Transcript
Page 1: Info Keselamatan berkaitan penjagaan tayar kenderaan

LANGKAH KESELAMATAN JALAN RAYA DI MUSIM PERAYAAN

Berikut adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap pemandu pada bila-bila masa:

Rancang perjalanan anda. Jika berasa letih, mengantuk atau tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

Ikut had laju yang ditentukan.

Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat kerana ia sering menjadi punca kemalangan yang serius.

Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi semua pengguna.

Elakkan mencelah di antara kenderaan.

Memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik umpamanya brek , tayar , lampu dan sebagainya sebelum memulakan perjalanan.

Berhenti untuk berehat seketika di tempat-tempat persinggahan yang disediakan jika terlalu letih dan mengantuk.

Pasangkan kerusi keselamatan untuk penumpang bayi atau kanak-kanak.

Pastikan kenderaan anda diservis terlebih dahulu.

Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan di lorong kecemasan atau di bahu jalan, sila nyalakan lampu isyarat kecemasan.

Didalam hujan lebat memandulah dengan perlahan, gunakan gear rendah dan nyalakanlah lampu kenderaan anda (jangan gunakan lampu isyarat kecemasan, lampu isyarat kecemasan adalah bagi kenderaan yang berhenti sahaja)

Bagi yang beragama Islam seeloknya membaca doa naik kenderaan dan berwuduk sebelum memulakan perjalanan . Dengan cara ini akan menambahkan lagi keyakinan pemandu. Dengan berwuduk akan memberi kelebihan tubuh badan yang sihat , serta pemandangan yang jelas

Bayangkan destinasi anda sebelum memulakan perjalanan dan insyaAllah anda akan tiba dengan selamatnya.

Page 2: Info Keselamatan berkaitan penjagaan tayar kenderaan

NYAWA DIHARGAI SELAMAT KE DESTINASI KEMERIAHAN DIRASAI Tips Untuk Kenderaan Sebelum Pulang Berhari Raya

Tayar terpaksa menampung berat kereta dan segala bebannya. Dan jumlah

berat itu ditampung oleh permukaan tayar seluas empat tapak tangan sahaja.

Kereta jenis sedan biasanya mempunyai berat melebihi 1 tan (tanpa muatan). Kalau kereta itu sendat dengan

penumpang yang puratanya 60kg setiap seorang, berat kereta sedan itu akan bertambah lagi sebanyak 240kg

atau lebih. Kereta yang lebih mewah dan kukuh mempunyai berat yang lebih tinggi.

Kereta jenis kompak seperti kancil dan viva mempunyai berat kira-kira 800kg dan lebih. Kalau ditambah dengan

penumpang dan segala beban yang dibawa, jumlah beratnya akan melebihi 1 tan juga.

Tayar mempunyai tempoh hayat tertentu dan tempoh ‘shelf life’ tertentu

juga.

Biasanya, tempoh hayat ‘shelf life’ adalah 3 tahun dari tarik ia dikilangkan.

Jika sedang digunakan, tempoh hayatnya adalah bergantung kepada kadar kehausan (wear) tayar. Secara teori,

kadar kehausan tayar adalah berkadar langsung dengan jarak pemanduan. Secara purata, tayar akan haus

dalam tempoh 35,000km – 40,000km, jadi sila lihat meter anda. Namun begitu, ianya bergantung kepada jenis /

jenama tayar. Tayar yang lembut agak sedap dipandu kerana lebih senyap dan lebih mencengkam tetapi cepat

haus.

Tayar yang ‘keras’ akan haus lebih lambat dan kadang-kadang melebihi 40,000km. Tapi kalau sudah melebihi

tempoh hayatnya (lebih kurang 3 tahun) tayar mesti ditukar juga.

Jarak 40,000km itu secara puratanya dicapai dalam tempoh 2 tahun. Jadi, 6 bulan sebelum mencecah jarak itu,

eloklah mula menabung. Harga sebiji tayar lebih kurang RM160 – RM200, itu tak termasuk upah ‘alignment’ dan

‘balancing’.

Getah tayar akan menjadi ‘tua’ apabila terdedah dengan panas dan cuaca. Getah yang telah tua akan

mengeras. Selain menjadi keras, sempadan butir (grain boundary) akan menjadi nyata atau dengan kata lain,

permukaan tayar akan merekah kerana rantaian polimer getah itu sudah mulai putus-putus. Jika tidak ditukar,

dikhuatiri tayar akan meletup akibat tekanan.

Alur (groove) atau ‘bunga’ pada tayar berfungsi untuk ‘menyalirkan’ air pada

permukaan jalan. Jika air tidak dialirkan dengan cepat dan sempurna, tayar

tidak dapat mencengkam jalan dan fenomena ini digelar ‘aqua

planning/panning’.

Berat kereta akan menekan tayar kepada permukaan jalan yang basah. Bunga tayar bertindak seperti ‘pam air’

yang akan memancutkan air ke dalam alur bunga tayar itu dan juga keluar dari tayar.

Jika bunga tayar sudah nipis, proses ‘mengepam air’ menjadi tidak cekap dan tidak efektif. Ini akan

menyebabkan kereta tidak mampu bertindak seperti yang kita inginkan. Maksudnya, kalau kita nak brek, kereta

tak mahu berhenti. Kalau kita membelok, kereta akan meluncur terus dan terlajak atau terbabas.

Pada tayar jenama tertentu, ada tanda yang diletakkan. Biasanya pada alur itu akan terdapat satu ‘jambatan’

atau ‘bridge’ getah yang biasanya kita anggap itu adalah ‘menufacturing defect’ atau lebihan getah ketika acuan.

Sebenarnya, jika permukaan tayar sudah sama rata dengan ‘bridge’ itu bermakna bunga tayar sudah nipis. Ada

juga tanda tiga segi atau ‘diamond’ atau ‘arrow’ di tepi tayar. Jika ada kesan lelas pada ‘diamond’ ini bermakna

bunga tayar sudah nipis.

Page 3: Info Keselamatan berkaitan penjagaan tayar kenderaan

Fungsi tayar dibantu oleh sistem suspensi (sistem spring) dan penyerap

hentak (absorber). Jika dua sistem ini gagal, tayar akan gagal berfungsi

secara optimum.

Sistem suspensi bertujuan untuk menjadikan pemanduan itu selesa. Jika tidak, kita terasa seperti

memandu kereta lembu. Namun, spring akan menjadikan kereta membuai-buai jika jalan tidak rata

atau jalan berlopak. Penyerap hentak pula akan bertindak pada arah berlawanan daripada arah

hayunan spring tadi, menjadikan kereta tidak berbuai-buai.

Kereta yang membuai-buai adalah bahaya, lebih-lebih lagi jika mengambil selekoh dan menjadi

lebih bahaya jika kereta membawa ramai orang.

Sebenarnya cengkaman tayar berfungsi dengan berat kereta yakni daya geseran (atau

cengkaman) berkadaran dengan koefisien geseran dan berat kereta. Jikalau kita mengambil selekoh

dan pada ketika itu kereta melambung ke atas dek kereta berbuai, berat kereta pada ketika itu

berada di udara dan cengkaman tayar akan menjadi lemah dan kereta boleh terbabas.

Sila tukar penyerap hentak jika didapati kereta anda ‘berbuai-buai’.

Periksa tekanan angin tayar, ia mungkin boleh mengurangkan lelasan

(wear) pada tayar…. selain menjimatkan minyak petrol.

Tayar yang kurang tekanan angin akan menggunakan permukaan bunga yang lebih. Ini akan

menjadikan tayar itu lelas pada kadar yang bukan sepatutnya. Ini merugikan kita kerana harga tayar

bukanlah murah.

Cengkaman tayar yang berlebihan akan menjadi ‘beban’ kepada kuasa enjin. Kuasa enjin

diperlukan pula untuk melawan (overcome) beban atau ‘drag’ ini, menjadikan kita terpaksa menekan

lebih pendikit minyak.

Tapi jika tekanan angin terlalu tinggi, pemanduan akan menjadi tidak ceria kerana nanti

terlanggar seketul batu kelikir pun kereta terasa terhentak. Hentakkan dan gegaran ini akan

menyebabkan ‘letih lesu’ atau fatigue. Kesan lesu ini bukan sahaja masuk melalui gegaran badan

(yang menyebabkan bola mata bergerak-gerak lebih cepat untuk terus fokus), bunyi bising juga akan

memasuki gegendang telinga dan menyebabkan kita lesu. Pemandu yang lesu adalah pemandu

yang berbahaya.

Pilih jenis tayar yang bersesuaian dengan kereta anda. Dengan lebih

tepat, pilih tayar yang sesuai dengan berat kereta dan sistem brek.

Ketika mengambil selekoh atau membrek, momentum kereta (yakni berat dan kelajuan kereta) akan

bertindak terus kepada dinding tayar.

Bayangkan begini, kereta ingin terus bergerak akibat momentum atau lajakkan tetapi tayar pula

mencengkam erat permukaan jalan. Dinding tayar akan menerima ‘stress’ yang tinggi pada ketika ini. Jika tayar

yang tidak sesuai digunakan, dinding tayar akan pecah akibat daya ini.

Sila ikut saranan pihak pengeluar kereta tentang saiz tayar anda kerana saiz tayar tersebut telah pun diuji di

litar ujian. Percayalah, ada tayar yang pecah ketika mengambil selekoh di litar ujian sebelum ketemu

dengan saiz dan rekabentuk tayar yang sesuai.

Sebagai panduan mudah, kalau hendak tukar saiz tayar sekalipun, sila jangan terlalu jauh daripada saiz

asal yang dipasangkan oleh pihak pengeluar kereta. Atau untuk lebih selamat, kalau masih mahu menukar tayar

kepada yang lebih ‘fancy’, sila beli yang berjenama dan ianya pasti bukan murah.

Sumber : Suriafm

Page 4: Info Keselamatan berkaitan penjagaan tayar kenderaan

Top Related