantu
pergerakan plasma dan mampu menyimpan vitamin C
di dalam sel badan.
Selaku antioksidan selular yang kuat, umum
mengetahui kepentingan Vitamin C dalam
meningkatkan imuniti badan bagi melawan bakteria.
Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan dikatakan
tidak selamat untuk ibu hamil. Oleh kerana kesihatan
harus diutamakan ketika hamil, maka mengekalkan
sistem imuniti pada tahap terbaik dapat membantu
anda tetap sihat.
Sebaliknya, flavonoid yang wujud dalam buah
kiwi membantu melindungi tubuh daripada kerosakan
oksidatif. Oleh itu, buah kiwi juga dapat melindungi
DNA anda daripada sebarang kerosakan serta mutasi.
Buah Kiwi Mengandungi Dua Kali Ganda
Vitamin C Berbanding Oren
• Menyumbang kepada pembentukan kolagen yang
normal, serta fungsi tulang, gigi, rawan, gusi dan
salur darah yang normal.
• Membantu penyembuhan luka dan kesan lecur.
• Melancarkan penyerapan kalsium dan membantu
mengekalkan kesihatan gigi dan gusi.
• Membantu badan menyerap zat besi dan
melancarkan pembentukan sel darah merah.
• Memetabolismakan kolestra, serta membantu
merendahkan tahap kolestrol.
Pengambilan buah kiwi dapat memastikan anda memperoleh
keperluan haroan antioksida , yang membantu melawan kerosakan yang
disebabkan radikal bebas dan tekanan oksidatif. Ia membantu kulit kekal
muda dengan mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menganjalkan
semula kulit.
Kajian saintifik mendapati bahawa pengambilan Gold Kiwi dan
Green Kiwi membantu meningkatkan tahap antioksida dalam darah. Ini
bermakna lebih banyak antioksida hadir dalam darah untuk membantu
mencegah pengoksidaan lipid darah. Ia penting kerana tahap lipid darah
dioksida yang tinggi dikaitkan dengan risiko penyakit jantung yang tinggi.
Vitamin C memainkan peranan utama dalam
sintesis kolagen yang memegang membran fetus dan
mengekalkan kekuatan mekanikal membran
korioamniotik. Paling penting, vitamin C menyokong
penyerapan zat besi yang membantu pembentukan
hemoglobin yang diperlukan anda dan bayi.
Kajian terbaru menunjukkan sumber vitamin C
yang baik daripada buah kiwi sebenarnya membantu
penyerapan zat besi daripada sumber makanan lain.
Memakan buah kiwi dengan suplemen zat besi dan
makanan yang kaya dengan zat besi dapat
meningkatkan penyimpanan zat besi badan. Ini
membantu anda yang mungkin kekurangan zat besi
dengan cara yang mudah dan lazat bagi meningkatkan
jumlah zat besi dalam badan.
Oleh itu, selain daripada menghilangkan rasa
lapar pada waktu malam, memakan buah kiwi secara
harian berupaya memastikan anda dan bayi mendapat
Vitamin C secukupnya.
Satu lagi faktor menjadikan buah kiwi sebagai
makanan ideal bagi wanita hamil ialah kandungan asid
foliknya yang tinggi. Asid folik yang juga dikenali
sebagai folate memainkan peranan penting dalam
mengelak kecacatan saraf sewaktu lahir iaitu
perkembangan otak dan saraf yang tidak lengkap
sebanyak 70%.
Antara kecacatan saraf yang paling kerap
berlaku sewaktu lahir ialah spina bifida, penutupan
saraf tunjang dan kolum spina yang tidak lengkap.
Kebanyakan kecacatan ini berlaku sewaktu 28 hari
pertama kehamilan, lazimnya sebelum anda sedar
tentang kehamilan.
Oleh kerana itulah, anda digalakkan
mengambil asid folik walaupun sebelum hamil bagi
mengurangkan kebarangkalian kecacatan sewaktu
lahir. Sekiranya anda merancang untuk mengandung
dan mula memakan buah kiwi secara teratur, anda
sudah pun berada pada tahap permulaan yang baik.
22
Celik IT JADUAL FUNGSI,
PERKAKASAN DAN PERISIAN
KOMPUTER
Komponen asas fizikal komputer terdiri daripada
peranti input, unit sistem (pemprosesan), storan dan
output.
1. Input
Digunakan untuk memasukkan data dan arahan ke
dalam komputer.
Perkakasan Input
♦ Papan Kekunci (Keyboard)
♦ Tetikus (Mouse)
♦ Mikrofon
♦ Pengimbas (Scanner)
♦ Kamera Digital
♦ Joystick
♦ Pengimbas kod bar (barcode scanner)
♦ Mesin CT X-Ray
♦ Pembaca kad pintar (smartcard reader)
♦ Pengimbas cap jari
Perisian Input
Capture Pro
Image Stabelizer,
Light mastering,
Graphic adapter
Intermec SmartWedge
2. Storage
Ingatan utama computer untuk menyimpan
program atau data yang sedang digunakan. Dikenali
sebagai storan primer atau storan utama. Terdapat 2
jenis ingatan dalam computer iaitu Ingatan Capaian
Rawak (RAM-Random Access Memory) dan Ingatan
Baca Sahaja (ROM-Read Only Memory). Kandungan
ROM tidak boleh diubah oleh pengguna dan data di
dalam ROM tidak akan hilang apabila computer
dimatikan. ROM digunakan untuk menyimpan arahan
yang diperlukan ketika memulakan computer. RAM
menyimpan data buat sementara ketika computer
digunakan. Kandungannya boleh diubah dan dan akan
hilang apabila computer dimatikan. Storan sekunder
ialah peranti storan bagi menyimpan data secara kekal
seperti CD dan sebagainya.
Perkakasan Storage
♦ Thumb Drive
♦ Hard Disk
♦ Server / Hosting
♦ Flash memory
♦ USB drive
♦ Optical drives
♦ Buslink
♦ Iomega Portable
♦ CD-R (CD-Recordable)
Teknologi CD rakaman untuk storan data dan muzik
menggunakan cakera yang boleh ditulis sekali sahaja.
Saiz cakera adalah kira-kira 650MB
♦ CD-ROM (Compact Disc Read Only Memory)
Sebuah format cakera padat yang digunakan untuk
menyimpan teks, grafik dan muzik. Pemain CD audio
tidak boleh membaca CD-ROM berisi data tetapi pemain
CD-ROM boleh membaca CD audio.
♦ CD-RW (CD-ReWritable)
Pemacu CD-RW boleh menulis kepada cakera CD-R,
dan ia boleh membaca CD-ROM. Cakera CD-RW boleh
ditulis semula banyak kali dan boleh dibaca berulang
kali pada pemacu CD-ROM atau CD-RW.
♦ DVD (Digital Versatile Disk)
Diperkenalkan pada tahun 1996, cakera optik ini
mempunyai saiz yang sama dengan CD tetapi kapasiti
storan adalah lebih besar iaitu dari 4 hingga 28 kali lebih
besar.
♦ DVD Video
Format yang popular untuk kualiti tinggi video MPEG2
dan bunyi sekeliling digital.
♦ DVD-RAM (DVD Random Acces Memory)
Cakera DVD boleh tulis semula berasaskan katrij. DVD-
RAM pertama diperkenalkan pada tahun 1998 dengan
kapasiti 2.6GB (sebelah) dan 5.2GB (dua belah). Versi 2
DVD-RAM dengan kapasiti 4.7GB dikeluarkan pada
1999 dan kapasiti 9.4GB pada tahun 2000.
♦ DVD-ROM
Mula diperkenalkan pada tahun 1997, cakera DVD
digunakan untuk menyimpan data dan aliran interaktif
bersama-sama audio dan video.
♦ DVD+RW (DVD ReWritable)
Ia dibangunkan bersama oleh Hewlett-Packard,
Mitshubishi Chemical, Philip, Ricoh, Sony dan Yamaha,
di mana ia adalah satu-satunya format boleh tulis
semula yang serasi dengan pemain video DVD dan
pemain DVD-ROM
♦ NAS (Network Attached Storage)
Storan berkeupayaan tinggi yang menyediakan
perkongsian data kepada pelanggan dan pelayan dalam
rangkaian kawasan setempat (Local Area Network)
23
3. Processing
Merupakan satu unit sistem di mana satu kotak yang
mengandungi litar elektronik melaksanakan
pemprosesan data. Ia terdiri daripada Unit Pemprosesan
Pusat (CPU) juga dikenali sebagai ‘otak’ kepada sistem
komputer, ingatan dan komponen-komponen elektronik
yang lain.
Perkakasan Pemprosesan
♦ CPU (central processing unit) atau mesin memproses
yang disokong oleh motherboard (papan induk) dan
dibantu oleh komponen-komponen yang terdapat di
dalam motherboard tersebut. CPU juga dikenali sebagai
mikropemproses, iaitu sebuah cip yang mengawal dan
menjalankan segala tugas komputer.
Perisian Sistem
- Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP,
- Linux
- Antivirus
- Macintosh
- DOS (Disk operating system)
Perisian Apilkasi
- Publisher
- Computer Aided Design (CAD)
- Adobe Flash, menyuntik elemen grafik animasi
- Lotus
- Photoshop
- Coraldraw
4. Output
Peranti Output digunakan untuk mengeluarkan teks atau
grafik daripada komputer ke dalam bentuk fizikal
menggunakan pencetak/printer.
Sesuatu maklumat yang dihasilkan daripada prosesan di
dalam
sesuatu sistem.
Perkakasan Output
♦ Pencetak
♦ Pembesar suara
♦ Projector
♦ Kad tebuk
♦ Telefon
♦ Monitor
♦ Facsimile (Fax)
♦ Multifunction
Perisian Output
XMLLabel, ERPLabel
Jenis-Jenis Perisian
Terbahagi kepada 3 jenis iaitu;
1. Perisian Sistem
2. Perisian Utiliti
3. Perisian Aplikasi
Perisian Sistem
Satu perisian Sistem Operasi. Membolehkan perkakasan
berkomunikasi dengan perisian aplikasi. Berperanan
sebagai perisian tulang belakang komputer.
Contoh-contoh perisian Sistem:
• Windows (98, 2000, Me, XP, Vista)
• DOS 6.22
• UNIX, Linux
• OS2
• Mac OS X
Perisian Utiliti
Perisian ini berfungsi untuk menguruskan fail-fail dan
perkakasan komputer.
Contoh dan Kegunaan
a. Menyusun fail iaitu seperti Defrag dan Speed Disk.
b. Mengimbas Fizikal Cakera Keras seperti Scandisk,
Norton Disk Doctor, Antivirus (Mengimbas dan
Nyahvirus), PC-Cillin, Norton Antivirus, Mc Afee, AVG
dan Kaspersky.
c. Memampatkan fail iaitu WinZip, ARJ dan Winrar
d. Memotong fail kepada beberapa bahagian iaitu File
Splitter
e. Pakej Pengurusan Fail Komputer seperti Norton
System Works dan System Mechanic
Perisian Aplikasi
Perisian ini mempunyai pelbagai jenis variasi perisian
mengikut penggunaan.Ianya berkembang dengan cepat
kerana penggunaan komputer yang tidak terhad.
Contoh dan kegunaan
a. Pemproses Perkataan iaitu MS Word, Lotus, open
office dan sebagainya
b. Perisian Persembahan seperti MS PowerPoint,
Harvard Graphic dan Lotus FreeLance
c. Penyunting Web seperti Composer, Dreamweaver
dan FrontPage
d. Penyunting Video seperti Adobe Premier, Ulead Cool
dan Ifilm Editor
Terdapat perisian Aplikasi yang lain seperti untuk
Hiburan / Multimedia : CyberLink Player, Penyunting
Grafik : Adobe Photoshop, Pelayar Internet : Internet
Explorer, Pengaturcaraan : MS Visual C++ dan
sebagainya.
Sumber : Mohd. Aizaini Maarof. 2004. Teknologi Maklumat : Internet, Sistem Maklumat dan Bahasa Pengaturcaraan. Universiti Teknologi Malaysia,
Sekudai. (Majalah PC. Julai 2009) 24
Tahukah
Anda Udang Kara @ Lobster Berwarna Biru
Kebiasaannya Udang Kara @ Lobster berwarna
Kelabu berjalur Merah Oren.Tapi apa yang menarik
dan Peliknya, rupa-rupanya wujud Udang Kara @
Lobster berwarna Kebiruan? Ia telah ditangkap oleh
nelayan di East Cost Scotland dan dibeli oleh Rex
Goldsmith di Billingsgate Market di London.
Dibeli hanya pada harga 10 Pound Sterling, Udang
Kara @ Lobster ini memilik satu kelebihan lain iaitu ia
mengalirkan arus elektrik. Ia sebenarnya Spesis
Udang Kara @ Lobster yang jarang dijumpai. Kalau
ada pun ia hanya ditemui dibeberapa tempat tertentu
sahaja seperti perairan British, Norway,lautan
Mediterranean, Crete dan Morrocco. Macam-macam...
Giant Weta – Serangga Terbesar Dunia
Memperkenalkan Giant Weta. Apakah itu Giant
Weta? Sebenarnya, ia adalah serangga yang
menyerupai cengkerik yang sangat besar yang juga
merupakan serangga terbesar di dunia. Ia seberat
tiga ekor tikus dan lebih besar dari beberapa jenis
burung.
Panjang sayap serangga itu 7 inci tetapi lihatlah
serangga itu di atas tangan manusia, ia seperti
makhluk asing. Mujurlah, Giant Weta hanya boleh
dijumpai di Pulau Little Barrier di New Zealand.
Pulau itu sebenarnya membantu Giant Weta
menjadi sangat besar kerana di situ tidak ada
banyak pemangsa dalam habitatnya.
Giant Weta itu ialah yang terbesar pernah ditangkap
gambar dan dijumpai oleh pengembara bernama
Mark Moffett. Mark memberanikan diri memegang
Giant Weta berkenaan dan memberikannya makan
lobak.
Rumah Di Tengah Laut Berusia 103 Tahun
Rumah ini benar-benar luar biasa. Bukan hanya kerana usianya yang telah 103 tahun tapi juga kerana dibina
di tengah laut. Dikatakan rumah ini telah berdiri sejak 1905, tepatnya di atas batuan Rhode Island yang ada di
tengah laut. Rumah itu selalu disebut Clingstone.
Rumah ini cukup besar dan tergolong selesa. Rumah tersebut dibina oleh JS Lovering Wharton dengan kos
sebanyak 36.000 dolar , sepupu Henry Wood (79), yang kini menjadi pemiliknya.
Henry Wood membelinya dengan bekas isterinya pada tahun 1961 dengan harga 3600 dolar AS. Kemudian
dia mengubahsuainya dan kini menjadi manson yang menarik dan nyaman dan telah didiami selama dua
dasawarsa lebih.
25
Negaraku Bebas Merdeka Kini.. tiada lagi tangisan insan terseksa terkapai-kapai lemas mencari daratan berkorban jiwa pertahan negara penjajah durjana merampas segala 50 tahun dahaulu.. stadium merdeka menjadi saksi negaraku merdeka rakyatku tidak lagi sengsara menangis gembira mendapat cahaya Merdeka.. tiada lagi penjajahan.. tiada lagi penderitaan.. tiada lagi jeritan penyiksaan.. tanah air ditadbir insan bijak bestari.. memimpin negara mengukir nama.. Kini.. 50 tahun sudah merdeka.. negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang burung berkicau bebas berterbangan menjadi tanda negaraku aman damai
Maju berteknologi kearah mencapai wawasan 2020. kugenggam erat amanah pejuang tanah air pertahanlah kemerdekaan teruskanlah kemajuan disebalik tirai kemerdekaan sematkanlah semangat jiwa bangsa dilubuk hati semoga kekal selamanya merdeka tetap merdeka..
Hasil Nukilan : Rahizan
Nukilan
Seloka Merdeka Meskipun kita telah merdeka masih ada rakyat menderita tontonlah bersamamu di tv tiga di situ anda mendapat buktinya Penjajah durjana sudah tiada namun bahagia tak kunjung tiba pemimpin disanjung mengumpul harta rakyat dikampung terus sengsara Setelah negara lama merdeka negara di bangun maju bahagia tiada tempat burung bercanda kicauan burung semakin hiba.. Bukan membenci…sekadar menampilkan realitinya… Hasil Nukilan : Salina
Pantun Raya Cincin disarung hati berdebar Jarinan lembut wajah terhias Ramadan disambut penuh sabar Aidilfitri disambut dengan meriah Saidina Affan menyusun kata Tutur peri yang aulia Maaf-bermaafan sesama kita Di Aidilfitri yang mulia Buah pauh ditengah bendang Jadi dagangan ditengah kota Saudara jauh datang bertandang Bermaaf-maafan sesama kita
Sungguh rendang pohon rumbia Tempat persinggahan sianak kera Ketupat rendang sudah tersedia Jemputlah semua menjamu selera Sungai disusur sehari-hari Dalam gelap menangkap ikan Kami menyusun sepuluh jari Salah dan silap harap maafkan Disisir diandam dengan cekap Potong rambut pelbagai gaya Puasa sebulan sudahlah lengkap Kita menyambut Hari Raya Masak udang dan gulai ketam Pembasuh mulut kuih keria Berbunyi mercun berdetum detam Riang gembira dihari raya
Adik tersayang segak bergaya Mengait kuih di atas para Suasana riang di hari raya Bermaaf-maafan riang gembira Menyeberang lautan melintas negeri Terbang jauh dari Itali Datuk nenek muka berseri Anak cucu telah kembali Gua Niah pintunya lebar Dayak dusun jadi penjaga Datuk nenek tidak tersabar Kuih tersusun di atas meja Memukul gendang pelbagai gaya Amat meriah riang gembira Ramai bertandang di hari raya Tersenyum riang sanak saudara Hasil Nukilan : Izuwani
26
EDISI 3/2011 JULAI - SEPTEMBER
Pejabat Daerah Dan Tanah
Daerah Barat Daya
Pulau Pinang